Ada banyak versi tapi saya paling suka versi terbaru yang terbit pada tahun 2019.
Alkisahnya.. menurut versi 2019 itu.. Pada zaman dahulu
tahun 1800.. ada ketua posmen yang kaya. Tapi anaknya sangat pemalas dan si
ayah telah hantar anaknya ke hujung dunia. Satu daerah terpinggir yang penuh
salji didiami oleh dua puak saling berperang sejak zaman berzaman.
Kata si ayah, kamu kena uruskan penghantaran surat sebanyak
6000 pucuk di daerah itu baru boleh balik dan nikmati kekayaan si ayah.
Maka posmen itu cuba dapatkan surat dari penduduk kampung
tapi mereka semua sibuk bergaduh. Posmen cuba dekati kanak kanak namun semua
kanak kanak adalah nakal. Dan punca kenakalan kanak kanak juga buatkan ibu bapa
mereka bergaduh dengan jiran tetangga.
Satu hari posmen berjalan jauh ke hujung kampung dan
terjumpa sebuah rumah yang dipenuhi oleh mainan buatan tangan milik seorang
pakcik tua berjambang putih.
Posmen itu dapat tahu pakcik tu buatkan mainan untuk anaknya
tapi bila anak dan isteri tiba tiba mati terus pakcik tu buatkan beribu ribu
mainan tanpa henti.
Posmen itu pujuk pakcik tu untuk diagihkan secara percuma
semua mainan kepada kanak kakak. Bila Pakcik tu setuju terus posmen tu dapat
idea dan sebarkan berita palsu kepada kanak kanak di seluruh kampung bahawa
siapa nak hadiah permainan percuma perlu tulis surat kepada dewa Santa Klause.
Maka kanak kanak pun mulai menulis dan posmen sendiri akan
hantar mainan, tapi kerana orang kampung tak suka diganggu maka posmen telah
masuk melalui cerobong asap dan senyap senyap letakkan hadiah dalam stokin.
Satu lagi, Oleh sebab posmen dah kenal semua kanak kanak
maka dia tahu siapa yang nakal dan siapa yang baik. Kanak kanak nakal akan
dapat batu sahaja. Kanak kanak baik akan mendapat mainan.
Insaf sebab dapat batu. Maka kanak kanak nakal sanggup
berubah menjadi baik. Maka mereka buang tabiat jahat mereka yang suka mencuri
dan sebagainya dan telah pulangkan balik hasil curian hingga punca perang
selama ini akhirnya terhenti.
Akhirnya semua Penduduk kampung dah jadi baik dan merasa
bahagia bila kanak kanak semuanya baik baik. Begitulah asal usul kampung itu
jadi baik dan berdamai.
Hujung cerita, Pakcik tua si pembuat mainan itu mati namun
semangat bagi hadiah kepada kanak kanak yang baik masih diteruskan oleh ibu
bapa dikampung itu yang akan berikan hadiah pada anak mereka pada setiap kali
tiba hari raya.
Demikianlah asal usul Santa Klause yang sangat menarik
tentang usaha tidak putus asa seorang posmen dan pakcik Santa dalam
menyelamatkan masa depan kanak kanak zaman itu dan seterusnya mengehentikan
pergaduhan disebuah kampung.. semua ini boleh ditonton dari filem animasi
terbaik berjudul.Klause. 2019. Filem lukisan 2D tapi diwarna nampak macam 3D.
Babak akhir waktu posmen rindu pada Santa Klause itu buat
saya rasa sebak jugak..
Sebuah tontonan yang bagus untuk anak anak jika bertanya
'asal usul' Santa Clause.
Woha!
(Masa untuk tazkirah)
Cerita pasal hadiah atau hibah, jom rujuk Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud:
"Berhadiah-hadiahlah antara
kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara
kamu." (Riwayat Tabrani)
Pesan Nabi lagi:
"Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan
perasaan dengki (iri hati), dan beri-memberilah antara kamu, nescaya kamu akan
saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan
permusuhan." (Hadis riwayat Malik)
Tempat lain Nabi bersabda: "Janganlah engkau menghina
seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku
kambing." (Hadis riwayat Muslim)
Sabda Nabi lagi bab hadiah,
"Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah
itu dapat menwariskan rasa cinta dan membersihkan berbagai kekotoran hati"
Imam Tabrani meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda, "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, nescaya
kamu akan saling mencintai."
Bercerita tentang cinta dah tentu tak lupa cinta kepada
isteri..
Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Orang yang baik di
antara kamu ialah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang
paling baik terhadap isteri daripada kamu." (Hadis Riwayat at-Tarmizi).
Hadis lain Riwayat at-Tarmizi bermaksud: "Mukmin yang
paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan paling
lemah lembut terhadap isterinya."
Alkisahnya diriwayatkan daripada Ummu Kaltsum binti Abu
Salamah, beliau berkata: "Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah,
baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah
kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi,
namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira
hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah
itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya
kepadamu.
Beliau (Ummu Kultsum) berkata: Ternyata keadaan Raja Najasyi
seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda,
lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak
kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu
Salamah." (Hadis riwayat Ahmad)
Rasulullah juga suka memberi hadiah kepada isteri-isteri
baginda. Apabila pulang dari mana-mana perjalanan, baginda sering membawa
pulang hadiah untuk isteri-isteri baginda. Pernah suatu ketika, baginda terlupa
membawa pulang hadiah, baginda berpatah semula ke pekan lalu membelikan hadiah
untuk isteri
baginda.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., "Pada suatu ketika
Rasulullah menghadiahkan aku sebuah gelang yang amat cantik buatannya. Kemudiah
aku bertanya kepada baginda, "Ya Rasulullah, siapakah di antara kami
(isteri) yang paling kamu sayang?" Jawab Rasulullah, "Siapa yang ada
gelang di lengannya." Keesokkan
harinya aku dapati kesemua isteri baginda memiliki gelang
yang sama."
Jadi kepada semua suami. Jangan lupa bagi hadiah kepada
isteri kerana itu adalah sunnah dan kepada isteri jangan cemburu kepada isteri
isteri dapat hadiah kerana mereka bukannya orang lain. Madu kau jugak!
Woha!
Ho..ho..ho..
No comments:
Post a Comment