Jan 14, 2021

Vaksin Covid 19 palsu?


 

Vaksin untuk HIV tidak ada, tiba tiba vaksin untuk covid 19 dah ada? Nampak sangat vaksin ini sebenarnya ciptaan yahudi untuk tujuan bisnes, mereka cipta penyakit dan mereka juga yang cipta vaksin untuk cegah penyakit, macam virus dalam computer, mereka yang cipta virus dan mereka jugak yang cipta anti virus. Apa komen abang mayat.

Jawapan:

Dapat gambar ni dalam komen post sebelum ini, jawapan abang..,
HIV tidak berjangkit melalui sentuhan, orang berzina baru boleh terjangkit.., atau pindahan darah, jadi virus ini boleh di kawal, untuk makluman, selain HIV, virus Denggi pun belum ada vaksin yang mana virus terjangkit melalui gigitan nyamuk. Tapi nyamuk ni senang di bunuh maka kes Denggi tidak tinggi dan terkawal.

Tapi tiba tiba ada virus yang berjangkit melalui air dan titisan udara, seluruh dunia terkena, dua juta orang dah mati, masjid dan rumah ibadat di tutup, kelab malam, dan panggung wayang juga di tutup. Malahan ada Jemaah Tabligh terkandas lapan bulan di india kerana virus ini.
Maka orang islam pun pakat pakat berdoa, buat solat hajat, minta pertolongan pada Allah,dan tak sampai setahun, vaksin ditemui oleh pakar perubatan.

Tidak kah korang mahu bersyukur? Bila doa korang dimakbulkan secara berjemaah?

Siapa yang bersukur Allah akan tambah nikmat. Siapa kufur azab Allah amat pedih!

Geng kospirasi yakin dunia ni dikawal oleh yahudi serta freemason, padahal tiada yang berkuasa melainkan Allah, siapa yakin yahudi ada kuasa ke atasnya maka dia sedang syirik!

Rujuk al quran, mereka meracang, tapi Allah merancang dan Allah sebaik baik perancang!

Jika betul yahudi yang cipta penyakit dan cipta vaksin untuk tujuan bisnes, kenapa negara kapir yang banyak kena virus zika? Kenapa mereka yang banyak kena HIV? Dan kenapa sampai sekarang mereka tak jual vaksin denggi dan zika dan HIV? Tentu kaya jika ada vaksin tu, sebab denggi ni dah wujud sejak tahun 1779 dan zika pula dah ada sejak tahun 1947, sekarang dah nak masuk 2021 kenapa yahudi tak jual vaksin denggi dan zika jika betul mereka handal?”

Sebab mereka tak handal pun, Allah yang cipta penyakit dan Allah juga yang bagi ilham pada manusia untuk jumpa penawar, yahudi tak berkuasa, Allah yang berkuasa, yahudi merangcang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik baik perancang! Apa korang ingat vaksin untuk denggi dan zika ni simple macam anti virus dalam computer yang susun nombor guna binary kod bagai?

Ciptaan Allah ni Maha Hebat sehingga Allah berfrman: berkumpul semua manusia nak buat seekor lalat pun tak mampu, apatah lagi nak buat kuman? jadi pleaselah berhenti buang masa tuduh yahudi hebat sangat control dunia, lebih baik luangkan masa untuk kaji kebesaran Allah, dan ambil manafaat dari ciptaanya untuk selamatkan manusia dan selamatkan iman kita.

Bab vaksin ditemui, bersukurlah, doa kita dah makbul, dan Bila vaksin tu dengan izin Allah mampu buat perisai dalam dunia macam vaksin sebelum ini, sujud syukur lah kita sebab insyaAllah kita boleh kembali solat rapat, dan kembali boleh pergi haji tahun ini, amin…

Akhir kata: Siapa yang bersukur Allah akan tambah nikmat. Siapa kufur azab Allah amat pedih!

Ps: kesian tengok orang tua main internet bila dapat layan youtube dan facebook tapi berlagak macam sudah tahu semua benda padahal semua orang boleh share konten di youtube serta facebook, maka janganlah mudah tertipu, kajilah dengan rujuk pakar, jika malas nak kaji, cukuplah layan FB page keretamayat.


Woha!

Jan 11, 2021

Pesanan untuk anti vaksin?

Pesanan untuk anti vaksin atau anti WHO.

Dalam dunia ini, ada ramai pihak yang dakwa boleh rawat pesakit yang sakit, ada lapan cabang lebih kurang.

  1. Kita ada doctor hospital guna kaedah allopathy berdasarkan bukti sains yang di kawal oleh WHO, guna kajian yang di uji pada tikus, monyet dan akhirnya manusia, bila dah terbukti baru dipasarkan.
  2. kita juga ada dr Homeopathy yang guna kaedah berbeza daripada Allopathy, guna ubat serasi dengan tengok jenis rambut dan lain lain kaedah.
  3. Kita juga ada Ustaz yang rawat penyakit guna perubatan islam seperti doa, solat hajat, serta madu campur habatu sauda.
  4. Kita juga ada bomoh yang guna jampi, seru jin dan syaitan untuk sembuhkan pelbagai penyakit,
  5. kita juga ada pengamal perubatan traditional seperti guna herba cina, rempah india, dan resepi nenek moyang melayu dalam perubatan.
  6. Kita juga ada penjual ubat ajaib yang guna testimony dalam meyakinkan pengguna.
  7. Kita juga ada ejen MLM yang jual produk mengarut konon boleh sembuh pelbagai penyakit dengan air alkali lah, gelang mengnet lah, selimut aura lah, macam macam!
  8. Ada yang tolak cara moden dan nak guna system alami seperti beranak dirumah, tolak vaksin dan nak guna antibody semula jadi, jika ada apa apa masalah serahkan pada alam.

 

Dalam lapan mazhab perubatan ini, ada yang taksub, dengan mengaku mereka paling handal dalam menyembuh pelbagai penyakit, masing masing mengaku mereka paling pakar berubat, dalam WHO ada Dr pakar, dalam homeopathy pun ada Dr pakar, dalam perubatan islam pun ada ustaz pakar, dalam jampi jampi ada bomoh pakar, dalam perubatan tradional pun ada pakar petua nenek moyang, dalam MLM ada ejen tahap berlian, dalam gaya alami ada penasihat dan macam macam.

Semua mengaku betul dan pandai rawat pelbagai jenis penyakit. Tapi korang rasa dalam semua cabang ilmu perubatan ini, perubatan mana yang korang akan pilih?

Bagi yang taksub, mereka akan pilih satu perubatan sahaja, contoh mereka yang anti dengan WHO, anggap WHO adalah senjata sulit yahudi lemahkan umat islam, terus setia kepada homeopathy dan burukkan alloypathy, ada orang pulak lebih suka homeopathy sebab kos murah dan tak ada kemia katanya tapi burukan pilihan perubatan orang lain, ada orang memang cukup pergi jumpa ustaz, dan upah ustaz solat hajat..

Ada orang yang terus jumpa bomoh walaupun demam, dan terus percaya kata bomoh, bahawa ada orang dengki dan santau dia, ada orang terus rujuk petua nenek moyang seperti makan ketam bila denggi, ada jugak yang beli produk MLM pakai gelang magnet untuk elak penyakit dan yang paling meriah pakat ambik semua kaedah perubatan, ada yang mula merawat dengan ustaz dan berakhir dengan allopathy di hospital WHO (sakit jantung misalnya) dan ada yang mula dengan hospital dan berakhir dengan ustaz(penyakit dah confirm mati misalnya)

Paling pelik, ada yang cuba produk baru, (biasanya di jual secara MLM) lalu sanggup tinggal nasihat doctor pakar dan cukup dengar nasihat dari penjual penapis air, penjual gelang magnet, penjual tilam kain kaabah, penjual bantal garam gunung yang mana kos beribu ribu tapi panyakit semakin parah bila kita nasihat, kita di marah, adohai..

Jadi dalam bab perubatan ini, bagi saya masing masing ada hujah, masing masing boleh bagi testimony, masing masing boleh emosi, tapi bagi saya, dengan guna akal dan fikiran kurniaan Tuhan, saya lebih cenderung kepada allopathy di bawah WHO, sebab mereka gunakan kaedah sains dan bukti secara statistic data (bukan testimony) apatah lagi, bidang ini sudah banyak di ceburi oleh orang islam yang ikhlas dalam merawat pesakit.

Di samping itu saya tak tolak cara islam, saya makan madu dan kurma, amal kayu sugi dan lain lain namun ada penyakit yang tak wujud zaman Nabi maka tak salah guna kaedah yang terbukti berkesan dari pihak WHO.

Tapi memang saya tolak produk MLM mengarut, bomoh dan lain lain, bagi saya WHO dan perubatan islam dan okey, sebab dalam WHO pun ramai juga pakar islam.

Jadi balik kepada mereka yang tolak WHO, saya nak Tanya?

Hari ini, jika ada orang yang cedera akibat kemalangan jalan raya, siapa yang akan kutip mereka untuk di rawat? Tok bomoh? Pakar perubatan tradional? Pusat perubatan islam? Ambulance Homeotahy? Ejen MLM? Siapa?

Perubatan mana yang pergi kutip?

Semua tak mampu nak ambik orang cedera di jalan raya, sebab tak ada system yang bagus macam WHO, hanya WHO yang datang kutip orang cedera dengan ambulance dan bawa ke hospital WHO dan di rawat oleh doctor WHO.

Ketahuilah, hanya WHO yang mana seluruh dunia, akan ada Ambulance stand by untuk selamatkan orang yang cedera di mana-mana, tak kira hospital kerajaan atau swasta, mereka mampu kutip pesakit dan rawat sebab kaedah perubatan mereka maju dan bersistem.

Perubatan lain, setelah beratus ratus tahun wujud di dunia, tak mampu semaju dan secanggih WHO, masing masing tak bersatu dan tak ada ambulance! Mereka tak bersidang macam geng WHO buat. Mereka tak bermesyuarat macam WHO buat, mereka tak di bawah satu amir, sedang Mereka boleh sembang boleh rawat semua penyakit, tapi cuba bawa orang baru lepas eksiden pada mereka, tangan putus, mata tersembul, mampu mereka rawat? Tak mampu sebab mereka tak ada sistem yang baik.

Padahal apa WHO buat, bermesyuarat, rujuk pakar, kemas kini kaedah terkini, semua tu asal dari cara islam, kalua korang mahu mengerti, sebba tu mereka Berjaya.

Rujuk Geng anti WHO beranak di rumah bila berlaku kompilasi, WHO jugak datang dengan ambulance WHO ambik dan rawat di hospital WHO bersama doctor WHO. Geng anti vaksin jatuh motor tangan patah, bukannya ada tok mudim atau tukang urut naik ambulance peribadi pergi ambik, pemandu WHO bersama ambulan WHO jugak yang ambik dan rawat di hospital WHO bersama doctor WHO. Malahan ada ustaz perubatan islam bila sakit jantung, selamba sahaja pergi Hospital WHO sebab WHO ni sains, sakit jantung ni sains, pergi Hospital WHO tak menjadikan kita kafir, faham ke tidak?

Jika ada ubat yang haram, dalam WHO ada pulak pakar islam yang akan cari jalan untuk guna kaedah yang halal, sebab tu vaksin halal pun dah ada, buat apa susah susah nak lawan WHO bila mana waktu esksiden Ambulanca WHO lah korang tunggu sambal berdoa insyaAllah.

Jadi guna akal kurnian Allah dengan sebaik baiknya, tak salah sesiapa nak pilih WHO sebagai cara ikhtiar merawat penyakit sebab mereka ada ambulance dan guna logic sains, lagi satu.. oleh sebab Allah buat dunia ini darul asbab, dan sudah ramai dr pakar di kalangan orang islam yang menceburi bidang ini dengan ikhlas. Jadi langsung taka da masalah  dengan perubatan cara WHO macam di hospital kerajaan, swasta dan seluruh dunia.

Namun jika melibatkan gangguan jin, saya tak tolak merawat cara islam, Macam arwah Dr Harun Din, pakar perubatan islam, tapi bila sakit jantung, pergi berubat di hospital WHO luar negara dan balik ke  IJN juga hospital WHO, sebab arwah Dr Harun Din tahu, allopathy WHO adalah ikhtiar yang paling common sense bila sakit jantung.

Jadi balik kepada debat anti vaksin, walau masing masing dakwa merekalah paling faham agama, paling handal agama, paling hebat berhujah. tolong jangan sembang kencang macam Tok Bomoh atau penjual ubat di pasar malam, yang mana Nampak cara perubatan mereka hebat? tapi bila orang eksiden, buat tak tahu..

Jadi mari kita buat kesimpulan mudah.

Perubatan yang tak ada Ambulance jangan sembang!

Woha!

Sama bab agama, Masing masing boleh sembang akulah paling faham agama, akulah wahabi paling Sunnah, akulah asyaari paling Sunnah, tapi bila mat rempit merempit, bila umat tak solat, bila umat buat maksiat, siapa yang nak jumpa mereka? Siapa nak dakwah mereka? Siapa yang mampu jadi ambulance pergi jumpa mereka rumah ke rumah macam Nabi buat? Sembang boleh lah bang..

Aku tengok yang mampu jadi ambulance dalam bab agama adalah orang tabligh, mereka bermesyuarat, ada amir, kemas kini kaedah, sebijik macam WHO buat dan semua itu adalah amalan islam.

Maka bab gama tolong Jangan jadi macam pakar perubatan lain yang hanya rawat pesakit yang simple, sakit pelik korang serah pada WHO, sakit simple korang berebut nak rawat siap kena cas yang tinggi.

Ini berlaku dalam bab kafahaman agama hari ni, ada orang dia pilih orang kaya sahaja sebagai ahli, ada yang sasarkan orang akedemik sahaja, ada yang untuk puak dia sahaja, habis tu, si pemabuk, sipeminum arak, mamat bertatoo, siapa nak dakwah? Tak kan semua nak bagi kat Ebit Lew?

Jom Sama sama kita jadi ‘ambulance’ kutip orang yang ‘sakit iman’ kepada hospital iman(masjid). Boleh insyaAllah?.

Akhir kata: Ummat ini akan terpecah kepada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga, siapakah mereka? Kata ustaz, golongan yang masuk syurga, bukanlah golongan yang sibuk kafirkan 72 golongan lain dan perasan betul, tapi yang masuk syurga adalah golongan yang fikir risau terhadap diri sendiri dan 72 golongan lain lantas berusaha dakwah mereka semua taat perintah Allah, ikut cara Rasulullah. Wallhu’lam

 

Jan 10, 2021

Kepala Air?

 


Waktu mandi bersama anak Syurga di kawasan air terjun, tiba tiba Iman Hamka, Autisme boy, tujuh tahun hilang dari mata!, berderau darah dalam badan mencari anak yang tak nampak atas air, paling takut anak termasuk celah batu dan lemas.

Tadi dah pesan pada abang abangnya supaya tengok adik sama, bila abangnya juga tiada, lega sedikit, mungkin anak bersama abangnya, saya yang kebetulan sedang rakam video ternampak kelibat anak bawah air terjun, masih bergerak! Paling takut berada bawah air terjun ini adalah bila ada kepala air.

Bagi yang tidak tahu, Kepala air bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat dan berupaya membawa segala macam kelodak, batu dan kayu hanyut. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya dan pernah mengorbankan banyak nyawa.

Jadi, tolong hati hati guys, sukar nak cerita kejadian itu jadi saya ada rakam sikit visual di bawah air terjun, hati hati waktu bercuti, sentiasa pantau orang tersayang.

https://youtu.be/ULno-dGS9BU

 


Jan 9, 2021

Filem Arab Sepanjang zaman?

Salah satu kenangan indah filem melayu zaman dulu, selepas hampir semua cerita rakyat tempatan difilemkan, seperti batu belah batu bertangkup, Badang, Tanggang, Raja Bersiung, Hang Tuah, Hang Jebat, Orang Minyak, Puntianak, Puteri Raja, dan macam macam cerita orang melayu turun temurun, yang semua riwayat itu berebut rebut para penerbit dan penulis skrip pakat pakat siapkan untuk santapan penonton dalam bentuk layar perak di zaman itu.

Jadi... dalam banyak filem bangsawan zaman itu, terselit keberanian penerbit yang mampu bawa filem bertema Arab seperti Tiga Abdul, Ahmad Albab, Sabarudin Tukang Kasut, Abu Hasaan Pencuri, Ali Baba Bujang Lapok, dan pelbagai tajuk lagi yang so call Arabiah!

Filem tema arab yang macam P Ramlee selalu buat di zaman kegemilangan beliau bolehlah kita anggap macam dah pupus, takde yang berani kreatif nak buat, sedangkan budaya arab, nama arab, cakap arab, lawak arab, sangat mesra dengan masyarakat melayu.

Siapa tak lupa dengan tiga beradik perempuan Mastura, Zahara dan Suhara, yang mana Ayah mereka bernama Saudagar Mashud Al Buaya yang berhasrat untuk mengahwinkan anak anak mereka lalu munculah Muharam dan Safar yang berniat jahat nak rampas harta.

Tapi Syawal pengembala kambing muncul menyelamatkan dunia rumah tangga dan di hujung cerita muncul Ahmad Albab! Semua orang akhirnya tahu pintu adalah albab dalam Bahasa arab! Filem penuh jenaka dan sindiran serta guna nama dan istilah islam yang dekat dengan masyarakat melayu.

Tidak lupa dengan kisah tiga beradik Abdul, bertempat di sebuah negara Isketambola, Saudagar Ismet Ulam Raja yang punyai tiga orang anak lelaki, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub yang masing masing ada perniagaan, sorang ada Kedai Jual Burung, sorang ada Kedai Ukir dan si adik ada Kedai Muzik.

Bila bapaknya mati, abangnya yang tamak rampas semua harta, dan halau Adik bongsu, kemudan muncul bapak mertua yang jauh lebih tamak bernama Sadiq Segaraga, seorang saudagar barang-barang purba, bersama Penasihat durjana dua persen si Kassim Patalon, lalu memerdagangkan perkahwinan anak perempuan mereka Hamidah, Rafidah dan Ghasidah. akhir cerita munculah dialog keramat:

"Kamu kan tahu yang dia tu penipu, muka dia pun muka penipu.. yang kamu berdua yang bijak pandai yang boleh kena tipu ni pasal apa? Bodoh! Baghal! woha!"

Pendek cerita, Kisah kisah bertema arab ini biasanya melibatkan Orang kaya yang tamak selalu rugi, siap adegan di jual jadi hamba dan ada jugak lawak jual belacan kena sorok tapi jual ganja tak apa, aduh..

Apa apapun tema cerita arab zaman tu, bila bab harta, perniagaan, mertua, menantu, maka sisi tamak, atau sudut jahat, atau ruang jujur, atau watak baik, dan pelbagai lagi sifat manusia telah di olah dengan baik buat cerita itu sampai feelnya dari tanah melayu ke tanah arab sana!

Panjang lebar P Ramlee nak cerita, panjang pulak jika saya nak bongkar, maka saya sudahi celoteh dengan pesanan, marilah belajar bijak mengurus wang, sangat rekemen dengan hargabuku Rm37 sahaja karangan Afyan Mat Rawi, pakar kewangan islamik, dan ada pekej siap dengan ebook serta video yang membolehkan kita belajar jadi kaya macam Abdul Wahub Ulam Raja!

Atau bapaknya Ahmad Albab Ding Ding Ke Ding Ding Ding Ding Ke Ding Ding Ding Ding Ke Ding Ding Ding Ding Ke Ding Ding!

Woha!

Klik sini: https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/po-bsbmw/Hamka

 

Jan 8, 2021

Kenapa Solat kenapa makan?

Seorang sahabat bercerita pengalaman beliau pergi berdakwah di Amarica tahun 80-an dahulu.

Dalam perjalanan bergerak dari masjid ke masjid, akan melalui perjalanan yang sangat jauh, ada mencecah 400km.

Jadi bila tiba waktu solat, Jemaah akan berhenti di stesen minyak, dan sudah tentu stesen minyak di sana tiada kemudahan surau, maka Jemaah akan bentang kain alas, azan dengan lantang, dan bersolat secara berjemaah di kawasan lapang.

Melihat kejadian itu, orang ramai mulai berkerumun dan ambik gambar. Tiba Tiba ada sorang mat saleh, ikut solat, orang berdiri peluk tubuh dia ikut, orang sujud dia ikut, orang rukuk dia ikut, sampai habis.

Bila dah habis dia tanya, buat apa ni? Maklumlah zaman tu belum maju internet, maka Jemaah cakap solat menyembah Allah, baru dia tahu rupanya solat, sangkanya senaman ala ala yoga.

Kemudian Mat saleh tu Tanya:

“Kenapa susahkan diri solat area macam ni? Kenapa sebelum bertolak tadi, terus solat siap-siap, minta pada Tuhan, dan teruskan perjalanan tanpa perlu berhenti solat lagi? Kenapa tak macam tu? Kenapa nak berhenti solat di tepi jalan?”

Maka sahabat saya ni cerita, dalam kita berdakwah.. ilham datang menjawab ni tiba tiba boleh muncul, maka jawabnya:

“Kita manusia ada dua keperluan, satu keperluan jasmani, dan satu keperluan rohani, yang mana keperluan jasmani adalah melalui makanan dari tanah, dan ada waktu untuk makan seperti Sarapan (breakfast), Kudapan (Brunch), Merarau(Lunch), Cicipan(Tea), Makan malam(Dinner) dan Gabi (Supper)..,

..Ada lima kali waktu makan, maka boleh tak jika pada waktu pagi, sebelum pergi kerja, kita terus makan semuanya serentak, kita sarapan, Lunch, dinner, sekaligus, boleh tak? Tentu tak boleh, kesihatan akan terjejas, sebab keperluan jasmani yang sihat perlu di layan ikut waktu yang tertentu baru jasmani kita kekal sihat sejahtera!..

... Maka untuk keperluan rohani, makanan jiwa adalah dari langit, maka sangat perlu pada waktu tertentu untuk bersolat demi bermunajat kepada Allah, buat hubungan dengan pencipa Roh, dan perlu pada waktu yang ditetapkan seperti Solah Subuh di awal pagi, Solat Zohor waktu tengah hari, Solat Asar di waktu Tea, solat magrib waktu dinner, dan solat isyak waktu Supper, lima kali sehari! ..

.. Semua ini kena ikut waktu kerana jiwa tanpa makanan rohani, maka jiwa akan menderita, akan gelisah dan tidak tenang, banyak kes bunuh diri kerana rohani mengalami kemurungan, sungguh hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”

Panjang lagi Hamba Allah ni jawab setiap persoalan dari mat saleh itu, dan hujung cerita, beliau akhirnya masuk islam.

Subhanallah! Hidayat milik Alllah, dalam ketaatan solatpun boleh membuka pintu hidayat.

Maka kepada mereka yang jiwa gelisah tidak tenang, sudahkah kita baiki waktu solat kita awal waktu, berjemaah, tempat azan di azankan dengan jiwa yang khusyuk? Sudahkah?

Atau kita sibuk dengan waktu makan hingga solat lengah lengah lepas tu stress sebab badan gemok, solat pulak tak khusyuk, aduh…

Gemok badan semuanya akan jadi makanan ulat, sedang jiwa dah lama kurus kering sebab solat lengah lengah.. nauzubilah.

Pernah fikir tak? Ada orang waktu makan kat kedai malu sorang sorang, nak jugak ajak kawan kawan teman makan secara berjemaah, tapi bab solat sorang sorang boleh pulak, lepas tu stres. Adohai..

Semoga kita semua dapat solat awal waktu, tempat azan di azankan, secara berjemaah ikut cara Nabi Muhammad SAW.

Amin.

Semoga Woha sampai syurga

 

Jan 7, 2021

Bybbuk BOx itu Kotak Hantu?

Apa pendapat abang mayat tentang Dybbuk Box yang dikatakan ada roh hantu yahudi?

Ha ha ha. Sebagai penulis buku terkahir tentang Hantu dan sesiapa yang pernah baca buku abang tentu faham apa pendapat abang mayat.

Bagi abang mayat jika buka kotak tu abang mayat mungkin akan dapat skala 1 per sepuluh sahaja dalam katogori pengalaman bersama hantu.

Bagi yang tidak tahu. Dalam skala 1 hingga 10. Berapakah tahap pengalaman dengan hantu? Rujuk sini:

Tahap satu. Bulu roma meremang.

Tahap dua. Rasa ada hantu dekat kita tapi tak nampak.

Tahap tiga. Ada tanda lebam di badan.

Tahap empat: Dengar bunyi pelik tapi tak jelas.

Tahap lima: Dengar bunyi pelik yang jelas.

Tahap enam: Nampak kelibat.

Tahap ketujuh: Nampak hantu dari jauh.

Tahap ke lapan: Nampak hantu dari dekat.

Tahap ke sembilan: Hantu tu bercakap dengan korang.

Tahap ke sepuluh: Hantu tu serang korang hingga cedera atau mati.

So sekarang ada pengalaman tahap berapa? Saya pernah sampai tahap lapan! Sikit lagi nak selfie. He he..

Untuk info: maaf sebab spoiler..

Dybbuk box ini dicipta oleh Kevin Mannis untuk sebuah program yang diberi nama Haunt Me. Semua kisah dan sejarah di sebalik Dybbuk box bermula pada tahun 2003 dengan pelbagai versi dan pelbagai cerita.

Kemudian pada tahun 2015, Kevin dengan jujur bagitahu semua tentang kotak itu adalah hoax ciptaan dia sendiri. Mungkin dia bengang tengok orang senang diperbodohkan dengan kisah tahyul siap ada yang buat duit jual cerita mengarut bersama kotak yahudi.

Jadi dia ada cabar sesiapa yang tak percaya, bolehlah cari catatan sejarah pasal Dybbuk box ni sebelum dia buat cerita tu pada 2003 jika ada. Jika ada, dia akan bayar USD100,000 dan tatukan nama orang tersebut di dahinya.

Maka jika ada orang kena ganggu sampai tahap 10 sebab Kotak yahudi tu boleh sahaja kita anggap lakonan sebab nak lariskan channel atau mungkin ada jin ambik kesempatan nak sesatkan manusia pun boleh terima juga.

Ok secara jujur abang mayat pernah capai tahap lapan. Kena rujuk buku abang mayat lah untuk cerita detail tapi untuk hantu kotak yahudi ni abang mayat rasa boleh pergi ke tahap empat sahaja kot. He he he.

Jadi sini abang mayat nak bagitahu abang ada jual buku yang lepas baca dah tak takut pada hantu. InsyaAllah, wasap 0199117163

(Orang jual kotak abang jual buku)

Woha!

 

 

 

 

Apa pendapat abang mayat tentang Dybbuk Box yang dikatakan ada roh hantu yahudi?

Ha ha ha. Sebagai penulis buku terkahir tentang Hantu dan sesiapa yang pernah baca buku abang tentu faham apa pendapat abang mayat.

Bagi abang mayat jika buka kotak tu abang mayat mungkin akan dapat skala 1 per sepuluh sahaja dalam katogori pengalaman bersama hantu.

Bagi yang tidak tahu. Dalam skala 1 hingga 10. Berapakah tahap pengalaman dengan hantu? Rujuk sini:

Tahap satu. Bulu roma meremang.

Tahap dua. Rasa ada hantu dekat kita tapi tak nampak.

Tahap tiga. Ada tanda lebam di badan.

Tahap empat: Dengar bunyi pelik tapi tak jelas.

Tahap lima: Dengar bunyi pelik yang jelas.

Tahap enam: Nampak kelibat.

Tahap ketujuh: Nampak hantu dari jauh.

Tahap ke lapan: Nampak hantu dari dekat.

Tahap ke sembilan: Hantu tu bercakap dengan korang.

Tahap ke sepuluh: Hantu tu serang korang hingga cedera atau mati.

So sekarang ada pengalaman tahap berapa? Saya pernah sampai tahap lapan! Sikit lagi nak selfie. He he..

Untuk info: maaf sebab spoiler..

Dybbuk box ini dicipta oleh Kevin Mannis untuk sebuah program yang diberi nama Haunt Me. Semua kisah dan sejarah di sebalik Dybbuk box bermula pada tahun 2003 dengan pelbagai versi dan pelbagai cerita.

Kemudian pada tahun 2015, Kevin dengan jujur bagitahu semua tentang kotak itu adalah hoax ciptaan dia sendiri. Mungkin dia bengang tengok orang senang diperbodohkan dengan kisah tahyul siap ada yang buat duit jual cerita mengarut bersama kotak yahudi.

Jadi dia ada cabar sesiapa yang tak percaya, bolehlah cari catatan sejarah pasal Dybbuk box ni sebelum dia buat cerita tu pada 2003 jika ada. Jika ada, dia akan bayar USD100,000 dan tatukan nama orang tersebut di dahinya.

Maka jika ada orang kena ganggu sampai tahap 10 sebab Kotak yahudi tu boleh sahaja kita anggap lakonan sebab nak lariskan channel atau mungkin ada jin ambik kesempatan nak sesatkan manusia pun boleh terima juga.

Ok secara jujur abang mayat pernah capai tahap lapan. Kena rujuk buku abang mayat lah untuk cerita detail tapi untuk hantu kotak yahudi ni abang mayat rasa boleh pergi ke tahap empat sahaja kot. He he he.

Jadi sini abang mayat nak bagitahu abang ada jual buku yang lepas baca dah tak takut pada hantu. InsyaAllah, wasap 0199117163

(Orang jual kotak abang jual buku)

Woha!

Jan 6, 2021

Ulamak cucuk Vaksin?



 Syeikh Abdullah Bin Bayyah telah menerima dos pertama daripada vaksin covid-19 pada hari ini.

Siapalah kita nak kata vaksin haram jika ulamak sendiri dah keluar fatwa dan tunjukkan contoh.. jangan nak kata dia wahabi pulak.. Beliau adalah Islam sunni, bermazhab Maliki, berakidah asyaari.

Now you know.

Woha!

Jan 3, 2021

Bukti Islam Itu benar?

“Ayah jika kawan bukan islam mahukan bukti paling kukuh Islam adalah agama yang benar, bagaimana?”

.

Hmmm, baik, bagitahu mereka, dalam Al quran Allah menyebut sebanyak empat kali bahawa Al Quran mudah di hafal, dan kamu sendiri dah hafal hampir separuh Al quran dan bagitahu mereka, pergilah mana mana negara dalam dunia ini, maka akan mudah untuk berjumpa dengan orang yang hafal seluruh Al quran.

.

Malahan ada orang buta yang menghafal Al Quran! Bukti ini adalah mukjizat dari Tuhan.

.

Atau cuba kumpulkan pengikut ajaran agama lain disebelah kiri, dan pengikut ajaran agama islam di sebelah kanan, lepas tu cuba tanya apakah huruf pertama kitab mereka?, maka pengikut ajaran agama lain akan memberi jawapan berbeza-beza sebab kitab mereka sudah diubah, tapi semua orang islam tahu dengan serentak dan mereka semua akan jawab huruf “ba” yakni Huruf asal Al quran dalam bahasa arab. Orang kristian pun belum tentu tahu apa bahasa asal kitab injil, sudah tentu bukan English!

.

Lepas tu cuba buka kitab mereka secara random, baca dan suruh sambung, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menyambung, tapi hampir semua orang islam akan boleh sambung, buka muka surat belakang, baca: Kul hu wallah hu ahad.., akan ada yang boleh sambung, adik iman autism 6 tahun pun boleh sambung surah tu, bukak muka surat tengah, Yassin,.., lepas tu akan ada budak sekolah rendah yang boleh sambung.

.

Itu baru tanya budak sekolah, belum Tanya pada ustaz, keluar taranum lagi, tapi bila di tanya pada pengikut ajaran agama lain yang bertaraf otai dalam agama mereka, baca ayat kitab mereka suruh sambung, pun belum tentu mereka boleh jawab sebab tak hafalpun.

.

Tanya lagi, siapa yang kenal sebanyak DUA orang kawan yang hafal seluruh kitab agama mereka kulit ke kulit?, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak sebut nama, tapi hampir semua orang islam boleh sebut dua orang nama yang mereka kenal telah menghafal semua ayat Al quran, malahan yang mengaku sudah hafalpun ada disekeliling kita.

.

Jadi ini adalah keajaiban, Sungguh orang Islam ada sistem yang boleh menjaga keaslian kitab agama mereka walaupun sudah 1400 tahun, malahan setiap panjang pendek ayat mereka juga di hafal. Inilah teknologi wahyu dari Tuhan!

.

Dalam dunia ini, hanya kitab Al Quran yang ada 6000 ayat yang mampu di hafal dengan dengan mudah sebagaimana Hafiz Al quran menghafal dalam Islam.

.

Jadi rujuk ayat Al quran Surah Al qamar, empat kali ditulis Alquran itu mudah di hafal bagi yang mahu menghafal, maka bayangkan jika Nabi seorang penipu, bagaimana Nabi boleh ramal dengan tepat dakwaan Al quran mudah di hafal melainkan inilah buktinya bahawa al Quran bukan rekaan Nabi tapi wahyu dari Allah.

.

Itu baru cerita kisah hafal Al quran, dah meremang bulu roma, belum cerita kisah isi Al quran yang dah buat ramai orang bukan islam masuk islam, bagi mereka yang mahu mencari kebenaran.

Now you know.

.

Woha!

 

Jan 2, 2021

Asal usul Santa Clause?

Ada banyak versi tapi saya paling suka versi terbaru yang terbit pada tahun 2019.

Alkisahnya.. menurut versi 2019 itu.. Pada zaman dahulu tahun 1800.. ada ketua posmen yang kaya. Tapi anaknya sangat pemalas dan si ayah telah hantar anaknya ke hujung dunia. Satu daerah terpinggir yang penuh salji didiami oleh dua puak saling berperang sejak zaman berzaman.

Kata si ayah, kamu kena uruskan penghantaran surat sebanyak 6000 pucuk di daerah itu baru boleh balik dan nikmati kekayaan si ayah.

Maka posmen itu cuba dapatkan surat dari penduduk kampung tapi mereka semua sibuk bergaduh. Posmen cuba dekati kanak kanak namun semua kanak kanak adalah nakal. Dan punca kenakalan kanak kanak juga buatkan ibu bapa mereka bergaduh dengan jiran tetangga.

Satu hari posmen berjalan jauh ke hujung kampung dan terjumpa sebuah rumah yang dipenuhi oleh mainan buatan tangan milik seorang pakcik tua berjambang putih.

Posmen itu dapat tahu pakcik tu buatkan mainan untuk anaknya tapi bila anak dan isteri tiba tiba mati terus pakcik tu buatkan beribu ribu mainan tanpa henti.

Posmen itu pujuk pakcik tu untuk diagihkan secara percuma semua mainan kepada kanak kakak. Bila Pakcik tu setuju terus posmen tu dapat idea dan sebarkan berita palsu kepada kanak kanak di seluruh kampung bahawa siapa nak hadiah permainan percuma perlu tulis surat kepada dewa Santa Klause.

Maka kanak kanak pun mulai menulis dan posmen sendiri akan hantar mainan, tapi kerana orang kampung tak suka diganggu maka posmen telah masuk melalui cerobong asap dan senyap senyap letakkan hadiah dalam stokin.

Satu lagi, Oleh sebab posmen dah kenal semua kanak kanak maka dia tahu siapa yang nakal dan siapa yang baik. Kanak kanak nakal akan dapat batu sahaja. Kanak kanak baik akan mendapat mainan.

Insaf sebab dapat batu. Maka kanak kanak nakal sanggup berubah menjadi baik. Maka mereka buang tabiat jahat mereka yang suka mencuri dan sebagainya dan telah pulangkan balik hasil curian hingga punca perang selama ini akhirnya terhenti.

Akhirnya semua Penduduk kampung dah jadi baik dan merasa bahagia bila kanak kanak semuanya baik baik. Begitulah asal usul kampung itu jadi baik dan berdamai.

Hujung cerita, Pakcik tua si pembuat mainan itu mati namun semangat bagi hadiah kepada kanak kanak yang baik masih diteruskan oleh ibu bapa dikampung itu yang akan berikan hadiah pada anak mereka pada setiap kali tiba hari raya.

Demikianlah asal usul Santa Klause yang sangat menarik tentang usaha tidak putus asa seorang posmen dan pakcik Santa dalam menyelamatkan masa depan kanak kanak zaman itu dan seterusnya mengehentikan pergaduhan disebuah kampung.. semua ini boleh ditonton dari filem animasi terbaik berjudul.Klause. 2019. Filem lukisan 2D tapi diwarna nampak macam 3D.

Babak akhir waktu posmen rindu pada Santa Klause itu buat saya rasa sebak jugak..

Sebuah tontonan yang bagus untuk anak anak jika bertanya 'asal usul' Santa Clause.

Woha!

(Masa untuk tazkirah)

Cerita pasal hadiah atau hibah, jom rujuk Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Berhadiah-hadiahlah antara

kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu." (Riwayat Tabrani)

Pesan Nabi lagi:

"Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan perasaan dengki (iri hati), dan beri-memberilah antara kamu, nescaya kamu akan saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan permusuhan." (Hadis riwayat Malik)

Tempat lain Nabi bersabda: "Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing." (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Nabi lagi bab hadiah,

"Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat menwariskan rasa cinta dan membersihkan berbagai kekotoran hati"

Imam Tabrani meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling mencintai."

Bercerita tentang cinta dah tentu tak lupa cinta kepada isteri..

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Orang yang baik di antara kamu ialah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri daripada kamu." (Hadis Riwayat at-Tarmizi).

Hadis lain Riwayat at-Tarmizi bermaksud: "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap isterinya."

Alkisahnya diriwayatkan daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata: "Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah

itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.

Beliau (Ummu Kultsum) berkata: Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah juga suka memberi hadiah kepada isteri-isteri baginda. Apabila pulang dari mana-mana perjalanan, baginda sering membawa pulang hadiah untuk isteri-isteri baginda. Pernah suatu ketika, baginda terlupa membawa pulang hadiah, baginda berpatah semula ke pekan lalu membelikan hadiah untuk isteri

baginda.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., "Pada suatu ketika Rasulullah menghadiahkan aku sebuah gelang yang amat cantik buatannya. Kemudiah aku bertanya kepada baginda, "Ya Rasulullah, siapakah di antara kami (isteri) yang paling kamu sayang?" Jawab Rasulullah, "Siapa yang ada gelang di lengannya." Keesokkan

harinya aku dapati kesemua isteri baginda memiliki gelang yang sama."

Jadi kepada semua suami. Jangan lupa bagi hadiah kepada isteri kerana itu adalah sunnah dan kepada isteri jangan cemburu kepada isteri isteri dapat hadiah kerana mereka bukannya orang lain. Madu kau jugak!

Woha!

Ho..ho..ho..

 

Jan 1, 2021

Tujuh Hak Jiran Islam?

Pagi ni lepas solat ada nampak orang kampung berkumpul, rupanya ada kematian, bila tegur sapa, kematian berlaku semalam, arwah kena serangan jantung.

Tuan rumah Tanya macam mana nak pilih tanah perkuburan?, sebab urusan mandi dah ada, Cuma nak pilih lokasi perkuburan, maka ada ahli surau bantu tunjuk cara, sekian sekian cara. Bagus kita kenal dengan ahli surau, InsyaAllah bab kematian mereka dah ada SOP.

Saya kemudianya masuk rumah, ada jasad arwah terbujur, lalu saya duduk dan baca beberapa suarah serta berdoa.

Jiran ni tak jauh, selang dua tiga buah rumah, tapi itulah zaman sekarang, saya pun jarang dapat jumpa, masing masing sibuk urusan sendiri, jika tak ke surau pagi ni, takde peluanglah saya nak ziarah keluarga arwah sewaktu jasad masih ada, sebab kita semua ni sibuk atau perasan sibuk.. aduh..

Maka sini saya nak pesan pada diri sendiri, hidup berjiran, ada tujuh hak orang islam yang wajib atas kita.

Pertama, Bila bagi salam, wajib jawab, lebih sunah beserta senyuman. Sebelum PKP hari tu geng tabligh selalu datang bagi salam, sekarang ada juga, Cuma datang dari kawan tabligh yang kenal sahaja.

Kedua, Bila dengar orang islam bersin, doakan kesihatan, sama jugak, jika ada yang batuk atau apa apa tanda tak sihat, kita doakan dari jauh. Saya pernah bersih dalam surau, terus doctor bagi ubat, rupanya ada doctor yang solat berjemaah sama sama, dia dah dengar saya ada bersin semalam, jadi hari ni terus bawa ubat nak bantu, Alhamdulillah.

Ketiga, Bila ada yang sakit, ziarah dan bantu apa yang mampu. Kebetulan semalam kawan surau ajak jejak ahli surau yang tak datang sejak PKP, kami pergi dua tiga rumah, dan rumah tak jauh pun dari rumah saya, dalam sepuluh rumah, Pakcik Zam namnya, rupanya kena serangan strok, seronok dia tengok kami datang. Dia azam bila sihat nak datang semula ke surau. Amin.

Korang yang belum kena strok tapi tak pernah ke surau boleh renung renungkan baki nikmat yang ada untuk apa hala tujunya sedangkan kematian itu adalah tiba tiba. Tak payahlah nak perasan sibuk sangat uruskan dunia sebab tanpa kita ada, dunia ini akan masih berjalan seperti biasa.

Ke empat, Bila ada kematian, bantu apa yang mampu. Saya dah cerita atas tadi.

Ke lima, Bila ada jemputan, wajib pergi jika tiada urusan lain yang menghalang. Ini memang sukar sebab hujung minggu bertembung dengan pelbagai jemputan, maka waktu itu perlukan ilmu yang mana bila dua tiga perintah Allah datang serentak, maka pilihlah ikut keutamaan.

Ke enam, Bila ada yang susah atau dizalimi, wajib kita bantu apa yang mampu. Tengok ada pencuri masuk rumah jiran, kita call polis, saya sendiri pernah waktu ada urusan di luar, isteri call ada ular tedung masuk rumah, saya call jiran, dan mereka tolong halaukan. Alhamdulillah.

Ke tujuh, Jika ada aib, tutuplah aibnya, layan orang islam macam kita nak orang layan kita. Jika ada jiran bela ayam masuk berak rumah kita, basuhlah dengan tersenyum, ada jugak pahala terpijak secara tunai. Lepas tu cakap elok elok, jika jiran tak nak berubah, ingatlah, kematian akan merubah kita, tak jiran kita mati dulu, kita yang mati dulu, waktu tu baru tahu pahala sabar ni besar ganjarannya yang mampu merubah perhiasan Syurga. Amin…

Semoga jiran abang mayat dapat tutup aib abang, manalah tahu kot kot kucing abang pulak pergi berak depan rumah dia, jika ada bagitahu yer?, abang akan tambah pasir garam depan rumah nanti, terima kasih sudi bertegur sapa dan senyum mesra, sampai sini dulu celoteh abang sebab nak pergi basuh berak ayam sesat depan rumah kejap.

Woha!