Jun 26, 2008

Tau-buat Tau-lah Tau-Bat?

(Mencari Nasuha yang hilang? - Jawapan secara PUKAL kepada semua email dari perempuan yang menyesal terhadap dosa zina mereka…)

Dari email yang aku terima, kebanyakkan ‘gadis’ yang bagitahu problem mereka pada aku kebanyakannya adalah masalah seks dan jodoh.

Iaitu, Masalah seks kerana sudah terlanjur dan masalah jodoh yang agak menakutkan kerana diri sudah terlanjur…

Lalu mintak nasihat kat aku, akan bagaimana nak pujuk lelaki yang telah ‘merosakkan’ mereka agar datang menebus dosa dengan cara meminang mereka, sebab rata rata lelaki yang sudah meratah bunga, habis madu sepah di buang…

(‘Rata rata lelaki’ itu ditujukan kepada lelaki macho yang masuk neraka jika tidak membuat tindakan yang sepatutnya.)

Cik adik,
Memujuk lelaki yang rosakkan cik adik adalah di luar bidang kuasa keretamayat.

Juga memujuk ibu lelaki yang enggan anakknya berkahwin awal kerana ‘masih muda’ atau ‘belum puas rasa duit kamu’ juga adalah di luar kemampuan kereta mayat.

Ibaratnya di sini, kerja keretamayat hanyalah membawa mayat ke tempat yang sepatutnya, iaitu ke kubur, dan kereta mayat memang tidak mampu menolong orang di dalam kubur… hanya mayat empunya badanlah yang dapat menolong diri sendiri…

Maka nasihat keretamayat, apabila engkau sudah rosak akibat terlanjur, dan sebelum aku usung kamu ke kubur, perkara yang paling utama patut kamu risaukan bukanlah masalah jodoh kamu, bukan masalah takut pakwe tak datang meminang, atau takut kahwin dengan orang lain lalu pakwe bocorkan rahsia akan kamu adalah kelapa yang sudah di tebuk, atau takut suami murka dan sebagainya…

Bukan.. bukan..bukan!

Tapi apa yang patut bermain di benak kepala kamu yang sudah terlanjur adalah.

ADAKAH ALLAH SUDAH MENGAMPUNI DOSAKU?

ADAKAH TAUBATKU SUDAH DITERIMA?

ADAKAH PINTU SHURGA TERBUKA UNTUKKU?

ADAKAH PINTU NEREKA YANG TERBUKA KERANA ZINA ITU SUDAH TERTUTUP?

Itu yang patut kamu fikir dan risaukan lebih dari fikir dan risau akan jodoh…

Allah sudah tetapkan jodoh kamu, jodoh akan datang kepada kamu sepertimana rezeki akan datang ke mulutmu dan mengalir ke lubang tandas, jodoh akan datang kepada kamu sepertimana maut akan datang menjemputmu lalu keretamayat menjemputmu jugak, jadi persoalannya yang besar sekarang adalah:

Adakah kamu sudah benar benar bertaubat? Dan adakah Taubat kamu itu sudah di terima?

Inilah persoalan yang tuan punya badan kena selesaikan sendiri.
InsyAllah bila Taubat kamu sudah di terima, maka pintu jodoh akan terselesai sendiri dengan kehendak Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang…, kerana apabila kamu baik, maka jadilah kamu wanita yang baik, dan sesungguhnya, wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik.

InsyAllah…

Sebagai panduan kita bersama, aku bagi kamu akan HAKIKAT TAUBAT NASUHA setakat yang aku belajar, dan aku juga masih belajar, maka kita sama-sama belajar….

Straight to the point, Sesungguhnya hakikat Taubat Nasuha itu terbahagi kepada 6 perkara.
1)Menangis
Taubat Nasuha memang perlu sangat di iringi dengan air mata, Nabi Muhammad SAW dan semua sahabat baginda dalam riwayat menceritakan akan mereka adalah selalu bergenang air mata walaupun untuk dosa oarng lain, apatah lagi dosa diri sendiri..

Jika tak boleh manangis, pura pura menangis juga di benarkan…

2)Tidak mengulangi
Bukanlah Taubat namanya jika repeat back to the same action yang di katogorikan dalam senarai taubat-taubat sepanjang hidup. Sesungguhnya batal sudah akan taubat kamu bila kamu ulang balik dosa itu.

Menghampiri kepada perkara yang boleh mengulangi dosa juga akan membatalkan taubat, yelah, kamu dah taubat tak nak berzina, tapi in the same time masih lagi menghampiri zina, bergurau antara pusat dan lutut misalnya.., tak ke hampeh?, so basic yang paling simple dalam taubat adalah: never repeat forever and ever!

Senang cerita sampai mati tak akan buat dosa itu, dan sanggup mati daripada mengulangi dosa itu…

3)Tiada Niat untuk mengulangi
Jika tadi tak mengulangi, sekarang niat untuk mengulangi pun kena bersih…

Ada Ustaz yang menyatakan bahawa sekiranya orang yang mendakwa dirinya sudah bertaubat, tapi masih ada niat untuk ulang balik dosanya jika ada peluang atau sering berkhayal melakukan dosa itu, maka taubatnya adalah batal, kerana dia adalah belum betul betul bertaubat…

So, baca perenggan seterusnya untuk atasi masalah ini.

4)Menyesal
Antara azab yang paling menyeksakan hidup adalah ‘menyesal’.., menyesal akan datang apabila peluang di berikan tetapi telah di sia-siakan, sebagai contoh ahli neraka akan menyesal gila bila Allah tayang shurga yang patut mereka dapat.., sebab Allah dah siap shurga sorang satu, tapi bila bakal ahli shurga itu telah tidak melayakkan dirinya, maka Allah telah bahagi-bahagikankan shurganya itu kepada ahli shurga yang lain.., tak menyesal gila dibuatnya? Meroyan habis kau!

Dan bila ahli neraka melihat azab, menyesal sehingga menggigit jari jari sampai putus putus..oh!

Jadi balik kepada isu menyesal dalam adab adab Taubat, kenalah faham bahawa selain tidak mengulangi dosa, korang juga kena rasa menyesal gila pada perbuatan dan ketelanjuran korang terhadap dosa dosa yang lampau..

La ni, aku tengok ada sorang pakcik ni dah taubat daripada berzina dengan bohsia katanya, tapi bila ada peluang berborak dengan anak muda zaman sekarang, pakcik ni dengan bangga bongkar cerita kisah ‘dia dan hebatnya dia di mata bohsia di zamannya’.

“pakcik dulu, bohsia mana yang tak kenal? Bla bla bla..”

Oi, pakcik, bercerita akan dosa kita pada orang lain juga adalah dosa sebab tak kena gaya, boleh menggalakkan orang lain buat dosa, dan apatah lagi jika bangga dengan dosa, lagi lagilah dua kali ganda dosa di lipat ganda, kira hebat sangat ke bawak bohsia keliling kampong? Pakcik tak dengar lagi cerita dosa aku.., tapi sebab aku dah belajar adab taubat tak boleh cerita dosa kita pada orang lain dan hanya cerita pada Allah, dan aku juga sedang belajar menyesal.., maka aku doakan pakcik agar dapat menyesali akan dosa dosa zaman muda muda dulu yang mana bila pakcik tengok orang cople zaman la ni, pakcik terus tunduk kepala dan geleng geleng sikit sambil mencegah maksiat dalam hati tanda selemah-lemah iman, (jika itu yang termampu) lalu berdoa agar dosa mereka diampunkan dan dosa pakcik yang dulu diampunkan, dan doa juga hidayat untuk mereka dan sangka baik bahawa mereka mungkin suami isteri…,

Boleh gitu?

5)Jangan cerita dosa kita pada orang lain.
Dalam adab Taubat, dosa hanya perlu cerita pada Allah sahaja kecuali dosa jenis terlibat dengan hak orang lain, seperti mencuri ke, terambik barang ke, terumpat ke, itu memang nak kena cerita direct kepada mangsa jenayah kamu itu.

Dalam kes ni, samalah juga macam kes pakcik diatas, silap-silap bila kita cerita dosa kita pada orang lain, sekali datang pulak rasa bangga… terus batal taubat!

Ada sesetangah kes perempuan yang dah terlanjur biasanya suka cerita pengalaman keterlajuran dia secara detail kepada teman lelaki baru yang kononnya nak tunjuk dia jujur, tapi silap jumpa lelaki maka berulanglah dosa zina buat kali kedua sebab lelaki bila dah tahu perempuan ni tak de dara, lelaki jahat akan naik syeikh dan ambik kesempatanler pulak…

Maka nak cerita dosa zina pada orang lain dalam banyak hal, kena fikir panjang terlebih dahulu, dan tengok akibat, jika mudarat tak perlu cerita langsung…, cerita pada Allah cukup!

Satu lagi, jangan mendetailkan cerita zina kamu dalam email, tak payah lah tulis dada kena ramas, hisap kelentit dan sebagainya, kasihan isteri aku, dia bukannya ada madu, bila aku naik syeikh baca email korang, lantas aku, .. arghh tak payah lah aku detailkan pulak, karang naik syeikh pulak korang semua, so… tolong!

6) Menzahirkan Taubat.
Ini yang paling penting, aku dah cerita kisah zina kawan aku ‘Earl’ dan ‘isteri’nya dalam entry dulu akan bagaimana mereka zahirkan taubat…, pendek cerita, orang yang mencuri bila bertaubat kena pulangkan balik barang yang di curinya, orang yang bergaduh bila dah bertaubat kenalah berdamai dan saling memaafkan, orang yang membunuh bila dah bertaubat kenalah mintak maaf kepada ahli kelurga yang dibunuh…, panjang cerita, terpulanglah kepada jenis dosa masing masing dan kembangkanlah sendiri akan bagaimana nak zahirkan taubat…

Sebab, dosa dengan Allah pasti akan diampunkan kerana Allah adalah Maha pengampun, dengan syarat kita bertaubat, tapi bila dosa dengan makhluk Tuhan, inilah yang paling di takuti..

Bak kata pepatah penjajah dari Negara Komewel:

“Every man will pay the penalty for his own misdeeds. The men who remember this will be angry with no one, indignant with no one, revile no one, blame no one, offend no one, and hate no one…”

*******

Ok, dah habis 6 perkara tentang apa yang patut di buat untuk bertaubat, aku bagi pulak 3 perkara yang tak boleh di buat untuk isu taubat ni yang mana jika korang buat, aku sendiri yang naik angin, siap korang!....

1) Malu malu kucing

``ehhh aku malu la, aku banyak buat dosa. aku malu ngan Tuhan untuk mintak ampun"

Kata seorang teman X kepada Y yang buat aku menyompok, woi mangkuk! Nak malu biarlah bertempat, dah malu, lagilah kene mintak ampun banyak-banyak. Tak malu betul!

2)Putus asa.

``ish, aku rasa Tuhan tak akan ampunkan dosa aku la, dah banyak sangat dosa aku yang terkumpul"

Ni lagi sorang bangang, orang yang putus harap daripada rahmat Allah memang cari penyakit, memang nak mampos!, boleh mengundang kemarahan Allah, arghh, malas aku nak ulas.

3) Menolak Taubat orang lain,

``kau ni teruk la, dah la buat dosa hari-hari. nama je orang islam. tapi perangai cam orang bukan islam. Tuhan pun payah nak ampun kan dosa ko, lagilah ko duduk dalam parti abc"

Memang nak mampos orang yang cakap cam gini, silap silap dia yang masuk neraka dan si pendosa itu masuk shurga, aku pernah tulis cerita ni secara detail tapi lupa dalam entry yang mana satu, moralnya adalah, takde sapa-sapa yang boleh nilai amalan, dosa dan pahala orang lain. Tiada siapa yang boleh tolak Taubat orang lain, itu urusan Allah, BUKAN ENGKAU hampeh!

*****
Akhir cerita…

Aku nak kena tambah lagi satu adab dalam bertaubat yang mana jika tadi aku cakap Enam(6), aku dah tambah lagi satu jadi Tujuh(7), sila betulkan balik nota masing-masing.. harap maaf sebab terpaksa kotorkan nota korang...

TAMBAHAN:

7) Tidak putus asa.
Adalah menjadi kesalahan besar pada mana mana penzina atau pembuat dosa apabila berputus asa dengan Allah kerana hakikatnya sifat Allah adalah Maha pemurah lagi Maha Pengampun, dan Rahmat Allah adalah lebih besar dari mana-mana dosa…

Seperti diterangkan dalam surat Al Baqarah ayat 160

"Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Dan juga surah Al-Baqarah ayat 222,

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

So, jangan putus asa walaupun kamu jenis yang lepas taubat buat balik dosa… dengan syarat bila kita doa mintak ampun kat Allah, buatlah cara seolah-olah kita betul-betul tak layak untuk dapat pengampunan disebabkan dosa yang menggunung tinggi tapi dalam hati mengharap kepada Rahmat Allah yang melangit luas.

Tapi jangan pulak salah guna sifat Pemurah Allah, untuk buat lebih banyak dosa… Naduzubiullah, itu mengcabar namanya.. dosa lagi besar untuk niat begitu…

Maka bila kita dah terbuat dosa atas kelalaian kita , kelemahan kita , keterlupaan kita dan sebagainya, sememangnya itu sifat manusia sebab Nabi Muhammad SAW telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi:

"Setiap anak Adam pernah berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat ".

Maka lepas kita di beri peluang oleh Allah untuk sedar akan kesilapan, cepat-cepatler minta ampun pada Allah sebab naiknya keretamayat itu adalah tiba-tiba…

*******
Penutup

Apa yang dapat aku simpulkan, sebenarnya korang sudah tersilap dalam tindakan apabila menyelesaikan masalah...

Korang buat dosa yang kecil kononnya untuk dapat jodoh, llau hampiri zina, dan akhirnya sebab korang mudah di tipu ibllis, akhirnya berzina..

Maka sekarang korang kena tinggalkan dosa untuk dapat jodoh...

Dan adat orang berdosa, Tau Buat, tau lah TauBat!!!

last!

Dalam satu hadith ada mengceritakan bahawa seorang sahabat baginda Muhammad SAW pernah bertanya, apakah yang akan Allah buat jika semua manusia taat perintah Allah?

Maka Nabi bersabda lebih kurang maksud, nescaya Allah akan gantikan kamu dengan kaum lain yang berdosa dan akan mengampuni siapa yang bertaubat dalam kaum itu kerana Allah sangat suka mengampunkan manusia… (lebih kurang maksud)

*******

Ok, sekian untuk hari ini, dan sekian jawapan aku secara pukal kepada semua email dari perempuan yang menyesal terhadap dosa zina mereka… semoga Taubat kita semua di terima ALlah..

Tau-buat Tau-lah Tau-Bat!

End.

Ps: SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di siang hari sampai matahari terbit dan sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di malam hari sampai matahari tenggelam dan berterusanlah Allah menanti taubat hambanya sehingga terbitnya matahari dari barat."

(dan keretamayat sentiasa panaskan injin keretanya pagi pagi untuk cepatkan hantar korang ke kubur).

28 comments:

skar said...

first

yanz said...

2nd ;p

sll bace blog hamka tp x nah bg komen.. :)

keep up d gud work bro hamka!
ur words inspire me hehe

van qif said...

Assalamulaikum

Ohhh pak cik...air mata nak menitis baca blog kali ni, tak tau kenapa..may be sebab banyak dosa kot...nasib baik kat opis ni...control macho sikett..

Insaf rasanya, Ya Allah,di KAU memang maha mengasihani hamba-hamba MU...

Wassalam

Adioss Amigoss

Jiji said...

Latihan mental untuk hari neh: Sabar, Redha dan Bersangka Baik.

kelapa muda said...

bro

ada trend br lelaki zaman sekarang, ajak pompuan peluk cium tapi no sex b4 married. dah 2 org offer aku camni. hahaha...bia tupai gigit, pegang kelapa asal tak ditebuknya. bodohnya la kelapa2tipis iman yg kena tipu dgn tupai2 yg ni. any advice bro? kalau aku, ingat nak langgar jer tupai2 yg merosakkan anak bangsa ni tp bunuh org tak masuk syurga lak aku.

kakashi_sensei said...

ish ish ishhhh..
derang ngaku kat ko dose² derang eh.. x pahang sungguh daku..pastu ramai plak tu yang ngaku (sbb ko bg jwpn secara pukal)..lagila ku x pahang..hurm..mcm trend nk mengurangkan rasa berdose plak..

nnt aku nak email ko jgakla..tp bukan nk cerite dose²ku..tp nk cerite hasil pertapaan ku selame ini.;p

Bakal Ahli Kubur said...

allhamdulillah,lastly saudara tulis gak tajuk nih...sy memang tercari2 sgt tajuk ni n isi yg berkaitan dlm entry nih. Yg penting jom kita sama-sama rujuk ustaz...penting oooo

azharjaafar said...

Hamka, sampai sekarang bini aku pun belum ada madu lagi.

Arrrggghhh...

Bakal Ahli Kubur said...

hmmm...1 lg, sy baru je terjumpa blog nih,then trus "terpikat" nk baca n nak baca n trus nak baca smua tajuk lam blog nih....n sy minta kbenaran kat saudara utk copy n paste n print n pass up kat frendss.(tp... dah buat dah pun) boleh kan? TQ...

faz said...

Terima kasih..
entri ko hampir menjawab persoalan aku..

SHE said...

SALAM..
aku dah lame jadi silent reader hamka ni..walaupun aku masih muda,(21 baru)mcm2 aku dah tempuh dan tahu erti kehidupan.Blog hamka ni jadi nota tatapan harian aku..thanks bro!!

Cucu_Adam said...

Salam..
Bro, salute...
Walaupun ayat2mu pedas bg umat akhir zaman yg spt buih2 di lautan..
Smoga berterusan mntarbiah mlalui blog ni..Allahuakbar!

ni, jap,emm..
nk kenalan ngan anak pompuan mung leh dok???
eheh..
leh la abah..

nizam said...

en.Hamka,
apa kabar?dah lama tak komen blog ni (padahal bukan selalu komen pun...).
saya cuba menghabiskan baca posting2 lama en.Hamka (hanya selepas "tugasan harian" saya dgn Allah selesai...err..boleh selesai ke?).

fuyoo, dia org siap cerita detail kat email ke?pening jugak la nak menjawabnye tu kan?

Midkazen said...

Asslamua3laikum... Ap khabar Hamka? Da lame tak bc blog ko. Bagus2 makin maju gaya penulisan ko. Iman kita pun mestila kene maju jgk kan?

Hamka said...

Skar

Jika kau first, aku pulak no 15!

---------
yanz

zaman pembaca yang tak pernah bagi komen mengkomenkan diri sudah bermula.., chewah!

--------
van qif

tambah lagi air mata untuk ayat ini..

ALI IMRAN AYAT: 133,

"BERSEGARALAH KEPADA AMPUNAN DARI TUHANMU DAN KEPADA SURGA YANG LUASNYA SELUAS LANGIT DAN BUMI YANG DISEDIAKAN UNTUK ORANG-ORANG YANG BERTAKWA YAITU ORANG-ORANG YANG MENAFKAHKAN HARTANYA BAIK DI WAKTU LAPANG MAUPUN SEMPIT DAN ORANG-ORANG YANG MENAHAN AMARAHNYA DAN MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG DAN ALLAH MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERBUAT KEBAJIKAN. DAN JUGA ORANG-ORANG YANG APABILA MENGERJAKAN PERBUATAN KEJI ATAU MENGANIAYA DIRI SENDIRI MEREKA INGAT AKAN ALLAH, LALU MEMOHON AMPUNAN TERHADAP DOSA-DOSA MEREKA DAN SIAPA LAGI YANG DAPAT MENGAMPUNI DOSA SELAIN DARIPADA ALLAH? DAN MEREKA TIDAK MENERUSKAN PERBUATAN KEJINYA ITU, SEDANG MEREKA MENGETAHUI."

----------
jiji

“Special Requrst!”

----------
kelapa muda

advice aku, baca entry aku : “Apa itu Seks”

banyak tip mengelakkan diri dari ditebuk tupai kat sana, insyAllah

: )

------------
kakashi_sensei

Cikgu naruto dah kembali,
Lama tak dengar cerita, dulu kaulah orangnya yang selalu ingatkan aku agar tidak ‘tersalah tulis’..
Selamat kembali.

------------
bakal ahli kubur

SETELAH RUJUK USTAZ,

AT-TAHRIM: 66, "HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH DENGAN TAUBAT YANG SEMURNI-MURNINYA, MUDAH-MUDAHAN TUHAN KAMU AKAN MENGHAPUS KESALAHAN-KESALAHANMU DAN MEMASUKKAN KAMU KE DALAM SORGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA SUNGAI-SUNGAI, PADA HARI KETIKA ALLAH TIDAK MENGHINAKAN NABI DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN BRESAMANYA, SEDANG CAHAYA MEREKA MEMANCAR DI DEPAN DAN DI SEBELAH KANAN MEREKA, SAMBIL MEREKA MENGATAKAN 'YA TUHAN KAMI, SEMPURNAKANLAH BAGI KAMI CAHAYA KAMIDAN AMPUNILAH KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU'".

Ps: boleh.

------------
azharjaafar

dan terpaksalah bini kau tanggung beban itu seorang diri…

eh, cantik gambar keretamayat tu, boleh aku copy?

----------
faz

hampir?

----------
she

wah untunglah kau, umur masih muda tapi dah jumpa blog yang best cam gini, jeles aku
Woha!

---------
cucu_adam

Tak boleh. Maaf.

Ps: penuhi syarat dalam entry “cari menantu” dulu ler, lepas tu ikut Q.

----------
nizam

selamat bertapa.

---------
midkazen

aku rasa iman kau makin maju, dan aku sudah ketinggalan di belakang..oh!

azharjaafar said...

Copy aje la..
Cerita pasal kereta tu boleh baca kat sini.

along said...

derang citer detail ke?? pergghh.. ngerikk siott.. macam sesi confession (kat `father') pulak.. hehehe.. hmmm macam2 adaaa...

aku selalu teringat kata2 ko bahawasanya Allah akan uji hambaNya dgn darah dan air mata sebagai tanda kasihNya.. thanks hamka.. kata2 tu byk bg semangat pada aku utk tak terpedaya dgn tipu daya syaitan insyaAllah

harap2 gadis2 yg ko citer secara pukal tu akan buat gaya pulang ke pangkal jalan. Amiiiinnn... Sebab dugaan dipertemukan dgn pakwe2 derang tu belum sampai ke tahap mengalirkan darah dan air mata demi agama yg kita cintai ni..

valsa nine said...

susahnya nk buat/dpt taubat nasuha.. tapi xleh putus asa..

kadang aku geram nape la lepas tobat, lagik besar desire/nafsu utk mengulangi dosa tersebut (walaupun dosa kecil)..

hhmm.. mesti lepas tobat, syaitan2 yg berpangkat besar atau yg VVIP,VIP turun padang kot..aisey..

kuatkanlah iman...! sesungguhnya ahli2 syurga ALLAH adalh dikalangan yg handal belaka..

p/s: kte slalu duk mtk maaf dalam solat, plg kurang 2 kali, sbb doa duduk antara dua sujud berbunyi, "Rabbighfirli(xigt maksud),dan rahmatilah aku,dan cukupkanlah aku, dan angkatkanlah aku, dan murahkanlah rezekiku, dan tunjukkanlah jalan kebenaran, dan sihat wal'afiatkanlah aku dan ampunilah dosaku.. hmm.. tolong baiki kalo aku salah..

tenkiu bro hamka, subhanallah!

sumaiyah said...

tq hamka.. aku dah jmpe camne cara zahirkan taubat! alhamdulillah. smoga hdupmu dn keluargamu dan kita smua sentiasa dalam rahmat-Nya.. Ameen!

van qif said...

ASSalamualaikum,

Ni Kuar topik skit...saya pegi cyber cafe hari ni nak mentelaah blog Kereta Mayat, tiba2 teringat satu kemusykilan....apa hukum guna insuran konvesional dalam urusan beli motor..Apa pandangan pak cik yang bukan ustaz ni?? sebab kedai tu x offer insuran islamic..saja tanya pak cik, sebab pak cik ni "user freindly"..jangan marah yer..lagi satu, harap pak cik x caj extra plak jika ada orang nak sms minta kaunseling yer...serious ni..

Pening gak kepala nak bermuamalat ni...pak cik ader entry tajuk Riba x??

wasalam

adioss amigoss

Hamka said...

along

teka teki:

dalam banyak banyak pintu, pintu apakah yang apabila ia terbukak, tak boleh tutup. Tapi apabila ia tertutup tak boleh bukak?

Jawapan:

(rujuk ustaz)

--------------
valsa nine

dana apabula syaitan dapat tahu bahawa semua dosa akan diampunkan dengan bertaubat, maka syaitan telah sesatkan manusia melalui jalan bidaah, yang mana manusia taat perintah Allah dengan cara yang bukan sunnah, lalu mereka tidak akan bertuabat kerana menyangka sudah betul dalam ibadat dan akhirnya mati masuk neraka..oh!

-------------
sumaiyah

Ameen!

-----------
van qif

ASSalamualaikum,

Dulu pernah Nabi berhutang dengan orang yahudi, tapi bila lambat bayar mereka mintak bilal sebagai Hamba sebagai RIBA , Nabi tawajjuh dan doa pada Allah, akhirnya hutang dapat di bayar sebelum Riba terjadi…

Nak cerita. Nabi sendiripun hampir terlibat dengan pinjaman Riba tapi Allah telah selamatkan, maka akhir zaman, sebelum buat pinjaman kenalah tengok perjanjian betul betul.., elakkan Riba seboleh bolehnya, dan bila ada pilihan, pilihalah yang paling kurang mudahrat, itupun perlu diiringi dengan taubat…

Ps: isu ‘riba’ adalah isu fatwa, ustaz dan Mufti yang patut kita dengar tafsir mereka, aku tak dapat nak tolong, maaf! Namun… jika aku di beri ilham, aku tulis, insyAllah (tak tahu bila)

van qif said...

Thanks a lot pak cik,

at least you give me some briliant idea...taubat...betul...saya kene taubat...sebab tak berhati2 semasa buat urusan pembelian...semoga Allah ampuni saya..

Anonymous said...

jom gie library

azharjaafar said...

Aku nyampuk lagi. Sori la Hamka.
Bab riba', boleh baca kat sini.
1. Jabatan Agama Islam Selangor
2. Ustaz Zaharuddin

van qif said...

assalamualaikum,

time kaceh kat pak cik azhar yg turut prihatin nhan isu ni...saya pernah baca dalam harian metro yang ustaz zaharudin tegur ramai orang yang selamber/atau terlepas pandang guna sistem riba...tak kisah ler orang pegangan apa..nampaknya dah terkena batang hidung saya...tu macam mana nak taubat kalau jenis tak rasa bersalah guna riba...

tapi memang jarang ler dengar orang guna insuran islam untuk beli motor..wa'allah'hu aklam...

adioss amigoss

hanny said...

salam hamka
lama tak masuk sini. sekali sekala baca entri kat sini memang menusuk kalbu sungguh. dalam pada tuh sempat ketawa sorang-sorang yang mungkin kalau orang nampak boleh anggap saya nih gila ko apo.....

Hamka said...

van qif

sama-sama,

----------
azharjaafar

terima kasih.

---------
hanny

“ gila ko apo”

: )

Anonymous said...

..tadi baru dengar ceritani. So nak kongsi sebelum sendiri terlupa..

Kisah di zaman Bani Israel.

Alkisah, terdapat seorang perempuan yg cantik menawan menjadi pelacur. Rumahnya sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yg inginkan khidmatnya dgn bayaran 10 dinar atau lebih.

Suatu hari, lalulah seorang abid(seorang yg kuat beribadat) di depan rumahnya. Ternampaklah si abid ini akan si perempuan itu di dalam rumahnya. Maka timbullah keinginan si abid terhsdsp si perempuan tersebut.

Lalu naiklah si abid ke rumah itu dan menawarkan 10 dinar sebagai bayaran perkhidmatan. Ketika mereka mula duduk di katil, (berkat amalan si abid) tiba-tiba timbul rasa ketakutan pd Allah dlm diri si abid. Si abid mula menjadi pucat dan menggeletar.

"Wahai perempuan, engkau ambiklah wang 10 dinar itu. Aku halalkan. Aku ingin pulang.", kata si abid.

"Mengapa dengan kamu wahai lelaki?", tanya si perempuan itu dengan kehairanan.

"Aku takut pada Allah!", jawab si abid.

"Tak pernahkah engkau bersama perempuan lain sebelum ini?", tanya lagi si perempuan.

"Tidak pernah."

Maka si perempuan pun menanyakan nama si abid dan kampung tempat tinggalnya. Setelah memberitahu si perempuan, si abid terus keluar dari rumah itu.

"Ah! Lelaki itu begitu takut pada Allah, sedangkan dia baru pertama kali nak melakukan kerja terkutuk itu. Sepatutnya akulah yg takut akan Allah kerana telah banyak melakukan kerja terkutuk itu.", kata si perempuan itu sendiri dengan penuh keinsafan.

Akhirnya si perempuan mulalah mengubah cara kehidupannya. Dia tidak lagi melacur, malah tidak lagi berhias-hias. Masanya digunakan untuk bertaubat dan beribadat. Hinggalah pada suatu hari timbullah keinginannya untuk mencari si abid tadi untuk dikahwini dgn niat utk belajar dari si abid.

Maka pergilah si perempuan berserta khadamnya ke kampung si abid. Setelah bertanyakan org kampung tersebut, maka ditunjukkanlah rumah si abid kpd si perempuan. Adapun, si abid juga telah di beritahu perihal kedatangan seorang perempuan untuk bertemu dgnnya.

Lalu turunlah si abid dari rumahnya sambil tertanya-tanya di dlm hatinya. Si perempuan itu pun membuka tudung yg menutupi wajahnya apabila berdepan dgn si abid. Demi melihat shj wajah si perempuan, si abid menjerit lalu meninggal dunia. Takutnya si abid bukan pd si perempuan, tapi takutnya apabila mengenang akan peristiwa dulu.

Hancur harapan si perempuan untuk mengahwini si abid. Lalu si perempuan menawarkan diri untuk mengahwini sesiapa shj dari keluarga si abid. Akhirnya seorang saudara si abid yg miskin lagi soleh menerima lamaran tersebut. Si perempuan mengatakan yg dia tidak memandang kaya atau miskin, tetapi dia hanya mahu menjadi sebahagian drp keluarga si abid.

Maka merekapun di ijabkabulkan. Dikatakan berkat taubat yg dizahirkan dengan kesungguhan oleh si perempuan itu, akhirnya pasangan itu dikurniakan tujuh orang anak lelaki. Dan ketujuh-tujuh mereka menjadi nabi-nabi Bani Israel.

Sekian adanya.

NOR