Nov 16, 2010

Kuasa Minda?

(Aku nak bercuti panjang, ini entry terakhir bulan ini, jumpa lagi bulan depan jika aku dan korang masih hidup)

Copy/paste email:

“Abang, apa hukumnya jika kita menggunakan kuasa minda kita lalu menghantar gelombang otak kepada bukan muhrim kita, adakah itu juga termasuk dalam menghampiri zina?”

Tersembur air teh bila aku baca komen adik kita sorang ni..,

Dik.., blog aku bukan tempat bertanya tentang hokum hakam, pergi tanya ustaz yang bertakwa.., blog aku ni tempat aku tulis pendapat peribadi, karang jika aku kata bodoh bangang, ada pulak yang kecik hati.., isk..

Ok, aku sakit perut, nanti aku jawab..,

Sementara itu, di depan bilik air ada mesin basuh yang sedang terbuka tudungnya dan kelihatan isteri aku sedang memasukkan baju dengan cara mengasingkan pakaian yang dibawa solat dan pakaian anak anak.., sehelai demi sehelai.

Aku yang terharu kerana jarang dapat menolong beliau membasuh baju telah memeluknya dari belakang dan mencium tahi lalat dilehernya.., isteriku kegelian lantas memusingkan badannya lalu membalas pelukkan bagi melepaskan penat pada orang yang disayangi. (Juga penyumbang kepada factor utama kepenatannya..)

Teringat tentang kuasa minda yang baru aku baca tadi, lantas aku bersuara...

“ U tahu tak?, I tahu apa yang ada dalam hati U”

Isteri aku tersenyum, dan angkat kening yang bermaksud:

“Jika tahu, apa dia?”

Akupun berkata kata sambil membaca minda isteriku:

“Dalam hati U, penuh dengan kecintaan U terhadap I, kasih sayang yang tak berbelah bahagi, kesyukuran pada nikmat tuhan, dan takut kehilangan, kan?”

Isteriku menambahkan pelukkan penat lelahnya...

“Cuba U baca minda I, apa ada dalam minda I sekarang?”

Kata aku lagi lalu Isteriku merenung mataku dan berkata,

“Abang rasa bersalah sebab tak tolong saya buat kerja rumah, betul tak?”

Salah!, sebenarnya abang nak pergi berak!

Woha!

Ps: Tak payah habiskan masa membaca minda orang lain atau menghabiskan masa menghantar gelombang otak ke sana sini, buang masa jer,, jika nak berkomunikasi menggunakan kuasa minda, berkomunikasilah dalam solat kepada Allah, baru solat khuyuk, ok, bye!

111 comments:

Hamka said...

selamat hari raya korban...

tahun ni berapa bahagian?

ok.., ketika korang sambut saudara mara yang pulang dari haji, ketika itu insyAllah aku akan kembali lagi..

Fendy&Nur Akmal said...

org pertama selain hamka komen di sini... penuh dgn metafora artikel ini...

monto said...

tersirat betul soalan..sampai ke gelombang otak..hahahaaa~ lawok la..XD slamat bercuti panjang pakcik hamka..

Fendy dan Nur Akmal said...

Org pertama selain hamka komen di sini... Penuh dgn metafora artikel ini...

farahmoque said...

HAHAHAHAHA..lawak je..selamat hari raya korban:)

abunawas said...

selamat hari raya korban!
jumpa lagi bulan depan, inshaAllah. :)

@Fr!^n@ said...

ngahahaha... cam kelaka je pakai gelombang2 ni..telepati kononnya..
anta telegram suda...

selamat hari raya haji semuanya..
semoga tahun ni lebih byk pengorbanan yang akan dilakukan ke arah ke baikkan..huuu :)

Kalipertama said...

Cuti panjang???
Harap2 Tuan Hamka tasykeel ke tempat hamba.
Semoga Allah swt terima kurbanan harta dan diri.

amirul amzar said...

hahaha...:P

MATAHARI said...

the wavelength of mind frequencies!

Irwan said...

salamat bercuti...dan semoga berbahagia laki bini.

Gelombang otak diterima

End of message

...antikapel... said...

salam pengorbanan....

baik punya entry bro!

selamat berkurban dan dikorbankan...

woha!

Film Badge said...

seperti yang di jangka

MisZ Aien said...

Selamat hari raya korban..
bersama family

waa..saya juga yg beraya keseorangan di rantau org ini..hihi

Film Badge said...

Selamat hari raya haji semu.Maaf segalanya..(sambil cuba menerbangkan buku dengan kuasa minda)

lizay_73 said...

tahun ni korban hati lagi... syahdunya

Anonymous said...

Assalam

Ya Rabb...Terimalah dan permudahkanlah beliau dan keluarganya!

Gonna miss u bro.
Khalid
P/s: Two thumbs up!

Abershavin said...

turut sama menunaikan ibadah haji ke?
Alhamdulillah..

azharjaafar said...

Kalau nak test kuasa minda, sekali2 dtg KL, duduk la dlm mesyuarat hari Rabu di mj Sri Petaling..

~mumu~ said...

salam aidiladha~
wuwuwu sedihhh ari raya jatuh pd exam week.. Y.Y

abufirdaus said...

Salam,
selamat berkhuruj tuan...semoga hidayat tersebar keseluruh alam.Selitkan juga nama ana dalam tahajudmu...
insan kerdil abu firdaus.
jazakallah khair.

Puteri Bonda said...

Dr.fadhzilah Kamsah cakap,tak salah kalau anta gelombang minda nanti lama-lama ia akan sampai pada orang yang kita tuju...

Selamat hari Aidiladha Tuan Hamka, jemput la dtg Kelantan, tahun ni tak banyak 1 bahagian je, Insyaallah:-)

~mumu~ said...

salam aidiladha~
wuwuwu sedihhh ari raya jatuh pd exam week.. Y.Y

bdak sekolah said...

kuasa telepati..wujud k????baiki hati krang dulu sblum tilik hati org..woha

Nerzhul said...

selamat raya korban. jangan lupa basuh berak...hahaha

makCik said...

hahaha

hampeh

matadore said...

aku cuba sampaikan salam aidiladha dekat orang lain pakai gelombang otak...



tak jadi pun!

haha

Anonymous said...

mangai...

hainur hapis said...

penat la aku mcm ni sbb byk benda aku nak cter pasal gelombang.

aku cter sikit la, sbb aku nk p smyg ni

tak sempat nak olah panjang2,


LTE

Long Term Evolution (LTE) adalah langkah seterusnya dari 3G/WCDMA & HSPA bagi banyak orang sudah pada kurva teknologi GSM, tetapi juga bagi orang lain juga, seperti pembekal CDMA. Teknologi radio baru akses akan dioptimumkan untuk memberikan kelajuan data yang sangat cepat sehingga 100Mb / s downlink dan 50MB / s uplink (tahap puncak).

Ditubuhkan untuk menjadi mundur-serasi dengan GSM dan HSPA, LTE menggabungkan Multiple Dalam Multiple Out (MIMO) dalam kombinasi dengan orthogonal Frekuensi Division Multiple Access (OFDMA) pada downlink dan Single Carrier FDMA di uplink untuk memberikan tahap kecekapan yang tinggi spektral dan akhir pengguna kelajuan data melebihi 100 Mbps, ditambah dengan peningkatan besar dalam keupayaan dan pengurangan latency. LTE akan menyokong bandwidth channel daripada 1.25 MHz hingga 20 MHz dan baik FDD dan TDD operasi.

Walaupun kedua-dua LTE dan WiMAX menggunakan antara muka hawa OFDMA, LTE memiliki keunggulan yang serasi dengan apa yang ada rangkaian GSM dan HSPA, membolehkan pembekal mobile deploying LTE untuk terus memberikan perkhidmatan sempurna di LTE dan jaringan yang ada dikerahkan.

Beberapa pembekal bimbit besar, termasuk beberapa hari ini rangkaian CDMA berjalan, telah menunjukkan mereka akan mengadopsi LTE dalam beberapa tahun akan datang. Pembekal khidmat Jepun NTT DoCoMo telah mengatakan bahawa itu adalah bertujuan untuk melancarkan rangkaian LTE komersial pada akhir 2009, sedangkan di Amerika Syarikat, operator CDMA terbesar, Verizon Wireless, saat ini percubaan LTE dengan maksud untuk melancarkan perkhidmatan LTE komersial di 2010.



LTE-Advanced

LTE-Advanced memperluaskan prinsip-prinsip di balik teknologi LTE menjadi sebuah perubahan langkah lebih lanjut dalam data rates. Menggabungkan orde quality MIMO (4x4 dan seterusnya) dan membolehkan beberapa operator untuk ditempelkan bersama-sama ke dalam sungai tunggal, data puncak target peringkat 1Gbps telah ditetapkan.

LTE-Advanced juga berniat untuk menggunakan sejumlah inovasi lebih lanjut termasuk kemampuan untuk menggunakan rentang frekuensi non-menyebelah, dengan maksud bahawa hal ini akan meringankan masalah rentang frekuensi dalam spektrum yang semakin padat, self back-pengangkutan base station dan penggabungan penuh Femto sel menggunakan teknik Self-Organising Network.

LTE-Advanced akan menjadi teknologi 3GPP sebagai calon untuk proses IMT-Advanced ITU-R, yang bertujuan untuk mengenalpasti teknologi '4G'.



ok out dulu.

Amin007.Ledang said...

selamat hari raya korban.
selamat mengorbankan binatang

Chapit said...

Salam.. Happy eid Mubarak Hamka.
Keh3.. Sangat kuat gelombangnya :P

Nadia Abdullah said...

Selamat Hari Raya Kurban

Sebab tue le kena guna mulut..bertanya..kalo guna kuasa minda..agak2 jer..last2 sendiri yang sakit jiwa...sian.

roses said...

romantiknya entry.:D
selamat hari raya.:)

juga selamat beramal.:)

LagendaBudakSetan said...

haha entri 18sx ni
kuasa minda kena tanya ustaz cakra alam penipu tu.hahaha

Anonymous said...

bapak lucah syiallll!!!!!!!

Masturat... said...

Hemm...now people know the location of your wife's tahilalat...should be more careful in future.

Marhaen Kacak said...

hahaha..entry 18 sx yg aku bc di malam raya... baca berbulu je bagi aku yg teruna ni...hahahah


Sudah-Sudahlah Permata Hijrah Trading : Jangan Menipu Umat Islam Lagi

baayu said...

Golombang perasaan ni ada masa benar seperti perasaan cinta yang berputik, ada satu perasaan yang wujud bila bersama. Contoh orang yang senyum dengan ikhlas membenarkan orang membalasnya, lebih kurang macam tulah gelombang rasa. Jadi jika orang tak suka, benci atau marah pasti ada gelombang negatif yang menjauhkan mereka. tak mustahil orang yang suka, sayang dan rindu mewujudkan gelombang tarikan yang lebih pasti jika berserah pada Tuhan dengan cara yang diredhai..

azlan said...

pergh smoga berbahagia

Anonymous said...

Assalam.
Kuasa Minda terhebat adalah kepunyaan kekasih no.1 Rabb....

Nabi Akhir zaman bagi semua makhluk.

Makhluk yang Allah izinkahn melihat sebahagian dari neraka dan syurga sewaktu Israk Mikraj.

Sehingga kini...Islam berkembang bermula dari kuasa minda beliau...tukar fikir, korbankan diri masa dan harta dijalan Allah. Jika anda ingin memahami...

Khalid
Aku sayang kalian semua!

hariz chacho said...

Salam. Allah Maha Kuasa. minda takda kuasa. apa apapun selamat berkorban encik hamka. yeha

Hendrik said...

tuan hamka kluar 40 hari x ajak...hihihi

Anonymous said...

tuan hamka keluar kat mane.. mane la tau tuan tasykil kat tempat saye..

merah_s said...

salam prof hamka, selamat eidul adha..

tajuk artikel agak menarik, ko akan mengundang satu lagi kontraversi sebab ni adalah topik yang popular dikalangan mamat2 konspirasi. Suka sangat lah ko ni timbulkan hot topixs yaa.. hehee..

Kemana bercuti? Aku harap ko akan kehujung2 dunia buat kerja nabi selama yang mungkin sebagaimana yang lain, umat menderita dahagakan hidayah, kita yang dah Allah SWT berikan sedikit pengentahuan dan kekuatan ni memang patutlah kena buat kerja ni.. Tapi ni bukanlah bercuti namanya, ni dah masuk bab buat kerja sungguh2.. Oh! maksud ko cuti dari berblog lah ya? Bagus sesangatlah tu... yang ni aku sokong 200 peratus...!

Sebelum aku henti nulis komen ni, aku nak komen sikitlah pasal tajuk artikel ni.. Kuasa Minda...? Bagi kita ni memang tak perlulah kan.. tapi bagi mereka musuh2 islam ni, sangat2 berkehendakkan kuasa minda ni, dan mereka telah pun berjaya menggunakannya.. Apanya yang jaya tu?? Kita pandang2lah sekeliling kita ni, dah terang2 kita ni telah dikuasai oleh kuasa minda mereka itu... Percayalah...!!

Nak diceritakan lagi? Rasanya tak perlulah, yang penting, lu orang semua pikirlah sendiri ya...! :) :)

Anonymous said...

woha!!!

Wan Perlis said...

hang ada byk customer ka?hahaha

apiskarkunz said...

bro jumpa di seri petaling mlm ni/esok...

zuraida said...

hamka,
.....
tq..cukuplah.

Semarak Api said...

suwitnye en hamka same isteri..;)

sabarudin said...

salam bro...

Bila nak update TOP 20 list tu...

RULZA said...

bila cakap pasal kuasa minda actually sometime berkesan.insyaallah.not quite some tapi banyak kali jugakla..

contohnya kadang2 nak suh husband belikan sesuatu tapi hp habis kedit (memang arang topup), saya akan fikir banyak kali dan mesej memang sampai dan husband bawak balik le barang yang hendak dibeli itew.

dkama said...

Salam Bro Hamka...

Aku sekarang tengah guna kuasa minda... Kebetulan aku ada kat dalam bilik ngadap lappy ni... wife aku lum balik dari kerja lagi...

Aku cuba menghantar msg melalui kuasa minda kepada wife aku sekarang ni...

"Sayang tolong bawak balik satey kajang 30 cucuk untuk abang... PEACE..."

Dengan penuh pengharapan... harap2 msg aku sampai... hahaha...

PEACE...

penhitam said...

hehe..kuasa minda plak..

Anonymous said...

Nape cik zuraida cakap cukup??

Anonymous said...

oooo, da paham.

salem:D said...

mmg lawak..haha..

SAYA SUKA BLOG AWAK LA..:D
http://salemlemo2.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la-weh.html

water lily said...

SAYA SUKA BLOG AWAK LA!

ZaHusNa Collections said...

hehe...

http://tshirtmuslimah-zatajul.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-lar.html

LoVe is CiNta said...

tu kuasa berak..

cikpia said...

sangat bermoral citer ko nie.... =)

nizamsani said...

haha.

budak hijau said...

hamka?,keretamayat?irc?webchat?celcom..betolkan kalu tersilap

*yee

Joy Norin said...

(Juga penyumbang kepada factor utama kepenatannya..)...<<errrr...gelak kat ayat ni.. =))

mizi said...

sheikh hamka bila nok balik Terengganu,nok belanja makan ikan bakor bawah jambatan kuala ibai..

darkcoco88 said...

adoyai...kesian budak tu XD pakcik hamka jawab macam ni.

Pert Doherty said...

haha. cuba baca minda gua.. hahaha

MisZ Aien said...
This comment has been removed by the author.
MisZ Aien said...

Saudara hamka,

Bila lagi nak update blog? hari2 dok tengok tp tak de...masih lagi menunggu dengan penuh kesabarann..hehe

salam maal hijrah...

cakay said...

lawak post ni..dan dah follow blog ni..

Suhaibah said...

Lama betoi encik hamka kita ni bercuti.. Tak tau ke dah ramai yg merindui ni..

zuraida said...

salam ingatan..
hamka, masih beramal lg kah...
apa ilmu ko nak bagi kat aku bulan disember ni...
mana kekuatan ku ni... aku keseorangan dlm belenggu nan hitam.
hamka,
selamat beramal.. aku pun sdg mengkatamkan buku2 ni..insyaallah..aku ok ni..

Anonymous said...

jgn2 hamka dah jadi mayat...
tidak!!!

Anonymous said...

Salam,
semoga En Hamka sentiasa dalam redha Allah..
semoga anak2 dan isteri En.Hamka sentiasa dalam rahmat Allah...
semoga kita semua dalam pandangan Allah...
SubhanaAllah,Alhamdulilah,
Allahuakbar..terima kasih

Ahmad Shah said...

bg aku memg wujud contact sesama hati ni, tp bg org yg x pnah alami x kan pnah percaya. Ia berlaku di kalangan para2 wali, ia adalah hadiah Allah kepada org yang bersusah pyh mbersihkan hatinya, melakukan suruhan Tuhan.. pendek kata bermujahadah mendekatkan diri dgn Tuhan. Tp klu ade org yg kita tengok solat entah kemna, mngaku mengetahui hati org... syok sdiri.

Bg kita yg tak tahu ni, baik senyap drpd menafikan.. teringat kisah Saidina Umar sewaktu khutbah, sempat memberitahu jalan kepada Panglima Perang yang berada beribu-ribu batu dari saidina Umar.

Anonymous said...

Assalam.

Hamka sedang belajar melihat apa yang Rabb perintahkan dan meninggalkan apa yang Rabb larang...

Belajar
Mendengar apa yang Rabb perintahkan dan meninggalkan apa yang Rabb larang...

Belajar
Bercakap apa yang Rabb perintahkan dan meninggalkan apa yang Rabb larang...

Belajar
Berfikir apa yang Rabb perintahkan dan meninggalkan apa yang Rabb larang...

Doakanlah dia....
Seorang Daie' tidak mati disisi Rabbnya..hanya disisi makhluk.

Khalid
Bila aku nak pergi belajar ni....Allah pilihlah aku cam Hamka dan yang lain-lain.

zuraida said...

Anonymous,
aku tgh belajar nih... cuma kadang nafsu ni mengatasi akal yg waras.. kenapa susah sgt nak lawan nafsu aku yg menggila nih..
aku belajar ni..dok katamkan buku2 hadis2..kisah nabi2..yg buat aku jatuh cinta.. tp ni..nafsu aku gila la...bg aku tips la..apa yg selalu ko buat time nafsu menggila..

Shah Qurratu 'Aini said...

Selamat Hari Raya Qurban dan Salam Maal Hijrah :)

Suhaibah said...

Kepada cik zuraida..

Saya suggest solat sunat 2 rakaat, kot2 boleh slow down nafsu yg menggila tu.. InsyaAllah, kita berusaha.. ;o)

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Lame tak update blog?

Hmm.. sebulan rase macam seribu tahun..

Hmm.. selamat mengupdate blog..

Pembaca Senyap

Anonymous said...

Assalam
Nabi saw bersabda lebih kurang ingatkan mati akan memotong segala bentuk nafsu.....

Tengoklah kubur betul-betul dan yakinkan diri kita bahawa aku akan duduk dalam kubur tu satu hari nanti...(Ulama kabo last punya manusia mati akan duduk dalam kubur 400,000 tahun)

Bacaan tambahan. Baca tentang kubur, mayat, alam barzakh dll.

Ingat...kita tak perlu takut pada kematian....kita hanya takut Rabb.
Semua mati...
Kita akan rindukan kematian apabila hati kita benar-benar yakin tentang alam barzakh...janji-janji Tuhan yang tiada dusta. Ihtisab.Sifat yakin dengan janji yang Rabb dah kabo...janji pada siapa? Janji pada Khalid, Zuraida dan semua yang bernama insan!

Ya Rabb...aku akui aku hanya pandai berkata-kata. Nak beramal ...hampeh. Aku memang hampeh pun!

Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan

Muaz Faris said...

takde post baru ker?

Anonymous said...

Salam,
lepas bayan tangguh tu...cepat2 ikram muslimin bro...permintaan tinggi ni...

p/s :semoga tuan anak isteri dalam taufik hidayah Allah SWT.

Skymatrix said...

lama btol bro KM ni bercuti...sapa nak anto mayat2 ke kubur ni?

roses said...

lamanya en hamka cuti.
tade entry penutup tahun 2010 ke?T_T

Puteri Bonda said...

peminat-peminat sekalian Tuan Hamka ckp insyaallah dlm 2 minggu lg die update entry baru, so sbr la ye..
-sekian dr PA xrasmi Tuan Hamka-
hehehe

nasilemakteatarik said...

salam,
Cik PA xrasmi,
ada no hp Tuan Hamka tak? @mayban2U lagi bagus...hehe...2minggu lama u...woohaa..

Skymatrix said...

apa la kita susah2 nak kontek hamka suruh update blog...lebih baik kita suruh budak yang bertanya soalan tentang kuasa minda tu hantar gelombang minda kat otak hamka biar hamka terus dan sentiasa update blog...woha!!!

mior said...

urmm..

NaniRostam said...

Salam..wahai perempuan...janganlah ingat lelaki pernah rasa bersalah tak tolong isteri buat kerja rumah. Jangan pernah ingat begitu.

Puteri Bonda said...

nasilemakteatarik, No tlfn Tuan Hamka xlh nk sebarkan, nt die penat nk melayn call n sms peminat2 fanatik die,hehe
no akaun nt update kemudian ye...
----Sekian dr PA xrasmi Tuan HAmka---

zuraida said...

assalamualaikum,
buatmu hamka..insyaallah aku akan selalu ingat mati...terima kasih kerana ada dlm ingatan.. pendorong penguat jiwa..insyaallah aku kan terus belajar, berguru dgn org yg betul...berkawan dgn insan beragama dan mencari rezeki yg halal.. terus bersama aku...aku harap hamka terus menulis utk insan seperti aku yg selalu dan sdg berusaha mengharapkan keredhaan Allah..terima kasih.

Anonymous said...

amin

Anonymous said...

salam, betul ke en.hamka da meninggal coz eksiden? minta kepastian. jika betul, innalillah...

Anonymous said...

Assalam.
Believe it or not your power of mind is gret bro.!

Wherever u are. God is with you.

Khalid
P/s: Adakah betul engkau telah dapat apa yang kau impikan Hamka? Sesungguhnya aku amat cemburu!

Anonymous said...

aku hamka, dan aku hidup lagi, tapi malas nak taype password, jadi aku taip maybank2u jelah..

163028553448

woha!

cek chun said...

lawak tul, tapi penuh makna.

lolitasinta said...

hahaa
lawak laa !!!
;DD

Anonymous said...

minggu depan ke cik hamka balik?
...ana penunggu

Wan Perlis said...

tunggu KM updet blog

Anonymous said...

100 yay!!

kalau ikt perkiraan isnin ni patutnye dh adelah entry baru kt blog ni, kite tnggu dh lihat je la ye.
kalau blog ni tak update lagi isnin ni anggap je la owner die dh kembali ke tempat asl,huhuhu

---- loyal followers KM---

darkcoco88 said...

adoyai...:) kalo buat entry sekadar nak gelakkan budak tu punya soalan, tayah la kot. hehe~ kecik hati budak ni bace.

huhu~

Anonymous said...

salam,
Al-Fatihah buat yang telah kembali ke lama barzakh....

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Salam Kerate Mayat...
Hahahah...
lama sunnguh x jejak sini...

Suhaibah said...

Rasa nk demam dah tunggu en.hamka kita buat entry baru.. Ramai dah ni org rindu ni en.hamka.. faizal tahir pn org takde rindu mcm gini tau..

Hamka said...

releks, panaskan enjin dulu..

Anonymous said...

sebulan lebih cuti, dh mati terus kut enjin kereta mayat tu...

Hamka said...

baru start, kena top up minyak hitam, isi angin, dan err, sambung road tax!

Anonymous said...

oooo, patut la lama ambek masa nk update duk beratur panjang nk byr road tax rupenye, adoiiii, sabar jela...

Hamka said...

aku kembali, pin pin pon pon!

shahjiehan said...

macam2 la kereta mayat nih~ 1st time lepak blog ni..nice blog~

Hamka said...

wellcome, mula mula lepak dalam blog ketemayat, lepas tu lepak dalam keretamayat betul..

he he