Feb 10, 2012

Surrounding authority?

(Aku google perkataan ‘surronding authority’ tapi tak jumpapun orang guna istilah ni, arghh, lantaklah)

Manusia di bentuk oleh belief system (sistem kepercayaan), dan belief system dibentuk oleh Surrounding authority seperti pendidikan ibu bapa, ceramah ustaz ulamak, ajaran cikgu di sekolah, pengaruh rakan sebaya, bahan yang di baca, filem yang di tonton dan lain lain yang berligar di sekitar kehidupan kita.

Jika Surrounding authority korang betul, maka akan betul lah belief system korang, dan akan betul lah akan tindakan korang, insyAllah.

Sama juga, Jika Surrounding authority korang salah, maka akan salahlah belief system korang, dan akan salah lah akan tindakan korang.

(betul dan salah disini terpulang pulak pada definasi korang sebab semua orang rasa mereka betul dan orang lain salah)

Contoh dalam kes sleep paralysis atau kelumpuhan tidur yang aku tulis baru baru ni, ramai yang butthurt sebab Surrounding authority mereka ajar bahwa itu adalah kerja hantu, mereka percaya bila tidur hantu tindih, mereka percaya itu kerja hantu sebab emak bapak mereka ajar macam tu, kawan kawan pun cerita yang sama, di tambah ‘ustaz’ pulak cakap itu kerja jin lagilah mereka percaya, kemudian mereka cakap mereka nampak pocong tindih mereka, padahal mereka ada masalah otak yang mana bila badan mengalami kelumpuhan sementara, otak jadi panik lalu terbayang benda yang paling mereka takut, apa yang mereka takut? Jika nampak pocong, itulah yang mereka takut, apa kejadah, umur 35 tahun tapi takut pada pocong?! Sebab tu aku suruh korang cabar hantu tu tunjuk muka! Tak payahlah nak tunjuk pandai dengan guna alasan tahyul untuk cover kebohohan korang tentang sains!

Dalam Al quran dah tulis dah dalam surah Al Mulk ayat 3 dan 4 (rujuk sendiri) bab sains, Jadi.. jika korang nak suruh aku percaya apa yang korang percaya, korang kena tunjuk bukti, tunjuk gambar, tunjuk fakta, jika itu kerja jin, kenapa jin tu nak tindih kau? Kenapa tindih waktu tidur, tindih waktu sedar tak boleh ke? Ayat mana dalam quran cerita jin kerjanya tindih orang bangun tido?!

Ni lah Pak pandir moden yang terbentuk kerana Surrounding authority, yang mana kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bangang! Bengong dan hampeh!

Untuk hal ni, aku memang kena salahkan mak bapak korang dan surrounding authority yang telah didik korang untuk percaya pada semua benda.., terutama benda benda tahyul.., benda kebetulan, dan benda yang takde logic sains..

Nasihat aku, bila sakit, rujuk pada doctor, bukan pada bomoh, jika kedai tak laku, rujuk pada pelanggan, kenapa mereka tak datang?, bukan tuduh kedai sebelah pakai bomoh, jika mati pucuk, tengok balik ada kencing manis ke tak?, bukan salahkan awek lama yang bomohkan, jika badan ada lebam, jangan tuduh hantu ludah, mungkin suami kau buat love bite waktu kau tidur, tolonglah belajar what is possible/impossible, melalui basic science..

Korang tahu tak?

"Perkara tahyul jika kita layan dengan sains, dia akan jadi sains, dan perkara sains jika kita layan dengan tahyul maka ia jadi tahyul"

Apa lagi nak di kata?

Aku dah umur 34 tahun, di umur begini, kerap jugaklah aku hadir majlis re union bekas kawan sekolah rendah, sekolah mengengah, universti dan sebagainya, bila dah lepak 2 ke 3 hari di hotel, maka borak punya borak, aku dapati ramai kawan lama aku masih ada masalah dalam belief sistem.

Ramai lagi bekas kawan lama aku yang percaya di dunia ni ada hantu. Penakut nak mampus walau anak dah lima orang. Malulah kat anak sikit..

Ada yang percaya Obama, Napoleon Bonaparte atau Genghis Khan adalah Islam, bila tanya bukti, mereka akan ackap, ustaz cakap, cikgu cakap, blog sekian sekian cakap, FB sharing cakap, aduh,itulah masalah surronding authority mereka, dan masalah mudah percaya bila baca cerita gempak! Kemaluan dah beruban beb, tak kan lah nak percaya pada semua berita tanpa kaji?!

Ada jugak yang percaya David Copperfield yang popular zaman 80 an dulu, pakai jin bila buat silap mata, tapi tak mampu nak hilangkan jambatan pulau pinang sebab tok bomoh Malaysia dah pagar jambatan tu dengan jin islam yang lebih hebat.., Aduhai pakcik, dalam dunia ni mana ada silap mata, itu semua illusionist semata mata, David Copperfield pernah saman penulis buku Magic Herbert L. Becker sebab dedahkan rahsia dia, dan tahu tak, dalam dunia ni ada orang namanya James Randy (yang pernah kantoikan penipuan Cakra Alam) telah cabar mana mana ahli silap mata di seluruh dunia dengan USD satu juta kepada mana mana ahli silap mata yang mampu buktikan mereka mampu buat magic betul. Sampai sekarang takde sorang pun berani terima cabaran tu.

Ada kawan aku yang dah botak kelapa percaya bahawa Neil Armstrong mendengar azan di Bulan dan masuk Islam setelah kembali ke bumi, dah tentu sumber mereka adalah dari Surrounding authority seperti perbicangan usrah atau email forward. Kononnya Armstrong telah mendapat petunjuk ketika di Bulan, dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa Islam agama yang benar. Woi bodoh! Aku percaya Islam agama yang benar tapi tak perlulah cerita-cerita karut sebagai hujah. Neil Armstrong dan buat sidang media bahawa tidak pernah masuk Islam, tapi korang bagitahu pulak Neil Armstrong tu palsu, yang sebenar telah diculik israel, bila tanya sumber, rujuk Email forward- bodoh!

Ada jugak yang percaya dunia ini di control oleh Illuminati, bila tanya sumber, mereka cakap rujuk video arrivals yang di minati oleh semua hantu teori konspirasi, ha ha, aku dah kutuk dah dulu.klik sini. Jika mereka baca tentu mereka tak nak kawan dengan aku, lantaklah, aku pun tak nak kawan dengan Surrounding authority yang boleh rosakan akidah aku, woha!

Yang lagi kelakar, kepada kawan aku yang ada silat gayung, mereka masih percaya Bruce Lee mati dibunuh oleh guru kepada guru mereka dengan pukulan batin, (Datuk Meor Abdul Rahman)dan untuk pengetahuan korang, berita bruce lee mati ni bukan di malaysia sahaja, di chinapun berita sama jugak, bruce lee mati kena pukulan yang bagi kesan selepas lima langkah berjalan, di indonesiapun sama, bruce lee mati sebab Zurkanain pukul dengan pukulan ghaib, kat negara lain pun sama, di india dan lain lain, habis tu bila bruce lee nak berlakon jika kerjanya asyik cabar orang? Dah malas aku nak berdebat dengan orang tua umur 35 tahun anak dah anak dara!

Ada lagi, ada kawan aku yang percaya bahawa parti PAS itu mampu bawa pengundi nya ke shurga, dan orang parti UMNO, atau orang atas pagar (macam aku) semua masuk neraka, ini disebabkan Surrounding authority mereka yang hanya dengar cerita sebalah pihak, baca harakah sahaja,dengar ceramah mat sabu, atau ustaz taksub politik dan layan blog pembakang, memang tak dapat nak tolong..

Yang paling aku angin, kepada kawan aku adalah mereka yang bila buar re union, boleh pulak bukak katalog suruh masuk MLM, apa ke jadah! Memang aku maki, Arghh, malas dah aku nak mengumpat kawan aku, semua dah tua, tapi masih ada masalah dalam membuat keputusan sebab masalah Surrounding authority yang mereka pilih..

Nasihat aku, ubahlah Surrounding authority korang, Jangan baca Email forward hari hari, jangan terima bulat bulat FB sharing, juga jangan baca akbar Harakah sahaja atau Blog pro kerajaan sahaja, tapi bacalah Al quran dan hadith banyak banyak, dan bila dah banyak hadith dalam hati korang, maka hati korang akan jadi putih, bila hati jadi putih lama lama akan jadi bersih..

Teruskan lagi baca hadith nabi banyak-banyak sehingga dapat memadam kepercayaan korang pada benda benda yang tak betul, teruskan baca lagi kitab Fadhail amal, atau kitab mutakhab hadith yang akan penuhkan hati korang dengan benda benda yang betul.

Bila hati korang sudah penuh dengan benda benda yang betul, pada waktu tu, apabila sampah seperti paranormal, tahyul, toyol, komplot kapir, ejen yahudi, pendapat ustaz politik, MLM dan sebagainya dapatlah ‘pengesan sampah’ korang berfungsi dengan baik.., automatic korang akan reject semua cerita lembik dan cerita sampah.. Automatik korang dapat persoalkan benda-benda bodoh yang mengelilingi korang, dan automatic, insyAllah korang akan dapat challenge Surrounding authority yang korang percaya dari kecik, dan akhirnya dapatlah korang buat keputusan dengan fakta dan ilmu yang benar.., insyAllah.

Sebab tu tok guru aku pesan, jika nak belajar ugama, kena berhijrah, cari Surrounding authority yang betul, seperti bergaul dengan orang alim, bertikikafdi masjid bersama pendakwah, makan setalam dengan ulamak, dan banyakan membaca makna Al quran dan hafal hadith fadhail, insyALlah Surrounding authority ini akan menukar belief system kita kepada belief system yang sama pada Sahabat nabi yang membuatkan Allah redha kepada mereka, dan mereka redha kepada Allah.

InsyAllah..

Akhir kata, jika korang malas nak baca Al quran dan hadith sebab hati gelap, tapi masih berniat untuk membentuk Surrounding authority dan belief system yang betul, aku cadang, korang baca semua entry lama di blog keretamayat.

Woha!

Ps: Bila umur korang dah 40 ke atas, dan baru dapat Surrounding authority yang betul, dan dapat terima akhirnya bahawa aku betul dan korang salah, nasihat aku tak payah email aku mintak maaf atau berterima kasih, cukuplah bagi makan kepada 40 fakir miskin sebagai penebus kebodohan dan kesalahan korang, woha sekali lagi.

Post a Comment