Jun 16, 2008

Berzina dengan Mayat?

(Benarkah wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik?)

Aku kadang-kadang, di waktu larut malam, suka gak tengok satu drama lucu di NTV7 yang berjudul “My name is Earl”.

Ianya mengisahkan bagaimana seorang lelaki yang jahat cuba menjadi baik,

Oleh kerana entry ini ada kaitan sedikit sebanyak dengan Drama TV itu, aku cerita sikit akan sinopsis drama ini:



Earl J. Hickey adalah seorang yang agak liar, sedikit jahat dan mencuri bila lapar atau terdesak, tapi kadang kadang dia mencuri hanya untuk seronok-seronok! Earl seorang yang kecewa dengan hidup membuatkan beliau menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri, suka menipu dan sering mentertawakan orang lain..

Akibatnya, ramai sekali orang yang menjadi mangsa ‘kekejaman’nya, tapi jenayah yang di buat tidaklah besar, tidaklah sampai membunuh…

Satu hari Earl menang lotteri sebanyak US $100,000 tapi terus hilang sebab dia kena langgar dengan kereta ketika sedang melompat kegembiraan dan hanya dapat melihat tiket loteri nya terbang di bawa hembusan angina bayu sebelum pengsan dan tersedar di Hospital…

Di hospital, isterinya pulak ceraikan dia.., dan ketika duduk hospital itulah, iaitu ketika sakit dan tidak boleh bergerak.., si Earl ini telah terbelajar tentang satu ilmu baru daripada satu rangcangan TV yang di tonton dari katil Hospital, iaitu Rancangan ‘talk Show’ yang membincangkan isu "HUKUM KARMA”.

”Buat baik, dapat baik, buat jahat dapat jahat.”

Teruja dengan Prinsip Hukum Karma, Lalu Earl buat keputusan untuk jadi baik dan mula buat senarai orang yang pernah di zaliminya.., dan bertekad ingin meminta maaf atas segala kesalahan dan sanggup berbuat apa sahaja asalkan mangsa kezalimannya sanggup memaafkannya.

Dengan 200 senarai nama, Earl yang sihat telah keluar hospital dengan azam yang baru, dah salah satu azamnya adalah kutip sampah, lalu tiba tiba terjumpalah kembali tiket lotarinya dan terus faham bahawa ini adalah isyarat daripada KARMA yang merestuinya..

Akhirnya duit itu digunakan sebagai modal Earl mencari orang yang pernah di zaliminya untuk meneubus kembali apa yang telah hilang.

Cerita ”my name is Earl” ini bagi aku cukup lucu dan sinis, dia adalah bodoh dalam banyak hal, tapi niatnya yang ’ikhlas’ membuatkan mangsa kekejamannya menghormatinya dan belajar sesuatu tentang ”kepercayaan” dan akhirnya memaafkannya malah turut membantu Earl menjejak mangsa-mangsa yang lain..
Akhirnya banyak jugak kawan kawan liar si Earl ini terkesan dengan Earl dan turut berubah menjadi baik... Malahan, orang terpelajar dan bijak pandai dalam cerita ini juga terkesan dengan Earl..

Sikap Earl yang sanggup buat apa sahaja pada orang yang pernah di zalimi kadang kadang sungguh melucukan..., dan ini merupakan tunjang kekuatan Drama ini..

Baiklah, kita lupakan Earl yang hanya wujud dalam dunia DRAMA itu...

Namun apa yang aku nak cerita hari ini adalah, dalam dunia nyata, aku jugak ada seorang kawan yang macam ‘earl’(bukan nama sebenar)

Ceritanya begini, kawan aku tu seorang yang low profile, dan tak pernah jatuh cinta atau bercinta, namun pada satu hari adaler sorang awek minat kat dia, mulakan aksi, lalu bercintalah si earl ni buat pertama kali…

Bila dah bercinta, dia tiba tiba jadi seorang yang teramat peramah dengan mana mana perempuan yang berbahasa melayu, makcik jual goreng pisang pun suka berborak dengan dia tentang apa-apa isu , dan dia juga pandai gila ayat power.., lantas ramailah perempuan gedik suka dengan dia sebab diapun dah jadi macam gedik gak.., tak lama kemudian, dengan prinsip cinta itu buta dan ‘makan beralih tempat’ maka diapun tak lama lepas tu berpisah dengan awek pertama dan dapat awek baru yang lebih garing…

Aku pada mulanya tak tahu apa cerita dia dan tak pedulipun apa yang berlaku pada dia, sebab lelaki bila dah ada awek, kawan-kawan yang telah sama sama bersusah payah menempuh ranjau kehidupan telah dilupakan dan menjadi tidak penting lagi…, hampeh betul..

Namun satu hari, Dengan kehendak Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.., Hidayat telah datang menyulubunginya dan dia telah mendapat peluang menempuh “gaya pulang ke pangkal jalan” dan ingin menjadi lelaki beriman akhir zaman…

Lalu bermulalah cerita yang mana dia ngadu kat aku sorang jer(katanya)…

Masalahnya adalah, dia dah terlanjur dengan awek pertama dulu, bila dah begitu dia jadi bosan dengan awek pertama dan sekarang masih bercinta dengan awek baru. Tapi bila dah dapat Hidayat dan bertaubat ini, dia jadi insaf dan tanya aku bagaimana nak bertaubat dengan cara yang betul dan adakah benar aweknya yang pernah di rosakkan akan dapat menghalang dia masuk shurga kelak jika awek itu tidak halal?

”Nak halal apanya benda yang haram?”

Kata aku sambil membongkar rahsia dan cerita disebalik dosa-dosa berzina...

Di dalam Islam, setakat aku yang bukan ustaz ini tahu, perzinaan terbahagi kepada beberapa jenis:-

  1. Pezina muhshan iaitu pezina yang sudah memiliki pasangan sah tapi buat projek dengan orang lain, biasa hukuman yang aku dengar kena rejam dengan batu dan sampai mati...

  2. Pezina ghayru muhshan iaitu pezina yang belum pernah menikah dan tidak memiliki pasangan sah, biasa hukuman yang aku dengar kena sebat 100 kali tak perlu sampai mati, boleh rujuk filem Semerah padi lakonan P Ramlee.

  3. Homoseks iaitu lelaki main belakang lelaki yang lain, hukuman aku tak pasti.., nak kena rujuk Ustaz..., zaman dulu Allah terbalikkan bumi..

  4. Pezina dengan binatang, yang ni aku dengar hukumannya adalah bunuh, dan binatang itu jugak kena bunuh.. Wallahu’lam.

  5. Pezina dengan diri sendiri, ada pendapat yang berkata boleh dengan tujuan mengelakkan 4 jenis zina di atas...,

    (Untuk lebih detail tentang Hukuman untuk si penzina, boleh rujuk Tuan Haji Hadi Presiden Pas.)

Tapi akhir zaman ni, orang berzina biasanya masuk mahkamah syariah dan kena denda dalam RM 2000 ringgit lebih kurang, mudah bukan?... kena banyak menangis, sebab tanpa taubat, hukuman akhirat belum tentu terlepas...

Kita tak tahu apa yang Allah ganti di akhrat untuk setiap sebatan 100 kali yang mereka terlepas di dunia atau apa yang Allah ganti untuk setiap batu Rejaman yang mereka terlepas hukumannya jika nak di bandingkan dengan siksaan di akhirat kelak...oh!

Jika rujuk peristiwa israk dan mikraj ada cerita tentang bagaimana Nabi Muhammad
SAW diperlihatkan keadaan sekumpulan manusia yang digantung pada dada mereka dengan rantai api neraka dan dari kemaluan mereka, keluar nanah yang busuk, sehingga ada dikalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan. Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan orang yang berzina..

Ada banyak lagi peristiwa azab untuk penzina, boleh rujuk ustaz dan kitab...

Pendek cerita, Bila dah dengar semua tu, sebagai lelaki beriman akhir zaman, si Earl ni pun jadi takut, gementar, resah dan menangis....

”Apa perlu aku buat sekarang?”

Tanya Earl dengan muka yang pucat...

”Kau dah berzina dengan awek baru tak?”

Tanya aku pulak dengan selamba...

”Oh, yang ni belum lagi, tapi dia macam tak beberapa suka dengan ”gaya pulang ke pangkal jalan”.

Lantas bermulah cerita My name is Earl.., diaplikasikan kepada My Friends Name is earl…, dan aku pun bagiler nasihat...

Beginilah earl, masih ada sinar harapan untuk kau, masih ada cerita lain tentang seorang penzina di zaman nabi Muhammad SAW, beliau ni adalah pencuri kain kapan, bila ada mayat yang baru di tanam, mamat ni akan gali dan curi kain kapan sebab zaman tu sehelai kain pun berharga terutama untuk orang miskin…

Nak dijadikan cerita, satu hari mamat ni gali kubur dan terjumpalah mayat wanita yang masih muda dan jelita, lalu bila mayat dah di bogelkan untuk ambik kain kapan, mamat ni rasa stim dan syaitan dah cucuk jarum…

Pendek cerita, mamat ni berzina dengan mayat wanita tadi…

Lepas berzina dan inzal, tiba tiba mayat wanita itu bangun dan berkata-kata:

”celakalah kamu yang biarkan aku berjumpa Tuhan dalam keadaan hadath besar”

Lepas berkata begitu, wanita itu jadi mayat balik..

Lelaki itu terus jadi pucat dan takut.. lalu dengan air mata dan tangisan macam orang gila, beliau pergi berjumpa NABI Muhammad SAW untuk mengadu samaada orang macam beliau masih layak masuk shurga atau tidak? Layak dapat keampunan atau tidak?

Abu Bakar RA yang ada disisi Nabi Muhammad SAW dan dengar lelaki itu menangis juga turut menangis..

Dan Nabi cukup marah kat Mamat ni, lalu berkata lebih kurang maksud:
”Celakalah kamu, Allah tidak akan mengampunkan dosa kamu!”

Lelaki itu bila dengar macam tu terus bertempik macam orang gila dan lari ke padang pasir lalu meraung seraung raungnya dan berguling guling meratapi diri sendiri...

Pendek cerita, Turunlah Wahyu dari Allah yang menegur Nabi Muhammad SAW bahawa keampunan dan rahmat Allah adalah Besar, dan akan mengampunkan siapa sahaja asalkan bertubat Nasuha...

Lalu Abu Bakar RA menyampaikan berita gembira ini kepada lelaki itu dan menangislah lelaki itu kegembiraan semenangis-nangisnya sehingga beliau menjadi mayat di situ juga...

Dan Nabi bersaksi bahawa dia telah diampunkan dosanya..., begitulah cerita lebih kurang yang aku dengar dari Buznama 5 tahun yang lepas, jika ada tersilap pada versi ini, tolonglah korang betulkan..., namun apa yang aku nak cerita pada Earl, pintu taubat sentiasa terbuka...

Oleh yang demikan, aku takde kuasa nak sebat kau ke apa, namun begitu, oleh sebab awek baru kau ni tak beberapa suka dengan ugama dan alhamdulillah, kau belum rosakkan dia, kau putuskan sahaja hubungan kau dengan awek baru dan sekarang kau kena jejak balik awek yang dah kau rosakkan dulu, dan kahwin dengan dia... buat macam Earl dalam drama TV tu... . Sekiranya awek tu tak nak maka kau sebenarnya dah lepas satu bab iaitu kau dah usaha dan sudah zahirkan taubat.

Zahirkan taubat?..

Yelah, bila kau dah berzina dan sudah bertaubat tak nak berzina lagi, maka zahirkanlah taubat kau dengan cara mengahwini orang yang kau zinai itu.., itupun jika ada peluang, maknanya jika kau berzina dengan pelacur, taubatlah dengan cara berkahwin dengan pelacur itu..., berzina dengan mayat dan binatang, itu cerita lain..

”Tapi Hamka, aku tak serasi dengan awek lama aku tu, aku lebih serasi dengan awek baru...”

Earl. Anggaplah itu dugaan dalam hidup kau, kau sudah rosakkan dia, maka kau kenalah bertanggung jawab, nanti bila dia kahwin dengan orang lain, dan bila suami dia dapat tahu kelak, dah dua orang yang kau berdosa pulak, itu tak termasuk lagi dosa kau dengan bapak dia, mak dia, atuk dia dan semua ahli keluarga dia...

Dosa kau dengan ALLAH pun belum tahu, akhirat kena sebat ke kena rejam ke, tapi Allah Maha pengampun, insyAllah bila kau dah menangis bertaubat nasuha, Allah akan ampunkan dosa kau, tapi dosa dengan manusia susah sikit...

Pergilah cari dia, ceritakan segala niat murni kau, dan tengok apa keputusan Allah nanti...

Maka Earl, dan aku, pergi menjejak wanita itu...

Dan Alhamdulillah, wanita itu selepas Earl tinggalkan dia, telah berubah menjadi pendiam, dan telah bertudung, telah mengasingkan diri dari nikmat dunia, telah bercinta dengan Allah, dan pasrah dengan Allah akan siapakah lelaki yang akan di takdirkan kelak untuk dia yang rosak ini..
Lalu bila Earl datang dan mempersembahkan niat, maka air mata telah di gugurkan pada dosa dengan selebat-lebatnya dan akhirnya berkahwinlah kelapa yang di tebuk tupai itu dengan tupai yang menebuknya...

Dan sekarang aku dengar mereka sudah bahagia dalam rumah tangga sebab dah ada dua anak, dan earl sekarang sibuk dengan kerja dakwah.., sibuk belajar menjadi lelaki beriman akhir zaman...

Sesungguhnya, lelaki yang baik, untuk wanita yang baik... (Al Quran)

Earl sekarang sudah berpindah ke Kelantan kalau tak silap aku, dulu beliau tinggal di Hilir Terengganu, dan kami dah lost contact, tapi yang aku masih ingat:

Earl belum bayar hutang aku sebanyak RM100.

Aku percaya, Earl pasti suatu hari nanti akan menjejak aku untuk bayar hutang RM 100 tu,...

Earl, jika kau baca blog ini, aku halalkan hutang RM100 tu jika kau tak mampu bayar dan gagal jumpa aku.

Tapi aku tahu orang macam kau, mesti nak bayar punya.., maka aku ada cerita sikit untuk kau yang nak bayar hutang akan adab adab bayar hutang...

Pada zaman dahulu, ada cerita tiga lelaki yang terperangkap dalam gua kerana lubang gua telah tertutup dengan batu yang besar.. bila nak keluar, mereka selesaikan masalah mereka dengan perantaraan Amal...

Salah sorang dari mereka berdoa..

" Ya Allah, ya Tuhan ku. Sesungguhnya aku telah mengupah beberapa orang pekerja untuk melakukan satu-satu pekerjaan. Aku telah membayar upah kecuali seorang pekerja yang telah meninggalkan tempat itu tanpa mengambil wang upahnya terlebih dahulu. Wang itu telah aku kembangkan sehingga menjadi banyak.

Pada suatu hari dia datang menanyakan tentang wang upahnya itu. Aku jawab: "Semua unta, lembu, kambing dan hamba sahaya yang engkau lihat di depan matamu itulah upahmu yang engkau tinggal kepada ku dulu."

Orang itu menjawab: "Kau mempermainkan aku?"

Aku menjawab: "Tidak. Aku tidak mempermainkan engkau, memang benar itu harta mu. Ambillah semuanya."

Dia pun mengambil semua hartanya tanpa meninggalkan sedikitpun. Wahai Tuhanku, andai kata perbuatanku itu mendapat keredhaan Mu maka lepaskanlah kami dari bencana yang sedang kami hadapi ini."

Lalu batu besar itu pun bergerak sehingga pintu gua terbuka lebar membolehkan ketiga-tiga lelaki itu keluar dengan selamat

Maka Moralnya cerita ini kepada engkau wahai si Earl, duit RM 100 aku tu kau laburlah dalam ASB ke, buat modal bisnes ke, apa ke yang halal, dan kelak bila kau jumpa aku, dan bila aku tuntut balik RM 100, tiba tiba kau bagi aku RM 100 ribu!
Akupun terkejut ler, “ni riba ke apa? Kau mempermainkan aku?"

Tapi kau dengan tenang berkata:

"Tidak Hamka!. Aku tidak mempermainkan engkau, memang benar ini semua harta mu. Ambillah semuanya. Duit RM seratus yang aku nak banyar kat engkau tempoh hari, telah aku telah simpan dalam BSN sijil simpanan Premium, tiba tiba aku menang kerata Waja dalam cabutan bertuah BSN, aku terus jual dan buat modal meniaga spare part kematian seperti batu nisan, keranda dan kain kapan, alhamdulillah semuanya maju sebab hari hari ada orang jadi mayat dan aku mendapat keuntung berjuta juta ringgit dari setiap kematian orang lain, nah sekarang kau ambiklah balik semua harta ini ha ha ha!"

Lalu akupun ambiklah semua harta tanpa meninggalkan sedikitpun...

Tak gitu Earl?

Woha!

Ps: Aku sampai matipun tak akan cerita siapa nama sebenar kawan aku tu, Kita kena jaga maruah orang bukan?..., Tapi jika korang berkeras nak tahu jugak siapa nama kawan aku tu, aku hanya boleh cakap:,

My Friends Name is Earl!

Harap maklum. : )

34 comments:

BENTARA said...

yeaaaa... no 1 lagi sekali...

ok boleh start baca huhuhu...

perokoksoleh said...

hahahaha.....
salam.syok la...
jeles lak bila baca blog nie...
berhikmah,moga2x saudara seislam kita sedar..
yupp..betull la hukum kepada penzina tue..
dan cerita2x dalam nie semua aku dah dgr tp hamka dapat membuatkan cerita-cerita jadi menarik..
(i like it!!!-borat)

ibdumuaz said...

As salam mualaikum

Mamat baru kat sini.

Jangan sebut tentang ASB kat you punya cerita. Ada Khilaf hukum dikalangan ulama.

Selamat berjuang untuk ummat.

Anonymous said...

salam...
a good entry....
slalu bace tapi xpenah nak komen....

faz said...

Hamka...
hari ini aku rasa sungguh berserabut..
dan aku titiskan air mata tatkala membaca entri kau
terutamanya tentang menzahirkan taubat.....

ainohikari said...

Salam

Ini baru dikatakan 'kisah benar' yang boleh dijadikan teladan dan pedoman.

Semoga kita yang membaca dijauhi dari dosa berzina.

jazakAllahhukhaer

abu_harraz said...

Hamka,
Entry ini bakal mencetuskan kontroversi.
Kau memang insensitif...
Berderau darah org Rhu Dua..

Kata mereka (mungkin)
"Kalau Hj Hadi tu timbalan Presiden PAS, Sapa Presiden Pas?
Kau nak mempermainkan kami???

IbduMuaz,
Sib baik ko cakap ko baru kat sini...Sebab Hamka selalu cakap..jgn jadi sellowww...


AKu sayangkan Earl..dia memang macho!!! kelelakian terserlah walaupun tanpa membuka aurat!

abu_harraz said...

Untuk anonymous 3:44 PM, April 30, 2008.

Guna lidah untuk inzalkan pasangan tak semestinya jilat kemaluan dia...
Byk cara lain kaaaaann..

Apa2 hal jgn jilat kemaluan pasangan anda utk tujuan menginzalkan. Byk lagi cara, be creative..Lidah oh lidah..

Boleh tanya Hamka yang agak pakar bab2 ni..

Hamka said...

BENTARA

setelah hampir sebulan tak tulis blog, tapi masih ada pembaca yang berebut nombor satu, dan setelah 3 tahun tulis blog, korang masih berebut nak jadi pengkomen nombor satu..

Maaf, aku tiada sebarang hadiah untuk anda.

Woha!

----------
perokoksoleh

ada banyak lagi orang lain yang kau perlu jeles selain aku yang hina ini, iaitu mereka yang bertahajjud sepanjang malam, mereka yang berjuang di jalan Allah, mereka yang tak pernah tertinggal takbir pertama, atau mereka yang tidak pernah melihat perkara yang haram… dan lain-lain

Oh!..

-----------
ibdumuaz

Sib baik Abu Haraaz dan bela kau.. hihihi

-------------
faz

Tentang perkara yang kau tangiskan, ada api neraka yang telah terpadam…

--------------
ainohikari

Dan juga dosa lambat membayar hutang…
heh

--------------
abu_harraz

Oh, ye ke? aku tak update pulak, nanti aku edit bab haji Hadi punya pangkat…

ps: Earl akan bertambah macho jika dia amalkan teknik membayar hutang yang aku sarankan, he he

Satu lagi bab inzal:

Sebelum aku kahwin, ada seorang pakcik Tabligh bagi buku panduan yang bertajuk “bagaimana jimak secara islam”.

Buku itu adalah kitab lama, bertulisan jawi, dan agak sukar untuk dibaca dan di fahamkan.

Tapi aku tabah dan amalkan…

pendek cerita, aku jumpa lagi pakcik ni minggu lepas di sebuah masjid dan menyatakan hasrt untuk pulangkan buku itu.

Tapi Pakcik tu kata tak payah, dan bagilah buku tu pada mereka yang layak…

Akupun jadi suka, sebab dah 7 tahun jugak buku tu aku simpan,

Tapi dah seminggu jugak aku cari tapi tak jumpa pulak…

Jadi, panduan inzalkan guna lidah atau guna tangan secara islam, tak boleh aku jawab sekarang…

harap maaf.

Anonymous said...

hamka,

it is a good story!

abu_harraz said...

Hamka,
Janagn ko tersalah update mursyidul am PAS sudah...kot2 la terletak nama Anwar Ibrahim..

Nanti ko kena boikot...
hahahaha

Wan Mohd faiz said...

Yeayyyyyyyy!!!
saja nak bersorak kat sini. Maap yer.

sebuk jer aku ni. Nanti bagi komen, tak habis baca lagi nih. Hehehehehe

Jiji, 25 said...

pengisisan otak yang best untuk pagi yg agak mendung kat sini@!~

azharjaafar said...

Sebenarnya dosa tinggalkan solat jauh lebih besar dari dosa zina.

Dari cerita ko ni aku dapat kenal siapa dia 'earl'. Earl adalah seekor tupai yang dah bertaubat dari kerja2 menebuk kelapa tanpa permit. Semoga taubatnya diterima.

capoeira said...

Setahu saya, pemuda tu bekerja sebagai penggali kubur. walaupun selepas Allah menerima taubatnya, kerana amat kecewa dan marah ats perbuatan pemuda tersebut hingga menyebabkan Rasullullah berkata lebih kurang maksud " palinglah muka engkau sekiranya berjumpa/terserempak dengan ku". maka setiap ilmu agama yg dihadiri, dia akn cuba duduk disuatu sudut yg akn melindungkan mukanya dr dilihat Rasullullah. begitu hidup pemuda tersebut tanpa memperlihatkan diri pd Rasulullah sehinga akhir hayatnya.. Wallahuallam..

Kafur said...

Hamka said: My Friends Name is Earl!

Earl replied : You are my friend hamka!

and all of us said: We are friendster, friendly, friendships, boyfriend, girlfriend and all of friends..

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

terima kasih di atas ilmu yg dikongsi bersama :)

humaiRah said...

salam

selalu baca blog nih. beshhh~~~

tahniah dan syabas~~

Hamka said...

abu_harraz

aku dah edit, betul tak tu?
ke pangkat lain?

-----------------
Wan Mohd faiz

apa-apalah, : )

---------
Jiji, 25

Allah bagi best. dan Allah juga yang buat pagi itu mendung.

-----------
azharjaafar

dan aku dengar, membisu terhdap kerja dakwah adalah dosa yang tidak terampun..

oh!

----------
capoeira

setahu aku pula, antara lelaki yang Nabi tak pandang wajah dia sampai mati adalah Washi RA yang di upah oleh Hindun untuk membunuh Hamzah RA.

Apabila Washi masuk islam, Nabi ada rasa marah dekat beliau tetapi maafkan dan menahan sabar dengan cara mengelak bertentang mata, Washi yang faham telah duduk di belakang nabi sepanjang hidup dan juga majlis ilmu.

Menurut Ulamak, Washi adalah perawi yang paling tepat dalam meriwayatkan Sunnah Nabi Muhammad SAW dari pandangan belakang.

Wallhu’lam

-----------
Kafur

Tapi aku menolak untuk joint mana-mana freinster, multiply, yahoo group, circle frends, forward email members, etc etc..

harap maklum.

: )

-----------
ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﻋ

sama-sama.

---------
humaiRah

tahniah dan syabas kepada pembaca yang dapat mendekatkan diri dengan Allah

fosilmitra said...

Assalamu'alaikum wbt.

Lama tak singgah teratak saudara... tertarik acik membaca nukilan saudara dan mohon permisi utk dicopy pastekan ke Bincang.net...

Boleh saudara?

Hamka said...

ok

Anonymous said...

teruskan usahamu,tapi jgn lupa tunaikan kewajipanmu...wassalam..

mimiey said...

salam Hamka,,
sume cite yg pak hmka bg pnuh teladan dan d selit dgn lwak jenaka yg membuat kan kdng2 sy tergelak sorg2..
alhamdulillah.. trus kan perjuangn

yg penting nme pak hmka sme dgn org yg istmewa dlm idup sy,, ahaks!!

cerMiN said...

Salam..
Nak tanye (tade kena mengena ngan topic blog)... SOALAN: ORG TRGGANU YG BR KAWEN KALI KE-4 TUH YANG WAT SENAMAN LIPAT PINGGANGG TUH KAN, ADIK BERADIK HAMKA KE??? SEBAB DIA .... BIN EMBONG?? (jusT asking..??)

apai said...

salamualaikum..yg hukum tuk berzina dengan diri sendiri tu bukan semudah tu, jangan salah paham akan kebolehan tersebut, nanti org bile naik nafsu je cari sabun naik nafsu je beronani la senang cakap. salah!! sebenarnya penzina dengan diri sendiri adalah dilaknat oleh Allah berdasarkan hadis. Laknat = jauh dari rahmat Allah. kalaw dosa leh taubat lagi, tapi laknat ni masyaAllah wallahualam. yg difatwakan secra khilafi lagi ini ialah ketika mana dia dah diajak oleh seorang wanita dan dia amat2 la bernafsu tapi dia tetap hendak mengatakan inni akhofullah ( ssungguhnya aku takutkan Allah) maka saat itu jika tak tertahan lagi maka dibolehkan, tapi tak digalakkan dan jatuh kategori keji dan makruh, yg dianjurkan oleh islam ialah berpuasa utk menahan nafsu..
Sori beb wat cam blog sendiri plak :P cume rasa tak btol tuh..

van qif said...

Assalamualaikum..

Apa khabar pak cik...dah seminggu tak jengok blog pakcik...tup-tup dak kuar dua entries...

Pak cik tak nak jawab ker kerja kat area mana? confidential yer??

Bab hutang...yer...aku masih berhutang lagi....Ohhh

adioss amigoss

Hamka said...

Mimiey

Beruntunglah kau, dapat teman hidup yang hensem macam aku!
.
---------
cerMiN

Hari akhbar berita tersiar, aku dapat panggilan dan hujanan SMS yang nak confirm tentang ORG TRGGANU YG BR KAWEN KALI KE-4 TUH YANG WAT SENAMAN LIPAT PINGGANGG TUH KAN, ADIK BERADIK HAMKA KE??? SEBAB DIA .... BIN EMBONG??

Aku jawab:

Bukan! So gadis-gadis, jangan takut dekati aku, woha!

----------
Apai

Betul tu apai, sebab tu aku buat note : rujuk ustaz.

Maka aku ulangi, Melancap jugak berdosa!

Harap maklum!

---------
van qif

betul, kerana aku termasuk dalam 18 perkara yang misteri di dunia.

valsa_nine said...

hutang? alamak.. aku masih berhutang.. hati ku xtenang.. ape xnye, dvd2 yg d pinjam da ilang ntah kemana.. walau da bertahun lamenye kupinjam.. ilang la pulok.. aiseyy..

hurm..
en.hamka..
ade ke zina mata, zina tangan, zina hati?? macamane tu? ade hukuman ke? hurm.. yg ptg, puasalah utk hindari zina..

Hamka said...

hutang DVD?

berkenanan hukuman untuk para zina, bila dah dosa dan bawak ke akhirat, tentu teruk jugak

maka bertubatlah..., walaupun azabnya ringan.

nanti aku tulis bab ni

Mohd Ashraf said...

orait bro hamka..saya tunggu sambungan pasal bab zina mata..tangan..mulut semua ni.member-member satu U ada la yang dah macam earl tu.tapi tak terlanjur la..cuma ringan2(kata member2 ni la).diorang ni cam takot gak dosa sambung skru kat soket..tapi still berani lagik usung awek masuk hotel.takot tapi mahu!

Anonymous said...

ya ayyahasyabab, maistatoaminkum alba ah,falyatazawwaj....

Anonymous said...

Salam Hamka,
Kalau berzina dgn lebih dari satu perempuan. Bagaimana nak menzahirkan taubatnya? Bagaimana jikalau sudah berzina dgn teman yg sedia ada tapi mahu bertaubat, mahukan teman yg sedia ada.

Hamka said...

susah jugak soalan ni, hu hu..

Anonymous said...

Just wіsh tо say your artiсle iѕ as аstonіshing.
The cleаrness in your post іs juѕt spectacular and і сan assume уou're an expert on this subject. Fine with your permission let me to grab your RSS feed to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please keep up the gratifying work.

My blog; payday loans