Jan 30, 2009

Minta tolong pada syaitan?

(Cerita tentang teori memanipulasikan syaitan dan jawapan aku kepada mereka yang ada masalah onani)

Ada sorang kawan aku bagi DVD filem yang berjudul ‘A Beautiful Mind’ lakonan Russell Crowe, sebuah filem tahun 2001, dia ‘paksa’ aku tengok sebab filem tu ‘best sangat’ katanya, akupun check internet akan Fakta tentang filem tu, sebab aku tak nak buang masa tengok filem sampah, maka setelah rujuk internet, kira aku puas hati bila tengok markah filem ini yang ‘Rotten Tomatoes bagi 78%, dan filem ni mendapat 49 nominations, Menang 4 Oscars. Dan 27 anugerah lain…, kira ‘ok’lah jika tengok filem yang ‘serius’ di hasilkan, dan aku nak tengok juga hero ‘Gladiator’ ni berlakon Filem Drama..

Huh!, aku ni memang lambat update isu dunia, banyak peristiwa besar dalam dunia yang masih aku tak tahu, maka akhirnya, semalam… aku berjaya jugak tengok cerita tu sampai habis, itupun ambik masa 3 hari nak tengok, sebab aku perasan sibuk…

Secara kesimpulannya, cerita tu takdelah best sangat, tapi ‘ok’lah, sebab tak boring, dan pengolahan cerita tentang profesor matematik yang gila tapi berjaya cipta teori hebat sehingga dapat anugerah nobel, buat aku teruja nak cipta jugak teori aku sendiri.., tapi kesian kat professor pakar matematik tu sebab ‘takde tuhan’, dan betapa teruknya manusia yang tiada tuhan mengatasi masalah…

Rupa-rupanya, cerita tu kisah benar riwayat hidup John Forbes Nash, a Nobel Laureate in Economics yang mencipta pelbagai teori yang di guna pakai hari ini dalam bidang ekonomi dan permainan, dan bila baca kisah sebenar profesor tu, rupa-rupanya, lagi teruk dari apa yang di bentangkan dalam filem, dunia sebanar profesor ni ada malasah homoseks, bercerai dengan bini, bla bla bla.., bertambah kesian aku kat professor pakar matematik tu sebab ‘takde hubungan dengan tuhan’, dan betapa teruknya manusia yang tiada tuhan mengatasi masalah… dan lihat bagaimana Tuhan akan membalas juga nikmat pada orang kapir akan susah payah (cipta teori) dengan bagi nikmat atas dunia juga (hadiah Nobel) sebab akhirat mereka tak dapat apa-apa.. oh kasihannya…

Maka, akupun ada penyakit ‘gila’ gak, sebab dulu aku tengok filem ‘Pay it Forward’, aku pun berangan dengan ‘Special Request’, sekarang bila tonton filem ni, yang cipta ‘game theory’dan ‘Nash embedding theorem’, ‘theory of nonlinear parabolic partial differential equations blab la bla.. sehingga dapat anugerah nobel, maka akupun nak cipta teori aku sendiri kononnya…

*****

Baik, sebelum aku cerita tentang teori aku, aku nak cerita tentang perkara yang berkaitan dengan dunia, dan bagaimana teori aku mungkin boleh di guna pakai dalam mengatasi masalah ummat sejagat…

Straight to the point, seperti biasa, aku terima email dari korang yang ada masalah melancap lalu terlanjur melancap dengan diri sendiri kerana takde pasangan tapi air dah naik kepala, bukan setakat email dari budak lelaki, budak perempuan pun ada email aku cerita masalah melancap dan cuba bertaubat tetapi tak jadi, sebab bila air dah naik kepala, taubat terus di lupakan dan termelancap lagi walaupun mandi pagi itu sejuk..

Tak perlu aku copy/paste semua email tu sebab mereka tak benarkan, apa-apapun, seperti biasa jugak, aku cadang mereka kahwin, tapi macam biasalah, masalah tu, masalah ni, bla bla bla.., dan ada jugak yang email aku cerita mereka yang bercouple, terlanjur dengan melancap bersama pasangan masing-masing, tapi tak berzina, ishhh! Pelik betul pakcik dengan korang yang duduk dunia akhir zaman ni..,? apa-apalah!

Balik pada main topic, kita pergi kepada masalah mereka yang dah taubat tapi bila air naik kepala masih ulang balik dosa yang sama, dan mereka cakap mereka sembahyang 5 waktu cukup, puasa, baca Al quran, dan lain lain, dan jika tengok dari luar orang akan sangka baik, tapi dalam dunia sebenar, bab air naik kepala, terus terlanjur dengan diri sendiri… ketagih dengan onani..

Dan semua tahu sudah, SYAITAN memainkan peranan yang besar sekali dalam USAHA membuat taubat si pelancap menjadi sia-sia...

Maka teori aku, apa kata kita gunakan SYAITAN juga untuk buat USAHA agar taubat si pelancap tidak menjadi sia-sia.., pendek kata, kita guna bantuan syaitan supaya pastikan pelancap tidak melancap lagi.

Kejap, aku belum gila, dan ini bukan Hadith, ini hanya teori, korang boleh tolak teori ni jika ada hadith yang bertentangan dengan apa yang aku akan sebut nanti..

Tapi teori aku tidaklah seteruk Teori Darwin yang mengatakan manusia berasal dari berok atau“teori konspirasi” yang ditemui oleh Glenn Beck yang percaya bahawa peristiwa 11 September sudah dirancang sebagaimana yang terlihat pada lipatan wang kertas 20 dolar AS; di mana apabila Glenn Beck melipat wang itu sedemikian rupa akan tercipta gambar menara kembar yang terbakar. Kemudian dari “teori konspirasi Glenn Beck” itu, saudara Maddox pula melipat wang kertas 100, lalu bertemu dengan teori yang lebih dahsyat tertulis pula not 100 dolar iaitu perkataan “Glenn Beck is an a**hole”

Woha!

Sambung balik,
Aku sebut perkara ini sebagai TEORI adalah kerana aku belum dapat Fakta yang kukuh, dan Eksperimen belum mencapai 10 peratus penduduk setempat, sebab dalam dunia sains, sebelum ada bukti mutlak, ia akan kekal sebagai teori yang mana jika ianya telah mendapatkan cukup bukti dan telah teruji oleh para peneliti lain, teori akan bertukar kepada HUKUM karena tingkat kemutlakannya yang pasti. Contohnya seperti hukum graviti, Hukum Ohm, Hukum Kircoff dan juga Hukum Hakam...

Apatah lagi, aku dan beberapa kawan aku telah mencuba eksperimen teori ini dan kebanyakkannya berjaya, kejap!, aku bukan mencuba eksperimen melancap, jangan salah faham, aku mencuba teori mengunakan syaitan untuk bantu aku buat baik...

Bagaimana?

Ok, katakanlah jika korang susah nak tidur, sedangkan tidur awal itu bagus kerana kita akan segar untuk bagun solat subuh, tapi setan tak suka kita solat subuh sebab pahalanya sama dengan ibadat sepanjang malam, maka syaitan akan hasut kita untuk berjaga, suruh kita layan nafsu, layan internet, layan DVD, melancap dan lain-lain, sampai jam 5 pagi dekat nak subuh baru ngantuk dan letih, dan kitapun tidur lalu tertinggallah solat subuh dan berjayalah setan..

Tapi, cuba korang dalam keadaan tak dapat nak tidur tu, pergi baca Al quran, atau pergi solat baca surah panjang, atau duduk fikir tentang perkara ugama, seperti adab ziarah cara Nabi, belum sempat 10 minit, kita dah tertidur, sebab? (ni hanya teori).., syaitan yang tak nak kita buat amal tu akan dodoikan kita..., lena di ulit syaitan..

Ok, itu satu bab, bila dah tertidur, syaitan akan bermain dalam mimpi kita dengan bermacam-macam cerita, yang mana kita akan terlajak tidur sampai terlepas solat subuh secara berjemaah...

Esok, kita tidur awal lagi, dan syaitan masih berjaya menguasai mimpi kita lalu seminggu sudah kita solat subuh di rumah.., apa nak buat?

Maka pada waktu inilah kita akan guna “TEORI MEMANIPULASIKAN SYAITAN”...

Bagaimana?

Korang!!!!!, jika dah tertinggal solat subuh secara berjemaah, jangan jadi macam orang Munafik yang anggap perkara itu macam LALAT yang singgah di hidung, tapi korang kena anggap tertinggal solat subuh secara berjemaah itu seumpama GUNUNG yang jatuh menimpa!

Maka korang kena bertaubat dan menangis!

Dan ganti kerugian itu dengan amalan yang lebih besar, seperti satu waktu tertinggal solat berjemaah, maka aku akan puasa sunnat satu hari, atau aku akan sedekah RM100 dekat masjid, atau aku akan baca Al Quran sepanjang hari.., mana-mana yang sanggup.

Yang mana, setelah korang:

Bertaubat + Menangis + Mengganti amalan yang lebih besar, =

Maka perkara ini akan merugikan syaitan(<) dan mengutungkan korang(>), sebab:

Bila taubat korang diterima, = maka dosa akan terampun,
Bila korang menangis, = api neraka akan padam,
Bila korang mengganti amalan yang lebih besar, = Darjat akan naik.

Oleh sebab itu (:.) Syaitan yang tak nak rugi dan tak nak korang untung akan kejutkan korang besok pagi supaya solat subuh berjemaah.(dan syaitan akan cari jalan lain untuk rosakkan ibadat kita dengan riak dan sebagainya, dan itu cerita lain)

SYAITAN AKAN KEJUTKAN KITA SOLAT SUBUH?

Mana ada hadith yang bagithu syiatan kejut manusia solat subuh! Ini mengarut ni Hamka!!!

Ha! Inilah yang aku maksudkan dengan "TEORI MEMANIPULASIKAN SYAITAN”

Tunggu, jangan kutuk aku dulu, aku ada hadith yang ada sedikit kaitan dengan Teori aku ini:

Di riwayat lebih kurang maksud, Abdullah Mattum yang tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga ada sorang mamat tu tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya sahabat ni (lebih-kurang)

“terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?”

Jawab mamat tu :
“Aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalau kali ke-3 kau jatuh, seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia-sia lah usaha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu”

Ok, sekarang nampak, dalam riwayat ini, Syaitan bantu Abdullah Mattum yang tua dan buta serta duduk jauh dari masjid dengan memapah beliau pergi solat berjemaah sebab Syaitan yang tak nak rugi dan tak nak korang untung maka akan sanggup kejutkan korang besok pagi supaya solat subuh berjemaah!!

Faham?

Jadi balik kepada kes melancap tadi,

Korang!!!!!, jika dah melancap, jangan jadi macam orang Munafik yang anggap perkara itu macam LALAT yang singgah di hidung, tapi korang kena anggap dosa melancap itu seumpama GUNUNG yang jatuh menimpa!

Maka korang kena bertaubat dan menangis!

Dan ganti kerugian itu dengan amalan yang lebih besar, seperti sekali aku melancap, maka aku akan puasa sunnat satu hari, atau aku akan sedekah RM100 dekat masjid, atau aku akan baca Al Quran sepanjang hari.., atau merdekakan seorang hama, atau bagi makan pada 60 fakir miskin, err.,mana-mana yang sanggup.

Yang mana, setelah korang:

Bertaubat + Menangis + Mengganti amalan yang lebih besar, =

Maka perkara ini akan merugikan syaitan(<) dan menguntungkan korang(>), sebab:

Bila taubat korang diterima, = maka dosa akan terampun,
Bila korang menangis, = api neraka akan padam,
Bila korang mengganti amalan yang lebih besar, = Darjat akan naik.

Oleh sebab itu (:.) Syaitan yang tak nak rugi dan tak nak korang untung akan elakkan diri dari menghasut korang supaya ghairah, atau dalam erti kata lain..

SYAITAN AKAN MENGHALANG AIR NAIK KEPALA!

SYAITAN AKAN MENGHALANG KORANG DARI MELANCAP!

Ha! Inilah yang aku maksudkan dengan "TEORI MEMANIPULASIKAN SYAITAN”

Faham?

Dan teori ini bukan setakat dosa melancap sahaja, aplikasikan pada semua dosa dan lihat bagaimana teori ini mungubah dunia dan akhirat, insyALLAH...

Dan aku rujuk Hadith lagi, memang terdapat di kalangan sahabat yang mana apabila terbuat kesalahan, akan cepat cepat buat tiga perkara yang aku sebut tadi iaitu:

Bertaubat + Menangis + Mengganti amalan yang lebih besar.

Sebagai contoh yang aku ambik dari kitab:
  • Sahabat Nabi akan menangis jika tertingal takbir pertama dan akan beriktikaf selama 3 hari di Masjid bagi menebus ’dosa’ tertinggal takbir pertama.
  • Dalam riwayat yang lain, Sahabat Nabi akan menangis jika tertingal solat berjemaah dan akan beriktikaf selama 7 hari di Masjid bagi menebus ’dosa’ tertinggal Solat Berjemaah.
  • Hazrat Abu Talhah telah mewakafkan kebun kerana tidak kyusuk dalam solat.
  • Saidina Umat RA menebus SAF pertama yang tertingal di belakang Nabi dengan Pendapatan seharian.
  • Hazrat Abdul Rahman sedekah semua keuntungan dalam satu perniagaan kerana tertinggal Takbir pertama.
  • Dan lain-lain..

Maka, bayangkanlah jika korang yang melakukan dosa, yang mana selain bertaubat, korang tebus dengan amalan yang lebih besar, maka alangkah ruginya syaitan kerana satu dosa yang kita lakukan, maka menjadi kita lebih dekat dengan Allah setelah Taubat, menangis dan Tebusan dilakukan.., mudah-mudahan..

Kerana itulah (mungkin) syaitan sangat takut untuk mengoda para Sahabat Nabi, yang mana di riwayatkan, apabila Saidina Umar melalui satu lorong, maka Syaitan tidak berani melintasi lorong itu selama 40 hari.., Wallahlam..

Maka akhir kata, teori memanipulasikan syaitan ini bukan setakat dosa melancap sahaja, aplikasikanlah pada semua dosa dan lihat bagaimana teori ini mungubah dunia dan akhirat, insyALLAH...

Lagi bagus jika teori ini bukan setakat di gunakan pada dosa, sebaliknya di gunakan kepada kelamahan amal, seperti tertinggal takbir pertama, tertinggal solat berjemaah dan lain-lain..

Semoga aku sendiri dapat amal apa yang aku sampaikan.., tutup ‘nota’ dengan tasbih kafarah..

Selamat memanipulasikan syaitan

End.

Ps: Agak-agak, aku boleh dapat anugerah Nobel tak dengan teori ini? Dapat tokoh Maal Hijrah pun ok gak, Woha!

54 comments:

Noli said...

ok jugak ade pemikiran camni..
kalo la sume org camni..kurus kering la setan2 sekalian..
bagus la bro hamka.. =)

sy ske teori nih..tenkiu..

Ratu Sulaman said...

Salam Akh Hamka.
TEORI MEMANIPULASI SYAITAN-HAMKA

Sangat bermanfaat kalau diaplikasi.

Dan izinkan ana menyebarluaskan teori ini??

Fatimah Az-Zahrah said...

assalamualaikum
bagus teori ni
boleh dipakai buat ujikaji
nak menang nobel tu abang hamka kene feat la dengan teori ulamak, woha!

Anonymous said...

aku x baca lagi entry ni..tp tengok first komen tu kata kurus kering syaitan aku jadi seronok lak...tp lani aku tgh keje..x dapat nk baca sbb entry panjang...nnti la aku komen lain...haha

Anonymous said...

patutla kalau dengar mp3 al-quran/ selawat, mudah je kalau nak tidur :)

Kiubrubik said...

memang bagus la palehotak hamka ni, ekekee...

Anonymous said...

budakAPI
salam pkcik hamka..
alhamdulillah..ad gak entry bru akhirnye..dh lme btul tuggu ni ...tp ttp x bleh bnding jrk mse yg nk kte tuggu mse nk di hisb nnti kn..he..k..entry yg sgt menrik..bgus teori ni..smoge sy yg sntiase lalai ni dpt aml dn istiqamh tuk p'baiki diri...rs pkcik hamka x dpt la hadiah nobel tu..lg2 klu nk jd tokoh maal hijrh..tp insyaallah...dgn nota2 ugama dn peringtn mcm ni ..lbih bek x dpt reward kt dunia..tp insyaallah reward nye postpone ms kt akhirt nnti..amin...harp pkcik hamka tlis lg nota2 ugama mcm ni..dn klu bleh cept skt tlis nota yg bru..hehe..wlaupun pkcik slalu perasan sbuk..dn bleh la rsnye pkcik gunekn teori pkcik ni tuk mntk tolg kt syaitn spye buangkn sikt perasan sbuk pkcik tu..he..skali lg ucpn alhamdulillah kpd rabbul alamin sbb bg pkcik hamka idea nk kluarkn teori mcm ni...smoge kte sme2 dpt jd hambe yg b'imn smse naik keretamayat nnti..amin..

Anonymous said...

betul...kekadang bila aku x kushuk dalam solat aku teringat kisah Abu Talhah yg mewakafkan kebun die tu sbb kebun tu la buat die jadi tak khusuyk...cerita tu aku baca lam fadhail a'mal...tak sia2 aku baca...(walaupun dah agak lama x baca..huhu) ..ni buat aku semangat nk sambung baca fadhail amal tu balik....hmm..selalunya syaitan akan mengacau aku bila aku pasang niat nk baca kiatb tu sbb aku slalu niat nk baca sebelum tido...maka syaitan pun telah berjaya memperdaya aku sbb selalunya aku jadi malas dan terus tido (walaupun tiap2 hr niat nk bc kitab tu sebelom tido)...nmpak nya pasni leh la aku aplikasikan teori memanipulasikan syaitan ciptaan propesor hamka kita nih...

piece...

Anonymous said...

betul...kekadang bila aku x kushuk dalam solat aku teringat kisah Abu Talhah yg mewakafkan kebun die tu sbb kebun tu la buat die jadi tak khusuyk...cerita tu aku baca lam fadhail a'mal...tak sia2 aku baca...(walaupun dah agak lama x baca..huhu) ..ni buat aku semangat nk sambung baca fadhail amal tu balik....hmm..selalunya syaitan akan mengacau aku bila aku pasang niat nk baca kiatb tu sbb aku slalu niat nk baca sebelum tido...maka syaitan pun telah berjaya memperdaya aku sbb selalunya aku jadi malas dan terus tido (walaupun tiap2 hr niat nk bc kitab tu sebelom tido)...nmpak nya pasni leh la aku aplikasikan teori memanipulasikan syaitan ciptaan propesor hamka kita nih...

piece...

Anonymous said...

yee laaa bagus sekali teory prof. kite ni....nampak nya bila teory ni di applikasikan semua org mesti syaitan nangis x berlagu laa eh..

semoga prof dpt keluar lebih banyak teory ...

yanbuman

hamka said...

Noli

Sama-sama

---------
Ratu Sulaman

Aku izinkan anta menyebarluaskan teori ini, insyaAllah

--------------
gurindam rasa

waikumusalam

woha!

---------
Amilah

Aku tulis entry ni sampai jam 2 pagi semalam.., dan edit balik lepas subuh.., walaupun aku tidur lewat, ‘mungkin setan kejut’ aku pagi tadi sebab takut aku bebaskan 60 orang hamba, ha ha!

----------
Marzuki

Yang bagus itu datang dari Allah..

-----------
budakAPI

Aku cuba gunakan teori tu untuk tidak perasan sibuk, tapi sebenarnya, perasan sibuk itu juga ada kebaikkan yang banyak..

Buzanama ada berkata, sibukkanlah diri dengan ugama, sehingga kamu lupa buat maksiat..
Letihkan diri untuk ugama, sehingga kamu tiada daya lagi untuk buat dosa..

Aku belajar lagi, ok..

-----------
limaumaniss

huih, dah naik taraf professor pulak aku.., jangan puji lebih-lebih, nanti syaitan guna teori memanipulasikan niat pulak yang buat manusia jadi riak..
piece..

-------------
Yanbuman

Cerita tentang TEORI DAN HUKUM..

Aku pernah layan jugak lagu yang berjudul TEORI DOMINO dan HUKUM KARMA.. dari wings..

Apa-apalah!

lelucon said...

bagus teorinya. tp jgn kata 'mintak tolong dgn syaitan'. tu syirik lah! (walaupun niat lain). hrp pakcik Hamka tukar istilah lain la...

Kalau pun syaitan kjut kita, tu Allah yg gerakkan hati syaitan tu kejut kita. maknanya pertolongan Allah, bukan syaitan!

adeh... :(

apapun terus menulis, ya pakcik Hamka...

Zaki Marsoha said...

bro...
pnjm entry ni ek..

Anonymous said...

Tak dapat nobel, tokoh maal hijrah pun bley la..
Hehehehe..
Kelakau la..
*peace*

Anonymous said...

salam..
bro hamka...
bro kate bro malas nak gune teori sains yang berkaitan dgn agama kan?saya nak syorkan bro bace buku QURAN SAINTIFIK,tulisan DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN..best gak a buku tu memandangkan saya pun suka sains gak walaupun susah nak paham..

Anonymous said...

salam..
syaitan sebenarnya paling takut ngan manusia yg ikhlas..
banyak kisah2 tentang para abid yg berjaya ditipu @dikalahkan oleh syaitan disebabkan niat..
jadi dalam apa2 perbuatan @ibadat,kita mmg kena niat ikhlas betul2 kerana Allah..
(tak caya?korang tanya r kat syaitan..huhu..)


time nak

abcd said...

:)

Zaini said...

fuh.

fuh!

double fuh!!

macam mana boleh tak terfikir nak relate dengan kes pakcik tua tu.

huh.

trimas hamka.

syahira said...

hari nie,.. bertambah satu lagi catatan dalam buku nota..ALHAMDULILLAH..satu hari..satu nota agama..hehe..trima kasih..erk..nak panggil apa ek? pokcik hamka ker? or saudara hamka?huhu~~~

syahira said...

hari nie,.. bertambah satu lagi catatan dalam buku nota..ALHAMDULILLAH..satu hari..satu nota agama..hehe..trima kasih..erk..nak panggil apa ek? pokcik hamka ker? or saudara hamka?huhu~~~

Anonymous said...

salam sume...

¬¬klu kmu sorg muslim,jgn kte MOSQUEtp MASJID krn mosque=mosquito/nyamuk..
jgn tls MECCA tp MEKAH krn mecca=rumah anggur/bir..
jgn tlis MOHD tp MUHAMMAD sbb mohd=anjing bmulut bsr..
jgn tlis 4JJI tp ALLAH sbb 4JJI=4 judas,jesus,isa..
jgn tlis ASKUM/AKUM tp SALAM@ASSALAMUALAIKUM sbb askum/akum=celakalah kamu..¬¬

........PLEASE sgt300x kpd umat Islam yg bc komen sy neh...

i'm dyin 2 noe d truth......

..should i blieve it as i'm NOT blieve dis such thing since i dun get any explanation bout it...

..n sy rs bnd neh kinda mengarut/meraban/merepek gle2 n sy rs nk fire je org yg 4wrd bnd neh kt sy...xtpu...mmg rs nk pggl ultraman n fire die smpi jd MAYAT...

...so..enibadi out there(xkre a bro hamka ke,or whoeva yg ade ilmu yg ALLAH pnjmkn lbih ckt..)..PLEASElah jwb kmusykilan sy yg da tkubur lme d benak sy neh..

1)spe yg cipta word 4JJI tu?
org ISLAM yg ske gne short forms @ org KAFIR yg nk sstkn kite?dat word wont appear from nowhere if it doesn hv its ceator...cm sume bnd kt universe neh a kan?????

2)spe yg cipta THOSE WORDS ABOVE???????pe AIM dorg snarnye???

3)SHOULD I BELIEVE IT?????????

4)satu bnd je yg sy cye kt ats tu..SALAM..sbb mkne sala is SEJAHTERA an?tol x opinion sy(logik je neh..)

5)abes org yg name MOHD@MUHD@MD@M ect tu pe cer?sian a kt die...ad org tlis short form sbb nme die pjg sgt..

...jadi...

ape kate.......

WALLAHUA'LAM

salam..

van qif said...

baguih2...hamka...teori ni aku memang baguih...tapi aku setuju ngan tajuk entry supaya ditukar...contohnya teori mengelentong syaitan....apa2 lah...tapi sobanarnya syaitan lagi expert menipu kita kan...betul tak encik syaitan...ohhhh

Anonymous said...

Hamka, saya tidak setuju dengan pembongkaran teknik ini!!

Sebab syaitan akan tahu sebab die (mungkin) bace blog ko gak. Justeru itu, syaitan akan berkerja keras dua kali ganda.

Adakah aku sedang mengimprove theory hamka? Dan lepas tu hamka tidak akan menerima sebarang anugerah dan akulah yang akan menerima anugerah itu.

Hahahahahaha.....

Perokok Soleh said...

waHHH...
teori cik hamka=bnyakkan amalan,kurangkan kontraversi(perkara khilafiyah),tingkatkan prestasi,lalalaala~~~

btoll tak?ini mengikut pemahaman aku la....

ps:berapa ramai muslim kini yang akan sedey bila tinggal jemaah,lemahnya aku,dia dan kamu...ishk2x

dan bila ingat tntng agama 10 minit sudah ngantuk dan tidur...

sama dengan teori einstein yg diqiaskan,lalalalla:

"Put your hand on a hot stove for a minute,and it seems like an hour...Sit with a pretty girl for an hour,and it seems like a minute.That's relativity."

hot stove=perkara agama, dan pretty girl =benda2x yg xder faedah pada agama bangsa dan negara....lalalala

-btol ker??,lalalala~~

Irfankhing said...

salam hamka...

oit2 hamka..

beta xphm la..

air nek kat kpale??.

ape 2??..

hua3..

aku ade bace emel..

yg...

syaitan jatohkan org 2e tu.

besh oo cite 2..

mase fomr3 dl aku da bace dah..

ustaz aku tunjuk..

ngeh3..

oit hamka...

ade teks full cite..

org 2e tu x..

kalo ade..

tlong la update kat blog..

bleh ana copy cetak rompak..

ngeh3..

khing!

Tujuh Kaki Dalam said...

memang sudah ku praktikal teori mu ini.

Alhamdulillah.

semoga Allah membalas dengan syurgaNya buatmu.

amin.

Anonymous said...

hehe..

go go hamka!

teori ni dah lama saya fikir tapi tak amal je..terutama bab tido malam tuh.

mulai hari ni jom kita mal beramai2x!

insyaallah...

Anonymous said...

salam

en.hamka boley x sy nk daptkn email address en. hamka?

zaRain said...

teori yg tak pernah terfikir langsung! otak anda kompleks..

thx thx thx

hamka said...

lelucon

dalam dunia ni mana ada orang kritik soalan sebagai keputusan, contoh jika aku tulis, “tuhan ada anak?”.., maka tak perlu kau kata aku syrik sebab kata tuhan ada anak, sedangkan belakang ayat aku tu ada tanda soal.., maknanya ada penjelasan yang lain akan menyusul, maka aku tulis 'mintak tolong dengan syaitan?'. Itukan soalan, tak boleh kata syirik lagi, baca dulu jawapannya yang menyusul kemudian yang mana aku dah ganti perkataan ‘tolong’ kepada istilah “manipulasi”

harap maklum. (dan terima kasih)

-----------
mUhAmAd zAkI bIn mArSoHa

kalau pinjam kena pulangkan…

: )

(boleh)

-----------
AziRa

*peace*

-----------
boo..

Aku tahu buku tu ada, aku tahu DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN best dalam explain bab tu, aku pernah dengar ceramah dia kat masjid kuantan, kisah dia murtad islam baka dan masuk islam sejati.., dia ada jual lepas ceramah, tapi aku masa tu duit tak cukup, insyALlah, lain kali aku pinjam kau punya, : )

---------
time nak

caya…

--------
jude

:)

-----------
Zaini

fuh. Aku ingat kau jampi fuh kiri, fuh kanan..,

------------
syahira

Panggil pakcik boleh, panggil atuk pun boleh.., kalau takde orang, yang ada kita berdua sahaja, dan ada pulak setan kat tengah, panggil abang ler..

----------
boo..

dulu ada blog yang berjudul “hafizbar” yang kerjanya adalah kutuk mat dan minah forward, sekarang dah tutup dan aku tersa kehilanganya, dan aku tak sambung kerja tu.., orang lain yang ada bakat boleh buat blog khas untuk betulkan balik paridigma minda mat dan minah forward..

dan aku paling benci forward email..

---------------
van qif

tak, aku tak setuju..

-----------
Wan M Faiz

Bagus jugak jika kau yang dapat…, aku tak nak nama, aku nak duit jer, he he.. (nak bayar hutang)

-----------------
Perokoksoleh

lalalaala~~~

-----------
fankhing

air naik kepala adalah, err, baca entry “apa itu seks”

---------------
Tujuh Kaki Dalam

amin.

-------------
imtiazsofea

insyaallah...

-----------
Chempaka

keretamayat@gmail.com

--------------
zaRain

otak professor John Nash lagi kompleks, walaupun gila dan wujud watak watak dalam otak yang berkeliaran dalam hidup dia.., tapi dia masih boleh berlagak normal..

Unknown said...

Salam...

amalan yang bagus kan. lambat baca entry nih. sbb tak pegi opis.

tapi... hurm semoga Allah mengurniakan kita hidayah dan iman yang mampu membuatkan kita at-least menitiskan setitik air mata ats dosa kita.

bro hamka,
amalan sahabat yang korbankan lagi besar untuk kesalahan yang sedikit tu.... camner la saya nak uat bnda nie.... sahabat uat salah sangat2222 jarang. tapi saya nie uat dosa ari2 setiap masa.

='(

Anonymous said...

salam bro hamka,,

huhhuhu....
syaitonn2!!!!...

Anonymous said...

sbb sy sgt kagum ngan teori ni, jd sy terase nk bg komen untuk menyatakan kekaguman sy. nape dr dulu x terpikir mcm ni? hmm...

abuyon said...

Salam bro hamka. Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Hebat, kagum saya. Kisah tu benar, sebab hadis. Teori yang diutarakan bukti bro, seorang pemikir. Keupayaan untuk melihat dari perspektif lain atau out of box sangat mengkagumkan saya. Macam ulama dulu bila babca quran. Kita baca, baca sajalah. Tapi ulama dulu, baca quran dapat ilmu baru.

transkripsi said...

bro, just nak tau la, bro punya entry ni hak cipta terpelihara ke?

kalau tak, ingat nk ceduk gak sikit.. nk publish kat blog saye

kalau hak cipta terpelihara, mcm mana nk mintak izin? nak kena tulis surat rasmi ke? hehe

hamka said...

anak kucing

tahu bersalah dan mengaku bersalah, adalah permulaan untuk segala taubat..

------------
yana

kalau soalan kau kenapa dari dulu tak macam ni, jawapannya adalah kerana sekarang baru kau fikir, kan?

Aku pun pening…

------------
abuyon

hadith Nabi bagitahu, sampaikan sehingga orang lain lebih faham, maka aku kena kagum dengan korang semua yang lebih faham dari apa yang aku sampaikan.., dan lihat bagaimana Allah boleh bagi faham kepada orang yang mendengar lebih dari si penyampai.., inilah HEBATNYA ALLAH!

---------------
transkripsi

cedoklah.., dan tumpahkanlah ke tempat yang sepatutnya..
: )

-----------
aku kena hati hati takut syaitan manipulasi lubang hidung aku menjadi bertambah lebar diameternya lalu membuka jalan ke neraka.

Oh!

Anonymous said...

salam..

Hamka teori manipulasi ini memang telah terpakai pada usaha agama..

so banyak kan lah taubat, nangis
sampai bila? sampai bila-bila pun..

http://minda-malaysia.blogspot.com/2009/01/mengapa-bangsa-yahudi-bijak.html

-yasmin.ah

Anonymous said...

Insap baca teori si hamka ni...tambah2 bab jgn anggap dosa/maksiat cam lalat hinggap di idong sebaliknya anggap bak gunung yg menghempap,huhuhu

Anonymous said...

ada orang pegi dgr kuliah2 waktu maghrib sampai isyak pastu sembang2 agama sampai tgh malam pastu bangun subuh lewat
tandanya tebalik dah... syaitan yg memanipulasi dia

Absolute E said...

bace yang atas paham and agak logic, turun bawahh skett, bile dah kait kait, substitute sume, trus jadik x paham. bahahaha!

Anonymous said...

salam...
insaf2 bace entry ni...
n aku dh aplied dlm idop aku yg singkat ni...
mlm td aku tertido pas abes kels mlm
x isyak smpi sok pg nyer
huhu
rse bedose gler
aku dh qadha' da mase subuh 2...
pas 2 aku niat nk istghfar 1ooox ari ni...
aku x kire pon
aku istghfar jer...
xpasti la cukup k x...
huhu
ade pape lg ke perlu aku wat supaya ALLAH mengampuni dosa n kelalaian aku?
help me bro hamka...


...perempuan ini...

Anonymous said...

salam,,ok le teori anda ni,,

boleh diamalkan,,insyaAllah...

oleh kita yang selalu tertewas dengan setan,,if we cannot fight them..we join them...tapi dalam perkara ni..kita ubah jadi..

if we cannot fight them..we make them help us win,,,

tapi masalahnye,,kadang2 nafsu manusia ni lagi hebat dari setan,,,sampai setan pun salute dengan ke'setan'an manusia...

apa kata hamka wat teori cara memanipulasikan nafsu sendiri untuk buat kebaikan plak...hmm..boleh ke gitu?

LokmanHakim said...

Bila da buat satu-satu dosa tuu memang rasa bersalah sangat-sangat... Siap maki kat setan... Tak guna punya setan, aku juga yang ko hasut buat itu buat ini... Lemahnhya ImAN...

hamka said...

yasmin.ah

benar…

----------
maymot

ada hatith tu, tapi aku lupa… sory

----------
kedaijamu

aku kadang-kadang suka borak dengan kawan lama sampai jam 3 pagi 4 pagi.., untuk elakkan setan manipilasi, aku pergi tidur kat markaz orang tabligh..

terima kasih orang tabligh yang berusha hidupkan masjid 24 jam..

--------------
kacak

baca sambil angguk-angguk, biar setan nampak kita faham!...

-----------
...perempuan ini...

Kau kena merdekakan hamba, atau puasa 2 bulan berturut-tutrut atau bagi makan pada 60 fakir miskin..

Eh, macam hukuman untuk orang bersetubuh bulan puasa jer kan?

--------
ibnuismail

orang alim zamn dulu, nak didik nafsu, mereka rotan diri sendiri..

tahu buat ler.. oh!

------------
Luqiem

Tapi alasan digoda setan tidak akan diterima oleh Allah pada hari akhirat, ingat tu!

Anonymous said...

nice theory..

Anonymous said...

salam bro, mmg bgs n relevan cerita2 dalam blog nih.. n teori tu telah membuka jalan untuk aku stop dari benda2 tak bagus tuh...tq.

Anonymous said...

salam bro, mmg bgs n relevan cerita2 dalam blog nih.. n teori tu telah membuka jalan untuk aku stop dari benda2 tak bagus tuh...tq.

Anonymous said...

x sangka budak perempuan jugak ada masalah...O_O


peace~
=]

Anonymous said...

Bro .. kafir ker munafik ker syaitan ke apa ker semua tu tuk manusia itu sendiri di mana ayat ayat tu ada dalam al-kitab yang di baca oleh orang tu ... kafir bukan untuk orang bukan islam. that is two different words. kafir tu adalah pada diri sendiri.

ramai yang tak sedar yang diorang sentiasa ikut sifat syaitan, takbur, negotiate, tangguh ... so siapa syaitan n siapa manusia.

ramai yang selalu kata kalau yang baik datang dari allah ... yang jahat tu dari syaitan ... tapi ingat iblis or syaitan tak pernah suruh buat jahat ... contoh cerita adam di mana iblis suruh makan sebab kalau makan boleh kekal dalam syurga. benda baik tu. So macam mana nak bezakan antara suara iblis or dari allah sebab dua dua tak nampak? ker perasaan sendiri jer ??? hehehe ...

by the way aku tak percaya iblis or syaitan sebab tak ada dalam rukun iman. keh keh keh ....

Zaini said...

"by the way aku tak percaya iblis or syaitan sebab tak ada dalam rukun iman. keh keh keh ...."xD

Rukun Iman #3: Beriman kepada Kitab-kitab

hamka said...

bagus!

yang hari tu tu. said...

lastly jumpe gak ngan entry nih.

sbb bru join blog2 nih taon lepas.

mmg genius dengan taktik nih!

akan cube praktikkan dalam mase

terdekat pelan2. syukran kasiran!!

hamka said...

ooo, yang tu

sunsea'r said...

Bagi pendapat aku la, agak bahaya teori ini untuk "bot-bot kecil" (dan jugak untuk aku sendiri..hehe),tp mcm bro kata, ini teori bro boleh 'pakai' bagi yg boleh follow..