Nota: 95% cerita ini adalah benar, dan 5% lagi terpaksa di ubah suai untuk menyedapkan jalan cerita. Harap maklum.
Tajuk cerita:
Drama 4 minggu, pi mai pi mai tang tu
Speaker surau itu berkumandang lagi, walaupun bunyi bassnya pecah, tapi para pendengar dapat mendengar dengan jelas akan kuliah ugama yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang agak ‘kelakar’.
Kelakar sebab selang dua tiga minit, terdengar suara ketawa ahli jemaah riuh rendah, lepas tu ustaz baca Al quran sikit, lepas bagi ulasan ayat, terdengar lagi suara ketawa ahli jemaah riuh rendah, macam menonton ‘sitcom pi mai pi mai tang tu’ gitu..
Apa yang kelakar sangat?
Setelah kajian berdasarkan pengalaman dibuat, rupa-rupanya, Lawak “bukan tempat sini,.. tempat lain”.. begitu mencuit hati para jemaah, kecuali aku!, aku tak rasa kelakarpun?
Apa yang kelakar bila ustaz cerita keburukkan ummat, dan di penghujung cerita di tambah dengan prosa ayat: “bukan tempat sini, tempat lain”..
Kelakar sebab maksiat tu bukan kat sini?..
Kelakar ke?
Kalau aku ler yang berceramah, aku akan cerita keburukkan ummat, seperti tak gi solat jemaah, lengahkan solat, suka buang masa, dan lain lain, lalu di penghujung cerita, aku akan tambah dengan prosa ayat: “bukan tempat lain, tempat sini”.. ha! Amacam? Nak gelak tak? Tentu tak gelak sebab kena batang hidung sendiri! Tapi tentu aku akan berceramah sorang-sorang sebab korang hanya suka lawak “bukan tempat sini,.. tempat lain”, dan prosa bukan lawak seperti: “bukan tempat lain, tempat sini”.. akan menconteng arang ke muka yang tak sanggup nak gelak..
Lantak korang lah, apa-apapun, cerita kali ni adalah tentang “bukan tempat lain, tapi tempat sini”..
Iaitu ustaz di atas, bila berceramah, banyak meleret dia, akan melepasi waktu azan isyak dan solat isyak akan jadi lewat, sekitar jam 9 suku hingga 9 setengah gitu..
Itu aku tak kisah, yang jadi masalah, bila dah habis ceramah, terus bilal iqamat, tak sempat aku yang ‘tertidur’ nak perbaharui wudhu dengan sempurna, dan dalam kelam kabut, jadi masbuk pulak aku sebab imam baca surah pendek, hampeh betul..
Nota kepada mualaf: Sunnah nabi, bila masuk waktu solat akan di laungkan azan, kemudian nabi akan buat sunnat qabliah, sambil menunggu jemaah mensucikan diri dari sebarang hadas, dan iqamat akan di laungkan setelah semua jemaah masuk saf..
Sambung balik, maka yang hampehnya di sini adalah, dah jadi trend kat kampung aku, bila ustaz ceramah, azan isyak di batalkan, dan jemaah tak sempat nak solat sunnat qalbiah kerana bilal terus iqamat, maka tak sempurnalah pahala solat berjemaah hanya sebab ustaz terlajak ceramah..
Alangkah ruginya pahala 100 mati syahid dalam setiap sunnah dek kerana si ustaz terlajak mengajar ugama, azan isyak dan solat qalbiah yang bertaraf sunnah mu’akad di sia-siakan..
Dan ni bukan tempat lain, tempat sini!.. hampeh betul!
Aku rasa banyak factor ceramah jadi panjang adalah kerana lawak merepek sepanjang kuliah, lawak : “bukan tempat sini, tempat lain”.. yang kerap di ulang, di campur dengan masa jemaah ketawa dan juga masa yang di ambil oleh jemaah tua semput tarik nafas sebab banyak gelak, aku rasa, jika di himpunkan mahu makan 15 minit.. jugak..
Ish…, tak kan lah kerana lawak “bukan tempat sini, tempat lain”.. membuatkan azan isyak dan solat sunnat qalbiah menjadi korban…
Tak patut bukan? Dan ni bukan tempat lain, tempat sini!..
Hampeh!
Jika zaman nabi Muhammad SAW dulu, pernah ada orang yang ganti Bilal bin Rabah r.a, seorang sahabat yang berkulit hitam merangkap mu’azin masjid Nabawi.., alasan orang tu nak azan adalah kerana factor suara beliau lebih merdu berbanding bilal..
Lepas solat, turun Malaikat dari langit lalu bertanya, kenapa tak azan hari ni? Sebagai ‘perli’ kepada orang yang tidak ikhlas azan dengan niat menunjuk nunjuk kerana suaranya tidak sampai ke langit…
Teruk kan orang tu?, perasan suara bagus, azan merdu tapi malaikat tak dengar..
Dan ini “bukan tempat sini, tempat lain”..
Tapi, kat kampong aku, penduduk langit tak dengar azan isyak bukan sebab bilal tak ikhlas, atau speaker rosak, tapi sebab memang bilal tak azan kerana ustaz ceramah terlajak 15 minit.., hampeh betul!
Ni bukan tempat lain, tempat sini!..
Lepas solat isyak tu, tiba tiba muncul lembaga berserban hitam dan berjubah putih, dari raut wajahnya, aku tahu beliau bukan orang melayu, tapi orang arab, apatah lagi bercakap arab.. arggh, malaikatkah ini?
Tapi sebab aku tak pandai cakap arab, aku jawab soalan beliau dalam bahasa English, dan mendengar aku bercakap dalam bahasa jajahan komenwel, terus ‘malaikat arab’ tu ulang balik soalan dalam bahasa English slang Arabic..
“Why, no azan isyak ya sheikh Hamka?”
“I don’t know, but always like this, maybe all of them perasan sibuk..
“What is perasan sibuk ya sheikh Hamka”
“something like musa’qqah or takazzar”
“MasyaAllah.., save me from perasan sibuk”
“so, let go to Ta’am”
“Garam Chai”
Apa-apalah, aku tokok tambah sikit perbualan tu sebab aku dah lupa dalil yang ‘malaikat arab’ tu bagi, rupa-rupanya, Pak arab tu bukan malaikat, tapi jemaah dakwah dari Sudan yang beriktikaf kat kampong aku..
Pendek cerita, kesan dari semangat ‘malaikat arab’ tadi yang menjalar ke dalam tubuh, aku call ustaz tu lalu bagi ceramah kat ustaz..
Aku bagitahu ustaz, bahawa tak elok kerana ceramah yang merepek serta lawak “bukan tempat sini, tempat lain”.., maka membuatkan azan isyak dan solat sunnat qalbiah menjadi korban… bla bla bla.. Satu sunnah bernilai 100 pahala mati syahid bla bla bla.. Ni bukan tempat lain, tempat sini!.. bla bla bla.. perasan bagus setan cucuk jarum.. bla bla bla..
“itu bukan salah saya, bilal yang iqamat, saya kena ikut penduduk kampong…”
Ustaz tu bagi alasan pulak, tapi aku masih tabah gigih..
“ustaz cakaplah kat mereka, insyAllah, mereka akan dengar..
“Baiklah, saya akan cakap pada mereka dalam kuliah minggu depan”
“terima kasih ustaz”
“anytime”
End Part 1.
*****
Seminggu kemudian…
Speaker surau itu berkumandang lagi, bunyi bassnya masih pecah, tapi para pendengar dapat mendengar dengan jelas akan kuliah ugama yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang masih ‘kelakar’.
“ada orang tu, dapat memantu, masa interviu, menantu cakap, tak pandai berjudi dan pergi masjid tak berhenti henti..”
Ustaz berhenti sekejap, minum air dan teruskan bercerita…
“tapi lepas kahwin, menantu setan rupanya, sebab suka berjudi dan tak pergi langsung ke masjid, lalu pak mertua tanya menantu: dulu cakap tak pandai berjudi dan pergi masjid tak berhenti henti.. kenapa jadi lagu ni?”
Ustaz sambung lagi cerita.., “Menantu cakap, tak pandai berjudi sebab kalah selalu, dan tak berhenti pergi masjid sebab lalu sahaja…”
Jemaah pun ketawa..
Ustaz tambah lagi: “bukan tempat sini, tempat lain”
Jemaah ketawa bertambah kuat, aku sorang jer tak ketawa, sebab aku lelaki macho, aku susah nak ketawa sambil tidur.., betul tak? Aku terjagapun sebab terdengar para jemaah yang gigih ketawa macam menonton ‘sitcom pi mai pi mai tang tu’
Nota: duduk bersila sambil tidur adalah kebolehan semula jadi aku, harap maklum.
Aku jeling jam, dah hampir waktu isyak, aku jeling ustaz dengan muka serius, walaupun lawak ustaz masih menguasai suasana, tapi aku serius, ustaz faham, dan mula ubah topic..
“saya nak tegur sikit bilal surau ni..” kata ustaz..
Aku pendekkan cerita, lepas ustaz tu cerita tentang pentingnya azan, dan solat sunnat qalbiah, maka semua mata bertumpu kepada bilal, macam bilal seorang jer yang bersalah.., lalu bilal yang merah padam muka menjerit mempertahankan diri.
“saya ikut amalam arwah bilal lama, dari dulu lagi amalan macam ni, lagipun, AJK surau, imam dan pengerusi tak pernah tegurpun, ini bukan salah saya”
Suasana jadi sedikit tegang, ustaz cuba jelaskan bahawa itu bukan kesalahan bilal, tapi imam dan AJK surau mengelak tanggungjawab dengan meletak kesalahan di bahu bilal seorang..
Relekslah bilal, bukan salah kau, tak payah perasan bersalah.., tak payah nak emo, azan sahaja, kata aku dalam hati sebab malas campur urusan orang tua..
Malam itu, ceramah lewat seperti biasa, tapi dan ada azan, Alhamdulillah, dan ada solat sunnat sebelum isyak, namun.., malangnya, azan di azankan oleh orang lain kerana bilal tu perasan disalahkan lalu bengang serta emo, ish.. macam budak budak..,
Ni bukan tempat lain, tapi tempat sini!..
End of Part 2
******
Seminggu kemudian…
Speaker surau itu terus berkumandang lagi, dan bunyi bassnya masih pecah, tapi para pendengar terus mendengar dengan jelas akan kuliah ugama yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang ‘kelakar’ selamanya..
“ada orang tu, masa nak kahwin, saya tanya dia, boleh baca qunut tak? Dia kata boleh, saya suruh dia baca qunut panjang, dia pun baca.. quuuuuuuuuuuu nuuuuuuuuuuuut!
Jemaah pun ketawa..
Ustaz tambah lagi: “bukan tempat sini, tempat lain”
Jemaah ketawa bertambah kuat, aku sorang jer tak ketawa, sebab aku lelaki macho, aku susah nak ketawa sambil tidur.., betul tak? Aku terjagapun sebab terdengar para jemaah yang gigih ketawa macam menonton ‘sitcom pi mai pi mai tang tu’
Ustaz berhenti sekejap, minum air dan teruskan bercerita…
Lepas tu saya suruh baca qunut pendek, dia baca: qnt!
Jemaah gelak,
Ustaz tambah lagi: “bukan tempat sini, tempat lain”
Jemaah bergelak ketawa bertambah gigih, dan baru aku perasan, ada dua orang yang tidak terkesan dengan lawak ustaz tu, iaitu aku dan bilal…
Aku di maafkan tidak terkesan dengan ketawa sebab bakat semula jadi aku adalah tidur sambil bersila, tapi kenapa bilal tu tidak ketawa sedangkan beliau tidak kelihatan seperti bangun tidur, malahan, matanya bulat seperti bebola api ketika pesta sarkas..
Aku jeling jam, lagi seminit nak masuk waktu isyhak, aku jeling ustaz dengan muka serius, walaupun lawak uztaz masih menguasai suasana, tapi aku serius, tapi ustaz tak pedulikan aku, terus turut ketawa dengan lawak sendiri, tiba tiba, bilal bangun, terus berdiri tepi ustaz dan azan!
MasyaAllah, semua orang tergamam, sedang rancak ketawa, bilal terus melaungkan azan sedangkan ustaz tu belum tutup majlis ceramah, imam jadi malu, AJK surau jadi malu dan ustaz tu pulak yang bengang..
Ni bukan tempat lain, tapi tempat sini!..
Oleh sebab bilal dah azan melantunkan seruan sembahyang, suasana terus menjadi tegang, dan bilal terus solat sunnat, dan ustaz terpaksa habiskan ceramah…
Lepas tu solat dan berakhirlah cerita…
Ni bukan tempat lain, tapi tempat sini!..
End of Part 3
********
Seminggu kemudian…
Speaker surau itu tetap berkumandang seperti malam malam yang lalu, dan bunyi bassnya sudah tidak pecah lagi, di tukar speaker baru setelah tabung masjid mencapai target, dan dapatlah para pendengar mendengar dengan jelas akan kuliah ugama yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang gigih ‘kelakar’
“Orang arab makan, banyak.. sekali,.. tapi, orang melayu makan, banyak.. kali”
Jemaah pun ketawa..
Ustaz tambah lagi: “bukan tempat sini, tempat lain”
Jemaah ketawa bertambah kuat, aku sorang jer tak ketawa, sebab aku lelaki macho, dan aku toleh kiri kanan mencari orang orang yang susah ketawa macam aku, tapi takde, bilal pun takde, mana bilal ni?
Rindu pulak rasanya…
Lepas solat isyak, baru aku tahu rupa-rupanya, bilal tu dah kena pecat sebab malukan AJK surau dan Ustaz…
Macam-macam hal, orang yang selalu ke masjid pun boleh gaduh dan boleh perasan disalahkan, dan boleh pulak buat keputusan yang
Apa nak jadi dengan orang islam sekarang ini?
Dan ini bukan tempat lain, tapi tempat sini!..
End of Part 4
*******
Moral of the story:
Siapa yang bersalah dalam cerita ini?,
- Bilal yang perasan di persalahkan lalu emo?,
- Ustaz yang tak prihatin kepada sunnah dan tak hikmah menegur?,
- Imam yang bengang?
- AJK masjid yang memboikot bilal?
- Pendakwah dari arab yang menyuntik semangat cintakan sunnah ke dalam dada aku?
- Orang yang tidur sambil bersila?
- Speaker surau yang pecah?
- Pemuda Umno?
- Pengerusi DAP, Karpal Singh?
Arghh, dah start nak mengarut, akupun tak tahu siapa yang bersalah, korang buatlah penilaian masing-masing, apa-apapun, Aku dengar cerita sejak bilal tu kena boikot, bilal tu pun dah tak gi solat jemaah kat surau tu.., hampeh betul..
Aku pelik, kita jika bergaduh kat tempat kerja, esok masih datang kerja sebab semua faham, tak kerja tak dapat duit, atau gaduh kat parlimen, esok masih datang sebab faham tanggungjawab, tapi bab ugama, bila bergaduh, terus tak datang masjid, tak ke bodoh? Tak ke bangang? macam budak budak..
Akhir kata, Akupun dah pindah dari kampong tu sebab dapat kerja lain, dan tak tahu apa sudah terjadi pada mereka, dan kepada bilal, aku harap, kau jangan jadi pengebom berani mati.
Sekian
Ps: . Oleh sebab aku dah tak duduk situ, maka.. ini bukan tempat sini, tapi tempat lain!.. woha!