Dalam hidup ini apa yang paling penting?
1. Masa kita kecik, bawak mainan kesayangan waktu tidur,
bawak ke hulu dan ke hilir, sebab mainan sangat penting bagi kita di zaman
kanak-kanak, tapi bila remaja, kita dah malu dengan mainan tu, siap campak atau
bagi pada anak jiran.
2. Masa remaja, mungkin ada yang rasa popular di sekolah itu
penting, baju berjenama itu penting, seluar fesyen terkini tu penting, potongan
rambut gaya terkini itu penting, drama episod di TV kena follow sampai habis
episod, komik kena baca semuanya, muzik terkini kena update, Game semua level
nak capai, dan sebagainya sebab semua itu penting bagi seorang remaja,
3. Tapi masuk umur 20-an, baru fikir balik, tak penting pun
semua tu, masa ni, ada kereta yang mahal tu penting sebab nak cari awek atau
jalan sini sana, kerja lompat sini sana tak kisah, janji dapat duit, belajar
sampai habis tu penting kalau tak susah dapat kerja, dapat cari pasangan hidup
tu penting kalau tak matilah sorang sorang sampai tua tak ada tempat kongsi
suka duka,
4. Ada juga antara korang waktu tu mungkin ada cita cita nak
takluk dunia, nak kembara seluruh alam, nak berkarya dengan mahakarya gempak,
nak ubah dunia menjadi lebih baik. Nak berpolitik paling gempak.
5. Masuk umur lepas kahwin, fikiran manusia mula jadi
rasional, kerja yang stabil dengan pendapatan tinggi pulak yang penting, atau
buat bisnes paling untung sehingga jadi kaya itu penting, rupa dah tak kisah,
biar buncit asal kaya. Biar tak hensem janji jutawan.
6. Kemudian bila ada anak pulak, maka perbelanjaan pada anak
menjadi sangat penting, manusia akan sibuk cari duit, untuk kereta besar dan
rumah yang selesa, anak anak pun membesar, impian besar nak ubah dunia masa
remaja dah jadi kepada rutin kecil dalam mencari duit untuk pastikan anak
berjaya, pastikan anak masuk U dan kahwin dan bekerja, lalu kita semua akhirnya
jadi orang tua. Anak anak bekerja dan berkahwin, di waktu tua, apa yang
penting?
7. Bila dah tua, umur pencen, zaman bersara, kesihatan
semakin menurun, tengok TV dah tak bernafsu, baca surat khabarpun dah tak faham
dengan dunia yang semakin melupakan kita. Kawan kawanpun sibuk dengan urusan
dunia tua mereka.
8. Waktu tua, yang penting adalah keluarga, pasangan kita,
anak anak kita, kesihatan, kawan yang baik, dan hidup beragama.
9. Kawan yang baik pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih
penting dari kita, anak anak pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting
dari kita, maka yang tinggal hanyalah baki kesihatan, pasangan hidup, dan
kehidupan Beragama.
10. Tambah umur sikit lagi, gigi dah mula luruh pakai gigi
palsu, mata dah kabur sampai cermin mata dah habis power, telinga dah tuli
pakai alat eletronik pun tak berapa nak dengar, kencing berak pun tak boleh nak
tahan, lalu siapa yang sanggup basuh kencing berak kita, suap makan kita? Mandi
bersih kita? Salin baju dan lampin kita? Siapa?
11. Pasangan kita lah yang sanggup sehidup semati yang turut
sama bergelut dengan baki kesihatan macam kita, tinggal sama ada dia atau kita
pergi dulu, yang mana akhirnya, jika pasangan pergi dulu, maka tinggalkan kita
bersama kehidupan beragama, atau anak yang soleh dan solehah yang masih boleh
diharapkan untuk tutup aib kita sebelum kita tutup mata.
12. Semoga senyuman anak sewaktu tukar lampin kita bukan
senyuman palsu, tapi itulah, anakpun sibuk dengan urusan mereka.
13. Lalu selepas atau sebelum musim haji, atau sebelum bulan
puasa, atau antara dua waktu solat, kita akan pergi jumpa Allah,
14. Allah yang tak pernah tinggalkan kita, dan menunggu jiwa
yang tenang datang kepadaNYA untuk digembirakan dengan Rahmat seluas Syurga!
“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu Tuhanmu
dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah
hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku” (Al-Fajr 27-30)
Tapi waktu tu nak tenang apa kebendanya jika hidup selalu
lupa Tuhan, lupa Allah!
15. Jadi apa yang paling penting dalam hidup ini adalah:
TUHAN! Itu jer saya nak kabor.
16: Akhir kata, Hidup tolong jangan lupa Tuhan, kerana Tuhan
tak pernah lupakan kita, sebab tu orang lupa tuhan, semuanya masuk neraka sebab
tuhan ingat pada mereka, Cuma kita jer yang lupa Tuhan dan mencariNya bila nak
mati sahaja, Sob sob..
17. Keretamayat itu sehala jalannya, buat sehabis baik
sebelum naik, itu yang penting okey?
Woha!
No comments:
Post a Comment