Oct 20, 2026

Kenapa ada suami MANJA?

 

Suami sakit sikit jer tapi bila demam, depan isteri macam terpaling manja, kenapa?

Izinkan saya kongsi rahsia lelaki, cerita sini, habis sini sahaja.

Alkisahnya, kami lelaki ni di ajar untuk berperang setiap masa, di ajar pakai baju perisai, pakai helmet besi, bawa pedang tangan kanan, perisai tangan kiri. Hari hari berperang.

Berperang di sini adalah kesusahan waktu cari rezeki, macam macam kami hadap segala dugaan, segala cacian, segala kritikan.

Takpe, kami ada perisai, kami lawan segala pancaroba!

Bila balik rumah, kami disambut oleh anak dan isteri, waktu itu kami akan buka semua perisai.

Sebab tu kami terlihat penat, diam, dan berwajah puas.

Waktu tu, kami Tak mahu di ajak bercakap terus, terutama bab “perang”, kami mahu di peluk, mahu di ajak makan, sembang ringan ringan jer.
Kenapa?

Kerana kami sedang buka perisai kami sebab isteri yang baik, adalah tempat paling aman untuk kami buang semua perisai.

Tapi jangan jadi suami merana, kat rumah pun masih pakai perisai sebab terpaksa berperang dengan isteri.

Masuk rumah isteri dah membebel, terus cerita masalah rumah tangga, terus mengeluh, sangat tak bersyukur, maka suami akan diam dalam perisai yang belum di buka, kadang terpaksa berperang lagi lalu suami pun jerit dan isteri jerit, lepas tu suami keluar rumah, lepak mamak dengan kawan sambil buka semua perisai di sana… atau pergi memancing, buka perisai depan kolam… atau yang alim sikit, pergi masjid buka perisai di sana…

Kesiankan?

Sebab tu untung sangat bila suami dapat isteri yang baik, suami dapat buka perisai depan isteri, suami dapat berehat dalam kubu tanpa perlu risaukan pada mana mana perperangan, dan waktu itulah, jika suami demam, dia punya manja macam kanak-kanak, nak kena suap, nak kena dodoi…, sebab kami sudah tidak beperisai lagi bila berada di samping isteri dari syurga.

Woha!

Rujuk kisah sahabat..

ada seorang Wanita ni anaknya tiba tiba mati, tapi suaminya takde, suami pergi perang..

Maka dia pun dengan sabar dan tenang telah mandikan mayat anaknya dan kafankan, selesai kafan, tiba tiba suami balik..

Seorang isteri yang solahah terus sambut suami dengan senyuman, layan makan, buka perisai suami, lalu suami pulak dan tentu tanya hal anak, kenapa anak diam?

Isteri cakap, anak dalam keadaan tenang dan lepas makan, isteri yang sedang pakai baju paling cantik, terus ajak suami bersetubuh, maka bagi suami yang baru balik musafir, memang “air naik kepala” maka legalah suami melepaskan hajat, apatah lagi isteri layan macam malam pertama..

Selesai berjimak, suami dah kenyang zahir batin, baru Wanita itu bercerita.

“Bagaimana pendapatmu jika ada seseorang meminjamkan sesuatu, sampai masa, lalu dia meminta pinjaman semula, kita kena pulangkan semula tak?”

Suami menjawab, “Ya dia mesti pulangkannya.”

Isterinya pun bagitahu, Allah pinjamkan kita anak, tapi kini anak kita telah diambil oleh Allah.

Terkejut suami dapat tahu anak dah meninggal tapi isteri sempat ajak bersetubuh.

lalu suaminya pergi jumpa Nabi mengadu kelakuan isterinya..

Nabi memuji sifat sabar isterinya dan berdoa semoga hubungan suami isteri mereka berdua akan dikurniakan keberkatan..

Akhirnya, berkat hubungan intim malam itu bersama kesabaran, anak baru dilahirkan dan dapat pula sembilan anak yang semuanya menjadi ulama besar zaman itu.. nama Wanita ini adalah Ummu Sulaim, dan suaminya Abu Talhah

Moral of the story..


1. Anak, pasangan, semua ini hanya pinjaman, dan sabar sewaktu diambil akan diganti lebih baik di dunia, terutama di akhirat

2. Isteri terbaik, berhias untuk suami, bukan untuk kawan pejabat, orang luar, contohilah Ummu Sulaim yang masih berhias pada suami walau baru diuji kematian anaknya dan dia pula yang memujuk suaminya..

3. Paling penting, Biarkanlah suami membuka perisai dengan aman di rumah, jangan berperang dengan pintu syurga!

4. Hubungan intim itu penting, bincang dengan suami cara dan bagaimana nak inzal, sungguh suami ni bukan setakat nak buka baju perisai, semua baju dia dah tak nak pakai bila bersama dengan isteri yang baik. Hehehe.

5.Jika suami sakit walaupun demam panas biasa, suaplah dia makan.-woha!

Ps: Pesanan untuk lelaki dari syurga, lain kali kita bincang, pakai perisai siap siap yer?! Woha!


Sep 26, 2026

36 soalan untuk suami isteri?

 Zaman pergi mana mana tengok telepon lebih banyak dari tengok pasangan, elok korang tanya pasangan korang 36 soalan ini, sorang tanya, sorang jawab, gilir gilirkan..

36 soalan deep untuk suami isteri menambah kasih sayang.

SET 1: Bermula dengan Santai (Niat & Kehidupan Seharian)

  1. Jika diberi peluang makan malam bersama mana-mana figura Islam di dunia ini  siapakah yang awak pilih?
  2. Bagaimana awak membayangkan satu hari yang "sempurna" dari segi rutin harian dan ibadah awak?
  3. Bila kali terakhir awak menangi sewatusolat malam, atau baca Al qurab, kenapa?   
  4. Apakah amalan kecil dalam hidup yang paling awak syukuri setakat ini?
  5. Jika diberi peluang untuk memulakan satu tabiat baik yang baharu esok pagi, apakah yang awak mahu istiqamah?
  6. Jika diberi rezeki umur yang panjang sehingga 90 tahun, bagaimana awak membayangkan kehidupan awak pada waktu itu?
  7. Namakan tiga prinsip hidup atau nilai Islam yang awak rasa ada pada diri awak dan juga pasangan awak.
  8. Jika awak mati, apa yang awak nak orang cerita tentang awak dekat kubur?
  9. Jika awak ada sesatu nak ubah, pada diri saya, bagitahu 3 perkara yang awak nak saya berubah?
  10. Apa tiga perkara yang awak suka pada saya dan tak nak saya ubah
  11. Apakah satu impian atau matlamat hidup yang paling utama yang awak belum capai
  12. Adakah awak lebih suka memberi sumbangan secara senyap di belakang tabir atau di hadapan ramai orang?

SET 2: Mula Menyelami Jiwa (Nilai Akhlak & Ujian Hidup)

1.     Jika ada satu perkara tentang masa depan atau takdir hidup awak yang Allah benarkan untuk awak tahu, apa yang awak teringin nak tahu?

2.     Dalam banyak banyak sahabat Nabi, sahabat mana yang awak rasa nak jumpa dan berborak? Kenapa?

3.     Apakah pengalaman hidup yang paling membuatkan awak rasa rendah diri (humble)?

4.     Apakah kualiti akhlak yang paling awak hargai dalam sebuah hubungan?

5.     Apakah memori paling manis dan indah yang membuatkan awak senyum setiap kali mengingatinya?

6.     Apakah ujian hidup atau cabaran paling berat dalam hidup yang pernah mengajar awak ertinya redha dan sabar?

7.     Jika awak tahu hidup awak hanya berbaki satu tahun sahaja lagi, apakah perubahan terbesar yang akan awak buat?

8.     Dalam ramai adik beradik, siapa awak paling suka? kenapa?

9.     Bagaimana awak mengimbangi antara kasih sayang ibu bapa dan pasangan?

10.  Apakah perkara, yang orang lain nampak kecil tapi bagi awak adalah besar?

11.  Sejauh mana hubungan rapat keluarga awak, jika di susun ahli keluarga, awak nombor berapa dari POV awak.

12.  Apakah pesanan yang deep dari ibu bapa awak yang awak ingat?

SET 3: Keterbukaan & Keintiman (Hati, Empati & Akhirat)

1.     Bagaimana Allah takdirkan kita berjumpa, dari POV awak, dari segi takdir.

2.     Kalau saya hidup lagi hanya 10 minit, saya nak cakap….

3.     Kalau awak marah, apa yang awak betul betul buat?

4.     Apa benda yang awak hargai, yang mana benda tu belum dapat lagi

5.     Ceritakan hari di titik terendah, dan jika berulang lagi, apa awak akan buat?

6.     Ceritakan hari di titik tertinggi, dan jika berulang lagi, apa awak akan buat?

7.     Apa benda yang awal paling selesa dengan saya?

8.     Apakah benda yang saya mungkin tak tahu, tapi sangat sensitif dan langsung tidak boleh dijadikan bahan gurauan bagi awak?

9.     Dalam banyak banyak hadis, hadis apa yang awak hafal, amal, dan faham.

10.  Jika rumah kita terbakar dan semua orang serta haiwan dah selamat, apakah tiga barang sahaja yang akan awak cuba selamatkan? Kenapa?

11.  Kematian siapa yang memebri kesan dalam hidup awak setakat ini?

12.  Jika Nabi masih hidup, ada depan kita sekarang, apa awak nak cakap depan Nabi?

Sekian 36 soalan.

Woha!


Aug 10, 2026

6 Pesanan Nabi waktu IJtimak?

 


1. Tauhid (Kalimah Tayyibah)

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh kepadanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya: Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnahku."

2. Ibadat (Solat Khusyu' & Khudu')

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu."

3. Ilmu & Zikir 

"Wahai manusia, berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil (dosa-dosa kecil).

Sesungguhnya masa itu berputar sebagaimana keadaannya pada hari Allah menciptakan langit dan bumi (12 bulan). Janganlah kamu memanipulasi bulan-bulan haram (An-Nasi') demi melanggar perintah Allah. Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku ini."

4. Ikramul Muslimin (Muliakan Sesama Muslim)

"Anggaplah jiwa, darah, dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci sebagaimana sucinya bulan ini dan kota ini. Kembalikan harta amanah kepada pemiliknya. Janganlah kamu menyakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu.

Segala urusan yang melibatkan Riba dibatalkan (termasuk riba bapa saudaraku Abbas bin Abdul Muttalib). Tuntutan dendam darah zaman Jahiliyyah dibatalkan semuanya (dimulai dengan darah Ibnu Rabi'ah bin al-Harith).

Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia daripada yang lain kecuali dengan Taqwa.

Layanilah wanita/isteri kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah, kerana mereka adalah amanah dan teman kamu yang setia. Dan dengarlah serta taatlah kepada pemimpin kamu, sekalipun yang memimpin kamu itu seorang hamba dari Habeysh (Ethiopia) yang berkulit hitam jika dia memimpin dengan Kitabullah."

5. Ikhlas Niat 

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan (Hisab amalan). Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku semata-mata kerana mengejar dunia. Bertakwalah"

6. Dakwah & Tabligh (Khuruj Fi Sabilillah)

"Sampaikanlah kata kataku ini kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga orang yang terakhir (yang menerima berita) lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang mendengar terus daripadaku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

May 10, 2026

Saya bukan mesin ATM?


Suami minta masak, isteri cakap:

“Saya bukan tukang masak”
Tiba Tiba ular masuk dalam rumah, suami pun halau ular, tanpa jerit:
“Saya bukan bomba”
Tak lama lepas tu tandas tersumbat, isteri minta suami tolong baiki
Suami baiki tanpa jerit:
“Saya bukan tukang paip”
Esok kereta isteri Tayar pancit, isteri minta tolong baiki, suami terus tolong tanpa jerit:
“Saya bukan Pomen kereta”
Petang itu mak isteri datang rumah nak tumpang bermalam, suami sambut tanpa jerit:
“İni bukan rumah kebajikan!”
Entah macam mana malam tu ada pencuri masuk rumah, suami terus tangkap pencuri tanpa jerit:
“Saya bukan polis!”
Mak isteri nak balik, isteri minta duit nak bagi dekat mak, suami terus bagi tanpa jerit:
“Saya bukan Mesin ATM!”
Akhirnya tiba bulan puasa, isteri masak sahur dan berbuka dengan penuh insaf. Kata isteri.
Sayalah tukang masak yang telah bertaubat!
Woha!

May 9, 2026

Prep? Prep?

 

Ada orang Tanya saya pasal prep, kena buat ke? Ya kena buat… tapi baca dulu artikel ni sampai habis, takut salah kaedah prep, rosak semua makanan…
Alkisahnya, Banyak berita melintas di media sosial isu krisis makanan, yang bakal naik harga sebab minyak naik, tak kurang juga meramal tentang perang nuklear dan kemunculan Dajjal
Belum cerita kisah subsidi kerejaaan yang dikurangkan…
Meminjam debat Najib Anwar dulu bab GST membesarkan kek dan rakyat dapat potongan besar sebab kek besar, namun di zaman ini, GST dah tiada, dan Nampaknya “kek” semakin kecil, maka pihak pemimpin dan kerajaan kenalah serius buat usaha besarkan kek!
Jangan kecilkan kek kami…
Pendek cerita, bila banyak berita isu krisis makanan, maka banyak jugak nitezen share tentang prep makanan, yang mana kita kena simpan makanan banyak banyak bawah tanah untuk stok tiga tahun, sebab nanti dajjal datang, kedai semua tutup, maka kita boleh makan makanan tu sorang sorang.
Adohai, bab makanan, tak payah tunggu dajjal, jika Allah nak uji sekejap jer, andaikan berlaku berlaku perang, semua yang simpan makanan banyak banyak akan kena serbu dulu, nenek moyang kita dah hadap waktu zaman jepun dulu atau, zaman kominis dulu, yang mana rumah yang ada banyak makanan, rumah tulah kena serbu terlebih dahulu oleh tentera atau orang awam yang lapar, masa tu ketua kampong kenalah ada ilmu catu makanan kerana hak orang lapar, wajib orang kenyang tunaikan..
Untuk itu, amalan nenek moyang kita jugak, prep ni memang mereka buat, iaitu adakan stok makanan lebih untuk tetamu mengejut, siapa sajer yang datang, insyaAllah, ada jer boleh hidangkan, itu prep yang mulia dalam islam, simpan makanan untuk tetamu..
Zaman Nabi ada kisah sahabat hidang tetamu dalam gelap gelita sebab takde makanan, turun ayat Allah memuji orang yang layan tetamu dengan beri makan, dan perlindungan, sebab mereka sanggup satu keluarga tak makan asal tetamu makan, Allah puji sebab faham mereka betul bab Iman dan takwa..
Maka nak prep, niat kena betul, iatu nak tolong orang lain, bukan nak pentingkan diri sendiri sahaja, insyaAllah siapa niat betul, nanti halaman rumahnya pun boleh subur dengan ubi, pisang, dan sebagainya.. sebab prep ni bertindak macam air perigi, makin digunakan oleh orang ramai, makin bersih dan bertambah air, tapi jika prep simpan sorang sorang, jadi perigi buta jer nanti.
Islam tak ajar selfish, rujuk kisah Nabi Yusof, bila kemarau datang, Raja yang kena simpan makanan untuk rakyat stok tujuh tahun, itu yang islam ajar, maka kita kena sedarkan pemimpin, isu krisis makanan ni kena terus buat usaha besarkan kek!
Bukan rakyat simpan sendiri sehingga stok makanan habis, dan pekedai naikkan harga dan berlaku kezaliman, pernah ada kisah zaman khalifah mana?, saya lupa, yang mana bila ada krisis makanan, khalifah suruh semua orang keluarkan makanan dan catu untuk dibahagi bahagikan, tapi ada rakyat yang sengaja sorok sebab pentingkan diri, lalu khalifah keluarkan fatwa, halal mencuri makanan pada rakyat yang sengaja prep makanan sorang sorang.. tiada hudud potong tangan buat mereka yang mecuri dari orang yang sorok makanan!
Satu lagi bab kemarau, dalam islam ada hokum solat hajat minta hujan secara berjemaah di padang, yang dipimpin oleh amir, tapi jika ada rakyat yang sorok makanan, sorok air, dan sertai solat tu, maka bantuan tak datang, lagi lagi jika amir senyap senyap dah berpakat dengan si penyimpan dan mendapat “rasuah” potongan “kek” dalam stok makanan di sorok.. lambatlah nusrah Allah nak datang sebab Islam punya konsep, sorang susah, semua kena bantu, macam anggota badan yang sakit gigi, maka seluruh badan kena pergi klinik gigi, begitulah analogi ringkasnya..
Bab dajjal muncul nanti, makanan orang beriman adalah zikir, maka prep yang terbaik adalah prep iman dan amal, solat lima waktu berjemaah jangan tinggal, dan tidak sempurna iman jika tak mengasihi makhluk, maka tak salah nak prep makanan lebih di dapur untuk layan tetamu, atau bantu siapa siapa yang susah nanti, janji Allah, orang sedekah, rezekinya bertambah, orang sambut tetamu, bala akan dijauhkan.
Nak simpan wang untuk kecemasan?, boleh guna formula tujuh bulan gaji, (kisah nai Yusof) sebab andai kena buang kerja maka kita ada masa untuk bertahan hidup, itu bab gaji, wang takde masalah nak simpan lebih sikit sebab senang di cairkan, tapi bab makan? Nak simpan stok tiga tahun sebab dajjal datang tempoh susahnya tiga tahun?
Jangan terlampau yakin dengan makanan yang di simpan, berserdehanalah, boleh jer Lebihkan simpan untuk terima tetamu, maka stok makanan kita doublekan sebab tetamu boleh datang bila bila masa terutama mereka yang ramai saudara mara.. ikram muslimin adalah amalan yang mulia.. Siapa yang bersedekah, inyaAllah rezeki akan bertambah..
Tahun lepas, saya dan wife bercadang nak buat open house sekitar kejiranan kami, tapi check group wasap, hari hari ada jemputan raya, nak kena cari tarikh yang sesuai, sebab tak nak bertindih banyak jemputan, membazir pulak nanti. Syukur saya di kelilingi dengan jiran jiran yang prep makanan untuk buat jamuan raya, Alhamdulillah..
Hari ni dua jemputan kami dapat, Alhamdulillah
Ingat juga tahun lepas, kami pergi kedai nak beli pinggan mangkuk pakai buang, alamak, banyak dah habis! Dua tiga kedai kami pergi semua habis, rupanya masih ramai Orang beli buat jamuan raya sana sini!
Inilah prepping sebenar, bagi makan sana sini, rezeki akan terus bertambah. InsyaAllah..
InsyaAllah ada rezeki, abang keretamayat dan isteri akan buat open house kecil kecilan untuk kejiranan terdekat, doakan abangkeretamayat dapat beli pinggang mangkuk pakai buang lagi malam ni, nak pergi cari kedai lain pulak jap lagi.
Woha!
Akhir kata, Tahniah kepada mereka yang prep barang dapur lebih sikit bulan ini untuk buat jamuan raya, jangan lupa jemput abang keretamayat sama.
Semoga kita semua, Woha sampai syurga!

May 8, 2026

Autisme solat subuh?

 

Mensyukuri kehadiran anak syurga Autisme seawal pagi
Alkisahnya… Subuh yang tenang, hati yang aman.
Masjid itu tidak besar. Karpetnya sehijau raudah Madinah namun sedikit lusuh, kipasnya berbunyi perlahan seperti berzikir. Tetamu Allah datang satu persatu, solat sunat dua rakaat, yang ganjarannya lebih dari dunia dan seisinya.
Saya datang dengan seorang anak remaja.
Bukan anak biasa…
Orang panggil dia anak syurga.
Autisme.
Dia tak pandai duduk diam lama. Kadang pandang kosong. Kadang senyum sendiri. Kadang dunia dia… bukan dunia kita.
Tapi setiap Subuh, dia mahu ikut saya.
Solat bermula.
Saya berdiri.
Dia di sebelah, sekejap berdiri… sekejap goyang… sekejap tunduk lambat.
Ada yang pandang.
Saya tahu.
Tapi saya buat tak tahu.
Kerana saya teringat…
Nabi Muhammad ï·º pernah panjangkan sujud… hanya kerana cucunya memanjat belakangnya.
Masjid ini… bukan untuk orang sempurna.
Masjid ini… untuk yang menikmati agama yang sempurna.
⸻
Selesai salam.
Orang ramai berzikir perlahan.
Ada yang baca doa, ada yang pejam mata.
Anak saya datang… tanpa kata.
Terus tepuk riba saya
Letak kepala…
Tarik nafas panjang…
Dan… tertidur.
⸻
Saya senyum dan bersyukur.
Kerana seawal subuh, anak ada depan mata, ditempat paling Allah suka
Pernah satu hari…
Dia tak duduk atas riba saya. Sebab dia masuk saf lambat, dia solat tepi orang lain
Selesai solat…
dan tanpa izin… tanpa segan…
Dia baring… atas peha seorang pakcik.
Orang mungkin kata… kurang ajar.
Saya pun terkejut.
Saya nak bangun minta maaf…
Tapi pakcik itu…
angkat tangan perlahan.
Isyarat… “Tak apa…”
Dia tak kejutkan anak saya.
Tak tarik.
Tak pandang pelik.
Dia cuma… biarkan.
⸻
Subuh itu, anak saya tidur…
di atas paha orang yang bukan ayahnya.
Dan pakcik itu…
jadi ayah… untuk beberapa selang iktikaf .
⸻
Masjid jadi sunyi.
Tapi hati saya… penuh.
Saya pandang pakcik itu.
Dia senyum kecil.
Senyum orang yang faham…
bahawa tidak semua ujian boleh dijelaskan,
tapi semua kasih… boleh dirasai.
⸻
Saya terfikir…
Mungkin di mata manusia, anak ini “kurang”.
Tapi di sisi Allah…
Dialah ladang pahala
Dan saya belajar sesuatu pagi itu…
Kadang-kadang kita bawa anak ke masjid…
bukan untuk ajar dia jadi baik.
Tapi untuk Allah ajar kita…
apa itu sabar,
apa itu kasih,
dan apa itu rahmat yang sebenar.
Sebelum balik, saya dukung anak saya.
Masih lena.
Saya bisik perlahan:
“Terima kasih… sebab ajak saya ke taman syurga pagi ini.”
Woha!

May 7, 2026

Kerajaan bagi RM6000 setahun, tahu tak?

 



Alkisahnya, Bila dah tua, pergi mensyuarat akan ada orang lantik macam macam, saya pernah jadi pengerusi PIBG, setiasausha surau, sayap muda penulis pahang, timbalan pengerusi kelab OKU, amir ghast, juru pantun, dan macam macam jawatan.

Semalam, dalam mesyuarat KRT kampung saya, awal awal saya dah buat keputusan untuk tidak bertanding apa apa jawatan, cukuplah 2 tahun pegang jawatan setiausaha KRT di sebuah daerah di Kuantan.

Bagi yang tidak tahu, kerajaan peruntukan RM6000 duit geran setiap tahun untuk setiap KRT (kejiranan rukun tetangga) belanjakan dalam menggalakkan perpaduan antara penduduk setempat berbilang kaum.

Sepanjang saya pegang jawatan SU, KRT kami ada buat pertandingan azan untuk anak remaja, pergandingan memasak untuk kaum ibu, pertandingan hias bendera bagi semua peringat umur.

Selain gotong royong memasak bubur asyura atau bubur lambut serta ibadah korban, KRT kami pernah buat lawatan ke Terengganu dari Kuantan dan baru ni kami sewa bas ke Kelantan.

Seronok pakcik makcik dapat sertai rombongan kak kiah sebab katanya last 40 tahun dulu zaman sekolah.

Alkisahnya, Saya jadi SU sebab dilantik kerana ramai pakcik makcik tak bersedia buat kerja SU (kena hantar laporan mensyuarat dan aktiviti setiap bulan menggunakan sistem dalam komputer kepada pegawai perpaduan)

Semalam, dah ada orang bersedia jadi SU maka saya sangat gembira letak jawatan dan tidak bertanding apa apa jawatan. Alhamdulillah.

Sesungguhnya Amanah ni berat, kita serahkan kepada yang sedia.

Saya nak kembali fokus menulis. Lama dah tak keluar buku baru.

Last buku berjudul Semusim di Ladang Pahala terbitan UMPSA dan sebelum itu tiga jilid Haji Seronok.

Tahun ini insyaAllah buku baru?

Riwayat seorang Setiasuahaa KRT mungkin?

Woha!

Ps: rujuk komen untuk detail aktiviti KRT saya. Sila kagum dari jauh