Jun 20, 2013

Bahaya suntik Vaksin?

(Bahaya suntikan vaksin dan imunisasi. Kononnya....)

Aku terima tsunami soalan berkenaan vaksin, bukak email, bukak FB, bukak blog semua pakat tanya: Apa pendapat Pakcik keretamayat mengenai suntikan vaksin untuk anak anak? Dan hampir semua soalan tu di lengkapkan dengan link dari penulis bernickname Minda Ahad yang bertajuk: Bahaya suntikan vaksin dan-imunisasi.

Apa pendapat aku?

Pendapat aku, Allah dah bagi akal, maka terimalah fakta dengan akal, bukan dengan sentimen atau serounding authority yang salah, janganlah menjadi Pak Pandir moden yang mudah perasan di salahkan lalu memilihfatwa kaum kera sebagai panduan hidup, adohai..

Aku tak nak tulis panjang panjang, aku Cuma nak sangkal dakwaan penulis tersebut dari segi fakta.

Entry tersebut dimulakan dengan menyalahkan yahudi dengan menuduh Imunisasi adalah satu Konspirasi jahat Zionisme dengan tujuan untuk menguasai dan memperhambakan seluruh dunia dalam “New World Order” mereka. Entry tersebut juga mendakwa Rockefeller adalah pengasas WHO (World Health Organization) beliau adalah keluarga Yahudi yang paling berpengaruh di dunia, dan merupakan sebahagian dari Zionis Internasional kononnya .

Wow, mana datang fakta merepek ini? Perenggan pertama dah buat aku malas nak baca, sikit sikit konspirasi, sikit sikit yahudi, aku dah bagitahu dulu: orang yang percaya teori konspirasi adalah bodoh, dan lemah daya berfikir..,

Akupun semak sejarah penubuhan WHO dekat Wikipedia, eh? Kenapa aku jumpa nama Jawaharlal Nehru dari india yang terlibat dalam sejarah penubuhan WHO, eh? Ini konspirasi yahudi ke konspirasi india? mana pergi Rockfeller, eh? Rockfellar mati pada tahun 1937. Dan WHO ditubuhkan pada tahun 1948? Ini semua kerja Hantu Yahudi? Awal karangan dah nak tipu pembaca, pun ada yang percaya, adohai..

Oh rupanya, mamat ni petik ‘fakta’  dari bekas doktor gigi yang anti vaksin, dan pakar teori konsiparasi, iaitu Dr. Leonard Horowitz sebagai penguat hujah, (patutlah) jadi kau percayalah semua cakap doktor tu, doktor tu dakwa HIV di cipta oleh Amarika untuk lemahkan islam? Kau pun percayalah? Benda simple macam ni pun tak boleh nak fikir?, aku rasa pengarang ni tentu ada jual ubat alternative ni, takpe, kita semak perenggan seterusnya.  

Perenggan seterusnya ada petikan untuk kuatkan hujah dengan memetik kata-kata dari doktor pakar, wow, nampak berilmiah, mari kita semak kesahihan rujukan beliau:

“Satu-satunya vaksin yang baik adalah vaksin yang tidak pernah digunakan.”~ Dr. James R. Shannon, mantan pengarah Institusi Kesihatan Nasional Amerika.

Aku google, dan didapati petikan itu dilaporkan oleh ‘Doktor’ terbabit pada tahun 2003, tapi doktor sebenar bekas pengarah Kesihatan Amarika mati pada tahun 1994 ketika berumur 89 tahun,  wah.., mentang mentang doktor tu dah mati, senang senang korang  publish kata ‘hikmat’ mereka dalam web anti vaksin, adohai..

Hujah dari doktor kedua dalam entry tersebut:

“Vaksin menipu tubuh supaya tidak lagi menimbulkan reaksi radang. Sehingga vaksin mengubah fungsi pencegahan sistem imun.”~ Dr. Richard Moskowitz, Harvard University.

Bila aku google,  konon bekerja di Universiti Harvard, tapi rupanya tempat dia belajar, adohai..

Perenggan seterusnya di‘bukti’kan lagi guna “placebo effect” , Arhghhh, dah malas aku baca sebab sungguh menghina kebijaksaan aku.., sebab awal awal dah menipu, langsung tak guna kaedah dalam islam dalam bab menyampaikan berita:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).

Nasihat aku, berhentilah menipu, atau berhentilah kena tipu..

Cuba kaji fakta akan penurunan kadar kematian seluruh dunia akibat penyakit berjangkit dalam 100 tahun yang lepas. Zaman dulu, ramai bayi mati tak macam zaman sekarang, rujuk kes polio. sejak ada vaksin, peratusan kurang mendadak..

Ini semua kerja Allah, mencegah lebih baik dari mengubat, vaksin tak perlu jika quaratin bagus, bila dah ramai yang ambik vaksin, persekitaran dah jadi imun, tapi bila pergi tempat yang ramai manusia berkumpul, kena ada vaksin, dan itu semua kerja Allah,  sebab tu ulamak dan pemerintah dekat Arab wajibkan jemaah haji suntik vaksin sebelum pergi Mekkah, apa korang ingat mereka tu bodoh agama macam korang jer ker nak keluar fatwa haram cucuk vaksin tanpa kaji terlebih dahulu, mereka lebih paham ayat Al hujarat tu, bukan main petik copy paste letak dalam blog perasan bagus macam korang....,

Eh eh, bila aku baca komen kat bawah, penulis entry tersebut ada promot ubat homeopaty, WHAT!!?

PATUTLAH Anti Vaksin.., adohai..

Patutlah guna hujah Konon Rockfellar nak guna vaksin untuk lemahkan islam lah, WHO badan yahudilah,  akal letak kat mana?, Korang tak tahu ke dekat Yahudi pun mereka cucuk anak mereka dengan vaksin, apa kejadah pulak mereka nak guna vaksin untuk lemahkan ummat islam, paranoid tak habis habis. Hampeh!

Takde ke ubat homeopaty yang boleh sembuhkan korang dari terlalu paranoid dengan yahudi?

Entah entah, Yahudi dah berjaya manipulasi otak korang dengan sebar berita palsu dalam internet mengenai keburukkan vaksin supaya orang islam bodoh macam korang menolak sains lalu menjadi lemah dan mudah ditimpa panyakit dan mudahlah mereka serang negara islam dengan menggunakan virus terkuat yang bernama:War of Z a.k.a WalkingDead a.k.a Zombie-Woha! 

Aku pun boleh karang konspirasi apa, kekekeke..

Sekian.


Ps: Ditulis oleh orang yang ada parut BCG di bahu kiri. Harap maklum.

Rujukan: (Apa itu imun)
Post a Comment