Nov 16, 2010

Kuasa Minda?

(Aku nak bercuti panjang, ini entry terakhir bulan ini, jumpa lagi bulan depan jika aku dan korang masih hidup)

Copy/paste email:

“Abang, apa hukumnya jika kita menggunakan kuasa minda kita lalu menghantar gelombang otak kepada bukan muhrim kita, adakah itu juga termasuk dalam menghampiri zina?”

Tersembur air teh bila aku baca komen adik kita sorang ni..,

Dik.., blog aku bukan tempat bertanya tentang hokum hakam, pergi tanya ustaz yang bertakwa.., blog aku ni tempat aku tulis pendapat peribadi, karang jika aku kata bodoh bangang, ada pulak yang kecik hati.., isk..

Ok, aku sakit perut, nanti aku jawab..,

Sementara itu, di depan bilik air ada mesin basuh yang sedang terbuka tudungnya dan kelihatan isteri aku sedang memasukkan baju dengan cara mengasingkan pakaian yang dibawa solat dan pakaian anak anak.., sehelai demi sehelai.

Aku yang terharu kerana jarang dapat menolong beliau membasuh baju telah memeluknya dari belakang dan mencium tahi lalat dilehernya.., isteriku kegelian lantas memusingkan badannya lalu membalas pelukkan bagi melepaskan penat pada orang yang disayangi. (Juga penyumbang kepada factor utama kepenatannya..)

Teringat tentang kuasa minda yang baru aku baca tadi, lantas aku bersuara...

“ U tahu tak?, I tahu apa yang ada dalam hati U”

Isteri aku tersenyum, dan angkat kening yang bermaksud:

“Jika tahu, apa dia?”

Akupun berkata kata sambil membaca minda isteriku:

“Dalam hati U, penuh dengan kecintaan U terhadap I, kasih sayang yang tak berbelah bahagi, kesyukuran pada nikmat tuhan, dan takut kehilangan, kan?”

Isteriku menambahkan pelukkan penat lelahnya...

“Cuba U baca minda I, apa ada dalam minda I sekarang?”

Kata aku lagi lalu Isteriku merenung mataku dan berkata,

“Abang rasa bersalah sebab tak tolong saya buat kerja rumah, betul tak?”

Salah!, sebenarnya abang nak pergi berak!

Woha!

Ps: Tak payah habiskan masa membaca minda orang lain atau menghabiskan masa menghantar gelombang otak ke sana sini, buang masa jer,, jika nak berkomunikasi menggunakan kuasa minda, berkomunikasilah dalam solat kepada Allah, baru solat khuyuk, ok, bye!

Nov 9, 2010

Sesopan keretamayat?

(Cik Hamka, jangan tulis kasar sangat, tak elok-: kata salah sorang dari korang, aku kata, baiklah, tapi kali ni saje tau!-sambil kenyit mata.)

Pada suatu hari, di sebuah rumah, ada seorang perempuan yang tinggal bersama saya, perempuan itu lebih rendah dari saya tapi lebih tinggi dari bahu saya, beliau adalah isteri saya yang saya kasihi dan sayangi. Beliau juga mempunya beberapa tahi lalat yang saya rahsiakan lokasinya daripada pengetahuan anda semua.

Suatu petang yang damai pula, ketika saya dan isteri sedang bermain facebook dihalaman bilik tidur, tiba tiba terdengar salam dari luar rumah yang menandakan masuknya sesesorang ke dalam pagar rumah saya, rupa-rupanya beliau adalah jiran kepada jiran saya yang tinggal selang dua rumah dari rumah saya.

Kedatangannya di petang yang indah itu sungguh menimbulkan minat di hati saya untuk mengetahui apa tindakan selanjutnya jiran saya itu, lalu selang dua tiga helai daun berguguran dari pokok yang ditiup angin, dan setelah kami meluahkan beberapa rangkap perbualan dihujung daun pintu, tahulah isteri saya bahawa jiran saya berhajat untuk meminjam kereta kerana ada hal yang mustahak bagi pihak dirinya.

“saya baru isi minyak penuh”

Kata isteri saya sambil berbisik yang menunjukkan ada sangka buruk yang tidak baik, yang tidak perlu saya jelaskan kerana bimbang karangan ini menjadi tidak sopan.

Maka, dihujung petang yang redup itu, kunci kereta telah bertukar tangan, dan selamatlah kereta kami di pinjamkan kepada jiran kepada jiran saya.

Beberapa jam kemudian, kereta itu telah selamat dipulangkan tapi meter minyak telah berkurangan dari paras penuh kepada paras hampir penuh.

Isteri saya yang berada ditempat kejadian berniat untuk mengumpat jiran tersebut tapi dihalang oleh saya kerana saya ingin menjadi seorang yang sopan lalu membaca sebuah hadith yang di keluarkan oleh Bukhari dan diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr radhiallahuan yang menyatakan bahawa Rasullah S.a.w bersabda:

“Ada empat puluh kebaikkan dan yang tertinggi darinya ialah seseorang yang memberi kambing betinanya kepada seseorang lain supaya orang itu menggunakan susunya dan kemudiannya menyerahkan kambing itu kembali kepada tuannya. Dan sesiapa beramal dengan salah satu dari amalan tersebut dengan mengharapkan pahala dan dengan yakin terhadap janji Allah maka kerananya Allah akan memasukannya ke dalam shurga."

Setelah isteri saya mendengar hadith tersebut, dan setelah beliau membuat perubahan watak kambing kepada kereta, dan susu kambing kepada minyak kereta, maka keadaan telah menjadi aman damai dan pulih seperti sedia kala.

Akhirnya, tinggalah suami isteri itu dengan aman bahagia sambil bermain facebook dihalaman bilik tidur.

Sekian, karangan sopan dari saya, akhir kata, dah pinjam kereta orang, pandai pandailah isi minyak. Bak kata pepetah, “Pecah kaca pecah gelas, pinjam kereta isilah gas”

Woha!

Ps: Jangan tanya bagaimana kami bermain facebook dihalaman bilik tidur kerana karangan ini adalah sangat-sangat sopan. Jangan cemarkan kesucian karangan ini. Harap maklum.