Apr 26, 2016

Anak masuk ICU?

(Dari Hollywood ke Malaysia, seterusnya ke Korea, Semoga Syukurku bertambah)


100 tahun dahulu, kita belum ada di bumi ini.
100 tahun akan datang, kita akan tiada di bumi ini.
Selamat hari bumi. Tempat simpan mayat ku.



Cerita ini bermula pada Hari bumi sedunia dengan tema “Fault in our stars” iaitu jam 4.30 pagi, si anak kejut Puan Bini kerana susah bernafas, Puan Bini kejut aku bagitahu anak alami sesak nafas.
Tengok anak semput macam tak cukup nyawa. Ada kebakaran hutan di kawasan kami, asap campur cuaca panas buat dia yang dah ada sedikit lelah semakin semput dalam bernafas.

Keputusan dibuat, anak kena terus ke hospital. Sementara bini bersiap bersolek bagai (orang perempuan katakan) Aku sempat buat solat hajat dua rakaat (orang lelaki katakan-eshh, inilah manusia, bila susah baru nak solat hajat, hu hu hu) dan terus ke Hospital Kerajaan yang terhampir.

Tiba di Hospital orang tak ramai, jam sudah 5 pagi, Terus Doktor bertugas bagi anak aku neb atau nebulizer. (betulkan term medical yang silap jika korang lebeih terer) Lepas 30 minit, anak aku nampak masih sama, dan doctor di unit kecemasan bagi lagi sekali neb. Lepas tu sama jugak, kemudian doctor ada masuk ubat ikut tangan, (aku lupa tanya nama ubat tu) dan aku pergi solat subuh dengan anak bini, lepas solat subuh, Doktor bagitahu anak kena tahan di wad biasa.

Aku yang jahil bab perubatan, ikut sahaja cakap doktor pakar, macam kita jumpa pakar hadis, tak kan lah tergamak kita nak tunjuk pandai kan? so tanda tangan pun turun mencecah borang anak masuk wad. 

Di wad kanak-kanak, beberapa jam kemudian, akibat masih semput walau sudah di neb, anak kena pindah ke ICU dan di diberi neb setiap sejam.

Tengok anak aku dah serupa awek cun Hazel Grace Lancaster yang kena kenser dalam filem  Fault in our stars... yang mana setiap masa anak aku kena pakai tube bantu pernafasan kat hidung macam awek cun tu dating dalam Fault in our stars.. huhuh.


“I cannot tell you how thankful I am for our little infinity. I wouldn't trade it for the world. You gave me a forever within the numbered days, and I'm grateful”- Hazel Grace Lancaster


Okey, di wad ICU, awal-awal lagi aku nak ucap jutaan terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang bertukus lumus menyelamatkan nyawa yang nobody.

Hanya Allah mampu membalas pengorbanan anda semua dan hanya Allah yang mampu sembuhkan penyakit. Anda berusaha dan bertawakal. itu yang terbaik!

Sesungguhnya, Usaha perintah Allah. Tawakal selepas usahapun perintah Allah dan sabar selepas diuji juga perintah Allah. Syukur selepas dikurnia nikmat juga perintah Allah.


Malam itu aku tidur Hospital temani anak. First time tidur hospital! Aku bawak Iktikaf Biding dan hampar sebelah katil anak, Jururawat bagi kerusi panjang boleh lipat yang selalu orang guna tepi pantai, kesian tengok aku tidur macam orang tabligh, ha ha! terima kasih Staf Nurse!. Tapi aku tolak tawaran tidur atas kerusi tu dan tega memilih tidur atas iktikaf bedding macam orang tabligh-Woha!

Arakian, Anak aku setiap jam akan di kejut oleh Doktor dan Nurse untuk Neb. Aku bangun ke tandas dan tengok anak orang lain lagi teruk. Ada yang koma, ada yang berselirat dengan tube dan Cable ke mesin yang aku tak faham fungsinya. yang pelik, hampir semuanya masih bayi, anak aku sorang yang dah sekolah rendah ada di wad ICU.

Sempat aku borak dengan Nurse kat situ, katanya baby yang teruk kat sini ada sebab jangkitan virus kerana tak vaksinkan anak, aku nak ambik gambar, Nurse tak bagi, aku nak korek lebih tentang ibu bapa mangsa, Nurse tak bagi, katanya etika mereka, kena rahsiakan aib masyarakat. Aku setuju. Aib orang kene tutup.

Ok, bab antivaxx ini, aku dah malas nak cerita panjang lebar, dah penat tulis dulu, dari tahun 2013 aku dah tulis, penat baca komen yang sangat menyongsang dengan ilmu sains mahupun agama, Alhamdulillah, sekarang di FB aku tengok dah ramai doktor yang bersuara dengan dalil islamik tentang keharusan menggunakan vaksin dana ikhtiar dan tawakkal.

So, kepada geng anti vaxx yang sibuk kafirkan orang islam, aku cuma doakan agar anda di beri peluang untuk melihat big picture.

Al maklumlah, setiap hari orang islam berdoa agar di beri jalan yang lurus, (rujuk al fatihah) tapi sayang, sewaktu memohon jalan yang lurus, hatinya lalai, lalu apabila datang jalan yang lurus, mereka berpaling daripada jalan orang yang dicintai kepada jalan orang yang dimurkai dan disesatkan.... pesan kepada diri sendiri.

Sambung cerita balik.

Siang hari, aku tukar shift dengan Puan Bini, tapi di rumah, si baby paling kecik, terkena chicken pox pulak, aku yang dah tak cukup tidur terpaksa layan kerenah baby yang meragam.. huhuhu. Ujian sungguh.

Dalam ujian kiri kanan, aku masih fikir dan focus pada nikmat hidup yang banyak, tak layak aku nak mengeluh sebenarnya, sebab semua ujian untuk ampunkan dosa aku yang banyak. Hakikatnya, Aku masih boleh melihat dan mendengar, aku masih boleh melihat langit yang biru dan pohon yang hijau, aku masih mendengar suara anak anak menagis, aku masih dapat nikmat di sayangi dan di taati oleh bini.

Ya betul anak aku masuk ICU, Tapi di wad ICU semalam aku tengok ada baby yang koma, ada yang nyawa nyawa ikan, anak aku alhamdulillah, makin pulih dan kejap lagi kata doctor, nak masuk ke wad biasa. Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Ops, si baby yang meragam sebab chiken pox macam mana?, aku terpaksa cari jalan untuk kurangkan kuasa tenaga libodo dia, jadi aku ajak main gusti lengan, dia guna sekuat tenaga dan aku pura pura kalah dan lawan lagi, akhirnya dia penat, dan kakaknya buat air milo, letak dalam botol susu, lepas tu diapun tidur.

Rumah kembali sunyi, adik dan kakak sedang layan kartun di TV.

Baby dah tidur.

Bini dan anak nombor dua masih di hospital.

Anak sulung di Asrama.

Maka tinggallah aku di sini, berehat sambil ambik gambar anak dan upload Blog.

Woha!

Di Hospital, anak Alhamdulilah, dah keluar ICU dan masuk wad biasa, Neb tukar kepada 4 jam sekali, dan ubat ikut tangan dah diganti dengan pil.

Okey, ini gambar lauk untuk anak kami, RM1. Tiga kali sehari sampai sembuh.

Patutlah Malaysia dapat carta top 5 dunia dalam bidang Kesihatan Hospital.

Dulu saidina Umar jaga betul kesihatan rakyat dia. Selalu ronda cari Rakyat yang susah. Bila jumpa musafir nak beranak. Macam ambulan saidina umar ambik bini jadi bidan dan ambik dana dari baitulmal bantu musafir tadi.

So. Kepada pemerintah Malaysia.bab kesihatan korang memang terbaik.

Terima kasih doktor dan jururawat. Syukur pada Allah atas segala nikmat.

Malam itu aku kembali ke wad temani si anak yang baru darjah lima. Anak mengadu ada tinggal solat waktu di ICU hari tu, akupun ajar anak solat orang sakit.

Tuan tuan, Doktor dan Nurse buat kerja dia, kita ibu bapa, kena buat kerja kita, pastikan anak solat sampai mati.

Keesokkanya, Alhamdulillah. Anak dah boleh balik rumah. Ini gambar tangga depan surau menuju wad kanak-kanak.

Terima kasih kepada anda semua yang sudi doa dari jauh. (aku share kisah ini di FB dan IG, ramai yang doa, terima kasih semua)

Terima kasih juga warga HTAA yang baik hati. Terima kasih doktor pelatih, doktor pakar. Nurse dan Makcik Jaga. Korang semua memang ikhlas buat kerja hingga kami rasa di sayangi.

Waktu keluar dapat sedozen ubat. Semua free. Makan tiga kali sehari. Wad ICU ada aircond. Syukur pada Allah. Terima kasih kementerian Kesihatan, Good Job! Syukur. Alhamdulillah.



Last, teringat waktu tengok drama Korea, doktor dan jururawat semua cantik cantik.
Hmmm. Orang berlakon.. memanglah cantik.

Kenang kembali dua hari lepas. Dari pintu kecemasan ke wad ICU hingga ke wad biasa hari ini. Semua Doktor dan jururawat cantik cantik belaka macam pelakon!

So cerita ini yang bermula dengan tema dari filem " Fault in our stars" kini beralih ke tema

"Descendant of the sun"

Woha!


Balik rumah, Anak yang chicken pox makin ceria sebab abang dah balik, kata anak dalam hati:

“Ayah saya nak ambik gambar. Katanya kenangan bersama chicken pox. Saya pantang ayah nak ambik gambar. Terus buat simbol nombor sebelas.

"Peace"

Kata ayah: eshhh tak payahlah buat tangan simbol V peace. 10 keping tangkap gambar dapat sekeping yang elok. Gambar lain semua ada V peace. Budak budak zaman sekarang...Adohai..

Ps: Ada ada jer kisah laki bini, moral of the story: Walau banyak ujian, Nikmat Allah lagi banyak, siapa bersyukur akan ditambah nikmat. Amin.., syukur Alhamdulillah. Nikmat mana lagi yang engkau dustakan? Pesan pada diri sendiri.
Post a Comment