Seorang sahabat bercerita pengalaman beliau pergi berdakwah di Amarica tahun 80-an dahulu.
Dalam perjalanan bergerak dari masjid ke masjid, akan
melalui perjalanan yang sangat jauh, ada mencecah 400km.
Jadi bila tiba waktu solat, Jemaah akan berhenti di stesen
minyak, dan sudah tentu stesen minyak di sana tiada kemudahan surau, maka
Jemaah akan bentang kain alas, azan dengan lantang, dan bersolat secara
berjemaah di kawasan lapang.
Melihat kejadian itu, orang ramai mulai berkerumun dan ambik
gambar. Tiba Tiba ada sorang mat saleh, ikut solat, orang berdiri peluk tubuh
dia ikut, orang sujud dia ikut, orang rukuk dia ikut, sampai habis.
Bila dah habis dia tanya, buat apa ni? Maklumlah zaman tu
belum maju internet, maka Jemaah cakap solat menyembah Allah, baru dia tahu
rupanya solat, sangkanya senaman ala ala yoga.
Kemudian Mat saleh tu Tanya:
“Kenapa susahkan diri solat area macam ni? Kenapa sebelum
bertolak tadi, terus solat siap-siap, minta pada Tuhan, dan teruskan perjalanan
tanpa perlu berhenti solat lagi? Kenapa tak macam tu? Kenapa nak berhenti solat
di tepi jalan?”
Maka sahabat saya ni cerita, dalam kita berdakwah.. ilham
datang menjawab ni tiba tiba boleh muncul, maka jawabnya:
“Kita manusia ada dua keperluan, satu keperluan jasmani, dan
satu keperluan rohani, yang mana keperluan jasmani adalah melalui makanan dari
tanah, dan ada waktu untuk makan seperti Sarapan (breakfast), Kudapan (Brunch),
Merarau(Lunch), Cicipan(Tea), Makan malam(Dinner) dan Gabi (Supper)..,
..Ada lima kali waktu makan, maka boleh tak jika pada waktu
pagi, sebelum pergi kerja, kita terus makan semuanya serentak, kita sarapan,
Lunch, dinner, sekaligus, boleh tak? Tentu tak boleh, kesihatan akan terjejas,
sebab keperluan jasmani yang sihat perlu di layan ikut waktu yang tertentu baru
jasmani kita kekal sihat sejahtera!..
... Maka untuk keperluan rohani, makanan jiwa adalah dari
langit, maka sangat perlu pada waktu tertentu untuk bersolat demi bermunajat
kepada Allah, buat hubungan dengan pencipa Roh, dan perlu pada waktu yang ditetapkan
seperti Solah Subuh di awal pagi, Solat Zohor waktu tengah hari, Solat Asar di
waktu Tea, solat magrib waktu dinner, dan solat isyak waktu Supper, lima kali
sehari! ..
.. Semua ini kena ikut waktu kerana jiwa tanpa makanan
rohani, maka jiwa akan menderita, akan gelisah dan tidak tenang, banyak kes
bunuh diri kerana rohani mengalami kemurungan, sungguh hanya dengan mengingati
Allah hati akan menjadi tenang”
Panjang lagi Hamba Allah ni jawab setiap persoalan dari mat
saleh itu, dan hujung cerita, beliau akhirnya masuk islam.
Subhanallah! Hidayat milik Alllah, dalam ketaatan solatpun
boleh membuka pintu hidayat.
Maka kepada mereka yang jiwa gelisah tidak tenang, sudahkah
kita baiki waktu solat kita awal waktu, berjemaah, tempat azan di azankan
dengan jiwa yang khusyuk? Sudahkah?
Atau kita sibuk dengan waktu makan hingga solat lengah
lengah lepas tu stress sebab badan gemok, solat pulak tak khusyuk, aduh…
Gemok badan semuanya akan jadi makanan ulat, sedang jiwa dah
lama kurus kering sebab solat lengah lengah.. nauzubilah.
Pernah fikir tak? Ada orang waktu makan kat kedai malu
sorang sorang, nak jugak ajak kawan kawan teman makan secara berjemaah, tapi
bab solat sorang sorang boleh pulak, lepas tu stres. Adohai..
Semoga kita semua dapat solat awal waktu, tempat azan di
azankan, secara berjemaah ikut cara Nabi Muhammad SAW.
Amin.
Semoga Woha sampai syurga
No comments:
Post a Comment