Jul 3, 2008

Bagaimana Melayan Mayat?

(Seni belajar mendengar dan berfikir-Mengorek hidung dengan tangan kiri adalah baik, Sesungguhnya debu itu, meningatkan Aku pada Dia... )

Alhamdulillah, hari ni masih sempat kita semua lapangkan sedikit masa untuk korek hidung masing masing, masih sempat kita buang tahi hidung atau debuan tanah-tanah halus yang hinggap dengan penuh manja di antara bulu hidung masing-masing, rahsianya di sebalik semua tahi hidung ini adalah:

“Kita masih sempat untuk bertaubat dan mulakan hidup baru.”

Kerana, akan tiba suatu hari nanti, menjelang hari kita menjadi mayat. Di waktu itu, Kita sudah tidak boleh lagi untuk korek dua buah lubang hidung ini buat selama-lamanya, walaupun tahi hidung pada waktu itu banyak sekali bertempek dan walaupun di tambah beban tanah kubur yang menerjah hidung, ketahuilah, kita di waktu itu sudah tidak boleh korek hidung lagi, dan sudah tidak boleh bertaubat lagi.. oh!

Maka sebelum kita menjadi mayat, sementara tahi hidung masih di beri peluang berpindah lokasi dari lubang hidung ke hujung jari lalu di gentel menjadi ‘pedang kecik’ lantas di jentik ke ruang atmosphere bumi, izinkan aku bercerita tentang: “bagaimana melayan mayat”.

Sebenarnya, Aku pernah tulis cerita tentang rahsia tahi hidung dan aplikasinya di dalam entry pada tahun 2006 yang bertajuk: Apa ada dalam hidung?

Cikgu harap korang baca dulu entry itu balik sebagai revision, agar mudah untuk korang memahami ilmu baru yang akan cikgu sampaikan

Cikgu bagi 10 minit untuk korang semua baca balik entry itu.(bila masa pulak aku naik pangkat jadi cikgu?)

*****
***
**
*

Baiklah, dah habis baca? Bagus!

Sambung kelas,

Dari cerita itu, korang akhirnya telah dapat belajar secara tidak langung akan teknik-teknik mengenal mayat, yang mana di hujung entry itu, korang ahirnya dapat membezakan jenis-jenis mayat seperti Mayat Sementara, Mayat kekal dan lain-lain…

Juga tak lupa, ilmu yang aku ajar tentang ‘pedang kecik’. Woha!

Nak jadikan cerita, Pagi tadi, ketika aku korek hidung dengan ghairahnya, aku tiba-tiba dapat ilham untuk tulis entry baru, yang mana jika sebelum ini aku telah ajar korang akan tiga teknik mengenal mayat, kali ni aku nak ajar pulak korang semua akan tiga teknik melayan mayat..

Sebenarnya, sebaik sahaja lubang hidung kiriku telah habis dibuang tahiknya, aku ingin sekali menyambung kerja-kerja buang tahi hidung di lubang kanan pula, walau bagaimanapun, aku tangguhkan dulu, dan aku tulis entry ni cepat-cepat takut idea hilang.

TIGA CARA MELAYAN MAYAT.

Seperti dalam tajuk yang lepas yang mana kita tahu sudah bahawa mayat itu ada tiga jenis, iaiatu mayat kekal, mayat sementara dan mayat hati, maka hanya sekitar 3 jenis mayat ini sahaja yang akan kita belajar cara cara melayannya, insyAllah..

1) Mayat kekal

Hukum melayan mayat kekal adalah FARDU KIFAYAH, yang mana jika dalam kampung dah ada orang layan mayat ni, maka korang tak berdosa lagi..

Cara layan mayat ni adalah:-

Mula mula, apabila korang jumpa mayat jenis kekal, rapatkanlah kedua belah matanya jika terbukak dan rapatkan jugak mulutnya jika terbukak, jika ada lidah yang terjulur, cuba masukkan lidah itu kembali ke dalam mulut setakat boleh…

Orang yang berhak dan afdal untuk melayan mayat ini adalah sebaik-baiknya waris si mayat, jika dah takde? siapa-siapapun boleh…

Lepas tu bolehlah di mandikan mayat ini, bersihkan semua kekotoran, terutama tahik yang keluar dari duburnya. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya serta rambutnya.

Layan lah mayat ni dengan lemah lembut dan sopan santun..

Habis mandi, Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang, Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya. Luruskan kakinya. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. Dan balut tubuhnya dengan kapin putih atau di kenali kain kapan…

Dan jangan lupa, wudukkan mayat sebelum kapan..

Lepas tu boleh buat solat jenazah, dan pergi tanam mayat tu dalam kubur dan tinggalkan dia seorang diri, biarlah dia sorang sorang ‘minum air hujan’ dan sorang-sorang di ‘baham tanah’.., jika dia orang beriman, selamatlah dia, jika dia seorang pendosa, mudah-mudahan Allah Ampunkan dia…

(untuk lebih detail: sila rujuk ustaz)

2) Mayat sementara.

Hukum melayan mayat sementara ada banyak pendapat, ada yang kata wajib dan ada yang kata Sunnat, bagi aku yang hina ini, hukumnya adalah bergantung kepada keadaan dan hal ehwal mayat sementara itu sendiri, iaitu yang mana jika dalam kampong korang ada jiran-jiran yang tak bangun solat subuh, maka hokum pergi ketuk pintu rumah mereka adalah sunnat, itupun jika dia benarkan…

Senang cerita, hukumnya adalah SUNNAT.

Dalam kes teman serumah sewa yang tak bangun solat subuh misalnya, kena tengok kepada keadaan dan ehwal mayat sementara itu sendiri, bagi kawan kawan yang tak pernah miss solat jemaah, bila azan masuk dan di dapati beliau asyik lena tidur di ulit setan, maka wajib dikejutkkan kawan kita ni, tapi jika kawan kita yang masa sedarpun malas ke masjid waktu kita ajak siap nak bertumbuk, maka hukumnya adalah sunnat sahaja kejutkan dia waktu tidur, itupun jika korang sanggup bertumbuk lagi sekali.., tapi jika waktu solat dah nak habis tapi kita tahu kawan kita tu tak solat lagi, maka jadi wajiblah pulak kita kejutkan mereka.. Jadi pendek cerita, cara layan mayat jenis ni nak kena berhikmah, kena tengok ehwal semasa dia,

Baiklah, berkenaan cara nak layan mayat ni pula kena tengok jenis orang, ada yang panggil nama dah boleh bangkit dah, tapi ada kes berat yang mana jenis tidur mampus tak sedar diri atau bahasa lembutnya tidur mati, sebijik macam mayat, kena liwatpun tak sedar, maka nak kena sepak lempang terajang baru sedar, kadang kadang goncang dengan 5.4 skala richter pun tak bangkit gak, nak kena jirus air panas atau bakar selimut, ikut keadaan dan fizikal mereka, he he ..

Tapi, Cara yang terbaik untuk layan mayat ini adalah:-

Picit ibu jari kaki sambil baca doa bangkit tidur dengan suara yang jelas dan lembut..,
kalau tak silap aku, ada BUZNAMA bagitahu yang mana apabila kita tidur, roh akan keluar melalui ibu jari kaki, dan balik melalui ibu jari kaki jugak.. jadi, cara terbaik nak layan mereka adalah picit ibu jari kaki, kira ‘reset’ ler.., walalu’lam.

3) Mayat Hati

Dalam hadith begitahu ‘hati mati’.
Inilah ‘mayat’ yang paling bahaya!.
Dan Hukum melayan mayat ini adalah FARDU AIN. Tidak buat berdosa dan masuk neraka…

Hanya kita sendiri sahaja yang tahu setakat mana ‘hidup’nya hati kita dan setakat mana ‘mayat’nya hati kita…

Dan wajib kita ketuk pintu rumah jiran jiran kita untuk selamatkan mereka yang mati hatinya.., tak peduli dia marah atau tidak..

Sesungguhnya, Seorang yang tahu hatinya sudah mati, wajib untuk buat usaha menghidupkan hati yang mati itu..

Sesungguhnya, Seorang yang tahu hatinya tidak khusyuk dalam solat, wajib untuknya buat usaha mendapatkan solat yang khusuk dan khuduk.

Sesungguhnya, Seorang yang tahu hatinya tidak lazat dalam berzikir, wajib untuknya buat usaha mendapatkan kembali kelazatan berzikir…

Sesungguhnya, Seorang yang tahu hatinya tidak terkesan mendengar bacaan ayat ayat Al quran, wajib untuknya buat usaha mendapatkan kembali akan kesan Al quran ke atas hatinya..

Sesungguhnya, Seorang yang tahu hatinya tidak gementar apabila mendegar nama Allah, wajib untuknya buat usaha mendapatkan kembali sifat takut dengan sebenar-benar takwa…

Maka hukum melayan hati ini adalah WAJIB ke atas tiap-tiap korang dan aku…

Persoalanya, bagaimanakah caranya hendak menghidupkan hati?

Bagaimanakah caranya hendak mendapat khusuk dalam solat?, kelazatan membaca Al quran? Keghairahan berzikir dan lain lain itu, bagaimana?

Soalan yang bagus, dan aku akan bagi jawapan yang bagus juga, insyAllah..

Sesungguhnya, Allah itu Maha adil, lalu menyediakan tempat merawat hati dengan sebanyak banyaknya di bumi ini iaitu di masjid…

Masjid adalah tempat menghidupkan hati yang mati…

Dengan syarat, selama berada di masjid, hendaklah belajar menghidupkan hati yang mati dengan cara yang telah di pertunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW…

Iaitu amalan berdakwah, taklim, beriktikaf, bertahajjud dan sebagainya..

Dan Alhamdulillah, di akhir zaman ini, terdapat segolongan manusia yang setiap bulan telah menyediakan platform untuk korang semua wahai manusia agar dapat mensucikan hatinya di masjid dengan mengamalkan amalan seperti berdakwah, taklim, beriktikaf, bertahajjud dan sebagainya..

Inilah ‘madrasah’ yang paling mirip dengan madrasah di zaman Nabi Muhammad SAW iaitu Madrasah yang berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu masjid ke satu masjid…

Dan platform merawat hati ini telah tersedia ada di seluruh dunia…

Tidak kisahler siapa mereka, sama ada orang tabligh ke, orang PAS ke, atau orang Umno ke atau siapa sahaja yang ihklas sanggup menghidupkan masjid selama 3 hari 3 malam dengan amalan dakwah di siang hari dan amalan bertahajud di malam hari, lalu pintu masjid di buka selama 72 jam menunggu ummat datang menyerah diri untuk mengsucikan hati…

Dan mereka telah menunggu sekian lama, dan dengar cerita mereka akan terus menunggu sampai hari kiamat.., Oh ye!, mereka tidak menunggu sahaja, malahan mereka datang menjemput korang di rumah…

Tapi sayangnya, korang menghalau mereka dan mempersendakan niat suci mereka…

Dalam surah Al Mulk, ayat lapan (8) hingga (11) sebelas ada menceritakan kisah Penjaga Neraka telah bertanya kepada ahli neraka yang sedang di siksa:

“Tidakkah datang kepada kamu orang yang memberi peringatan?”

Ahli neraka menjawab:, “Ya, ada, sesungguhnya ada orang datang memberi peringatan kepada kami, tapi kami dustakan, kalaulah kami mendengar dan berfikir, tentu kami tidak masuk neraka”

(ayat panjang lagi, aku ringkaskan, nak detail boleh rujuk tafsir surah Al Mulk)

Moralnya disini, masuknya manusia ke dalam neraka adalah kerana dua perkara:

  • Tidak mendengar.
  • Tidak berfikir.

Tidak mendengar dan tidak berfikir adalah tanda hati yang mati…

Kemudian, Ada orang tanya aku, wajib ke keluar 3 hari ikut mereka? Tak de dalam hadithpun, dan nampak macam bukan sunnah Nabipun?

Aku kata:, aku akan jawab soalan ini hanya untuk mereka yang ingin mendengar dan ingin berfikir…

Baiklah, sebagai jawapannya, sekiranya hati kamu belum gentar mendengar Nama Allah, belum merasa lazat dan aysik kepada Al Quran dan zikir, belum kusyuk dan khuduk dalam solat, maka WAJIB atas kamu buat usaha untuk menghidupkan hati…

Dan Nabi bersabda kepada sahabat sahabat yang sudah di janjikan shurga agar di perbarui iman kamu, apatah lagi korang dan aku yang belum dijamin shurga…

Lagi lagilah wajib atas kita buat usaha atas iman…

Dan aku bukan nak promote tabligh ke apa, blog ini tak de kena mengena dengan tabligh, jika korang sudah datang dari first entry sehingga ke entry ini, selamilah hati aku dan tanyalah hati ikhlas korang masing masing, lalu korang mendengar dan berfikir…

Akhirnya korang akan sedar bahawa, ..

Selagi korang fikir bahawa tidur di masjid(beriktikaf) atau berdakwah pintu ke pintu atau solat berjemaah dan lain lain adalah amalan yang orang tabligh reka, selagi itulah hidayat akan tertutup untuk korang buat selama-lamanya, tak kita korang seorang ustaz, ulamak atau mufti sekalipun..

Namun setelah korang tepuk iman masing-masing, setelah korang mendengar dan berfikir…
dan korang akan dapat mengerti akhirnya bahawa tidur di masjid(beriktikaf) atau berdakwah pintu ke pintu atau solat berjemaah dan lain lain adalah SUNNAH Nabi Muhammad SAW, maka insyAllah suatu hari nanti selain usaha ugama yang sedia ada, korang juga di pilih Allah untuk tidur di rumahNya, di pilih Allah untuk menjadi wakilnya ke rumah dari pintu ke pintu dan dipilih Allah untuk bersolat berjemaah di masjid 5 waktu sehari semalam, tak kita korang seorang ustaz, ulamak atau mufti sekalipun..

Itupun jika hati korang tak mati…

Dan siapa antara korang yang berani mengatakan belajar di Universiti Islam selama 3 tahun itu bidaah?, belajar kursus haji selama 3 minggu itu bidaah? dan belajar Sunnah Nabi di masjid selama 3 hari itu bidaah? Siapa?

Hanya orang yang tidak mendengar dan malas berfikir sahaja yang sanggup mendustakan keilkhlasan orang lain kerana hati korang sudah menjadi mayat …

Jadi sementara korang masih boleh korek tahi hidung…masih sempat kita buang tanah dari dua lubang hidung, maka masih sempatler untuk kita buat usaha untuk hidupkan hati kita kembali.

Hati yang sudah lama tidak gementar mendengar nama Allah, hati yang sudah lama tidak merasa lazat dan aysik kepada Al Quran dan zikir, hati yang sudah lama tidak kusyuk dan khuduk dalam solat masing-masing, maka wahai pembaca semua, WAJIBlah atas kamu buat usaha untuk menghidupkan kembali hati yang telah lama mati itu…

Sebelum tibanya suatu hari nanti, menjelang hari kita menjadi mayat. Kita sudah tidak boleh korek hidung lagi .Kita sudah tidak boleh buang tanah dari hidung lagi. Dalam masa yang semakin singkat ini, kembalilah kepada Allah melaluinya jalan Nabinya..

Sesungguhnya,
Air tujuh lautah tidak mampu memadamkan api nereka,
Tanah tujuh gunung tidak mampu memadamkan api nereka,
Angin tujuh benua juga masih tidak mampu memadamkan api neraka,
Ahli bomba tujuh batalionpun gagal padamkan api neraka.

Tetapi debu-debu yang melekat pada lubang hidung manusia yang berjuang di jalan Allah
(sehingga membentuk tahi hidung misalnya), mampu memadamkan api neraka berserta asapnya!

InsyAllah…

End.

Ps: Dah! pergi basuh tangan!

19 comments:

nizam said...

alhamdulillah, setakat ni belum pernah kena halau dan dicerca lagi masa buat ziarah.
tapi tak tau lah nanti mungkin ada, hanya Allah Maha Mengetahui...

Wan Mohd Faiz said...

Assalamualaikum, baru je nak tutup laptop saye, tapi lepas refresh blog ni ade entry baru, tak jadilah nak tutup.. (alamak dah pukul 1 pagi ni..)

Oh, betul tu. Hati yang mati, maka wajiblah menghidupkannya semula.

Bagaimana ya keadaan kita dalam kubur nanti? Best ke tak best hanya ALLAH yang tahu.. Harap2 best la yerk.

Ohh.. takutnya..!

Anonymous said...

asssalamua'laikum bro...

laam aku tak komen dlm blog ko...aku ade kursus kt seemnanjung ...lama gak berminggu2 gak...

so nama RON NOR tulen ke tu bukan aku..adalah mamat sorang ni...aku kenal die ..saja lah tu nak enterframe

RON

bakal ahli kubur said...

mmm...APA RASA TAHI IDUNG???
JAWAPANNYA:Betol la tu masin coz kecik2 dlu dh pnah try sbb perasaan yg ingin tahu yg teramat mendalam...
eeee...pengotornyer... hahahaha(aip, sedara sekalian yg baca jwpn ni jgn ketawa sbb sy malu ngn perangai time kecik2 dolu)...

Mudah-mudahan, dh besor pnjang mcm skang nih pun perasaan nk mendalami ilmu Allah semakin makin mendalam lg...InsyaAllah...amin!

azharjaafar said...

Hamka! Jangan lupa korek hidung belah kanan. Nanti berat sebelah.

Ada sesetengah orang berpendapat bahawa tahi hidung tu masin. Maknanya ada unsur garam kat situ.

Ada orang lain kata, "Jangan nak ngajor aku. Aku lebih dulu makan garam dari ko."

Kesimpulannya kita boleh tukar ayat di atas kepada, "Jangan nak ngajor aku. Aku lebih dulu makan tahi hidung dari ko."

Ahh.. Yang pasti, satu hari nanti aku akan jadi mayat. Dan aku harap hari tu adalah hari yang paling bahagia untuk aku. Amin...

BENTARA said...

hamka... aku nak keluar 3 hari esok!!!

UmmuSarah said...

AKak pun ada sorang anak lelaki (umur=4 thn) yg suka isap tahik hidung dia sendiri. Isshhh, geli betul bila akak fikir2kan. Akak dah banyak kali sound/marah kat dia, tapi dia selamba je buat tak dengar. Macam org gigit kuku kot. Dia tak sedar yg dia sedang hisap tahik hidung dia sendiri. Entahlah, akak pun tak faham.

Dah puas akak marah, pujuk, terangkan dsb. Tapi, dia blum lagi berhenti.

Agaknya, apa cara nak hentikan dia dr perbuatan buruk nie ekkk?

Bentara,
ALhamdulillah. Doakanlah hidayat utk umat yg mmg sgt2 memerlukannya. Semoga ALlah kekalkan kita dlm usaha.

Hamka said...

nizam

hanya Allah Maha Mengetahui, dan mengetahui pula setakat mana iman kita, dan menguji sesuai dengan kadar iman...

oh!

---------
Wan Mohd Faiz

Salam..

Kalau best kat kubur, maka bestler segala tempat yang lain..

Selamat malam. dan doakan aku dalam tahajjudmu!

---------
RON

Tak kisahler mana satu Ron pun..

I love u all.

:)

---------
bakal ahli kubur

Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austria.

Ok apa!

Woha!

---------
azharjaafar

habis sahaja aku post terus aku lapangkan masa korek hidung sebelah lagi, lepas tu gentel dan jadikan pedang kecik sebelum jentik di ruang rahsia tanpa pengetahuan isteri aku..

he he

-------------
BENTARA

Aku tak halang!, dan aku tahu kau bukan ikut tabligh tapi kau nak baiki hati dan ikut Sunnah Nabi, tahniah!

----------
UmmuSarah

Anak aku suka tidur sambil gentel getah gelang, sampai sekarang tak berhenti,

Susah jugak kan?

Masing masing ada ‘tahik hidung’ yang tersendiri, tingal nak ‘korek’ sahaja..

Anonymous said...

salam..

"mana pedang besar ittew..!!' Woha!

semasa Sufian berteriak ...TAHI HIDUNG!!.. aku rasa nak berguling-guling gelak wakawakawa!

...tapi ada kes berat yang mana jenis tidur mampus tak sedar diri atau bahasa lembutnya tidur mati, sebijik macam mayat,- kena liwatpun tak sedar..-

saif ul: saya tak sedar ..
Hamka : biar betul! sampai 3 kali dah kena baru nak repot pulisi..
saif ul: yang 1st,2nd n 3rd sedap..emm, yang last sakit sangat sampai berdarah... Woha!!

-The End War begins

Anonymous said...

kan dah kata bile 2 laki2 berada dlm tempat yg sunyi, gelap dan meng"stim"kan syaitan 8 ekor...so, mcm2 leh jadi...

trime jelah hukuman kt dunia ni,moga2 kat akhirat terlepas...

mereka yg maih buat dosa dan telah buat dosa2 tp tak betaubat,w/pun org tak hebohkan...siap lah korang dan aku...kat dunia tak kena hukum..akhirat lagi dasyat sedasyat dasyatnye...

jangan dok sedap jer lidah dan bibir terjuih bercerita sakan hal2 dosa org,dahlah dedahkan keburukan org,ditokok tambah lagi plak tu....

org yg menceritakan(mengumpat) hal keburukan org lain,keburukan iitu akan dia dapat(buat) sekurang2nya sebelum dia mati...(ini mafhum hadith Rasulullah Sallalllahua'laihiwasallam - lebih kuranglah maksudnye)...

kadi jgn hairan kalo tetiba je kite terbuat satu benda jahat dan buruk dan keji yg tidak tersangka langsung...sebab seperti yg diterangkan di atas...

so,do'a jelah agar ALLAH Azzawajalla tutup kea'iban saudara2 seislam kiter termasuklah pak nuar n saiful..

cukup2lah apa yg dihebahkan...usahlah tokok tambah lagi...
cukuplah tahi idung yg digentel emebentuk bulatan dgn jejari 13mm usah ditambah tahi mata yg belum dicuci matamu krn tak sabar tgk entry baru si hamka....

dah!pergi cuci tangan...

RON

Awang said...

Orang di atas aku ni baru bangun tidur ke?? (macam bermimpi je)

ibdumuaz said...

Jangan lupa picit ibu jari kaki bini 2/3 mlm. lepas tu sambung doa tidur sambil gotong-royong korek/gentel hidung bini kau.berhenti menjelang subuh

Bawang Goreng said...

SALAMUN'ALAiK....

i'VE READ YR ENTRY ON "FUNGSi MANUSiA" BACK iN AUG2006, & TODAY, i JUST FOUND YR BLoG... TOUGHT THE ARTiCLE WAS FUNNY THOUGH, iT ACTUALLY MAKES PEOPLE REALiZED HOW WE AS HiS SERVANTS SERVES HiM, OURSELVES & OTHERS FOR HiS 'BERKAH' & FORGiVENESS.

MUDAH-MUDAHAN KiTA DiLiNDUNGi-NYA.

AMiiiN....

van qif said...

Assalamualikum,

Bagi orang2 yang dah jalankan duties berdakwah memang nak sangat jumpa Allah (masuk alam bargzah), sebab rindu sangat kat Allah...tetapi bagi bagi orang yg belum lagi laksanakan tanggungjawab dakwah macam aku ni, serba salah nak jumpa walaupun rindu pada Allah...walaupun pada hakikat akhirnya nanti tetap kena bersoal jawab dihadapan Allah...

wasalam
Adioss Amigoss
note:Pak cik melalui entry tahi hidung, saya dah tahu lokasi pak cik muah muah muah, dah kurang satu misteri...

Ahmad Afif Syafiq Abd Razak said...

Tuan2 yang mulia, didunia tidak ada masalah yang besar. Semuanya kecil. Masalah yang besar adalah selepas kematian. Adakah kita dapat ucap kalimat Tauhid ketika akhir qalam?, adakah kita dapat jawab soalan mungkar dan nakir?, adakah kita selamt di padang mahsyar?, adakah kita dapat buku catatan amalan dengan tangan kanan?, adakah kita dapat melintasi titian sirath dengan selamat?, dan adakah kita dapat masuk syurga? Semua masalah ni besar. Tak dapat nak selesaikan walau kita kat dunia jutawan,walau kat dunia kita terkenal, walau kat dunia kita ada pangkat yang besar, walau kita kat dunia pemerintah yang masyhur. Tidak semudah itu untuk selamat di akhirat melainkan seseorang yang membawa bekalan iman dan amal yang sempurna...

Doakan aku menjadi mayat yg tersenyum rehat di bandar transit Batu 2 dan ekspres ke rumah aku di Jannah dgn Rahmat Allah.. Doakan nafas aku berakhir di jalan yg paling manis seperti sahabat R.Anhum.. Insy.. Doakan aku 4Bulan lagi Disember ni..

Anonymous said...

kubur adalah satu taman dr taman2 syurga @satu lembah dr lembah2 neraka...

Anonymous said...

..err..tak payah tunggu masuk kubur utk dpt taman syurga. Kan Nabi kita dah bagitau yg majlis2 zikir adalah taman syurga. Hidupkanlah majlis taklim kat rmh kita hari2 dgn sempurna. InsyAllah hati2 kita yg keras dpt dilembutkan, hati2 kita yg mati dpt dihidupkan..pakcik2 jgn lupa dua taklim tau!

Hamka said...

RON

alang alang cuci tangan, terus ambik wudhu dan buat solat rawatib, he he!

---------
Awang

enteh ler.., kalau baru bangun , boleh solat tahajjud..

---------
ibdumuaz

aku nak jawab, tapi terlalu lucah.., lain kalilah aku cerita he he

---------
Bawang Goreng

selamat naik kereta mayat…
: )

---------
van qif

alamak, kau dah masuk dalam senarai partner hero yang tahu identity hero, tolong rahsiakan!

----------
Ahmad Afif Syafiq Abd Razak

sayu hati aku baca komen ko..

isk..

(Amin…)

toaster said...

jari kaki mane ni