Sep 3, 2023

Terpancut air mani ketika tawaf?

Kisah kali ini agak sulit, bacaan untuk suami isteri sahaja..

Alkisahnya ustazah cerita waktu dia bertugas jaga Jemaah Haji, dapat panggilan telefon dari seorang lelaki yang sedang menangis..

“Puan, saya terpancut air mani ketika tawaf, adakah haji saya rosak?”

Ustazah tu tanya, Ada isteri ikut pergi Haji tak?

Katanya Ada.. Ada guna bilik berkat tak? Katanya isteri tak nak, malu…

Ustazah tu pula menangis sebab dia bertugas tinggalkan suami dua bulan di Malaysia dan faham masalah lelaki yang bila air mani penuh dalam Telor (testis) maka perlu dilepaskan sama ada melalui jimak, atau onani, atau mimpi…

Atau nafsu syahwat dilemahkan melalui puasa atau di kurangkan makan..

Jadi alkisahnya bila lelaki normal yang berjimak dua ke tiga kali seminggu tiba tiba pergi Haji selama 40 hari, isteri pula tak nak guna bilik berkat sebab malu maka emosi lelaki pun tak stabil..

Maka timbullah kisah Waktu tawaf zakar suami tiba tiba tegang sebab kain ehram mana ada seluar dalam? Lepas tu bergesek gesek dengan wanita dari pelbagai negara, tujuh pusingan tawaf tu dekat sejam dan bersesak dengan macam macam perempuan maka tak pelik ada lelaki yang terpancut air mani..

Nauzubillah… semoga Allah lindungi kita dari ujian Nafsu shahwat..

Maka ustazah nasihat pada isteri lelaki itu agar gunakan bilik berkat dan kena ganti balik Tawaf, yang mana keluar air mani ketika tawaf hukum haji tak rosak, tak perlu bayar dam cuma berdosa dan kena bertaubat..

Maka nasihat saya pada isteri yang faham suami masing masing, yang jimak dua ke tiga kali seminggu di Malaysia, maka di Mekah ini, janganlah malu guna bilik berkat..

Bantulah emosi shahwat suami agar dapat sempurnakan haji dengan tenang…

Rujuk sejarah..

Sebelum Nabi pakai Ehram, Nabi telah berjimak dengan semua isterinya.. maka sunnah sebelum pergi Haji, lepaskan shahwat ditempat yang halal..

Nabi juga ada pesan pada sahabat yang pergi haji tak bawa binatang, agar lepas umrah berjimaklah dengan pasangan..

Tapi ada sahabat Nabi bantah, Kata sahabat:

“Kita keluar sebagai haji, kita hanya menginginkan haji, tapi Nabi suruh buat Haji tammatuk, (bersenang lenang) sedangkan jarak antara kita dengan Arafah tinggal empat malam, dan baginda membenarkan kami untuk bersama dengan isteri-isteri kami. Adakah Kita akan datang ke Arafah sementara kemaluan baru sahaja menitiskan air mani?

Kata-kata itu sampai ke telinga Nabi SAW.. Baginda SAW bersabda,

“Apakah kamu akan mengajarkanku tentang ALLAH, wahai kaum muslimin? Kamu sudah mengetahui bahawa aku adalah orang yang paling bertakwa, paling jujur, dan paling baik di antara kamu. Lakukanlah apa yang kuperintahkan kepada kamu. Sesungguhnya aku, kalau tidak terlanjur membawa sembelihan, pasti aku sudah bertahalul seperti yang kamu lakukan Dan kalau aku boleh mengulang apa yang telah kulakukan, tentu aku tidak akan membawa haiwan sembelihan. Bertahallullah kamu.”

Maka sahabat pun insaf mendengar kata Nabi, lalu merekapun potong rambut untuk bertahalul.., Dan berjimak dengan isteri masing masing..

Kembali kepada hati ini..

Hari Arafah dah dekat, bagi mereka yang buat Haji Tammatuk, Tabung Haji ada pesan agar jangan buat Umrah sunat takut penat sebab tenaga banyak nak pakai kat Arafah… sila berehat dan bertenang..

Selain itu, Tabung Haji juga ada sediakan bilik berkat..

Saya dapat tahu, ada yang buat bilik berkat sendiri dengan pakat bincang bersama kawan sesebilik untuk kosongkan bilik ikut jadual..terpulang rezeki masing masing..

Saya ni ramai geng pakcik dalam bilik maka saya pilih bilik berkat jer, huhuhu..

Akhir kata, Kepada suami isteri yang malu walau air dah naik kepala hingga air mazi menitis waktu tawaf, ingatlah pesan Nabi..

”Pada kemaluan setiap orang di antara kamu itu ada sedekah”

Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah apakah jika salah seorang di antara kami melepaskan syahwatnya (mencampuri isterinya) itu mendapat pahala?”

Baginda menjawab: “Benar. Bukankah kalau dia meletakkannya di tempat yang haram dia berdosa? Demikian pula jika dia meletakkannya di tempat yang halal, maka dia mendapat pahala. Apakah kamu menghitung kejelekan sahaja tanpa menghitung kebaikan?”

Allahuakbar, berjimak itu sedekah, dan sedekah ditanah suci itu ganda 100 ribu pahala!

Maka jangan lah malu ajak pasangan anda bersedekah di bilik berkat!

Woha!

Ps: Kepada yang belum pergi Haji, doa dan niat lah nak pergi bersama pasangan, pergi waktu muda, yang mana Waktu Ehram jaga pantang larang dengan mujahadah, tapi lepas tahalul, bertamatuklah…(berseronok seronok).. dan jika malu nak tulis nama waktu guna bilik berkat, tulis jer nama abang keretamayat, sebab bantu orang bersedekah juga dapat pahala! woha!