Apr 12, 2016

Apa pendapat saya tentang larangan Zakir Naik berceramah?

( Cerpen Pilihan Minggu ini, Paku Dulang Paku Serpih)


Pada suatu hari di bumi Malaysia, di sebuah rumah yang berpagar besi, terdengar perbualan suami isteri tentang isu semasa

"Abang tak setuju betulah dengan larangan Zakir Naik Berceramah"

"Betul tu bang, orang nak berceramah, di larang, konsert tak di larang pulak!"

"Zakir Naik nak cerita tentang agama, apa salahnya?"

"kan? bukan nak buat maksiatpun, nak cakap agama, kenapa nak di halau?"

"malaysia ni bukankah negara islam? patut jangan larang penceramah datang cakap bab agama!"

"Betul!, Kita sebagai orang islam, bila ada orang nak berceramah, jangan disekat"

"sokong!"

"setuju"

"eh? ada orang bagi salam kat luar"

"siapa?"

"Jap bang saya intai, ohhhh.., Jemaah Tabligh"

“cakap kat dia, abang tak ada”

"Arghh, malas nak jumpa orang masjid ni, Jom kita menyorok sama sama"

Dari luar pagar besi rumah itu, maka berkatalah pendakwah yang bagi salam tadi:


"Saya dah bagi salam tiga kali, tak ada orang jawab, walaupun terdengar bunyi macam ada kelibat manusia, saya beredar dengan sangkaan baik, iaitu mereka semua mungkin ada penyakit pekak badak! Sangka baik-Woha!


Post a Comment