Apr 29, 2016

Jom Jumpa sambil berselfie?

(Dah 10 tahun aku menulis blog keretamayat rupanya)

Dulu waktu mula mula tulis blog, ada orang kutuk.

“kau tulis panjang panjang, bukan ada orang bacapun! Ha ha”

Ok, aku tulis nota kepada diri, aku yang baca. Ini cara aku dokumentasikan ilmu, tulis balik ilmu yang aku belajar dengan gaya bahasa yang aku sendiri mudah faham. dan alhamdulillah, dari entry pertama 2006, hingga entry terkini 2016, aku tengok masih ada orang yang sudi baca blog aku. 

Terima kasih.Pageview dan 5 juta lebih. Hampir setiap entry ada komen membina, dan ada yang berterima kasih dalam email atas tulisan tulisan yang aku tulis kerana mengubah hidup mereka katanya. Alhamdulillah, semua dari Allah.

Masuk 2012, aku terbit buku sendiri, kisah suka duka orang nak kahwin waktu muda serta kisah asam garam rumah tangga, yang berjudul, PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI, bekerja sama dengan Hafizbar bawah syarikat Afdal Publication. penat tapi puas, masuk 2013, Hafizbar hijrah ke USA, aku dapat tawaran dari Terfaktab untuk terbit buku. Aku dah rasa penat terbut sendiri, so aku setuju. Maka buku kisah pasangan muda baru kahwin dan suka duka di awal perkahwinan dari malam pertama ke mengandung anak pertama dibukukan, berjudul KAMAR SUTERA yang muncul pada tahun 2013, dan tahun ini, untuk 2016, masih di ulang cetak.

Cover lama yang dah tak dicetak

2014, terbit pula buku SEMUSIM DI SYURGA, kisah tazkirah santai, kisah gelagat masyarakat di setiap peristiwa penting kelendar hijrah, kisah awal muharam bilal bergaduh dengan imam, kisah aku berebut bubur asyura, berarak sempena Maulidul Rasul, dan pelbagai lagi karenah masyarakat yang kelakar dan deep. Dalam buku ini ada prakata dari Blogger Lagenda Sembang kencang, atau Mr Takaful Man, Firdaus Ahmad. Satu penghormatan untuk aku dapat prakata dari Blogger lagenda yang berhenti kerja Engineer Petronas.

2015, terbit pula buku SEMUSIM DI NERAKA, dark side kepada SEMUSIM DI SYURGA, kisah tazkirah sentap, kisah gelagat masyarakat di setiap peristiwa penting kelendar Masihi, kisah azam tahun baru yang pelik, kisah sambut hari kekasih, hari ibu, hari guru dan pelbagai lagi karenah masyarakat yang kelakar dan deep. Dalam buku ini, ada prakata dari Blogger Lagenda SEMUSIM DI NERAKA, iaitu Ahmad Kamal Abu Bakar, atau AKAB. Satu penghormatan untuk aku dapat prakata dari Blogger lagenda yang pernah jual baju SDN.

Hujung 2015, aku dapat tawaran dari Karang Kraf bawah penerbitan Buku Pojok, maka munculah KISAH LAKI BINI yang sudah 5 kali di ulang cetak walau belum cecah setahun, Alhamdulillah. Kisah suka duka Laki Bini dari Terengganu nak pergi kenduri makan gulai di KL, dalam perjalanan diuji mara bahaya sehingga perjalan yang sepatutnya 6 jam, menjadi 3 hari 3 malam, namun oleh kerana cinta mereka kuat, maka segala ringtangan pahit maun menjadi manis akhirnya.

Pada tahun yang sama, aku juga dapat tawaran dari Tarbiah sentap, dan Dubook Press, maka keluar lagi 2 buku baru yang siap pada 2016, akan di jual di Pesta Buku Antara bangsa Kuala Lumpur, untuk Tarbiah Sentap, judulnya MENANGKAP DAJJAL DI WAKTU DHUHA. Kisah penduduk kampung Kuala Syurga yang menghadapi gelombang fitnah akhir zaman dan bagaimana mereka menanganinya, manakala untuk DuBook Press, judul Buku adalah, AKU, ALMOND LONDON dan GAY. Kisah aku mencari Almond London tapi di goda gay dan bagaimana cara nak atasi masalah LGBT. Buku ini aku rasa paling mirip dengan gaya Bahasa blog di awal 2006 dahulu, jenis jelas dan terus terang, ha ha.

Oh, ye, Buku KISAH LAKI BINI juga dah ada sambungannya, berjudul KISAH ANAK BINI, yang menghimpunkan soalan dari anak yang pelik pelik, tapi masih mampu kami laki bini menjawabnya. Woha! Pun ada dijual di PBAKL.

Jadi pejam celik pejam celik, ada 8 judul Buku aku di pasaran, kepada semua pembaca jemput datang ke pesta buku.



Ini tarikh aku ada di sana untuk seisi tanda tangan, InsyaAllah:

2 Mei 2016: 11 pg hingga 1 tgh, booth Tarbiah sentap-Menangkap Dajjal di Waktu Dhuha.

2 Mei 2016: 1 thg hingga 2 ptg, booth Dobook-Pelancaran Buku AKU ALMOND LONDON dan GAY
7 Mei 2016: 2 ptg hingga 4 ptg, booth Buku Pojok-Kisah Anak Bini, dan Kisah Laki Bini

7 Mei 2016: 5 ptg hingga 6 ptg, booth Terfaktab-Permata Yang Hilang Kini Dijumpai, Kamar Sutera, Semusim di Syurga, dan Semusim di Neraka.

Oh ye, pada 8 Mei 2016: 9 pg hingga 2 ptg, aku ada joint Bengkel Penulisan Kreatif di Bangi. Aku akan bagi talk dalam sejam dua. Pendaftaran masih di buka. Rujuk gambar.

Ralat. Bengkel penulisan kreatif pada 8 Mei ini terpaksa ditangguhkan kerana penceramah utama. Khairy Tajudin Novelis alami kemalangan. Semoga beliau cepat sembuh. Sama sama kita doakan. Amin.


Ok, itu sahaja nak kongsi kali ini, terima kasih kepada semua pembaca yang sudia baca blog aku sejak 2006 hingga 2016. Terima kasih kepada yang sudi membeli buku buku aku, sama ada sebijik, atau lapan bijik, korang telah buat semangat untuk berkarya dalam diri aku meluap luap bila baca komen positif dan membina dari anda semua. Terima kasih!

Sesungguhnya, bakat setiap pengkarya datang daripada Allah, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Sehingga berjumpa lagi, di tapak pesta buku antarabangsa 2016, MAEOS, serdang!

Jumpa di sana!




Ps: Zaman aku menulis secara menyorok dah berlalu, nak masuk umur 40, aku menulis secara terang-terang, kepada yang nak berselfie bagai dengan diri ini yang gemok akibat Gabi, dipersilakan. Woha!

Gabi*=makan larut malam.

23 comments:

Pokmang said...

Ada sebab mengapa Allah memberi petunjuk supaya tidak mengikut org yg meminta upah & menjual ayat2 tuhan dgn harga yg murah.

Surah Al-An'am:90, Yunus:72, Hud:50-51, Yusuf:104, Ash-Shu'ara:145,164, Saba:47, Yaasin:21

hamka said...

Saya jual buku, kisah kelakar versi sendiri, kos pos, kos print, kos sewa kedai, kos pekerja, kos sampul, kos designer, memang saya jual buku, so buku tak di edar secara percuma,tiada paksaan siapa nak beli.

Bagi yang tak mampu, saya cadang baca Blog dan FB, dah 10 tahun saya menulis di sini, semua free, dalam ni banyak jugak cerita kelakar, semua free, kadang pembeli pm tanya soalan agama, saya jawab secara percuma.

Saya juga ada joint dakwah dan ceramah pintunke pintu, percuma sahaja, tak ada cas.

So kepada pok mang, selamat membaca blog saya ini secara percuma, harap pok mang bahagia memabaca semua ini dengan free.

Pokmang said...

ye faham semua tu...utk buat untung jgk kan, pengikut dh ramai kn..ini x terhad kpd buku, byk lg contoh lain. spt penceramah2 ustaz, mufti yg dibayar gaji, org2 kerja jabatan agama, guru2 agama, artis2 tv. kita boleh ikut & dengar, xde masalah, tapi kita juga perlu selidik sendiri semua ajaran mereka.Quran sebagai furqaan, beza yg benar & batil.

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Tahniah! Bro Hamka, karya2 free anda mmg hebat & layak utk diniagakan kerana dpt merancakkan ekonomi negara. Bermula dengan percuma & akhirnya tempias kepada posman, peniaga & toko2 buku, designer, tukang bungkus, & yang paling untung sekali ialah pembaca macam saya.

Drp,
RidwanLau

Anonymous said...

Assalam

He..he..dakwah pintu ke pintu salah, dakwah alam maya salah, dakwah macam mana lagi yang tak salah?

Go ahead Mekar...Ummumiyat!!
Aku akan jadi saksi di hadapan Tuhan nanti
tentang perjuangan Kereta Mayat.

One out of three
Crying Fella

Ashari said...

Tazkirah utk diri sendiri dan sedara sedara seagama,
antara ciri hamba Ar Rahman yg dikasihiNya,
"...dan apabila dihadapkan dgn kata kata yg buruk oleh org org yg kurang berpengetahuan, dia membalasnya dgn kata kata yg baik." 25:63.

Man said...

Betul tu...bisnes atas nama tuhan mmg menguntungkan. Pakej pergi menyembah batu,makanan sunnah,air ayat quran,set pantang ayat quran,ayam ayat quran,kereta sunnah,rumah sunnah,pakaian sunnah.agama mmg x perlukan kita berfikir,sbb tu laku je produk2 cmni.

Anonymous said...

Assalam

Isu mengenai Anti Hadith di Malaysia bermula pada tahun 1986 ekoran daripada penulisan sebuah buku bertajuk "Hadis Satu Penilaian Semula" tulisan Kassim Ahmad. Di dalam buku tersebut, beliau cuba mengupas masalah perpecahan ummah dan menurutnya keimanan kepada Hadith sebagai sumber rujukan selepas Al-Quran adalah meniadi punca utama perpecahan ummah. Dengan demikian, beliau menggesa umat Islam supaya meninggalkan Hadith kerana menurut beliau Hadith adalah “ palsu " dan " omong-omong " yang menyesatkan manusia dari jalan Tuhan. Beliau sebaliknya menyarankan supaya umat Islam merujuk kepada Al-Quran sahaja sebagai panduan hidup.

Pengarang buku tersebut telah mempersoalkan autoriti hadith dan memberikan beberapa gambaran yang mengelirukan mengenainya. Beliau juga telah menuduh bahawa hadith adalah rekaan semata-mata dan beliau menolak kewibawaan ulama'- ulama' hadith.

Berikutan daripada itu, pada 19 Jun 1986 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah meneliti secara khusus terhadap buku berkenaan dan seterusnya menyimpulkan bahawa buku tersebut bercanggah dengan ajaran Islam dan orang yang menolak Hadith sebagai sumber hukum adalah terkeluar dari ajaran Islam.

Anak Pok Man yang telah bertaubat...
Anak tekak..

Pokmang said...

Allah tlh menurunkan hadis yg terbaik(39/23),maka hadis manakah lagi kamu akan beriman sesudah Allah dan keterangan2Nya(45/6,77/47-50)

Mufti bukanlah wakil tuhan yg boleh tahu manusia itu sesat atau x,hny Allah tahu.sy tidak sekutukan tuhan dgn mereka.golongan agamawan mmg camtu SOP dia,bila x dpt jawab,akn keluarkan hukum & mengatakan ini dr tuhan.

Pokmang said...

Ashari, bagus dah nasihat tu. Tapi sy x tahu lak kalau gunakan Quran dianggap menggunakan kata2 yg buruk.

hamka said...

RidwanLau

deep nih. he he 

-----------
Crying Fella

:)

------------
Ashari

Semoga saya dapat amal ayat tu.
25:63.

----------
Man

“penunggang agama”

---------
Anak tekak..

Terima kasih atas pencerahan. :), selagi kurang sumber rujukan, selagi lemah manusia dalam menilai fakta.

----------
Pokmang

Dalam Al quran suruh ikut sahabat, tabieen, tabie tabieen, salafusolleh dan siddikin, dan mereka itu ikut Al quran dan hadis. Sungguh Al quran itu untuk orang yang mahu guna akal dan fikir.

Pokmang said...

Adik Hamka: Dalam Al quran suruh ikut sahabat, tabieen, tabie tabieen, salafusolleh dan siddikin, dan mereka itu ikut Al quran dan hadis. Sungguh Al quran itu untuk orang yang mahu guna akal dan fikir.

- Ikut nabi, nabi hanya sampaikan apa yg diwahyukan dlm Quran.

Anonymous said...

Assalam

Al Quran diturunkan kepada Nabi saw,
Tak der Nabi tak der Al Quran...he..he..

Dalam al Quran tak ader perintah perbaharui wudhu jika terkentut...
Kenapa ambil wudhu jika terkentut..
Al Quran ajar ker....
Nabi saw lah sayang ooitt

Abang Hamka
CF

P/s:

Untukmu...
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Shah said...

braderrr...dlm quran tu cerita pasal penjagaan kebersihan. allah yg maha kuasa x perlukan apa2 ritual dari manusia, semua dlm quran adlh petunjuk utk manusia menjalani hidup di dunia ini. lagipun, kamu tidak boleh menipu tuhan dgn ambil wuduk(kononnya utk nmpk suci di 'dpn' tuhan) kerana tuhan maha mengetahui segalanya.

apa2 ritual yg kamu amalkan hanyalah dari 'ulamak2' sahaja. kalau kamu x ikut ajaran 'ulamak' sunni, kamu akan dituduh murtad. kalau kamu syiah, kamu x ikut ajaran 'ulamak' syiah, kamu akan dimurtadkan 'ulamak' syiah. kalau kamu wahabi & x ikut cara 'ulamak' wahabi, kamu akan dimurtadkan oleh 'ulamak' wahabi. begitulah agama keseluruhannya, menyekutukan tuhan dgn agamawan. tuhan ajar lain, 'ulamak' ajar lain. tp kamu lebih suka ikut 'ulamak' kerana tidak berupaya utk berfikir & cuba memahami quran sendiri.

Jawab soalan ni, boleh kamu sahkan yg ambil wudhuk jika terkentut tu betul2 ajaran nabi?tunjuk bukti...x payah nk lari topik, nk berpantun bagai.

pok mang said...

"Kamu buat apa tadi?"

tanya seorang bukan islam di dalam kalal terbang.

"solat". Jawab aku sambil tersenyum.

"solat? tapi guruku bilang, orang islam menyembah batu hitam, bagaimana kamu yakin arah kapal terbang ini selari dengan batu hitam"

"ohh. dalam islam, sujud ke arah kaabah hanyalah bila kita tahu arahnya, jika tidak tahu, kita boleh sujud di mana mana kerana Allah bukan dalam batu hitam"

"ohhhhhh, saya telah di tipu oleh guru saya, sangkanya kamu menyembah batu hitam, maafkan saya"

"manusia memang silap bila belajar dengan guru yang silap, saya maafkan kamu"

:)

Shah said...

pok mang, adakah betul solat itu 1 ritual dari tuhan? atau ia hanya ritual ajaran 'ulamak'. apakah makna solat yg sebenar...

hamka said...

maksud solat memnbawa ketaatan dalam solat ke luar solat, jika dalam solat boleh taat perintah Allah, maka jika dibawa ketaatan ini ke luar solat, maka dapatlah solat mencegah fahsyar dan mungkar.

sesuai firman Allah.

Sesungguhnya, solat itu mencegah fahsyar dan mungkar.

Rujuk ayat Al quran

Shah said...

OK hamka, dh rujuk ayat quran. Sy faham solat dlm erti kata yg lain bukan ritual, cuma ada beberapa soalan yg sy nk tny sbb saja nk tau pndpt org lain & bolehlah sy pilih yg terbaik.

Bagaimana solat Nabi Syuaib (11:87), Nabi Ibrahim (14:37), Nabi Ismail (19:54-55), Nabi Musa(10:87, 20:11-14), Nabi Isa (19:30-31). Bagaimana pula solat makhluk2 lain spt burung (24:41)? Ada hadis yg menerangkan ni? bukankan hadis menerangkan & pelengkap Quran? Adakah sama ritual solat nabi2 sebelum nabi muhammad? Krn Quran bgtau yg ia membawa mesej yg sama spt kitab2 dahulu (87:18–19).

Menggunakan akal spt yg hamka galakkan, sy x rasakan ritual penyembahan dpt membantu manusia berbuat kebaikan. Betapa org 'Islam' jauh ketinggalan walaupun sudah beribu sujud & rakaat dilakukan, masih ramai buat perkara sia2. Apakah maksud sebenar solat, sujud & rukuk?

Soalan cepu emas:
"Yaa siin. Demi Al Quran yang penuh hikmah, sesungguhnya kamu salah seorang dari Rasul-Rasul, (yang berada) di atas jalan yang lurus. (Sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, kerana itu mereka lalai" AQ 36:1-6, atau di 2:151 dan 34:44.

Ayat2 itu menunjukkan org arab x prnh menerima pemberi ingatan sebelum nabi terakhir. Jika Nabi Muhammad dihantar kpd satu kaum yg blm prnh mana2 pemberi peringatan dtg sblm baginda lahir maka sdh tentulah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tdk prnh sampai ke Mekah. Jika mereka pernah sampai ke Mekah maka sudah tentu mereka akan memberi peringatan kepada orang-orang disekeliling.

Anonymous said...

Dan jika Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tak pernah sampai ke Mekah...siapa sebenarnya yg bina Kaabah? Baca Yasin selalu dan bertahun...tapi tak mengambil pelajaran dan hadam betul2. Apalagi yg kita tak kaji dan ambil tahu dari Quran?

Dan jika Nabi Shuib, Ibrahim, dll dah solat, apa fungsi Ikraq Mikraj?

Apa beza menyembah dan mengabdi?

TV Al-Hijrah said...

Mana la sy tahu siapa buat berhala kamu tu, kamu la yg patut lebih tahu. Israk mikraj hanya cerita dongeng.

Abadikan diri kita berkhidmat dgn tuan kita. Kalau awk ada hamba, awak nak dia berkhidmat utk awak atau nak dia buat perkara sia2 menonggeng-nonggeng sembah pd awak?jwpn awk mesti la suruh menonggeng-nonggeng kan?sbb tu yg awk buat hari2...

Anonymous said...

Encik/Puan...saya punya pertanyaan ditujukan kepada pengikut hadis tegar...yg cakap, kalau ingkar hadis...kapir.

TV Al-Hijrah said...

oooo...ok. xyah tunggu diorang jawab, memang xde jawapan punya.