May 5, 2016
Bermain Tweet di malam Israq Mikraj?
(27 Rejab: Ceramah oleh aku, khas buat anak
Haji Kazim Takzim yang suka suka main tweet akaun ayah beliau. Kisah ini dipetik dari Buku Semusim Di Syurga)
Selepas selesai solat magrib, seorang
pengerusi masjid bangun dan membuat pengumuman:
“InsyhaAllah tuan tuan, hadirin sekalian,
selepas solat sunnat bar’diah maghrib, kita akan adakan ceramah sempena israk
dan mikraj yang akan di sampaikan oleh ustaz Hamka Keretamayat, insyaAllah!”
Hadirin mulai bersolat sunnat.. ada jugak
yang beredar ke luar masjid, pergi berak agaknya-aku bersangka baik…
Beberapa minit kemudian, bangkitlah seorang
lelaki yang berbulu jarang pada kakinya menuju ke kerusi yang telah di
tempatkan di hadapan hadirin bersebelahan tempat imam yang membelakangi kiblat
dan mengarah kepada kamera, atau dalam situasi sebenar mengarah ke arah
penonton juga sidang hadirin masjid.
Kata lelaki yang duduk di kerusi sambil
melabuhkan perutnya..:
“Asalamualaikum warahmatullah hi
wabarakatuh”
(hadirin mulai menjawab salam, secara
berbisik..)
“Saya bukan ustaz, saya baru ‘Nak Start’
(ada hadirin yang tertawa-aku tak buat lawakpun-ikhlas,
aku mengaku bukan ustaz)
“Saya sebenarnya hanya di minta oleh
pengerusi masjid ini, Imam Habib Abid kerana ustaz Sufi Supian yang sebenar
tidak dapat datang kerana hantar mertuanya berubat, saya tak pandai sangat
sebenarnya, jadi dalam masa yang terluang ini, elok rasanya kita penuhkan
sedikit dengan pengkosian ilmu..
(wah, skemanya aku)
"Bismillahirahmanirahim, Sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi dan silih pergantian malam dan siang, terdapat
tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingati
Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata : 'Ya Tuhan kami,
tiadakah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia?. Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari siksa api neraka'"
(Aku sengaja membaca ayat di atas dalam
surah Ali Imran: ayat 190-191dengan harapan dapatlah aku menumpang Nur Al-
Quran ke dalam majlis ini kerana berkat Nur Al-Quran, akan mudahlah melembutkan
hati manusia dan Jin.. insyaAllah!)
Aku mula berceramah…
Pertama-tama sekali, syukur pada Allah
s.b.w kerana telah pilih kita semua, sedangkan ada ramai lagi yang duduk di
luar sana, tapi kerana kasih dan sayang Allah, dapat kita duduk di tempat yang
patut kita duduk pada waktu dan tika ini…
Sedangkan Allah berkuasa untuk letak kita
depan TV sekarang ini atau di mana sahaja,
Tuan tuan yang di muliakan Allah,
Sekiranya kita duduk di tempat yang tidak
PATUT kita duduk yakni bukan di masjid… maka kita akan duduk di tempat yang
tidak PATUT kita duduk, seperti panggung wayang, padang bola dan sebagainya,
Apabila kita duduk di tempat yang tidak
PATUT kita duduk,maka kita akan buat perkara yang tidak PATUT kita buat…
Dan apabila kita buat perkara yang tidak
PATUT kita buat, maka kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita
korbankan!
Demikian! Bila kita telah korban pada
perkara yang tidak PATUT kita korbankan, maka takut-takut kita akan jadi mayat
di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat!
Dan apabila kita menjadi mayat di tempat
yang tidak PATUT kita jadi mayat, maka kita akan bangkit bersama dengan orang
yang tidak PATUT kita bangkit!!!!
Lalu kita akan duduk ke tempat yang tidak
PATUT kita duduk iaitu Neraka jahanam!!!
Naduzubillah,
Maka tuan tuan hadirin sekalian, marilah
kita pasang niat untuk duduk dalam majlis ini sampai habis, boleh insyaAllah?!
(hadirin menjawab dengan kuat:
insyaAllah!!!)
Satu hari seorang puteri telah keluar ke
taman bunga dan memilih beberapa kuntum bunga untuk di letakkan ke dalam pasu
di kamarnya bagi mengindahkan pandangan kamarnya,
Maka tuan tuan sekalian, adalah seperti
bunga bunga yang telah di pilih oleh Allah SWT lalu di letakkan tuan tuan
hadirin sekalian ke dalam tempat yang paling baik, iaitu rumah Allah bagi
menghiasi 'taman-taman shurga' ini.
Dan sekuntum bunga telah di pilih oleh sang
puteri di antara beberapa kuntum bunga dari dalam pasu bunga lalu di sematkan
ke telinga, bagi menambah seri sang puteri, dan ‘bunga’ itu adalah saya, he he
he, yang duduk di hadapan tuan tuan!
(hadirin tertawa-aku telah lama kelakar,
adohai)
Bercerita mengenai israk dan mikraj, tadi
saya dapat tweeter dari ketua kampung kita Haji Kazim Takzim, err, Ketua
kampong ada tak datang malam ni?
(hadirin pandang kiri kanan, lepas tu semua
pakat geleng kepala)
Bukannya apa, tadi ada dapat tweet dari
Haji Kazim Takzim yang persoalkan adakah benar kisah Nabi Israk dan Mikraj naik
ke langit, beliau tanya sumber mana? dan
berapa kelajuan buraq sampai boleh naik ke langit ke tujuh?
Saya
mintak maaf jika soalan ini sudah ada orang tolong jawab kepada Haji Kazim Takzim yang bertanya, sebab israk
mikraj ni disambut setiap tahun, bukan 30 tahun sekali, sepatutnya sebagai
ketua kampung patut dah tahu lama kisah ni sebab semua ustaz tahu, tapi mungkin
ketua kampung yang bertanya perasan sibuk hingga baru dengar kisah Nabi naik
ulang alik jumpa Allah, dan baru rasa nak tanya dengan Twiiter kepada seluruh
rakyat malaysia.
Saya tak tahu sama ada Haji Kazim Takzim
sendiri yang hantar atau mungkin anak Haji Kazim Takzim yang pinjam akaun tweet
beliau, atau mungkin ini fitnah dari orang yang tidak suka kepada Haji Kazim
Takzim, kita sama sama sangka baik,
Tapi takpelah, sempena malam israk dan
Mikraj ini, maka saya cerita sepintas lalu kepada mereka yang baru tahu kisah
Nabi Muhammad SAW naik ke langit dengan pantas dan ulang alik jumpa Allah.
Begini kisahnya.., Kisah ni dah lama, 1400
tahun yang lalu iaitu ketika Nabi sedih tengok ummat manusia buat dosa dan
kerosakkan, maksiat sini sana, bunuh anak hidup hidup dan masukkan segala
segala jenis jenayah yang terlitas di fikiran anda semua, Maka Nabi Muhammad
SAW telah menyendiri di gua Hirak dalam keadaan fikir risau terhadap ummat.
Lalu datanglah malaikat Jibrail a.s wakil
kepada Tuhan memberi jalan penyelesan kepada masalah ummat yang melanda
masyarkat arab. Pada mulanya Nabi takut dan berpeluh, tapi setelah ditenangkan
oleh bininya, dan dengan pendapat dari bapa saudaranya bahawa itulah tanda
kenabian, maka Nabi muhammad SAW pun berdakwah pada penduduk Mekkah dengan cara
jumpa manusia sorang demi sorang.
Dakwah cara jumpa orang ni memang
mujahadah, saya pernah kena maki dengan bekas bilal kampong ni dulu, tak pelik
sebab zaman Nabi pun, baginda kena maki, kena ludah, kena lempang, kena sepak
dan macam macam lagilah, tapi Nabi faham, ini perintah Allah, dakwah cara jumpa
orang ni telah di buat oleh semua Nabi terdahulu, dan cara ni banyak gagal dari
berjaya, Nabi musa dakwah cara macam ni, Firaun tak ikutpun, Nabi Nuh dakwah
cara macam ni selama 950 tahun, 83 orang jer ikut. Nabi ibrahim dakwah Namrud
cara macam ni pun gagal.
Tapi Allah tetap lantik Nabi Musa,
Nabi Ibrahim, Nabi Nuh sebagai nabi ulul
Azmi, kerana kejayaan dakwah bukan orang ikut kita, tapi sejauh mana kita
berjaya ikut perintah Allah.
10 tahun kemudian, adalah lebih kurang dua
tiga ratus orang ikut Nabi Muhammad SAW, terutama orang miskin dan hamba abdi,
itupun kena seksa jugak, malahan nabi dan orang islam kena boikot tak boleh
dijual makanan kepada mereka, maka adalah anak anak orang islam yang mati
kelaparan.
Dalam keadaan susah macam tu, Nabi masih
tabah berdakwah siang dan malam, sehinggalah dua orang yang paling banyak bantu
Nabi dalam berdakwah, telah meninggal dunia. Pertama, Abu Talib selaku pakcik yang jaga baginda waktu kecil (nabi
anak yatim) Pakcik yang akan membela nasib nabi bila di serang oleh orang
kafir, sehingga orang kafir tak tergamak nak bunuh Nabi kerana hormat pada
bapak saudaranya, namun yang menyedihkan Nabi, bapak saudaranya mati dalam
keadaan kafir, beliau ditakdirkan masuk neraka selamanya, kita pun akan sedih
jika orang yang kita sayang, mati masuk neraka.., apatah lagi Nabi yang sudah
tengok neraka, adohai..
Orang kedua yang Nabi sayang tapi meninggal
pada tahun yang sama adalah isteri beliau, iaitu Khatijah r.aha, Dulu bila
penat berdakwah dan penat kena maki dengan orang kampung, balik rumah dilayan
bini dengan mesra, hilang penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini,
bangun tidur dah takde bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh
baju sorang sorang, jemur baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas
rumah sorang sorang.., siapa tak sayang bini ooii?
Dalam kesedihan sebegitu, orang kapir makin
rancak menyusahkan nabi, maklumlah bapak saudara Nabi yang selalu back up dah
mati, maka Nabi buat keputusan untuk berhijrah ke taif.
Di taif Nabi datang jumpa ketua mereka
mintak izin untuk tinggal di sana dan berdakwah tentang agama islam. Tapi Nabi
kena pukul, waktu itu umur Nabi lebih kurang 50 tahun, dah tua tapi kena pukul
dan di baling batu oleh orang kampung sejauh 1 km lebih kurang, Nabi luka dan
berdarah, dan Nabi telah meninggalkan Taif dalam keadaan cedera dan menangis.
Dalam kesedihan yang bertalu talu, datang
peristiwa yang bakal menjadi penyejuk mata baginda Nabi Muhammad SAW, yang mana
malaikat Jibril telah datang dan membawa Nabi melihat dunia yang selama ini
baginda hanya beriman tanpa melihatnya, dengan menaiki binantang yang bukan
berasal dari bumi, Nabi telah naik ke langit dan melihat alam akhirat dengan
mata kepala baginda.
Kita pun jika berdakwah tiba tiba diberi
peluang melihat shurga dan neraka, melihat nikmat shurga dan azab neraka, tentu
rasa seronok sangat.., dan Nabi digembirakan lagi oleh Allah dengan berpeluang
bertemu rakan seperjuangan dan berbual dengan Nabi Nabi terdahulu yang sama susah
seperti baginda, dan kemuncak israk dan mikraj, Nabi Muhammad SAW bertemu Allah
SWT.
Dalam satu hadis yang aku petik dari
Buznama, Allah telah bertanya pada Nabi, apakah perkara yang malaikat saling
berbahas, Nabi jawab: aku tidak tahu, lalu Allah buka 7 petala langit depan
mata Nabi maka Nabi menjawab bahawa malaikat sedang membahaskan pahala orang
yang solat di malam yang sejuk dan hari yang panas, lalu di hujung pertemuan
Nabi kekasih Allah, maka telah dikurniakan pada Nabi Muhammad SAW dan ummat akhir
zaman yakni solat 50 waktu sehari semalam.
Dalam riwayat yang lain, Nabi telah melihat
di setiap lapisan langit terdapat malaikat yang sedang sujud, dilapisan langit
lain ada malaikat yang sedang rukuk, dilapisan langit lain pula ada yang
mengaji, ada yang bertasbih yang mana rupanya solat adalah himpunan ibadat para
malaikat yang beribadat pada kekuatan 7 petala langit yang mampu selesaikan
masalah dunia dan akhirat apabila dilakukan dengan tertib dan yakin yang betul.
Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah
kekasihnya, Nabi Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang
kurniaan Tuhan kepada ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar
Nabi bertemu Allah semula untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu
terlalu banyak,
Menurut tafsir Buznama, (berita dari ustaz
yang aku lupa namanya) Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat
5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakn dengan peluang
bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang
telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu
dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi
digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi
pahala masih sama dengan 50 waktu. Subhanallah.
Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat
Nabi telah menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang
memberitahu, jika Nabi Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka
sanggup. Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi
setelah bermujahadah berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun lebih
kurang.
Tidak lama selepas israk dan Mikraj, Nabi
Muhammad SAW bersama beberapa orang
pengikut telah berhijrah ke Madinah, 10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah
bersama ratusan ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh
berhala di sekeliling kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah
haram untuk orang kafir sehingga ke hari ini.
Tapi kita yang mendengar cerita ini, tentu
ada yang berfikir, kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah
untuk kurangkan solat hanya sekali seminggu ke, sekali setahun ke, Ini adalah
kerana yakin dan iman dalam diri kita sangat lemah kerana tidak pernah
bermujahadah dalam berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus
‘berjihad’ cukup hanya bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, atau
agama hanya dilayan dengan dengar ceramah, adohai..
Bagi Haji Kazim Takzim yang bertanya 'boleh
sesiapa sahkan perkara Nabi naik ulang alik jumpa Allah?' Maka jika di umur senja begini dalam hidup
beragama islam tapi masih belum yakin dengan peristiwa israk dan mikraj, dan
masih bertanya, betuk ke tidak?, habis tu bila masa pulak korang nak solat 5
waktu? Adohai..
Akhir kata,
biralah orang kapir sahaja tidak percaya kisah Nabi pergi ke langit
jumpa Allah dan balik semula ke dunia hanya satu malam? Mungkin ada yang
bertanya berapa laju buraq yang ditungangi Nabi, jawapannya, hajalu=
Jarak/masa. Dan masa adalah termasuk ciptaan Allah.
Demi Masa, semua manusia dalam kerugian,
kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan hak dan
berpesan dengan sabar.
Sekian terima kasih. Semoga jawapan yang
ringkas ini memuaskan Twiiter semua pihak, tutup majlis dengan tasbih kafarah.
( Rujukan: Buznama dan Sahih Bukhari Book:
59, Hadith: 3207)
Ps:Boleh Rujuk Buku SEMUSIM DI SYURGA untuk cerita lain berkenaan kalendar Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Assalamualaikum,terbaik hamka....
semoga kita x samakan cemuhan sedara2 semuslim kita termasuk tok bilal tu dengan cemuhan org2 kafir terhadap nabi saw...
kerana bila kita mengajak org yg dah muslim kepada cabang feqah yg lebih baik..dari solat sendiri2 kat rumah untuk diajak ke solat jemaah dimasjid..dari pesan2 pakai sembang2 biase nak diajak pesan2 dari rumah ke rumah..ini bukan hal pokok(tauhid)..ini hal penambah baikan ke hal cabang feqah...lagi pula hal ini masih belum menyalahi syarak..selagi x menyalahi syarak sedara2 kita ni juga masih juga dalam sunnah insyaAllah..
mengajak kepada cabang feqah yg lebih baik,jangan sampai kita pula yg terlanjur..ini malang nama dia...
jadi saya rasa terlanjur kata yg menyatakan seolah2 cemuhan sedara2 kita tu seolah2 mcm cemuhan org kafir kepada nabi saw ianya x menunjukkan latihan kasih sayang kita sesama sedara muslim la...
perilaku mcm gini ianya mirip mcm perangai org politik yg bawa modal agama tau hehe..terlanjur je kerjanya menyakiti hati muslim lain..
kalo x setuju tidak mengapa..
ini hanya pandangan saya...
TERBAIKKKK.....
Halaju=jarak/masa.
jawapan yg bagus. Hehe.
Riwayat israk mikraj merupakan cerita dongeng arab plg berjaya spnjg zmn.ianya hanya rekaan semata2,tidak direkodkan langsung dlm Quran.
Ianya sama mcm kisah santa claus yg hamka cerita,direka utk rancakkan ekonomi kapitalis.cerita israk mkrj direka org arab utk halalkan penyembahan sebongkah batu hitam mereka,tuhan mereka zmn brzaman.kita hanya pak turut..
jikalau kita tidak percaya israk dan mikraj ni dan tidak bertauhidkan kpadanya.... maka kepercyaan kepada malaikat dan Allah pasti juga tidak anda percaya...semua ni adalah menjangkaui akal dan fikiran manusia.. alam ghaib... apa2 yg berkaitan dengan Allah melibatkan hal yang ghaib... jima tak percaya yang ghaib jadilah anda jasad yang tanpa roh.. mata hati tiada.. yang ada cuma mata ikan kering..
hang pembohong betul. pasal apa pulak kita wajib percaya ajaran majusi?
Nampaknya rujukan ahli sunnah wal jamaah bertambah 1. Buznama(x kira siapa,jnji ada nama ustaz) & hadis. Quran diketepikan...
Kata hadis sumber ke2,tp kbyknnya hadis & ustaz2 yg lbh utama. Quran tolak tepi..
mata kamu memang firstclass pokmang...
sumbang mahram dan hubungan songsang sebenarnya dah lama berleluasa tau pokmang..dorang semua buat x nampak je..padahal mata dah nampak dah benda tu terang benderang..
budak lelaki dan budak perempuan hisap payudara ibu sendiri..
sumbang mahram tu pokmang...report polis pokmang...
hehehehehe
Kisah perjalanan ke Masjidil Aqsa dr Mekah tu, naik buraq.
Perjalanan dr satu langit ke satu langit, naik apa ?
Assalammualaikum...sedang baca buku ni....best....byk benda seblom ni sy xtau jadi tau...bro hamka teruskan menulis buku ke 9 plak....sy br memiliki 4 drpd 8 buah buku hamka....
Anonymous
Salam.
Sedang hadam komen anda, terima kasih! Dah baca buku tu habis? Sebab ini sebahagian satu bab
DamiaMikhaila AreesyaSofea
BAIKKKK..... : )
Blogger cinta
Komen yg bagus. Hehe.
Kazim Takzim
Pok mang ke ni? Yang tafsir rumah Allah ada pintu dan tak muat masuk jika seluruh dunia datang?
Jefni Elisputra Abdul Rahman
Abu jahal sangka ada modal nak jatuhkan Nabi dengan cerita israk mikraj ini, sekali iman umat islam zaman tu sangat kuat, no problem. Israk mikraj, Permulaan hijrah ke Madinah, kekuatan solat dan dakwah,.
Pokmang
Tuduhan: Al quran tolak ke tepi, semoga Allah ampuni dosa kamu atas tuduhan ini.
Mummy
Salam, buku ke 9, akhir tahun isyaAllah. ;)
Terima kasih atas sokongan.
https://www.almasdarnews.com/article/panama-papers-data-leak-king-saudi-arabia-sponsored-netanyahus-campaign/
Adik Hamka: Pok mang ke ni? Yang tafsir rumah Allah ada pintu dan tak muat masuk jika seluruh dunia datang?
- Ye dik, sy ni Pokmang. Kamu ni Hamka kan,yg suruh org berfikir tp tak berfikir bila nak tanam mayat?sampai nak tanam mayat pun kaki kena terjulur keluar, xde otak?sebab tu pentingnya ilmu sains yg agamawan tolak tp x malu guna teknologi sains rekaan org 'kafir'. Woha
----------
Adik Hamka: Abu jahal sangka ada modal nak jatuhkan Nabi dengan cerita israk mikraj ini, sekali iman umat islam zaman tu sangat kuat, no problem. Israk mikraj, Permulaan hijrah ke Madinah, kekuatan solat dan dakwah.
- Camtula org2 Arab nak suruh kita percaya cerita dongeng mereka. Dgn mereka-reka cerita camni, umat dulu kuat imanlah, kisah sahabatlah, mcm2 lglah. Pastu wajibkan semua percaya, kalau x percaya, hukum murtad. Mana org x takut, xleh persoalkan langsung. Bila persoalkan, terkial-kial nk jawab. Bila x dpt jwb, suruh wajib percaya. Adohai dik...
----------
Adik Hamka: Tuduhan: Al quran tolak ke tepi, semoga Allah ampuni dosa kamu atas tuduhan ini.
- Memang la x ngaku tolak Quran. Sy beri 1 contoh je, Quran bgtau jgn menyembah berhala selain Allah, berhala tu x dpt buat apa2 pun, sedang ia sendiri dibuat manusia (An-nahl:20), tp kenapa masih sembah batu?
Tu belum lg bab2 lain, mcm tudung, hukum bunuh org murtad (dlm Quran tiada paksaan), hukum rejam zina, semuanya tiada dlm Quran dik. Hny tokok tambah dgn 'hadis', padahal dlm Quran bgtau lain. Dlm Quran juga dh bgtau yg ia adlh hadis terbaik(39:23), Quran tlh lengkap & terperinci (6:114-115, 11:1, 41:3), menjelaskan segala sesuatu (16:89), jgn ragu2 dgn Quran (2:2, 2:23, 2:147, 6:114, 10:37, 10:94, 10:104, 11:17, 38:8), Quran sbg petunjuk (7:52, 16:102, 27:1-2, 38:87), masih x percaya & nak utamakan 'hadis' rekaan? Masih nak ingkar (dlm bhs Quran, ingkar dipanggil kafir)? Moga Allah ampunkan juga dosa kamu dik.
Assalam
Ketika Azazil diperintah sembah Adam a.s
Dia kata Aku tidak akan sembah melainkan Kau, Ya Rabb
Sinonim, seiring sejalan.
One out of three
CF
braderr, tunjuk ayat mana dlm quran allah suruh sembah? yg ada hanya mengabdikan diri kpdNya. tuhan pn panggil kita sebagai hamba, bukan penyembah.
wah deep komen CF, dalam al quran dah cerita kisah syaitan tak nak sujud pada adam dan Allah laknat walau hujah syaitan make sense.
geng anti hadis, tak nak sujud pada kaabah dengan hujah make sense.
ternyata, Al quran ni hanya untuk mereka yang mahu berfikir.
terima kasih CF.
Komen terbaik!
kepada pokmang,
hadith ni adalah ucapan nabi yang di sampaikan kepada para sabahat.
Al Quran tak turun senaskah dengan hard cover, sahabat yang sama sampaikan hadis, sahabat yang sama kumpulkan al quran.
Jika korang boleh percaya pada Al quran yang dikumpulkan oleh sahabat, sebagai manusia yang punyai akal yang waras, hadis pun kita kena percaya bang.
Lainlah korang anggap Al quran turun sebijik terus siap. Adohai.
deep ni bang, orang slow tak boleh hadam
Sudah2 lah ngikut agama pak arab yg menyulitkan ini. Org melayu wat aper lah ngikut sangt ajaran pak arab barbaric ni?
Asas AQ tu sendiri dah x betul... hadis tu lg lah mengarut...
Nabi dah mati jd islam dok bergaduh. Jd muncullah ulama2 berhaluan kiri kanan yg anggap diri tu leader nak kumpol follower... nak buat kitab AQ mcm muhammad namlak mcm kelakar lah pulak kan... jadi di ambil keputusan cipta kitab hadis... so nampak mcm logik skit walaupun hadis palsu... weyyy nabi wafat dah beratus tahun maaa... org akan caya bulat2 sbb manusia ni kan ke nalurinya byk jenis mkn nak bersuap je.... kahkahkah... so percayalah bulat2 semua ckp imam2, ulama2 yg kononnyer org bijakpandai agama...
Ini agama punya game sama juga mcm itu politik punya game... bacalah sejarah... jgn sempitkan skop dgn sejarah AQ jer... selagi x kluar dr jajahan doktrin agama ni mmg x jumpa lah kebenaran hakiki.
ramai jgk golongan anti hadis yg sesat dalam terang kat sni yek....bertaubatlah dik
Tanda nama adalah pengenalan awal bagi watak & karakternya; ultraman (lelaki ultra ) kekal gagah terpacak contohnya.
Pulakkk!apa kaitannya
.......
Saudara Kazim Takzim mungkin boleh membantu mengenalkan perwatakan perawakan beliau pada maksud memberikan tanda nama ASHWED yg diguna pakai bagi pautan blog beliau http://ashwed1973 .Maaf mungkin kekeliruan pemahaman saya mengenai kaitan ASHWED itu adalah gabungan nama beliau dengan Isteri/bekas kekasih beliau atau apa2 yg beraifat peribadi buat beliau (tujuan humor dan saya tdk bermaksud melebihi pribadi anda) atau adakah kaitannya dengan 'hari suci' bagi Kristian Katolik (ASH WEDNESDAY) iatu Rabu Suci yg disambut pada hari pertama dlm 40 hari sebelum Jumaat Agung bagi meraikan HARI PASKAH ( Hari kebangkitan Jesus).ASH WED disambut dengan ritual tanda salib pada dahi menggunakan abu (Bacaan lanjut pada carian di Internet dsb).
............
KENYATAAN: PERSOALAN DAN PERTANYAAN BERTUJUAN KERANA TERDETIK SYAK YG MUNGKIN DARI SYAITAN ATAU MUNGKIN PENCERAHAN DARI TUHAN
Post a Comment