Feb 13, 2019

AES itu Maqasid Syariah?


(Korang pernah dengar kisah ustaz Hidung belang vs Ikan Belang?)

Kisah ni popular masa aku kecik dulu dalam ceramah-ceramah agama dalam memberi contoh bahaya ulamak akhir zaman.

Kata ustaz masa ceramah yang aku dengar masa aku masih kecik (sila kagum dari jauh sebab kecik kecik dah dengar ceramah-Woha!), akhir zaman nanti ada ulamak dunia yang bagi fatwa ikut nafsu, bahaya kita ikut mereka. Contoh jika kita berjaya tangkap ikan yang pelik, yang ada belang macam Harimau, lalu Tanya ustaz:

“Apa hukum makan ikan yang ada belang belang macam Hariamau, mukapun macam harimau, taring pun macam Hariamau, wahai ustaz?.”

Lantas jawab ustaz akhir zaman yang cinta dunia tu:

“Haram makan, sebab Nabi tak pernah makan ikan belang macam tu”

Kitapun jawab:

“Tapi ustaz, tadi saya dah jual 10 kilo, dan saya ingat nak hadiah keuntungan jual ikan belang ni separuh kat ustaz?!”

Terus ustaz tu ubah fatwa, “saya semak jap, sebenarnya tak haram, saya dah kaji detail, harus hukumnya, dan jika detail lagi, ikan ni bertaraf Tahalul siyasi  serta Maqasid Syariah”

Woha!

Nampak? Faham tak? Akhir zaman nanti ramai ustaz yang macam ni! Faham tak? Tanya ustaz tu pada aku yang masih kecik. Aku diam waktu tu sebab tak faham tapi bila dah dewasa aku angguk laju laju sebab boleh jumpa ustaz sebegini dalam parti politik.

Imbas kembali, korang tentu pernah dengar ceramah ustaz lain yang cakap, Haram bergabung dengan parti kafir, haram lantik calon perempuan sebagai wakil rakyat, haram kerja kerajaan sebab cukai bercampur dengan judi, haram solat di masjid kerajaan, haram makan sembelihan orang sokong kerajaan, kahwin tak sah jika tak sokong kami, macam macam lagilah, zaman PM k 4 banyak ceramah sebegini.

Masuk PM ke 6,  ustaz yang sama cakap haram bergabung dengan parti kafir pulak cakap, harus bergabung guna konspet Tahalul siyasi, boleh lantik wakil rakyat perempuan, dan macam macam lagi, nampak?

Sekarang masuk PM ke 7, AES haram zaman PM ke 6 tapi sekarang dah jadi Maqasid Syariah.
Nampak? Faham tak? Kita sekarang di akhir zaman maka boleh tengok depan mata perkara begini? jika tak faham jugak, sila angguk setuju sebab semua dah bulu dah panjang bersepah, patut lagi faham.

Jadi AES ni betul ke ikut Maqasid Syariah?

Maqasid bermaksud tujuan, manakala Syariah adalah undang-undang Islam.

Maqasid Syariah merujuk kepada undang-undang Islam, dilaksanakan untuk menjaga 5 perkara asas iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta melalui kaedah Hudud, Qisas, dan Takzir
Dalam islam, hukuman mati kepada golongan murtad adalah bertujuan menjaga agama. Memang maqasid syariah.

Hukuman qisas yakni bunuh balas nuh dikuatkuasakan untuk menjaga nyawa manusia supaya orang tidak sesuka hati membunuh.

Hukuman jenayah arak pula untuk menjaga akal. Hukuman jenayah zina untuk menjaga keturunan dan hukuman terhadap perompak dan pencuri pula adalah bertujuan untuk menjaga harta.
Semua Hukuman tersebut lebih kepada mencegah kemungkaran yang lebih besar berlaku. Hudud dan qisas bertujuan untuk memberi amaran keras kepada penjenayah supaya berfikir seratus empat belas kali sebelum melakukan sesuatu jenayah. Automatic dapat mencegah penjenayah daripada berleluasa.
Adapun AES adalah di bawah hukuman takzir yang bertujuan untuk menjaga nyawa, TAPI….

Jika nak buat, kena letak papan tanda besar-besar di kawasan berisiko berlaku kemalangan. “AWAS! KAWASAN OPERASI AES!” yang mana akan mencegah orang bawak laju, dan akan saman hanya orang yang benar benar degil, Bukan curi curi ambik gambar sebab hari tu curi curi mengintai orang buat maksiat korang tak benarkan sebab tak islamik, habis tu mencuri curi orang bawak laju tanpa diberi amaran, islamik ke?

Difahamkan papan tanda AES sudah ada sejak zaman PM ke 6,  tapi ramai yang tak tahu dan tak perasan sebab kecik sangat. Justeru, di zaman Pm ke 7 perlu ada penambahbaikan supaya ia benar-benar menepati maqasid syariah.

Lagi satu, operasi mengendap secara sembunyi-sembunyi juga boleh dimansuhkan kerana ia tidak menepati maqasid syariah.

Akhir kata apa apa nak buat bila sebut maqasid syariah dah tentu kena Tengok niat.
Apa tujuan buat AES?

Sungguh AES akan menepati maqasid syariah sekiranya ia bertujuan bagi mengurangkan kemalangan dengan cara yang betul, bukan bertujuan untuk menambah saman atau takut membazir simpan dalam store.

Apa ke jadah! Habis tu Tol tak mansuh sebab takde store ke?

Woha!

Feb 11, 2019

Ijazah Palsu jadi Menteri?

(dua golongan di Malaysia, anda yang mana?)

Dulu penyakit fake degree ni selalu diguna oleh kaki scam skim cepat kaya jual produk palsu, waktu tu kita jadi dua golongan di Malaysia, sama ada kita kena tipu dengan skim cepat kaya, atau kita tak kena tipu, tapi kenal dengan orang yang kena tipu dengan skim cepat kaya.

Semua rakyat marah, lagi lagi orang tak ada PHd mengaku ada Phd, takde ijazah mengaku ada ijazah, apa kejadah?

Sekarang terkantoi Menteri pulak ada fake degree.

Tapi penyokong Menteri boleh pulak berhujah, takpe ijazah palsu asalkan amanah? Apa ke jadah? Tanda orang tak amanah adalah menipu nak koner ke mana pulak? Adohai..

Ada pulak hujah, Nabi takde degree, korang dulu waktu exam pun meniru, 1mdb lagi teruk, bla bla bla..

Wait, wait wait…,

Hari tu budak tahfiz tak ambik degree bukan main korang kritik, sekarang menteri fake degree korang boleh bela pulak, dulu Ahmad Maslan pointer 3.5 korang kutuk, sekarang fake degree berhujah ke laut korang nak back up pulak.

Islam itu adil, mana mana parti politik yang menipu fake degree kita kena ambik tindakan, mereka kena letak jawatan dan dihukum.

Adil ke? bila pemimpin kumpulan lain buat silap, politik korang ajar, boleh mengumpat, pemimpin mesti ditegur,

Tapi bila pemimpin korang buat silap yang sama, politik korang ajar, tak elok sangka buruk, tak elok buka aib orang, adohai..

Cara islam ke tu? Double standard?, bias?, sentimen?

Kalau ikut hadith, Inilah yang di katakan pagi beriman (sebab menentang kemungkaran parti lawan) tapi petang kafir (sebab menyokong kemungkaran parti sendiri)

Selemah lemah iman mencegah dengan hati, tapi korang siap sokong lagi maksiat penipuan, ke mana iman korang? Adohai...

Orang yang benar adalah mereka yang apabila terbukti bersalah, maka mereka mengaku bersalah dan membaiki kesalahan. Jadi tolong letak jawatan dan tunjukan contoh pada rakyat Malaysia, bahawa menipu itu adalah tanda tidak amanah dan menipu itu adalah salah.

Kepada Menteri yang tiada degree nak belajar boleh apply My Brain.., eh? Dah takde bantuan My Brain?

Okey, boleh sambung belajar dan dapat boucer buku, boleh beli buku secara percuma untuk ulang kaji, eh? Takde dah ke Baucer buku?

Okey, takpe, boleh sambung belajar percuma sebab PTPTN dah mansuh.., eh? Belum mansuh?
Errr, kena masuk gua jap, cari idea.

Woha!

Ps: Zaman penulis, masih ada baucer buku, My Brain, dan hutang belajar tak perlu sebab dapat biasiswa kerana keputusan cemerlang. Penulis adalah pemegang Ijazah. 


Feb 7, 2019

Mahu Jadi Penulis?


(Hamka kereta mayat telah menulis 13 judul Buku)

Kisah satu:

Bayangkan diri anda berada di tebing sebuah sungai, dan nampak dataran di seberang sungai lebih cantik dan indah daripada daratan yang anda sedang berdiri. Anda termenung melihat keindahan di seberang sana tapi tak sanggup nak ke sana sebab tak pandai berenang, atau pandai berenang tapi takut basah, atau tak tahu air dalam setakat mana, takut ada buaya dan macam macam lagi alasan.

Jadi sedarlah bahawa Sungai itu adalah PUNCA MASALAH anda gagal berjaya, dan Tebing sana adalah masa depan anda, hanya mampu perhatikan dari jauh. Di seberang sanalah ada buku anda yang sudah siap di tulis, tersusun indah di almari kedai buku.

Analogi Sungai ini bukan saya tangkap muat, tapi ada dalam Hadis Nabi, kisah pemuda mandi lima anak sungai dan tiada kotoran lagi, badannya bersih sebersih bersihnya lalu Nabi bagitahu itulah perumpamaan orang berjaya solat lima kali setiap hari.

Bila saya kaji tebing anda, sungai dan tebing sana, saya dapati memang ada lima Sungai yang buatkan korang gagal nak capai kejayaan masa depan.

Dalam kes sekarang, gagal nak jadi penulis Buku.

Jadi Lima Sungai itu ada depan mata tapi anda tak tahu cara nak ke seberang, lalu saya kaji lagi ada hadis lain pula akan bagaimana cara nak seberangi ke lima-lima sungai ini. Rupanya ada Lima Kisah menarik dari Hadis dan Al Quran untuk kita bedah kitab sebagai motivasi dalam penulisan.

Menarik bukan?

Banyak nak cerita, tapi panjang sangat, siapa yang berminat boleh sertai bengkel penulisan yang akan saya adakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 9hb Feb 2019.

Woha!
Bersama peserta Bengkel di UMP Pekan

Kisah 2

Sewaktu melawat orang sakit di Hospital, ada sorang sahabat tu mengaku:

“Saya sudah faham hakikat hidup sekarang ini, Tuhan dah bukakan untuk saya”

“Apa yang awak faham?”

“Faham bahawa hidup ini penuh dengan nikmat, saya disinipun sedang dipenuhi nikmat walaupun lumpuh”

“Alhamdulillah”

“Tapi…”

“Tapi kenapa?”

“Saya takut dengan kefahaman yang sebenar ini, bermakna umur saya dah tak lama, saya akan mati segera”

Okey, panjang lagi perbualan, Cuma nak bagitahu, siapa yang tak takut mati? Ramai yang takut mati, takut sakit, takut miskin dan sebagainya, namun kita kena terima hakikat, mati itu pasti dan tanpa ragu ragu, hari ini boleh jadi hari terakhir kita.

Jadi sahabat itu tanya saya apa persiapan saya untuk mati secara tiba tiba?

Okey, yang penting dalam sehari jangan pernah tinggal solat, jangan lengahkan solat, berjemaah semampu mungkin, lepas tu cuba luangkan masa untuk baca sedikit ayat Al quran dan sentiasa berzikir di waktu lapang dengan cara mensyukuri segala nikmat bertalu talu.

Lepas tu teruskan hidup seperti biasa, dijalanan jika ada peluang buat baik, bersedekah atau berdakwah, jangan bertangguh, dan setiap hari maafkan orang, dan jangan bergaduh dengan siapa-siapa dan sila buat baik kepada sesiapa sahaja, so dah boleh mati hari ini.

“Itu sahaja?”

Sebagai tambahan, boleh tinggalkan ilmu yang bermanfaat untuk dibaca oleh orang lain dan menjadi sumber pahala walaupun dalam kubur.

“Contoh yang kau buat?”

Saya menulis buku isu isu agama, dan terkini saya tulis buku terakhir jika saya mati iaitu kisah ayah kepada anak yang perlu di baca mengikut umur kerana ayah sudah masuk kubur dan hanya mampu bercerita melalui surat.

“apa tajuk buku tu?”

Ngeteh di kubur ayah. Nah saya hadiah sebijik.

“terima kasih”

Lalu kamipun berpisah, moga dia bersedia untuk mati hari ini, saya juga bersedia untuk mati hari ini, dan kepada anda semua, sebelum mati, elok tulis kisah hidup sendiri dan kongsi kepada anak anak atau orang tersayang.

Sungguh tiada sesiapa yang boleh tulis buku kisah hidup sendiri sebaik diri sendiri. Hidup ini adalah tempat mencipta kenangan dan membina pahala.

Kenangan kita adalah sangat mahal sebab iainya tidak boleh diundur, tapi boleh dikekalkan momen idah tersebut dalam buku, terutama hal keluarga. Hal perkahwinan, cerita adik beradik, kisah hadapi masalah dan cara penyelesaian yang tak terduga, semua itu mestilah diingat sampai bila-bila.

Tanpa dokumen dalam bentuk buku bercetak, semua itu terhapus dek masa, memori hilang, hangus terbakar hancur kerana banjir, dan lenyap bersama mayat yang reput maka wajarlah semua itu dibukukan.

Saya sendiri telah menulis 12 buku kisah hidup. (dah boleh mati?, huhuhu)

Ada terbitan Karangkfaf, Tarbiah sentap, Dubook, Write and Barve, Terfaktab, dan lain lain,

Ada best seller dan masih diulang cetak, menghias almari buku di kedai buku juga menghias almari dirumah rumah mereka yang mahu menimba ilmu dari kisah hidup orang lain.

Jadi masa sangat singkat, menulislah kisah hidup sendiri, jadikan ianya sebuah kenangan bermakna atau berbuah buah pahala.

Maka untuk itu, saya yang pernah menulis buku tebal, tapi pemalu, telah sanggup menebalkan muka untuk membuat bengkel menulis kisah hidup sendiri secara kreatif pada Sabtu 9hb Feb ini bertempat di perpustakaan awam Kuantan, harga Rm60 sahaja

Whatsapp: 0199117163.

Ps: Siapa ada buku saya dan belum bertanda tangan, boleh walk in pada hari kejadian, yang belum ada boleh datang beli, saya ada jual pada hari kejadian, bawa duit lebih sikit, boleh walk in terus masuk bengkel dan dapatlah kita bertentang mata-Woha!

Ps2: Di hujung bengkel ada penerangan tentang penerbitan buku, cara nak pikat penerbit, kos cetak sendiri, hal ehwal royalty dan lain lain, dan disampaikan oleh penerbit buku sendiri. InsyaAllah