Feb 18, 2019

Bila anak OKU mengamuk?

(Bila anak OKU mengamok di kedai makan atau dalam pasar raya, apa ibu bapa patut buat?)


Ada baca satu keluhan, kisah ibu bapa kepada anak OKU mengadu sedih, bila anak autism mengamok dalam pasar raya dan semua orang pandang sinis macam kami si ibu bapa tak reti jaga anak, dalam sedih dan malu, si ayah dukung anaknya yang sedang  meronta terus bawak masuk kereta, saya sebagai ibu, terus tinggalkan troly yang penuh barangan belum di bayar kerana kami terlalu malu.

Dalam kereta, suami menjerit jerit marah kepada takdir, kenapa dia dapat anak memalukan sebegini, apa dosa dia? Saya bukan buat jahat kenapa dapat anak OKU? Sampai rumah, saya bawa anak masuk dalam rumah, suami keluar mencari ketenangan, memang selalu macam ini, saya pening kerana terpaksa layan anak OKU dan layan suami yang tak boleh terima takdir, apa nak buat Hamka?
Hari tu di restoran, anak meragam, satu kedai pandang hina pada kami, terus bayar makan walaupun tak sempat habis, dan dalam kereta suami mengamok marahkan takdir, apa nak buat?
Oh.., berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Suami puan kena pergi jumpa doctor pakar, takut stress murung susah jugak, Puan pun sama, dan anak OKU ikutklah schedule rawatanya, insyaAllah.

Saya sebagai bapa kepada anak OKU pernah alami peristiwa di atas, anak meragam, mengamuk, menangis ditempat awam, terus saya bagi tahu kepada orang ramai, “anak saya OKU, autism, ada masalah emosi, maafkan kami atas sikap anak kami” bila kita cerita, ramai faham dan datang hulur bantuan. Contoh bini pujuk anak, dan saya bisik kepada orang situ supaya pura pura nak ambik si anak, maka anak rasa sedikit takut dan sedikit mudah dipujuk.

Tapi ada hari tak jalan jugak, mengamok nak beli semua permainan, terpaksa dipujuk dalam keadaan dia menggelumpur dan gigit badan kita, terima sahaja, senyum, dugaaan ini untuk dekatkan diri dengan syurga. InsyaAllah.

Tapi memang bagitahu terus kepada orang di situ:

“Anak saya OKU, autism, ada masalah emosi, maafkan kami atas sikap anak kami”

Waktu hantar anak masuk MRSM minggu lepas, anak OKU meragam dalam Dorm, isteri sedang sibuk kemaskan almari anak, terus saya bagitahu kepada ibu bapa di situ, “Anak saya OKU, autism, ada masalah emosi, maafkan kami atas sikap anak kami”

Lalu datang dua tiga orang makcik yang ada pengalaman jaga anak OKU datang pujuk si anak, dan terdedahkan makcik di situ juga ada anak saudara autism lalu keadaan terkawal.

Kadang Puan bini tegur, abang ni, semua orang nak bagitahu anak kita OKU, kan dia tak meragam tu?

Memanglah dia tak meragam sekarang, tapi abang nak sedarkan masyarakat tentang Autism, bila abang bagitahu ramai yang masih tak tahu, terus abang cerita sikit sebab masalah ibu bapa OKU rasa down bila masyarakat tak faham, jadi kita sebagai ibu bapa OKU ambik peluang untuk bagitahu semua orang bahawa anak kita OKU dan kita Okey.

Mendapat anak OKU bukan masalah besar, sebab semua orang ada ujian hidup masing masing. Abang bersyukur dengan ujian ini yang abang rasa hidup abang lebih adventure bila ada anak OKU. Inilah hidup, pentas ujian, ingat pesan keretamayat: Ujian jangan di cari, jika datang terus disyukuri, InsyaAllah akan bertambah rezeki. Woha!

(Eh? Saya memetik kata kata sendiri? Kebenaran apakah ini?)

Bila fikir balik teguran Puan Bini yang rasa tak selesa bila saya bagitahu semua orang saya ni ada anak OKU, saya senyum sebab teringat filem Jackie Chan ada adik Autsim lakonan Sammo Hung, jadi oleh kerana Summo Hung susah dikawal perangainya walaupun berbadan besar dan dewasa, maka Jackie chan terpaksa berjalan berpimpin tangan dengan adiknya, di jalanan ramai orang gelak sebab sangka mereka gay.

Terus Jackie Chan bagitahu pada semua orang: “Ni adik saya, dia sakit”. Orang yang tak Tanya pun dia bagitahu. Ha ha.

Nampak kelakar, tapi itulah cara nak selesaikan masalah masyarakat membawang, so kepada semua ibu bapa OKU, dapat peluang berborak dengan orang awam, terus bagitahu masalah anak OKU kita dan kita Okey.

Balik pada suami kepada Puan yang mengadu diatas akan kisah suamiya yang salahkan takdir, suka saya pesan:

Jangan pernah tanya soalan KENAPA Allah Uji kita, sebab nanti akan dapat jawapan yang salah.
Contoh bila kita tanya: Kenapa saya yang di uji? Kenapa anak saya OKU, apa dosa saya? Tuhan tak sayang saya ke?

Tengok?!, dah bermula jawapan yang salah bermain di kepala.

Jadi jangan pernah tanya KENAPA kepada Allah dalam masalah kita, sebab dulu sewaktu Allah cipta manusia, malaikat pun bertanya KENAPA Allah cipta makhluk yang akan menumpahkan darah? Lalu Allah tegur: Aku lebih Mengetahui!

Maka samalah ujian yang menimpa hidup kita, jangan tanya KENAPA saya diuji sebegini rupa sebab Allah Maha Mengetahui, jadi nak tanya soalan apa?

Jawapan yang betul, tanyalah BAGAIMANA.

Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada, saya nak Syukuri ujian ini.
Perghhhhh!

Saya ulang.

Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada, saya nak Syukuri ujian ini.
Lalu kamipun mulai mendapat jawapan yang betul, pertama tama, Allah uji sebab kami mampu hadapi ujian ini, dan pada masa yang sama Allah masih banyak bagi nikmat lain sebagai bahan untuk kami hadapi Special Request from God,

'Special Request' bermaksud:-

Janganlah kita mengaku beriman sebelum kita di uji, Dan kerana itu Allah menguji kita, kerana Allah sayang pada kita, kerana kita ‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan yang semakna dengannya kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan kita dari azab api neraka yang panas membara dan apabila beginilah caranya untuk Allah masukkan kita ke dalam syurga yang kekal abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?

Mungkin kerana itu para Sahabat dan ulamak rasa 'Special’ apabila di uji atau menderita kerana faham hakikat ini.

Perghhh!

JAdi Puan, bersabaralah dan pesan pada suami:

“Hidup ini bukan hanya di dunia, ada kehidupan di alam barzah, di padang Mahsyar, di Telaga Kausar, di Neraca Timbangan, di titian sirat dan Pintu Akhiat. Kita Nampak anak OKU macam beban dalam kehidupan di dunia, tapi di akhirat, anak OKU akan banyak membantu kita dengan syarat kita tempuhi ujian ini dengan hati penuh kesyukuran”

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Ps: Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kami, alangkah ringan-nya penderitaan ini...

Ps2: Sekiranya apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kami dari azab api nereka dan masukkan kami ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini.

(gambar: anak OKU saya sedang Kame Hame Ha saya yang baru nak belajar sabar, adohai)


2 comments:

cinta said...

Nk like entri ni byk2.
Outcome drp ujian sbnrnya cuma dua kan- antara syukur n kufur.
Iblis dilaknat pn bkn sbb dia syirik tp sbb kufur.

Semoga en. Hamka sekeluarga dirahmati Allah dunia akhirat. Amin.

Hamka Kereta Mayat said...

terima kasih atas doa sahabat