Oct 28, 2020

Idea yang tiada?

Sedang menulis dalam bilik, tiba tiba anak masuk dan hempas pintu, saya mengeluh sambil menulis.., aduhhh, bisingnya hempas pintu, bisik saya perlahan sambil teruskan menulis.

Bini ada atas katil sambil baca buku, dan dia dengar saya mengeluh.

Lepas tu anak keluar bilik dan terhempas pintu lagi, aduhhh..

Bini tengok saya tak selesa, dia faham dan terus keluar bilik dan bebel dekat anak sebab hempas pintu hingga kacau ayah menulis.

Tapi bebebelan bini sungguh kuat, lebih kuat dari pintu yang terhempas hingga saya hilang semua idea.

Woha!

 

Oct 27, 2020

Bagaimana tidak gemuruh bila bercakap depan Public?

Saya ni takdelah pandai sangat bercakap, menulis ramai orang puji, tapi bercakap ni masih berterabur, sebab bakat menulis dan bakat berpidato adalah dua seni yang berbeza! namun saya pernah berceramah, buat bengkel penulisan, bagi talk, bagi motivasi, dan pernah jadi juru pantun majlis pertunangan!

Maka ada yang minta tips, bagaimana tidak gemuruh bila bercakap depan Public?

Ada dua kaedah mudah.

Pertama korang cuba belajar bercakap agama dari rumah ke rumah kepada orang yang tak pernah korang jumpa.

Sebab? Jika korang jumpa orang yang dha kenal, gumuruh tu takde, cabaran takde, atau ornag tu pulak hina korang dengan serang peribadi sebab kenal siapa kau.

Maka kena cari orang jauh, Macam Nabi bila bercakap dengan orang Mekkah, ramai kata Nabi gila, tapi bila bercakap dengan orang Madinah, ramai yang mendengar dengan baik.

Maka sayapun pergi ke kampong yang jauh dari kampong saya, biar orang tak kenal, senang nak borak tanpa orang hokum sejarah kita.

Tapi langit tak selalunya cerah, saya mula mula buat kerja macam ni, menggiggil gila babi, apa kejadah saya yang banyak dosa nak borak bab agama dengan orang tak kenal?

Orang pertama saya jumpa sedang tolak motorsikal, baju petak petak, badan gempal, dan pakai helmet, saya pun berdakwahlah dengan terketar ketar, hujung dakwah saya ajak dia ke masjid.

Dia cakap dia uzur, perempuan gemok berambut pendek rupanya, aduhhhh, malu tu usah cakap, saya rasa nak terjun dalam sawah.

Orang kedua pulak seorang lelaki berambut panjang, tak pakai baju, sedang kopak kelapa dengan parang. Dalam hati aduhai, kenapa orang macam ni yang Allah takdirkan ada depan mata?

Tapi guru saya pesan, ikhlaskan diri, nanti Allah bagi pertolongan.

Saya yang sedang takut dan gemuruh, terus ikhlas kan diri, saya buat kerana Allah, lelaki ni makhluk, parang dia makhluk, jika saya mati kena libas hari ni, saya syahid, terus masuk syurga.

Bila kita ikhlas, pling?! Datang rasa berani macam pengembom berani mati.

Saya bagi salam, lelaki tu tak pedulikan.

Saya cakap:

“Bang, boleh tak kerana Allah, saya nak cakap sikit?”

Lelaki tu terus hunuskan parang depan muka saya dan berkata:

“Siapa tok guru kau?”

Adakah saya terkencing dalam seluar? Tak, Allah tolong saya dari dalam, spontan saya jawab:

“Nabi Muhammad guru saya, boleh saya cakap sikit dengan abang hal agama?”

Terus lelaki tu jatuhkan Parang dan kami pun borak hal agama.

Kemudian orang seterusnya dah takde masalah, ramai yang layan dari yang benci, dan ramai yang lari lintang pukang walaupun mat rempit baju gangster seluar koyak mata bercelak, semua lari tak cukup tanah macam kena kejar dengan Mambang Tanah!

Woha!

Jadi bila selalu buat, maka setakat nak berceramah, nak berpantun, nak menyanyi, nak merisik, nak meminang, nak apa apapun dah tak gemuruh dah, InsyaAllah.

Moga dalam kubur nanti dapat borak dengan Malaikat Kubur tanpa gemuruh, sebab jika korang tak reti bercakap dengan Malaikat Kubur, siaplah kepala kena ketuk sampai pecah!

Jadi, praktis sekarang, biasakan cakap agama depan orang kita tak kenal, berdakwah...

Sekian satu tips, ada satu lagi tips, lebih mudah dari ini, lain kali saya kongsi.

 

Ayah saya minat Gusti?

 

Menitik air mata tengok Khabib lawan Justin tadi.

Masuk gelanggang pertama kali tanpa ayah menemaninya.

Dan lawannya yang sangat hebat dengan tendengan. Tahan dipukul. Tumbukan pantas. Tapi di kilas Khabib dengan kaki terus pengsan tak sedar diri.

Sebaik menang Khabib buat isyarat kepada teammya jangan serbu masuk peluk dia. Berikan dia masa untuk menyendiri.

Lalu Khabib bersujud menangis teresak esak macam anak kecil mengenang rindu pada ayah.

"Ayah... khabib memang ayah, ini pertarungan terakhir saya"

Sob sob...

Saya pula.. teringat arwah ayah juga yang minat sukan UFC. Selalu bila arwah ayah datang rumah. Saya akan buka siaran UFC dan sama sama ulas teknik berlawan mereka.

Balik pada Khabib yang sedang menangis teresak esak, kita semua anak ayah. Kita semua rindukan ayah.

Ayah yang tak pernah kita tahu kesusahannya kerana ayah suka berahsia.

Al fatihah buat ayah Khabib dan Al fatihah juga buat ayah saya dan al fatihah buat semua ayah di dunia ini.

Ayah! Khabib menang lagi!

Sob.. sob...


Kenapa orang melayu kita ramai kena tipu?

Kenapa orang melayu kita ramai kena tipu? Ramai jadi mangsa scam? Kenapa?

Kita rujuk system pendidikan kita.

Pelancong luar negara bila datang Malaysia, puji rakyat kita bagis sebab sangat bersopan santun dan pandai cakap English!

Bermakna system pendidikan akhlak, dan BI kita bagus!

Orang arab bila dengar orang kita mengaji, kagum dengan kemahiran tajwid kita, lidah arab kata mereka! bermakna system pendidikan al quran, dan taranum kita bagus!

Bila ada pergaduhan politik, rakyat kita tak suka berdemo, tak suka berperang, tak suka merusuh, walau pelbagai bangsa masih kekalkan keamanan, pelabur ramai suka datang melabur sebab negara yang aman.

Bermakna system pendidikan bab tolerensi kita sangat bagus! Cina india boleh buka kedai kawasan melayu tanpa diganggu, bagus!

Kadar bunuh diri juga sangat rendah di kalangan majoroti orang melayu, bermakna kesabaran rakyat kita tinggi! system pendidikan moral kita sangat bagus!

Lepas tu sana sini, jumpa orang susah, tapi tahap bersyukur sangat tingggi, Bermakna system berdamai dengan tadkir yang di amalkan oleh rakyat kita adalah sangat bagus!

Pengemis, peminta sedekah juga senang cari makan sebab kadar dermawan rakyat sangat tinggi, Bermakna system berkongsi nikmat di kalangan orang kita sangat bagus!

Menangis orang luar jika tengok orang macam ustaz Ebit Lew.

Lepas tu kereta, semua keluarga ada, jarang takde, dan banyak lebih dari dua, kereta mewah pun berlambak atas jalan, bermakna system kebebasan rakyat kita bergerak dan bergaya sangat luas, rakyat boleh bergerak ke mana sahaja tanpa halangan, Bermakna system pendidikan geografi dan ekonomi kita sangat bagus!

Lagi? Kedai makan sedap dan mahal, kena beratur, rakyat kita suka beratur untuk makan di tempat yang rare! Bermakna system pendidikan kepuasan mengecap makanan di kalangan rakyat ,kita sangat bagus!

Rakyat kita juga ramai kakitangan kerajaaan, yang suka singgah gerai makan waktu pergi dan pulang dari kerja, ramai yang tapau, lalu peniaga bukan warga negara pun seronok meniaga di Malaysia, Bermakna system perkongsian ekonomi runcit kita sangat bagus!

Tapi bila Polis cakap ramai orang kita kena tipu, kena scam, bermakna ada masalah dalam system pendidikan yang perlu kita focus agar kejadian ini tidak berulang. Ramai sangat kena scam, cikgu, doctor, pensyarah, prof pun boleh kena scam, apatah lagi rakyat biasa?

Kenapa ramai kena scam? sebab rambut sikat tepi ke?

Kajian menunjukkan punca ramai orang kita kena tipu adalah kerana tujuh perkara:

1. Mudah percaya orang; maka mudahlah orang ambik kesempatan.

2. Baik hati dan ingat semua orang baik macam kita; semua orang tak suka menipu macam kita, lalu kitalah yang kena tipu.

3. Mencari jalan mudah; malas berusaha, malas mengkaji.

4. Tamak, dan nak cepat kaya; dan sangka jadi kaya ini adalah mudah bila tahu rahsia, lalu bila orang kongsi rahsia, percaya gila sebab nak sangat kaya raya, Tamak tu puncanya!

5. Pendidikan yang rendah, tahu takde ilmu tapi masih malas membaca hingga tak ada ilmu yang cukup tentang pelaburan yang ingin dimasuki, aduhh.. malas membaca, tak follow penulisan berilmiah dari orang macam saya, (woha!)

6. Tak sabar dalam menganalisa maklumat takut orang lain sambar peluang, padahal cuba bertenang dan fikir masak masak, atau rujuk orang yang lebih berilmu.

7. Lupa diri bila ada banyak duit secara mengejut, Baru dapat duit kwsp atau baru pencen, atau baru jual tanah, maka sangka duit banyak lagi apa salahnya melabur lalu tersontot.

****

Okey, jadi ada tujuh punca yang rakyat kita kena focus dan perlu suai selit kedalam system pendidikan sedia ada agar tiada lagi orang yang mudah kena tipu.

Baik, sementara system pendidikkan kita berubah untuk tampung kebocoran ilmu bab scam ini, Islam dah ajar awal awal lagi cara nak elak dari kena tipu.

Jawapannya, Iqra, iaitu membaca.

Saya setakat hari ni Alhamdulillah tak pernah kena tipu sebab bila ada orang call, atau orang ajak, atau orang tawarkan apa apa, saya akan minta mereka tulis tawaran mereka dan email saya sebab saya nak baca, jika saya hanya mendengar mungkin saya akan terlepas poin penting dan tak boleh repeat, tapi jika MEMBACA maka ianya sangat jelas.

Contoh:

“Encik Hamka, saya dari PDRM, encik ada akaun berkongsi dengan penjenayah.. blablabla..

“Maaf, saya sibuk ni, boleh email tak? Ini email saya, sekian terima kasih”

Lepas tu takde dah orang call. Kemudian Penjual insurans pulak call:

“saya dari insurans angkasa, ada insurans hebat untuk encik..”

“Maaf, saya sibuk ni, boleh email tak? Ini email saya, sekian terima kasih”

Lepas tu takde dah orang call. Selesai.

Setakat ini tak pernah saya terima email susulan, takde, sebab jika ada maka senang kita nak rujuk pada orang lain maka terdedahlah penipuan mereka.

Kedua, jika ada apa apa tawaran, dan sebelum nak melabur, islam ajar solat istiqarah, dan lepas tu result dalam mimpi tu bukan terus laksana tapi mesyuarat dengan orang yang lebih berilmu, masa tu baru tahu, ohhh, scam rupanya.

Jadi tolong ingat, takde orang nak bagi kaya kat kita, takde, jika ada tawaran skim pelaburan berunsur kerja mudah, untung terlalu tinggi with no loss guaranteed, maka suruh jer email detail, ADA MASA saya baca. Simple!

Tapi Scammer mesti sembang lebat tak nak kalah. Babi pun boleh terbang. Jika tak ambik peluang ni awak rugi, orang lain dapat, maka jangan lah kita TAMAK waktu itu, sebab orang tamak selalu rugi.

Lepas tu jangan bercakap sorang sorang dengan scammer, ajak kawan kawan, ajak guru, ustaz, biarkan berjemaah, waktu telefon buat load speaker, dan ada orang lain sama, sebab..jika sorang sorang memang mudah kena game sebab scammer bercakap seolah-olah dia lah orang paling baik dan dia juga akan cerita yang kononnya dia pernah jadi mangsa scam. Masa tu korang mudah cair sebab rasa sekasut, dah percaya bulat-bulat sebab tak mungkin mangsa scam nak jadi scammer.

Korangpun malam tu dah tak lena tidur dah memikirkan banyak nya untung melambung-lambung tinggi sampai esok kita dah boleh pencen goyang kaki, kalau boleh nak join terus sebab takut lambat nanti rugi.

Tak kesahlah pelaburan gold ke, saham ke, sewa hotel mekah ke, pajak sawit ke, crypto ke, hand glove ke, semua sama je. Janjikan pulangan lumayan dalam jangka pendek.

Dan bila scammer mintak bayaran pelaburan dari korang secepat mungkin, sahlah scammer sebab diapun tak sabar nak perdaya orang lain pula!

Korang pun tak sabar jugak nak kaya, sampai korang takde masa untuk rujuk peguam atau orang terdekat atau baca buku Hamka keretamayat. Terus buat Investment puluh ribu ada yang cecah juta secara senyap-senyap dan bila dah sangkut…

Dari sifat tamak, tukar kepada MALU tak kena tempat, terus rahsiakan kena tipu sebab malu sangat kalau orang tahu, malu nak cari peguam lawan sebab dah habis modal tak kan nak meminjam? Adohai.., ,

Last-last korang cakap nak sedapkan hati: “tak pe lah nanti scammer merangkak cari saya di akhirat”

Jadi scammer pun enjoy cari mangsa baru sebab korang malu nak kongsikan kisah bagaimana korang boleh tertipu. Korang lebih rela jumpa di akhirat sedangkan dengan cara korang membisu, maka lebih ramai mangsa akan terkena.

Nasihat saya kepada yang kena tipu, updatelah FB, bagitahu saya kena tipu sebab kejahilan saya, dan kongsi tip bagaimana nak elak dari awal.

Kepada yang belum kena tipu, sebelum nak invest atau nak pindahan wang kepada pihak ke 3, tolonglah buat solat istikharah dan tahajud serta hajat. Doa kepada Allah minta petunjuk dan jangan nak syok sangat nak pencen esok.

Lepas tu bermesyuaratlah dengan orang lain, jangan tamak .

Ada duit, belilah buku dan membacalah.

Membaca jambatan ilmu, tak membaca jambatan scammer!

Woha!

Ps: Siapa nak baca bahan bacaan yang rare, yang boleh meluaskan kawasan otak, hingga mampu berfikir luar kotak, saya ada buku best, sila rujuk komen. (sempat promote, hehe)

"Membaca jambatan ilmu, tak membaca jambatan scammer!"

 

 

Oct 26, 2020

Solat Lewat Isyak itu bagus?

Salam abang mayat, saya dengar solat isyak lewat malam lebih afdal, maka saya berjaga lewat dan tak tidur takut subuh tertinggal, lepas solat isyak jam tiga pagi, saya nak solat tahajjud, tapi tak boleh sebab saya belum tidur, jadi saya dalam dilemma, jika tidur terus terlajak subuh?, jika tak tidur tak boleh solat tahajud, boleh tuan mayat share jawapan tuan?

XXXXXXX

Salam, Nak jawab bab masalah agama, kena faham bahawa islam itu adil dan perlu terlihat adil. Adilnya islam maka Islam tidak boleh halang orang nak buat baik dan Islam kena larang orang buat salah. Itulah adil.

Dalam masalah kamu, nak tahajjud tapi belum tidur, maka islam tak halang sesiapapun nak solat malam tanpa tidur, boleh jer nak qiamulai tanpa tidur, ada kisah zaman dulu orang solat isyak dan subuh wudhu yang sama sebab ibadat tanpa tidur wudhu tak batal,

Cuma bonus pahala lebih bagi mereka yang dah tidur sebab sanggup tinggalkan keselesaan dan pilih untuk ibadat malam, maka solatlah kamu lepas isyak jam tiga pagi tu, solat tasbih ke, solat taubat ke, solat sunat apa apa ke, teruskan, sebab Islam tidak boleh halang orang nak buat baik selagi kebaikkan itu tak bertentangan dengan syariat islam. Cuma lebih afdal jika tidur, tak tidur lagi nak ibadat jugak, no problem. Teruskan.

Tapi sini abang nak kene tegurlah, kerana Islam juga ajar, kita kena larang orang buat salah, maka yang kamu pergi melewatkan solat isyak sebab nak pahala lebih tu tak betul, sebab pahala lebih solat jam tiga pagi dah diganti dengan tahajjud, dan solat isyak masuk lepas habis cahaya matahari di kaki langit, jam 8.30 macam tu, dan banyak hadis suruh solat awal waktu, berjemaah, tempat azan di azankan.

Maka perbuatan sengaja lewatkan isyak tak betul sebab mati tu tiba tiba, tapi jika Nak lewatkan solat jugak, boleh.., iaitu kena ada alasan kukuh, seperti sedang berperang, sedang berjihad, sedang belajar dan lewat itu secara berjemaah, bukan individu, contoh ustaz nak ceramah sampai 10 malam, maka bolehlah solat isyak lewat 10 malam tapi masih berjemaah kerana itu adalah Sunnah.

Now you Know!

 

Kenapa lelaki bersunat?

“Abang mayat, saya ada dua soalan, Kenapa orang islam kena sunat potong hujung zakar? Kalau betul bagus bersunat, lebih baik Tuhan tak perlu buat selaput zakar!”

Hamka said:

Bang, bayangkan jika ada agama yang tak bagi potong apa apa pun pada badan, rambut tak boleh, misai tak boleh potong, janggut tak potong, kuku tak potong, bulu kemaluan tak potong, semua tak potong, apa akan jadi? Nak makan nasi tapi kuku panjang sedepa, waktu nak suap kena selak muka sebab rambut tutup muka cecah lantai, dan bila dah selak muka kena selak misai pulak, tak ke susah?

Jadi Islam ni agama paling common sense, benda boleh potong, kita potong, Nabi bagitahu 40 hari kena potong misai, bulu ketiak, bulu kemaluan, dan lain-lain.

Orang isam ni pembersih, hingga kuku kena bersih sebab nak solat lima kali sehari, jadi salah ke potong hujung kulit zakar (prepuce foreskin)agar lebih bersih waktu kencing terus keluar tenpa berputar dalam kulit zakar?, bini nak pegang pun suka sebab ada lekuk, lepas tu senang nak basuh. Common sense semua tu!

Nak mudah faham,

Allah bagi tahu hidup ni ujian, bila ujian dah tentu ada peluang untuk buat benda betul dan ada peluang untuk buat benda salah.

Macam di sekolah ,cikgu buat ujian, contoh soalan, antara berikut, makanan manakah yang sihat?

A) Sayur

B) Burger

C) Snek

D) Sos Cili

Tak kan kau nak cakap, Cikgu patutnya jangan bagi pilihan jawapan B, C, dan D, bagi A cukuplah, nanti saya jawab snek sebab saya suka snek,tak lulus pulak, Adohai..

Sebab tu cikgu suruh belajar, lepas tu jawablah ujian ikut fakta, bukan ikut nafsu, ada jawapan betul dan ada jawapan salah. Korang pilihlah ikut ilmu yang di pelajari, dapat cikgu sesat, maka sesatlah korang, sebab tu berguru ni kena ramai, baru tak sesat.

Balik pada islam, pun sama, hidup ni ujian,

contoh soalan islam, antara berikut, makanan manakah yang halal?

A) Ayam

B) Babi

C) Tahik

D) Mayat

Tak kan kau nak cakap, Allah patutnya jangan cipta tahik, jangan cipta babi, , nanti saya makan babi, maka salah Tuhan sebab sediakan Babi. Adohai..

Itulah Ujian, Nabi adam dan Hawa di Syurga di larang makan buah larangan, dan diberi pilihan beratus ratus jenih buah, itulah ujian. Lepas tu Nabi adam diberi ilmu, tapi akhirnya nafsu sendiri, menguasai manusia.. Nabi adam salah makan, dan dibuang ke dunia…

Jadi cerita bab nafsu, mudahkan lagi penerangan kita tengok contoh 100 orang gemok, mereka semua diberi ilmu cara nak kurus, lepas tu setiap hari mereka boleh pilih nak makan makanan sihat atau tak sihat. Mereka boleh pilih nak bersemam atau nak berehat,

Setahun kemudian, 10 orang Berjaya kurus, 90 orang lagi bertambah gemok, sekarang nak salahkan siapa? Nak salahkan makanan lazat tapi tak sihat? Nak salahkan neflix? Nak salahkan sofa? Padahal korang sendiri yang tak mampu kawal nafsu.

Maka begitulah hidup, Nabi bagitahu bukan semua orang masuk syurga, ramai yang akan masuk neraka, sahabat Tanya siapa yang masuk syurga, Nabi bagitahu orang yang ikut Sunnah, maka balik pada bersunat, selain dari common sense kajian sains bahawa berkhatan itu lebih bersih, yang penting berkhatan tu adalah Sunnah. Faham?

Ok, apa soalan kedua?

“Err, tak jadi nak Tanya sebab abang dah jawab”

Yang mana tu?

“kenapa tuhan cipta babi jika tak boleh di makan?, tapi abang dah jawab tadi, saya dah faham”

Woha!

 

Oct 25, 2020

Jarakkan Solat tak sah?

“Abang mayat, Ada Pak wahab bagitahu solat jarakkan saf ni bukan Sunnah, bidaah, lebih baik solat sorang sorang kat rumah, boleh saf rapat dengan anak bini. Kalau pergi solat jugak, jarakkan saf, tak sah sebab bidaah! Bidaah haram, Nabi tak ngaku ummat! Bila baca hujah mereka macam masuk akal jugak, saya jadi serba salah, mohon pencerahan”

Hamka said:

Adohai, Sampai macam tu sekali kefahaman bidaah mereka? Dengan kefahaman yang cetek sebeginilah hingga orang macam ni, sangup bidaah sesatkan orang yang zikir lepas solat,orang tahlil, orang baca Yassin malam jumaat, dan sekarang orang solat jarakkan saf pun nak di biadah sesatkan?

Benda simple jer ni, bagitahu kat Pak wahab tu, Jarakkan saf ni sebab nak jaga nyawa. Bila berdepan dengan hokum agama dan nyawa, islam ajar, jaga nyawa dulu!

Tak percaya? ada kisah sahabat nabi yang dipaksa murtad, jika tak murtad akan dibunuh, maka sahabat ini pura pura murtad dan bila bertemu Rasulullah, Nabi kata Allah lebih tahu hatimu dan tak salah perbuatan itu sebab darurat. Jaga nyawa dengan pura pura murtad dibenarkan, Nampak tak pak wahab?

Contoh lain, bila lapar kebulur tak ada makanan yang ada hanya babi, fatwa agama menjadi longgar hinggga boleh makan babi demi selamatkan nyawa.

BOLEH MAKAN BABI sebab nak jaga nyawa, tau tak?!

Maka dalam bab hukum agama dan nyawa, maka kena dahulukan nyawa, jarakkan saf ni sebab nak jaga nyawa, solat jumaat wajib, jalan terus, solat Jemaah fardu kifayah jalan terus. Tapi bila rapatkan saf risiko wabak berjangkit terutama pada orang tua dan yang ada penyakit kronik, maka kenalah jarakkan saf.

Dan Nampak teknik begini berjaya sebab belum jumpa cluster masjid sebab mereka jaga jarak, jadi marilah kita solat berjemaah walaupun terpaksa jarakkan saf demi menjaga solat berjemaah dan pada masa yang sama menjaga nyawa, hashtag, Allah jaga kita, dan Allah tak ubah nasib kaum yang tak nak berubah, maka kita jaga kita dengan izin Allah.

Bila fikir balik, Patut bila jarakkan saf, masjid penuh sebab dah banyak ruang, rupanya tak penuh jugak sebab pak wahab ramai solat kat rumah rupanya.

Adohai.

Ps: Ada orang kata kat Mekah ramai orang macam Pak wahab, tapi elok jer solat jarakkan saf, tawaf jarakkan saf, Pak wahab Malaysia jangan over sangat boleh tak?

Woha!

 

Serban bukan Sunnah?

Ada orang suka Micheal Jackson lalu pakai macam Micheal. Ada orang suka Kpop lalu pakai baju macam Kpop, warna rambut macam Kpop. Ada orang suka Punk. Pakai baju macam Punk. Ada orang Iron Man siap pakai kostum ke sana sini.

Semua faham benda tu tak pelik kerana bila cinta seseorang kita nak sangat menyerupai orang yang kita cintai, kecuali kita tak pernah minat apa apalah!

Rujuk gambar, Mamat tu cinta Nabi siap pakai serban dan jubah. Lalu ada orang bagitahu itu bukan sunnah. Maka mamat tu bercakap jujur sebab sunah ada tiga.

SIRAH-Gaya hidup nabi dari bangun tidur hingga tidur balik. Semua ada adab dan sunnah. Buat dapat pahala.

SURAH-Penampilan Nabi. Dari hujung rambut ke hujung kaki ada adab dan Sunnah. Tiru kerana cinta dapat pahala.

SARIRAH-Kerisauan Nabi berfikir bagaimana suasana agama dapat disebarkan ke seluruh alam.

Jadi mamat tu ada kesemua sunnah. Penampilannya akan buatkan orang teringat Nabi. Percakapannya lemah lembut bagitahu saya ikut Sunnah. Dan dia tersengeh itu adalah sunnah Nabi suka tersenyum dan tidak suka berdebat dengan orang jahil.

Tahniah brother.

Abang walaupun suka bertanjak, tak akan komplen orang berserban kerana itu adalah sunnah Nabi.

Semoga Dr dalam cerita ini tempah tanjak banyak banyak dengan abang mayat.

Woha!

 


 

Oct 24, 2020

Isteri Tak pandai tumbuk Sambal?

Janganlah marah jika tak faham nasihat di sebalik pantun melayu.

Pesan pantun ni nak cari bini jangan tengok wajah cantik semata mata. Tengok juga tahap ilmunya. Jika tumbuk sambal yang tak guna dapur api pun tak pandai yang lain apatah lagi?

Sekali dapat bini anti vaksin, anti beranak di hospital, anti bank islam, anti memasak tak ke naya?

Maka pesan saya kepada orang bujang:

Sebelum saya kahwin, saya belajar beberapa perkara agar bini dan anak lebih gembira hidup dengan saya:

Saya belajar main gitar- bini suka dan anak pun suka.

Saya belajar melukis –bini suka, anak lagi suka!

Saya belajar mewarna- Anak suka sangat.

Aku hafal lagu popular-dalam radio, bila ada lagu lama, saya menyanyi dengan baik, bini terhibur, anakpun gembira.

Saya belajar Bahasa English- anak suka tanya jika tak faham.

Saya belajar Sains-bini dan anak akan dapat penerangan lebih bila berlaku peristiwa.

Saya belajar agama- bini dan anak akan dapat penerangan lebih bila ada masalah agama.

Okey banyak nak cerita. Tak habis tiga hari tiga malam.

Bini saya pulak, sebelum kahwin dah belajar tumbuk sambal, dan belajar memasak, belajar kemas rumah, belajar basuh baju, belajar jemu baju, lipat baju, kemas dapur dan sebagainya.

Hasilnya saya rasa sangat lapang serta tenang dan masa menulis idea mencurah curah sebab rumah kemas dan minum pakai semua cukup.

Bini saya juga belajar menjahit sebelum kahwin, tahun pertama hari jadi dia minta hadiah mesin jahit, sekarang langsir rumah dan baju anak-anak, banyak bini yang jahit. Alhamdulillah, mesin jahit tu masih elok sampai sekarang siap buas bisnes jahit tanjak.

Bini saya juga belajar hias rumah dan hias halaman, lepas kahwin sayadah tak payah pening kepala.

Bini saya pernah bercita cita nak jadi cikgu-tapi takde rezeki, namun lepas kahwin anak anak dapat kelas tuisyen percuma, bila anak cemerlang- anak dapat hadiah, bini pun dapat-woha!

Bini saya juga pandai mengaji-lepas kahwin anak anak semua mengaji dengan dia sampai khatam.

Banyak jika nak cerita. Tak habis tiga hari tiga malam.

Moralnya di sini, kepada orang bujang, tambah kemahiran korang, belajar sekarang, nanti lepas kahwin, pasangan korang akan rasa diri korang ni asset, bukan liability.

Jangan buang masa main game, tengok TV, melepak, dan update fesyen, jangan! Baik korang pergi belajar menjahit, belajar berenang, belajar asas elektrik, belajar ilmu rumah tangga, belajar tumbuk sambal dan belajar agama, sebab nanti bila dah kahwin, korang akan buat bini dan anak gembira.

Nampak tak?

Sila kagum dari jauh!

Woha!

Pulau Tioman lengang?

 (kisah minggu lepas)

Saya baru balik dari Tioman. Waktu parking kereta kat Tanjung gemok dah nampak lengang.

Naik Feri juga kurang orang. Dan bila sampai Tioman suasananya lengang macam hari bekerja. Rupanya PKPB di KL beri kesan ekonomi pada seluruh negeri terutama sektor pelancongan.

Dengar cerita Ikan patin di Temerloh pun terjejas.

Saya asalnya dapat tempah bilik mengadap hutan sebab tempah last minit tapi di beri bilik mengadap laut sebab saya jer yang menghuni resort tu. Alhamdulillah.

Petang tu kitaorang mandi laut hanya saya anak beranak. Resort semua berkunci.

Takde lagi mat saleh seksi atau amoi berbikini ke sana ke mari. Hanya ada kerang, coral, ombak dan langit yang membisu.

Esoknya plan nak diving tapi takde group yang saya boleh tumpang. Lepas tu saya ajak anak bini snorkelling tapi takde bot sebab bot nak kena penuh 15 orang baru jalan.

Terus anak syurga saya yang dah siap pakai baju mandi kesedihan dan tauke bot bila tahu itu anak OKU autisme terus sanggup bawa kami sekeluarga sahaja pergi snorkeling di empat lokasi.

Bila lapar driver bot parking pelabuhan bot mewah Tekik dan lunch di sana lepas tu sambung lagi snorkeling. Memang jadi aquaman sepenuh masa. Ha ha.

Ikan di laut pula pelik tengok hanya kami yang snorkeling terus keluar ramai ramai buat anak syurga geli geleman tak nak lepas pelampung.

Malam tu hanya saya dan isteri lepak tepi laut tengok matahari terbenam ditemani bulan mengambang. Pulau Tioman kini sepi tanpa pelancong.

Dalam kesunyian malam saya buka cerita hantu. Bini tak seram pun walau hanya kami di resort itu.

Kata bini: "Hantu pun takut Covid 19"

"Kalau zombie?"

"Jika ada wabak zombie senang nak handle sebab zombie tak ramai. Kan bang?"

Woha!

MAKSUD DI SEBALIK GAMBAR


"Matahari terbenam.. Jom ambik gambar"

"Jom"

"Awak tadah tangan, abang buat macam ni"

"Apa maksudnya gambar ni?"

"Jika matahari boleh di capai, Abang sanggup hadiahkan pada saya?"

"Kurang tepat"

"Antara indah cahaya suria, abang pilih senyuman saya"

"Hampir tepat"

"Abang nak letakkan bulan dan matahari di tangan saya"

"Sikit lagi"

"Alahai... tak tahulah, apa maksud gambar ni?"

"Rasengan Naroto"

"Hinata terima"

Woha!

IBADAT TERMUDAH


"Awak tahu apa ibadat paling mudah sekarang ini?"

"Tengok laut dapat pahala"

"Bini tengok suami dengan kasih sayangpun dapat pahala"

"Awak tahu apa persamaan awak dengan laut"

"Keduanya memabukkan abang?"

"abang tak mabuk laut.. maka persamaan awak dan laut, keduanya bila abang tengok dapat pahala"

"Perghhh, pick up line ada selit hadis"

Woha! 


Oct 22, 2020

E Book Permata Yang Hilang? Klik sini!

Ebook ini bukanlah sekuel kepada buku Permata yang Hilang (1992) kerana ‘permata yang hilang’ dalam buku tersebut tidaklah sama dengan ‘permata yang hilang’ dalam buku ini kerana  Permata yang Hilang Kini Dijumpai.

 Permata yang Hilang  (1992) mungkin merujuk kepada adat resam memecahkan dara isteri atau menguatkan zakar suami. Sedangkan Permata yang Hilang Kini Dijumpai pula lebih merujuk kepada makna cinta dan erti kasih sayang. Bak kata penyanyi Madonna ketika orang ramai tersilap dalam menafsir maksud lagu Like a Virgin yang kononnya adalah berkenaan seks dan zakar, maka jawabnya, 

“Like a Virgin – It’s not about dick, it’s about love.”

So do I.

Woha!

Klik sini untuk beli

Oct 18, 2020

Biar tak hensem tapi kaya?


 

Kaya yang bagaimana?, kaya jiwa.., jangan miskin jiwa sebab miskin jiwa ni pula boleh bawa kepada miskin akhirat hingga susah nak masuk Syurga.

Apa tanda miskin jiwa?

1. Dengki dan sakit hati bila lihat orang lain lebih berjaya dan senang daripada dia. Sepatutnya buat baik dan belajar, bukannya dengki dan menjauhkan diri. Nampak status 100 like pun dengki, terus tak nak like, aduhhh.,. ada hadis amalan ahli syurga adalah tak pernah dengki dengan rezeki harta orang lain banyak.

2. Susah nak terima teguran.  Dia rasa takda apa yang perlu dia ubah sebab dia sentiasa betul. Sikit sikit salah orang lain, dulu salah najib, lepas tu salah anwar, lepas tu salah tun, lepas tu salah sana,  salah sini, semua salah orang.., macam syaitan salahkan adam, lepas tu bersumpah nak sesatkan anak adam, lepas tu masuk neraka, aduhai…

3. Tak rasa bersalah tak bayar hutang.  Dia rasa lambat lagi nak mati, so boleh tangguh-tangguh lagi padahal orang tahajud siang malam, puasa tiap hari, baca Al quran sampai koyak, lepas tu mati syahid, patut masuk syurga tapi tergantung rohnya sebab mati berhutang. azab mati tinggal hutang ni bang...

4. Suka meminta-minta.  Bila dah dapat, rasa diri hebat sebab berjaya ambil kesempatan kepada orang lain, padahal meminta minta adalah pintu syirik, jangan mengharap pada mahkluk, jangan minta pada makhluk, usaha sambal bertawakal itu Sunnah! Usaha sambil ambik kesempatan itu adalah bidaah!

5. Suka bersangka buruk dengan orang lain.  Malah bercakap dan mengumpat kat belakang bila ada sangkaan-sangkaan tu, bukannya nak tanya tuan punya diri. Ni boleh jadi fitnah tau! Sedangkan mengumpat itu dosa walaupun betul, dan menfitnah itu dosa besar sebab tak betul! Celakalah si pengumpat dan si pengkeji!

6. Tidak menghargai ilmu.  Bila ada bayaran, dikatanya mahal.  Bila bagi free, dikatanya takda value. Maka hargailah ilmu sama ada korang dapat secara percuma (baca FB ini misalnya) atau korang dapat cara bayar(beli buku saya misalnya) hargailah, maka terbukalah pintu ilmu segala ilham al laduni, insyaAllah!

7. Kedekut ilmu, pun miskin jiwa jugak, padahal lagi banyak kita kongsi, lagi banyak Allah tambah, saya menulis 12 buku, dan beratus ratus status di blog serta FB serta Youtube, tapi tiap pagi, saya rasa banyak lagi ilmu yang belum saya kongsi…, saya rasa banyak lagi ilmu yang saya pelajari. oh...

Ada dua ebook sedap baca, sangat rekemen untuk anak bini pandang rezeki dari sudut rohani dan jasmani, dunia dan islamik, tajuknya:

55 rahsia rezeki mengalik tanpa henti

https://attract.onpay.my/order/form/rm01tp/mhamka

Ebook Bijak Menguruskan Wang dan 17 VIDEO Seminar

https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/videoBMW/Hamka

Jika tak suka ebook nak bacaan dalam bentuk buku, klik sini:

https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/po-bsbmw/Hamka

Terima kasih sudi membeli di halaman kereta mayat-Semoga Woha sampai syurga!

Selamat kayakan jiwa, dan kayakan penulis penulis di Malaysia.

Woha!

Oct 16, 2020

Orang tua bunuh diri?


 

A Man Called Ove (2015)

Berkaca jugak mata saya dan isteri waktu menonton filem ini.

Kisah orang tua yang rindukan isteri, bencikan hidup, bencikan jiran, bencikan sistem, lalu nak bunuh diri.

Tapi tiap kali nak bunuh diri, ada takdir tertulis untuk dia meneruskan hidup.

Filem power dari Swedish terbit tahun 2015 hasil adaptasi novel yang sama judulnya 2012. Terus filem ni tercalon dalam enam anugerah, dan menang Guldbagge Awards juga masuk 89th Academy Awards.

Oleh sebab filem ini dalam Bahasa Swedish maka Tom Hanks nak terbitkan nanti versi Hollywood dan dia sendiri akan berlakon, kita tunggulah filem Kisah orang tua yang rindukan isteri, bencikan hidup, bencikan jiran, bencikan sitem, lalu nak bunuh diri. Tapi tiap kali nak bunuh diri, ada takdir tertulis untuk dia meneruskan hidup.

Habis filem ini, saya terus terfikir:

Dalam hidup ini, apa yang paling penting?

Tengok waktu kita kecik, bawak mainan kesayangan waktu tidur, bawak ke hulu dan ke hilir, kesana kesini, sebab mainan sangat penting bagi kita di zaman kanak-kanak, tapi bila remaja, kita dah malu dengan mainan tu, siap campak atau bagi pada anak jiran.

Masa remaja, mungkin ada yang rasa popular di sekolah itu penting, baju berjenama itu penting, seluar fesyen terkini tu penting, potongan rambut  gaya terkini itu penting, drama episod di TV kena follow sampai habis episod, komik kena baca semuanya, muzik terkini kena update, dan sebagainya sebab semua itu penting bagi seorang remaja,

Tapi masuk umur 20-an, baru fikir balik, ada kereta yang mahal tu penting nak cari awek atau jalan sini sana, kerja lompat sini sana tak kisah, janji dapat duit, belajar sampai habis tu penting kalau tak susah dapat kerja, dapat cari pasangan hidup tu penting kalau tak matilah sorang sorang sampai tua tak ada tempat kongsi suka duka, dan korang waktu tu mungkin ada cita cita nak takluk dunia, nak kembara seluruh alam, nak berkarya dengan mahakarya gempak, nak ubah dunia menjadi lebih baik.

Masuk umur lepas kahwin, fikiran manusia mula jadi rasional, kerja yang stabil dengan pendapatan tinggi pulak yang penting, atau buat bisnes paling untung sehingga jadi kaya itu penting, kemudian focus pada anak, belanja segalanya pada anak.

Anak anak pun membesar, impian besar nak ubah dunia masa remaja dah jadi kepada rutin kecil dalam mencari duit untuk pastikan anak berjaya, pastikan anak masuk U dan kahwin dan bekerja, lalu kita semua akhirnya jadi orang tua. Anak anak bekerja dan berkahwin, di waktu tua, apa yang penting?

Bila dah tua, umur pencen, zaman bersara, kesihatan semakin menurun, tengok TV dah tak bernafsu, baca surat khabarpun dah tak faham dengan dunia yang semakin melupakan kita. Kawan kawanpun sibuk dengan urusan dunia tua mereka.

Waktu tua, yang penting adalah keluarga, pasangan kita, anak anak kita, kesihatan, kawan dekat yang baik.

Tapi kawan yang baik pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting dari kita, anak anak pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting dari kita, maka yang tinggal hanyalah baki kesihatan, baki harta, dan baku umur pasangan hidup,.

Tambah umur sikit lagi, gigi dah mula luruh pakai gigi palsu, mata dah kabur sampai cermin mata dah habis power, telinga dah tuli pakai alat elektronik pun tak berapa nak dengar, naik tangga pun dah penat, tutun tangga dah berpimpin, kencing berak pun tak boleh nak tahan, lalu siapa yang sanggup basuh kencing berak kita?, suap makan kita? Mandi bersih kita? Salin baju dan lampin kita? Siapa?

Pasangan kita lah yang sanggup sehidup semati yang turut sama bergelut dengan baki kesihatan macam kita, tinggal sama ada dia atau kita pergi dulu, yang mana akhirnya, jika pasangan pergi dulu, maka tinggalkan kita bersama anak yang soleh dan solehah yang masih boleh diharapkan untuk tutup aib kita sebelum kita tutup mata.

Semoga senyuman anak sewaktu tukar lampin kita bukan senyuman palsu, tapi itulah, anakpun sibuk dengan urusan mereka.

Akhirnya tinggalah kita sebatang kera, tunggu anak telefon Tanya kabar, bawa pulang cucu sorang dia untuk meriahkan kesunyian hati?

Balik pada A Man Called Ove (Spoler menyusul)

Beliau masa kecik pentingkan ayah, sebab ibunya meninggal waktu kecik, bila ayahnya suruh rajin belajar, dia Berjaya jadi pelajar cemerlang, namun harinya dapat result cemerlang, hari itulah ayahnya mati. Maka hidupnya tiada tujuan kecuali uruskan harta ayah sebuah rumah, namun rumahnya di rampas kerajaan dan dia terus berkelana.

Dijalanan jatuh cinta, dan wanita itu galakkan dia belajar hingga dapat degree, dan mereka berkahwin, dia jadi jurutera.

Waktu itu apa yang penting bagi Ove adalah kerjaya, dan isterinya dan bakal anaknya.

Semua kelengkapan menyambut anak telah di buat, tapi isterinya keguguran.

Lama mereka hidup tanpa anak, hinggalah waktu beliau nak bersara, isterinya mati kerana cancer.

Sedar tiada apa yang penting dalam hidup, maka Ove nak bunuh diri…

Tapi ketahuilah bahawa dalam islam bunuh diri adalah haram, dan kajian bunuh diri di Malaysia, walaupun majoroti penduduk agama islam, tapi kadar bunuh diri dikalangan orang islam adalah rendah.

Saya sendiri yang hidup bersama orang islam, sangat susah nak jumpa pakcik makcik yang bunuh diri di kampong. Sangat susah! Orang islam bila tua ramai yang bersyukur buatkan hidup mereka tenang.

Jadi begitulah, sungguh orang islam ada perkara penting dalam hidup iaitu MENCINTAI TUHAN.

Maka kepada semua orang tua yang kesunyian… yang sedang sakit, yang sedang sedih, yang sedang menderita.. yang sedang dilupakan, yang telah dilupakan...

Mungkin selepas atau sebelum musim haji nanti, atau sebelum bulan puasa, atau antara dua waktu solat, kita akan mati dan pergi jumpa Allah.

Allah yang tak pernah tinggalkan kita, dan menunggu jiwa yang tenang datang kepadaNYA untuk digembirakan dengan Rahmat seluas Syurga!

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku” (Al-Fajr 27-30)

Tapi waktu tu nak tenang apa kebendanya jika hidup selalu lupa Tuhan, lupa Allah!

Jadi apa yang paling penting dalam hidup ini adalah: TUHAN!

Itu jer saya nak kabor.

Tuhan yang tak pernah lupakan kita, sebab tu orang lupa tuhan, semuanya masuk neraka sebab tuhan ingat pada mereka, Cuma kita jer yang lupa Tuhan dan lagnsung tak mencariNya walau sudah di hujung usia.

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas”

Semoga Woha sampai syurga!

Woha!

#hamkafilm

Oct 15, 2020

Kita ni Firaun ke?

Semalam ada ustaz datang ziarah saya, saya pun ambik peluang untuk bertanya soalan agama:

“Ustaz, kenapa dalam Al quran banyak sangat kisah Firaun?”

“Sebab Allah tak nak kiita semua ikut jejak langkah firaun, maka Allah detailkan sifat firaun agar kita tak jadi macam firaun”

“Boleh ustaz cerita apa sifat Firaun yang kita kena hindari?”

“Ada banyak, saya nak ambik contoh terus depan mata, kamu ada tafsir?”

Sayapun terus ambik tafsir dari rak buku di ruang tamu, saya bagi pada ustaz, ustaz tu terus buka Surah Az Zukhruf.

“Baik, hamka, bacakan ayat 51 hingga 53”

Saya pun baca..

Ayat 51: Dan Firaun menyeru kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah ku? Tidakkah kamu melihatnya?

Ayat 52: "Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?

Ayat 53:"maka sepatutnya ia dipakaikan gelang-gelang emas, atau datang malaikat bersama-sama dengannya”

Habis baca, ustaz terus buka mulut:

“Bagus, dari tiga ayat ini, setiap ayat menceritakan dua sifat firaun, menjadikan ada enam sifat firaun yang jangan kita buat”

“Cer citer”

“Ayat 51, Firaun akan gunakan pangkat sebagai hujah kebenaran, Akulah Raja, hari ni ada orang jadi Menteri dah berlagak, bila kritik mereka kata korang bukan Meteri tak layak nak kritik mereka, lepas tu Firaun bagitahu dia menguasa Sungai bermaksud jajahannya yang luas, lalu gunakan hujah hartanya sebagai kebenaran, maka kita jika berhujah guna pangkat dan harta sebagai modal memang dah nak jadi firaun!”

“Aduh, betul ustaz, hari ni pangkat dan harta di salah guna untuk terus berkuasa, dan menolak kebenaran”

“Ayat 52, Firaun serang peribadi Nabi Musa, dengan tuduh Nabi Musa hina sebab keturunan entah dari mana, dan hina mulut gagap Nabi Musa tak lancar, maka akhir zaman, jika kita berhujah dan serang peribadi orang, hina keturunan dia, hina fizikal dia, maka dah jadi firaunlah kita!”

“aduh ustaz, ni buli cyber zaman ni, ramai hina bangsa dan kekurangan diri”

“Ayat 53, Firaun guna hujah: kenapa Tuhan tak jadikan Nabi Musa kaya dengan penuh emas di badan? Dan kenapa bukan Malaikat turun bersamanya!? Ini orang islam belum sampai tahap ni, tapi jika kita berhujah dengan orang kafir, selamba mereka akan balas, kenapa orang islam ramai miskin dan kenapa malaikat tak datang dakwah dia? Padahal orang kafir tu tak bacapun Al quran, tapi berhujah sebijik macam Firaun, kerana Allah nak bagitahu, jika kita ada enam sifat ni, maka kita akan mendapat nasib macam firaun iaitu:

1. Bangga dengan pangkat

2. Bangga dengan harta

3. Hina bangsa lain

4. Hina peribadi orang

5. Hina pendakwah miskin.

6. Cabar Tuhan kenapa tak hantar Malaikat?

Jadi moral kepada kita semua, janganlah kita ikut jejak langkah Firaun kerana Firaun sekarang diazab oleh Allah selama lamanya.

*****

Panjang lagi ustaz tu cerita tentang tafsir Al quran, malam makin larut, dan ustaz minta diri. Saya cakap terima kasih ustaz datang dakwah pada saya walaupun di zaman PKPP ini..

Ustaz bagitahu perintah Allah ni macam air, jika di sekat kita kena cari lubang kecil untuk terus mengalir, macam solat, sakit macam mana pun solat tetap kena buat sama ada duduk ataupun baring, dakwah tak boleh rumah ke rumah macam zaman Nabi dulu, kita tetap kena buat dengan ziarah sesama kita dan ingat mengingati. InsyaAllah, jalan terus sampai mati.

Ustaz balik, terus saya tulis dan share, moga ada kebaikkan, dan moga kita semua tak menerima nasib macam Firaun!

Hamka Keretamayat

PKPP 2020.

Woha!

Oct 14, 2020

Jahil bab dunia?

 

Saya kat rumah, selalu main gitar buat wife, Tanya nak lagu apa?

Wife cakap January! Glenn Fredly?!

Aduh, langsung tak de dalam radar! Jahil sungguh bab dunia ni! Abang tak reti lagu January, lagu Febuary boleh?

Bini layan, maka Sepantas kilat saya menyanyi lagu Sekuntum Mawar Merah di Bulan Febuary! Alleycats!

Habis lagu bulan Febuary, bini nak lagu bulan Mac? Skip! Abang tak tahu! April? Tak tau!

May? Nyanyi lagu Sendiri.., dinginnya di malam itu? Aci tak? Sebab kumpulan May.

Tak aci, Jun?-Tak tau!

Julai? Lagu Julai abang tahu.., terus saya nyanyikan lagu Selamat Hari jadi isteri sebab dia lahir bulan Julai.

Ogos?! lagu merdeka saya nyanyikan!

September?…

Suasana diam, dan saya nyanyikan lagu Wake Me Up When September Ends!

Habis Setember, saya nyanyikan lagu Tradedi Oktober, Awie! Di susuli Guns N' Roses - November Rain!

Sebagai penutup, wife nak lagu Desember!

Alamak, saya tak tahu, minta wife guna talian hayat, wife google, jumpa lagu Desember Kelabu!

Hetty Koes Endang? Desember Kelabu? Alamak saya tak tahu!

Maafkan abang sebab jahil bab dunia!

Woha!

#kisahlakibini

(Terima kasih kepada semua yang sudi beli buku Kisah Laki Bini. Kagum dari jauh!)


Oct 13, 2020

Geng Bumi rata ke ni?


 

Komen pembaca:

"Saudara Hamka. Perubatan moden bukan sahaja berbahaya, tetapi ia haram. Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan kepada kita bagaimana menjaga kesihatan dan mengurus diri sendiri apabila sakit. Bukankah lebih baik untuk kita mempercayai Nabi s.a.w berbanding perindustrian farmasi, pemerintah Amerika dan WHO?

“Dan Kami menurunkan secara beransur-ansur daripada ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan sebaliknya al-Quran tidak menambahkan untuk orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (al-Isra' : 82)

Dari ayat ini cukup Al Quran sebagai ubat penawar, perubatan hospital banyak menggunakan kandungan dadah yang merbahaya. Orang yahudi yang menjual ubat ini kepada orang islam, sedangkan mereka sendiri tidak vaksin anak mereka. Perubatan moden ciptaan yahudi telah menganggu ketenteraman semulajadi Ciptaan Allah. Lihatlah kepada petunjuk Allah (al-Quran dan Sunnah) untuk mendapatkan bantuan dalam segala perkara, termasuk kesihatan fizikal.

"Tidak ada musibah yang menimpa, tetapi dengan kebenaran (keputusan dan Qadar) Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, Dia memberi petunjuk kepada hatinya, dan Allah adalah semua Mengetahui segala sesuatu." (Qur'an 64:11).

Kita perlu bergantung kepada Allah dan memohon Allah untuk membantu kita dalam masa kita memerlukan. Penggunaan ruqya (memohon kepada Allah) adalah lebih berkuasa daripada apa-apa ubat yang boleh didapati kerana Allah adalah satu-satunya yang boleh menghantar penawar.

Fikir fikirkan lah.

**

(abang mayat jawab)

Saudara,

Untuk hidup bahagia di dunia, jangan menolak sains, dan untuk hidup bahagia di akhirat, jangan menolak sunnah.

Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan asbab bersama yakin yang betul.

Jadi Sains dan Sunnah kita guna dua dua lah, Allah tak suruh kita tolak sains. Sains ni asbab. Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan asbab bersama yakin yang betul.

Contoh sakit gigi, zamn dulu cabut guna gunting besi, Tarik kuat kuat! Zaman sekarang orang pakai bius, terpulang nak guna tak nak guna, gigi kamu, tapi bius itu sains.

Sama jugak, dulu anak songsang,keluar kaki dahulu, anak mati lemas, ibupun mati terseksa, sekarang guna bius, belah perut dan Jahit, dua dua selamat, insyaAllah.

Jadi Sains ni memudahkan manusia, perubatan juga adalah sains.

Zaman Nabi dulu, Abu Hurairah bila sawan orang pijak dengan kaki lehernya sebab itu ilmu zaman tesebut, tapi bila teknologi dah maju, mana ada orang pijak orang sawan guna kaki?

Tak salah nak guna ayat Al quran dan berdoa, tapi berusaha juga perintah Allah, seperti nabi ikat buraq binatang syurga, dan benarkan wanita bawa bahan rawatan untuk balut luka orang cedera dalam perang.

Ingat tak arwah Ustaz Harun Din, pakar rawat guna ayat Al quran, tapi bila beliau sakit jantung, telah pergi berubat di di Stanford Hospital, San Francisco, kemudian sambung berubat di Intitut Jantung Negara, kenapa?

Kerana arwah Ustaz Harun Din tak tolak Sains. Di Samping berdoa dan makan makanan sunnah, tidaklah salah berubat cara moden. Bak kata Saidina Umar kepada Abu Ubaidah al-Jarrah yang anggap usaha Umar untuk mengelak wabak sebagai cubaan lari dari ketentuan Allah.

Umar menjawab:

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

Jadi zaman sekarang, vaksin untuk Covid 19 belum di temui, selain berdoa, patuhlah arahan PKP kerana dalam Islam bila wabak kusta berlaku di satu kawasan, maka di larang orang sihat ke kawasan wabak, dan di larang orang ada kusta keluar dari kawasan wabak. Itulah sains dan Sunnah.

Akhir kata, bila covid melanda, masjid tutup, kelab malam tutup, semua tutup. Habis PKP, masjid di buka dengan penjarakkan social dan kelab malam masih ditutup.

Semoga mereka yang selama ini mencari ketenagan di kelab malam dapat mencari di dalam masjid.

Woha!

Oct 12, 2020

Pencuri Selipar Masjid?

 


Saya bukan pencuri selipar Masjid! Dan tidak pernah seumur hidup mencuri selipar masjid.

Jika selipar saya hilang, saya akan balik kaki ayam. Saya lebih rela berjalan berkaki ayam daripada berjalan dengan muka di neraka!

Tapi hari ini selipar bertanda macam ni ada depan rumah saya.

Kisahnya semalam, saya singgah di Pantai Moknik, atau Monica Bay di Kemaman, minum air kelapa sambil tengok kapal besar berlabuh, juga sambil saya mengunyah keropok lekor.

Dah kenyang, rasa nak ke tandas.

Waktu masuk, ada remaja jaga tandas tegur:

“Pakcik, tak boleh pakai selipar pakcik, kena pakai selipar tandas”

Saya tukar selipar, dan melabur.

Bila keluar, saya bayar 30sen.

Sampai rumah di Kuantan, baru perasan selipar saya tertinggal di Tandas Awam Pantai Mok Nik!

Sedap sangat melabur dalam tandas hingga lupa modal deposit depan tandas, adohai..

Takpe! Lain hari akan saya ke sana lagi, akan saya pulangkan selipar ini, walau selipar mahal saya dah hilang, takpe!

Sebab Hidup di dunia ini hanya sementara, Jangan pernah ambik barang orang, dan jika tertinggal barang kita, halalkan.

Simple!

Pantai Moknik! Mu tunggu keretamayat datang!

(alang alang siapa duduk kemaman, jika nak kirim beli buku atau tanjak, jom jumpa di Monica Bay minggu depan!)

Woha!

Oct 11, 2020

Rumah saya berhantu?

 Semalam jam 12 malam, penyewa rumah saya call, katanya rumah sewa saya berhantu.

“Cuba ceritakan”

“Pintu bilik tiba tiba terbuka dan tertutup sendiri”

“Angin kot.., bilik tu kan takde tingkap, hanya ada lubang angin dekat siling, bila perubahan suhu udara luar dan dalam berbeza, maka tekanan dan suhu akan berubah yang mana membuatkan angin keluar masuk, itu yang pintu terbuka dan tertutup”

“Ada hantu tu? Berapa lama kosong?”

“Rumah saya tu tak pernah kosong, sebelum PKP ada orang kerja petronas duduk dekat dua tahun, lepas tu Polis Kemaman duduk dekat setahun jugak, dan waktu PKP polis uruskan kemasukkan penyewa baru, kakitangan hospital duduk sebab saya tak boleh keluar rumah waktu PKP itu, dan semalam, penyewa keluar jam 9 pagi, saya cuci rumah, makcik masuk jam tiga petang, tak kan hantu terus nak masuk, hantu ni rumah 40 hari tiada orang baru ada gangguan”

“Baik, maaf saya ganggu awak”

“takpe.., InsyaAllah tiada apa apa”

Lepas perbualan tu terus saya call penyewa lama, beberapa minit kemudian..

Saya tutup telefon, isteri Tanya kenapa? Saya ceritalah pasal benda tahyul jika kita layan guna sains, akan jadi common sense, lagipun abang dah call penyewa kerja hospital shift malam, dan Tanya pernah ke kena kacau dengan hantu? Jawabnya tiada dan dia setuju beri nombor telefonnya kepada penyewa baru untuk dia cerita pengalaman duduk rumah sewa saya.

“Eh? Mana anak syurga kita?”

Ralit borak tak perasan anak syurga tiada dalam bilik, terus Kami keluar bilik tidur tengok anak syurga OKU autism saya sedang mandi dekat bilik air dapur, jam 12 malam begini dia boleh pergi main air. Adohai..

Saya pun senyap senyap tutup lampu bilik air dari luar dan menyorok.

Dia terus keluar dan jerit:

“Bonda! Hantu!”

Isteri gelak, rupanya anak syurga perasan dalam filem hantu, selalu lampu tiba tiba tertutup.

Saya keluar dan bagitahu ayah tutup, ha ha.

Anak syurga senyum dan tiada apa apa berlaku.

Jam 10 pagi esoknya, sedang tengok TV bersama anak syurga, tiba tiba black out! TV terpadam, kipas berhenti.

Anak syurga dengan selamba berkata:

“hantu buat”

Saya gelak, sebab dia memang belajar dengan melihat, abang dialah ni yang ajak dia tengok cerita hantu tutup lampu, adohai..

Saya naikkan kembali miniature circuit breaker (MCB) dan syak beban arus pada extinction cable di bilik anak bujang yang sambung terlalu banyak port perkakas elektrik adalah punca.

Tapi saya tak mampu terangkan pada anak syurga puncanya, jadi langkah pencagahan:

Jangan bagi anak syurga tengok cerita hantu sebab dunia fiziknya tak sama.

Woha!

Oct 10, 2020

12 rahsia kebahagian?

 

Skrip ringkas untuk berdoa setiap hari.. focus 12 perkara sahaja ini dahulu, yang lain akan menjadi mudah. InsyaAllah.

1.Ya Allah, saya bersyukur kerana hari ini dipilih oleh MU dapat solat awal waktu di (isikan nama masjid)

2.Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat baca surah (isikan nama surah)

3. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat berzikir tasbih (isikan nama tasbihat)

4. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat mengajar sedikit ilmu kepada (isikan nama murid)

5. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat  belajar sedikit ilmu daripada (isikan nama guru)

6. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat sedekah kepada (isikan nama si penerima)

7. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat tolong (isikan nama seseorang)

8. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana masih dicintai oleh (isikan nama orang yang korang sayang)

9. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat memafkan  (isikan nama orang yang datangkan masalah)

10. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana masih sihat waalfiat hingga dapat (isikan aktiviti senaman)

11. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana masih dapat sumber rezeki yang halal daripada (isikan perniagaan atau pekerjaan anda)

12. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat isi masa lapang dengan (isikan aktiviti seronok hari ini, seperti update status FB yang baik baik, like atau share tulisan hamka kereta mayat-woha!)

Sekian 12 skrip doa simple untuk kita enjoy dunia dan akhirat. Siapa yang bersyukur Allah akan tambah nikmat.

Terima kasih sudi like, share dan follow saya, jika teringat, selitkan nama saya dalam doamu pada nombor 5, 7, dan 12.

Kagum dari jauh!

Oct 9, 2020

Tun Maafkan Najib?


 

Saya tak sempat tonton wawancara ini, tapi bercerita tentang maaf, saya nak kongsi satu kisah...

Satu hari Nabi bagitahu ada ahli syurga akan melintas.

Lalu melintaslah seseorang yang ada kesan wuduk di wajahnya.

Esok nabi cakap hal yang sama, dan orang yang sama juga melintas.

Lusa Nabi cerita kisah ahli syurga, dan orang yang sama juga melintas.

Maka ada sahabat buat siasatan, lalu pergi ke rumah alhi syurga itu, dan mintak izin nak tumpang tidur sebab kononnya dia baru bergaduh dengan ayahnya. (bohong sunat)

Maka dalam Islam, tetamu boleh lepak 3 hari kat rumah, maka di waktu malam sahabat itu intiplah kot ahli syurga ni solat tahajjud sampai bengkak kaki tak tidur malam ke?, atau baca Al quran tak berhenti henti ke?, tapi takde?. Biasa sahaja, solat berjemaah, dan malam hari tidur.

Cukup tiga hari, sahabat ni bagitahu dia bohong jer bergaduh dengan ayah, sebenarnya dia datang nak siasat kenapa Nabi cakap kau ahli syurga?

Maka pemuda tu bagitahu, selain amalan yang wajib dalam islam, ada dua amalan tambahan dari dia:

1.Tidak dengki dengan nikmat orang lain.

2.Memaafkan semua orang sebelum tidur.

Nampak simple jer benda ni, tapi jika amal sampai ke syurga:

Lain hari Nabi SAW bersabda: “Takutlah kamu pada sifat dengki, sesungguhnya dengki itu dapat memakan kebaikan-kebaikanmu sebagaimana api memakan kayu bakar.” (HR Abu Daud).

Hari yang lain pula, Sabda Rasulullah SAW: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan ALLAH tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan melainkan kemuliaan dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan ALLAH akan mengangkatkan darjatnya." (Riwayat Muslim)

Maka marilah kita amalkan dua hadis ini, jangan berdengki dengan nikmat orang lain, dan maafkan semua salah orang sebelum mati...

Untuk itu, maafkan saya jika ada apa yang saya tulis mengguris hati korang, dan tolong jangan dengki dengan nikmat yang saya kongsi kerana saya hanya menzahirkan syukur..

Dan buat semua penyokong politik, janganlah dengki mendengki dan semoga saling bermaafan kerana bermaafan itu tak perlu tunggu menjalang hari raya, sebab menjelang hari pilihan raya pun boleh.

Woha!