Jul 7, 2008

Do you try to make yourself different?

(Untuk menyelamatkan dunia, aku perlu berbeza... dan untuk itu, aku perlu tulis entry ini dengan secepat mungkin dan post sebelum matahari tenggelam, errr…, selamat memahami kata kunci)

Antara pesan Nabi Muhammad SAW kepada Ummatnya adalah; “Jangan tiru cara hidup orang kapir, jika tiru, korang akan terima nasib sama dengan mereka di akhirat…” begitu lebih kurang sabda Nabi dan kat tempat lain Nabi melarang meniru amalan orang munafik kerana neraka terbawah di sediakan khas untuk orang munafik..oh!

Kata kunci pertama: Jangan tiru.

Oleh yang demikan, cara hidup aku dan korang mesti berbeza dengan orang kapir dan mesti berbeza dengan orang munafik, itupun jika korang semua nak berjaya di dunia dan di akhirat..

Kat tempat lain pulak Nabi bersabda bahawa di akhir zaman kelak, iaitu hari ini, umat islam adalah sangat ramai jumlahnya, tapi mereka semua macam buih-buih ombak di pantai, mudah pecah dan mudah di hanyut ke sana sini mengikut tarian ombak..

Kata kunci kedua : jangan jadi macam buih.

Oleh yang demikian, untuk berjaya di akhir zaman, aku dan korang jangan jadi ramai macam buih di lautan yang hampeh, tapi jadilah antara mereka yang tidak ramai itu ataupun maksudnya disini, kita kena jadi orang-orang yang ’sedikit’…

Menjadi golongan sedikit tapi betul dalam akidah dan Sunnah maksud aku..

Nak lebih faham lagi, boleh rujuk hadith ini:

“agama bermula dengan ‘sedikit’ dan berakhir dengan ‘sedikit’ dan beruntunglah orang-orang yang ‘sedikit’”

Kata kunci ketiga hari ini: “Sedikit”

Maka kerana itulah aku cuba untuk kekal berada di jalan yang amat ‘sedikit’ di lalui orang yang ramai macam buih kerana aku ingin sekali menjadi orang yang ‘beruntung’, tapi kadang-kadang aku banyak gak tergelincir kerana jalan yang ‘sedikit’ itu sebenarnya amat sukar dan penuh mujahadah, seperti menggenggam bara api kata Nabi Muhammad SAW.

Kata kunci keempat hari ini: “menggenggam bara api”

Sebagai misalnya, untuk kekal solat berjemaah 5 waktu sehari semalam, atau untuk kekal buat dakwah, atau untuk kekal berakhlak mulia dan lain-lain, semua tu hanya sedikit sahaja orang islam yang berjaya istiqamah sampai jadi mayat, maka untuk menempuh jalan ini amat perlu pada pengorbanan di sana sini…

Sungguh sedikit orang islam yang berjaya istoqamah solat lima waktu di masjid, dan cukup ramai sekali orang islam yang tak solat langsung.. Oh!

Kesimpulannya, untuk menjadi orang yang ‘sedikit’, kita kena banyak buat pengorbanan, dan sudah tentu aku akhirnya akan berbeza dengan korang yang ramai macam buih…

Kata kunci yang paling penting hari ini : “berbeza”

Oleh itu, untuk menjadi ‘berbeza’, aku kenalah cuba sedaya upaya untuk tidak mengikut jalan korang yang ramai macam buih itu, kerana aku yakin jalan itu apabila dilalui oleh ramai orang yang macam buih, jalan itu adalah jalan nafsu dan akan berakhir di neraka jika tak kena gaya… Oh!

Kerana itulah aku nak ingatkan bahawa tulisan aku dalam blog ini adalah nota ugama untuk aku sendiri, aku menulis bukan nak suruh korang jadi seperti aku atau korang kena bersetuju dengan aku, tapi jika korang ikut itu baik untuk korang dan dah tentu ada gak saham untuk aku...

HAKIKATNYA:, Aku menulis KERANA AKU TAK NAK JADI MACAM KORANG!Makin banyak perbezaan pendapat aku dengan korang MAKIN TIDAK SAMALAH KITA…Dan tidak samanya aku dengan korang adalah kejayaan besar untuk aku!Aku berjaya tidak menjadi seperti orang yang aku tidak ingin jadi iaitu :-‘Korang yang ramai macam buih’!Woha!

Sebagai contoh:
Apabila korang sibuk salahkan dunia dan seluruh isinya kerana minyak naik 78 sen, aku pulak berbeza menanganinya dan aku tahu korang semua yang macam buih itu rasa sedih dan amat duka cita lalu menyalak di sini sana, aku tak salahkan korang, dah memang korang terasa beban, sebab itu korang marah bukan?

Tapi aku cuba memandang masalah itu dari sudut yang berbeza, iaitu dari sudut orang yang ‘sedikit’. Bagi aku bila minyak naik 78 sen, maka bertambahlah pahala orang yang naik motosikal atau kereta pergi ke masjid, nak harapkan tambah solat sunnat rawatib, tak bertambah-tambah, kurang lagi ada, maka Allah ‘naikkan’ minyak buat korang yang pergi masjid dapat pahala extra... tak ke bagus?!

Ops!, aku bukan nak bodek PM ke apa, jangan marah aku dan tuduh aku itu ini, aku tak kata korang salah nak lepaskan perasaan bila sedih, lantak korang ler, hakikatnya, aku cuma nak belajar menjadi orang yang ‘sedikit’, memang kena fikir cara yang tak sama dengan korang yang ramai macam buih…

Aku nak berbeza dengan korang, apa salahnya?

Satu lagi contoh:
Dua tahun sudah ada orang KL ngadu kat aku akan masalah jerubu yang melanda Kuala Lumpur dan betapa beruntungnya aku yang tak kena jerubu di Pantai Timur katanya..

Aku kata:
Korang lagi untung, iyelah!.., jika korang pergi berdakwah di KL sekarang, korang akan dapat banyak pahala sebab menurut hadith, debu debu yang melekat pada anggota orang yang berada di jalan Allah, akan di haramkan api neraka berserta asapnya, tak banyak pahala korang berdakwah dalam jerubu? Ha ha!

Maaf, memang kadang kadang, korang akan sakit hati bila tanya pendapat aku atau baca blog ini sebab kita memang di takdirkan berbeza.., maaf sekali lagi.

Maka kerana itu aku faham sudah ’kot’ akan maksud Nabi yang suruh kita berdakwah dengan niat untuk diri sendiri, bukan untuk betulkan orang lain macam korang, sebab bila kita berdakwah untuk betulkan diri sendiri maka walaupun ramai yang tak ikut, kita tetap berjaya kerana kita masih menjadi golongan yang ‘sedikit’…

Faham tak?

Akhirnya dalam banyak hal, aku selalu berbeza pendapat dengan korang.

Kenapa? kerana korang cuba majukan ugama dengan dasar pandang ke depan, sedang aku pulak cuba belajar majukan ugama dengan dasar pandang ke belakang…

Untuk majukan dunia, kita memang kena pandang ke depan kawan, tapi untuk majukan ugama, kita kena pandang belakang…

Semua tahu sudah!

******
Ok, aku nak cepat ni, aku nak cerita kisah aku yang berbeza dalam dunia rumah tangga pulak, sebagai penutup entry.

Apa yang aku nak bagitahu kepada isteri, anak-anak dan semua kengkawan adalah:

Aku tidak akan simpan satu hari dalam setahun untuk menjadi bahagia dengan syarat kawan kawan atau isteri buat surprise ucap selamat hari jadi dan bagi hadiah!

Aku tak perlu semua itu untuk bahagia, Dan aku simpati kepada mereka yang hanya akan bahagia dengan cara itu… dan korang jangan harap aku akan buat begitu pada korang.

Jika korang buat jugak aku tak marah, apatah lagi bila korang bagi hadiah yang mahal-mahal pada 9 August ini (he he). Tapi jika korang tak buat semua itu, aku tetap bahagia, hari aku tetap cerita sebab aku tak perlu kepada orang lain untuk buat diri aku bahagia, akukan berbeza, (apatah lagi perkara yang bukan Sunnah Nabi). Kerana aku tahu bagaimana nak membahagiakan diri sendiri…

Baiklah, Let's Make a Deal.

Kepada semua kawan kawan, isteri dan anak anakku…

Korang jangan harap aku akan ucap selamat hari jadi dan bagi hadiah secara surprise, mengharapkan aku buat semua itu akan mendatangkan kesedihan bukan? Sebab aku mudah lupa dan selalu perasan sibuk, buat aku terlepas perkara yang penting dalam hidup korang tapi boleh pulak aku lupa..

Come-on!, kenapa kena bagi hadiah bila berjaya hidup selama setahun?, aku akan bagi hadiah bila-bila masa asal korang bagi sumbangan yang besar dalam hidup aku misalnya, he he

Apatah lagi aku jenis pelupa tarikh, maaflah,

Senang cam gini, jika korang nak aku wish selamat hari jadi jugak, boleh..

Pada waktu pagi-pagi lagi korang cakap kat aku:

“Hamka, hari ini hari jadi aku, tolong ucap selamat hari jadi”

Aku pun terus ucapkan selamat hari jadi, tanpa perlu aku hafal tarikh hari jadi korang dan buat aku ternanti nanti tarikh tu sampai takut terlepas just nak buat surprise macam orang lain selalu buat nak tunjuk aku kononnya caring..

Woi! Tak wish hari jadi tak semestinya tak sayang..

Sebab?

Akukan berbeza! Heh!

Biarlah orang lain yang ramai macam buih tu tunjukkan kasih sayang dengan wish hari jadi secara surprise tanda prihatin kononya, lalu beli kek dan tiup lilin, apa-apantah?…

Sebenarnya, Aku ada cara lain nak tunjukkan kasih sayang, cara yang berbeza dari cara golongan yang ramai beli kek tiup lilin dan bagi hadiah ‘murah’ tu..

Cuba korang baca cara Nabi tunjukkan kasih sayang kepada isterinya, atau kepada anaknya, atau kepada sahabat-sahabatnya, cuba baca dan kaji sikit…

Korang akan jumpa kisah Nabi yang akan ‘switch’ keinginan mereka daripada dunia kepada Akhirat.

Kisah mereka mintak hadiah yang ‘murah’ tapi Nabi bagi hadiah yang ‘mahal-mahal’..

Ada yang mintak hamba tawanan, tapi Nabi bagi ‘Tasbih’, ada yang nak unta merah, Nabi bagi ‘solat’, ada yang nak harta rampasan, Nabi bagi ‘ibadat’ dan lain lain..

Moralnya di sini adalah, Sayang yang perlu kita zahirkan adalah menjurus dalam bentuk ”spritual”, dan bukan dalam bentuk ”matarial” semata-mata...

Nak lagi faham, cuba renung tiga Cara bagaimana kita perlu buat dalam menzahirkan kasih sayang antara satu sama lain:

Kita kena tolong ‘switch’ keinginan orang yang kita sayang daripada dunia yang sempit kepada Akhirat yang luas.
Kita kena tolong ‘switch’ keyakinan orang yang kita sayang daripada ‘Asbab Musabab’ kepada ‘Amal Ibadat’
Kita kena tolong ‘switch’ tumpuan orang yang kita sayang daripada ‘makhluk’ kepada Khalid!

Sebab?
Kitakan berbeza! Heh!

Jadi cukuplah sampai sini segala explaination, aku harap korang semua faham sudah akan maksud di sebalik: “jangan tiru orang kapir”, “jangan jadi macam buih”, “sedikit”, “menggenggam bara api” dan ”berbeza”...

Apa-apapun, semalam (6 julai), adalah hari jadi isteri aku, (aku lupa dan patutlah monyok semacam..,heh)

Selamat hari jadi sayang. Maaf sebab abang lupa semalam, Hari ni kita makan kat luar, Ok?!

Ps: Tak wish hari jadi tak semestinya tak sayang.., betul tak?, abangkan berbeza!

54 comments:

maon said...

Nama saya Maon. Selamat berkenalan..

Kata kunci yang paling penting hari ini : “berbeza”

berbeza itu
=lain dari yang lain
=aneh
=ganjil
=pelik
=asing

Oleh itu marilah bersama-sama kita menjadi manusia yang aneh dan makan nasi tiap-tiap hari.

-maon-

Wan Mohd Faiz said...

Assalamualaikum.

Hmm.. apa sebenarnya kata kunci bagi entry ini? adakah kata kunci dia, mari kita jadi berbeza dengan orang kebanyakan?

-Baru pulang dari Houston Ijtima'. syukur kerana berpeluang mendengar bayan Maulana Ahmad Lat dan Farouq Bhai. Syukur juga dapat khidmat kat bilik mereka...(Apa2 je lah)

Jangan lupa jawab soalan di atas...

BENTARA said...

baru balik 3hari... err 2 hari... majoriti tak dapat cuti hari Isnin. Apa macam ah?

UmmuSarah said...

Beri hadiah tak perlu tunggu birthday atau anniversary. Bila2 pun adalah waktu yg baik utk beri hadiah. Memang menjadi sunnah nabi saw utk memberi hadiah. Walaupun hadiah itu kecil atau murah, yg penting ikhlas. Tahaadu Tahaabbu. Salinglah kalian memberi hadiah maka kalian akan saling berkasih sayang...

INTAN said...

cerita yang sinis tp benar :)

azharjaafar said...

Kata kunci yang aku nak tambah : KORANG.

Kalau KORANG tak ambik jalan atau ke arah ambik jalan Nabi SAW, maka KORANG akan tetap jadi KORANG.

Aku pun sedang belajar untuk tak jadi KORANG.

*Orang minang kata kerang tu KORANG.

akuaktuari said...

Kita kena tolong ‘switch’ keinginan orang yang kita sayang daripada dunia yang sempit kepada Akhirat yang luas.
Kita kena tolong ‘switch’ keyakinan orang yang kita sayang daripada ‘Asbab Musabab’ kepada ‘Amal Ibadat’
Kita kena tolong ‘switch’ tumpuan orang yang kita sayang daripada ‘makhluk’ kepada Khalid

Camne nak buat tu sedara hamka??

van qif said...

Assalamualaikum,

nak tumpang semangkuk, boleh ler:
Orang yg Ramai habiskan waktu malam lepas magrib layan TV sampai waktu tido...
Orang yg Sedikit lepas magrib buat dakwah @ ibadat dan lepas insyak tak layan TV tapi sambung ibadat @ dakwah...
Orang yg Ramai rasa susah nak solat subuh berjemaah (hampir satu flat gelap lg bila subuh nak habis).....
Orang yang Sedikit rasa rugi sesangat kalu miss solat sunat dua rakaat sebelum solat jemaah subuh

itu antara sikit contoh dua dunia berbeza pada pandangan aku yg hina dina ni...

Semoga Allah masukkan kita semua dalam golongan yang sedikit...

note: sure kalu pilihanraya x boleh menang sebab always sikit...hehehe

Wassalam

Adioss Amigoss

Anonymous said...

salam,

Haikal: Abah.. hepi birthday!
sayang abah... muahhh muahh

Adam: eh.. Haikal, orang lelaki tak boleh cium orang lelaki tau!..

Haikal: ah.. Adam, kite cium abah kite lah.. boleh jer, hari-hari kite cium abah, abah pun cium kite.. perlu ker buat pengakuan bersumpah segala bagai?..

Adam: Oh.. Haikal, nanti cakap kat abah haikal, hepi birth day jugak yer.. cakap kt abah Haikal kite tak boleh beli hadiah murah-murah atau mahal-mahal pun sbb kite baru umo 2 tahun, tak pe nanti kite doa supaya nanti abah kite dapat kuar sama-sama dengan abah Haikal k.

Kafur said...

Bro hamka,sampaikan salam pd ustazah rock..

Teringat 1 babak dlm pilem nujum pak belalang:-

1)banyak-banyak
2)kadang-kadang
3)sedikit-sedikit
4)jarang-jarang

-Umat Islam itu Banyak-Banyak.Tp lemah kerna terpecah pd beberapa golongan.Berbeda fahaman,pendapat & tiada kesepakatan yg kukuh. Masjid itu Banyak-Banyak, tp sepi.

-Kadang-Kadang kita akan dikejutkan dgn provokasi yg dimainkan oleh Yahudi & Nasrani utk melemahkan lg umat Islam di akhir zaman ini.Waktu ini kita melihat, betapa lantangya umat Islam yg Banyak-Banyak itu 'bersuara'.

-Tetapi terlalu Sedikit-Sedikit umat Islam yg berjemaah di masjid menunaikan solat fardhu, terutamanya utk solat subuh. Itu blum termasuk utk memakmurkan masjid yg kian sepi.

-Jarang-Jarang kita terfikir,knapa doa umat Islam masih belum dimakbulkan oleh Allah.Walhal pertolongan Allah itu sgt dekat jika kita benar-benar beriman kpd Nya.

-Jarang-Jarang kita berdakwah sebagaimana yg Nabi buat utk memakmurkan sekalian alam.

-Jarang-Jarang kita mengeluarkan sebahagian harta utk menegakkan agama Nya.

p/s: biarlah yd sedikit itu sunnah, drpd byk tetapi bidaah.

Hamka said...

maon

berapa laki berkenalah dah kau ni, semua biodata kau dah masuk..
err, dah dapat jodoh belum?

-----------
Wan Mohd Faiz

walaikumusallam..

walaupun aku berbeza, tapi kau jauh lebih baik bezanya dari aku, dan bezamu itu, aku cemburui… oh!

----------
BENTARA

Itu namanya daftari, belajarler sikit-sikit, lain kali, biarlah mati sahaja yang mendaftarikan kita.. iaitu keluar 3 hari, hari kedua mati, maka terpaksa daftari satu hari, amacam?

------------
UmmuSarah

err, bila nak bagi aku hadiah?

---------
INTAN

:)

----------
azharjaafar

aku suka makan KORANG, err, maksud aku korang bakar..
korang tolong bakarkan korang tu boleh?

*belajar cakap dengan Orang minang he he.

---------
akuaktuari

panjang cerita, lain kali boleh?

tapi untuk rujukan pantas boleh baca kisah sahabat Nabi dalam buku Fadhail amal, baca kisah Fatimah mintak hamba lalu Nabi bagi ‘tasbih fatimah’..

----------
van qif

islam tak menang dengan majority mudah atau dua per tiga, tapi islam akan menang dengan kekuatan ser per tiga malam…

wallahu’lam

-----------
Kafur

tadi jam 4 petang bini aku hantar SMS.

“makan apa malam ni?”

aku jawab dengan SMS jugak:

“mee goreng basah”

sambil aku bayangkan betapa sedapnya bau yang bini aku masak. lepas tu bini aku reply balik SMS

“kata makan kat luar”

Alamak, aku lupa pulak yang janji dalm entry di atas nak makan kat luar, dan aku lupa yang bini aku baca gak blog aku kat tempat kerja dia.

“makam mee goring basah di kedai Ana ikan bakar kat tanjung Lumpur, suker ler tu”

Jawab aku cover line.

tak sampai semimit, bini aku jawab

“ Sukernyer!”

he he, aku kan berbeza.

Woha!

van qif said...

Teringat dulu seorang cikgu pernah cerita bagaimana kejayaan tentera sultan al-fateh yg membebaskan kota konstantinapol, yang mana displin yg ketat diamalkan iaitu memastikan semua askarnya bangun tahajud disetiap malam....Ya Allah aku ni lemah betui....


note: pak cik belanja saya sata dan kopok lekor yer...nanti email kat saya jer...hehehe

ainohikari said...

ho ho bro Hamka memang romantik dan pandai meng'cover' line dengan isteri kat umah.

Apapun, terima kasih atas peringatan yang diberi.

Wan Mohd Faiz said...

Thanks for the compliment.

Next year InsyaALLAH, summer 2009 (May-August), saya balik Malaysia. (Tiket free.. sponsor bagi nih!)
Bersama2 saya saya akan cuba membawa satu jemaah dari Texas ke Malaysia.

Perjuangan tasykil bermula sekarang!!

Saya orang Kuala Berang, nanti bolehla mat salleh gi Sekayu..Pastu bawak diorang gi rumah Hamka lah pulak...Huhu.

Hamka said...

van qif

dulu juga, semua orang islam adalah askar, ayah askar, anak askar, mak askar, semua askar…

tak gitu?

Sekarang? Lascar cinta?

----------
Ainohikari

Sama-sama…

----------
Wan Mohd Faiz

Lama gak tak turun sekayu, biasa singgah kat lata tembaka sahaja..
: )

Wan Mohd Faiz said...

Sekayu dah cantik dah Bro.

Banyak sentuhan2 baru kat Sekayu. Last pergi August 2006. Bapak best!!

Lalalala~
Gedebush!! (bunyi orang terjun dalam air Sekayu yang sejuk..)
Lalalala~

Jiji said...

Bonda lahir 8 August.

info said...

blog isteri MB Perak..
www.datinserifatimah.blogspot.com

Hijrah1429 said...

salam

sampaikan salam saya kepada ustazah rock. Juga selamat panjang umur moga bertambah berkat dan bahagia disisi suami dan anak2...

hanisumayyah

Hamka said...

Wan Mohd Faiz

Dulu aku pergi banyak sampah dan jalan susur penuh tahik lembu..
Dunia berubah bukan?

Aku nak pergi..!

“berjalanlah kamu di muka bumi Allah dan perhatikanlah akibat bagi mereka yang mendustai ugama”

--------
Jiji

Woha!

---------
info

oooooo

-------------
Hijrah1429

Dalam diam-diam, aku beli baju mengandung dan kain tudung…
Bagi jugak hadiah, tapi bak kata haji bakhil:

“lepas ni satu tahun tak boleh mintak apa-apa”

ha!

Anonymous said...

..hm..kita memang brbeza. Antaraku dan suamiku, kami saling melupai tarikh harijadi, aniv. Ygku ingat sekalitu, pd harijadiku aku berada di Nizamuddin. Dua hari pastu, pd pkl 2pagi harijadi member sejemaah, kami tiba dimarkaz Chennai..minum teh n mkn biskut kering. Itulah hari yg sngt2 indah bagi kami. Tanda suami sayang dunia dan akhirat, dia tak lupa bawa isteri keluar jemmah masturat..woha..aku nak ziarah saudari seIslamku di seluruh dunia. Doakan. satu lagi..memang kita berbeza...Bila cuti sekolah, anak2 org lain dibawa bercuti keGenting(tak pernah pegi), Langkawi(tak pernah pegi), dll. Anak2 kami, mereka akan ditinggalkan bersendirian dgn Allah, (yg kecik karkunah bela), kerana emak ayah nak keluar usaha atas iman. Sabarlah wahai anak2ku, insyaAllah kita akan bercuti sepuas2nya di 'sana'. dan satu lagi..memang kita berbeza..Suamiku tak berapa suka makan kat luar. Fikir dan amalan tukang masak akan terkesan pada kita(pernah dengar dlm majlis bayan). Kalaulah tukang masaktu org yg fikir duit, dan tak jaga solat..oh..tidak..Masaklah sendiri dan jaga niat dan fikir waktu masak..berzikir n berdoa.. Ini pesanan untukku supaya aku juga kena jaga amalanku yg akan memberi kesan pd org yg makan masakanku. NOR(RON terbalik)

Anonymous said...

salam..

dalam diam-diam ron dah jadi nor la pulak..

emm sesekali menyukakan hati isteri dan anak-anak apalah salah nya..

biar pun galakkan masak makanan di rumah lebih afdal..
resepi "hati-hati menaman budi"
berbanding makan di luar yang selalu resepinya "untung rugi menanam benci"

-sarah

Abang Mat said...

Dunia yang bakal kita tinggalkan sebentar lagi dan akhirat yang bakal kita hadapi selama-lamanya perlu kita imbangi dengan risalah yang dibawa oleh Muhammad Rasulullah SAW.
Risalah serba-serbi ilmu yang Allah wahyukan kepada baginda sebagai panduan kita mengumpul bekalan untuk ke akhirat.
Sudah cukupkah bekalan ku?

Anonymous said...

salam..

Dalam diam-diam.. bersemi jua kuntuman cinta..
biar berbeza,
biarpun nampak tak kena gayanya,
namun pada lelah letih
ada doa mengharap ampunan
ada doa mengharap kabuliat
ada doa mengharap hidayat

hati-hati bertampi-tampi
mengendong pusaka nabi-nabi
jatuh bangun tersangka mati
demi mangharap kasih ilahi

-cheq nak bagi hamka hadiah lah..
agak2nya ape ek... ha!
'pedang kecik bersulam bulu!' WOHA!

-cekcu

.... said...

terima kasih...
betul..betul...

.... said...

terima kasih..
betul2...
jadi orang yang sedikit itu
memang sangat payah........

inna hayati said...

tak wish takpe...tapi ingt tarikh penting si dia yg tersayang...penting juga...

Hamka said...

NOR

Oh Nor, ahlia siapa ini?

Ahlia Ron?

Satu cerita, seorang punk yang rambuk pacak dan pakai rantai anjing kat tengkuk berserta lain-lain aksesori, selalu di hina oleh masyarat..

Satu hari dalam keadaan khayal beliau tersentak apabila tengok orang pelik yang pakai serban, baju compang camping, seluar lipat ke betis, janggut panjang dan mata bercelak naik bas sambil pikul tong gas..

Kata beliau,

“Aku dah habis pelik, tapi orang ni lagi pelik..”

“Apa ke jadah pikul tong gas naik bas turun bas lepas tu tidur masjid..”

Sekian..

Kisah benar di zaman 80 an, untuk sesiapa yang ingin mengerti…

: )

-------------
sarah

tapi aku walaupun makan kat luar, biasa order air suam, balik rumah bini aku baru buat teh tarik, entah kenapa? Teeh tarik kat luar tak boleh tandingi teeh tarik bini aku…?

-----------
Abang Mat

Tak cukup lagi bang Mat.. tolong boleh?

------------
Cekcu

Hadiah pedang kecik?, pedang besar lah hadiah best untuk isteri (argh, lawak lucahlaer pulak aku ni, otak kuning betul hampeh)

--------------
....

Last, jadilah mayat yang *berbeza dari yang lain….

*tertakluk kepada terma dan syarat…

-------------
inna hayati

Aku ingat hari jadi dia, tanyaler bila bila pun, aku ingat, Cuma aku tak ingat HARI tu hari jadi dia..

Maafler..

prince said...

Bro Hamka,

Apa khabar mamat punk yang rambuk pacak dan pakai rantai anjing kat tengkuk berserta lain-lain aksesori, selalu di hina oleh masyarat tuh skarang?

alqahiriy said...

Kita kena tolong ‘switch’ tumpuan orang yang kita sayang daripada ‘makhluk’ kepada Khalid!

khalid = org yg kekal
khaliq = Pencipta

pilih yg mn seswai untuk frasa di atas... woha untuk kamu!

Anonymous said...

Marilah kita usaha untuk "meramaikan" golongan yg sedikit tu, agar mereka pun boleh merasa nikmat kejayaan dan kebahagian yg hakiki, abadan, abadan.

Kata Herman Tino:
mati adalah pasti,
hidup insya-Allah

iZar

Anonymous said...

istri RON bukan nama NOR ler....
istri RON tak gemar letak anak mulai dgn NOR...

do'akan aku agar dikekalkan dlm golongan yg sedikit itu...

skrg sdg tension dgn golongan yg sedikit itu krn sering ditipu oleh mereka dlm urusan perniagaan atau mua'malat...apa nak jadi dgn rakan2 seusaha zaman milineum nie tak mcm zaman 80-an(zaman mat punk pakai tali anjing) kasih sayang kuat...nak tangguh 3 hari pun buleh nangis ...sedih nak berpisah...

RON

Hamka said...

prince

Dah lama tak jumpa mamat tu, sebenarnya, mamat punk yang rambuk pacak dan pakai rantai anjing kat tengkuk berserta lain-lain aksesori itulah ceritakan kisahnya di zaman 80-an kepada aku di zaman 90 an, tapi ketika dia bercerita pada aku, beliau baru bangkit dari tidur di sebuah masjid, dan kenakan serban, serta baju compang camping, seluar lipat ke betis, janggut panjang dan mata bercelak, Cuma tak pikul tong gas ajer.. he

-------------
alqahiriy

err, nak kena edit ke ni?

-------------
iZar

kau ni dari zaman 80-an ke? Herman tino!

----------
RON

Nampaknya, mereka telah tidak menitiskan air mata seperti dahulu, mungkin tempat itu terlalu basah untuk di tambah air mata..oh!

Anonymous said...

"selamat hari jadi"? pembetulan...selamat hari lahir...sekian dari nasi tambah...heheh

Konfius said...

Hamka, cuba baca ini...

A'kum Ustaz/Ustazah,



Saya ingin bertanya jika ustaz/ustazah tahu bagaimana ingin mengubat penyakit suka pada kaum sejenis (homosexuality). Saya sudah pun berumur 26 tahun. Seperti kekawan lain saya ingin berumah tangga. Saya rasa begitu tertekan dan tidak faham mengapa saya ditakdirkan begini.

Untuk pengetahuan Ustaz/Ustazah, pendidikan agama saya alhamdulillah cukup (Agama saya SPM A1) dan saya tahu mengenai kisah nabi luth dan larangan tuhan. Sebab itu saya tidak melakukan perbuatan terkutuk seperti seks rambang/seks sejenis dan sebagainya. Saya rasa hidup saya begitu kosong, jiwa tidak tenang dan setiap hari saya sering termenung mengenangkan mengenangkan nasib saya ini. Saya bukannya seorang yang lembut ataupun pondan, saya seorang lelaki normal. Namun saya tidak memahami mengapi saya mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Saya pernah cuba keluar dengan seorang wanita tetapi hati saya rasa tidak mempunyai perasaan terhadap wanita tesebut.

Ustaz/ Ustazah, saya telah cuba sedaya upaya. Saya sangat sedih. Melalui research saya diinternet saya dipahamkan agama kistian boleh menyembuhkan penyakit homoseksual. Cuba ustaz/ustazah pergi ke yahoo ataupun google dan type 'cure for homosexuality'.. Disitu ustaz/ustazah dapat melihat dakyah/article mengenai 'christian has the cure for homosexuality'.

Tapi saya meraguinya kerana keyakinan saya terhadap agama Islam masih utuh. Saya mencintai agama Islam. Saya telah pergi menziarahi Baitullah 3 kali dan berdoa pada tuhan agar nafsu syahwat homoseksual saya dihapuskan namun sehingga kini saya masih menanti saat doa saya dikabulkan. Saya tidak pernah berputus asa berdoa pada tuhan setiap kali menunaikan solat. Kadang kala saya rasa berputus asa dan sedih mengenangkan nasib saya. Kebanyakan kekawan saya sudahpun mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata.

Saya ingin meminta jasa baik ustaz/ustazah sekiranya ustaz/ustazah tahu cara-cara untuk menghilangkan/mengubati penyakit ganjil saya ini. Adakah di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang dapat diamalkan?

Dapatkah ustaz/ustazah membantu saya atau merujukkan saya pada kiyai atau seseorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi yang dapat membantu masalah saya. Adakah mungkin saya ini terkena sihir? Tolonglah ustaz/ustazah, saya rasa hidup ini sudah tidak bermakna lagi. Bantulah saya ustaz/ustazah, hidup saya begitu tertekan.
Saya berharap ustaz/ustazah dapat membalas email saya ini.

Tolonglah saya ini...

(ni saya ambil dari website jabatan mufti selangor)

Soalan saya: Kenapa wujud manusia seperti ini? Saya pelik kerana setakat ini saya dah jumpa lebih dari 10 orang yang jadi begini.

Adakah dalam AL-Quran diterangkan bahawa ALLAH akan/telah mencipta manusia dengan nafsu sebegini?

Hamka said...

Apa yang nak di konfiuskan?

dunia ni bukannya di penuhi dengan bunga dan rama-rama, di celah celah kehidupan ada orang yang menderita kelaparan, miskin, cacat, di buli, di hina, di fitnah, di dera dan di bunuh..

darah yang mengalir itu warnanya merah, bukan pink, apa nak di konfiuskan?..

orang yang homeseks, orang yang suka membunuh, suka melancap, suka membuli, suka mengumpat, suka menfitnah, suka sembah patung, suka makan najis, suka pukul mak sendiri, suka main kayu tiga, dan lain lain..

semuanya wujud sejak zaman sebelum masihi lagi..

bukankah Allah bagi otak?, akal, hati untuk selesaikan masalah ini,

kemudian datang pulak Nabi bagi panduan yang lagi terang lagi bersuluh..

apa?

orang yang gay tu secara tiba tiba jer ke kemaluan dia terbang masuk punggung orang lain?

malas nak cerita...

Neraka adalah tempat manusia mengaku bersalah, tapi sudah tak berguna lagi..

maka, jangan salahkan sape-sapelah, salahkan diri sendiri adalah jalan penyelesaian yang paling baik tapi paling sakit..

end

dan kamu tahu kamu punya salah.

van qif said...

assalamualaikum,

mmm...kat konfius...apasal kita semua x buat dakwah @ lebih tepat lagi apsal kita boikot @ anti dakwah...kita lebih berani/suka pegi buat demo lepas tu...hihihi

Pak cik hari tu ader ler saya cuba nak pergi berdakwah sorang2 kononnya...ziarah kawan dan ajak gi solat...arghhh memang saya ni tak pandai nak berdakwah...last2 pegi borak pasal benda lain plak hampeh...susahnya mulut ni nak cakap kebesaran Allah...

terpikir kat kepala otak ni, nak tak nak saya kene belajar berdakwah ngan orang yg dah expert berdakwah cara nabi...wa Allah alam,

wasalam...

adioss amigoss

Wan Mohd Faiz said...

Kepada Konfius, lihat ayat ini:

SURAH ALI-IMRAN, ayat 14:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Jadi,jawapan kepada soalan anda ialah...
ALLAH tak cipta manusia yang ada nafsu homoseksual.

Sekian.

wayfarer said...

hmm.. betol2 zaaasss! menusuk di hati!
tp pd pendapat aku, bile kite berusaha utk jd bek atau menuju ke arah Hari Itu... kite bknnye buat sengsorg diri shj tp kite ajak juge org len... ajak dgn b'sungguh2 n smpai tk berdaya lg... bknkah muslim akh muslim?? nk ikut atau tk, itu antara mrk dgn Allah... keje kite suda selesai... (tu pon kalo mengajak dgn bersungguh2la kan...)
tp tu hanye pd pendapat aku... seorg hamba yg lemah...
tp bkn BUIH2 yang HAMPEH kt tepi pantai tu, insyaAllah...
hmm... saje je nk nyatakan pendapat. kalo ade silap n salah, sile btolkan..

mojikan said...

ala..aku pon susah nak ingat birthday orang.henfon kan ade..leh wat alarm kan..salu aku wish je..hadiah kdg2 aku tak bg pon

bg aku..bende kecik macam wish birthday tu boleh buatkan seseorang gembira dan ia tak termasuk dalam kategori material.bukan ke buat seseorang gembire dikire juga sbg perkara yg baik.

pemuda Mersey said...

salam,

sy tertarik dgn topik lain dan berbeza ini...

dan sy trigt pd satu isu besar brkaitan umat islam sejak 911 hngga skrg ... iaitu penghinaan ke atas Rasulullah oleh kafir barat...

apa yg tdk pelik ialah seluruh umat Islam tnpa mengira fhmn/mazhab memarahi kafir barat atas penghinaan yg berlaku dan tindakan itu adalah tindakan normal drpd umat islam. tp kita umat Islam juga perlu igt yg menghina itu dalah org KAFIR... namupun KAFIR, dh tk heran dh mmg keje org KAFIR menolak Allah dan Rasul..

apa yg sy nk cube smpaikn ialah sedikitnya umat Islam yg melihat bhw mereka2 yg berkuasa di klgn umat Islam sendiri mnghina Rasul dgn membelkngkn hukum2 Allah dan sunnah2 Rasul tk ramai plak umat Islam yg marah...

ayuh kita sama2 mnjadi umat Islam yg sedikit dan sedar bhw penghinaan ke atas Rasul yg plg besar adalah dr dlm umat Islam itu sendri..

satu sy nk sampaikn pd yg marah ramai2 tu... toksahla heboh boikot mane2 negara barat kalau yg depan mata pun tk nmpk!! sama2 kita memprbtulkn umat Islam itu sendiri utk mengikuti suunah2 Rasul.

pemuda Mersey said...

ooppss...terlebih plak tulis komen..
teruskan boikot Negara Israel(boikot jgn tk boikot), bersama mengembalikan khilafah Islam... insyaAllah

Hamka said...

van qif

berdakwah bukan niat mereka jadi macam kamu, tapi niatlah agar kamu tidak jadi macam mereka…

----------
Wan Mohd Faiz

Errr…

---------
wayfarer

zaaaasss sekali lagi!

---------
mojikan

errr, jangan lupa 9 ogos ni.. he he , tak mahal pun takpe.

--------
pemuda Mersey

ada satu Negara islam ni, 90 peratus rakyatnya hina Sahabat Nabi menurut wikipedia.. mereka membuat penyanjungan yang terlalu tinggi terhadap Saidina Ali, mengkafirkan para sahabat Rasulullah, menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai 4 berhala Quraish serta pengikut- pengikut mereka adalah musuh Allah.

Errr, apa tindakan ummat islam terhadap Negara ini,?

Aku tengok banyak ummat islam yang puji dan sanjung Negara ini, tapi bagaimana nasib mereka di akhirat?

Aku pulak yang kongpius

van qif said...

assalamualaikum,

ish konpius ni...bukan ke tujuan kita berdakwah orang lain buat benda baik jugak @ perkara2 yg dianjurkan nabi...

saya mmg x der ilmu berdakwah...tapi macam pak cik dah cakap kita juga kena niat agar x nak jadi macam orang lalai..

waallahualam

wasalam

adioss amigoss

nenek ke_bayan said...

masyaAllah, bagusnya niat van qiff, nak buat dakwah. Betul, ustaz kata kat mana kita pegi, kita kena buat dakwah. Barulah jadi pendakwah/da'e. Kalau dahwah masa bayan aje atau masa dlm majlis ilmu je, itu bukan lagi da'e. Kita dihantar ke ofis, ke pasar, ke hospital, ke rmh kawan2, ke mana2 aje adalah utk 'menyeru'. Ayuh jgn tangguh2 keluar 3 hari utk belajar baiki diri dgn berdakwah cara nabi. InsyAllah dah keluar skali, nak keluar lagi dan lagi..Kalau kita tak dakwah org pada Pencipta, org pulak akan dakwah kita kpd makhluk.

Anonymous said...

kepada Konfius...

aku nasihatkan ko jumpe ustaz minta tengokkan mana tau ade jin betina dlm badan ko...

bende nie terjadi pd aku...rupe2nye jin betina tu kekasih d jinn jantan dlm badan "kekasih' aku..

KHAMIS

van qif said...

"Kalau kita tak dakwah org pada Pencipta, org pulak akan dakwah kita kpd makhluk"

first time dengar ayat ni...betul gak tu...yer ler baru perasan, kalau kita tak cakap @ dakwah tenyang kebesaran Allah, orang lain plak akan masuk line citer pasal makluk...contohnyer..beli ler rantai ni, kopi ni bole kasi ko extra powerdan macam2 lagi..

thanks you nenek kebayan

Hamka said...

: )

limaumaniss said...

oh..sunggoh kita ada persamaan..iaitu..kita suka jadi orang yg berbeza dari orang lain..eheheh...

tp kalo tak silap aku tth hadis tuh bunyi camni :

"islam bermula dgn asing dan akan kembali asing".....camtu la...sory dah lupa matannya camana...tp itula yg aku ingat dan paham..err...x reti la nk terangkan macam mana..err..

yg pnting..kita kene jadi lain dari yg lain....m always be different..n always be...piece...!!

Hamka said...

peace!

aku pengkomen yang ke 50!

Anonymous said...

uncle hamka!
happy belated birthday!

hmm sy tak perlukan ucpn terima kasih kerna sy tau uncle hamka sedg senyum.

haha

sy kan berbeza lg aneh

*weirdo*

Hamka said...

:)

toaster said...

28 muharram 1412 tarikh sy dilahirkan....which is 9 august O_O

Hamka said...

Ada hadiah lebih, boleh bagi aku sikit...

aku kan berbeza?

: )