Nov 8, 2021

Kucing tua?

Penyelidik Dapati Kucing Sebenarnya Tahu Nama Mereka, Namun Mengabaikannya Bila Dipanggil.

Itu adalah Kajian dari Universiti Sophia di Jepun  Oleh Professor Saito.

Mungkin kucing bila sudah tua, malas nak sahut panggilan tuan walaupun tuannya panggil..

Sementara itu, Tanpa perlu pada kajian mana mana Professor, mendapati bahawa manusia Sebenarnya Tahu Bila Azan Berkemandang dan seruan MARILAH SEMBAHYANG dituju kepada mereka, Namun Mengabaikannya Bila Dipanggil.

Mungkin manusia itu “Tunggu tua” baru nak solat ke masjid, tapi bila tua, takut menjadi “tua kutuk tak sedar diri”

Woha!

Nov 7, 2021

Kunci rumah semua ada?

KAMI NAK KUNCI BUKAN JANJI TAK PASTI

Al kisahnya, Bila beli rumah, waktu paling gembira, adalah waktu pemaju bagi kunci.

Rasa “sesuatu” sangat.

Pengalaman saya, beli rumah waktu bujang, yang mana Ketika kawan-kawan beli kereta satria, wira, iswara, atau honda, tapi saya beli rumah teres, dapat kunci, heaven sangat rasanya.

Jadi bila tengok berita hari ini, kisah orang beli rumah tapi tak siap, dijanji kunci tapi rumah masih terbengkalai, maka rasa kasihan, sebab ada yang duit bank dah potong, tapi kunci belum dapat.

Sakit hati sangat, bulanan dah bayar tapi rumah masih terbiar.

Saya doakan agar nasib mereka mendapat pembelaan dari semua pihak yang bertanggungjawab.

Namun cerita bab kunci, tadi saya ada nampak warga asing sedang buat rumah area kejiranan saya, sayapun tegur bagi salam.

Alhamdulillah, mereka orang islam, dari Bangladesh, borak sikit katanya duduk sini cari duit sahaja, semua wang hantar Bangladesh untuk beli rumah, nanti bila balik dah jadi orang kaya.

Bersemangat cara mereka bercerita, tapi tengok rumah kayu sementara yang mereka duduk, daif sangat, tapi mereka sanggup bersusah payah di Malaysia demi kebahagian hidup di Bangladesh.

Masa untuk berdakwah…

Sungguh semua orang nak memililki rumah idaman masing masing, macam warga Bangladesh juga yang inginkan rumah impian di Bangla sana, maka sanggup mereka bersusah payah di perantauan demi kebahagian masa depan.

Maka kerana keinginan peribadi semua manusia yang inginkan rumah, Lalu Tuhan telah menjanjikan Mahligai di syurga, yang mana tiap amalan baik manusia akan terus dibina Syurga yang indah, tiap zikir manusia akan ditumbuhi kebun kebun syurga, tiap akhlak terpuji, akan terus dibina pintu emas dan dinding berhias, semua itu adalah janji Allah.

Namun nak masuk sana, perlukan kunci.

Dan kunci itu ada di dunia.

Apa kunci Syurga?

Solat lima waktu, di awak waktu, dan di tempat azan di azakan, itulah sunah Nabi. Itulah Syurga punya kunci..

Dan Itulah janji Allah, akan bagi anak kunci syurga pada mereka yang jaga solat.

SUNGGUH SOLAT ADALAH KUNCI SYURGA DAN INI ADALAH JANJI YANG PASTI

Bayangkan di dunia dapat kunci rumah idaman pun rasa seronok.., maka kerana itulah Nabi dan Sahabat rasa sangat seronok dapat perintah Solat yang merupakan kunci syurga.

Alhamdulillah...

Tapi hari ini.., bila kita solat dengan rasa malas dan beban..., anak kunci syurga kot? patut kita rasa mewah dalam solat kerana janji Allah itu benar.

Nikmat mana lagi yang kita dustakan? Fikir fikirkanlah.

Semoga Woha sampai syurga!

Nov 6, 2021

Gua MU?

Hari tu baca dalam page Datok Najib. Katanya dalam gua ada air cond. Saya pun tak faham dan tak nak percaya hingga turun siasat.

Maka saya masuk gua Tempurung tengok betul ke ada air cond?

Sekali kat dalam ada wind tunnel. Memang sejuk. Rasa nak keluar lepas PRU pulak.

Woha!

Rupanya dah masuk pepatah baru tak rasmi Malaysia baru iaitu, siapa kalah masuk gua.

Sebab zaman internet ni, siapa kalah dan tak tahan kena maki dan kena kutuk serta bahan, maka ke gualah tempat paling aman tiada line internet.

Contoh MU Vs Liverpool baru ni, lima kosong tu, maka penuh sesaklah pintu gua dengan peminat Liverpool melawat peminat MU agar patuh SOP dalam gua!

Woha!

Namun hakikatnya, cerita bab gua, di sanalah muncul asal usul Islam, tempat Nabi bersunyi diri.

Kemudian timbul tuduhan konon Nabi ni ada masalah kemurungan, dan berhalusinasii di gua Nampak Jibril, dan mencipta agama.

Lalu bila Nabi perkenalkan islam, orang kafir menuduh Nabi seroang yang gila.

Maklumlah setelah bertapa dalam gua, tiba tiba Nabi muncul bagi tahu semua 360 berhala adalah palsu, tuhan hanya Allah.

Maka di sana sini, orang cakap Nabi Muhammad adalah Majnun,  si Gila!

Malahan hari ini, geng anti Tuhan, juga mendakwa kisah Nabi jumpa malaikat di gua waktu bersunyi diri, dan berhalusinasi konon melihat Malaikat Jibril adalah tanda kemurungan,dan percaya Nabi seorang gila.

Tapi bila kajian di buat tentang ciri orang gila, biasanya mereka menyendiri, cenderung bunuh diri, dan tak mampu uruskan diri, berbeza dengan nabi Muhammad SAW.

Tidak pernah Nabi nak bunuh diri, dan terbukti adalah mustahil seorang yang gila mampu memimpin pasukan perang dengan cemerlang, mampu menyatukan puak yang bergaduh, mampu memyelamatkan dunia dan mengubah peta dunia selamanya, maka orang islam yakin islam itu benar, malaikat itu benar, takdir itu benar, akhirat itu benar!

Melihat kejayaan demi kejayaan Nabi Muhammad, orang kafir dah tak tuduh Nabi gila, sebab lepas tu muncul pulak mukjizat yang melangkau Sains, maka orang kafir dan tak tuduh Nabi gila, tapi dituduh Nabi ahli sihir pulak, tuduh Al quran adalah mentera sihir, dan mukjizat adalah tindak balas sihir.

Macam macam lah tuduhan..

Namun terbukti hari ini, seorang pakar silap mata tak akan mampu buat Al quran yang penuh mukjizat, mampu di hafal walau oleh sibuta, dan ayatnya penuh dengan Common sense.

Maka kita orang islam yakin, Nabi menerima wahyu di gua adalah benar, dan Nabi terbukti bukan gila, kerana akhirnya Nabi menjadi manusia paling berpengaruh dalam sejarah manusia!

Jom masuk gua, ini ada  saya jumpa video sebelum PKP masuk gua bersama anak bini,

https://youtu.be/y-fSctAK1Yo

Maka dalam video ini akan ada kisah kami jumpa batu berbentuk Hantu, atau jumpa lukisan pelik zaman purba kah? Yang ada kaintan dengan volsagen kuning?

Namun paling penting, saya masukkan kisah Nabi bukan seorang gila dan Malaikat Jibril bukan kesan dari halusinasi, semua itu adalah mukjizat Allah, nak tahu detail, jom tonton video yang tajuknya agak pelik:

“Jumpa Puntianak di Gua Tempurung?”

https://youtu.be/y-fSctAK1Yo

Woha!

Ps: semoga kita semua dapat ke Mekah tahun depan, dan dapat masuk gua Hirak, Amin..

Nov 5, 2021

Hikmah hanya untuk Orang senang?

Satu hari di halaman kereta mayat, ada komen begini..

“Bila berlaku musibah, carilah Nasib baik yang 'menyamar' dalam takdir buruk, di situ kamu akan bertemu Hikmah”

“contohnya?”

“PKP tak boleh keluar rumah, maka duduk rumah, berlaku peristiwa rumahku syurgaku”

“Tapi duduk rumah masa pkp tidak terjadi rumahku syurgaku kepada orang yg bukan have have.. Kat mana yang boloh dikatakan nasib baik yang datang sekali bersama musibah? Saya berpendapat nasib baik menyamar disebalik musibah tu hanya untuk orang berduit berpengaruh sahaja waima undang2 pun boleh kawtim.. tengok je la contoh ibu tunggal 9 anak yang kena hukum gantung sebab dadah vs anak menteri yang tlibat dgn dadah.”

“Di situ namanya hikmah; sentiasa mencari segaris cahaya disebalik awam gelap yang tebal”

“Dalam tempoh pkp slama 2 tahun ni berapa ramai yang bunuh diri? Adakah mereka  tak jumpa hikmah di sebalik ujian?

“Tak PKP pun berita bunuh diri kita dengar selalu, saudara..”

“Masalahnya, kita sama-sama manusia but with DIFFERENT ABILITIES.. ada orang ada semua, ada orang sedang sedang ,ada orang harapan pun nmpk samar samar, Lumrah manusia sukakan kecantikan kesenangan so apa jadi pada mereka yang kekurangan? Apakah lumrah itu mewujudkan kasta dan perbezaan?”

“Rasa kekurangan ? Kasta ? Kasta dan perbezaan hanya diwujudkan oleh manusia bodoh. Dalam islam mana ada kasta. Miskin & kaya, cacat & lengkap anggota badan semua sama dalam Islam. Sebab tu Allah bagi mudarat supaya kita sedar tiada kasta semua sama”

“Anjing mahu terbang, tak boleh.., ikan mahu berjalan, tak boleh.., burung mahu berenang tak boleh.., jadi masalahnya kita tak sama, ada orang senang dan ada orang susah, Bila berlaku musibah, carilah Nasib baik yang 'menyamar' dalam takdir buruk, di situ kamu akan bertemu Hikmah hanya berlaku pada orang kaya, sedangkan orang miskin, musibah adalah musibah, tiada hikmah!”

*********

Komen keretamayat:

Wah, asyik bersembang di ruang komen, hingga samakan kebolehan manusia dengan binatang? Tak betul tu..

Jika anda binatang yang berbeza, memang betul Anjing mahu terbang, tak boleh.., ikan mahu berjalan, tak boleh.., burung mahu berenang tak boleh.., tapi kita bukan binatang, kita adalah manusia yang mana JIKA KITA PILIH JALAN MAHU MASUK NERAKA, tiada siapa boleh halang walaupun NABI, dan JIKA KITA PILIH JALAN MAHU MASUK SYURGA, maka tiada siapa boleh halang walau ketua iblis!

Itu bab akhirat..

Bab duniapun sama, JIKA KITA PILIH JALAN NAK JADI KAYA, tiada siapa boleh haling.., dan JIKA KITA PILIH JALAN NAK JADI MISKIN, pun tiada siapa boleh halang..

Rujuk Hadis, bersyukur ALLAH akan tambah nikmat, jika diri sendiri tak nak bersyukur, maka bencana adalah bencana selamanya.

Jika nak sangat umpakan diri sebagai bintanag, rujuklah kisah lebah dan lalat, keduanya boleh terbang, Tapi lebah akan sentiasa bertemu madu, dan lalat akan sentiasa mencari najis walaupun madu depan mata.

Rujuk hadis bab lebah.., Arghh, Malas nak petik kata kata Nabi, sebab banyak sangat bantahnya, berdosa pulak jika korang asyik bantah semua hujah agama, maka saya petik falsafah barat sekali sekala apa salahnya:

Quote by Epictetus; he says, “It’s not what happens that determines the quality or quantity of your life, and the reason is because what happens — happens to about everyone. The sun went down on all of us last night — a common event — and it is true that the same thing can happen to two different people, but one gets rich, and the other stays poor. Why is that? It’s not because of what happens but rather what you do about it.”

Let me say that again. It is not what happens… it’s what you do that makes the difference in how your life works out.

 “But you don’t know the disappointments I’ve had.”

Come on, everyone has disappointments. Disappointments are not special gifts reserved for the poor. Everybody has them. The question is, what are you going to do about it?”

Al faham ke tidak saya copy panjang panjang Bahasa penjajah ni?, ringkasnya:

“It’s not what happens to you, but how you react to it that matters”

Atau dalam Bahasa agamanya, siapa bersyukur Allah akan tambah nikmat, dan siapa bersabar Allah akan beri ilham uruskan masalah.

Maka Bila berlaku musibah, tetap bersyukur dengan baki nikmat, dan tetap bersabar dengan semua ujian, maka pada waktu itu kamu akan berjumpa Takdir baik yang 'menyamar' dalam takdir buruk, itulah Hikmah dalam setiap kejadian Allah”

I rest my case.

Woha!

Link asal perbualan ini: https://www.facebook.com/keretamayat/posts/428901325258612

Nov 4, 2021

Filter di Syurga?

Di dunia manusia guna Filter untuk nampak cantik atau hensem, tapi jika jumpa depan depan, tertunduk pandangan....

Dalam kitab bab syurga, ada bercerita kisah ahli syurga akan ke pasar mencari idea untuk menghias syurga, dan di pasar malaikat jual macam macam barang, ada jual perabot, haiwan, dan paling teruja, malaikat jual wajah!,

Ahli syurga boleh pilih nak ubah wajah, bukan filter, tapi betul betul punya. Cara nak beli bukan pakai bitcoin, kad kredit, surat pajak, bukan!

Tapi pakai salam sahaja, Asalamulaikum tunjuk barang, waalaikumuslam malaikat jawab, terus barang bertukar milik.

Perghhh...

Jadi macam mana cara nak masuk syurga?

Mula mula, jangan malu makan sorang sorang kat kedai jika takde kawan, tapi malulah solat sorang sorang sebab ramai jer kawan ada di masjid.

Kadang, Saya pelik tengok orang lelaki yang cukup malu makan sorang sorang, mesti nak berteman, kat kedai makan, sanggup belanja saya agar makan mereka berteman,

Tapi bila solat, boleh pulak solat sorang sorang, tak malu kat Allah ke?

Jom solat berjemaah, Saya 'belanja'- woha!

Ps: Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, (petikan ayat Al quran)

Nov 3, 2021

17 nasihat paling penting.., no 15 amat mengejutkan?

Dalam hidup ini apa yang paling penting?

1. Masa kita kecik, bawak mainan kesayangan waktu tidur, bawak ke hulu dan ke hilir, sebab mainan sangat penting bagi kita di zaman kanak-kanak, tapi bila remaja, kita dah malu dengan mainan tu, siap campak atau bagi pada anak jiran.

2. Masa remaja, mungkin ada yang rasa popular di sekolah itu penting, baju berjenama itu penting, seluar fesyen terkini tu penting, potongan rambut gaya terkini itu penting, drama episod di TV kena follow sampai habis episod, komik kena baca semuanya, muzik terkini kena update, Game semua level nak capai, dan sebagainya sebab semua itu penting bagi seorang remaja,

3. Tapi masuk umur 20-an, baru fikir balik, tak penting pun semua tu, masa ni, ada kereta yang mahal tu penting sebab nak cari awek atau jalan sini sana, kerja lompat sini sana tak kisah, janji dapat duit, belajar sampai habis tu penting kalau tak susah dapat kerja, dapat cari pasangan hidup tu penting kalau tak matilah sorang sorang sampai tua tak ada tempat kongsi suka duka,

4. Ada juga antara korang waktu tu mungkin ada cita cita nak takluk dunia, nak kembara seluruh alam, nak berkarya dengan mahakarya gempak, nak ubah dunia menjadi lebih baik. Nak berpolitik paling gempak.

5. Masuk umur lepas kahwin, fikiran manusia mula jadi rasional, kerja yang stabil dengan pendapatan tinggi pulak yang penting, atau buat bisnes paling untung sehingga jadi kaya itu penting, rupa dah tak kisah, biar buncit asal kaya. Biar tak hensem janji jutawan.

6. Kemudian bila ada anak pulak, maka perbelanjaan pada anak menjadi sangat penting, manusia akan sibuk cari duit, untuk kereta besar dan rumah yang selesa, anak anak pun membesar, impian besar nak ubah dunia masa remaja dah jadi kepada rutin kecil dalam mencari duit untuk pastikan anak berjaya, pastikan anak masuk U dan kahwin dan bekerja, lalu kita semua akhirnya jadi orang tua. Anak anak bekerja dan berkahwin, di waktu tua, apa yang penting?

7. Bila dah tua, umur pencen, zaman bersara, kesihatan semakin menurun, tengok TV dah tak bernafsu, baca surat khabarpun dah tak faham dengan dunia yang semakin melupakan kita. Kawan kawanpun sibuk dengan urusan dunia tua mereka.

8. Waktu tua, yang penting adalah keluarga, pasangan kita, anak anak kita, kesihatan, kawan yang baik, dan hidup beragama.

9. Kawan yang baik pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting dari kita, anak anak pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting dari kita, maka yang tinggal hanyalah baki kesihatan, pasangan hidup, dan kehidupan Beragama.

10. Tambah umur sikit lagi, gigi dah mula luruh pakai gigi palsu, mata dah kabur sampai cermin mata dah habis power, telinga dah tuli pakai alat eletronik pun tak berapa nak dengar, kencing berak pun tak boleh nak tahan, lalu siapa yang sanggup basuh kencing berak kita, suap makan kita? Mandi bersih kita? Salin baju dan lampin kita? Siapa?

11. Pasangan kita lah yang sanggup sehidup semati yang turut sama bergelut dengan baki kesihatan macam kita, tinggal sama ada dia atau kita pergi dulu, yang mana akhirnya, jika pasangan pergi dulu, maka tinggalkan kita bersama kehidupan beragama, atau anak yang soleh dan solehah yang masih boleh diharapkan untuk tutup aib kita sebelum kita tutup mata.

12. Semoga senyuman anak sewaktu tukar lampin kita bukan senyuman palsu, tapi itulah, anakpun sibuk dengan urusan mereka.

13. Lalu selepas atau sebelum musim haji, atau sebelum bulan puasa, atau antara dua waktu solat, kita akan pergi jumpa Allah,

14. Allah yang tak pernah tinggalkan kita, dan menunggu jiwa yang tenang datang kepadaNYA untuk digembirakan dengan Rahmat seluas Syurga!

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku” (Al-Fajr 27-30)

Tapi waktu tu nak tenang apa kebendanya jika hidup selalu lupa Tuhan, lupa Allah!

15. Jadi apa yang paling penting dalam hidup ini adalah: TUHAN! Itu jer saya nak kabor.

16: Akhir kata, Hidup tolong jangan lupa Tuhan, kerana Tuhan tak pernah lupakan kita, sebab tu orang lupa tuhan, semuanya masuk neraka sebab tuhan ingat pada mereka, Cuma kita jer yang lupa Tuhan dan mencariNya bila nak mati sahaja, Sob sob..

17. Keretamayat itu sehala jalannya, buat sehabis baik sebelum naik, itu yang penting okey?

Woha!

Nov 2, 2021

Harga besi naik?

Ehem ehem, abang keretamayat ada pegalaman bekerja di kilang besi Perwaja.

Zaman bujang lagi ni tapi best sebab dekat dengan kampung. Di zaman kegemilangan Perwaja ini, pergi mengeteh pakai baju perwaja semua awek pandang.

Zaman tu berebut orang tua nak bermenantukan pekerja Perwaja sebab Perwaja ni zaman tu setaraf dengan Petronas.

Dua tiga tahun jugak abang kerja sana, banyak juga kenangan tercipta, seperti kenangan hidupkan api flare di puncak reaktor secara manual, kenangan paip meletop memecahkan tingkap bangunan mujur tiada terkorban. kenangan kawan bawa masuk motor dalam kilang dan motor tu meletop.. adohai..

Ada juga kenangan indah seperti hari hari makan free sebab majikan tak nak pekerja mengular.

Kenangan buat presentation depan warga asing, kenangan pergi team building, kenangan bermewah ke klinik gigi semua free, atau ke hospital jika ada bini siap beranak pekej hospital swasta, juga kenangan tiap bulan kena gunting rambut free sebab kilang tak benarkan rambut Panjang, juga kenangan rakan sekerja ramai foreigner. Juga Pengalaman kena maki, juga. Aduh..

Tapi akhirnya, penat kerja kilang berhabuk besi, Abang berhenti dan jadi pemandu kereta mayat sepenuh masa secara maya.

Woha!