Jul 21, 2008

La Tahzan?

(Beberapa tip dari aku tentang bagaimana tidak bersedih dan ini khas untuk wanita yang sudah berumahtangga sahaja, maklumlah, Menteri Hal Ehwal Lelaki belum ada…)

Cerita bermula pada waktu pagi, iaitu ketika tompok tompok embun hilang bersama sang mentari, dan jalan raya yang di hangatkan oleh pelbagai tayar-tayar pembayar cukai jalan raya, nun di sebelah jalan utama, kelihatan seorang aku dengan penuh semangat sedang melabuhkan perut di sebuah warung sekitar pantai timur, lantas terus aku order makan nasik lemak bersama segelas teh tarik..

Di waktu pagi sebegini, aku langsung tidak peduli untuk duduk makan sorang diri di mana-mana warung tak seperti betapa kisahnya aku pada waktu makan tengah hari atau minum patang atau minum malam yang mana aku di waktu itu, ‘agak’ perlu kepada kehadiran kawan-kawan untuk menjadikan aktiviti makan-makan itu mempunyai halatuju yang tersendiri…

Waktu pagi, aku lebih sukan makan sorang diri di kedai…

Tapi aku pelik jugak bila tengok semua kawan kawan aku cukup segan untuk pergi makan sorang diri kat kedai sampai sanggup belanja aku minum teh tarik sebagai upah, asal saja dia dapat makan berteman, huh! Tak kencing manis aku di buatnya?

Tapi yang lebih pelik lagi akan kawan kawan aku adalah bila time solat tak pulak malu sembahyang sorang sorang, selamaba tinggal solat jemaah, tak ke hampeh? kenapa tak ’upah’ aku teman kamu solat? Dan itu cerita lain...

Cerita hari ini, adalah:
Ketika nasik lemak yang masih panas terhidang depan mata, dan ketika teh tarik masih berasap kehangantannya..

Tiba tiba handpone aku bergetar sambil di iringi ringtone lagu intro Spongebob, yang menunjukkan ada mesej SMS masuk...

Kemudian bila tekan butang tertentu, terpapar nama seorang wanita merangkap isteri orang di skrin dan mesejnya yang berbunyi begini...

"Tolong, akak dlm kesusahan, dah 4 hari akak dan suami tak bertegur sapa, tolonglah akak tunjuk jalan keluar dr masalah yg bergulung2.”

Aku sambil makan nasik lemak, dan sambil mengulung gulung ikan bilis di dalam mulut, sempat pulak jawab mesej...

"Akak boleh doa supaya Allah bg Akak sabar, iaitu sabar sehingga suami akak mati atau akak sendiri yg mati”

Lepas dah balas SMS, aku terus sambung makan, yang mana sekumpulan ikan bilis, sebiji telur goreng, dan seringit nasik lemak, sedang berpindah lokasi dari mulut ke perut, tak lama kemudian, Hanphone berbunyi lagu ending Spongebob pulak, ada panggilan masuk!

Hey! Jangan terkejut kakak-kakak sekalian, Jawapan SMS aku itu bukan bergurau, aku memang maksudkannya..., serius!

End.

Cerita malam ini
Sebelum aku tidur, iaitu ketika aku sedang delete mesej yang sarat memenuhi inbox, aku terjumpa balik mesej akak di atas, lantas aku terus terangsang untuk menulis entry ini..

Kepada kakak-kakak atau adik adik yang sedang sedih kerana bergaduh dengan suami masing masing.

Salam sejahtera, tak perlu lagi aku bertanya khabar, kerana aku tahu sekarang ni korang sedang sedih berendam air mata, sedang pilu makan hati berulam jantung, dan sedang alahan makan budu bersulam tempoyak...

Akak dan adik adik sekalian, punca kesedihan korang adalah kerana korang pandang masalah yang menimpa tu besar sangat, kalau korang pandang masalah tu kecik, maka tak de masalah punya... aku memang tak tahu apa punca pergaduhan korang dengan suami masing-masing, tak nak tahu dan malas ambik tahu, tapi jika korang anggap masalah tu kecik, maka semua masalah akan selesai, sebagai contoh, jika suami tak wish hari jadi pun nak merajuk, apa kes? Lepas tu tak bertegur sapa dengan suami, suami yang sensitif pulak merajuk sebab isteri merajuk tak tahu punca merajuk last-last bila nafsu melonjak pakat melancap masing masing walaupun medan melepaskan nafsu ada depan mata, tak ke bodoh dan hampeh?!

Jadi kesimpulannya, korang kena anggap kes tu kecik, selesaialah semua masalah insyAllah.., alahai, sama jugak macam kes suami korang yang tak cemburu langsung bila tertengok isteri orang lain yang berbuah dada besar, sebab mungkin suami korang anggap perkara itu kecik dengan menganggap buah dada mereka kecik, maka masalah selasai, (dah start mengarut...)

Apa-apapun, masalah yang besar adalah selepas kita jadi mayat, jika kakak tak bersalah dan suami akak yang bermasalah dalam hal ni, maka bila kakak jadi mayat kelak, insyAllah terlepas sudah asal kakak seorang yang jaga solat dan jaga aklak serta aurat...

Tapi jika itu dah memang salah kakak, pergilah mintak maaf, orang merajuk ni memang nak suruh orang pujuk dia, dari aksi sang suami nampak macam tak nak berbaik semual, tapi dalam hati naaak sangat!, alahai, akak kan dan kenal dia dalam luar, dah banyak kali berlaga lubang kecing, patut tahu sudah bagaimana nak pujuk, tak payah aku ajar...

Jadi, jangan bersedih lagi, anggap sajer masalah tu kecik..

Tiada kesedihan, ketakutan, kebimbangan, kerisauan untuk perkara dunia…
Kesedihan, ketakutan, kebimbangan, kerisauan hanya untuk perkara akhirat…

Our life is what our thought makes it,

End.

Tip ke dua.
Satu teknik lagi untuk hilangkan sedih adalah.., kejap, aku kena cerita dulu.

Sebenarnya, semua orang yang bergaduh ni, mereka akan ambil masa untuk kembali berbaik bergantung kepada kadar iman mereka... yang kuat iman akan terus berbaik kerana Allah, yang lemah iman pula dua tiga hari baru berbaik, yang teruk, bertahun tahun tak berbebaikpun ada, dan lagi parah, dah jadi mayatpun masih bergaduh, buat wasiat tak nak tanam tepi kubur dia, hampeh!

Orang islam tiga hari bergaduh tak layak masuk shurga tau?!

Maka di sini, bila suami akak merajuk atau marah maka dia perlukan masa untuk kembali normal, perlukan masa untuk reset ke titik asal, perlukan masa untuk berlari rentak yang sama menuju titik permulaan, chewah, bestnya ayat!

Jadi biarkan lah suami nak sembuhkan diri sendiri dengan cara yang dia suka, jangan buat menda haram sudah.., kita bagi dia masa..

Sementara menunggu suami akak sembuh dari penyakit gila merajuk tu, akak janganlah habiskan masa dengan bersedih, itu yang jadi bangang kelak.. to be wronged or robbed, is nothing unless you continue to remember it!

So, apa akak perlu buat?, tentulah akak kena PERASAN SIBUK! Atau dengan kata lain, akak kena pandai mencari kebahagian sendiri, jangan harap suami yang bahagiakan kita sepanjang masa, kerana untuk teruskan kehidupan, kita memang kena pandai bahagiakan diri sendiri, terutama di waktu orang ajak gaduh dengan kita..

Aku ada banyak DVD atau buku yang akan aku tonton atau baca bila isteri aku merajuk, sebab aku malas pujuk dia, sehinggalah bila dah habis baca buku, atau bila aku tengok DVD ada pulak adegan yang biasa jer bagi korang tapi aku rasa ’panas’ semacam, (bukan prono-nauzubillah) maka aku sendiri akan bersemangat pulak untuk pujuk isteri aku, he he he, atau isteri aku pulak, dia ada cara tersendiri untuk bahagiakan diri bila bergaduh, yang mana dia ada beli satu kain untuk mengait gambar masjid Shah Alam, apa nama ntah, sulam pita ke apa?, arghh, lantaklah, yang penting, tiap kali kami bergaduh, isteri aku akan pergi kait sulam pita gambar masjid Shah Alam tu dan sempai sekarang, anak dah nak masuk empat, gambar masjid Shah Alam tu tak siap siap, he he, sebab? Semua tahu sudah..

Jadi, carilah kebahagian diri sendiri dengan perasan sibuk...

Nothing can bring you peace but yourself..., InsyAllah, (tapi pastikan bahagiakan diri sendiri dengan aktiviti yang halal sahaja…harap maklum)

End.

Tips ke tiga.
Untuk pengetahuan Akak, bila hamba Allah itu di timpa kesedihan, ada dua perkara yang Allah nak dari bagi iaitu:1: Ampun dosa.2: Naik darjat@bagi pahala.

Bermakana setelah di tafsir:1: Allah nak selamat dari Neraka.2: Allah nak masuk ke dalam syurga…

Bermakna setelah ditukar menjadi madah pujangga Keretamayat:

Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."
Atau:
Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."

Dan setelah di pendekkan lagi”

SPECIAL REQUEST!

Don’t say you have faith before you are tested, Allah tests you as He loves you because you are special. Thus, it is a request to remain patient and remain steadfast in your patience, as Allah wants to save you from His wrath, and wants to be pleased with you. Now, when you just remember the very reason Allah tests you, doesn’t that make the test that you have to endure make you smile and at the same time, feel good and special?

SPECIAL REQUEST!

Allah know best!

End

Tip ke empat
Berbalik kepada mesej SMS di awal entry,yang mana bila korang semua dalam keadaan sedih, teruslah mengadu kepada Allah, mintalah pada Allah akan kesabaran...

Bila ALLAH bagi sabar, maka segala masalah akak akan selesai..

Sabar sehingga suami akak mati, atau akak sendiri yang mati, mana mana yang dahulu.., serius!

Dulu.., bila orang islam kena siksa, seperti sumayah RA, Nabi Muhammad SAW jugak suruh Sumaiyah bersabar, yang mana akhirnya Sumayah bersabar dengan penderitaan sampailah beliau jadi mayat, atau dalam riwayat yang lain, macam hadrat Bilal RA, ada mintak izin dengan nabi untuk lawan balik, tapi Nabi pesan supaya sabar, akhirnya bila sampai masa perang badar, hampir separuh yang seksa bilal pulak mati..., faham?

Isteri Firaun jugak lagi besar ujiannya, dapat suami mengaku tuhan dan nak bunuh nabi pulak, tapi sabar punya pasal. Akhirnya mati di pancung suami sendiri siap senyum lagi, tak de malasah punya lah!, yang penting bila mati masuk shurga.., jadi mesej aku pada pagi tadi itu betul, bukan bergurau.., kalau dan besar sangat penderitaan akak..

Sabar jelah.., tak akak yang tahlilkan dia, dia sendiri yang akan tahlilhkan akak, dan aku juga sabar menanti dengan kereta mayat.

Woha!

End.

Tip ke 5.
Ketahuilah olehmu bahawa, tiada orang yang jauh dari Allah lalu bahagia dalam hidup ini, tak ada..,

Siapa yang sedih dengan masalah dunia, sedih minyak naik, sedih suami tak wish hari jadi dan lain-lain, adalah orang yang jauh dari Allah, banyak fikir dunia, banyak cinta dunia dan takut mati..

Semua orang ada masalah hidup masing masing.., setiap orang ada cerita sedih yang tersendiri.., tak kira mereka tu pelakon nombor satu ke, ratu cantik ke, jutawan bilionair ke, atau penyanyi tersohor, idola dunia sekalipun!!
tinggal nak cerita ke tak sahaja.. betul!!malahan, di dunia ini ada yang jauh lebih menderita daripada korang dan aku ..

Korang ingat nasib yang menimpa korang tu teruk sangat ke..?

Korang pernah kena rogol dengan bapak sendiri?

Pernah korang kena culik oleh pengemis dan tangan korang di potong dan lukanya di bakar api lalu di paksa jadi pengemis di Thailand?

Korang pernah di rogol dua lubang serentak, dan lubang itu di letak bola golf?

Pernah tak?

Moralnya adalah:
Ada orang yang lebih menderita dari ko, tapi masih kekalkan iman dia, dan ada orang yang lebih bahagia dari kau, tapi sedang menggadaikan iman dia.. oh..

Aku tahu sebagai seorang perempuan dah tentu korang suka bayangkan dunia ini penuh dengan pelangi, rama rama terbang ke sini sana, burung berkicau, taman bunga, air terjun, he he he, tapi ketahuilah bahawa kat shurga jer macam tu, di sudut dunia ini ada wanita yang di rogol beramai ramai dalam keadaan mengadung, dan perutnya dijadikan bahan judi jantina anak.., geros perut dan menang!!.., kemudian muka paras wanita itu hancur kerana mereka simbah asid di wajahnya.. akhir sekali mereka membakarnya..

So, syukurlah kerana sedih yang simple itu...

Last!
Ini aku nak ngadu masalah aku pulak, akak tengok aku tulis blog dan tolong jawab soalan soalan kat sini kira hidup aku takde masalah ke? Lagi banyak masalah hidup aku sebenarnya, sejak awal pagi hinga nak tidur, ada sajer masalah, jadi oleh sebab banyak sangat masalah, aku akan bentangkan masalah aku di waktu pagi terlebih dahulu, harap korang dapat bantu aku, masalah aku adalah:

Aku suka makan nasik lemak, errrr, Boleh tak korang orang perempuan cipta satu sarapan pagi yang sesedap nasik lemak tapi tidak menggemukkan?

Aku takut keranda sedia ada tak muat..

Tolong!

Ps: Jangan hukum aku ahli neraka jika mayat aku berat, sebab nasik lemak itu memang sedap, apa lagi nak di kata?

53 comments:

faz said...

First!

Panjangnya..nanti aku baca balik..

akuaktuari said...

dah baca first...lololo.... hamka.. jaga kolestrol.. nanti jadi mayat penuh kolestrol..

INTAN said...

mmg tak nak fikir masalah2 kecik tp bila dah 40 kali masalah kecik yg sama, tak ke ia jd masalah beso?

mkn nasi lemak, cari yg guna susu rendah lemak, bkn santan :)

faz said...

dah baca..

dah gelak-gelak..

dah senyum-senyum..

aku bahagia!

[walaupun aku masih anak dara]

kerana aku sentiasa cari jalan-jalan untuk bahagiakan diriku sendiri..

dan aku dah lupa bagaimana rasanya disayang orang..

[aku tak mengarut]

Qica said...

salam..kdg2 mslah ni bes jgk..xde la idup kosong jerk tanpe pk ape2..biler ade mslah bru nk igt Tuhan?pe kes..huhu..

lil noor said...

kereta mayat, assalamualaikum :) hehehe gelak dulu sbb entry penuh makna dlmmmmm... terima kasih atas segala nasihat kereta mayat di blog ini, nasihat saya atas nasik lemak itu, segala angota badan yg kita miliki adalah amanah dari Allah, penjagaan nafsu ke atas makanan hnya perlu di setkan di otak kanan ker ke kiri entah xtahu saya hehe makanya set otak program kan dia Inshallah kereta mayat pasti xda masalah tok nak avoid makan nasik lemak yg mmg sememe nya sgt lazat :D :P ;)

RENhalus~ said...
This comment has been removed by the author.
RENhalus~ said...

salam...
sume manusia punye masalah~
;)

capoeira said...

Sesungguhnya aku melihat melalui pengalaman masa2 lalu bhw kesabarn itu mempunyai kesudan yg terpuji.

"Hai org2 yg briman, brsabarlah kamu dn kuatknlh kesabarnmu dn tetaplh brsiap siaga(di perbatsn negerimu) dn brtakwalh kpd Allh spy kamu bruntung." (surah Ali -Imran:ayt 200)

..."seseungguhnya hny org2 yg bersbrlh yg di cukupkn pahala mrk tanpa batas".. (Surah Az Zumar: Ayat 10)

Suka utk aku nk berkongsi cerita ttg kebahagian yg dialami oleh seorg wanita di mn sorang suami sdg bertegkr dgn isterinya, lalu berkata;"sesungguhnya aku akn mencelakakn kamu!".

Sang isteri berkata dgn tenang."Engkau tdk akn mmpu". suami brkata "knp tidak?". Isteri menjawab " jika kebahagian berada dlm hrta, mk engku dpt mncegahnya drku. jk kbhgian brada dlm prhiasn, mk engku dpt menahanya agr smpi kpd ku".

"kbhgian itu bukn pd apapun yg engkau miliki, atu yg dimiliki oleh manusia lainya. sesungguhnya aku menemukn kebhgianku dlm imnku., imnku ada di dlm hatiku. dn hatiku tidk dpt dikuasai olh seorg pun, melainkn olh Tuhanku."

jd inilh yg disebutkn kbhgian, iaitu kebhgian imn. tiada yg dpt kebhgian kecuali hny org yg kalbunya dikuasai oleh cinta pd Allah. Pd hakikatnnya, yg memiliki kbhgian adlh Tuhan yg Maha Esa. olh krn itu, carilh kebhgian dgn taat kpdNya.

Hamka said...

faz

tapi ingat, cari kebahagian dengan cara yang halal sahaja..
: )

-----------
akuaktuari

dan selepas 1000 tahun di kebumikan, mungkin kubur aku akan muncul telaga minyak..

----------
INTAN

Ia akan jadi 40 masalah yang kecik-kecik..

----------
Qica

Ye encik….

---------
lil noor

tapi kan, nasik lemak bukan setakat jual waktu pagi jer, patang malam dan jam satu pagi pun ada..

letih aku!

---------
RENhalus

: )

BENTARA said...

ko untung hamka, nasi lemak banyak pesen ko boleh rasa. Aku kat sini, nasi lemak bini aku masak je la kalau nak rasa pun. Bukannya ada makcik2 jual nasi kat tepi kedai tu. Aduh duh duh...

Hijrah1429 said...

Sumer masalah timbul sebab tak jaga amal <-- ni suami saya cakapler kalau saya mengadu apa2 maslaah. Dulu geram jer dengar, kalau bergaduh, balik2 penyelesaiannya dia suh jaga amal w.pun terang2 salah dia!

Tapi sekarang saya sendiri dah boleh rasa, kalau amal kita macam hampeh, bukan masalah rumahtangga jer, masalah ekonomi, sosial, kerjaya, keluarga semua timbul!

BTW, kelakar plak pasal buat cross stich tu, saya pun sama dengan ahlia Hamka, kalau bergaduh selain baca Ar Rahman & ayat kursi [betulker kalau baca suami boleh lembut hati pada kita?] saya akan menjahit dan menjahit...agak lega w.pun tak selesai masalah...

p/s; sekadar berkongsi sebab dulu saya kaki gaduh dengan suami!

Hanisumayyah

huzaifah said...

perghh!x sabar nak bg ahlia aku baca blog kau nie..tu lah orang pompuan suka sangat merajuk.merajuk+mengamuk-memujuk-kurang pikir panjang=perempuan(bini tersayang aku).

Wan M Faiz said...

Assalamualaikum.
Hidup kalau tak bergaduh tak sah!

"Bila hamba Allah itu di timpa kesedihan, ada dua perkara yang Allah nak dari bagi iaitu:1: Ampun dosa.2: Naik darjat@bagi pahala."

Dalam nota aku, aku ada tulis..

Allah SWT menhantar kesusahan, kepayahan dan kesakitan kepada hamba-hambanya adalah kerana hanya tiga sebab:

1)Allah ingin mengampun dosanya
2)Allah inginkan hambanya itu kembali mengingatiNya.
3)Allah ingin mengangkat darjatnya

Mungkin point No.2 tu ko boleh include sekali, sebab ko dah ada point no.1 dan no.3

Kafur said...

org kata nasi lemak antarabangsa kat kg baru sedap..tp bg aku nasi lemak semuanya sama, sbb semuanya ada lemak..haha

[faz,aku kirim salam]

Hamka said...

Capoeira

Eh, sedang aku jawanb komen, kau jugak komen, maka bertindih komen dan terabai pulak komen kau, sabar jerlah..

Sabar itu sebahagian daripada sabarudin, kata kawan aku berlwak..
Yang betulnya, sabar itu sebahagian dari iman..

Semua tahu sudah..
:)

----------
BENTARA

Aku suka bini aku masak tapi bahaya sebab aku akan tambah sampai habis..

Oh oh oh..

----------
Hanisumayyah

Aku pulak bukan setakat kaki gaduh dengan isteri, tapi tangan, lutut, semua mau gaduh, tapi ketika isteri sedang cross stich tu, tangan kaki lutut dan siku aku rindu belaian ineundo dia, maka akupun berdamai..

Woha!

---------
huzaifah

nak lagi best: baca “kenapa merajuk”, siap ada lagu “malasku pujuk”

---------
Wan M Faiz

Nak tambah 2 3 point lagipun boleh..

Tengoklah nanti, jika aku rajin, aku edit ok?

----------
Kafur

Kat tempat aku, dari kuantan ke gambang ada kedai namanya restoran zaman, kat situ sedap..

Faz, ada orang kirim salam.

faz said...

Hamka,

Salam diterima..

[Roger n Out!]

azharjaafar said...

Sedangkan lidah lagi tergigit,
inikan pulak ikan bilis dalam sambal nasi lemak. Tapi kalau dah sedap sangat makan jangan kau telan aje ikan bilis tuh..

Aku dah 13 tahun nikah dan dalam masa tu dah banyak kali kawin. Untuk masalah rumahtangga ni, taklim rumah kena kuat sikit ler.

Anonymous said...

salam..

leluhur kita selalu berpesan cari lah pertolongan Allah melalui sabar dan solat. Kerana sabar adalah solat, solat adalah sabar. Faham tak? Maka kita buat rumusan matematik kat sini ye..Pecahan kaedah sabar

1. Sebelum solat, kita akan mulakan dengan wuduk kan?.. tiada sempurna solat tanpa wuduk..
Maka kalu nak sabar pergi cari air, minum ker, mandi ker atau trus wuduk dan solat.. biar tenang hati dan akal, disejukkan seluruh anggota yang bakal membuat keputusan untuk bersabar iaitu:

1. Sabar pada Hati..
-Inilah paling asas dalam setiap amal, hati perlu niat ambil wuduk ialah kerana Allah.. Maka bila tgh sedih atau marah kena selalu niatkan dalam hati tujuan kita sabar ialah kerana Allah..

2. Sabar pada Hidung/nafas
3. Sabar pada Mata
4. Sabar pada Tangan
5. Sabar pada Kepala
6. Sabar pada Telinga
7. Sabar pada Kaki
8. Sabar pada Semuanya.

panjang la.. err len kali sambung lagi ye akak!..
'bagi korang tapi aku rasa ’panas’ semacam...'


(macam kena wat blog jer pulak..) Woha!

-tulisan ini adalah hasil daripada dah lama tak kuar 3 hari dengan rasa sedih nya.. harap Allah swt sabarkan daku daripada dunia yang menipu ini..

-Zendegi ek safar.. -RON

M.Huzaifah Muntalip said...

thank you bro.
life is interesting coz there are many people with many attitudes..bosan la kalo sume plain je kan..

kesabaran itu indah..

Anonymous said...

..Untung jadi org yg beriman;
bila senang/gembira, dia SYUKUR
bila susah/berduka, dia SABAR
..dalam kedua-dua keadaan, bila syukur, Allah tambah nikmat, bila sabar, Allah bersamanya
[Innallaha ma'assobiriin]

Betul, bila susah ingat ada orang yg lagi susah. Atleast suami kita tak pernah tempeleng, atau tendang terajang. Sungguh2 takjub pada kesabaran para isteri yg didera suami..

Bila rasa sempit, ingatlah
SETIAP KESEMPITAN/KESUSAHAN ITU ADA 'KELUASAN'.

KESUSAHAN ITU DIHIMPIT OLEH DUA KESENANGAN.

..haritu belajar kitab MUHIMMAH;
isteri yg menyakiti hati suami, lidahnya akan digunting dengan gunting dari neraka!

..oh ampun, semoga Allah selamatkan aku..

NOR

linanilza said...

salam bro hamka.. lama tak dgr cerita, lama jugak tak melawat blog ni.. semoga sejahtera sllu, sampaikan salam pada ustazah rock!
nak nasi lemak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nenek ke_bayan said...

Tuan Huzaifah dan para suami,

.err biasalah sebulan sekali para isteri merajuk tak tentu pasal..check haribulan..

kadang2tu bila nak datang 'bulan' banyak cas2 negative di sekeliling isteri. Tetibaje ada rasa nak marah, menangis, sedih,..so, neutralkanlah cas negative tu, masatu she needs attention..jgnlah buat2 tak tau dgn terus melayan computer jer..
May be some hugs or kisses might do..woha..

Kalau suamiku moody tak tentu pasal, kutanya

"Abang uzurke?", you can see him smilin'..heh..heh..

feerhann said...

encik,

kat temerloh ade satu kedei nasik lemak sotong sedap.

err..lupe plak name kedei die.
lalalalalalala~

Hamka said...

faz

orang yang bagi salam tu adalah kafur, sekian.

--------
azharjaafar

yup! Hadith Nabi akan dapat lembutkan hati isteri dan anak-anak, pakat-pakatlah buat majlis bacaan hadith di rumah setiap malam..

lalu bini Tanya:

“nak buat sampai bila majlis bacaan hadith ni bang?”

aku kata:

“sampai mati”

--------
RON

Tau takpe!

--------
M.Huzaifah Muntalip

Untuk yang kita suka pun tak boleh nak sabar, seperti, “oh lambantanya kahwin”, “oh lambanya bini aku habis bulan” “oh lambatnya masuk gaji..” etc..

Apatah lagi untuk yang kita tak suka..

Saborjerlah..

: )

------
NOR

Di mana ada Nor di situ ada RON..

---------
linanilza

aku ada beli dua bungkus nasi lemak, sekali terlupa makan. Dah petang baru teringat dan basi pulak, lalu aku buang..

aku buang nasi lemak yang warna putih bersama sambal ikan blis yang merah menawan, ada mentimun segar dan sedikit kacang..

aku buang.. (sila baca dalam keadaan lapar)

ha ha !

---------------
Nenek ke_bayan

Lelaki yang uzur syarie boleh tinggalkan solat jemaah

Harap maklum.

-----------
feerhann

termeloh? Nasi lemak ikan patin sangkar, ada?

Anonymous said...

Salam,

'Tidak dihalalkan bagi seorang mukmin memutuskan tali silaturahmi dengan saudara muslimnya lebih drp tiga hari, apabila lebih sahaja tiga hari, maka hendaklah bersegera bertemu dan memberi salam. Jika dia menjawab salamnya maka kedua-duanya berkongsi pahala. Namun jika salah seorang tidak menjawab salam maka berdosalah dia dan orang yg memberi salam akan terlepas dari dosa memutuskan hubungan.

hadith riwayat Abu Daud

Anonymous said...

"macam hadrat Bilal RA, ada mintak izin dengan nabi untuk lawan balik, tapi Nabi pesan supaya sabar, akhirnya bila sampai masa perang badar, hampir separuh yang seksa bilal pulak mati..., faham?"


erm...nak tanya...kalau baca ayat tu...dia mcm menunjukkan yang bilal wafat masa perang badar....ke saya salah faham?

Anonymous said...

..hm..yg saya faham, hampir separuh penyeksa-penyeksa Hadrat Bilal(r.a) terbunuh masa perang Badar.

Adapun Hadrat Bilal(r.a) meninggal dunia kira2 pd tahun dua puluh Hijrah di Damsyik. (baca kesah2 para sahabat(r.anhum) tulisan Muhadithin Maulana Zakaria (rahmatullah 'alaihi)

NOR

secret said...

salam bro,,sejak baca entry pasal merajuk tu,skrg syapon dah tak 'suka' merajuk,bila merajuk pujuk diri sendiri hoho...masalahpon menurun

kalau hati sendiri tak bahagia cam manalah nak buat org yg dekat ngan kita bahagia???

apa yg bro cakap saya setuju 100%,kecilkan masalah banyakkan senyuman...life is short!!

HAPPYIRFA said...

salam..
petama kali dtg sini.hebat tulisna awak.minta izin nak link(dh buat dah pun).

along said...

tetiba teringat kat seseorg..

the husband dahle tak bg nafkah zahir batin, pastu suka fitnah si-bini tu plak tuhh.. macam2 dia kutuk bini dia.. tak cukup lg, mamat tu suka flirt dgn aweks-aweks jalanan yg tak brape nak kisah hukum hakam.. ishhh kesian sungguh si-bini tu td

tp si-bini tu tetap nampak cool + happy.. katanya, walaupun laki dia curenggg, `kekasih dia' tak pernah curang pd nya

salutelah beb...

Hamka said...

Tentang hadrat Bilal. Betul sudah apa yang puan NOR faham..

Terima kasih

--------------
secret

Tapi ada yang bunuh anak semalam, dan gantung diri, dan, oh! Orang islam?!

Semoga Allah ampunkan dosa kita..

Ps: Tiada lagi batu belah batu bertangkup dalam dunia ni,,,

---------
HAPPYIRFA

OK

along
-----------

sama lu kita salute

lu memang hero

(lirik lagu spider)

Anonymous said...

ada jer nyamar nama aku nie...nanti aku komen gune blog senang ckit...tak kene curi nama...

RON SEBENAR

Anonymous said...

LAMA BETUL TAK "ZIARAH" BLOG KO NI HAM...

TAPI STORY2 N ENTRY U OK LER...B+ JELAH...

BELUM ADE TOPIK YG HAVOC LAGI...
BUT IT;S GOOD SAMBIL BERCERITE U BERDA'WAH

RON SEBENAR

nini said...

Sedang baca buku La Tahzan baru sampai ms 64. Bagus sekali kerana banyak ilmu boleh dipelajari dan dicadangkan akak yang sedang bersedih tu baca buku ini jika sukalah. Jika tidak suka apa nak buat sebab yg bermasalah akak tu.
Saya ok je. Malas nak fikir sangat tentang masalah ni. Pada saya lebih baik kita fikirkan bagaimana nak selesaikan masalah tu lagi baik.
Hidup ini sampai matipun ada masalah.
Cubalah fikir jika kita sudah jadi mayat, bagaimana kita mahu masuk kubur jika tiada orang lain tolong masukkan?
Masalah juga tu jika difikirkan sangat.

van qif said...

assalamualaikum..

Entry kali ni seronok dibaca dan ader pengajaran berguna, sementelah saya sekarang tengah tension ngan pressure keje sikit...huhuhu...

tapi entry kali ni "panas" sikit untuk saya yg naik bot kecil ni...terhoyong hayang sikit dibuatnya..Ohhh

wassalam
p/s: nasi kedai kedai mamak tu nampak menyelerakan mmmm....

Nenek ke_bayan said...

ok la, kalau Tuan Hamka kita perasan sibuk, biar hamba perasan tak sibuk!

Haritu nenek ke(majlis) bayan.
Ustaztu kata (memang ustaz di sebalik tabir),

"Bukan sahaja amal buruk melahirkan keadaan buruk, bahkan NIAT yang buruk juga boleh melahirkan keadaan yang buruk."

Alkesah, ada seorang raja yang menyamar untuk meninjau-nijau perihal rakyatnya. Maka singgahlah dia di sebuah kebun delima kepunyaan seorang waliyyullah. Oleh itu, melihatkan ada seorang musafir yg kehausan singgah, dgn besar hati tuan punya kebun itu memetik sebiji delima yg masak ranum dari kebunnya lalu diperahnya. Dapatlah segelas penuh jus delima lalu dihidangkan kpd musafir tersebut. Maka minumlah si raja yg menyamar sebagai seorang musafir yg tersesat di kebun kurma itu.

Sebaik saja menikmati jus delima yg tersangat manis itu, berkatalah si raja tersebut di dalam hatinya;

"Rupa2nya rakyatku mendapat untung yg banyak dengan buah-buahan yang manis dan elok ini. Apabila pulang nanti, aku akan NAIKKAN CUKAI pekebun-pekebun ini."

Maka di mintalah oleh si raja ini agar diperahkan sebiji lagi buah delima untuknya. Apabila di perah sebiji lagi, jus yg didapati teramatlah sedikit berbanding dgn yg tadi. Apabila diminum pula oleh si raja, terasa masam pula.

Si raja yg kehairanan, menanyakan kenapa jus kali ini sedikit dan masam pula kpd tuan punya kebun itu. Waliyullah itu menjawab,

"Mungkin raja kita ada niat yg tidak baik utk menaikkan cukai kpd pekebun-pekebun buah".

Maka si raja pun beristighfar di dalam hati dan menarik balik niatnya untuk menaikkan cukai kebun. Lalu dimintanya sebiji delima lagi utk diperah airnya. Sekali lagi jus yg diperolehi memenuhi gelas dan rasanya tersangat manis...

Begitulah adanya.

AbduLLAH said...

pernah jugak aku terbace dlm satu kitab, mengatakan..kadang2 kite diuji sebab ALLAH rindu nak dengar sore kite mengadu dan meminta pada DIA..ALLAH suke kalo kite selalu meminta dariNYA, tp dgn syarat ade ikhtiar disebalik doa..

mungkin sebab kite terlalu lalai dgn dunia sampai lupe ALLAH(berzikir memuji ALLAH) dan lupe untuk berbisik bisik kalimah cinta pada ALLAH di sepertiga malam..

dlm satu hadis qudsi plak berbunyi,
"ungkapan cinta kepada ALLAH adalah palsu belaka jika kita masih pentingkan tidur malam dari bangun mengadap ALLAH, membisikkan kalimah cinta, bukankah org yg sedang berkasih kasihan selalu inginkan waktu sunyi di malam gelap untuk bermadu kasih dan meluahkan perasaan"..
more n less..

waLLAHu a'lam...

Hamka said...

RON

Buat password, habis cerita..
Tapi dalam dunia nikan ada 7 orang yang sama muka dan ada 7 ribu yang nama sama.

Ps: 7 ribu nama sama tu aku tambah, tapi amat jarang aku jumpa orang namanya hamka..

-----------
nini

Aku belum pernah baca lagi buku tu.

----------
van qif

bila nak naik bot besar?

--------------------
Nenek ke_bayan

Oh, itu macam ka?

Terima kasih

-------------
AbduLLAH

Nampaknya palsulah ungkapan aku oh!..

Doa aku

van qif said...

tak cukup budget nak beli bot besar, x per x per masih boleh control lagi bot kecil ni walaupun asyik kene tempuh ombak bosa...huhuhu...pak cik nak belanja ker...beramal sambil dirikan masjid....

limaumaniss said...

ahhah...aku suke pesan kat kawan2 aku camtu bile diorang sedey..aku ske cakap camni.. " life is too short to sad tau!!" pastu aku slalu ckp..kite nk hepy x leh bergantung pada org...kte sendiri je yg leh wat kite hepy walau dlm apa keadaan sekalipun...kalu rasa sedey2 wat le apa saje pun nk bg kite hepy balik...dan jgn harap org je nk bg kite hepy...kite wat la apa2 je yg kite ske supaye kite hepy...hua hua...duduk sorang2 pon leh hepy woooo...

Hamka said...

van qif

Aku tak nak belanja, aku nak kau korban pakai duit sendiri, baru sayang sikit kau pada rumah dan tangga

heh!

---------
limaumaniss

Tapi dalam membahagiakan diri sendiri, jangan pulak menyusahkan orang lain, macam dalam hubungan seks mislanya, jangan inzal sorang sorang..

woha!

Anonymous said...

mcm mana nak buat password ham?

RON

Hamka said...

bukak blog sendiri, dan komen guna pasword blog

:)

najmussobah said...

alhamdulillah...dapat dah aku menyelamatkan diri dari di"tiru"...thanks ham..

sayelah RON yg sebenar

Anonymous said...

salam...masuk blog ni bace sambil gelak, tapi banyak sgt maksud yg tersirat...alhamdulillah pendekatan yg menarik ..

jgn makan nasi lemak banyak nau..

Hamka said...

Pandai

:)

ayus said...

hehehe lama da aku join tapi ni la komen aku pertama..pheww dr pengamatan aku bro ni mesti org tabligh gak..sama cam member aku..steady

buTTerFLowEr said...

komen sampai lambat banyak (bkn lambat sikit). sulam pangkah la bro. mat salleh ckp cross stitch. hehe...

neway bg yg dah 'putus halapan' bak kate apek yg terjun pokok dlm cite p ramlee madu tiga tu, ada benda best yg sy dpt mase matrik dulu. biase la zaman study, konon2 kite je yg banyak diduga (piirah... byk lg masalah dunia. lom campur hal akhirat)

dlm keadaan agak 'putus halapan' dan pk yg mcm2 (agak bukan2, tmbh2 plak mmg membe2 n yg bukan mmbe sume tgk sy ni prone to suicide nye look), ade skali dlm kelas agama ustazah tu suruh buat ape ntah tp tiap2 student akan dpt giliran duduk kat depan kls, ala2 forum gitu n kne la jd lebey kurang mcm forum perdana gitu. so dlm sy tengah berserabut (tp agak cover gak sbb memang sume org tgk sy serabut 24/7. imej la konon) n pk yg mcm2, ade mamat ni die ckp psl kalau ade org pk psl suicide. pastu dlm ati perasan jap mcm die tgh pandang sy. cewah (ntah die pndg bnde lain ke, tp tu la, mcm straight kat sy) maka hati pun agak berbunga2 sbb mamat tu ensem. hehe... tp yg lg best tu ape yg die ckp btul2 bullseye kat hati sy. die pndg straight ke dpn (kne plak kerusi sy mmg kat dpn die wpn ade org lain dpn sy) n then die wat muke serious tp relax (cmne tu?) n die ckp lebey kurg cmni:

kalau ade sesiapa yg rasa nak bunuh diri sgt2, pk byk2. b4 tdo doa byk2 cmni:
ya allah, kalau mati tu lebih baik bg aku, biarlah aku mati esok. kalau hidup tu lebih baik bg aku, hidupkanlah aku esok...
dan kalau esok kita hidup lg maknanya ada sesuatu yg allah dah prepare utk kita

(sori x igt sgt ape yg die ckp tu. tp intipati die tu part doa mintak mati tu la)

hohoho... agak terkejutzzz dgr die ckp cmtu coz mcm die bleh bace plak keserabutan sy time tu n pandang straight kat sy (perasan). but mase tu mmg btul2 rs bsyukur sgt sbb dlm serabut2 n pk yg bkn2 tu tibe2 dtg rahmat allah dlm bentuk mcm tu (mamat ensem dgn gaya cool plak tu. hehe) rahmatnye bkn mamat ensem tu sbb die mmg slalu ade n slalu ensem kat kuliah (cis... zina mata plak. sape suruh die duduk kat spot yg sng nampak). tp ape yg die ckp tu la sy pegang smp skg kalau dah 'putus halapan' sgt2. so far blom kne pegang bendera mcm apek tu (tapi org still rase sy prone to suicide. hahahah)

hal mati ni slalu time kite mintak (sbb 'putus halapan' n dah x kisah dunia laa konon) die x dtg. tp bila die dtg, kite lak sibuk2 mintak jauhkn sbb xpuas lg kat dunia (ape kes, dulu sibuk nak mati. dah berlalu part 'aku nak mati' tu bl sampai mase xnk plak go ahead) ini adalah nota utk diri sendiri yg kononnya byk sgt diduga. piirahh...

buTTerFLowEr said...

btw utk komen no 3 from intan tu:
nasi lemak xleh wat pakai susu cair/rendah lemak (wpn sy xreti masak secara praktikal kecuali megi dan suku sakat). susu cair ganti santan tu cuma jadi kalau masak yg berempah2 mcm kari ke kurma ke rendang ke msk lemak cili api ke ape2 yg lemak2 tp ade campur benda lain (msk lemak cili api tu lom penah try plak kesahihan tp yg lain2 tu mmg bleh la) pendek kata klu masak lemak putih sayur kobis tu mcm pelik la plak pki susu cair, apatah lg nasik lemak yg xde campur bnde lain except myb ade org bubuh bawang n halia n daun pandan. guide die lebey kurg cmni: kalau yg kne pakai santan tu ade tumis ngn rempah or bnde lain, bleh substitute ngn susu (or 1/2 susu 1/2 santan)

so bro hamka, sori xdpt tolong resipi nasik lemak xde santan. tp bleh kasik tips sikit. cut la teh tarik tu. bilis jgn mkn kepala (byk kolestrol) sambal jgn yg manis2 sgt (dok kuantan asik mkn sambal gula kaler merah je. xpedas langsung. cis). myb bro leh mintak wife wat ns lemak yg kurg sikit santan/santan cair (kurg la lemak kn?) or try la tgk kat nutriweb.org.my ade resipi sihat (xtau nasik lemak die kalori byk mane. x cek plak)

buTTerFLowEr said...

wahhh... lg 1 komen

Kafur

Kat tempat aku, dari kuantan ke gambang ada kedai namanya restoran zaman, kat situ sedap..

Faz, ada orang kirim salam.

11:12 AM, July 22, 2008

erkk... xtau plak bro kat kuantan?? neway ade org ckp (kesahihannye xtau la kan tp ade la yg ckp ni) kononnya kdai zaman tu ada bela bnde. n konon2nya ade sorg alim penah nmpk ade benda kncing kat dalam perigi n air perigi tu wat masak nasik lemak die. juge dulu org yg start biz tu meninggal kat tingkat atas kedai tu (tu rumah die kot) then jenazah kena angkut turun pakai kren ke ape ntah sbb yg ada kne mngene ngn benda2 bela tu. yg skg jual tu anak2 die la kot. haha. mcm2 citer. sahih ke x tu xtau la kan. lynkn aje klu org blanje nasik kat ctu. hehe... tp memang feymes nasik lemak zaman ni. dulu sy tgk ade sorg auntie cina ni beli 20 bungkus bwk blk kl... perghh

oops. melalut cite nasik lemak zaman

Hamka said...

Ayus

Steady jadi mayat..

-----------
buTTerFLowEr

aku tak suka sebar cerita tanpa berita soheh, dosa nanti, maka makanlah aku nasi lemak zaman siap tambah walaupun harganya 1.70 sen sebungkus..

Anonymous said...

bro tau tak kenapa bapak sdare nabi muhamad tu mati kapir?
dia suppot nabi bedakwah, tapi dia sniri kapir.
sebab Allah pilih org yg dia nk bg hidayah. Allah dh tetapkan perjalanan idop kite dari awal(qada qadar). ko baik ke jahat ke sume tu dh ditetapkan sblm lahir. even kite teringin nk jd super baik pon, kalau dh Allah tak izinkan maka kita tetap takkan jadi baik gak.
kita mampu ubah takdir tapi sedar tak asal usul kejadian kita ni dh mmg ditetapkan.
sape ahli syurga sape ahli neraka sume tu adalah ats ketetapan dan keizinan Dia yg kita sniri x tau.
so kalau kita nk beribadat bertaqwa pon kalau Dia tak pilih kita sbg ahli syurga, kne lempar kat neraka gak.
walau dtg 10000 org pendakwah skalipon, tapi tuhan tak pilih kita sebagai ahli syurga, maka kita kne campak kt neraka gak. usahalah mcm mane pon, sume dh ditetapkan dari awal.
beriman dgn qada dan qadar