Cover lama yang dah tak dicetak |
Apr 29, 2016
Jom Jumpa sambil berselfie?
(Dah 10 tahun aku menulis blog keretamayat rupanya)
Dulu waktu mula mula tulis blog, ada orang kutuk.
“kau tulis panjang panjang, bukan ada orang bacapun! Ha ha”
Ok, aku tulis nota kepada diri, aku yang baca. Ini cara aku
dokumentasikan ilmu, tulis balik ilmu yang aku belajar dengan gaya bahasa yang
aku sendiri mudah faham. dan alhamdulillah, dari entry pertama 2006, hingga
entry terkini 2016, aku tengok masih ada orang yang sudi baca blog aku.
Terima
kasih. Pageview dan 5 juta lebih. Hampir setiap entry ada komen
membina, dan ada yang berterima kasih dalam email atas tulisan tulisan yang aku
tulis kerana mengubah hidup mereka katanya. Alhamdulillah, semua dari Allah.
Masuk 2012, aku terbit buku sendiri, kisah suka duka orang
nak kahwin waktu muda serta kisah asam garam rumah tangga, yang berjudul, PERMATA
YANG HILANG KINI DIJUMPAI, bekerja sama dengan Hafizbar bawah syarikat Afdal
Publication. penat tapi puas, masuk 2013, Hafizbar hijrah ke USA, aku dapat
tawaran dari Terfaktab untuk terbit buku. Aku dah rasa penat terbut sendiri, so
aku setuju. Maka buku kisah pasangan muda baru kahwin dan suka duka di awal
perkahwinan dari malam pertama ke mengandung anak pertama dibukukan, berjudul KAMAR
SUTERA yang muncul pada tahun 2013, dan tahun ini, untuk 2016, masih di ulang
cetak.
2014, terbit pula buku SEMUSIM DI SYURGA, kisah tazkirah
santai, kisah gelagat masyarakat di setiap peristiwa penting kelendar hijrah,
kisah awal muharam bilal bergaduh dengan imam, kisah aku berebut bubur asyura,
berarak sempena Maulidul Rasul, dan pelbagai lagi karenah masyarakat yang
kelakar dan deep. Dalam buku ini ada prakata dari Blogger Lagenda Sembang
kencang, atau Mr Takaful Man, Firdaus Ahmad. Satu penghormatan untuk aku dapat
prakata dari Blogger lagenda yang berhenti kerja Engineer Petronas.
2015, terbit pula buku SEMUSIM DI NERAKA, dark side kepada
SEMUSIM DI SYURGA, kisah tazkirah sentap, kisah gelagat masyarakat di setiap
peristiwa penting kelendar Masihi, kisah azam tahun baru yang pelik, kisah
sambut hari kekasih, hari ibu, hari guru dan pelbagai lagi karenah masyarakat
yang kelakar dan deep. Dalam buku ini, ada prakata dari Blogger Lagenda SEMUSIM
DI NERAKA, iaitu Ahmad Kamal Abu Bakar, atau AKAB. Satu penghormatan untuk aku
dapat prakata dari Blogger lagenda yang pernah jual baju SDN.
Hujung 2015, aku dapat tawaran dari Karang Kraf bawah
penerbitan Buku Pojok, maka munculah KISAH LAKI BINI yang sudah 5 kali di ulang
cetak walau belum cecah setahun, Alhamdulillah. Kisah suka duka Laki Bini dari
Terengganu nak pergi kenduri makan gulai di KL, dalam perjalanan diuji mara
bahaya sehingga perjalan yang sepatutnya 6 jam, menjadi 3 hari 3 malam, namun
oleh kerana cinta mereka kuat, maka segala ringtangan pahit maun menjadi manis
akhirnya.
Pada tahun yang sama, aku juga dapat tawaran dari Tarbiah
sentap, dan Dubook Press, maka keluar lagi 2 buku baru yang siap pada 2016,
akan di jual di Pesta Buku Antara bangsa Kuala Lumpur, untuk Tarbiah Sentap,
judulnya MENANGKAP DAJJAL DI WAKTU DHUHA. Kisah penduduk kampung Kuala Syurga
yang menghadapi gelombang fitnah akhir zaman dan bagaimana mereka menanganinya,
manakala untuk DuBook Press, judul Buku adalah, AKU, ALMOND LONDON dan GAY.
Kisah aku mencari Almond London tapi di goda gay dan bagaimana cara nak atasi
masalah LGBT. Buku ini aku rasa paling mirip dengan gaya Bahasa blog di awal
2006 dahulu, jenis jelas dan terus terang, ha ha.
Oh, ye, Buku KISAH LAKI BINI juga dah ada sambungannya,
berjudul KISAH ANAK BINI, yang menghimpunkan soalan dari anak yang pelik pelik,
tapi masih mampu kami laki bini menjawabnya. Woha! Pun ada dijual di PBAKL.
Jadi pejam celik pejam celik, ada 8 judul Buku aku di
pasaran, kepada semua pembaca jemput datang ke pesta buku.
Ini tarikh aku ada di sana untuk seisi tanda tangan,
InsyaAllah:
2 Mei 2016: 11 pg hingga 1 tgh, booth Tarbiah
sentap-Menangkap Dajjal di Waktu Dhuha.
2 Mei 2016: 1 thg hingga 2 ptg, booth Dobook-Pelancaran Buku
AKU ALMOND LONDON dan GAY
7 Mei 2016: 2 ptg hingga 4 ptg, booth Buku Pojok-Kisah Anak
Bini, dan Kisah Laki Bini
7 Mei 2016: 5 ptg hingga 6 ptg, booth Terfaktab-Permata Yang
Hilang Kini Dijumpai, Kamar Sutera, Semusim di Syurga, dan Semusim di Neraka.
Ok, itu sahaja nak kongsi kali ini, terima kasih kepada
semua pembaca yang sudia baca blog aku sejak 2006 hingga 2016. Terima kasih
kepada yang sudi membeli buku buku aku, sama ada sebijik, atau lapan bijik, korang
telah buat semangat untuk berkarya dalam diri aku meluap luap bila baca komen
positif dan membina dari anda semua. Terima kasih!
Sesungguhnya, bakat setiap pengkarya datang daripada Allah,
yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Sehingga berjumpa lagi,
di tapak pesta buku antarabangsa 2016, MAEOS, serdang!
Jumpa di sana!
Ps: Zaman aku menulis secara menyorok dah berlalu, nak masuk
umur 40, aku menulis secara terang-terang, kepada yang nak berselfie bagai
dengan diri ini yang gemok akibat Gabi, dipersilakan. Woha!
Gabi*=makan larut malam.
Apr 26, 2016
Anak masuk ICU?
(Dari Hollywood ke Malaysia, seterusnya ke Korea, Semoga
Syukurku bertambah)
100 tahun dahulu, kita belum ada di bumi ini.
100 tahun akan datang, kita akan tiada di bumi ini.
Selamat hari bumi. Tempat simpan mayat ku.
Cerita ini bermula pada Hari bumi sedunia dengan tema “Fault
in our stars” iaitu jam 4.30 pagi, si anak kejut Puan Bini kerana susah
bernafas, Puan Bini kejut aku bagitahu anak alami sesak nafas.
Tengok anak semput macam tak cukup nyawa. Ada kebakaran
hutan di kawasan kami, asap campur cuaca panas buat dia yang dah ada sedikit
lelah semakin semput dalam bernafas.
Keputusan dibuat, anak kena terus ke hospital. Sementara
bini bersiap bersolek bagai (orang perempuan katakan) Aku sempat buat solat
hajat dua rakaat (orang lelaki katakan-eshh, inilah manusia, bila susah baru nak solat hajat, hu hu hu) dan terus ke Hospital Kerajaan yang terhampir.
Tiba di Hospital orang tak ramai, jam sudah 5 pagi, Terus
Doktor bertugas bagi anak aku neb atau nebulizer. (betulkan term medical yang
silap jika korang lebeih terer) Lepas 30 minit, anak aku nampak masih sama, dan
doctor di unit kecemasan bagi lagi sekali neb. Lepas tu sama jugak, kemudian
doctor ada masuk ubat ikut tangan, (aku lupa tanya nama ubat tu) dan aku pergi solat subuh dengan anak bini, lepas
solat subuh, Doktor bagitahu anak kena tahan di wad biasa.
Aku yang jahil bab perubatan, ikut sahaja cakap doktor pakar, macam kita jumpa pakar hadis, tak kan lah tergamak kita nak tunjuk pandai kan? so tanda tangan pun turun mencecah borang anak masuk wad.
Aku yang jahil bab perubatan, ikut sahaja cakap doktor pakar, macam kita jumpa pakar hadis, tak kan lah tergamak kita nak tunjuk pandai kan? so tanda tangan pun turun mencecah borang anak masuk wad.
Di wad kanak-kanak, beberapa jam kemudian, akibat masih semput walau sudah di neb, anak kena pindah ke ICU
dan di diberi neb setiap sejam.
Tengok anak aku dah serupa awek cun Hazel Grace Lancaster yang kena
kenser dalam filem Fault in our stars...
yang mana setiap masa anak aku kena pakai tube bantu pernafasan kat hidung macam awek cun tu dating dalam Fault in our stars.. huhuh.
“I cannot tell you how thankful I am for our little
infinity. I wouldn't trade it for the world. You gave me a forever within the
numbered days, and I'm grateful”- Hazel Grace Lancaster
Okey, di wad ICU, awal-awal lagi aku nak ucap jutaan terima kasih
kepada semua doktor dan jururawat yang bertukus lumus menyelamatkan nyawa yang
nobody.
Hanya Allah mampu membalas pengorbanan anda semua dan hanya
Allah yang mampu sembuhkan penyakit. Anda berusaha dan bertawakal. itu yang terbaik!
Sesungguhnya, Usaha perintah Allah. Tawakal selepas usahapun perintah
Allah dan sabar selepas diuji juga perintah Allah. Syukur selepas dikurnia
nikmat juga perintah Allah.
Malam itu aku tidur Hospital temani anak. First time tidur
hospital! Aku bawak Iktikaf Biding dan hampar sebelah katil anak, Jururawat
bagi kerusi panjang boleh lipat yang selalu orang guna tepi pantai, kesian
tengok aku tidur macam orang tabligh, ha ha! terima kasih Staf Nurse!. Tapi aku
tolak tawaran tidur atas kerusi tu dan tega memilih tidur atas iktikaf bedding
macam orang tabligh-Woha!
Arakian, Anak aku setiap jam akan di kejut oleh Doktor dan
Nurse untuk Neb. Aku bangun ke tandas dan tengok anak orang lain lagi teruk. Ada
yang koma, ada yang berselirat dengan tube dan Cable ke mesin yang aku tak
faham fungsinya. yang pelik, hampir semuanya masih bayi, anak aku sorang yang dah sekolah rendah ada di wad ICU.
Sempat aku borak dengan Nurse kat situ, katanya baby yang
teruk kat sini ada sebab jangkitan virus kerana tak vaksinkan anak, aku nak
ambik gambar, Nurse tak bagi, aku nak korek lebih tentang ibu bapa mangsa,
Nurse tak bagi, katanya etika mereka, kena rahsiakan aib masyarakat. Aku
setuju. Aib orang kene tutup.
Ok, bab antivaxx ini, aku dah malas nak cerita panjang
lebar, dah penat tulis dulu, dari tahun 2013 aku dah tulis, penat baca komen yang sangat menyongsang dengan ilmu sains mahupun agama, Alhamdulillah, sekarang di FB aku tengok dah ramai doktor yang bersuara dengan dalil islamik tentang keharusan menggunakan vaksin dana ikhtiar dan tawakkal.
So, kepada geng anti vaxx yang sibuk kafirkan orang islam, aku cuma doakan agar anda di beri peluang untuk melihat big picture.
So, kepada geng anti vaxx yang sibuk kafirkan orang islam, aku cuma doakan agar anda di beri peluang untuk melihat big picture.
Al maklumlah, setiap hari orang islam berdoa agar di beri
jalan yang lurus, (rujuk al fatihah) tapi sayang, sewaktu memohon jalan yang
lurus, hatinya lalai, lalu apabila datang jalan yang lurus, mereka berpaling daripada
jalan orang yang dicintai kepada jalan orang yang dimurkai dan disesatkan....
pesan kepada diri sendiri.
Sambung cerita balik.
Siang hari, aku tukar shift dengan Puan Bini, tapi di rumah, si baby paling kecik, terkena chicken pox pulak, aku yang dah tak cukup tidur terpaksa layan kerenah baby yang meragam.. huhuhu. Ujian sungguh.
Siang hari, aku tukar shift dengan Puan Bini, tapi di rumah, si baby paling kecik, terkena chicken pox pulak, aku yang dah tak cukup tidur terpaksa layan kerenah baby yang meragam.. huhuhu. Ujian sungguh.
Dalam ujian kiri kanan, aku masih fikir dan focus pada
nikmat hidup yang banyak, tak layak aku nak mengeluh sebenarnya, sebab semua
ujian untuk ampunkan dosa aku yang banyak. Hakikatnya, Aku masih boleh melihat
dan mendengar, aku masih boleh melihat langit yang biru dan pohon yang hijau, aku
masih mendengar suara anak anak menagis, aku masih dapat nikmat di sayangi dan
di taati oleh bini.
Ya betul anak aku masuk ICU, Tapi di wad ICU semalam aku
tengok ada baby yang koma, ada yang nyawa nyawa ikan, anak aku alhamdulillah,
makin pulih dan kejap lagi kata doctor, nak masuk ke wad biasa. Nikmat mana lagi
yang aku dustakan?
Ops, si baby yang meragam sebab chiken pox macam mana?, aku
terpaksa cari jalan untuk kurangkan kuasa tenaga libodo dia, jadi aku ajak main
gusti lengan, dia guna sekuat tenaga dan aku pura pura kalah dan lawan lagi,
akhirnya dia penat, dan kakaknya buat air milo, letak dalam botol susu, lepas
tu diapun tidur.
Rumah kembali sunyi, adik dan kakak sedang layan kartun di
TV.
Baby dah tidur.
Bini dan anak nombor dua masih di hospital.
Anak sulung di Asrama.
Maka tinggallah aku di sini, berehat sambil ambik gambar
anak dan upload Blog.
Woha!
Di Hospital, anak Alhamdulilah, dah keluar ICU dan masuk wad
biasa, Neb tukar kepada 4 jam sekali, dan ubat ikut tangan dah diganti dengan
pil.
Okey, ini gambar lauk untuk anak kami, RM1. Tiga kali sehari
sampai sembuh.
Patutlah Malaysia dapat carta top 5 dunia dalam bidang
Kesihatan Hospital.
Dulu saidina Umar jaga betul kesihatan rakyat dia. Selalu
ronda cari Rakyat yang susah. Bila jumpa musafir nak beranak. Macam ambulan
saidina umar ambik bini jadi bidan dan ambik dana dari baitulmal bantu musafir
tadi.
So. Kepada pemerintah Malaysia.bab kesihatan korang memang
terbaik.
Terima kasih doktor dan jururawat. Syukur pada Allah atas
segala nikmat.
Malam itu aku kembali ke wad temani si anak yang baru darjah
lima. Anak mengadu ada tinggal solat waktu di ICU hari tu, akupun ajar anak
solat orang sakit.
Tuan tuan, Doktor dan Nurse buat kerja dia, kita ibu bapa,
kena buat kerja kita, pastikan anak solat sampai mati.
Keesokkanya, Alhamdulillah. Anak dah boleh balik rumah. Ini
gambar tangga depan surau menuju wad kanak-kanak.
Terima kasih kepada anda semua yang sudi doa dari jauh. (aku
share kisah ini di FB dan IG, ramai yang doa, terima kasih semua)
Terima kasih juga warga HTAA yang baik hati. Terima kasih
doktor pelatih, doktor pakar. Nurse dan Makcik Jaga. Korang semua memang ikhlas buat
kerja hingga kami rasa di sayangi.
Waktu keluar dapat sedozen ubat. Semua free. Makan tiga kali
sehari. Wad ICU ada aircond. Syukur pada Allah. Terima kasih kementerian
Kesihatan, Good Job! Syukur.
Alhamdulillah.
Last, teringat waktu tengok drama Korea, doktor dan
jururawat semua cantik cantik.
Hmmm. Orang berlakon.. memanglah cantik.
Kenang kembali dua hari lepas. Dari pintu kecemasan ke wad
ICU hingga ke wad biasa hari ini. Semua Doktor dan jururawat cantik cantik
belaka macam pelakon!
So cerita ini yang bermula dengan tema dari filem "
Fault in our stars" kini beralih ke tema
"Descendant of the sun"
"Descendant of the sun"
Woha!
Balik rumah, Anak yang chicken pox makin ceria sebab abang dah balik, kata anak dalam hati:
“Ayah saya nak ambik gambar. Katanya kenangan bersama
chicken pox. Saya pantang ayah nak ambik gambar. Terus buat simbol nombor
sebelas.
"Peace"
Kata ayah: eshhh tak payahlah buat tangan simbol V peace. 10
keping tangkap gambar dapat sekeping yang elok. Gambar lain semua ada V peace.
Budak budak zaman sekarang...Adohai..
Ps: Ada ada jer kisah laki bini, moral of the story: Walau
banyak ujian, Nikmat Allah lagi banyak, siapa bersyukur akan ditambah nikmat.
Amin.., syukur Alhamdulillah. Nikmat mana lagi yang engkau dustakan? Pesan pada
diri sendiri.
Apr 21, 2016
Bagaimana nak jadi penulis?
BENGKEL PENULISAN KREATIF
KHAIRY TAJUDIN ft HAMKA KERETA MAYAT
Anda mungkin mempunyai banyak pengalaman untuk dikongsikan
dengan orang lain. Mengapa tidak anda novelkan pengalaman anda itu?
Anda mungkin mempunyai minat menulis tetapi tidak tahu
bagaimana untuk menerbitkan novel. Mengapa anda tidak dapatkan jawapannya
daripada bengkel yang akan kami anjurkan nanti?
Ya, kami sedia membantu anda merealisasikan impian anda
untuk menjadi seorang novelis.
APAKAH KELEBIHAN MENJADI PENULIS?
Banyak!
1. BUKU anda dijual sehingga berpuluh-puluh ribu naskah.
Bayangkan jika royalti untuk sebuah buku ialah RM 3, maka untuk 10,000 unit
yang terjual, anda sudah dapat RM 30,000! Jika 20,000 unit, anda akan dapat
60,000. Lumayan bukan?
2. Novel anda juga berpotensi dijadikan drama atau filem.
Bayangkan berapa banyak royalti yang anda akan dapat apabila buku anda meletop.
3. Buku yang bagus juga mendapat peluang dibeli secara pukal
oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tiga
buah novel Khairy Tajudin Novelis iaitu Tariq United, Budak Komik dan Budak U
sudah dibeli secara pukal oleh kedua-dua pihak itu!
Banyak lagi saya mahu sebut tetapi memadailah dengan
ganjaran-ganjaran di atas.
ANDA TIDAK TAHU MENULIS?
Rileks! Kami sudah menyediakan sebuah modul yang padat
daripada aspek teknikal, pengisian, motif, strategi dan sebagainya sebagai
panduan untuk anda.
ANTARA PENGISIAN BENGKEL:
BAB 1: ADAKAH ANDA LAYAK MENJADI PENULIS?
-Apakah keistimewaan menjadi penulis?
-Apakah sifat yang perlu ada pada seorang penulis?
BAB 2: MENGENALI DUNIA BUKU
– Mengenali dunia buku: Fiksyen dan Non-Fiksyen
– Bagaimanakah cara untuk memulakan penulisan?
– Proses sebelum menulis
– Tips mendapatkan idea
BAB 3: MENYEDIAKAN PROPOSAL
– Kenapa perlu proposal?
– Apakah yang perlu ada dalam sesebuah proposal?
– Kepentingan Bab 1 dan 2
– Contoh proposal
BAB 4: MEMBINA WATAK DAN PERWATAKAN
BAB 5: PERANCANGAN PENULISAN
– Plot dan sub-plot
– Teknik bercerita
– Konflik
– Klimaks
– Gaya bahasa
– Membina ayat
– Latar belakang
– Nilai Murni dan Agama
BAB 6: TIPS KETIKA MENULIS
BAB 7: TIPS MENGUATKAN OLAHAN CERITA
BAB 8: TIPS MENYEMAK MANUSKRIP SELEPAS MENULIS
BAB 9: CHECKLIST
– Ciri-ciri Manuskrip yang Disukai Editor
BAB 10: FORMULA BEST SELLER
– Ciri-ciri Novel yang Diminati oleh Pembaca
– Mengenali Kelemahan dalam Novel
BAB BONUS 1: TIPS PEMASARAN BERKESAN UNTUK PENULIS
DAFTARLAH SEGERA!
~Kami merancang untuk menjelajah ke seluruh negara. Jika
anda berminat untuk menjemput kami ke tempat anda, sila beritahu nama, no fon
dan lokasi anda. Ada masa, kita jumpa nanti~
Untuk pendaftaran dan pertanyaan bagi bengkel kali ini, sila
Whatsapp atau SMS 019 4702839
~Jom share~
20 PESERTA TERAWAL MENDAFTAR AKAN MENDAPAT 3 BUAH EBOOK PANDUAN
PENULISAN PERCUMA!
Whatsapp atau SMS 019 4702839
Whatsapp atau SMS 019 4702839
Whatsapp atau SMS 019 4702839
Apr 18, 2016
Isteri cantik kena cerai?
(versi jangan kata abang tak payung emas-Woha!)
Ustaz azhar jawab, betul dan galakkan semua isteri teman suami makan.
Tadi dapat notification dari Facebook bagitahu FB @Idd
Farida ada mention nama aku, aku klik dan baca:
Copy Paste:
Saya tertarik dengan penulisan saudara Hamka (Kereta Mayat)
mengenai topik ni.
Beliau tulis ada dua sebab mengapa isteri secantik artis pun
kena cerai. Saya bagi satu sebab je ye, yang lagi satu uolls boleh baca kat buku
beliau (Kamar Sutera dan Permata Yang Hilang Kini Dijumpai) sebab saya segan
nak tulis kat sini takut ada kawan-kawan yang belum kawen lagi baca.
Sebab penceraian tu adalah tidak teman suami makan. Waa, ini
pun boleh jadi sebab bercerai ye?.
Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang
basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.
Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja
lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan
alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi
saya mahu berehat sekejap.
Lalu makanlah suami seorang diri bersama syaitan yang akan
menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.
Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat
BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar
dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!
Lepas saya baca tulisan beliau ni, memang setiap kali
husband makan saya tunggu, tak kira dia nak makan pukul berapa.
So, uolls macam mana?
*****
Ok dah habis aku baca, dapat lagi satu notification dari FB,
bagitahu @Ros Maria Rusli mention nama aku bawah video Ustaz Azhar Idrus yang
mana sipenanya soalan, mungkin ada baca buku Hamka keretamayat, lalu bertanya kepada
ustaz Azhar, betul ke jika isteri tak teman suami makan, syaitan akan teman?
Ustaz azhar jawab, betul dan galakkan semua isteri teman suami makan.
WAHAI SEMUA BINI,
TEMANLAH LAKI MAKAN WALAU KORANG TAK ADA
SELERA,
SEBAB NANTI JIKA SUAMI MAKAN SORANG-SORANG,
SYAITAN AKAN TEMAN SUAMI
MAKAN DAN HASUT SUAMI KORANG CARI PEREMPUAN LAIN,
JANGAN KATA ABANG TAK PAYUNG.
WOHA!
Apr 12, 2016
Apa pendapat saya tentang larangan Zakir Naik berceramah?
( Cerpen Pilihan Minggu ini, Paku Dulang Paku Serpih)
Pada suatu hari di bumi Malaysia, di sebuah rumah yang
berpagar besi, terdengar perbualan suami isteri tentang isu semasa
"Abang tak setuju betulah dengan larangan Zakir Naik
Berceramah"
"Betul tu bang, orang nak berceramah, di larang, konsert tak
di larang pulak!"
"Zakir Naik nak cerita tentang agama, apa
salahnya?"
"kan? bukan nak buat maksiatpun, nak cakap agama,
kenapa nak di halau?"
"malaysia ni bukankah negara islam? patut jangan larang
penceramah datang cakap bab agama!"
"Betul!, Kita sebagai orang islam, bila ada orang nak
berceramah, jangan disekat"
"sokong!"
"setuju"
"eh? ada orang bagi salam kat luar"
"siapa?"
"Jap bang saya intai, ohhhh.., Jemaah Tabligh"
“cakap kat dia, abang tak ada”
"Arghh, malas nak jumpa orang masjid ni, Jom kita menyorok sama sama"
Dari luar pagar besi rumah itu, maka berkatalah pendakwah
yang bagi salam tadi:
"Saya dah bagi salam tiga kali, tak ada orang jawab,
walaupun terdengar bunyi macam ada kelibat manusia, saya beredar dengan sangkaan baik, iaitu
mereka semua mungkin ada penyakit pekak badak! Sangka baik-Woha!
Apr 10, 2016
Batman vs Superman, My review?
(Spoiler-Batman or Superman is dead?)
Study case, when darkness appear in our life, what should we
do? How could we remove darkness from our life?, If we assume the darkness is
something bad, for this case, like a Mungkar,(evil) so we need to prevent the mungkar, so how
could we remove the darkness?, Maybe you want to use your hand, by taking a
baseball bat or whatever and swing it in the darkness and yell: “Darkness get
the hell out of here, f**k off from my life!!,”
Imagine we can do that? It is logically a stupid action,
idiot, dumb, ‘harmpeh’, etc.. so if we still have a brain to think carefully ,
what we should do is by doing opposite of what idiot did before, just bring the
light, because only light could the clear the darkness, more light, more
darkness will disappears, it is same like dakwah, if we only do nahi mungkar
without amal makruf, so the darkness cannot be removed, it is the same thing
happened to kafir superhero, that’s why after Batman Return the movie with
penguin as villains, and Batman Forever the movie with Two Face as villains,
but there are still Dark knight with Bane!!, and now, Batman Vs Superman will
fight Lex and Doomsday? Why violent person never end? because kafir superhero
do not perform amal maaruf, they only perform nahi mungkar, so the series will
continues because they have so many villains, and the Hollywood can make more
money just because the superhero do not teach the villains about solat, and you
pay about that?!.. end!
So, the moral of the story, just follow Allah says
(translation) in the Qur'an, "Verily, the prayer prevents one from
shameful and evil deeds." (Surah al-Ankaboot 29:45)
Arggh, susah pulak aku tulis dalam english, so ulasan aku:
Jika kita ada kuasa macam Superman, atau ada kebolehan macam
Batman, memang kita boleh cegah mungkar tiap malam, tapi kejahatan tak pernah
habis sebab orang buat jahat kerana tak takut pada Allah, kerana itulah cara
berdakwah yang Nabi tunjuk itu yang terbaik.. seperti dakwah dulu kepada yang
murtad, dakwah dulu sebelum perang dan ikat tawanan perang di masjid dan
sebagainya..
Bukti dah ada dalam filem batman vs superman dan semua filem
superhero yang cegah mungkar sahaja dan amal makruf cara Nabi, sejak dari
Smallville lagi superman ini mencegah mungkar, tapi orang jahat makin ramai, atau
Spiderman dan Green Gobbin, Sandman, Viper, Dr octopus.., lepas tu lawan pulak
dengan orang kulit hitam kuasa ais, lepas tu Avangers lawan Ultron, civil Var, Loki dan macam macam nama
orang jahat yang mana, setiap kali superhero kafir mencegah mungkar, orang
jahat baru yang muncul lebih canggih dan kejam, dan orang jahat lama akan
upgrade pulak sejata dan lawan superhero kafir sehingga ada superhero kafir
yang mati masuk neraka, kasihan, dah lah hidup cegah mungkar siang malam, lepas
tu mati masuk surat khabar muka depan dan masuk neraka, tak ke naya? (merujuk
kepada superman yang mati dalam Batman vs superman)
Tak pernah ke si superhero ni terfikir kenapa siang malam
cegah mungkar tapi jenayah tak habis habis?
Jawapannya simple sahaja,
Orang buat jahat sebab tak takut kat Tuhan..!, dan bila tak
takut kat tuhan, maka tak sembahyang, bila tak sembahyang maka senang buat
maksiat sebab sembahyanglah yang mencegah mungkar!
Sesungguhnya, Solat akulah yang mampu mencegah maksiat aku,
dan solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang, begitu jugak para
pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang mampu mencegah
mungkar mereka, begitu jugak orang perempuan, solat merekalah yang mampu
mencegah mereka dari bukak aurat..
Kerana itu Nabi tekankan sangat bab solat, dan kita di
galakkan untuk ajak manusia kepada solat..
Boleh, insyAllah?!
Maaf, jika ulasan filem ini tidak memuaskan hati peminat Batman Vs Superman.
Subscribe to:
Posts (Atom)