Jan 30, 2009

Minta tolong pada syaitan?

(Cerita tentang teori memanipulasikan syaitan dan jawapan aku kepada mereka yang ada masalah onani)

Ada sorang kawan aku bagi DVD filem yang berjudul ‘A Beautiful Mind’ lakonan Russell Crowe, sebuah filem tahun 2001, dia ‘paksa’ aku tengok sebab filem tu ‘best sangat’ katanya, akupun check internet akan Fakta tentang filem tu, sebab aku tak nak buang masa tengok filem sampah, maka setelah rujuk internet, kira aku puas hati bila tengok markah filem ini yang ‘Rotten Tomatoes bagi 78%, dan filem ni mendapat 49 nominations, Menang 4 Oscars. Dan 27 anugerah lain…, kira ‘ok’lah jika tengok filem yang ‘serius’ di hasilkan, dan aku nak tengok juga hero ‘Gladiator’ ni berlakon Filem Drama..

Huh!, aku ni memang lambat update isu dunia, banyak peristiwa besar dalam dunia yang masih aku tak tahu, maka akhirnya, semalam… aku berjaya jugak tengok cerita tu sampai habis, itupun ambik masa 3 hari nak tengok, sebab aku perasan sibuk…

Secara kesimpulannya, cerita tu takdelah best sangat, tapi ‘ok’lah, sebab tak boring, dan pengolahan cerita tentang profesor matematik yang gila tapi berjaya cipta teori hebat sehingga dapat anugerah nobel, buat aku teruja nak cipta jugak teori aku sendiri.., tapi kesian kat professor pakar matematik tu sebab ‘takde tuhan’, dan betapa teruknya manusia yang tiada tuhan mengatasi masalah…

Rupa-rupanya, cerita tu kisah benar riwayat hidup John Forbes Nash, a Nobel Laureate in Economics yang mencipta pelbagai teori yang di guna pakai hari ini dalam bidang ekonomi dan permainan, dan bila baca kisah sebenar profesor tu, rupa-rupanya, lagi teruk dari apa yang di bentangkan dalam filem, dunia sebanar profesor ni ada malasah homoseks, bercerai dengan bini, bla bla bla.., bertambah kesian aku kat professor pakar matematik tu sebab ‘takde hubungan dengan tuhan’, dan betapa teruknya manusia yang tiada tuhan mengatasi masalah… dan lihat bagaimana Tuhan akan membalas juga nikmat pada orang kapir akan susah payah (cipta teori) dengan bagi nikmat atas dunia juga (hadiah Nobel) sebab akhirat mereka tak dapat apa-apa.. oh kasihannya…

Maka, akupun ada penyakit ‘gila’ gak, sebab dulu aku tengok filem ‘Pay it Forward’, aku pun berangan dengan ‘Special Request’, sekarang bila tonton filem ni, yang cipta ‘game theory’dan ‘Nash embedding theorem’, ‘theory of nonlinear parabolic partial differential equations blab la bla.. sehingga dapat anugerah nobel, maka akupun nak cipta teori aku sendiri kononnya…

*****

Baik, sebelum aku cerita tentang teori aku, aku nak cerita tentang perkara yang berkaitan dengan dunia, dan bagaimana teori aku mungkin boleh di guna pakai dalam mengatasi masalah ummat sejagat…

Straight to the point, seperti biasa, aku terima email dari korang yang ada masalah melancap lalu terlanjur melancap dengan diri sendiri kerana takde pasangan tapi air dah naik kepala, bukan setakat email dari budak lelaki, budak perempuan pun ada email aku cerita masalah melancap dan cuba bertaubat tetapi tak jadi, sebab bila air dah naik kepala, taubat terus di lupakan dan termelancap lagi walaupun mandi pagi itu sejuk..

Tak perlu aku copy/paste semua email tu sebab mereka tak benarkan, apa-apapun, seperti biasa jugak, aku cadang mereka kahwin, tapi macam biasalah, masalah tu, masalah ni, bla bla bla.., dan ada jugak yang email aku cerita mereka yang bercouple, terlanjur dengan melancap bersama pasangan masing-masing, tapi tak berzina, ishhh! Pelik betul pakcik dengan korang yang duduk dunia akhir zaman ni..,? apa-apalah!

Balik pada main topic, kita pergi kepada masalah mereka yang dah taubat tapi bila air naik kepala masih ulang balik dosa yang sama, dan mereka cakap mereka sembahyang 5 waktu cukup, puasa, baca Al quran, dan lain lain, dan jika tengok dari luar orang akan sangka baik, tapi dalam dunia sebenar, bab air naik kepala, terus terlanjur dengan diri sendiri… ketagih dengan onani..

Dan semua tahu sudah, SYAITAN memainkan peranan yang besar sekali dalam USAHA membuat taubat si pelancap menjadi sia-sia...

Maka teori aku, apa kata kita gunakan SYAITAN juga untuk buat USAHA agar taubat si pelancap tidak menjadi sia-sia.., pendek kata, kita guna bantuan syaitan supaya pastikan pelancap tidak melancap lagi.

Kejap, aku belum gila, dan ini bukan Hadith, ini hanya teori, korang boleh tolak teori ni jika ada hadith yang bertentangan dengan apa yang aku akan sebut nanti..

Tapi teori aku tidaklah seteruk Teori Darwin yang mengatakan manusia berasal dari berok atau“teori konspirasi” yang ditemui oleh Glenn Beck yang percaya bahawa peristiwa 11 September sudah dirancang sebagaimana yang terlihat pada lipatan wang kertas 20 dolar AS; di mana apabila Glenn Beck melipat wang itu sedemikian rupa akan tercipta gambar menara kembar yang terbakar. Kemudian dari “teori konspirasi Glenn Beck” itu, saudara Maddox pula melipat wang kertas 100, lalu bertemu dengan teori yang lebih dahsyat tertulis pula not 100 dolar iaitu perkataan “Glenn Beck is an a**hole”

Woha!

Sambung balik,
Aku sebut perkara ini sebagai TEORI adalah kerana aku belum dapat Fakta yang kukuh, dan Eksperimen belum mencapai 10 peratus penduduk setempat, sebab dalam dunia sains, sebelum ada bukti mutlak, ia akan kekal sebagai teori yang mana jika ianya telah mendapatkan cukup bukti dan telah teruji oleh para peneliti lain, teori akan bertukar kepada HUKUM karena tingkat kemutlakannya yang pasti. Contohnya seperti hukum graviti, Hukum Ohm, Hukum Kircoff dan juga Hukum Hakam...

Apatah lagi, aku dan beberapa kawan aku telah mencuba eksperimen teori ini dan kebanyakkannya berjaya, kejap!, aku bukan mencuba eksperimen melancap, jangan salah faham, aku mencuba teori mengunakan syaitan untuk bantu aku buat baik...

Bagaimana?

Ok, katakanlah jika korang susah nak tidur, sedangkan tidur awal itu bagus kerana kita akan segar untuk bagun solat subuh, tapi setan tak suka kita solat subuh sebab pahalanya sama dengan ibadat sepanjang malam, maka syaitan akan hasut kita untuk berjaga, suruh kita layan nafsu, layan internet, layan DVD, melancap dan lain-lain, sampai jam 5 pagi dekat nak subuh baru ngantuk dan letih, dan kitapun tidur lalu tertinggallah solat subuh dan berjayalah setan..

Tapi, cuba korang dalam keadaan tak dapat nak tidur tu, pergi baca Al quran, atau pergi solat baca surah panjang, atau duduk fikir tentang perkara ugama, seperti adab ziarah cara Nabi, belum sempat 10 minit, kita dah tertidur, sebab? (ni hanya teori).., syaitan yang tak nak kita buat amal tu akan dodoikan kita..., lena di ulit syaitan..

Ok, itu satu bab, bila dah tertidur, syaitan akan bermain dalam mimpi kita dengan bermacam-macam cerita, yang mana kita akan terlajak tidur sampai terlepas solat subuh secara berjemaah...

Esok, kita tidur awal lagi, dan syaitan masih berjaya menguasai mimpi kita lalu seminggu sudah kita solat subuh di rumah.., apa nak buat?

Maka pada waktu inilah kita akan guna “TEORI MEMANIPULASIKAN SYAITAN”...

Bagaimana?

Korang!!!!!, jika dah tertinggal solat subuh secara berjemaah, jangan jadi macam orang Munafik yang anggap perkara itu macam LALAT yang singgah di hidung, tapi korang kena anggap tertinggal solat subuh secara berjemaah itu seumpama GUNUNG yang jatuh menimpa!

Maka korang kena bertaubat dan menangis!

Dan ganti kerugian itu dengan amalan yang lebih besar, seperti satu waktu tertinggal solat berjemaah, maka aku akan puasa sunnat satu hari, atau aku akan sedekah RM100 dekat masjid, atau aku akan baca Al Quran sepanjang hari.., mana-mana yang sanggup.

Yang mana, setelah korang:

Bertaubat + Menangis + Mengganti amalan yang lebih besar, =

Maka perkara ini akan merugikan syaitan(<) dan mengutungkan korang(>), sebab:

Bila taubat korang diterima, = maka dosa akan terampun,
Bila korang menangis, = api neraka akan padam,
Bila korang mengganti amalan yang lebih besar, = Darjat akan naik.

Oleh sebab itu (:.) Syaitan yang tak nak rugi dan tak nak korang untung akan kejutkan korang besok pagi supaya solat subuh berjemaah.(dan syaitan akan cari jalan lain untuk rosakkan ibadat kita dengan riak dan sebagainya, dan itu cerita lain)

SYAITAN AKAN KEJUTKAN KITA SOLAT SUBUH?

Mana ada hadith yang bagithu syiatan kejut manusia solat subuh! Ini mengarut ni Hamka!!!

Ha! Inilah yang aku maksudkan dengan "TEORI MEMANIPULASIKAN SYAITAN”

Tunggu, jangan kutuk aku dulu, aku ada hadith yang ada sedikit kaitan dengan Teori aku ini:

Di riwayat lebih kurang maksud, Abdullah Mattum yang tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga ada sorang mamat tu tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya sahabat ni (lebih-kurang)

“terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?”

Jawab mamat tu :
“Aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau kali ke-3 kau jatuh, seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia-sia lah usaha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu”

Ok, sekarang nampak, dalam riwayat ini, Syaitan bantu Abdullah Mattum yang tua dan buta serta duduk jauh dari masjid dengan memapah beliau pergi solat berjemaah sebab Syaitan yang tak nak rugi dan tak nak korang untung maka akan sanggup kejutkan korang besok pagi supaya solat subuh berjemaah!!

Faham?

Jadi balik kepada kes melancap tadi,

Korang!!!!!, jika dah melancap, jangan jadi macam orang Munafik yang anggap perkara itu macam LALAT yang singgah di hidung, tapi korang kena anggap dosa melancap itu seumpama GUNUNG yang jatuh menimpa!

Maka korang kena bertaubat dan menangis!

Dan ganti kerugian itu dengan amalan yang lebih besar, seperti sekali aku melancap, maka aku akan puasa sunnat satu hari, atau aku akan sedekah RM100 dekat masjid, atau aku akan baca Al Quran sepanjang hari.., atau merdekakan seorang hama, atau bagi makan pada 60 fakir miskin, err.,mana-mana yang sanggup.

Yang mana, setelah korang:

Bertaubat + Menangis + Mengganti amalan yang lebih besar, =

Maka perkara ini akan merugikan syaitan(<) dan menguntungkan korang(>), sebab:

Bila taubat korang diterima, = maka dosa akan terampun,
Bila korang menangis, = api neraka akan padam,
Bila korang mengganti amalan yang lebih besar, = Darjat akan naik.

Oleh sebab itu (:.) Syaitan yang tak nak rugi dan tak nak korang untung akan elakkan diri dari menghasut korang supaya ghairah, atau dalam erti kata lain..

SYAITAN AKAN MENGHALANG AIR NAIK KEPALA!

SYAITAN AKAN MENGHALANG KORANG DARI MELANCAP!

Ha! Inilah yang aku maksudkan dengan "TEORI MEMANIPULASIKAN SYAITAN”

Faham?

Dan teori ini bukan setakat dosa melancap sahaja, aplikasikan pada semua dosa dan lihat bagaimana teori ini mungubah dunia dan akhirat, insyALLAH...

Dan aku rujuk Hadith lagi, memang terdapat di kalangan sahabat yang mana apabila terbuat kesalahan, akan cepat cepat buat tiga perkara yang aku sebut tadi iaitu:

Bertaubat + Menangis + Mengganti amalan yang lebih besar.

Sebagai contoh yang aku ambik dari kitab:
  • Sahabat Nabi akan menangis jika tertingal takbir pertama dan akan beriktikaf selama 3 hari di Masjid bagi menebus ’dosa’ tertinggal takbir pertama.
  • Dalam riwayat yang lain, Sahabat Nabi akan menangis jika tertingal solat berjemaah dan akan beriktikaf selama 7 hari di Masjid bagi menebus ’dosa’ tertinggal Solat Berjemaah.
  • Hazrat Abu Talhah telah mewakafkan kebun kerana tidak kyusuk dalam solat.
  • Saidina Umat RA menebus SAF pertama yang tertingal di belakang Nabi dengan Pendapatan seharian.
  • Hazrat Abdul Rahman sedekah semua keuntungan dalam satu perniagaan kerana tertinggal Takbir pertama.
  • Dan lain-lain..

Maka, bayangkanlah jika korang yang melakukan dosa, yang mana selain bertaubat, korang tebus dengan amalan yang lebih besar, maka alangkah ruginya syaitan kerana satu dosa yang kita lakukan, maka menjadi kita lebih dekat dengan Allah setelah Taubat, menangis dan Tebusan dilakukan.., mudah-mudahan..

Kerana itulah (mungkin) syaitan sangat takut untuk mengoda para Sahabat Nabi, yang mana di riwayatkan, apabila Saidina Umar melalui satu lorong, maka Syaitan tidak berani melintasi lorong itu selama 40 hari.., Wallahlam..

Maka akhir kata, teori memanipulasikan syaitan ini bukan setakat dosa melancap sahaja, aplikasikanlah pada semua dosa dan lihat bagaimana teori ini mungubah dunia dan akhirat, insyALLAH...

Lagi bagus jika teori ini bukan setakat di gunakan pada dosa, sebaliknya di gunakan kepada kelamahan amal, seperti tertinggal takbir pertama, tertinggal solat berjemaah dan lain-lain..

Semoga aku sendiri dapat amal apa yang aku sampaikan.., tutup ‘nota’ dengan tasbih kafarah..

Selamat memanipulasikan syaitan

End.

Ps: Agak-agak, aku boleh dapat anugerah Nobel tak dengan teori ini? Dapat tokoh Maal Hijrah pun ok gak, Woha!

Jan 23, 2009

Bagaimana mengenali diri?

(Cerita untuk mereka mereka yang baru masuk islam pagi semalam, maafkan aku jika entry ini boring buat mereka yang pernah mengundi dua kali di usia islamnya atau pernah bersunat dua kali..)

Aku biasa hidup dengan meletihkan diri dalam kerja-kerja dunia, (semoga Allah ampunkan dosaku) bangun pagi mandi wajib dan pergi kerja dengan semangat waja, buat kerja itu ini dan makan itu ini, pulang petang bini menunggu dengan hidangan separuh barat atau separuh berat, dan banyak kali berat..,

Akhirnya, menjelang maghrib, keletihan terhadap dunia mulai terasa, dan dalam sisa sisa terdaya, baru aku melangkah menuju Rumah Tuhan mengunakan kaki yang sengal-sengal.., dan lebih parah, aku solat dalam keletihan.., lepas magrib ada pulak kuliah ugama, akupun terus terduduk bersila melabuh perut ke riba, kepala tunduk tawadduk, dan dari sayup speaker surau terdengarlah ceramah dalam keadaan lena dan terjaga..,

“Dari sifulan bin sifulan, meriwayatkan bahawa Allah telah mencipta semua roh dan mengumpulnya di Luh Mahfuz.”

Terbayang aku rupa Mahfuz Omar..

“Dari sekalian roh, Allah telah memilih124 ribu roh untuk di jadikan sebagai Nabi penyelamat ummat dari azab api neraka,”

Aku patut takut dengar cerita tentang api neraka, tapi aku yang hina ini, menguap pula..

“Kemudian, dari 124 ribu tadi, Allah Pilih pula 313 roh sebagai Rasul penyelamat ummat dari azab api neraka, dan dari 313 roh itu lagi, Allah Pilih 25 roh untuk di jadikan Rasul yang mana dipahatkan namanya dalam Al Quran,”

Best pulak ceramah ni.., bisik hati aku..

“Dan dari 25 roh itu pula, Allah pilih 5 daripadanya sebagai Rasul Ulul Azmi, dan dari 5 Rasul Ulul Azmi, Allah pilih satu daripadanya di angkat menjadi ketua semua Rasul dan Nabi, dan juga bertindak sebagai Nabi terakhir bagi semua zaman,”

Aku ambik Handphone, pergi menรบ ‘note’ dan tulis angka angka roh itu dan save, nanti aku tulis kat blog err, maksud aku kat nota ugama di sini.

“Dan dari jutaan baki roh setelah 124 ribu roh di letakkan darjatnya, maka roh bakian tadi dipilih menjadi ummat bagi setiap 124 ribu Nabi dan Rasul masing-masing, dan dengan kehendak Allah Yang Maha Mengetahui telah pilih kita semua sebagai Ummat terbaik di bawah naungan kerasullan Nabi Muhammad SAW.”

‘Best’ jadi the best ummat kan? sebab lepas tu aku tertidur dan terjaga menjelang iqamat dari bilal yang dah tak azan isyak walaupun sunnah Nabi kena azan tiap kali masuk solat, (tapi mungkin bilal tu nak capat sebab nak layan astro), maka aku yang dah batal wudhu, terus ambik wudhu dan imam tu walaupun dah dengar air paip yang mengalir deras membasahi longkang, boleh pulak baca surah pendek dan masbuklah aku.. hampeh betul!

(tapi mungkin iman tu pun nak capat sebab nak layan astro)

Lepas solat, rupa-rupanya, imam dan bilal serta ustaz, tak delah terus balik layan astro, aku sangka buruk rupanya, mereka aku lihat bermuzakarah sambil menum teh di sebuah warung yang berdekatan dengan surau.., dan kebetulan pula kat warung tu ada Astro..

Woha!!

******

Apa-apapun, merujuk entry yang lepas, bab ‘Awaluddin Makrifatullah’ aku ada bercerita tentang “Barang siapa yang kenal dirinya maka kenallah dia akan Tuhannya”.., lalu ‘mereka mereka yang baru islam pagi semalam’ tanya balik,:

“Bagaimana nak kenal diri sendiri?”

Baiklah para mua’laf sekalian, selamat masuk ugama Islam, dan selamat mengenal agama Allah, dan selamat belajar mengenali Tuhan pencipta sekalian alam dan selamat belajar menjadi manusia atau dalam erti kata yang lain, selamat belajar mengenali diri sendiri.

“Bagaimana nak kenali diri sendiri?”

Seperti yang aku tulis dulu, kita akan kenal diri sendiri adalah apabila kita kenal dengan sifat-sifat yang Allah sedia letak dalam hati setiap manusia dan ‘kemampuan’ kita mempergunakannya.

“Bila kita nak tahu sifat yang ada pada hati?”

Dah tentu bila kita di uji.

“Bila kita di uji?”

Bila kita mengaku beriman, sebab tu Nabi terus perintah semua sahabat yang beriman pergi buat dakwah yang mana dengan perantaraan kerja dakwah, iman akan teruji dan sifat sifat hati kita akan dapat dikenali, insyallah..

“Macam mana tu?”

Hiss, macam cakap dalam telefon pulak aku rasa.., harap prepaid korang bayak lagi.., takpe kita teruskan,

Err, macam mana nak mula, aku sedang fikir satu ayat Al quran untuk bagi dalil, tapi macam biasa, aku lupa, sebab tu bini aku kena faham bagaimana aku boleh lupa hari jadi dia, sebab dalil yang lebih pentingpun aku boleh lupa, apatah lagi tarikh kahwin dan sebagainya, kan? Kan ? argghhh, itu cerita lain, nampaknya, aku nak kena SMS Ustaz kejap..

Tap tap tap tap.. tip!

(bayangkan bunyi hujan menimpa atap zink kerana pantasnya aku manaip SMS)

Sementara Ustaz yang perasan sibuk jawab SMS aku, kita teruskan siri ‘nota ugama’ ni..

Untuk belajar kenal diri sendiri, kita kena buat dakwah, dan untuk buat dakwah kita kena belajar dari 5 manusia agung..

5 manusia agung yang aku maksudkan adalah, Rasul Ulul Azmi, Adapun yang termasuk rasul ulul azmi adalah Nabi Nuh AS, Ibrahim AS, Musa AS, Isa AS, dan Muhammad SAW.

Maksud Ulul azmi pula adalah, ‘Nabi yang mempunyai Azam yang tinggi’, dan tingginya Azam Nabi Ulu Azmi adalah sampai satu tahap mereka minta pada Allah untuk menjadi Nabi akhir zaman, tapi Allah dah tetapkan bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang jadi Nabi akhir zaman, lalu mereka minta pulak turun pangkat nak jadi ummat akhir zaman dan hanya seorang sahaja yang Allah makbulkan menjadi ummat akhir zaman.. iaitu Nabi Isa a.s.

Straight to the point,

Bagaimana meneladani dan belajar sifat terpuji dari Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri., kita pergi satu persatu

1) Nabi Nuh AS.

Sebagaimana diketahui umum, Nabu Nuh AS mewarisi umat Nabi Idris yang telah menuhankan lima berhala utama sebagai sembahan mereka. Berhala-berhala tersebut adalah Wad, Suwa, Ya'uq, Yaguts, dan Nasr. Nama kelima berhala tersebut dahulunya adalah ulama-ulama umat Nabi Idris yang awalnya dikeramatkan lalu dimitoskan dan dituhankan.

Apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Nuh AS selaku Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri adalah: ISTIQAMAH.

Bagi yang tak faham erti istiqamah, bolehlah di fahamkan sebagai ‘KETABAHAN’ kerana maksud Istiqamah adalah ‘BERTERUSAN’.., yang mana jika korang buat dakwah atau apa sahaja amalam yang baik, dan korang berjaya melakukannya secara berterusan, maka korang akan mengenal sifat ISTIQAMAH yang akan mencetus ISTIKHLAS, dan akhirnya mencapai IKHLAS…
Dalam Al- Quran cerita kisah Nabi Nuh AS buat dakwah SIANG dan MALAM selama 950 tahun, sebagai bukti ISTIQAMAH.., maknanya, jika orang PAS dan UMNO boleh buat ‘dakwah’ 5 tahun sekali, pergi rumah ke rumah bagi hadiah atau duit sagu hati waktu dekat mengundi, atau orang tabligh pergi rumah ke rumah 2 minggu sekali selama 45 minit, nak lawan dengan ISTIQAMAHnya Nabi Nuh AS, adalah jauh seperti langit dan bumi, sebab Nabi Nuh buat dakwah SIANG dan MALAM selama 950 tahun…

Apa lagi nak di kata?

Orang tabligh yang belajar istiqamah 45 minit berdakwah aku tengok orang kampong dah bising, apa lagi ummat Nabi Nuh yang kena dakwah siang dan malam selama 950 tahun, tu yang mereka benci sangat kat Nabi Nuh sampai sanggup pergi berak atas bahtera Nabi Nuh..huh!

Jadi kepada mereka yang berdakwah, ISTIQAMAHlah dalam kerja korang sampai jadi mayat, atau sampai orang kampong jadi mayat.., takpe takde orang ikut atau sikit orang ikut, Nabi Nuh yang buat dakwah dekat 1000 tahun pun pengikut tak sampai seratus orang, apa nak peduli?, kejayaan dakwah bukan berjaya buat orang ikut kita, tapi berjaya ISTAQAMAH sampai mati..

Aku ulangi:

Kejayaan dakwah bukan di ukur apabila berjaya buat orang ikut kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita sendiri berjaya ISTAQAMAH buat dakwah sampai jadi mayat..

InsyaAllah!!

Alahai, lagipun tak lama buat dakwah, sampai mati sahaja, dan bila kita mati? Kalau mati petang esok, sampai esok sahajalah... he he he.

2) Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim AS juga di kenali sebagai BAPA PERGORBANAN, dan aku rasa tak payah nak terang lagi sebab tiap tiap tahun kita buat ibadat korban sembelih lembu dan kambing serta unta sambil mengenang PERGORBANAN Nabi Ibrahim AS.

Apa yang Nabi Ibrahim Korban?

Pendek cerita, Nabi ibrahim a.s ni takde anak, doa punya doa punya doa, umur 80 tahun lebih kurang barulah Allah bagi anak, Tapi Allah suruh Nabi Ibrahin meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang takde asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang. Maka Nabi ibrahim AS sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu pergi berdakwah..,

Pesan Nabi Ibrahim kepada isterinya:
"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."

Lalu berangkatlah nabi ibrahim a.s dengan perintah Allah meninggalkan anak yang baru lahir bersama ibunya di padang pasir yang tandus dan kudus..

Huh, orang zaman sekarang tinggal anak bini berdakwah siap ada Handphone, SMS, ada peti sejuk dan bukan kat padang pasir tapi kat taman perumahan yang segala-gala kemudahan ada.., bank commers pun dekat ajer, tapi itupun masih tak sanggup nak tinggal sekejap (bukan 7 tahun, beberapa hari jer..) kerana ugama..0h! (aku ler ni..isk..)

LEBIH KURANG 7 TAHUN KEMUDIAN…

Baginda telah pulang dengan hati yang berbunga-bunga, al-maklumlah anak dah besar, boleh main lari-lari, main sorok-sorok, ketawa-ketawa, boleh main batu seremban, congkak dan lain lain..

Tapi.., datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi jalan Allah selama 3 tahun,

Menangis Siti Hajar lalu membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):

“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!

LEBIH KURANG 3 TAHUN KEMUDIAN…

Pulanglah baginda dengan hati yang sangat rindu pada anaknya, anak aku dah besar, dah pandai bercakap, boleh aku ajar itu-ini. Tapi.., Allah perintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya mengorbankan anaknya pula, bunuh terus, sembelih hidup-hidup.

Korang semua yang aku muliakan,
NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANG
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJA
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJA
TAPI ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…

DAN BAGINDA TELAH MELAKUKANNYA….

Pisau telah di asah, dan telah di kenakan pada leher anaknya..

Pisau juga telah di tekan ke dalam daging, dan tarik menarik telah bermula..

Baginda buat sungguh-sungguh, tapi pisau tak lut, Allah tarik sifat pisau yg memotong, susah hati baginda fikir macamna nak sembelih anak dia, baginda asah pisau lagi dan sembelih lagi dan lagi akan anaknya tapi tak cedera sedikitpun .

Baginda buat berkali-kali sehinggalah datang malaikat Jibril a.s bagitahu lebih kurang cakap:“cukuplah duhai Nabi Ibrahim, engkau telah buktikan cintamu pada Allah mengatasi segala-galanya, engkau sanggup korbankan apa saja demi Allah walaupun nyawa anakmu sendiri, Maka sebagai hadiah Allah telah hadiahkan seekor kibas dari langit yang diambil dari zaman nabi Adam dulu kepunyaan Qabil(Qabil ke Habil? Kene check semula nanti)

Lalu bersyukurlah akan Nabi Ibrahim a.s kerana Allah telah iktiraf iman baginda…

Maka hadiah itu di sembelih dan telah menjadi amalan yang di tuntut oleh ummat islam sampai akhir zaman sehinggalah ke hari ini…

Jadi, Pernah tak korang ‘sembelih’ perasaan cinta korang pada anak isteri demi kerana Allah?

Dan itulah PENGORABANAN..

Maka, apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri adalah PENGORBANAN...

Sesungguhnya, Kalau kita nak dapat kebahagian dengan harta benda. Kita kena korbankan waktu bersama keluarga,

Dan kalau kita nak dapat kebahagian dengan Allah, kita juga kena korbankan kebahagian dengan anak dan isteri kita!…

Oh..

Berkorbanlah sebelum menjadi mayat…!!!

3) Nabi Musa AS

Habis sudah kisah Nabi Ibrahim secara ringkas, dan untuk cerita detail, aku ada tulis dalam entry yang lepas-lepas, sekarang kita rujuk kisah Nabi Musa AS pula,

Apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Musa AS?

Aku ringkaskan cerita, semua orang tahu bahawa Firaun tu sejahat-jahat manusia, sebab mengaku sebagai TUHAN..

Tapi apabila Allah hantar Nabi Musa AS berdakwah pada Firaun, Allah perintahkan Nabi Musa supaya ‘BERLEMAH-LEMBUT’..

LEMAH LEMBUT di sini bermaksud HIKMAH..

Ni banyak nak kena belajar, terutama orang politik, korang suka sangat LAKNAT musuh korang sana sini, , sedangkan korang tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan musuh korang tidaklah sejahat firaun laknatullah(mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa a.s berdaqwah dengan lemah lembut (hiqmah) pada firaun…Apa? Adakah Allah tidak tahu hakikat firaun yang tak nak langsung akan hidayat? Allah sudah tahu kerana Dia Maha Mengetahui.. tapi kenapa Allah masih perintahkan nabi Musa berdaqwah pada firaun berkali-kali?..ya..benar, kerana keuntungan berdakwah adalah untuk Nabi Musa as. Walaupun firaun tak nak ikut baginda setelah banyak kali ‘lemah lembut’… tapi hikmahnya, kesemua ahli sihir firaun pula berbondong bondong masuk ugama Nabi Musa..

Apa lagi nak di kata?

Maka, apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Musa merangkap Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri adalah HIKMAH…

4) Nabi Isa AS

Kita teruskan, apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Isa AS?

Sebab aku nak cepat, aku ringkaskan terus, apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Isa yang tersenarai Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri adalah ZUHUD…

Nabi Isa adalah Nabi yang paling zihud, tiada rumah, tiada harta, tiada isteri, tiada anak, tiada waris dan TIADA BAPA!

Siapa sini yang tiada BAPA? Angkat tangan?!

Jadi, belajarlah sifat ZUHUD, kerana ianya akan membuang KESOMBONGAN..

5) Nabi Muhammad SAW

Last,. Aku dah mengantuk, tapi ustaz masih belum balas SMS aku, aku nak tulis dalil supaya lain kali aku boleh rujuk NOTA tanpa perlu habiskan prepaid mengSMS ustaz,

Maka, Apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Muhammad SAW?

Jawapanya: SABAR YANG TIADA BANDINGAN!

Para Rasul dan Nabi bila buat dakwah, sampai satu tahap akan mintak Allah hancurkan kaum mereka, tapi nabi Muhammad SAW, SABAR sampai BAGINDA WAFAT…

Antara nikmat yang terbesar dalam hidup adalah :“HATI YANG SENTIASA BERSABAR”

Kerana itu kalau korang rujuk cerita sahabat Nabi S.A.W yakni:

Bila batu dihempap atas dada Bilal Ra,
Bila Khabbab RA di heret atas bara api
Bila Sumayyah di seksa
Bila Abu Bakar Ra di pukul..
Bila Nabi di baling batu

Apakah korang ingat Allah tak boleh halang orang kapir?
Buat batu tu stop macam Neo stop peluru dalam the matrix?
Kenapa Allah biarkan saje Nabi-Nya di baling batu dan Sahabat-sahabat RA diseksa..?

Tak lain tak bukan…Kerana Allah nak uji iman mereka…dengan perantaraan sabar!

ALLAH SANGAT SUKA DENGAN GOLONGAN YANG BERSABAR DENGAN MUSIBAH!!!!

Apa pesan Nabi pada Bilal, Khabab, sumayyah, kelarga Yasir dll?

Bersabarlah…sesengguhnya Allah bersama kita..
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar…
Dan..SABAR itu kepala kepada iman….

Teringat cerita bila Nabi zakaria a.s di gergaji oleh orang kapir…Nabi Zakaria mengerang kesakitan..lalu Allah tegur, jika kamu mengeluh, kamu akan di buang daripada senarai kenabian..lalu Nabi Zakaria ‘senyap’menahan kesakitan di gergaji sampai jadi mayat..err..sampai mati…

Teringat pada Nabi s.aw waktu di baling batu kat Taif..malaikat offer nak terbalikkan bumi taif..Nabi kata biarlah…biarlah mereka..oh..sambil air mataNabi bergenang…

Korang tahu apa itu sabar?
Sabar terbahagi kepada dua:

Satu:
Sabar dalam mengerjakan amal kebaikkan

Dua:
Sabar menahan segala penderitaan..

Jadi maksud sabar dalam mengerjakan kebaikkan adalah:
TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH SAMPAI MATI!!!

dan maksud sabar dalam menahan segala penderitaan..adalah :
TAHAN UJIAN ALLAH SAMPAI MATI!!! SAMAADA ALLAH HILANGKAN KESUSAHAN INI DENGAN BERKAT KESABARAN SAYA, ATAU SAYA MATI MENAHAN UJIAN ALLAH!!!

Atau aku tambah lagi..SABAR SAMPAI SAYA JADI MAYAT!!!!

Nasihat aku:-

Sahabat..
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."

Sahabat..
kalau kau nak menangis, menangislah, kalau nak bersedih, bersedihlah kerana kita akan buat perkara ini(perintah Allah) dan tanggung beban ini (ujian Allah) sampai kita jadi mayat!!!!

Sahabat..
Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."

Tahukah korang bahawa Allah sangat suka satu keadaan yang mana bila ada orang lalai pada Allah, maka Allah akan datangkan satu golongan untuk memberi peringatan, akan tetapi memang hakikat manusia tak suka di tegur..(termasuk aku kadang-kadang..oh..), lalu mereka yang ditegur ini menyusahkan utusan-utusan Allah ini, dengan mencaci, menghina, mengancam, mengugut, di baling batu dan sebagainya..

Tetapi apabila golongan ini sabar..maka Allah memandang dengan rahmat iaitu, Allah menyimpan ganjaran yang besar untuk si penyampai tadi dan Allah juga tidak mengzahirkan kemurkaannya kepada yang lalai, sebaliknya Allah simpan azab yg dahsyat di akhirat kelak dengan syarat si penyampai ini bersabar..

Maka mintak lah dengan Allah SIFAT SABAR…SABAR SAMPAI JADI MAYAT !!!

*****

Sudah sampai ke penghujung, Ustaz sudah balas SMS, tapi jawpan ustaz.

“ Nanti saya semak”

Hmm, nampaknya, korang kenalah cari sendiri, Aku nak tidur.., dan semoga aku sendiri dapat belajar sifat terpuji dari Nabi Ulul Azmi, iaiti Istiqamah, Mujahadah, Hikmah, Zuhud dan Sabar.. dan akhirnya dapatlah kita MENGENALI DIRI SENDIRI..

Akhir kata, Mungkin Ustaz tu layan Astro kot, sebab tu tak sempat nak jawab soalan aku.., hisss tak baik buruk sangka Hamka, kau kena SANGKA BAIK, itu satu lagi sifat yang aku nak kena tambah, tapi dah panjang sangat entry ini, lain kalilah aku cerita.., insyALlah,

SEKIAN.

Ps: Baiklah aku sangka baik, Ustaz tu bukan layan Astro, tapi layan Oasis kat channel 106…

: )

Jan 20, 2009

Awaluddin Makrifatullah?

(Apabila di tanya kenapa Pas boleh menang di Terengganu, jawab Encik Mohd Abdul Wahid Endut, "kerana kami KENAL pengundi dan pengundi KENAL kami…")

Bila aku check balik email, banyak jugak email korang yang aku tak sempat nak jawab, mungkin ada yang aku tak sengaja terdelete dan setelah sekian lama, korang yang masih berharap, akan email aku untuk follow up suruh jawab, tapi aku dah takde soalan tu, jadi aku nak kena tanya balik, err, apa soalan kau ..ha? teruk kan aku ni?

Jadi kepada mereka-mereka yang pernah email aku tapi takde respond, bolehlah re-email balik, itupun jika soalan tu penting bagi korang, kalau tak penting, tak payahlah email…

Lagipun aku nak check si pengirim email tu masih hidup ke tak, kalau dah jadi mayat, tak payahlah aku jawab, menjawablah korang dalam kubur masing-masing akan soalan dari malaikat Mungkar dan Nakir..

Cuma.., kalau aku jawab pun, aku akan copy korang punya email dan paste kat ‘nota agama’ ni, dan dapatlah kita muzakarah sama-sama.., walaupun mungkin korang si penanya dah selamat di makan ulat..

jadi aku petik satu email tahun lepas yang belum pernah di jawab, dan kita muzakarah sama-sama bab ni…

Dari Email:

“Saya tak jelas dan tak faham maksud, ‘Awaluddin Makrifatullah’ (awal agama mengenal Allah), Betul ke jika kita tak kenal Allah, solat akan jadi sia-sia dan tidak sah? Betul ke kena tahu Makrifatullah, baru boleh amal ugama?, boleh cik Hamka terangkan?”

Jawapan:

Aku pun hampeh tak paham, tapi sebab blog ni nota ugama untuk diri sendiri, maka aku akan tulis jugak maksud ‘Awaluddin Makrifatullah’, setakat yang aku paham, korang boleh tegur jika salah, al maklumlah, apabila buah cempadak duduknya di luar pagar, dan saya pulak bapak budak yang baru belajar, maka ambil galah tolong jolokkan, ok?

Masa aku belajar ugama dulu, takde pulak ustaz yang tekankan aku supaya suruh aku kenal Allah dulu baru solat, tapi terus jer ayah aku, mak aku dan ustaz-ustaz di semananjung Malaysia suruh aku solat dulu.., kalau aku tak solat kena pukul dan ini adalah perintah Nabi sendiri..

Jadi, bab nak kena kanal Allah baru solat tu tak betul dan mengarut, Nabi dah suruh budak-budak umur 7 tahun supaya mengerjakan solat, dan pukul mereka bila masuk 10 tahun jika enggan solat, bermakna jika umur dah sebaya datok K, tapi masih enggan solat dengan alasan tak kenal Allah, aku rasa bukan setakat pukul lagi dah, dera kerusi elektrik pun belum memadai jika nak di bandingkan dengan azab api neraka yang bakal di terma kelak.. oh!

Nampaknya, ni semua kerja syaitan nak sesatkan manusia, sebab?

Setan cakap, kalau nak sedekah, kena kaya dulu, kalau nak buat dakwah, kena jadi baik dulu, kalau nak solat, kena kenal Allah dulu..

Sedangkan Nabi pulak cakap, kamu sedekah nanti Allah tambah rezeki, sampaikanlah walaupun satu ayat, walaupun kita belum baik, dan solatlah bila masuk umur 7tahun..

Nampak?

Tapi aku rasa, korang mungkin tak puas hati jika aku jawab sampai sini sahaja, korang nak aku terangkan jugak apa itu ‘Awaluddin Makrifatullah’

Baiklah, setelah beranggapan bahawa korang baru masuk islam pagi tadi lepas subuh misalnya, dan datang jumpa aku nak belajar ‘Awaluddin Makrifatullah’, nak belajar mengenal Allah, sedang aku pun tak pandai jugak, belum sempurna kenal Allah.., maka kita muzakarah sama-sama bab ini..

Straight to the point, kita rujuk sejarah kisah orang yang awal-awal masuk islam, kita rujuk akan bagaimana mereka belajar ‘Awaluddin Makrifatullah’…

Orang yang aku maksudkan adalah Sahabat Nabi yang paling unggul, lebih tinggi darjatnya dari mana mana ulamak semua zaman, antara manusia yang Malaikatpun kagum, dan Allah berkirim salam, siap bagi jaminan ahli shurga ketika beliau belum mati lagi, hamba Allah yang kita cari-cari itu adalah Encik Abu Bakar radialluanhu.

Sewaktu beliau mula mula masuk islam, beliau terus tanya Nabi, “apa tugas aku?”

Nabi tak cakap, kau kena bertapa kenal Allah dulu atau Nabi suruh beliau duduk kaji siapa Allah atau suruh kaji sifat 20 ke apa, bukan-bukan dan bukan!

Apa Nabi cakap?

“kerja aku, kerja kamu”

Apa kerja Nabi?

“Dakwah manusia kepada Allah..”

Maka Abu Bakar RA pun buat dakwah dan pada hari tu jugak beliau berjaya dakwahkan 6 orang sahabat lain yang unggul jugak, dan 6 sahabat yang lain bila masuk islam, pun terus buat dakwah, dan islamkan orang lain pulak, dan orang islam lain yang diislamkan itu jugak buat dakwah sehingga orang-orang lain pun islam dan buat dakwah sehingga orang orang orang islam lain yang diislamkan itu jugak buat dakwah sehingga orang-orang orang orang orang lain pun islam dan buat dakwah sehinggalah! KORANG DAN AKU dapat amal ugama islam hari ini tapi sayang tak buat dakwah lalu terkial kial mencari makna makrifatullah..

Tak ke hampeh?
Maka fahamlah aku bahawa, ‘Awaluddin Makrifatullah’, akan tercapai apabila kita tunaikan perintah pertama yang di amanahkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika awal awal memeluk Islam pada mana-mana sahabat Nabi khususnya dan ummat Islam amnya!

Bagaimana Dakwah boleh membawa kepada ‘Awaluddin Makrifatullah’?

Dakwah kepada Allah akan membawa kepada ‘Awaluddin Makrifatullah’ adalah kerana, dalam Dakwah, kita akan bercakap dan bercerita atau menyeru tentang kehebatan dan kebesaran Allah, akan bercakap dan bercerita atau menyeru tentang Kekuatan dan Keesaan Allah, yang mana semua itu akan memberi kesan kepada hati si penyampai sehingga akan terkeluarlah dari hatinya akan segala kebesaran makhluk dan terpenuhlah hati itu dengan kebesaran Allah sehingga yakin sempurna telah datang bahawa Allah yang berkuasa dan makhluk lansung tiada kuasa..

Maka pada tahap itu, Makrifatullah telah mencapai tahap pertama…

Tahap yang kedua adalah, bila kita buat dakwah, kita akan jumpa manusia yang bermacam ragam, ada yang akan mencaci, atau ada yang memuji, atau ada yang suka, atau ada yang marah, atau ada yang akan baling batu atau mungkin ada yang akan bunuh kita!

Waktu itu, setiap layanan yang kita terima dalam berdakwah, sama ada baik atau buruk, sama ada sakit menderita atau dimulia, fahamlah kita pada waktu itu akan kehendak Allah yang telah di zahirkan dalam bentuk ujian dari jenis manusia yang telah di takdirkan oleh NYa..

Waktu itu, melalui hati dan perasaan yang kita selami ketika kita berhadapan dengan ragam manusia, kita akan kenal sifat-sifat sebenar yang bertapak dalam diri kita seperti di mana sabar kita, di mana sombong kita, di mana hikmah kita, di mana ikhlas kita, dimana tawaduk kita dan lain lain, dan setelah melalui semua itu, barulah kita kenal siapa diri kita yang sebenar dan setelah kita kenal diri kita, maka kita akan kenal Allah…

Aku ulangi,

'Barang siapa yang kenal dirinya maka kenallah dia akan Tuhannya'

Sebab tu kita boleh kenal ‘diri kita’ dan kenal Allah, melalui perantaraan kerja dakwah, cuba tengok ketika kita berdakwah hari ini, ada kena baling batu macam Nabi? Ada kena lempang macam Nabi kena lempang?, paling kuatpun setakat kena maki.., apalah sangat.., jadi kenallah diri kita akan darjat kita yang jauh dan rendah berbanding Nabi dan Sahabat... oh! Tak lah kita perasan bagus!

Kerana itulah, bila Abu Bakar r.a masuk islam, terus Nabi Muhammad SAW suruh Abu baker RA berdakwah kerana inilah caranya mengenal Allah, lantas, on the spot, Abu Bakarpun buatlah dakwah, dan dakwah pulak orang lain buat dakwah sehingga berkembanglah ugama sampai terciptanya kereta mayat, sampai hari ini yang mana ugama terus di kembangkan oleh pihak pihak yang terpilih..

Apa lagi nak di kata?

Ketika Bilal di azab, beliau merasai kemanisan iman, kerana beliau kenal Allah

Bila orang Islam di boikot di lembah Abu Mutallib, mereka sabar dan faham kehendak Allah, kerana mereka kenal Allah,

Bila Nabi di baling batu kat Taif, Nabi sabar dan mengadu pada ALlah, “pada siapa kau hadapkan aku? Pada musuh? Aku tak peduli, asal Engkau redha”

Apa lagi nak di kata?

Baik, sekarang kita pergi pada tahap ketiga:
Aku ambik satu lagi contoh iaitu kisah kita yang kenal bini kita, kenalnya kita dengan bini kita adalah kenal melalui apa yang bini kita suka dan apa yang bini kita tak suka..

Kalau kita cakap kita kenal bini kita tapi tak tahu apa yang bini kita suka dan apa yang bini kita tak suka.., maka kita sebenarnya Belum kenal bini kita lagi..

Aku kalau pergi pasar malam, aku tahu apa bini aku suka makan dan apa benda yang bini aku tak suka makan..

Kadang kadang bila nampak apa yang bini aku suka,, aku akan terbayang wajah bini aku yang comel pada benda yang menyukakannya.., macam jugak bini aku yang akan nampak kehenseman aku di sebalik teh tarik misalnya atau korang yang tersenyum tengok kereta mayat lalu terbayang aku yang comel dan qiut.. woha!

Atau macam kita yang kenal bos kita, bila kita duduk asyik baca blog waktu pejabat tiba tiba bos kita berdiri kat belakang, kita akan rasa gelabah sebab kita kenal bos kita!

Woha!

Jadi, peringkat ke tiga dalam mengenal Allah, adalah apabila kita kenal apa yang Allah suka dan kenal apa yang Allah tak suka, pendek kata, tahu perintah Allah dan tahu larangan Allah, serta tunai mengikut keutamaan.. ini perlu lepada ilmu, maka pergilah belajar..

Dan orang yang tahu perintah dan larangan Allah tapi masih tak laksanakan adalah orang yang belum kenal Allah kerana tidak tahu betapa dahsyatnya Azab Allah!

Faham?

Akhir kata: aku pernah jumpa orang yang yang dah sebaya dengan datok K, tapi tak solat, sengaja tak solat, dan alasan yang mereka bagi akan kenapa tak solat adalah sebab belum mengenal Allah dengan sempurna, maka solat tak sah sebab belum kenal Allah… ‘Awaluddin Makrifatullah’, katanya.., kalau solat jugak akan jadi sia sia, bla bla bla.., dulu masa mula mula islam, Nabi tak ajar solat pada sahabat, Nabi ajar Makrifatullah dulu, bla-bla-bla.., Laisa kamithlihi syaiun bla-bla-bal, Kita kena kenal asma Allah, kenal afaal serta sifat 20 bla-bla-bla..,. begitulah lebih kurang hujah mereka pada aku..

Aku malas nak berdebat, sebab mereka ni sama jugak hampeh macam golongan anti hadith yang aku pernah cerita dulu, solat tak sah sebab tak kenal Allah konon.., tapi anak dah berderet kesan persetubuhan secara sah yang di sahkan oleh tok kadi berserta 4 saksi yang berkata sah setetah di tanya sah, lalu menjawab sah sah, maka korang kira sah pulak? Apasal untuk solat kau cakap tak kenal tuhan tapi masa nak berlaga lubang kencing, kenal pulak kau siapa tuhan.., Tak ke hampeh?!

Arhh, malas aku nak mengutuk si tua kutuk.., semoga Allah ampunkan dosa kita bersama dan selamatlah semuanya menuju damai abadi.. mudah-mudahan.

Maka, kepada mu’alaf yang baru masuk islam pagi tadi, tak payah pening pening dengan dakyah puak puak yang malas solat tu, nak kena kenal Allah baru solat, baru puasa, bla bla bla, persetankan mereka, korang sembahyanglah zohor nanti sekadar yang korang tahu walaupun mungkin korang belum ‘mengenal Allah’…

Sebab?

Semua tahu sudah, al fatihah itu termasuk rukun 13 yang wajib di baca, jika tak baca solat tak sah, tapi jika ada yang belum hafal surah al fatihah, baru masuk islam lepas subuh tadi atau memang kepala otak benak, tetap kena solat dan solatnya tetap sah, dengan syarat dia berusaha untuk hafal surah tu, takde masalahpun,

Begitu jugak jika betullah korang belum kenal Allah, baru masuk islam lepas subuh pagi tadi atau memang kepala otak bangang, tetap kena solat dan solat tetap sah, dengan syarat kita berusaha untuk kenal Allah, takde masalahpun, Faham?!

Jadi selamat berdakwah, selamat mengenali diri sendiri, dan selamat mengenali Allah!

Amin..

Ketahuilah, Orang yang menyangkakan ada musuh yang lebih bahaya dari dirinya sendiri, maka dia Belum mengenali dirinya sendiri, dan orang yang tidak mengenali dirinya sendiri, maka tidak akan kenal siapa Tuhannya…

End.

Ps; Kenalilah jugak pasangan anda, tengok tanda lahir mereka, hafal lokasi parut mereka, ukur sudut condong gigi mereka, kerana, bila mereka jadi mayat, mudahlah kita membantu pihak polis mengenal mayat.. mudah-mudahan

Jan 14, 2009

Kenapa Negara kita aman?

(Lagi-lagi Drama yang aku edit sebab aku belum start menulis, sebuah drama
ulangan yang ‘memeriahkan’ perhimpunan tunjuk perasaan air mata di seluruh dunia lantaran peristiwa berdarah di bumi Palestin.., aku tambah jadi 8 bab..., dan boleh juga dijadikan iklan petronas..)


Part 1

Hari ini, di bumi Malaysia, ketika penduduknya sibuk update siapa juara lagu tahun ini, atau siapa artis popular tahun ini, di celah celah bangunan hospital di bumi Merdeka, ada cerita tentang seorang hamba Allah yang bernama Hassan, dimana hari ini Hassan telah dilihat menjadi mayat sejuk dipembaringan, dan sebelum Hassan jadi mayat, cerita tentang Hassan adalah dilihat sebagai seorang yang sangat ‘sedih’ sekali, dengan air mata dan sedu sedan, Hassan terlantar di katil hospital atas sebab penyakit yang tidak boleh di selamatkan lagi iaitu penyakit kencing manis tahap kritikal...

Kehadiran kawan-kawan si Hassan, majikan serta saudara mara yang datang mengucapkan salam terakhir, menambahkan kesyahduannya, sayang benar Hassan pada dunia yang fana ini...,

Kemudian, segala permintaan Hassan yang logik-logik telah dipenuhi oleh isteri dan keluarga, namun masih ada rasa terkilan dihati sebab rumah yang baru habis ‘installment’ dan baru lepas ‘renovation’ 2 bulan lepas, masih belum puas di diami lagi, tambahan pulak, kereta MPV yang baru dibeli, belum puas meronda lagi, kasihan sungguh!

Namun, masa memang dah nak habis sangat, dan disaat-saat akhir sebelum Hassan menjadi mayat, Hassan sempat berwasiat pada anak tunggalnya supaya rajin belajar agar kelak akan dapat kerja bagus supaya tak menjadi miskin dikemudian hari, berpesan juga Hassan kepada isteri agar jaga rumah dan kereta MPV baik baik, tak lupa ASB yang bernilai 50K dan sijil simpanan premium BSN 10K, serta harta pencariannya yang lain-lain, tolong jaga baik baik.. Oh tidak lupa, sebagai ahli kelab Skuter, tolong jangan jual motor yang dah habis beribu ringgit dihias itu, walau berapapun orang nak beli, tolong jangan jual, sebab motor tu adalah begitu sentimental bagi abang...

Maaf ler bang Hassan, masa dah nak sampai, tak banyak wasiat dan pesanan yang dapat diwaris, kerana abang Hassan ketika berbaring di katil hospital tanpa sebelah kaki kerana sudah di potong, sedang tangan kiri menggenggam tangan anak dan tangan kanan menggenggam tangan isteri, air mata terus mencurah sedih lantaran terpaksa berpisah dengan anak dan isteri, dan antara kasih sayang itu, Hassan menghembus nafas terakhir dicelah celah jasad anak dan isteri tercinta..,

Hassan telah berubah sudah menjadi mayat kekal, dan secara terus menerus, tubuh Hassan menjadi tumpuan.., yang mana pakaian Hassan mula di lucut orang, jam tangan dan spender yang mahal tu, telah di lucutkan orang, setelah sekian lama di mandi oleh mak bapak ketika kecil, sekarang Hassan dimandikan pula buat kali terakhir oleh AJK surau, lepas tu Hassan diangkat Hadas besar, dan Hassan kemudiannya dibungkus rapi dengan kain kapan dan ramailah saudara mara datang menatap wajah Hassan buat kali terakhir, dan ramai yang mengambil kesempatan mencium dahi mayat Hassan, akhir sekali, Hassan di solatkan…

Ramai pula yang datang melawat dan bersolat untuk arwah si Hassan itu, baguslah, kemudian, kereta mayatpun datang sebagai penutup majlis lawatan, lalu keretamayat terus membawa mayat Hassan ke tempat yang selalu kita lupa nak singgah tapi di situlah distinasi terakhir sebuah kehidupan.. sebuah tanah perkuburan Islam.

Di sana terdapat taman-taman shurga dan juga terdapat lembah-lembah neraka...

Kemudian mayat Hassan di turunkan ke dalam sebuah lubang didasar yang terendah, dan di situ juga mayatnya ditimbus dengan tanah, berkubur di liang lahad.., pergi tidak kembali lagi.

Malam itu rumah Hassan yang dah habis installment dan baru siap renovation telah di kunjungi oleh ramai ahli masjid dan surau, nasib baik rumah Hassan sempat buat renovation, kira selesailah jugak ahli surau dan ahli masjid duduk bertahlil di rumah Hassan, dan tiga malam sudah majlis makan-makan di adakan di rumah arwah Hassan yang mana kereta MPV dan skuter berhias menjadi saksi…

Selamat menjadi mayat dalam Negara yang Merdeka wahai Hassan...

Part 2

Pendek cerita, Hassan sebenarnya ada saudara kembar yang bernama Hussin, Hussin pulak sudah lama suka dekat isteri Hassan, dengan kematian Hassan, Hussin mengambil peluang untuk memikat isteri Hassan, dan dengan rupa yang sebijik macam Hassan, Hussin terus mencurahkan cinta dan harapan lalu dengan pantas sekali, terus sahaja isteri Hassan yang rindukan Hassan dan anak Hassan yang dahagakan kasih sayang, menerima pengganti ketua keluarga yang baru dalam hidup mereka...

Sedikit sebanyak, Hussin merasa kasihan kepada arwah Hassan, mati muda dan kena potong kaki sebelum mati.., kasihan sungguh Hassan, sekarang segala hartamu telah menjadi milikku.., MPV dan Skuter berhias, ha ha! Hussin bangga dengan diri sendiri, dengan kejayaan yang datang bergolek..

Kepada arwah Hassan yang menjadi mayat dengan air mata berlinang dipipi dulu, kematianmu tiada orang yang cemburu, malahan ada orang sedang mentertawakan kamu, kasihan sungguh padamu Hassan..

Part 3

2 tahun kemudian, ketika rakyat Malaysia sedang berbaring rehat di ruang tamu menonton TV, sedang tengok cerita ‘Sarjan Hasan’ lakonan P Ramlee yang selalu di ulang tayang sempena hari kemerdekaan, si Hussin juga sedang lepak di depan TV sambil hisap rokok layan TV cerita ‘Sarjan Hassan’, oleh kerana watak hero dalam cerita tu bernama Hassan, Hussin sedikit sebanyak, terimbas kembali akan kesusahan hidup Hassan saudara kembarnya dan betapa sedihnya Hassan di saat kematiannya...

Tiba tiba siaran terganggu dengan berita terkini yang mengatakan Malaysia telah di serang, kemudian nampak pulak gambar mayat-mayat bergelimpangan di Kelantan dan Johor yang di papar di skrin TV, gambar jet penceroboh sedang berligar di ruang udara KL dan letupan demi letupan berlaku.., ada visual bangunan KLCC runtuh, tugu negara pecah, dan masjid Syah Alam terbakar.., sebentar kemudian TV padam dan seluruh taman perumahan Black out,

Kemudian Hussin terdengan bunyi tembakan, ledakkan bom, rumah terbakar dan terdengar juga laungan orang menjerit dan menangis di sana sini..

Dalam kegelepan, si Hussin merangkak mencari anak dan isteri, setelah memastikan anak isteri selamat, Hussin merangkak pulak pergi mengunci pintu dan menutup semua tingkap, dalam kegelapan malam bersama kebingitan perperangan, Hussin kukuh berpelukan bersama anak beranak di sudut bilik sepanjang malam..

3 hari kemudian, bekalan makanan di rumah Hussin dah habis, biskut, Maggie, dan kacang semua dah habis dimakan, Hussin yang tak berani nak keluar rumah terpaksa juga keluar hari ini, sebab anak dah menangis tak nak makan biskut lagi, menangis nak makan nasi, menangis nak pergi main kat luar dan menangis nak pergi tengok wayang, lalu dengan terpaksa, Hussin keluar juga dari rumah mencari makanan untuk anak dan isteri tercinta, walaupun bukan anaknya, tapi dah di anggap macam anak sendiri, dah sayang gila, lagipun masih darah yang sama mengalir dalam tubuh si anak..

Dari luar rumah, Hussin terlihat langit telah menjadi mendung kerana banyaknya asap di sana sini, dan kereta MPV serta skuter berhias yang diwarisinya pula, nampaknya sudah hancur berkecai..

Dalam kesamaran pagi, Hussin masih tahu meniti jalan menuju kedai runcit berhampiran, tapi kedai dah hancur dan di depan kedai di dapati jalan menjadi begitu tidak rata sekali, bila tersadung dan terjatuh barulah Hussin perasan jalan yang tidak rata itu adalah disebabkan mayat mayat yang bergelimpangan, dan Hussin yang sudah lama tidak menangis di atas sejadah hari ini telah bercucuran air mata dengan selebat lebatnya kerana hampir semua mayat itu Hussin kenal siapa tuannya, cikgu sekolah, anak saudara, jiran sebelah, juruwang, tauke kedai mamak, pelayan restoren, anak Pak haji, anak pak ngah, sipolan sipolan..

Tiba tiba Hussin terdengan bunyi tembakkan lagi, dan Hussin sempat lari ke bangunan berhampiran, dan terus lari dan bersembunyi di sebuah tapak pembinaan yang belum siap, di sana Hussin bertemu dengan beberapa kawan yang turut bersembunyi di situ..

Dari tingkap bangunan persembunyian, Hussin dapat melihat operasi pecah rumah dari tentera penceroboh telah bermula, yang mana rumah dipecah masuk dan semua penghuni rumah dipaksa keluar dan berkumpul di padang taman permainan yang biasa budak budak main bola, dan Hussin sangat panik tapi tak boleh buat apa-apa bila melihat pintu rumahnya ditendang tentera pengceroboh, beberapa askar penceroboh terus masuk dan sebentar kemudian, terlihat isteri Hussin diseret keluar dalam keadaan rambutnya dicekak, isteri Hussin cuba mengelumpur meronta tapi disepak dan diterajang membuatkan isteri Hussin terus pengsan, air mata Hussin terus tumpah apabila melihat anaknya juga di layan dengan cara yang sama kejam..

Tiba tiba berlaku perkara yang lebih dahsyat, semua orang lelaki yang berkumpul di padang telah ditembak sehingga mati, anak anak juga di tembak dan dipijak pijak, wanita pula di rogol sebelum ditembak.., isteri Hussin juga di rogol dan ditembak, anak Hussin juga mati dipijak..

Beberapa orang kampong yang bersembunyi mula menjadi hysteria, menjadi gila dan mula mencapai kayu lalu keluar dari tempat persembunyian, terus tentera penceroboh tahu bahawa masih ada yang hidup, maka peluru dilepaskan, bunyi bom, letupan di sana sini.., darah bergemercikkan, dan tapak pembianaan yang belum siap itu terus menjadi hancur berkecai bak padang terkukur..

Part 4

Pada waktu petang itu, Hussin terjaga dari tidur, Hussin dapati dirinya bersama beberapa rakan yang masih selamat, rupa-rupanya mereka semua selamat lari buat sementara waktu dan bersembunyi dalam hutan berdekatan, baru Hussin perasan akan kakinya yang sangat sakit, bila dilihat rupanya sebelah kaki telah tiada, dan rupanya Hussin dah pengsan akibat serangan pagi tadi, tapi masih ada kawan kawan yang membantu memapah Hussin lari ke hutan, dan kaki Hussin putus akibat terkena bom...

Hussin menangis, lalu seorang rakan menghulur ubi mentah, Hussin makan dengan rakus dan terus teringat anak anak yang lapar pagi tadi, dan air mata terus tumpah mengenangkan anak dan isteri telah mati di bunuh tentera penceroboh..

Belum sempat Hussin habiskan makanan, terdengar lagi bunyi tembakan, darah melimpah membahasi ubi mentah, beberapa rakan terus mati serta merta akibat kepala berkecai di tembak tentera penceroboh, Hussin campak ubi dan mula merangkak lari tak tahu ke mana, dengan kaki yang masih berlumuran darah, Hussin mengesot sedang telinga bingit terdengar bunyi letupan dan tembakan..., tiba tiba Hussin menggulusur jatuh ke sebuah sungai berdekatan, dalam keadaan kelam kabut, Hussin yang tenggelam timbul cuba menggapai apa yang patut sebab tak mampu beranang dengan satu kaki...

Akhirnya Hussin dapat berpaut pada sebatang kayu yang hanyut.., dan Hussin dapat lihat bersama kayu yang hanyut itu terdapat beratus ratus mayat yang juga sedang hanyut ke muara, dan Hussin bertambah sedih kerana hampir semua mayat itu Hussin kenal, dan Hussin menjerit jerit memanggil nama Allah, apabila ternampak mayat isteri dan anaknya juga sedang hanyut menuju muara..., sungai sudah lama menjadi merah..

Part 5

Keesokkan hari, dipinggir sebuah tebing sungai, terlihat darah yang membahasahi di sana sini, terlihat ada tiga jasad, dua tidak bernyawa dan satu masih hidup..

Terlihat mayat isteri Hussin dan anak Hussin terlantar di tebing sungai, dan Hussin sedang berbaring di antara mereka..

Tiada kawan kawan yang hadir, jika ada yang hadirpun adalah kawan kawan yang hanyut dalam bentuk mayat berlalu tanpa singgah menjenguk Hussin, tak macam ketika kematian Hassan dahulu, ramai yang datang menjegah.., Hussin mulai cemburu pada ‘kematian’ Hassan.. Hussin menangis lagi.

Maaf lah bang Hussin, masa dah nak sampai, abang Hussin ketika berbaring di tebing sungai itu juga tanpa sebelah kaki.., sedang tangan kiri menggenggam tangan anak yang dah jadi mayat, dan tangan kanan menggenggam mayat tangan isteri, air mata terus mencurah sedih lantaran anak dan isteri telah menjadi mayat sejuk, dan antara dua mayat itu, Hussin teringat pada Hassan, kematian Hassan penuh meriah. Hassan dimandikan oleh AJK surau, lepas tu Hassan dibungkus dengan kain kapan dan di solatkan…

Tapi Hussin, sebentar lagi akan menjadi mayat yang berulat, atau mungkin mayat Hussin akan di makan oleh haiwan liar…

Part 6

2 hari kemudian, mayat isteri dan anak sudah mulai membusuk dan berulat, Hussin yang masih nyawa-nyawa ikan dan sudah banyak pendarahan itu mulai cemburu pada meraka yang mati sebelum Malaysia di serang, Hussin mulai mengeluh kenapa aku tak mati dulu?, kena kencing manis ke?, darah tinggi ke?, kenapa aku mati begini?

Hussin, dalam keadaan cemburu.., akhirnya mati jua…

Mati dalam Negara yang telah hilang KeMerdekaannya…

Hussin, pelik sungguh, dulu waktu Negara Merdeka, kamu kasihan dan ketawa pada orang yang mati sebelum kamu, tapi bila Negara telah hilang KeMerdekaannya… nampaknya kamu sudah cemburu pada kematian mereka

Maka fahamlah kita akan maksud Merdeka adalah:
Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah ertinya Merdeka...

Aku ulangi,
Maksud Merdeka adalah:
Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah ertinya Merdeka...

Lalu kenapa kita takut mati wahai sahabat?, kenapa bersedih mati sekarang?, ini Negara Merdeka, kematianmu akan diurus dengan bermaruah....

Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang Hussin dan kita semua kena faham tentang Merdeka...

Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...

Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!

Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Aku ulangi,
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Fahamlah kita di sini wahai Hussin dan kita semua bahawa walau dimanapun mayat kita ditanam atau tidak ditanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat..

Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang besar, bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang..

Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita asyik tengok cerita perang sampai tinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah…

Tuan Puan sekalian, Kejayaan hakiki bukan diukur apabila kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka ada perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan..

Orang Palestin yang mati di bunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita perang sampai terlupa solat berjemaah…

Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid 5 waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak bagi kerana Negara mereka belum Merdeka…

Kita di sini asyik kibarkan bendera jalur gemilang, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan dengan kuat dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara Merdeka, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka, apakah ertinya kemerdekaan itu?

Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita Merdeka?

Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu disalah guna…

Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Tsunami datang atau Negara di serang?

Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini bila bila masa..,

Siapa yang shukur akan ditambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih..
Maka sementara kita masih Merdeka, jadilah orang islam yang benar benar menyembah Allah dalam Negara Merdeka..

Part 7

Sempena serangan Israel ke atas bumi Palestin, aku lihat seluruh dunia berkumpul tunjuk perasaan, termasuklah Malaysia.., aku suka dengan ‘semangat’ ini, dan sebagai tambahan, aku harap semangat ini di salurkan pada tempat yang betul, macam dynamo basikal yang menyalakan lampu bila dikayuh laju, tapi sayang, basikal di kayuh laju, tapi lampu tidak menyala, kerana roda basikal tidak bersentuhan dengan kepala dynamo…

Maka jika bulan puasa kita pakat-pakat penuhkan masjid sebab bersyukur dengan nikmat bulan ramadhan, maka apa kata sempena ‘Gaza dan air mata’ ini, kita pakat-pakat penuhkan masjid sebab bersyukur dengan nikmat Allah bagi Negara yang Merdeka..

Pakat-pakat jaga solat 5 waktu sampai mati, baca Al quran, zikir , dakwah dan lain-lain, baru doa kita makbul, barulah ‘roda basikal bersentuhan dengan kepala dynamo’ dan terbukalah jalan untuk bantu saudara seugama, insyAllah..

Yelah, ketika Negara aman macam nilah kita nak kena amal ugama betul-betul.., betul tak?

Kelak, jika Negara kita di serang, (nauzubillah) kita dah ada reason untuk lari, (jika tak mampu berperang) iaitu lari untuk selamatkan iman, lari untuk amal ugama, macam kisah As habul Kahfi yang lari dalam gua sebab nak selamatkan ugama dalam diri, dan Allah puji sifat ini lalu rakam dalam Al Quran, atau kisah nabi perintah sahabat lari ke Habsyah, dan Nabi sendiri lari ke Madinah, semuanya kerana nak selamatkan iman, nak amal ugama dalam susana yang damai..

Tapi jika masa Negara aman, kita tak nak amal ugama, selamba tinggal solat jemaah misalnya, kemudian, bila Negara kucar kacir, kita nak lari ke mana? Nak lari ke Negara yang lain baru nak jaga solat jemaah? Atau kita yang selamba tingga solat jemaah atau tak solat langsung, bila Negara di serang buat keputusan untuk pertahankan Negara sampai mati, sedang imam dalam diri masih rosak? Lalu adakah kita akan mati syahid?

Kerana itulah, dalam perperangan zaman Nabi dulu, Nabi tak pilih orang munafik sebagai tentera, Nabi tapis, sebab melalui iman yang betul, barulah pertolongan Allah akan datang.., zaman khalifah al rasyidin juga begitu, barisan depan adalah mereka yang selalu jaga tahajjud...

Tepuk dada, tanyalah imam (akan waktu solat hari ni pukul berapa..)

Part 8

Tiba tiba Hussin terjaga dari tidur, tertidur ketika menonton TV cerita Sarjan Hassan tadi, di telinganya terdengar azan yang jelas berkumandang kerana di laungkan di sebuah Negara Merdeka..., Hussin bermimpi rupanya..

"Dah lah tu, Hussin, tutup TV tu, dah berapa kali kau nak tengok Sarjan Hassan, dah azan ni, dalam Negara merdeka, orang tak dengar azan sambil baring tau!" kata driver keretamayat...

End.

Ps; Dalam Negara Merdeka seperti Malaysia, orang akan berdiri apabila mendengar lagu Negaraku berkumandang, tapi sayang dalam negara Merdeka seperti Malaysia ini, masih ramai yang berbaring ketika azan berkumandang…

Jan 13, 2009

Islam itu Mudah?

( Aku masih hidup pada tahun 2009, dan ini adalah artikel ulangan yang di edit, sebab aku belum start menulis... )

Sesungguhnya, Allah telah menjadikan agama islam itu adalah mudah untuk diamalkan, tapi malangnya, ada yang salah faham akan maksud ‘mudah’ itu lalu dengan mudah pula memudahkan apa yang sepatutnya tidak semudah itu yang mana akhirnya perkara yang menjadi mudah bertukar menjadi payah…

Mati masuk neraka, kan payah tu?

Maksud ugama yang mudah disini bukannya jika kita letih, kita boleh solat lengah-lengah.., jika sakit sikit terus tak payah puasa, jika malas, terus jamak solat.. jika sibuk terus tinggal solat dengan niat qotho.., jika tak nak ikut Sunnah maka boleh ikut Bidaah.., bukan! bukan dan bukan!!!Maksud sebenar ‘Islamic ways are easy’ adalah.. semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau buruk.., semua boleh amal ugama!Malahan ‘Islamic ways is easy than riding a bicycle!’


Tak percaya Islam lebih mudah dari naik basikal?.., kenapa tidak? Nak naik basikal kena ada kaki, kena pandai balance, kena pegang handle.., mata kena buka, rantai kena letak minyak pelincir dan lain lain.., sedangkan untuk amal ugama, orang yang tiada kakipun boleh, orang cacat masih boleh solat, orang buta masih boleh puasa.., orang bisu masih boleh bayar zakat.., orang miskin masih boleh makan cara Nabi, kan senang tu? Semua orang boleh amal ugama.., Oh! adilnya Allah…, sungguh Maha Adil..

Begitu juga bab-bab lain dalam hidup,, Nabi tak beli kereta bayar muka RM 10 ribu dan bayar bulan-bulan RM 800 serta simpan RM1500 setahun untuk Road Tax dan Insurance.., tapi Nabi jalan kaki sahaja.., kan mudah tu?Nabi juga waktu nak makan, Nabi makan guna tangan tak guna sudu, Nabi makan duduk dilantai tak guna kerusi meja, kan mudah tu? Orang miskin pun boleh ikut sunnah.., Nabi kahwin dengan maskahwin yang murah, Nabi pakai baju yang murah, Nabi makan makanan murah dan lain lain, itukan mudah?

Tapi, yang perlu kita ingat adalah, janganlah pula memudahkan IBADAT ikut nafsu kita.., bab ibadat tetap kena MUJAHADAH macam Nabi Muhammad SAW dan para sahabat RA buat…, kena pergi solat jemaah, kena dakwah dari hati ke hati dan lain-lain, baru boleh capai tahap seperti mereka, dan selain dari cara Nabi dan sahabat yang di mudahkan dalam beribadat adalah bidaah!! Dan bidaah itu sesat! Boleh bawa masuk neraka…Faham?

Satu lagi, jika tadi kita cerita bab perintah Allah, dalam bab larangan Allah pula, juga mudah sebab dalam Allah haramkan sesuatu, Allah bagi pula pilihan, Allah larang minum arak tapi Allah tak larang minum air (teh tarik misalnya), Allah larang zina tapi Allah tak larang kahwin empat, Allah larang makan babi tapi Allah tak larang makan nasi lemak, kan mudah tu?

Cuma kadang kadang manusia ni suka buat sesuatu ikut logik akal, bila Allah larang babi, ada pula yang bantah, kata mereka: kenapa babi haram?, kenapa orang china makan babi tak kena penyakit kronikpun, siap pandai-pandai pulak tu. Apa-apalah!

Walau bagaimanapun, sudah 1000 tahun lebih ummat islam taat perintah Allah tanpa pedulipun alasan sains kerana apabila Allah Yang Maha Bijaksana sudah mencipta daya Elektrostatik, dah wujudkan klorofil pada daun, telah mencipta fotosentesis dan Ekosistem, telah mencipta Duodenum dan Pankreas, telah mengawal tekanan atmospehere pada nilai 14.7 psi, telah mengawal perjalanan planet, dan setelah semua itu, tiba-tiba apabila Allah cipta babi yang suka makan najis dan tak bagi aku makan, maka aku tak akan makan sebab Allah dah larang aku dari memakannya, dan aku tak peduli apapun alasan sainsnya!

Sebab, perkara ugama biasanya mendahului sains, lagipun aku nak belajar sifat sahabat, iaitu dengar dan taat..,Kerana “dengar dan taat’lah mereka akhirnya dapat jaminan masuk shurga..Manakala sifat yahudi pula ‘bantah dan tak taat’.., akhirnya di jamin pula masuk neraka.. oh!Jadi secara kesimpulannya, masalah besar manusia adalah bila buruk sangka dengan takdir Alah dan perintah Allah. Kitapun tak faham apa rahsia di sebalik semua perintah Allah dan larangan Allah...

Contoh bab bersuci, air mani bukan najis, tapi jika keluar kena mandi seluruh tubuh...Kentut pula adalah najis yang tak dapat dilihat, jika keluar tak perlu mandi seluruh tubuh, dan tak perlu basuhpun tempat keluar, tapi kena ambik wudhu sahaja..Kalau ikut otak memang tak logik, tapi itulah hukumnya..

Sebab tu aku jarang berhujah guna alasan Sains untuk benarkan Perintah Allah atau larangan Allah, sebab jika satu teori sains di gunakan pada suatu zaman yang mana teori itu selari dengan larangan Allah, maka berhujjahlah semua orang islam tentang betapa betulnya islam bersandarkan teori sains itu, tapi andai kata seratus tahun kemudian ada pula teori sains yang membatalkan teori sebelum ini, maka orang tak akan salahkan teori sebelum ini, tapi orang akan salahkan islam pula.., bukan aku kata korang salah bila berhujjah guna alasan sains, tapi mungkin sebab akua bukan aliran sains maka jaranglah aku guna atau tak beberapa suka untuk guna alasan sains dalam ‘berdakwah’…

Kesimpulannya:-

Orang yang suka hisap rokok, suka minum arak dan suka makan babi, cakap apapun mereka akan tetap dengan pendirian mereka…, iaitu hisap rokok best, minum arak best, dan makan babi best.., apa lagi nak dikata?

Cuma dari segi perubatan, cuba ambil contoh mayat yang makan babi dan mayat yang tak makan babi. Selepas beberapa waktu cuba buat kajian, mayat siapa yang lebih cepat reput dan busuk?..

Boleh juga buat kajian kepada kesan kandungan peluh orang yang makan babi.. apa terkandung di dalamnya dan apa kesannya pada dunia?Atau buat ujikaji keatas pemakan babi tegar dan petidakmakan babi, suntik mereka dengan virus JE, kemudian suntik mereka dengan IMUN JE, lihat hasilnya.., buat ujikaji pada suhu bilik, bandingkan ujikaji pada bawah tahap beku, dan kalau boleh hantar Angkasawan ke Soyuz dan buat ujikaji pada tahap gravity sifar selama 72 jam, lalu tengok hasilnya..

Aku tak tahu apa jawapannya dan apa alasan sainsnya, sebab ada antara korang yang expert bahagian ni, ’acu cuba try test’ sahaja.., dan aku hanya cadangkan, he he..

Walau bagaimanapun, apapun hasilnya ujian kelak, sama ada positif atau negatif. Sama ada babi best atau tak best...

Aku tetap tak makan babi, ok?!: )

Ps: Mati itu mudah, masuk shurga itu mudah dan masuk neraka juga mudah, dan mudahnya semua itu tertakluk kepada apa yang kita mudahkan dan apa yang kita mujahadah, kan mudah tu?...