Nov 9, 2010

Sesopan keretamayat?

(Cik Hamka, jangan tulis kasar sangat, tak elok-: kata salah sorang dari korang, aku kata, baiklah, tapi kali ni saje tau!-sambil kenyit mata.)

Pada suatu hari, di sebuah rumah, ada seorang perempuan yang tinggal bersama saya, perempuan itu lebih rendah dari saya tapi lebih tinggi dari bahu saya, beliau adalah isteri saya yang saya kasihi dan sayangi. Beliau juga mempunya beberapa tahi lalat yang saya rahsiakan lokasinya daripada pengetahuan anda semua.

Suatu petang yang damai pula, ketika saya dan isteri sedang bermain facebook dihalaman bilik tidur, tiba tiba terdengar salam dari luar rumah yang menandakan masuknya sesesorang ke dalam pagar rumah saya, rupa-rupanya beliau adalah jiran kepada jiran saya yang tinggal selang dua rumah dari rumah saya.

Kedatangannya di petang yang indah itu sungguh menimbulkan minat di hati saya untuk mengetahui apa tindakan selanjutnya jiran saya itu, lalu selang dua tiga helai daun berguguran dari pokok yang ditiup angin, dan setelah kami meluahkan beberapa rangkap perbualan dihujung daun pintu, tahulah isteri saya bahawa jiran saya berhajat untuk meminjam kereta kerana ada hal yang mustahak bagi pihak dirinya.

“saya baru isi minyak penuh”

Kata isteri saya sambil berbisik yang menunjukkan ada sangka buruk yang tidak baik, yang tidak perlu saya jelaskan kerana bimbang karangan ini menjadi tidak sopan.

Maka, dihujung petang yang redup itu, kunci kereta telah bertukar tangan, dan selamatlah kereta kami di pinjamkan kepada jiran kepada jiran saya.

Beberapa jam kemudian, kereta itu telah selamat dipulangkan tapi meter minyak telah berkurangan dari paras penuh kepada paras hampir penuh.

Isteri saya yang berada ditempat kejadian berniat untuk mengumpat jiran tersebut tapi dihalang oleh saya kerana saya ingin menjadi seorang yang sopan lalu membaca sebuah hadith yang di keluarkan oleh Bukhari dan diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr radhiallahuan yang menyatakan bahawa Rasullah S.a.w bersabda:

“Ada empat puluh kebaikkan dan yang tertinggi darinya ialah seseorang yang memberi kambing betinanya kepada seseorang lain supaya orang itu menggunakan susunya dan kemudiannya menyerahkan kambing itu kembali kepada tuannya. Dan sesiapa beramal dengan salah satu dari amalan tersebut dengan mengharapkan pahala dan dengan yakin terhadap janji Allah maka kerananya Allah akan memasukannya ke dalam shurga."

Setelah isteri saya mendengar hadith tersebut, dan setelah beliau membuat perubahan watak kambing kepada kereta, dan susu kambing kepada minyak kereta, maka keadaan telah menjadi aman damai dan pulih seperti sedia kala.

Akhirnya, tinggalah suami isteri itu dengan aman bahagia sambil bermain facebook dihalaman bilik tidur.

Sekian, karangan sopan dari saya, akhir kata, dah pinjam kereta orang, pandai pandailah isi minyak. Bak kata pepetah, “Pecah kaca pecah gelas, pinjam kereta isilah gas”

Woha!

Ps: Jangan tanya bagaimana kami bermain facebook dihalaman bilik tidur kerana karangan ini adalah sangat-sangat sopan. Jangan cemarkan kesucian karangan ini. Harap maklum.

91 comments:

abufirdaus said...

Salam,
Semoga tuan sentiasa dalam rahmat Allah SWT...
"Orang yang bijak..orang yang sentiasa ingat mati dan membuat persiapan ke arah itu.."
jazakallah khair.

padi said...

erm... aduhai...


suka entry sopan macam ni...

Egg Head said...

sopan la sangat....woha...

matadore said...

entry tersopan ..
he he he.

Nerzhul said...

mungkin mereka ada kesulitan tak dapat nak isi minyak. jasa baik encik hamka dan isteri tetap dikenang. *sangka baik..sangka baik. hehe

rammyd said...

perghhhh.. tak sangka! sopannye.. hahaa

Anonymous said...

mcm ni baru lah musuh musuh bole terkesan hahahahA... (ERMM ye ke?)

Anonymous said...

ini bukan hamka!!!!!!! kami nak hamka kami!!!!! hahahahahahahaha

Anonymous said...

Assalam.

Talipon 999!!!!
Ada orang hijack kereta mayat he..hee..
Khalid.

Anonymous said...

Assalam.
Teringat....cerita sahabat yang mana Allah swt sendiri puji kerana sanggup tidurkan anak-anak dalam kelaparan dan pura-pura berlakon makan dalam gelap semata-mata untuk pastikan tetamunya kenyang tanpa mengetahui bahawa itulah makanan yang tinggal!

Ya Rabb....golongkanlah Hamka dan ahlianya sebegitu dan semua pasangan muslimin dan muslimat. Amin.

Khalid

theufo said...

slm...erm..sopan nyer...
bermain facebook, nak kene sopan gak..nanti rosak laptop..nanti nak kene beli lagi..

dr iman said...

tuan guru hamka ke ni? or hazrat maulana hamka?~~ehe

faisal said...

harap2 takde orang yg meengenali si peminjam..

alfindani said...

Nampaknya Hamka sedang mengaplikasikan prinsip rukunegara.. kesopanan & kesusilaan di sini.
:)

alfindani said...
This comment has been removed by the author.
aina mardiah said...

16th :)

top 20. HAHA

Ibn Mustakim said...

eh sopan tu ape?
Mau'izah hasanah ke?

merah_s said...

Ceh! Macam lawaklah pulak.......!!

Apa-apa pun isi artikel ini masih mampu menyemai pengajaran buat semua...

Fontonk said...

MAYAT YANG SOPAN, DAN MAYAT ADA FACEBOOK BY THE WAY

Puteri Bonda said...

Baca tajuk pun dh buat saya gelak sakan,hahaha ape2 pon, entry ni memang cool, tapi kalau jd Hamka yang lama pn, tetap best n cool kut.

Hendrik said...

auww!!!..sopannya..hikhikhik

Yaniey Cikedies said...

huishhh.... macam tak sangka... haha sopan sangat nih... tak best okeh.... ekekek....

hantu said...

bgus2

merah_s said...

laki bini ada facebook... Dah memang gaya hidup masa kini.. Wohaa...














(karkun akhir zaman.......... ;-) )

...antikapel... said...

eh, aku salah masuk blog ke?hehe

IQ 138 said...

Top 30...salam sesopan

Anonymous said...

Salam...

Memang sopan.

roses said...

mantaplah encik hamka..haha.

oh nasib baik sekali ini sahaja!!

Mummy said...

moral of the story: jgn mengungkit pemberian nanti pahala memberi pinjam brg tiada tp dapat plak dosa mengumpat...(komen pun dgn sopan)

Farina Ariffa said...

sopannye...

Chameleon said...

Pada hari ini, KERETA MAYAT meluncur sopan di jalan raya yang digunakan oleh mayat-mayat yang sopan, membawa mayat yang sopan semasa hidupnya dan mengharapkan mayat kekal sopan ketika berada di destinasi.

Nurul Syuhada said...

isskk..yang meminjam tu punnn...pandai2 la isi..huhuhu..kite yg kasi pinjam ni pun mst ade terdetik kat hati...isi ngan duit, bukan ngan daun kering..wuwuuwuwwwwwuu... encik HAMKA, pinjam ketaaa...hehehe...

akema yazid said...

hamka TERlebih sopan..
macam tak kena pulak..:P

akema yazid said...

hamka TERlebih sopan..
macam tak kena pulak..:P

Film Badge said...

Dalam ikhlas aku mengungkit

azharjaafar said...

Tersangat lah sopannya entri tuan keretamayat kali ini..

keta kancil 660 said...

ni hamka mode mrajuk kena tegur hahaha!
emo tul la ko ni, rilek la dan jangan merajuk sangat.. wat malu je pada kawan2 ko

Anonymous said...

hekk eleee..keta kancil nii...dah tu apa yg btul?ckp kurang sopan salah, ckp sopan pun masalah..payah tul la..

inspira..wohaaa..

Anonymous said...

sopon2,,,

Hamka said...

abufirdaus

terima kasih bang.

-------------
padi

ha!

---------
Egg Head

: )

-
-------------
matadore

he he he.

------------Nerzhul

He he
----------
rammyd

sila kagum dari jauh

------------
Khalid.

Layan jer, kekeke

-----------
theufo

wow, sungguh sopan otak anda.

---------dr iman

tapak tangan masih bernombor lapan, tanda goloangan yang sopan,

----------
faisal

selang dua rumah, aku tak cakap belah kiri atau kanan.

-----------
alfindani

aku juga menghafal rukun Negara.

:)
-
-----------
aina mardiah

16th =, tahniah!

------------
Ibn Mustakim

Sopan tu macam spam, Cuma lebih lembut.

----------
merah_s

moral cerita ini, minumlah susu kambing betina.

----------
Fontonk

Semua mayat sopan, mereka tidak bergerak ke sana ke mari

------------
Puteri Bonda

Tulisan yang sopan juga buat anda gelak, anda memang pembaca yang sopan dan suci seperti kain putih.

-----------
Hendrik

Janganlah gelak, saya rasa malu.

------------
Yaniey Cikedies

Saya sedang tersipu, pipi menjadi merah laksana snow white

-------
hantu

hantupun suka

-----------
merah_s

saya mengikut peresaran zaman, sebab tu satu hari nanti saya akan tua dan mati

--------
antikapel...

jangan hina aku

------------
IQ 138

Wow, top 30

---------
roses

tengok!

-------
Mummy

moral of the story2 : jangan isi minyak penuh

------------
Farina Ariffa

Malulah i macam ni

--------
Chameleon

Mayat memang sopan ketika naik keretamayat, sebab tu mereka tak pakai tali pinggan keledar

-----------
Nurul Syuhada

Apa ?!
nak pinjam kereta? Jangan lupa pecah kaca pecah gelas.

--------
akema yazid

: P

------------
Film Badge

Kalau menulis, jangan lupa buat perenggan,

(teguran sopan dari saya)

-------

azharjaafar

aku mengikut harga pasaran, entry, lepas saham aku ditutup bercampur campur.

Puteri Bonda said...

Hamka tu pujian ke perli?? saya orang sedikit slow ptg2 ni,haha

student said...

sopan sungguh!:)

...antikapel... said...

bro...jgan marah...wa xde niat nak hina lu...cuma respect dari jauhhhh....:)

Zek said...

pinjam kete takde MOU ke macam pinjam duit?

Yutaka Mushimura said...

gaya..
mutu...
keunggulan...
kesopanan.....wohaaa!!

abufirdaus said...

Salam Mekar,
sama-sama.. :)

Film Badge said...

Timakasih en KM.Akan ku perenggankan..(sambil menundukan muka)

hainur hapis said...

Assalamualaikum
bagusla main facebook sama2,
kuarga bhga INSYA ALLAH, hehe, amin...

doakan aku jugak hehe

harap cik hamka leh kuarkan lagi hadis2 sebegitu, ( hadis 40 kebaikan tu)

dan yang seumpamanya
kalau boleh detail kan 40-40 lagi bagus

INSYA ALLAH

menarik utk di pelajari dan di amalkan INSYA ALLAH


Assalamualaikum

Musafir Melayu said...

As salam...

memang menarik entry kali ini :)

Ibnu Mutalib said...

masyaAllah..
sopan sungguh.
thnx hamka.
Belum lagi pernah dengar hadith tu

Ryurisora said...

bolehla hamka buat novel cinta pas ni.
wooha! heheh

Wan Perlis said...

budi bahasa budaya kita

Anonymous said...

Jangan berpura-pura sopan jadi le keretamayat yg sebenar.....jadile keretamayat sebenar

ika said...

wah ! sopan sungguh . terima kasih di atas hadis berkenaan . :)

Shah Qurratu 'Aini said...

hahahha... thumbs up!! kem salam sama isteri..

hijabrockers said...

Ni aku kat blog keretamayat ke keretavolvo ni? jap nak cek. mcm x kene je gaya sopan cmni. hehe

ohcikgu said...

entri yang sangat sopan dan baik. hehe..

Anonymous said...

uhuk...sopan sungguh..

firdauz said...

hehe.read you between the lines.
brother you just do what you have to do.and stay in the way you hold on to selagi mampu(dengan izin Allah).yang baik itu datang dari Allah.Kalau Allah tak izin nnt ditunjukkan lah tu.Manusia...rambut pon tak sama hitam apatah lagi hati. :)

Nani Aling said...

ya lah tu hamka...teramatlah sopan hehe.

MisZ Aien said...

Dah lama jadi silent reader saudara hamka... sekalinya entri terbaru ini tersangat la sopan..namun unsur lawak nye tetap ada... Namun, lebih merindui entry hamka yang lalu...

P/s : walau sopan, mesej nya tetap sampai..hehe

zuraida said...

Hamka,
I love u lah.. alahai, sopan banget la plak..

Desa Permai said...

hamka,aku rasa hang tak perlu balas komen yang tiada faedah atau yg tiada kena mengena

Ibnu_ghazali said...

ada bakat menulis novel ni KM..

bile lagi nak start?haha

ape-ape pun, tak salah jadi sopan, n it is better.Dakwah bil hikmah rasulullah saw tu dengan kesopanan kan?

jangan jadi diri sebenar kalau ianya buruk.ramai orang sekarang buat maksiat kerana nak jadi diri yg sebenar..

wallahua'lam~

Anonymous said...

Assalam.

Saidina Umar rahu. sebelum dan selepas masuk Islam adalah seorang yang bersikap garang. He is still himself. (Cth. beliau pernah tanya Nabi saw betul ke Rasullullah adalah Nabi sewaktu perjanjian Hudaibiyah. Mencabar semua kaum kafir yang berani untuk halang beliau (rahu.) sewaktu hijrah ke Madinah. Pecat Khalid rahu. sebagai panglima Tentera sewaktu peperangan menentang Rom)

Anyhow. Garangnya telah berubah dari membenci Islam kepada menyintai Islam.

Garang tetap garang.

Jika tak masakan kerajaan Rom dan Parsi menggigil mendengar nama beliau.

Bayangkan....jika Hadrat Umar rahu berubah menjadi sopan dan tak garang!

Just be yourself KM

Khalid.

Anonymous said...

salam..

khalid ..

bergeletar apabila melihat nama Rom & Parsi diasiosasi dengan Umar rhu.

KM, hari-hari di bulan Zulhijjah adalah hari-hari pengorbanan yang menuntut kesabaran
dibuktikan dengan darah yang mengalir..

KM, sopan keretamyat seolah-olah segan/malu atau tidak ada keinginan khidmat mengangkat jenazah syahid di medan jihad ?!..

KM, sesungguhnya jenazah syahid, memang sedikitpun tidak berkehendak khidmat kereta mayat..


-Rom&Parsi

sugar candy said...

pacik hamka yang sopan...two thumbs up!adik suka hahah!!!

Anonymous said...

Assalam.

Rom dan Parsi. Sedang Kau sibuk bertahajud aku sedang sibuk berdengkur...Ohhhh!!

Tolonglah doa ke ana yang lara ni.

Khalid
Ya Rabb....jadikanlah aku seperti mereka yang soleh.

Hamka said...

Kisah sopan seorang aku ketika masih dibangku sekolah.

dibelakang kelas, aku sedang menutup hidung dan mulutku dengan tapak tangan kanan, dan dibekang tapak tangan ada tangan kiri yang terlindung aktivitinya.

Cikgu yang kepelikkan bertanya:

Hamka, apa kau sedang buat tu?


Lalu aku turunkan tapak tangan kanan. mama terdedahlah tangan kiriku yang sedang membuat isyarat tulunjuk yang mana hujung jari berada dalam lubang hiung kanan yang kelihatan bergerak perlahan lahan.

aku sedang korek hidung, dan satu kelas gelakkan aku.

cis, aku nak sopan sikit pun tak boleh..

keretakancil said...

yess...mayat sudah kebah dari demam...ini yg kami nak hehehe...

kalau boleh lebihkan cerita atas langit dan bawah bumi.

AbuzZubair said...

jenazah naik keretamayat dihantar ke perkuburan kurang sopan,
jenazah diusong oleh orang kampung sebagai penghurmatan terakhir baru sopan.

Puteri Bonda said...

Minat sunggh cik hamka dgn korek hidung, trgt lak kat entry "apa ada dalam hidung?" (pedang kecik) haha

♥ Princess ♥ said...

keta mayat dah isi minyak penuh????

Pggil lh aku beruk..ade aku kesah.. said...

Di sebabkan blog ni milik Hamka, so dia bebaskn nk memberukkan sesape..

Aduhai Hamka..kesian ko..telah dihanyut dengan ego dan keseronokan ramai pembaca..kalau tuan betol2 mahu membuat ini sebagai nota utk diri sendiri, tuan pasti akan membuat password contohnya..tapi tuan xbuat mcm tu sbb tuan mengharap ada yang membaca nota2 tuan ni..jgn malampaui batas tuan..

kita hidup xlama..fikirlah..bape byk hati yg tuan dh kecikkan melalui tulisan tuan..

(Aku tau..pasni korg kutuk aku sbb tegur Hamka n Hamka akn kata ni nota dia n jgn sibuk2 nk tegur..So, kata lah aku beruk ke babi ke..ada aku kesah..yg aku tau, aku pun Hamba Tuhan yg satu..)

p/s komen aku merangkumi semua entry2 Hamka..tq..

Hamka said...

terima kasih kerana kasihankan aku, dah tahniah kerana tak kesah langsung.

bagus!

.s.o.f.i.a. said...

perghhhhh!!!!!! kesupanan dan kesulaan yang jelas ketara....... he he.....

saya perasan bgus~~ said...

erm masing2 ada cara untuk menegur terpulang, melalui kesopanan n kesusilaan, kekerasan n sbg nya.. pendekatan yg digunakan saudara hamka lebih kpd teguran yg sinis..kpd yg tersentap it's up 2 u.. kalu ditegur cra kasar ada yg mkn hati, ditegur sinis pown ada yg terasa hati, kalu x ditegur xtau apa kesalahan yg dilakukan terasa diri asyik btul jew.. masalh kta manusia nie byk yg 'perasan bgus' mcm en. hamka selalu tulis dlm kebanykkn entry beliau.. n bila dh perasan bgus, ego pown melambung2 tinggi2 xbleh ditegur.. berapa kerat manusia kt dunia nie yg bleh ditegur bila dlm diri ada 'perasan bgus'...

Anonymous said...

salam
aku pun tetiba terpanggil utk m'komen.
ni kan blog en.Hamka..sukati dia la cana nk tulis, selagi dia x dibanned, kalo korang xnk rasa kecik ati, jgn la baca..bukan wajib pun..hee

-nourule85-

akal. said...

baca dan fikir untuk kebaikan diri..

milymir4e said...

huhu~sopan....sgt sopan... =)

pemikir said...

we love hamka..=)

Hamka said...

hins hins (bunyi luabng hidung kembang)

Indra said...

salam..

hahahahah.. lawak2...
lempang laju2 nanti baru tau..
=P

anyway, Tahniah saudara Hamka sebab berjaya menyampaikan mesej dalam setiap entry yang saudara buat. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan saudara.

Keep it up okeh!

-salam-

Amin007.Ledang said...

"membuat perubahan watak kambing kepada kereta, dan susu kambing kepada minyak kereta, maka keadaan telah menjadi aman damai dan pulih seperti sedia kala."

susu kambing untuk diminum,
susu kereta (minyak kereta)
untuk ...

Anonymous said...

I 2nd that hamka ..

Anonymous said...

er...cam kene aniaye je. bukanke kalau kene aniaye,,,dibolehkan mengumpat? sbb aku pernah terbace. kalau x silap ade jenis umpatan yg dibolehkan dalam Islam.

Err...risau kene label bodoh bangang pulak kalau bertanye =,="
hamka, kau kupas la tentang umpatan dalam Islam.

MERAH said...

Bagusnya laki bini saling mengingati.hoho. :D

wohaulalayoya said...

sopang lagi sagtung....

Hamka said...

hamba dah berak, tapi hamba nak cepat, boleh tak tuan hamba tolong jiruskan tahik hamba, hamba terlupa tadi, (sopan kan?)

Anonymous said...

Sungguh sopan

Hamka said...

bab umpatan dalam islam, aku dah tulis dalam tahun 2006, january.