Nov 27, 2008

Entry Terakhir?

(Maafkan aku wahai kawan, Maafkan aku wahai makhluk Tuhan, Maafkan aku wahai bakal mayat sekalian- dan sedikit cerita tentang azam akhir tahun seorang aku... errr, Apa pulak azam akhir tahun korang?)

Satu hari tu, ketika aku tumpang kereta kawan pergi makan dan sekembalinya dari kedai makan ke opis, iaitu bila perut masing-masing dah kenyang, terdengarlah cerita-cerita merepek dari dalam isi kereta tentang dunia dan seisi-isinya...

Setelah kerap cerita bertukar dari berita semasa ke ekonomi, dari parlimen ke luar negara, dari hiburan ke sukan, dari sensasi ke terkini, dan itu ini begitu begini…tiba tiba aku baca doa naik kenderaan dengan kuat sebab lupa nak baca tadi, almaklumlah, perut kenyang...

Kemudian, secara tiba tiba jugak topik perbualan mereka berubah kepada topic yang lebih islamik, iaitu berkisar tentang kereta islam dan doa naik kenderaan..

“Kenapa Malaysia tak buat kereta proton yang bila start enjin terus keluar bunyi bacaan doa naik kenderaan?”

Tanya seorang dari dalam kereta yang tak sempat orang lain nak jawab tapi dia sendiri pulak ulas tentang teknologi ‘kereta baca doa’, guna relay, guna litar, itu ini begitu begini..

Last sekali aku menyampuk, “eloklah tu, boleh kembangkan lagi teknologi dan idea tu yang mana bila kereta Malaysia tu kemalangan, dan sebaik tuan kereta jadi mayat, maka terus kereta tu baca doa tahlil dan TALKIN mayat..

Woha!

*****

Ok-lah, aku rasa sampai sini sahaja keretamayat beroperasi, dah tiba masanya aku berehat.., aku nak berhenti tulis nota ugama untuk diri sendiri kat blog, tapi aku akan masih menulis nota ugama untuk diri sendiri di buku buku nota yang berbetuk hardware..,

Jadi.., sempena bulan dua belas, atau sempena akhir tahun, atau sempena cuti sekolah, atau yang lebih mulia, sempena ummat islam berniat haji pada hari Wukuf, maka aku nak berhenti tulis blog buat sementara waktu.. kerana apabila sudah sampai masanya aku kena pergi, maka pasti aku akan pergi, lalu janganlah di tanya kemana aku pergi, dan kenapa aku mesti pergi…, walaupun hakikatnya aku boleh menjawab kemana aku pergi dan kenapa aku pergi, namun pasti akan tiba satu hari nanti dimana setelah engkau dan aku pergi, maka diwaktu itu permergian kita sudah tidak boleh di jawab lagi akan kemana kita pergi dan kenapa kita pergi, kerana kemana kita pergi dan kenapa kita pergi sudah ditentukan Ilahi yang menentukan segala jawapan berkenaan kemana kita pergi dan kenapa kita pergi, yang pastinya, yang benar-benar pergi, tak akan kembali lagi…
Maka maafkan aku kerana selalu terkasar bahasa, terumpat sini sana, terkutuk atau mengata.., maafkan aku...

Sebelum aku tutup blog, izinkan aku bermadah dan bersajak, dan kredit untuk ’Malim Pelita’ kerana 10 peratus ‘sajak maaf’di bawah di olah tanpa izin dari sajak beliau...

*******

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. maafkan aku wahai bakal mayat sekalian

Baik yang kaya raya atau yang hina dina.
Yang bekerja panjat tiang letrik atau yang kerja gali lubang kubur.
Yang mampu beli teket kapal terbang atau yang hanya mampu tumpang lori muatan panjang.
Yang menjaga tutur bahasa atau yang mencarut sepanjang masa.
Yang menasihat macam bendahara melaka atau yang membebel macam mak nenek gila
Yang tau hokum hakam dan yang hidup lintang pukang
Yang sibuk memanjang atau yang perasan sibuk
Yang alim dan yang zalim
Yang pandai dan yang keldai
Yang berbudi bahasa dan yang tak reti bahasa
Yang mengundi dan yang merosakkan undi
Yang masbuk dan yang khuyuk
Yang Afdal dan yang bedal
Yang bodoh dan yang bangang
Yang tak bayar hutang dan yang bayar riba..
Dan tak lupa juga yang belum bayar zakat...

Atau sesiapa sahaja, samada yang masih sihat atau yang dah menghampiri mayat.
Sama ada pembaca senyap atau pengkomen setia,
Sama ada yang glamer atau yang tumpang glamer

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. maafkan aku wahai bakal mayat sekalian

Maafkan aku yang selalu bercakap bahasa tua, korang bercakap bahasa muda, bahasa tua nasihat di dada, bahasa muda nafsu gelora!(perasan muda kononnya aku..ish)

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. maafkan aku wahai bakal mayat sekalian

Aku bercakap satu bahasa, dan aku tak pandai berdolak dalih, maafkanlah aku dengan segera akan segala apa yang tak kena dengan penulisanku ini, aku tak paksa korang baca blog ini, dan aku hargai umur yang korang habiskan dengan membaca blog ini, maafkan aku kerana telah banyak mencuri umur korang yang berharga dalam menghabiskan setiap entry aku ..oh!

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. maafkan aku wahai bakal mayat sekalian

Maafkan aku sahabat, jika buat korang rasa pedas dan nak marah,
buat korang rasa terhina dan ternoda…
Buat korang rasa terkucil dan terkuncil,
buat korang berak tak puas dan kencing tak lawas!

Maafkan aku wahai kawan.. Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. maafkan aku wahai bakal mayat sekalian

Maafkan aku yang jahil sejahil-jahilnya bab-bab ugama, sekiranya korang rasa ada manafaat dengan membaca blog ini, berdoalah kepada Allah akan hal-hal kebaikkan, dan isk..isk.. sekiranya korang teringat, sertakanlah aku seorang hamba Allah yang berdosa ini dalam doamu, aku adalah seorang peminta, dan selalunya seorang peminta yang hina seperti aku mempunyai hak yang harus di tunaikan.., doakanlah aku supaya selamat dari azab api neraka!! Isk,,isk..

Satu lagi korang yang perasan dirinya aku umpati atau mengutuki, terkutuk dan di kutuk, Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. maafkan aku wahai bakal mayat sekalian

Sebenarnya..aku tak tujukan kutukkan ku kepada seorang individu sahaja. tapi,
Aku tujukan kepada umum, kepada semua orang yang ada jugak buat kesalahan yang sama dan termasukklan diri aku sendiri, berserta ahli keluargaku, so, bila baca relax, jangan emosional.., tenang, peace..yang pahit itu ubat, yang manis itu madu, di telan pahit hendak di buang tak terasa sayang ke?

Sesunggunya, bila berlaku sesuatu peristiwa: yakinlah bahawa semuanya adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Orang kapir bunuh orang islam pun dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!
Negara kita di landa bala dan tragedipun dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Gugurnya daun di hutan, bergesernya pasir di lautan, adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Naiknya harga minyak, turunnya harga Handphone, adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Korang yang selalu baca blog inipun adalah dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Jadi secara umumnya, jangan cepat menghukum sedang ilmu tak sampai selubang jarum,
jangan cepat berfatwa sedang masih terkial kial mencari makna takwa,
Yang hina jangan lah terus di benci,
Yang mulia janganlah gila bersanjung,
Yang berdosa janganlah di pulaukan,
Yang bersalah janganlah terus dikeji,
Yang murtad baliklah dan belajarlah jurus”gaya pulang ke pangkal jalan”..

Sebab, ...
dosa mana yang tidak terampun,
Pahala mana yang boleh riak,
Jatuh mana yang tidak ke bawah,
Rebah mana yang tidak tumbang,
Kentut mana yang tidak busuk,
Bodoh mana yang tidak bangang,
Neraka mana yang tidak panas,
Setan mana yang tidak jahat,
Nafsu mana yang tidak bergelora,
Mayat mana yang tidak berulat..
Keretamayat mana yang tidak ke kubur...

Sebenarnya kerana ada orang kapirlah maka ada Nabi-nabi yang di hantar berdakwah kepada mereka dan jadi mulia, dan kat Malaysia ni, kerana ada orang kapirlah maka korang dapat berdakwah dan seterusnya jadi manusia mulia,

Kerana ada orang jahillah maka ustaz dapat pahala mengajar, kerana ada pendosalah maka korang si penasihat sukarela dapat pahala dalam usaha menyedarkan mereka,

Setan memang mahluk yang jahat, tapi jangan gunakan alasan di perdaya setan yang membuatkan korang untuk selamba membenci, mencaci, melaknat, mengumpat, mengfirnah, berdendam, bermusuh, berdengki, bertamak, berhaloba!…

sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Allah suka kepada mereka yang memaafkan, maka sekali lagi..wahai kawan kawan!

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..maafkan aku wahai bakal mayat sekalian..

Sesiapa yang melindungi aib orang lain, maka Allah akan melindungi aib mereka....
Sesiapa yang memaafkan kesalahan orang lain, maka Allah akan mengampunkan dosa mereka....

Akhir kata, Maafkanlah aku akan makhluk Allah yang hina dan berdosa ini, aku memang jahil dan hina,,korang adalah jauh lebih bijak dan mulia dari aku!!
Sekali lagi maafkan aku sebelum aku melunjurkan kaki menjadi mayat!!!
Maka Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..

Sepeninggalan aku, buatlah blog ni macam blog sendiri, dan maafkan jugak sebab masih banyak email yang tak terbalas, masih banyak soalan yang tak terjawab dan masih banyak lagi request yang tak sempat di tulis...

InsyAllah, ketika jemaah-jemmah Haji Malaysia kembali dari Mekkah kelak, dan sebaik sahaja kaki mereka memijak Malaysia bumi bertuah ini, dan di antara jejak jekak kaki jemmah haji yang pernah memijak madinah itu tiba di Malaysia, maka, pada masa itu jugak, insyallah, aku akan kembali menulis nota ugama untuk diri sendiri di sini... insyAllah!

Itupun jika aku masih belum naik kereta mayat kerusi belakang...

Sebagai penutup, kita dengar lagu penutup blog ini...

KERETA MAYAT WARNA PUTIH.

Tak Kira Kampung Atau Kota
Semua Akan Naik Kereta
Kereta Mayat Warna Putih
Boleh Membawa Kita Ke Kubur

Pong Pong Pong Pong Pong Pong Pong
Kereta Mayatku Berbunyi
Marilah Imam Mari Jiran
Mari Menghantar Kita Ke Kubur


SEKIAN

Ps: Tutup Entry dengan Tasbih Kafarah... (Jumpa lagi tahun depan andai aku dan korang masih belum jadi mayat..)

Wasallam.

Kredit: Malim demang

Nov 21, 2008

Solat dulu atau makan dulu?

(Apa maksud Muzakarah atau Muqalabah dan janganlah mudah-balah)

Kadang kadang kita hairan atau buat-buat hairan akan “kenapa masjid kosong” dan kenapa ramai orang islam di Malaysia bumi bertuah ini, lebih suka solat kat rumah berbanding di Masjid, walaupun antara mereka bukan calang calang bab ilmu ugama beb, ada yang lepasan Universiti islam, baru balik Azhar, lepasan sekolah pondok, pejuang parti islam dan malahan ada ramai gak ustaz-ustaz yang lebih suka solat di rumah jika tak bertugas, imam dan bilal pun sama!..

Kenapa jadi lagu tu?

Sebelum tu kita dengar dulu satu cerita seram sedih, kisah seorang bapa dan anaknya, yang mana pada suatu hari, van yang biasa ambil anaknya pulang dari sekolah tidak dapat datang seperti biasa kerana mengalami (sedikit) masalah teknikal, maka si anak ni pun telefon ler ayah dia suruh ambik beliau kat sekolah pada waktu tengahari tu, berkebetulan pula, hujan turun dengan lebatnya, maka si ayah yang pentingkan anak dan sayangkan anak, keluarlah dari pejabat untuk pergi ambik anak dia dengan kereta, hujan-hujan cam gini, macam-macam boleh berlaku, bisik si ayah dalam hati…

Lepas dah ambik anak dan bila dah sampai rumah, dari TV dalam rumah terdengarlah laungan azan yang menandakan solat waktu zohor dah masuk bagi kawasan yang sama waktu dengannya, maka anak yang berjiwa kamil inipun tanyalah pada si ayah yang sedang melabuhkan punggung di sofa sedang di tangan ada surat khabar..

“Ayah tak pergi masjid ke?”

Ayahnya sambil duduk dan bukak akhbar berkata:

“Hujan kat luat tu, lagipun ayah baru balik kerja”

“Pelik, saya yang duduk kat sekolah, jauh dari tempat kerja ayah, boleh pula ayah tinggalkan kerja datang ambik saya walaupun dalam hujan ribut, tapi kenapa pula ayah tak boleh pergi masjid yang dekat sahaja? "

Ceritu tu habis kat situ, skrip terlalu berilmiah untuk seorang kanak-kanak tadika.., dan korang sendiri boleh karang ending ceritu tu, mungkin boleh tambah effect CGI untuk babak banjir besar atau tsunami, apa-apalah!

Kita balik pada main topic, tentang kenapa masjid kosong dan kenapa ramai orang islam di Malaysia yang lebih suka solat kat rumah walaupun mereka bukan calang calang bab ilmu ugama, ada yang lepasan Universiti islam, baru balik Azhar, lepasan sekolah pondok, pejuang parti islam dan malahan ada ramai gak ustaz-ustaz yang lebih suka solat di rumah jika tak bertugas, imam dan bilal pun sama!..

Kenapa?

Aku jarang dengar alasan dari mereka ni solat kat rumah sebab nak tengok TV, atau sengaja nak lepak, atau main game, atau update berita semasa, atau nak layan astro, baca blog dan lain-lain..

Tapi mereka dalam bagi alasan atau dalam mempertahankan kenapa tak pergi masjid, alasan cukup berilmiah, mari kita Muzakarah atau Muqalabah bab ni tapi janganlah kita mudah-balah.

(Balah bermaksuh gaduh dalam loghat Terengganu)

Alasan 1

“Imam tu baca Al Quran tak betul, tak sah solat belakang imam yang baca salah tajwid, sebab tu aku solat di rumah”

Pulak?!, Pergilah awal dan duduk belakang imam tu, jika salah boleh jer tegur direct dalam solat, tak batalpun, kau jugak yang dapat pahala., atau kenapa tak tegur luar solat atau kenapa tak ajar imam tu baca tajwid yang betul? Dan bila kau dah ada ilmu yang lebih tinggi dan tahu imam tu salah, maka wajib atas kau betulkan imam tu demi solat orang lain gak, tak payahlah nak bertapa kat rumah layan astro layan naruto, lagipun masjid kat Malyasia ni banyak, tak sampai 1 km ada masjid lain, kenapa kat situpun kau tak pergi gak? Kat situpun salah jugak imam baca tajwid ke?, ke semua masjid kat Malaysia ni takde yang baca betul? habis tu kenapa tak pindah duduk kat Mekkah terus?

Alasan 2

“Aku solat bersama anak dan isteri, boleh aku ajar mereka solat yang betul”

Anak orang lainpun bapak dia ajar jugak solat, tapi elok jer bapak dia pergi masjid dan anak isteri kat rumah elok jer solat tanpa imam dan masih betul serta sah, apahal benak serta lembab sangat otak anak dan isteri kau sampai tiap kali masuk waktu solat kau nak kena ada jadi imam mereka, nanti bila kau dah jadi mayat siapa nak imamkan solat mayat kau, anak isteri kau pandai ke solat tanpa kau?

Alasan 3

“Aku makan ler, sebab ikut Hadis Dalam Sahih Muslim Nombor:866 bagitahu bila makanan telah siap dihidangkan dan sembahyang hendak didirikan, maka hendaklah kamu makan terlebih dahulu”

Oh, patutlah tak datang solat jemaah, makan rupanya, baik, aku rasa bab makan dulu tu betul, sebab cerita bulan puasa kisah Nabi Muhammad SAW dan ummat islam tak makan dari pagi sampai maghrib, bila dah masuk waktu azan, nabi suruh makan dulu, lebih AFDAL! Tapi Nabi makan buah tamar dan air sejuk, lepas tu Nabi pergi solat berjemaah, siap jadi imam lagi...

Kamu ni nak ikut Sunnah atau nafsu?, Sunnah Nabi bila makan berhenti sebelum kenyang dan solat di awal waktu, tempat azan di azankan, kamu ni pulak makan hingga kenyang dan lengah-lengahkan solat sambil mengaku amalkan hadith tak ke menyesatkan anak bini yang akan ikut sama perangai buruk korang?

Mana pergi hadith ancaman untuk mereka yang tak pergi solat jemaah?, mana pergi hadith ancaman untuk mereka yang solat lengah-lengah? Lu pikirlah sendiri!

Alasan 4

“kalau solat dulu, nanti tak khusyuk sebab ingat makanan”

Habis tu kalau dah kenyang dan terbukalah pintu nafsu dan ingat benda lain yang haram tak tambah rosak ke solat kau?, Nabi solat dalam keadaan lapar kau tahu, ada sahabat yang pengsan sebab lapar, tapi bila masuk waktu solat boleh bangun siap solat sampai kyusuk lagi, tak ke lapar itu bagus? Aku tengok ramai yang dah kenyang ler sebab tu tinggal solat jemaah atau lengah-lengahkan solat, terbaring kekenyangan tunggu nasik turun ke perut konon, korang ingat Allah bagi rezeki suruh korang tinggal solat jemaah ke?

Ketahuilah, ramai yang tak kyusuk solat sebab ingat pada makanan, tapi ramai lagi yang tak khusuk solat sebab dah kenyang lalu ingat benda lain, dan yang paling hampeh, ramai orang yang khusyuk makan sampai lupa nak solat.. hampeh sekali lagi!

Alasan 5

“Tapi Hamka, ada hadith daripada Abdullah bin Umar, Apabila dihidangkan makan, kena makan dulu”

Siapa suruh bini kau hidang makanan masa azan? Tak tahu hormat waktu solat ke? Siapa suruh kedai makan hantar order waktu masuk solat jika kau sendiri yang memang order makan waktu dah nak masuk solat, tak ke hampeh?

Tapi, jika kau di tangkap sebab bom disko lalu masuk dalam penjara dan tentera America bagi hidangan ketika masuk waktu solat, aku rasa masa tu kau makan lah dulu… faham?

Alasan 6

“Solat jemaah itu ibadat, tapi kerja pun ibadat gak, wajib jugak aku kerja…”

Ye betul, kerja itu ibadat gak, tapi ibadat tahap binatang, semua binatang cari rezeki sambil berzikir, dan mereka tak payah buat ibadat tahap khalifah, seperti hormat ibu bapa dan berkahlak mulia, mereka jugak tak payah ibadat tahap malaiakat, nak kena solat, baca Quran, dan puasa, dan mereka jugak tak payah ibadat tahap Nabi, nak kena buat dakwah dan tabligh, semua tu ibadat, tapi sebab mereka binatang, dengar azan tak payah ler pergi solat…, sebab mereka binatang, ibadat mereka cari rezeki sahaja, harap maklum!

Alasan 7

“Hari hujan, boleh solat kat rumah..”

Kalu masjid tutup, boleh kot korang solat di rumah, tapi masjid mana pernah tutup? macam hari kerja gak, hujan turun tapi pejabat tak tutup, maka kelihatan lah korang yang bawak kereta dalam hujan laju-laju sebab nak kejar punch card, yang naik motor, sanggup susah payah berhenti bawah jambatan tukar baju hujan dan sambung balik naik motor meredah mara bahaya, sebab? pergi kerja dapat RM27 ringgit, walaupun hari hujan kena kerja gak,tak salahpun, tapi solat jemaah dapat 27 kali ganda, ‘apalah sangat’? ‘Kan’?

Alasan 8

“Pakcik tak pergi sebab dah tua, uzur, sakit, tak larat”

Pakcik,.. pilihan raya baru-baru ni saya tengok pakcik pergi naik kerusi roda, mak long tak bagi takut pakcik susah tengah jalan, tapi pakcik nak pergi gak sebab pakcik cakap nak perjuangkan ugama, kena pangkah parti islam, dan ada kawan pakcik yang terlebih uzur siap dipapah oleh orang muda parti XYZ pergi menundi..

Perkara yang sama jugaklah berlaku zaman Nabi terhadap orang tua, dipapah pergi masjid solat 5 waktu berjemaah, malahan ada sahabat nabi yang lebih tua dan mata pulak buta, pun masih pergi masjid, pakcik pergilah masjid…, bukan pakcik mata butapun, lagipun, pakcik pun dah tua, alang-alang mati, biarlah mati pergi masjid..

Alasan 9

“saya tak pergi masjid sebab saya perempuan, kami kena elakkan fitnah”

Betul! Pandai! Tapi walaupun tak pergi masjid, tetap kena solat awal waktu, banyak azab untuk mereka yang lengahkan solat, tu belum cerita bab datang haid tapi belum solat… pendek kata kalau boleh, masa dengar azan tu dah siap pakai kain sembahyang..

Alasan 10

“Imam tu parti ABC, aku parti XYZ, tak sah solat belakang imam tu..”

Hampeh! Aku tengok kau takdepun dalam masjid XYZ subuh tadi, kau solat kat mana?

Arghhh, habis kelas hari ni kat sini, malas aku bila alasan politik digunakan untuk tinggal sunnah Nabi, maka, (bunyi kertas bergeser) cikgu nak korang semua ambik kertas A4 dan pergi jumpa jiran masing-masing, lepas tu bila masuk waktu solat, ajak mereka pergi masjid, jika mereka bagi alasan, tulis jawapan untuk setiap alasan itu dengan segala ilmu pengetahuan yang ada dengan tidak melebihi 360 patah perkataan, kemudian, postkan kat aku sebab aku rasa banyak lagi alasan-alasan dari mereka mereka yang malas pergi masjid tapi perasan bagus., kita muzakarah sama-sama bab ni, dan ingat akan tujuan muzakarah, iaitu:-

Kita muzakarah untuk hidupkan sunnah Nabi, bukan muzakarah cari alasan tak nak buat sunnah Nabi..

Semoga aku sendiri dapat amal apa yang aku tulis…

Sekian.

Ps: Tapi kalau korang berak dan waktu nak basuh air takde, kemudian masuk pulak waktu solat, maka pergilah cari air dan basuhlah berak dulu baru solat..

Nov 18, 2008

Takut atau Takut-takut?

(Bagaimana menakutkan penakut yang penakut)

Satu hari dalam sejarah, ada antara korang yang bertanya:

Pakcik Hamka, tak nak ulas ke tentang isu video azab kubur yang di tayangkan oleh seorang ustaz di sebuah sekolah rendah kawasan elit sehingga mengganggu mental kanak-kanak seperti yang dilaporkan TV3 malam tadi?.

Aku jawab.

TAK NAK!

Tapi tak lama kemudian, aku macam dah dapat ilham nak menulis tentang isu ini.., lantas dalam kesibukkan perasan sibuk, ku lembutkan jua akan jari jemariku untuk menari sehati berdansa di papan keyboard menyusun ayat serta prosa dan sesekali, aku menekan butang 'enter’, 'space bar’ dan 'Ctrl S’.. chewah!

Ceritapun bermula,

Satu hari dalam sejarah, masa aku tingkatan satu, ada kawan aku yang bernama kamarul yang agak alim-alim tahik kucing, iaitu selain beliau yang minat lagu rock kapak jiwang karat, seperti XPDC, Juntion, Wings. Scorpions dan Metalica, terselit jugak di antara keset-keset pujaan beliau akan satu kaset nasyid dari Al-Arqam.

Tajuk kaset tu, kalau tak silap aku adalah "kelahiran”.

Akupun pinjam walkman kamarul dan mulai dengar isi kandungan kaset tu.., kalau korang nak tahu, zaman tu bila korang ada walkman, kira dah habis 'hadhari' dah, jalan jalan sambil angguk angguk kira canggih ler konon, kaset masa tu harga paling mahalpun RM 8, satu side 5 lagu, ada dua sideler jadi 10 lagu, pasar malam boleh beli yang cetak rompak dalam RM3, siap ada cover dan senikata macam original.. eh melalut pulak!

Pendek cerita, aku dengar satu sajak dalam kaset tu yang buat aku teruja, tajuk sajak tu adalah "sakaratul Maut”

(Dingin hari itu seorang OB jatuh di kamar mandi, .. bla bla bla.. sakit azab nak mati, bla bla bla, , mintak panjang umur, bla bla bla, malaikat tarik nyawa dengan azab, bla bla bla, masuk kubur, bla bla bla, kena azab, bla bla bla, mana doa anakku seorang doktor, arkitek, lawyer.. bla bla bla..)

Jadi sebab aku rasa sajak tu best, akupun pinjam kaset tu bawak pulang nak bagi abang dan kakak aku dengar, tentu diorang bangga sebab adik dia ada hati jugak nak dengar kaset berbentuk dakwah..

Jadi bila aku bagi kat abang aku dengar, diapun rasa best, dan ulang putar bab sakaratul maut sambil hafal sajak tu, dan hampir separuh sajak tu aku rasa masih ingat sampai sekarang... aku rasa..

Pendek cerita lagi, ada satu hari tu, aku ada begaduh ngan anak jiran aku, kes budak-budak jer, tak puas hati aku belasah mamat tu, ayah diapun datang marah mak aku sebab tak pandai didik anak katanya,

Maka mak aku dengan linangan air mata pukul aku dengan tali timba, pukulan yang sungguh kuat, sampai badan aku berbirat-birat..

Tak cukup dengan itu, ada satu hukuman yang buat aku nak gelak, mak aku ambik radio kaset kat dapur, dan playkan kaset kelahiran tu, dan pakse aku dengar sampai habis akan sajak sakaratul maut tu!

(Dingin hari itu seorang OB jatuh di kamar mandi, .. bla bla bla.. sakit azab nak mati , bla bla bla, , mintak panjang umur, bla bla bla, malaikat tarik nyawa dengan azab, bla bla bla, masuk kubur, bla bla bla, kena azab, bla bla bla, mana doa anakku seorang doktor, arkitek, lawyer,blogger, mana? Mana?.. bla bla bla..)

Dan kepada Mak, betapa bestnya mak sebab berbeza sekali fahaman mak dengan fahaman mak mak zaman sekarang, mak tak kisah anak mak dengar sajak yang boleh mengganggu mental ibu bapa zaman sekarang, dan alangkah baiknya jika waktu tu mak dapat tayangkan video azab kubur tu pada kita, tapi kita tahu mak miskin, kita mana mampu nak beli player video tape, sampai sekarangpun mak tak beli, tapi kan mak, maaflah sebab kita tergelak dengar kaset tu, maka mak marah lagi sambil tambah pukulan sebab kita gelak dengar sajak tu, mak fikir kita dah tak boleh di selamatkan lagi sebab boleh pulak gelak dengar sajak kematian, mak, maaflah, kita dah selalu dengar sajak tu siap buat lawak, tu yang gelak tu, kalau mak nak tahu, kaset tu kawan kita yang punya, kamarul namanya, dan kepada kamarul, mintak maaf sebab terlupa nak pulang..oh!

Habis..

Amacam? Best tak cerita betul tu? Hampeh bukan? dan korang rasa, ada kena mengana tak cerita aku dengan kes video azab kubur yang di tayangkan oleh seorang ustaz di sebuah sekolah rendah kawasan elit sehingga mengganggu mental kanak-kanak seperti yang dilaporkan TV3?.

Aku rasa Puaka Niyang Rapik lebih menganggu mental, tapi nasib baiklah anak aku di ajar konsep 'orang sakit' maka tak lah terganggu mentalnya dengan puaka puaka yang berkeliaran di TV3..

Apa-apapun, aku sebanarnya tak nak ulas isu tu, di tambah dengan sifat buruk aku yang malas, dan korangpun malas jugak nak panjangkan bab ni aku rasa, lagipun kita semua ni dah cerdik pandai dan terlalu hina jika nak serius dengan hal yang remah temeh, maka kita cerita isu lain lah..

Kita cerita tentang Bagaimana nak menakutkan penakut yang penakut.

Sebenarnya adalah sangat bagus bila anak kita atau kita sendiri yang takut kepada Allah, kerana tunjang kebijaksanaan adalah sifat takutkan Allah, demikan sabda Nabi...

Pada zaman nabi dan sahabat, jika korang baca kitab sejarah mereka, kalah cerita hindustan, sebab dalam banyak babak, mereka banyak menangis kerana takutkan Allah, usahkan budak kecik yang menangis kerana takutkan Allah, bapak budakpun menangis, dan Nabi selalu menagis secara live, Abu bakar pun banyak menangis, Umar yang ganas pun banyak menangis waktu jadi raja, malam malam lintas rumah mereka akan terdengar tangisan, cakap sikit dengan mereka bab ugama, mereka akan menangis, dalam solat terdengar tangisan di sana sini, dalam doa mereka menangis.. janggut basah boleh di lihat di sini sana, dan kadang kadang malaikatpun menangis bersama mereka..

Tapi zaman sekarang, dalam majlis ugama, nak cari yang menangis cukup payah, yang banyak ketawa adalah!, naduzubillah...

Pendek cerita kisah bab takutkan Allah, Ada sekali tu, seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Umar RA kalau tak silap aku, telah menangis sehingga rosak matanya, apabila orang hairan melihanya maka dia berkata:

Apa nak hairan dengan tangisanku, matahari juga menangis kerana takutkan Allah...

Dalam riwayat menceritakan bahawa Allah berfirman dalam Hadith Qudsi:-
"Aku tidak menghimpunkan dua ketakutan kepada seorang hambaKu, dan Aku tidak memberi dua kelapangan fikiran kepada seorang hamba. Sekiranya seorang itu tidak takut kepadaku didunia ini, maka Aku akan membuat dia takut di akhirat nanti, Sekiranya didunia ini dia sentiasa takut kepadaKu, maka Aku akan menyelamatkannya dari segala ketakutan”

Kita dengar pulak Nabi bersabda:
"Siapa yang takutkan Allah, semua makhluk akan takut padanya, dan siapa yang takut sesuatu selain daripada Allah, maka semua makhluk akan menakutkannya”

Nabi bersabda lagi:
"Sekiranya air mata mengalir di mana-mana wajah kerana takutkan Allah walaupun sebesar kepala lalat maka Allah akan mengharamkan wajah itu dari terkena api neraka”

Dan Nabi terus bersabda:
"Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah maka susah baginya memasuki neraka sebagaimana susahnya susu kembali ke puting”

Dan Abu bakar RA pula berkata:
"sesiapa yang boleh menangis, maka menangislah dan siapa yang tidak boleh menangis maka buat-buatlah menangis."

Dan Nabi bersabda lagi:
"Tujuh golongan yang dilindungi di bawah arasy, salah seorang dari mereka adalah seorang yang bersunyi diri mengingati Allah sambil menangis...."

Demikianlah Hadith hadith yang aku petik dalam melengkapkan nota ugama untuk diri sendiri di sini tentang batapa pentingnya sifat takut kepada Allah yang perlu ada dalam diri setiap insan bernama kita, semoga kita semua dapat amal dan sampaikan dan dapat pula menangis, dan aku nak tanya, bilakah kali terakhir korang menangis kerana takutkan Allah. Semalam? Minggu lepas? Tahun lepas? 10 tahun yang lepas? Tepuk dada tanyalah iman... oh!

Sebagai mengakhiri cerita, Untuk subjek tajuk entry ini, iaitu: Bagaimana nak menakutkan penakut yang penakut.., dan sebagai alternative kepada ustaz yang tayang video azab kubur supaya tidak lagi di report polis, maka, apa kata kita gunakan kanak kanak sebagai bahan untuk menakutkan penakut yang penakut, tanpa perlu kita gunakan video tapi cukup kita guna lagu tema kanak-kanak.., biar kanak kanak menyanyi tanpa gangguan mental dan dengan riang ria, dan ini tentu akan menggembirakan para ibu bapa diluar sana..

Maka, aku ada edit dua buah lagu kanak-kanak, dan kita pakat pakat ajar anak anak kita nyanyi lagu ni, biat diorang hafal dan biarlah anak-anak kita terjun ke dalam masyarakat sambil menyanyikan lagu ni, mudah-mudahan dengan lirik lagu yang telah di ubah suai ini, dapatlah kita menakutkan penakut yang penakut supaya mereka yang tak takut kepada Tuhan menjadi takut, atau yang sudah takut menjadi bertambah takut lagi lalu terbukalan pintu Takwa, insyAllah...

Kerana Takut itu adalah sebahagian daripada Takwa...

Lagu satu:

Tajuk: TANYA SAMA MAYAT.
(Tajuk asal: Tanya sama pokok)

Tanya Sama Mayat
Apa Sebab Mati
Nanti Jawab Mayat
Aku Tak Tahu
Tanya Sama Anak
Mana Harta Ayah
Nanti Jawab Anak
Semua Dah Jual

Tanya Sama Isteri
Mana Pergi Suami
Nanti Jawab Isteri
Aku Dah Kahwin
Tanya Sama Mayat
Siapa Tuhan Kamu
Nanti Jawab Mayat
Aku Tak Tahu.

(ulang korus sehingga 'jejak hantu' di tukar kepada 'jejak rasul')

Lagu dua:

Tajuk: KERETA MAYAT WARNA PUTIH.
(Tajuk asal: Kereta kecil warna merah)

Tak Kira Kampung Atau Kota
Semua Akan Naik Kereta
Kereta Mayat Warna Putih
Boleh Membawa Kita Ke Kubur

Pong Pong Pong Pong Pong Pong Pong
Kereta Mayatku Berbunyi
Marilah Imam Mari Jiran
Mari Menghantar Kita Ke Kubur

(ulang korus sehingga Puaka Niyang Rapik di tukar dengan Puaka lain.)

Sekian Kelas hari ini.

Woha!

Ps: Aku ulangi soalan untuk diri sendiri, bilakah kali terakhir anda menangis kerana takutkan Allah. Semalam? Minggu lepas? Tahun lepas? 10 tahun yang lepas? Tepuk dada tanyalah iman... oh!

Nov 8, 2008

Apa aku dapat bila tulis blog?

(Tajuk asal entry ini adalah: Deleted scene on the Special Features)

Apa yang En. Hamka dapat bila tulis blog? Sedangkan En. Hamka selalu 'mengutuk’ pendakwah moden, apa yang keretamayat dapat? Bukankah Nabi tidak berdakwah melalui internet? Bla bla bla..., Tanya korang pada aku dengan marahnya setelah baca entry "bagaimana nak berdakwah”

Ehem-ehem, aku tak kutuk, atau marah, aku nasihat jer.., nasihat pada diri sendiri dan mungkin boleh jadi sebagai asbab hidayat, tapi kau bukannya faham..

Sebenarnya, aku ingin sekali bagi jawapan tentang apa yang aku dapat bila tulis blog secara berilmiah disini tapi aku buruk sangka pada korang yang email sebab bagi aku otak korang ada masalah, sebab bila dah ramai yang faham tentang entry tu iaitu 90 peratus, (peratus di ambik dari kepala lutut) dan yang tak faham cuma 10 peratus termasuk kau, tak perlulah aku layan.. sebab?

Dalam dunia ni ada ramai orang yang macam kau, tak faham ugama, bangang bab ugama, dan aku mengaku masih jahil bab ugama, tapi tak lah bangang dalam ugama, maka bila aku ditanya oleh orang macam kau, nampaknya aku tak boleh bagi jawapan dalam ’bentuk ugama’, akan buat korang jadi tambah dosa lagi sebab korang bukannya faham, sebab bila aku jawab tulis blog dapat pahala misalnya, asbab hidayat, bla bla bla, maka apa jadi? Dah tentu korang akan bertambah teruja untuk mempertahankan kefahaman korang yang boleh bawak pada rosak akidah, maka tak perlulah aku jawab, sebab korang bertanya bukan nak faham, tapi perasan bagus! Dan jika aku nak jawab gak, boleh aku jawab, tapi aku kena bagi jawapan dalam ’bentuk dunia’ baru korang faham..

Sebagai contoh: cerita tentang kawan aku merangkap jiran aku,

Isteri dia pandai jahit baju, bila bulan puasa tiba, isteri dia tak nak jahit baju sebab nak tumpukan pada ibadat di bulan ramadhan, maka pada dekat-dekat 10 hari terakhir, ada pulak yang datang tempah baju, maka isteri kawan aku tu tolak dengan jawapan yang jujur, "saya nak cari lailatul qadar”.

Korang tahu apa jadi seterusnya?, terus isteri kawan aku tu kena kutuk dan umpat oleh jiran-jiran yang lain, berlagak alimler, exstrim ler, tak tahu kerja itu ibadat ler, tak hormat jiran ler..

Tapi itu tahun lepas punya cerita, bila tahun ini punya cerita, maka aku suruh kawan aku tu bagitahu pada isteri dia jangan lagi bagi jawapan dalam bentuk ugama untuk orang yang tak faham ugama, bagitahu sahaja alasan dalam bentuk dunia, seperti saya nak tolong hantar anak saya tuisyen, lepas tu nak ajar anak saya ulangkaji sekolah, saya sibuk nak buat kuih raya orang tempah, bla bla bla, lantaklah apa sahaja alasanpun, janji dalam bentuk dunia, baru orang jahil tu faham, maka cerita terkini yang aku dengar bukan lagi umpatan tapi pujian pada isteri jiran aku tu sebab pentingkan pelajaran anak dia, pandai cari duit dengan buat kuih raya, bla bla bla.. he he, nampak tak?

Nampak tak maksud orang yang tak faham ugama tapi faham dunia?

Aku bagi satu lagi contoh, kawan aku si A ambik cuti 40 hari tingal anak bini, maka jiran-jiranpun tanya nak pergi mana 40 hari?
Jawab si A, nak pergi belajar ugama ikut orang tabligh, nak jaga solat 40 hari takbir pertama supaya bebas dari sifat munafik, nak tambah ibadat.., itu ini begitu begini.

Maka korang tahu apa jawapan dari orang yang jahil ugama ni?

Di kutuknya si A, kata si A tu dah gila, dah buang tabiat, exterim, sesat, dan berdosa besar sebab tinggalkan anak bini tak bagi nafkah batin, berdosa biar anak bini tidur tanpa wali, bla bla bla..

Tapi, cuba korang bagi jawapan dalam bentuk dunia, seperti: aku cuti 40 hari tinggal anak bini sebab nak pergi kursus naik pangkat, aku cuti 2 bulan tinggal anak bini sebab ada kursus induksi yang mana kursus ini bertujuan untuk pengesahan jawatan, aku pergi BTN seminggu tinggal anak bini untuk dapat peratus kenaikkan pencen, aku pergi luar negara belajar degree 5 tahun tinggal anak bini sebab gaji aku kecik, dah dapat degree aku balik dengan gaji besar..

Dan korang tahu apa jawapan untuk orang yang jahil ugama tapi faham dunia ni?

Dipujinya si A, baguslah, pandai cari duit, takpe tinggal anak bini sebab bila balik nanti gaji besar, bla bla bla, takpe tinggal 5 tahunpun takpe, tak dosapun, tak pe tak bagi nafkah batin, sebab gaji nafkah zahir dah banyak bla bla bla..

Nampak tak?

Nampak tak maksud orang yang bangang dalam bab ugama tapi faham dunia...

Kadang-kadang, perkataan bodoh tak faham ugama tu boleh terkeluar dari mulut ahli ugama seperti imam, bilal, dan ustaz!!!

Ada cerita sorang mamat ni nak keluar berdakwah 40 hari, tapi bini dia tak bagi sebab bini dia pun bangang dalam bab ugama tapi faham dunia, lalu ngadu kat ustaz suruh nasihat laki dia..

Ustaz tu pun nasihatler, berdosa tinggal anak bini tanpa bagi nafkah batin, dan berdosa susahkan isteri hantar anak ke sekolah, berdosa buat bini takut tidur malam-malam.., jaga keluarga juga ibadat, tak payahlah berdakwah, isteri lebih penting bla bla bla..

Mamat tu pulak bila dah kecewa dengan ustaz yang kononnya pakar dalam mengubat rohani, pergi rujuk kepada kawannya seorang doktor yang pakar penyakit jasmani..

Doktor tu pun bagi satu surat 'bohong sunnat’ kepada isteri mamat tu, dalam surat tu bagitahu mamat ni kena penyakit kronik yang perlu di ubat di luar negara selama 4 bulan.., jika tak mamat tu akan mati

Tapi Mamat bila dah 'sakit’, tak nak pergi luar negara walaupun bini dia dah paksa dia, dia tak nak, biarlah mati di Malaysia katanya, maka bini dia yang bangang dalam bab ugama tapi faham dunia, pergi ngadu kat ustaz yang dia minat sebab ustaz tu kelakar, lalu suruh ustaz kelakar tu bagi nasihat laki kat laki dia.. (kelakar dalam ceramah)

Maka kata mamat tu kat ustaz selepas di nasihati oleh ustaz kelakar, mana boleh pergi berubat ustaz?, berdosa tinggal anak bini tanpa bagi nafkah batin, berdosa buat bini takut tidur malam-malam.., lagipun siapa nak hantar anak saya ke sekolah?

Kata ustaz, saya tolong hantar.., huh! Korang sambungler sendiri cerita ni, malas aku nak detailkan, pendek kata: Ustaz, kau memang kelakar

Ok, aku bagi cerita lain pulak, kisah manusia yang bangang dalam bab ugama tapi faham dunia, cerita ni lebih kelakar dari ustaz yang kelakar tadi, aku copy/paste dari email..

Pada suatu hari, Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
"Oi, lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima puluh menjawab
" Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, pergi hotel, genting highland, sewa bot pergi kenyir, kaunter wayang dan macam-macam tempat lagi. Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk,

"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".


Woha!

OK, cerita paling last, kisah diri sendiri, pendek cerita, aku selalu gak tinggalkan anak bini aku sebab aku pergi belajar ugama beberapa hari... Dan bila kawan aku yang bangang dalam bab ugama tapi faham dunia tahu akan aku kadang-kadang tinggal anak bini terus kutuk aku, suruh aku bertaubat, takde sunnah nabi, tak bagi nafkah batin, bla bla bla.., kasihan anak aku tidur tanpa ayah dan lain-lain..

Aku kata dalam hati: sabar jer ler.. Tapi tak lama lepas tu aku kawan aku boleh pulak ajak aku pergi memancing seminggu di Kenyir, dan ada masanya ajak aku pantau perkemahan pengakap jambori selama 2 minggu di selangor, aku tak nak dan tolak dengan baik, dan mereka selamba pergi mancing seminggu dan cukup bangga cerita pengalaman berkemah pengakap bla bla.., aku cakap: semoga perginya mereka memancing seminggu di Kenyir tinggal anak bini, dan pergi berkhemah pengakap 2 minggu mendapat pahala dari Allah...

Kasihan kat anak bini kau sebab kena tinggal seminggu kerana si ayah sewa bot pergi memancing di Kenyir.., takpelah tak dapat pahalapun, sekurang-kurangnya mereka dapat ikan. Kata aku dalam hati.

Arghhh, banyak contoh yang aku boleh bagi, tapi malas nak mengumpat.. karang ada yang terasa, dan kerana bangang dalam bab ugama tapi faham dunia, terus tak nak kawan dengan aku sampai jadi mayat.., tapi akhirnya tetap kena naik jugak keretamayat, tak ke manapun..

Jadi pendek cerita, apa yang En. Hamka dapat bila tulis blog? Sedangkan En. Hamka selalu ’mengutuk’ pendakwah moden, apa yang keretamayat dapat?

Dah tentulah aku dapat duit! Dapat hadiah!

Bagaimana? Tanya korang konfius sebab aku jawab dalam bentuk dunia sedangkan korang nak dalam bentuk ugama...

Pendakwah lain tulis blog dapat pahala macam mana pulak encik keretamayat boleh dapat duit?..

He he, bila aku sebut ’dapat duit’ terus minat nak dengar tak jadi nak marah, he he, walaupun jawapan aku dalam bentuk dunia, tapi keterangan adalah dalam bentuk ugama, dengar ye tuan-tuan..

Menurut Buznama, darjat ZAKAT adalah lebih rendah dari HADIAH kerana ZAKAT di haramkan untuk Nabi Muhammad SAW tapi HADIAH tidak di haramkan untuk diterima oleh baginda. Jika korang rujuk Hadith, memang banyak riwayat Nabi dapat hadiah.., kira dapat hadiah ni adalah satu SUNNAH,

Sebelum korang salah sangka, sila baca sampai habis perenggan ni, kerana walaupun ZAKAT hukumnya FARDU dan HADIAH hukumnya sunnat, namun dalam beberapa hal, SUNNAT boleh melebihi FARDU, seperti kes bagi salam, iaitu bagi salam itu SUNNAT, tapi jawab salam itu FARDU, semua tahu sudah, TETAPI, mendahului salam adalah SUNNAH, dan lebih utama dari jawab salam yang fardu tadi, faham tak?

Bukan semua orang boleh dapat ZAKAT tapi semua orang bolah dapat HADIAH, dan bukan semua orang boleh bayar ZAKAT tapi semua orang boleh bagi HADIAH.., oleh kerana ZAKAT bertujuan mensucikan harta, maka hukumnya hanya sekali setahun setelah cukup syarat dan untuk orang-orang tertentu sahaja, tapi tujuan HADIAH adalah untuk menyukakan hati semua orang islam maka kerana itulah ALLAH benarkan HADIAH sepanjang tahun, tiap-tiap hari boleh, kerana amalan ini adalah UTAMA dalam asbab pengembangan ugama...

Maka kesimpulannya, orang macam aku adalah tidak layak dapat ZAKAT, tapi aku boleh jer dapat HADIAH jika korang nak bagi, aku tak mintak, dan tak harap pun, tapi jika korang tak sabar nak bagi hadiah kat aku, ada syarat-syarat yang wajib di patuhi,

Pertama duit tu mesti duit lebih, jangan susahkan diri bagi aku duit,
Kedua, tak boleh email bagitahu siapa kamu, dan...
Ketiga, tak boleh tanya ke mana duit itu di belanjakan.. itu syarat bila korang berkeras nak bagi hadiah kat 163028553448 Maybank.., he he

Jadi, apa yang En. Hamka dapat bila tulis blog?, Bukankah Nabi tidak berdakwah melalui internet? Bla bla bla..., apa yang keretamayat dapat?

Dah tentulah aku dapat duit! Dapat hadiah!

Woha!

Ps: Mungkin korang pertikaikan kesahihan contoh-contoh yang aku bagi, aku tak kisah, aku tak paksa korang percaya apa yang aku tulis, tapi no account Maybank2u tu betul, tak tipu, woha!

(Ya Allah, jauhilah aku dari penyakit Wahan)

Nov 4, 2008

Siapa Zombie?

(When there's no more room in hell, the dead will walk the earth, and how do you kill what's already dead?-Dawn of the Dead)

Aku memang tak suka tengok cerita hantu, bukan sebab aku takut pada hantu atau tak, tapi memang aku tak suka, apa lagi nak di kata? dan aku dah tulis detail bab ni dalam entry "Jin, Hantu, Keranda dan ... ?

Walaupun aku tak suka dengar atau tengok cerita hantu, tapi aku suka tengok movie zombie!!! Yes! Mayat hidup makan orang, lepas tu orang yang dimakan jadi pulak mayat hidup…, dan aku lebih suka zombie yang boleh speed..macam ‘Dawn of the Dead’, '28 week later’, …..cuak betul... (zombie kampong pisang aku tak tengok lagi) dan aku suka tengok adegan yang brutal.. mayat lapah orang hingga orang tu jadi mayat yang ngeri.. aku suka tengok darah sana sini.., pecah perut, tarik usus keluar, otak berterabur, dan aku suka tengok manusia hilang akal, menangis, menggelabah..tak tahu nak buat apa bile di kepong zombie…hmmm baru nak mintak tolong kat tuhan..

Dan antara sebab aku suka tengok movie zombie punya style sebab: Hantu tu real.. maksud aku tak lah boleh ghaib, tak boleh terbang atau ketawa mengilai-ngilai…pergi curi baby orang.. serta takut pada azimat…bla bla bla.. ni biasanya hantu melayulah nie..oh..

Begitu jugak dengan ugama, aku tak suka dengan kenyataan hanya ustaz atau ulamak yang boleh berdakwah… huh samalah macam hantu melayu, hanya ustaz dan tok bomoh sahaja yang boleh bunuh hantu, mana best tengok cerita macam tu.. harap makhluk!!

Tapi cerita zombie best, Zombie ni boleh di bunuh oleh semua orang…so ada peluang nak bunuh zombie ni.. hanya pecahkan kepala otak dia… zombie tak kebal, boleh guna kapak, screw driver, penunu bunsen, paku, bucu meja, lesung batu dan apa sahaja, tak payah cucuk kat tengkuk supaya jadi perempuan cantik, cucuk sahaja kat otak zombie ni sampai pecah, terus zombie tu mampus!

Dan adegan yang biasa ada dalam filem zombie yang best adalah bila orang baik kena gigit dengan zombie dan selamat serta masih sedar diri, lalu suruh kawan dia bunuh sebelum dia jadi zombie, tapi kawan dia tak sampai hanti nak bunuh, lalu bila dah jadi zombie barulah kawan dia bunuh dengan menangis, kan best tu!

Dan cerita terakhir zombie yang aku tengok adalah "Land of the Dead", aku tengok 2 tahun yang lepas, dan cerita ni takpe aku tengok dengan anak aku, mudah terangkan konsep ‘orang sakit’, tapi anak aku tak minatpun, ok lah!

Balik pada cerita hantu, adalah sangat tak elok jika anak-anak kita di ajar supaya takut pada hantu, ya, aku tahu korang nak senang, iaitu dengan takutkan anak pada hantu, mereka akan takut nak keluar rumah malam-malam, jika anak korang menangis, korang cakap nanti hantu datang ambik, lalu anak korangpun diam ketakutan, tapi banyak buruknya bila kita ajar anak takut pada hantu, pada ‘pok bong’, langsuir, puntianak dan sebagainya.., lepas ni mereka akan takut nak pergi kencing dan akan menangis nak berteman, dan akan takut tidur dalam gelap, dan bertambah takut bila mereka dengar suara isteri korang mengerang di tindih ‘hantu tindih’..

Dan yang lebih parah, bila anak kita takut pada hantu jauh lebih takut pada Allah, iaitu bila mereka dah besar, anak remaja perempuan tak takut langsung pada Allah siap pakai seksi-seksi sambil mengaku “akulah makhluk tuhan, yang paling seksi”, siap menyanyi tu!, naduzubillah, tapi bila dengar cerita hantu kopek, terus takut sampai mengigau ngigau dalam mimpi siap ramas kopek sendiri!, macam-macam hal korang ni!

Yang lelaki pulak, selamba tinggal solat, tak takut langsung hinga pakat pakat tinggalkan solat secara berjemaah, tapi bila nak pergi kencing berdiri bawah pokok, terus jadi takut kat hantu jembalang lalu mengaku sebagai anak cucu jin dengan mintak izin pada ‘datuk’ sebab anak cucu nak tumpang kecing berdiri…, apa lagi nak di kata?

Oleh yang demikian, aku berusaha mengajar anak-anak aku supaya tidak takut kepada Hantu, untuk itu aku tak pernah cerita hantu pada anak aku dan larang siapa-siapa yang berdekatan dari menyebut-nyebut tentang hantu, dan jika ada hantu yang menjelma, siaplah aku kerjakan!

Oleh kerana aku tak kenalkan anak aku dengan hantu dan tak ajar mereka takut pada hantu, (takut hanya pada Allah) maka anak aku bila terkejut jam 3 pagi pun, masih pergi main main, kadang-kadang berdua, kadang kadang seorang. Lantak merekalah., jangan ceroboh masuk bilik ayah sudah.., lagipun bagus jugak sebab anak aku nak berak malam-malam tak takut apa-apapun, pergi berak dan basuh sendiri.. (semua dari Allah)

Cuma bila anak aku dah besar, sekarang dah masuk 5 tahun yang sulung, maka dari pengalaman di tadika dan kesan bergaul dengan anak anak jiran serta anak saudara, anak aku dah tanya aku akan apa itu Hantu?

Tapi memang aku dah agak, lambat laun anak aku akan tanya soalan cam gini, pada mulanya aku cakap hantu tu macam kucing, so, kucing, apa nak di takut? tapi bohong sunnat tu cuma berkesan sampai umur 4 tahun jer, dah masuk tadika, anak dah tahu apa beza kucing dan hantu ,maka terpaksalah aku cari teknik lain untuk betulkan yakin anak aku, lalu aku terangkan bahawa hantu itu takde, apa yang mereka cerita dan nampak itu adalah ‘orang sakit’, seperti sakit muka, sakit kaki, sakit perut dan sebagainya…

Dan aku memang tak bagi anak aku tengok cerita hantu, Cuma kadang kadang tu bila muncul hantu dalam TV punya iklan, aku akan cakap kat anak aku, itu orang sakit, yelah, bila muncul hantu dengan mata terjulur keluar, aku cakap kat anak aku bahawa itu orang sakit mata, jatuh motor.., kalau ada hantu dengan taring dan siap ada darah, maka aku cakap itu orang sakit gigi, sebab tak gosok gigi, jika ada hantu dengan muka buruk, aku cakap itu orang sakit muka, kena api, main mancis! Woha!

Dan dengan konsep ‘orang sakit’ ni, aku tengok anak aku tak jadi macam anak saudara aku yang lain, malam malam tak menangis nak kencing, tak takut tidur dalam gelap atau tidur sorang-sorang dalam bilik, Alhamdulillah, Malahan, anak aku juga jadi teruja bila aku bawak mereka ziarah orang sakit, mereka nak tengok orang sakit yang mata terjulur keluar, atau muka buruk, tapi aku cakap, orang sakit cam gitu tu tak boleh tengok sebab doctor dah bungkus tak nak bagi darah keluar, jadi mereka hanya dapat tengok orang sakit takde kaki atau sakit biasa-biasa jer…

Cuma tak tahulah sampai bila kepercayaan yang aku cuba tanam melekat di hati... Wallau’lam.

Dan aku juga cerita jika kita tak solat, nanti bila mati kita akan jadi orang sakit…, dan sebab tak nak jadi orang sakit, maka solatlah anak aku sekadar dengan dia punya ilmu..

Hmmm, Sikit punya panjang intro, aku sebenarnya nak cerita pasal orang sakit, bukan pasal hantu kopek..., maaflah, melalut pulak cerita pasal anak sendiri, bukan nak berlagak bagus, Cuma nak berkongsi ilmu akan teknik mencegah anak dari takut pada hantu..

Ok lah, balik kepada main topik, baru baru ni, Aku ikut kawan aku pergi ziarah pakcik dia yang sakit kencing manis, pakcik tu tinggal bersama anak perempuan dia dan menantunya, mereka orang susah, rumah buruk dan uzur, anak cucu pun ramai, tapi semua itu bukan masalah, orang kaya yang rumah besar pun sakit, walaupun korang punya anak semua kerja sebagai doctor, menantu semua handal berbomoh, depan rumah ada kedai farmasi, belakang rumah ada hospital, berjiran pulak dengan penjual mesin jangka hayat.., namun, korang akan tetap menjadi mayat, walau siapapun korang, ada Degree/PHD, ada Tan Sri/Datok Sri, duduklah korang seorang diri di dalam kubur, sorang sorang minum air hujan, sorang sorang di baham tanah.. Di makan anai anai… yang bezanya, jika korang orang kaya, korang akan jadi mayat orang kaya, jika korang orang miskin, korang akan jadi mayat orang miskin, dan semua mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah korang, ha! ha!

Walaubagaimanpun, hari ni aku nak berkongsi cerita kisah orang sakit yang akan sembuh dan sakit balik dan sembuh balik dan sakit balik dan sembuh balik dan sakit balik dan sembuh balik … dan akhir sekali sakit dan tak sembuh-sembuh lagi dan jadi mayat,.

Maka kepada korang yang sakit dan sembuh balik dan sakit balik dan sembuh balik, eloklah pergi zarah orang yang sakit dan sembuh balik dan sakit balik dan tak sembuh-sembuh lagi, huh! Terbelit lidah aku..

Banyak sebenarnya akan kelebihan pergi ziarah orang sakit ni, antaranya:

Hadith dari Abu Hurairah riwayat Tirmizi mengatakan bahawa Allah akan bina para pelawat orang sakit akan satu tempat tinggal yang khas dalam syurga,.

Dalam riwayat yang lain dari Tsauban r.a, pelawat orang sakit akan dapat tinggal dalam Khurfah, dan sebelum korang tanya aku apa itu Khurfah? Maka nabi dah jawab dah selepas soalan yang sama di tanya oleh sahabat, iaitu Khurfah adalah Buah buahan…, hmm, dapat tinggal dalam buah? Best tu, tak tahu macam mana nak gambar, mungkin sebab tu kot orang ziarah selalu bawak buah walaupun orang sakit tak boleh makan, tapi orang ziarah pulak yang dapat makan sebelum makan besar dalam Khurfah, Woha!

Tapi menurut hadith, korang kena ambik wudhu dulu sebelum ziarah orang sakit. Dan ganjaran untuk wudhu itu, Allah akan jauhkan kita dari api neraka sajauh 70 puluh kharif, dan sebelum korang tanya aku apa itu Kharif? Maka nabi dah jawab dah selepas soalan yang sama di tanya oleh sahabat, iaitu satu Kharif adalah bersamaan satu tahun, bermakna apabila bumi mengambil masa selama satu tahun untuk mengelingi matahari, maka jaraknya adalah bersamaan 187 juta batu darab 70, darab, arghh, korang kiralah sendiri..

Pendek cerita, akupun naiklah ke rumah pakcik kawan aku tu, dan aku lihat seorang tua yang sedang uzur terlantar dan memang nampak sungguh uzur sekali, kaki dah kena potong sebelah sebab kena jangkitan kuman akibat kencing manis, kat tepi bantal dia ada nasi air dan straw, dan bekas meludah dan surah yassin kat kepala.., bila aku tengok pakcik tu, perkara pertama yang aku fikir, macam mana pakcik sakit ni sembahyang?

Aku pun tanya ler, pakcik boleh solat ke?

Jawab pakcik ni:
”macam mana nak solat, anak tengoklah keadaan pakcik ni.., uzur..”

Katanya perlahan..

Pulak dah!, maka aku tanya kawan aku kenapa tak tolong pakcik kau solat, jawab kawan aku, masa dia sihatpun tak solat...

Oh!

Kemudian, menantu pakcik ni datang dan suruh aku bagi ’ceramah’ untuk orang sakit.., aku pun terkejut gak, tak pernah-pernah aku bagi ceramah kat orang sakit, tapi sebab dah ada yang mintak, aku cakap jugaklah..,

Sebenarnya dalam adab ziarah pesakit, kita jangan cerita tentang azab ALLAH, tapi banyakkan cerita tentang RAHMAT Allah..

Dari Anas bin Malik r.a pula meriwayatkan bahawa Nabi bersabda:

“Barangsiapa yang mengunjungi orang sakit, dia melompat dalam Rahmat Allah, dan apabila duduk dengan orang sakit, dia akan tenggelam dalam Rahmat Allah."
Kemudian Anas bertanya: "Wahai rasullulah, ini adalah ganjaran untuk orang sihat mengunjungi orang sakit, bagaimana pula untuk orang sakit?"

Nabi bersabda: "Dosa dosa orang sakit akan di ampuni.."

Itu dia, maka dengarlah wahai orang-orang sakit sekalian, bila orang ziarah kita, maka dosa kita akan di ampunkan…

Satu lagi orang sakit ni dia punya kelebihan adalah dia akan mudah ingat pada mati, yelah, bila sakit, mukapun macam mayat, macam zombie, mudahlah ingat mati, dan besar ganjarannya ingat pada mati, kalau boleh kena ingat pada mati lebih 20 kali sehari semalam,

Hadith lain Nabi bersabda, Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, Sesiapa yang banyak ingat mati, hatinya akan menjadi segar dan mati menjadi mudah baginya..

Kan bagus tu ? pakcik nak tak mati mudah ?, maka kena banyak ingat mati, alang-alang sakit, pakcik boleh kuatkan ingat pada mati dengan cara suruh anak saudara pakcik ni tempah keranda siap siap lepas tu beli batu nisan dan ukir nama pakcik, lepas tu letak batu nisan tu kat sebelah pakcik, dan bila tidur guna kain batik mayat atau kain kafan sebagai selimut.., tak rugipun beli, tak lama lagi pakailah tu..

Dari Aisah r.ha pernah bertanya, Ya Rasullullah, bolehkan sesiapa tergolong syahid tanpa mengorbankan diri di jalan ALLAH ? Nabi menjawab, Ya, orang yang mengingati mati sebanyak 20 kali sehari semalam, boleh di kira syahid.

Nikmat mana lagi yang pakcik dustakan ?

Dari Umar Al Khattab pula meriwayatkan Nabi bersabda : Apabila engkau mengunjungi orang sakit, mintalah ia berdoa untukmu kerana doanya seperti doa para malaikat.

Subhanallah, maka dengarlah wahai orang-orang sakit sekalian dan juga pakcik, sekarang doa korang sangat makbul, maka tolonglah doa untuk aku yang hina ini, agar aku sempat bayar hutang bank sebelum mati dan selamat dari azab api neraka.. tolong !

Dan ketahuilah bahawa Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, Tiada seorang Hamba yang mengucapkan kalimah La ilahailAllah kemudian dia mati dalam keadaan beriman kecuali dia di masukkan ke dalam syurga.

Abu Zar bertanya :
Walaupun dia berzina dan mencuri ?,

Baginda menjawab : Walaupun dia berzina dan mencuri.

Abu Zar bertanya lagi :
Walaupun dia berzina dan mencuri ?,

Baginda menjawab : Walaupun dia berzina dan mencuri.

Abu Zar bertanya lagi sambil mendesak:
Walaupun dia berzina dan mencuri ?,

Baginda menjawab : Walaupun dia berzina dan mencuri. , Ala ZAkmi , Wahai Abu Zar, dia pasti akan memasuki shurga !.

Dan sebelum korang tanya aku apa itu Ala ZAkmi? Maka itu adalah peribahasa arab yang sering di gunakan oleh orang arab yang di gunakan untuk meyakini orang supaya percaya walaupun pelik, Yelah, macam mana penzina dan pencuri boleh masuk shurga?, dengan berkat kalimah dan taubat yang sungguh-sungguh, pasti Allah mengampunkan sebab Rahmat Allah adalah lebih besar daripada mana-mana dosa manusia kecuali mereka yang mengabaikan kalimah La ilahailAllah !!

Maka pakcik, mengucaplah sekarang…

Tapi pakcik, yang tak bestnya bila pakcik tak solat, sebab amalan yang pertama Allah akan tanya padang masyar adalah solat, jika solat di terima, maka barulah amalan lain akan di terima, sekarang macam mana solat nak di terima jika pakcik tak solat ?

Orang sakit boleh tangguh haji, boleh bukak puasa, tapi orang sakit tak boleh tinggal solat pakcik, Zaman madinah almuwarah dulu-dulu, orang tua dan buta pun seperti Abudullah bin Mattom yang uzur dan tua pun dipapah ke masjid, solat berjemaah, ni pakcik sakit sikit dah tak nak solat, apa hal !

Nabi sakit tua , saidina Umar sakit kena tikam, tapi mereka akan dipapah ke masjid untuk tunaikan solat berjemaah, tapi pakcik baru kaki takde sebelah, nak solat kat rumahpun tak boleh ke ?, tapi pergi mengundi boleh pulak, tak ke hampeh ?

Tahukah pakcik, Allah akan rendam orang yang tinggal solat dengan sengaja ke dalam neraka selama satu huqub untuk jumlah setiap satu bilangan solat yang pakcik tinggal dan satu huqub adalah bersamaan 80 tahun….

Dalam peristiwa israk, Nabi s.a.w. melihat satu kumpulan orang yang tegap dan sihat, tiba-tiba masing-masing mengangkat batu besar dihempapkan ke kepalanya. Kepala pun hancur. Kemudian kepala itu pulih seperti sediakala, lalu mereka mengangkat semula batu dan dihempapkan ke kepala mereka...Demikian berlaku berulang kali.Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril, “Siapakah mereka itu, wahai Jibril?

Jibril berkata, “Mereka itu ialah di antara umatmu yang melalaikan solat lima waktu"

Dan arghh, banyak lagiler…

Pakcik, sebenarnya, orang sakit boleh solat ikut cara orang sakit, boleh bertayamun, boleh solat sambil duduk, sambil baring, guna matapun boleh, ke nak aku buat power point slide show gambar orang solat dan bagi mouse pada pakcik supaya tekan-tekan sambil gerak-gerak anak mata, tak sampai tahap tu pun..

Dan kepada engkau kawan aku merangkap anak saudara pakcik tu, dan kepada engkau menantu pakcik, berdosa jika korang tak tolong pakcik korang ni solat, bawaklah air, tolong ambik wudu, dan ajar pakcik ni solat, sebab tak de tempat dalam ugama untuk orang yang tak solat…

Mengakhiri khutbah ini, aku bagi pantun bab solat, dengar ye..

Sepohon kayu yang berdaun sungguh rimbun
Lebat pula buahnya berserta bunga-bunganya
Walaupun sakit seribu tahun dengan harapan dosa diampun
Kalau tak sembahyang maka apalah gunanya

Kalau pakcik malas bersolat
Nanti Rezeki pakcik tak berkat
Bertambah sakit menjadi mayat
Dalam kubur Seksa tak terangkat

Di masyar pula semakin liat
Tangan kiri terima kitab
Miniti sirat pulak lembab
Takut masuk neraka sepantas kilat

Pakcik, solatlah pakcik, orang sakit yang tak solat adalah zombie sahaja, pakcik bukan zombie,.dan banyak ganjaran untuk orang yang sakit tapi masih solat, Allah sangat suka.,

Dalam satu riwayat menceritakan bahawa Malaikat Maut akan mencari seseorang ketika waktu solat, Jika ia mendapati seseorang itu menjaga solat dengan mengambil berat akan waktunya, maka ketika ia meninggalkan dunia Malaikatul Maut sendiri akan ajar mengucap dan menghalau syaitan dari sisinya. Apa lagi nak di kata?

Pakcik, orang sangat takut pada hantu dan zombie, tapi ada yang lebih dahsyat dari hantu dan zombie iaitu malaikat azab dalam kubur, bukannya boleh paku dahi dia, dan dia akan azab orang yang tak tak solat dengan cara diguling-gulingkan di atas bara api siang dan malam. Lepas tu ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjangnya sama dengan perjalanan sehari, dilepaskan ke atas dirinya. Ular itu bertempik seperti bunyi guruh, dan mengazab manusia hingga sampai hari kiamat. Dan Setiap pukulan membenamkannya hingga 70 hasta.

Apa lagi nak di kata ?

Semoga Allah ampunkan dosa pakcik, dosa saya, serta bagi pakcik hidayat untuk solat dan mati ketika bersolat…Amin.

Sekian.

Ps : Aku sebenarnya taklah sekeras tu cakap dengan pakcik tu, korang boleh fikir sendiri, errr, dah 2 tahun aku tak tengok movie zombie, boleh tak aku nak pinjam DVD cerita ‘Zombies on a Plane’, sebab aku tak tengok lagi.. he he

Oct 27, 2008

Anti Hadith Daif?

(Bila kita susah, dan tiba tiba ada orang bagi hutang tiga keping duit ringgit Malaysia yang berwarna merah, bagus jugak, tapi bila lambat bayar, itu yang hampeh..)

Assalamulaikum…

Ke hadapan sahabatku ‘korang’ yang kadang-kadang jer aku ingat, aku harap korang semua berada dalam keadaan khabar baik hendaknya, aku dan keluarga kat sini sihat jugak Alhamdulillah, semua dengan Ehsan Allah SWT.

Aku sebenarnya nak bagitahu bahawa aku tak beberapa suka kat ‘korang’ sebab korang semua yang aku kenal ni, adalah termasuk dalam golongan anti hadith yang hempeh..

Korang yang aku maksudkan adalah terdiri dari dua golongan, kita pergi pada golongan yang pertama dulu, iaitu golongan anti semua hadith..

Punyalah hampeh korang ni sampai anggap semua hadith adalah rekaan manusia semata-mata, dan menuduh Imam Hadith terdahulu sebagai pendusta, Imam Bukhari pendusta, Imam Muslim pendusta, dan anggap mereka manusia biasa jugak yang pernah tinggal solat macam korang ha ha ha! Apa punya bodoh alasan korang yang tak dapat jaga solat lalu sangka dalam dunia ni takde sorangpun yang tak pernah tinggal solat sejak kecik, apa punya sempit dunia berugama korang hah?!

Lepas tu korang punyer argument bahawa Allah dah kata Al-Quran tu lengkap, so takyah nak pakai hadith-hadith lagi. Dan tuduh orang yang percaya pada hadith bermaknanya orang tu tolak Al-Quran sebab anggap Al-Quran tak lengkap, pulak?

Apa punya cetek otak korang ni aku tak tahu ler.., kalau aku tengok kemaluan korang yang sempurna, yang berbulu dan lengkap dengan telur serta zakar, maka aku tahu kemaluan korang seorang lelaki dah sempurna dan tak perlu lagi pada zakar tambahan atau telur tambahan, tapi bila korang nak anak, korang kenalah lengkapkan zakar tu dengan kemaluan perempuan yang sempurna gak… faham tak? Errr, apa punya standard contoh ni, ok, abaikan.., korang bukannya paham jika aku cakap bahasa tinggi-tinggi..

Staright to the point, Semua tahu sudah bahawa Al Quran tu dari Allah. Memang sempurna dan tiada cacat celanya lagi. Namun manusia ni BODOH, BANGANG, tak boleh paham kalau Al Quran tu turun sedepuk camtu. So ‘terpaksalah’ Al quran di turunkan peringkat demi peringkat supaya manusia yang jahil fitrahnya mudah faham, dan untuk mudah faham lagi, Allah utuskan mahkluk manusia jugak suruh terangkan kepada manusia lain akan isi-isi Al Quran akan apa maksudnya, apa rahsianya, macam mana nak guna, itu ini begitu begini...

Dan manusia tersebut (Rasulullah), bile dia nak terang, mesti secara terperinci supaya manusia-manusia lain yang payah nak paham ni mudah paham. Sebagai contoh, Al Quran suruh kahwin tapi manusia yang Allah utuskan tu yang detailkan macamana yang dimaksudkan dengan kahwin tu. Apa syaratnya, apa hukumnya dan lain lain. kalau nak harapkan otak manusia yang bangang ni memang takleh paham punya apa yang Allah suruh.

Jadi kepada anti-unta hadith sekalian, yang korang kawin dan tiap-tiap malam jumaat korang berlaga lubang kencing dengan bini korang tu, sah ke tak sah? Kalau sah, Mana korang tahu sah? Dalam Al Quran ada bagitahu syarat sah nikah? Ker korang belajar dari apa yang Hadith Nabi bagitahu jugak? Abis tu, kenape korang pecaya pulak? Mentang-mentang hal-hal berkaitan berlaga lubang kecing, selari dengan nafsu, korangpun percaya, tapi hal-hal lain korang tak nak percaya? Nampak sangat korang ni dah makan hasutah iblis!! Hampeh!

Lepas tu kalau korang nak tahu, bila Allah pilih manusia yang nak bagi Hadith atau nak terangkan Al-Quran, bukannya calang calang!!. Bukannya bodoh macam korang. Dia manusia agung. Dia diberi training direct dari Allah melalui malaikat. Dan manusia yang Allah training direct ni, dia bagi pulak training kat sahabat-sahabat di sekitar dia. Bukan calang-calang training beb, berlapar, kena pulau, anak bini lari, orang letak batu atas dada! Pastu mereka ni training pulak orang-orang di bawah mereka lepas Rasulullah wafat. Bukan calang-calang jugak. Nak terima hadis-hadis tu bukan main dengar dan sebar macam korang ngumpat PakLah. Mereka solat dulu, minta petunjuk.

Yang korang ni ntah sapa training?, perasan bagus terus cop manusia yang Allah training direct tu dan juga manusia-manusia lain yang telah di training oleh manusia yang Allah training tu penipu? Korang ni nak mampos ke ape? Sebab korang nak mampos lah aku hari hari hidupkan injin keretamayat, Baik korang bertaubat sebelum korang jadi mayat, dah jadi mayat karang, ntah hadith mana aku nak guna untuk lupuskan mayat korang? Tak tahulah aku... akhir kata, aku doa semoga aku tak jadi bodoh macam korang dan sempatlah korang bertaubat sebelum naik keretamayat..

Ok, tutup kes, kredit untuk pembaca blog aku yang bernickname “ustazrock”, banyak fakta di atas diambik dari komen beliau yang lepas-lepas..., dan itu khas untuk golongan anti Hadith, sekarang aku nak pergi kepada golongan anti hadith yang kedua, iaitu golongan anti Hadith daif pulak..

Ni memang ’korang’ yang aku kenal dan hidup berkongsi ruang atmospfera yang sama..., walaupun korang tak sehampeh puak puak anti hadith, tapi korang tetap hampeh jugak..

Ya, aku tahu, korang bukan anti semua hadith, korang cakap korang ni hanya anti hadith yang daif, tapi korang tetap hampeh, sebab korang menolak hadith dengan kejahilan, dengan nafsu dan bukan dengan kepandaian dan keakalan..

Korangpun mulai berhujjah bagitahu bahawa ada ulamak yang tolak hadith daif, ok, mungkin betul, tapi mereka dalam menolak hadith daif, amalan ibadat mereka tak macam korang, mereka solat berjemaah lima waktu cukup, malam malam bangun solat tahajjud, dan tak pernah melengah-lengahkan solat, tak macam korang yang aku kenal yang tolak hadith daif sambil selamba tinggal solat jemaah dan suka solat lengah-lengah..., tak ke hampeh?

Bila aku cakap sikit, terus tolak sebab aku guna hadith daif, malahan korang telah menjadihkan hadith daif itu sama taraf dengan hadith palsu.. Naduzubillah

Baru baru ni korang berkunjung rumah aku, sampai masa jam 9 30 malam, akupun buat acara rutin dengan keluarga aku iaitu baca Hadith kitab Fadhail, tapi korang perlekehkan aku, korang bercakap dengan kawan kawan yang lain dengan kuat dan ganggu aku yang cuba nak masukkan nur hadith ke dalam hati aku dan keluarga aku.., korang hina kitab tu, korang hina penulis kitab tu dan korang menolak kitab tu walaupun dalam kitab tu ada hadith soheh, tapi korang tolak jugak sebab kitab tu bercampur dengan hadith daif dan palsu..

Ini bahaya kawan, mengadakan apa yang Nabi tidak cakap dan mengtidak adakan apa yang Nabi cakap hukumnya adalah sama, berdosa.., masuk neraka, sedangkan ulamak-ulamak mahsyur setuju bahawa hadith daif itu bukan palsu, Cuma di ‘daifkan’ kerana kesilapan perawi, dan hadith itu di sokong pula oleh Hadith soheh yang lain, dan tarafnya tidak bahaya..

Tapi itulah korang, perasan pandai, baru masuk usrah rehlah, baru baca email forward, dah perasan bagus, semua orang yang nak nasihat korang,, hanya layak guna hadith soheh, korang rasa korang terlalu mulia sehingga tidak boleh di nasihat oleh hadith yang daif dan ‘palsu’ konon.., padahal.., alim ulamak duniapun banyak guna Hadith daif dalam bagi nasihat, tapi korang tetap sombong nak mampus!..

Korang terus rujuk ustaz sekian-sekian yang tolak hadith daif, dan aku tak pelik, sebab akhir zaman ni ramai ustaz ustaz yang perasan betul, ustaz syiah, ustaz wahabi, ustaz salafi, ustaz al arqam dan macam macam ustaz lagi ler, yang mana bila ceramah kutuk kitab yang ada hadith daif, keluar fatwa haram baca kitab hadith daif.. bla, bla, bla..

Itu yang jadi kat satu masjid di felda jengka 10 kalau tak silap, lepas subuh, ada sorang pakcik ni pergi baca kitab fadhail kat depan mimbar, tapi semua ahli jemaah angkat punggung, dan duduk ditiang-tiang masjid lalu berborak dengan kuat hal hal dunia.., aku kesian kat pakcik tu, pergilah duduk mengadap pakcik tu sambil dengar beliau baca kelebihan solat, zikir dan lain-lain, bila dah habis, pakcik tu cerita dia hari-hari camni, dulu ada orang duduk jugak dengar, tapi bila ada ustaz ‘larang’, semua orang dah tak nak dengar lagi, tapi pakcik cool, pakcik akan buat amalan ini sampai pakcik mati..

Pakcik, apa aku nak cakap?, pakcik memang cool, inilah tahap ikhlas namanya, teruskanlah niat murni pakcik tu sampai mati…

Ok, sambung balik, Oleh sebab korang yang anti hadith daif ni perasan pandai, mari sini aku nak cerita,

Sesungguhnya, dalam menghadapi masalah ummat islam, ramai ulamak yang mendahului Hadith daif daripada pendapat ulamak baru.., tapi korang mendahului pendapat ulamak baru dan menolak hadith daif, apa kes? sedangkan kita patut sedih kerana kesipalan perawi, hadith yang sangat baik dalam memberi peringatan telah menjadi daif, lagipun jika aku cerita akan kesilapan para perawi itu, kesalah mereka taklah seteruk kesalahan ustaz ulamak akhir zaman..

Sebenarnya jika korang rujuk kitab kitab lama seperti kitab Ibnu Hibban, Daruqutni, Said bin Mahsyur, Dailami, Abu Syaibah, Abdurrazaq, Al khatib, Abu Ya’la dan kitab Baihaqi yang menjadi rujukan ulamak sedunia, dalam kitab tu pun bercampur hadith daif dan soheh, korang berani ke nak tolak ke kitab tu wahai mangkuk?

Nampaknya korang tak faham lagi bahawa sudah menjadi ijmak seluruh fuqaha, ulamak dan cerdik pandai dunia islam bahawa, untuk hokum hakam dan akidah, semuanya perlu di rujuk dengan menggunakan hadith soheh, tapi dalam hal seperti akhlak, sejarah, pendapat dan peringatan, boleh jer ummat islam guna hadith daif, tak salahpun...

Tapi korang awal awal lagi dah tolak hadith daif, mungkin sebab korang rasa korang tu lebih baik dari perawi hadith tu, sedangkan dalam Al quran dah tulis bahawa peringatan itu hanya memberi manfaat kepada orang yang beriman..

Aku ulangi,

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfa'at bagi orang-orang yang beriman. (QS. 51:55)

Tapi korang telah menolak manfaat itu dan lihatlah bagaimana daripada penolakkan itu akan keadaan hidup korang sekarang ni, adakah korang dapat istiqamah solat berjemaah ke masjid setiap hari?, adalah korang rasa sedih bila tengok masjid kosong?, adakah korang akan susah hati jika melengahkan solat dengan sengaja? adakah korang semakin sayang atau semakin benci terhadap orang yang memberi peringatan?

Janganlah menjadi mangkuk ayun...

Kalau korang betul betul nak tolak hadith daif, korang kena ada ilmu dulu, jangan nak tolak sebarang jer, korang sekurang-kurangnya kena ada ilmu Asbabil Hadith(ilmu munculnya hadith), ilmu Rijalil Hadith (Ilmu tentang orang-orang yang penting meriwayatkan hadith), Ilmu Al-Jarh Wat-Ta’dil, (Ilmu tentang kebengkokkan Dan Meluruskan hadith) dan ilmu Mushtalahui (Ilmu tentang istilah yang berlaku dalam hadith)

Dan aku percaya jika berkumpulnya semua ulamak akhir zaman hari ini, dan cipta satu nasihat atau pendapat, maka tarafnya adalah jauh lebih rendah daripada mana mana hadith Daif, kerana hadith daif adalah dari Nabi sendiri, Cuma dilemahkan kerana kesilapan perawi dan ulamak terdahulupun tidak berani mengatakan ianya palsu sebab memalsukan apa yang Nabi sabda boleh masuk neraka.. faham?

Aku bagi contoh standard budak tadika pulak, jika hadith soheh berkata jangan lalu lorong itu nanti kena gigit, kemudian ada pulak hadith daif yang berkata jangan lalu lorong tu nanti kena gigit oleh ular, maka orang bodoh jer yang tolak hadith daif tu sebab kena gigit dengan ular adalah bahaya jugak, faham tak?, arghh, malas aku nak ulas..

Kawan, sebenarnya ini bukan zamannya korang nak tolak hadith hanya dengan tafsir ustaz ustaz yang belum khtam ilmu hadith, sebab ulamak terdahulu dah buat kerja dia, mereka dah kaji hadith dan telah pecahkan ikut katogori masing masing, Imam Bukhari misalnya, telah catit 100, 000 Hadith, dan telah kaji maka 5000 sahaja hadith yang soheh, dan bakinya di pecahlan lagi kepada hadith daif dan hadith palsu...,

Begitu juga Ulamak sepeti Imam Muslim, dan pendek cerita ulamak telah bersetuju bahawa 6 kitab yang di kenali sebagai Al-Kutubusittah, iaitu kitab Sunnan Ibnu Majjah, Sunan Tarmidzi, Sunan An-Nasai, Sunan Abu Daud, Bukhari dan Muslim.. adalah kitab yang tidak akan sesat bila di rujuk...

Dan ada tambahan bahawa kitab Sunan Ahmad yang ditulis oleh Iman Ahmad bin Hambal, dan kitab Muwattha yang di tulis oleh Imam Malik juga tidak akan sesat jika di rujuk...

Aku juga memetik kata kata Bey Arifin seorang penterjemah hadith yang menulis;

"Ugama islam itu sempuna kerana adanya Al quran, 8 kitab Hadith soheh dan berpuluh puluh kitab hadith Daif..”

Dan walaupun hadith itu di tulis dalam keadaan daif, tapi ianya telah mengukuhkan ugama islam...

Maka, secara kesimpulanya, orang yang menolak hadith daif dan perasan bagus adalah sangat bodoh kerana korang telah menyekat salah satu pintu ilmu yang mana melaluinya, berjuta juta ummat islam telah selamat daripada menjadi sesat..

Akhir kata, oleh sebab korang anti Hadith daif, maka aku tak boleh nak bagi pinjam wang aku pada korang, walaupun korang dah susah payah datang rumah aku raya lepas dan cerita korang punya susah, tapi aku tak bagi, sebab?

Nanti bila korang lambat bayar dan aku petik hadith dari kitab Maulana Zakaria bab azab melengahkan hutang, korang langsung selamba tak takut sebab hadith tu daif dan mungkin palsu kata korang, maka korangpun tak takut dengan azab Allah dari Hadith daif tu, dan korangpun untung kerana menolak hadith daif sebab boleh lupa hutang aku dan aku pulak yang rugi sebab bagi hutang pada korang yang menolak hadith daif, maka silalah berambus dari hidup aku dan pergilah mintak hutang dengan orang lain...

Namun, aku doakan agar Allah buka pintu hati korang agar tidak lagi menghina Hadith Daif, kembalilah ke pangkal jalan, dan akhirnya, setelah bertaubat, di dunia ini lagi korang akan mendapat nikmat hidup, kerana aku akan bagi pinjam wang sebanyak RM30 itu..

Amin...

Ps: kepada korang yang email suruh aku delete entry yang ada hadith daif, maka aku maklumkan sekali lagi, Blog ini adalah nota ugama untuk diri sendiri, dan aku tak akan delete entry yang pernah ada hadith daif di dalamnya, maka maaflah, permintaan korang tidak dapat aku layan, sebab entry itu bermanfat untuk aku dan mereka yang cuba memahami, apa lagi nak di kata?

Oct 22, 2008

Bagaimana menjaga Password?

(Cerita tentang Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu)

Hari ini, October 22, 2008, seawal jam 3:15 pagi.
Aku terima soalan pada entry terkini:

SOALAN:
Hamka...aku lupa password untuk blog aku..amacam mahu dapat semula? tq

JAWAPAN:
Aku tak boleh nak tolong untuk dapatkan Password kamu yang dah hilang tu, dan aku hairan, WHY ME?

Tapi untuk tidak menghampakan korang, disini, aku boleh ajar korang semua akan bagaimana nak menjaga password baru supaya tidak akan hilang lagi, dan andai kata hilangpun selepas ini, tak ingat ke, terlupa ke, terantuk kat bucu meja ke, pasti akan dapat menjejak semula password itu dalam masa yang singkat… insyAllah.

Caranya begini, mudah sahaja, mula mula, ambil mouse dan gerakkan dengan tangan kanan, sambil jari telunjuk tekan tekan, lepas tu guna dua tangan taip “password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu”…

Kemudian, cuba korang buat-buat lupa pada password tu, selepas itu, bila korang nak “log in”, maka taiplah kembali “password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu”…

Maka insyAllah, dapatlah korang masuk kembali untuk update blog.

Senang bukan?, tak adalah nak susah-susah jadi gila macam Nicolas Cage dalam Filem “National Treasure” cari Password yang di sembunyikan dalam sejarah America...

******

OK, sepuluh tahun kemudian, bila korang nak “log in” balik, maka dah tentu masa tu korang terlupa password, biasanya macam tu ler…, kadang kadang tak payah tunggu sepuluh tahunpun, sepuluh minit pun dah boleh lupa password, almaklumlah, akhir zaman, kat jalan tunduk tak nak tengok perempuan, tapi bila tengok TV, tak tunduk pula tengok Rita Rudani atau Lisdawati bergaduh berebut pakwe!, hampeh betul!,

Lalu, bila dah lupa passwort tu, apa korang buat? maka korang biasanya akan mencarut dalam nada marah dan kecewa, bukan? Seperti:

“cis!”

“Hampeh”

“F word”

“binatang!”

“Bengong!”

“Sial!”

“Bodoh!”

Dan lain-lain…

Maka, nasihat aku, ketika korang sedang melafazkan cacian itu, jangan lupa untuk taip balik setiap lafaz cacian itu dalam ruangan password dan insyAllah, tertakluk kepada julat carutan yang biasa korang amalkan, tak sampai seminit, maka dapatlah korang akan kata laluan yang betul…

Jadi “Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu” itu adalah cacian-cacian yang biasa korang amalkan dan luahkan sepanjang hidup.

Faham?

Satu Kisah benar..

“Hamka, sial betul computer ni, aku dah banyak kali masuk password, tak boleh boleh gak.., sial betul”

Cuba kau tulis “sial”

“apa?, sial?”

“Aku cuba try test dulu…”

“S-I-A-L”

“Eh, dapatlerr….”

Sekian…

PENUTUP.

Kita mencarut secara spontan adalah berdasarkan apa yang ada dalam hati, dan sesungguhnya itulah sebenarnya “Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu” yang mana jika dalam hati kita ada kebesaran Allah, maka tiada lagi carutan yang akan keluar, sebaliknya secara spontan akan “melatah dengan lafaz yang murni” dan itupun adalah cerita tentang “Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu”

Dan, bila Malaikat Maut datang mengambil nyawa kita secara mengejut kelak, adakah kita akan mencarut dengan lafaz yang buruk atau Melatah dengan lafaz yang murni?

Apa-apapun yang berlaku, hakikatnya, Itulah sebenarnya “Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu”

Sekian.

Ps: kepada Anonymous yang bertanya di atas, Why Me?

Oct 20, 2008

Kenapa keinginan Allah dan keinginan Nabi tidak sama?

(Masih dalam ‘mode’ tasbih kaffarah.)

Dari sebuah Hadith yang panjang, ada orang tanya aku, kenapa keinginan Allah dan keinginan Nabi tidak sama? Bukankah patut apa sahaja kehendak Allah, mesti juga sama dengan kehendak Nabi Muhammad SAW?

Aku ringkaskan Hadith itu di sini, iaitu pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang duduk-duduk dengan sahabatnya, kemudian baginda bersabda,

“Aku menyukai 3 hal dari dunia ini iaitu wangi-wangian, wanita dan solat sebagai penyejuk mataku.”

Maka selepas itu, Sahabat sahabat Nabi yang lain juga turut menyatakan 3 hal yang mereka suka dan apa yang sahabat suka juga berbeza dari Nabi..

Aku pendekkan cerita, kemuncak hadith itu, Malaikat Jibrail datang sertai majlis duduk-duduk tu, lalu bagitahu apa yang Allah suka, iaitu:

Allah suka kepada mereka yang berjuang di jalanNya dengan harta dan dirinya, menangis kerana dosa-dosanya dan bersabar kerana lapar.

Soalan, Kenapa keinginan Allah dan keinginan Nabi tidak sama? Sepatunya sama, bla bla bla, hadith daif, bla bla.. hadith palsu, bla bla bla

Aku malas nak jawab, sebab aku bukan ustaz dan tak pandai dalam banyak hal, pergilah tanya ustaz, tapi korang follow up email suruh jawab gak, maka aku jawab jugaklah sebab dah di follow-up, macam wajib pulak aku jawab tapi lepas ni jangan pulak memuktamadkan dengan jawapan aku 100%, pergi rujuk ustaz dan jika jawapan ustaz tu berbeza, maka bagitahulah aku, biar aku ‘ajar’ ustaz tu atau biar aku ‘belajar’ dari ustaz tu (sebenarnya, he he)

Aku rasa dalam banyak hal, kita memang kena berbeza dengan Allah sebab Allah adalah Tuhan dan kita pula hanya makhluk yang di cipta Tuhan, macam korang yang suka mencarut dengan alasan Allah pun mencarut dalam Al Quran, memang hampeh!.., Allah boleh melaknat makhluk sebab Allah adalah Tuhan yang mencipta makhluk, tapi korang tak boleh pulak suka hati nak melaknat makhluk sebab korang sendiripun adalah makhluk yang di cipta Tuhan, faham?

Sebab tu bila Nabi cakap nabi suka kat perempuan, tak kanlah Allah pun nak suka kat perempuan, arghh, tiba tiba sahaja, aku rasa malas nak jawab dan malas nak ulas, lu fikirlah sendiri!

Bab hadith tu Daif sebab ambik dari kitab Fadhael karangan Maulana Zakaria pulak, aku rasa baik korang pergilah pulak rujuk hadith yang sama dalam kitab yang lain, seperti kitab bertajuk “Nasihat Buat HambaAllah, penterjemah : Syamsi Hasan, atau kitab asalnya kitab Nashaihul Ibad, karya tulis SyekhMuhammad Nawawi Ibnu Umar Al-Jawi…

Dan untuk makluman, bukan hadith tu sahaja yang tulis pasal perbezaan keinginan Allah dan Nabi, dalam peritiwa di Taif misalnya, Allah izinkan malaikat datang untuk hancurkan Bandar Taif, tapi Nabi tak nak, berbeza bukan?

Atau peristiwa dalam perperangan Uhud, yang mana bila bapa saudara Nabi iaitu saidina Hamzah terbunuh dan mayatnya telah di lapah oleh musuh dengan ngerinya, Nabi masa tu nak balas dendam dengan cara melapah mayat musuh jugak tapi Allah tak bagi, kan nampak berbeza?..

Dah!, tak payah tanyalah soalan cam gitu, dan kalau nak tanya gak solan cam gitu, pergi tanya ustaz ulamak, mereka memang sangat tahu bagaimana nak terangkan secara detail.. dah pandai nanti, silalah ajar aku. Bolehlah aku lengkapkan lagi nota ugama untuk diri sendiri kat blog ini..

Sebagai penutup, aku sebenarnya teringat masa aku belajar ugama dulu, waktu kena tidur masjid dan makan dalam talam, lepas tu pergi pulak berdakwah dari pintu ke pintu, ada sorang ustaz ni, cara dia cakap memang tak lawak, serius gila babi, tapi bila dipikirkan balik apa yang dia cakap, nak tergelak pulak..

Ada satu petang tu, ketika ustaz tu berceramah, aku tiba tiba jer rasa mengantuk dan lapar sangat, padahal baru lepas asar tadi makan goreng pisang dan siap terlelap waktu berzikir petang tu, lepas dah habis zikir dalam keadaan kenyang dan lena, tiba jam 6 suku petang, kitaorang ada ceramah yang wajib duduk dan dengar, tapi tulah, dah duduk dalam setengah jam, mata rasa mengantuk sangat dan perut pulak rasa lapar..

Dan, di kemuncak ceramah ustaz tu, beliau bercerita tentang Hadith di atas iaitu:- pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang duduk-duduk dengan sahabatnya, kemudian baginda bersabda,

“Aku menyukai 3 hal dari dunia ini iaitu wangi-wangian, wanita dan solat sebagai penyejuk mataku.”

Maka disambut oleh Abu Bakar RA pula, “aku pula menyukai tiga perkara, iaitu melihat wajahmu ya rasulullah, membelanjakan harta untuk mu dan menikahkan anak perempuanku dengan mu.”

Saidina Umar RA juga yang ada di situ turut berkata: “aku menyintai 3 hal, memakai pakaian yang bertampal, menyeru manusia kepada yang maaruf dan mencegah manusia dari kemungkaran."

Usman RA pula menambah, “saya mencintai 3 hal, memberi makan kepada orang yang lapar, memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan membaca al quran,”

Manakala Ali RA pula berkata, “aku menyukai 3 hal, berpuasa pada waktu yang panas terik, menjamu tetamu yang datang ke rumah, dan memancung leher musuh di jalan ALLAH."

Kemudian, menjelmalah malaikat Jibrail turut serta dan mengatakan yang sekiranya dia menjadi manusia, beliau akan suka 3 hal, iaitu mencintai orang-orang soleh, menolong keluarga yang miskin dan memberi petunjuk kepada orang-orang yang sesat.

Akhirnya, dari Jibrail menyatakan bahawa ALLAH mencintai 3 hal dari hamba-hamba Nya iaitu mereka yang berjuang di jalanNya dengan harta dan dirinya, dan mereka yang menangis kerana dosa-dosanya dan mereka yang bersabar kerana lapar.

Akhir sekali, korang semua, (kata ustaz tu pada kitaorang yang tiba tiba terkejut sebab nama naik dalam majlis)..,

Korang semua ni pulak, suka tiga perkara, iaitu: makan, tidur dan doa ini.

Lalu beliaupun membaca tasbih kaffarah dan bangun meninggalkan majlis..

Laaaaa, dah habis dah, aku pun bangun dari majlis tu dengan rasa 'lapar', 'mengantuk' dan tersengih-sengih…

Ps: Ustaz, kau memang kelakar…

: )

Oct 16, 2008

Apa lelaki buat selepas bersetubuh?

(Lagi-lagi Fakta yang di ambil dari kepala lutut, dan Entry ni tak penting, tak bacapun takpe)

Dari entry yang terbaru, dan entry-entry yang lepas, korang tentu terperasan dengan ayat-ayat yang aku selalu gunakan dalam setiap kali menjelaskan tentang sesuatu fakta yang berbentuk peratusan(%) iaitu dengan merujuk fakta itu di ambik daripada kepala lutut, dan sekarang baru korang tanya, kenapa encik keretamayat ambik fakta dari kepala lutut ?

Tapi aku nak tanya pulak, habis tu korang nak aku ambik fakta dari kepala mana ?

(Dan tolong jangan jawab.. please.)

Straight to the point, dalam adab menulis, apabila kita berhujah dengan menggunakan sesuatu fakta, terutamanya hujah dalam bentuk peratusan(%), sudah tentu kita perlukan sumber yang soheh, akan daripada mana data terkumpul itu di ambil, daripada wikipedia ke? Dari Buznama ke? Dari Pusat Sumber sekolah ke?, dari Laman web tertentu ke, bla bla bla..,

Tapi, aku dalam menulis nota untuk diri sendiri, apa yang aku dengar dan percaya dalam bentuk paratus aku tulis tanpa merujuk kepada sebarang sumber sebab peratus itu sentiasa berubah, dan tak pentingpun!...

Sebagai contoh, dalam entry yang lepas aku cerita pasal kawan-kawan aku yang bercinta masa belajar, dan aku tulis hanya 5 peratus jer yang berjaya kahwin dengan awek masing-masing, lepas tu aku taruk sumber peratus tu di ambik dari kepala lutut…

Sebab ?

Lu pikirlah sendiri ! aku dah malas tulis nota untuk orang slow..

Walaubagaimanapun, Untuk mudah lagi faham, aku akan tulis satu lagi fakta yang betul-betul aku ambik dari kepala lutut.

Fakta tentang apakah perkara yang di buat oleh orang lelaki di Malaysia selepas bersetubuh ?

(Abaikan entry ini jika korang ada benda lain yang lebih penting nak di buat, takut menyesal pulak karang, tapi jika korang free luar biasa, itu hak korang, aku tak paksa..)

Baiklah, selepas penat jalan-jalan cari makan, setelah bertanya kepada beberapa orang rakan-rakan, dan setelah merujuk kepada kepala lutut, maka, mengikut kajian baham rambang aku, aku dapati bahawa, terdapat beberapa perkara yang berbeza-beza di lakukan oleh jemaah lelaki di Malaysia selepas bersetubuh, mari kita rujuk fakta auta ini..

Sebegai permualaan, terdapat lebih kurang 20.o5 Peratus orang lelaki di Malaysia ini yang akan terus tidur selepas bersetubuh di waktu malam…, biasalah…, letih.

Manakala 15.77 Peratus lagi orang lelaki di Malaysia ini, akan terus mandi selepas bersetubuh. Ini mungkin sebab malas nak tangguh mandi subuh esok sebab takut sejuk.., dan ini kebanyakkannya adalah orang islam yang memang wajib mandi setiap kali lepas bersetubuh..

Daripada jumlah peratusan tadi juga, kira kira 30.3 Peratus orang lelaki yang lain pula di bumi Malaysia ini yang akan hisap rokok selepas bersetubuh.

Manakala, agak kelakar, terdapat kira kira 4.05 peratus orang lelaki di Malaysia ini, akan menangis selepas bersetubuh, mungkin sebab baru hilang teruna buat pertama kali, barang kali… apa-apalah!

Kemudian, terdapat hampir 19.99 peratus lagi orang lelaki di Malaysia ini, akan bersolat taubat selepas bersetubuh, mungkin mereka ni jenis lelaki beriman nipis yang mudah di goda wanita cantik lalu terlanjur , barangkali, boleh jadi?

Dan agak memeranjatkan sebab, terdapat 1.08 peratus yang akan pakaikan balik pakaian pasangan selepas bersetubuh, ni kira special kes ni.. malas nak ulas..

Dan ada yang membunuh pasangan selepas bersetubuh, ni aku tak dapat tahu berapa peratus.., nak kena rujuk balai polis bukit aman..

Ada jugak yang makan dalam keadaan bertuala selepas bersetubuh, kira kira sebanyak 4.46 peratus, mungkin jenis suami isteri yang duduk jauh , sekali atau sebulan sekali baru jumpa, dah jumpa, bersetubuh dulu baru makan, ni kebanyakkanya adalah terdiri daripada guru guru pendidikkan jasmani..

Manakala, yang lagi pelik, ada yang selepas bersetubuh akan membakar kemenyang lalu mengasapkan keris hitam bersepuh emas dengan menggunakan limau nipis, mungkin bertujuan untuk menakutkan pelanggan selepas di rogol, ini adalah di kalangan bomoh-bomoh, dan maaf, aku jugak tak tahu berapa peratus kejadian ini..

Kemudian, terdapat juga kurang 10.12 peratus lelaki di Malaysia yang akan bersetubuh buat kali ke dua dengan wanita yang lain selepas bersetubuh, aik?! pelik betul, errr, tak pernah dengar rakyat Malaysia yang berpoligami dan duduk sebumbung ke?

Dan lebih kurang dengan yang atas, iaitu sebanyak 10.13 peratus lagi lelaki di Malaysia yang akan mengambil wudhu selepas bersetubuh, kenapa ambil wudhu? Rujuklah ustaz yang berpoligami

Dan akhir sekali, yang paling banyak adalah, 44.034 peratus orang lelaki di Malaysia, akan pulang ke rumah masing masing selepas bersetubuh… Naduzubillah!

(Eh, cik keretamayat, kau duduk golongan mana? mandi? tidur? hisap rokok? menangis? taubat? makan?, bakar kemenyang? up date blog?)

Oh, ye, aku termasuk dalam baki peratus tadi, iaitu, dalam lingkungan 0.001 peratus, iaitu, aku selepas bersetubuh, akan baca tasbih kaffarah..

Woha!

SEKIAN.

Ps1: Baca Entry “Taubat yang simple” dan “straight to the point”dahulu sebelum baca entry ini, baru faham.

Ps2: Patut tajuk entry ini bukan “Lagi-lagi Fakta yang di ambil dari kepala lutut” tapi “Lagi-lagi Fakta yang di tulis ketika air naik kepala”

Ps3: Tutup Entry dengan Tasbih Kaffarah.

Oct 14, 2008

Taubat yang Simple?

(Aku mungkin salah, tapi jika aku tak tulis nanti tiada orang yang tahu apa salah aku maka aku tidak akan di perbetulkan sampai bila-bila, atau mungkin aku betul lalu aku tulis yang mana aku rasa betul dan mungkin korang yang salah akhirnya di perbetulkan oleh aku yang betul? - tertakluk pada mana mana yang betul)

Aku dapati, ramai yang email aku bab jodoh terhalang, adalah terdiri daripada mereka yang dah ada awek, dah terlanjur tetapi keluarga pulak yang menhalang, apa nak buat? bunyi macam cerita Hindustan pulak…

Dan korang cerita korang punya terlanjur macam cerita celah gigi sahaja, macam dosa tu tak besar, hampeh betul!

Takutlah Allah dalam perkara zina...!

Dan aku tak mampu langsung nak tolong korang, semoga Allah ampunkan dosa korang dan aku semua.. dan semoga semua Taubat kita di terima..

Cuma, bila bercerita bab dosa berzina, aku juga ada cerita tersendiri tentang dosa ‘menghampiri zina’…

Maka bermulalah cerita…

Ada sorang mamat ni, kira taraf ustazler jugak sebab ada mengajar subjek ugama kat sekolah rendah, pendek cerita.. dia ni ada minat kat sorang ustazah dari sekolah lain, tapi ustazah dari sekolah lain tu jual mahal ler pulak, dah banyak kali gak ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu cuba ajak ustazah dari sekolah lain tu kahwin tapi ustazah dari sekolah lain tu tak serius dengan angap ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu bergurau,

Kemudian, sudah banyak kali ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu mencuba nasib untuk melamar sebab mungkin air dah naik kepala, malangnya ustazah dari sekolah lain tu masih tak serius dan kata nak kahwin lambat lagi sebab nak stabil bekerja dulu, akhirnya ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu merajuk lalu terus melamar ustazah kat sekolah sendiri, lantas, ustazah kat sekolah sendiri tu terus terima sebab baru putus tunang dengan ustaz dari sekolah lain…

Pening tak?

Aku lagi pening, sebab bila ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu bertunang dengan ustazah kat sekolah sendiri, tiba tiba ustazah dari sekolah lain tu baru meluahkan perasaannya bahawa dia: ustazah dari sekolah lain, adalah sangat mencintai ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah yang dah bertunang dengan ustazah kat sekolah sendiri.. maka, alangkah frustnya si ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah sebab dia memang dah lama jatuh cinta dengan ustazah dari sekolah lain tapi apakan daya sebab dia dah bertunang dengan ustazah kat sekolah sendiri dan mana mungkin setelah sudah bertunang dan berjanji dengan keluarga ustazah kat sekolah sendiri, tiba tiba nak putus pulak dengan alasan nak kahwin ustazah dari sekolah lain..

Tapi yang aku peningnya, si ustazah dari sekolah lain ni telefon aku suruh aku pujuk si ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah yang merangkap kawan baik aku agar terima dia iaitu ustazah dari sekolah lain, aku pulak yang masing bujang waktu tu kira layan berborak jugak ler dengan si ustazah dari sekolah lain ni lama-lama siap keluar dalil dan hadith, juga keluar madah dan pujangga... sebab aku ada hati nak tackle si ustazah dari sekolah lain sebab beliau memang lawa.. maka bermulalah aku dalam dosa menghampiri zina…

Tapi setelah aku menyedari yang diri aku ni dah buat silap sebab bercakap lama dengan perempuan apatah lagi beliau bergelar ustazah, maka sebelum kami menghabiskan perbualan dalam telefon, aku tiba tiba berkata dengan machonya:

“kita akhiri ‘majlis’ ini dengan tasbih kaffarah”

Secara tiba tiba pulak, Ustazah tu terus sound aku,:

“What?, tasbih kaffarah?, mana boleh maksiat bercampur dengan ibadat?, apa yang kita buat ni berdosa, tak perlu baca tasbih kaffarah.., haram mengcampurkan ibadat dengan maksiat! Macam artis yang bismilah sebelum menyanyi, mana boleh? Haram tu..”

Argh, sudah, aku dah kena ceramah, tapi aku pertahankan kehendak aku, aku nak baca jugak, kau tak nak baca, sudah! Lantak kau lah...

Aku yang hina pada waktu tu faham bahawa jika ada orang buat ibadat dan maksiat silih berganti, tak boleh suruh dia berhenti buat ibadat hanya kerana dia ahli maksiat…, kita tak boleh putus asa dengan Rahmat Allah, kau sape? Sebab kita buat maksiat, maka kita tak boleh sebut astargfirullah? Itu maksud aku.., seorang pelacur tak boleh ke nak sedekah air kat anjing? Seorang pembunuh yang dah bunuh seratus orang pun boleh masuk shurga lagi dengan kehendak Allah yang Maha pengampun, maka salahkah aku yang dah terlanjur bercakap dengan perempauan baca tasbih kaffarah!

Tapi ustazah tu tetap dengan pendirian dia...

Dan cerita tu dah lama..

Cerita aku yang masih bujang, cerita masa aku yang jahat dan hina serta banyak dosa ini yang hidup dengan buat maksiat dan ibadat silih berganti.. oh!

Dan aku di waktu tu, di saat air baru nak naik kepala, juga tergopoh gopoh mencari isteri.., dan masa tu dah ada dua tiga calon gadis untuk di jadikan bakal bini..Dan bila kawan ngan perempuan dengan niat nak kahwin cepat, aku selalu gak ler tepon dan cakap dengan bakal bini aku tu, kononya nak kenal lebih dekat, dan setelah syaitan merasuki tubuhku, mulah aku berfalsafah, bersajak, bersyair, berceramah dan berlawak bodoh dalam tepon dengan wanita bukan muhrim... astarfirullah..Oleh kerana semua itu berdosa, aku yang ada secebis ugama dalam diri, ajak semua ‘awek awek’ aku tu, supaya di hujung perbualan di akhiri dengan tasbih kaffarah..

Tapi semua ‘awek’ aku tu tak setuju, dan mereka adalah terdiri daripada ustazah, muslimat parti xyz, super born muslimin, dan gadis bertudung labuh.., alasan mereka apa yang kita buat ni dosa (suara wanita aurat-borak pulak isu merepek) jadi tak boleh bercampur gaul antara dosa dan ibadat..Aku tahu korang lebih pandai dan lebih mulia dari aku yang hina, dan apa yang aku faham, dalam tasbih kaffarah ada istigfar dan kalimah syahadah, ada taubat dan ucapan yang memperbahrui kalimah iman, mana lah tahu tersyirik dengan Allah dalam perbualan dan terbuat dosa, apa salahnya bertaubat dan kembali mengucap?Itu aku paham, Nabi bagitahu tak menyesal orang yang ucap kalimah ini dalam mana mana majlis.. (nanti aku rajin, aku tulis hadith detail, INSYAALAH!!)

Tapi bukanlah dengan sengaja nak buat dosa dan rancang lepas buat dosa nak taubat dengan niat mempermain-mainkan taubat... itu lagi berdosa..

Tapi bila korang dah buat dosa, sengaja ke tak sengaje ke kenalah taubat!!

Maka dalam ‘awek awek’ aku tu, sorang jer yang setuju dan ikut baca tasbih kaffarah sama-sama aku, dan beliaulah isteri aku sekarang..

woha!!

:)

Aku dan dia hari ini mengakhiri segala-galanya dengan tasbih kaffarah, (termasuk hubungan kelamin)

Dan aku nampak kerberkatan yang aku tak boleh nak cerita..hiihi

: )

Manakala bekas ‘awek-awek’ aku tu kebanyakkannya andartu, oh ye, baru ni ada yang dah kahwin, lambat sikit dan arghh, tak baik mengumpat…

Balik kepada main topik, apa yang aku nak cerita adalah: kadang kadang manusia ni dalam keadaan gagal mengawal diri atau dalam kedaaan suka mengikut nafsu muda jiwa gelora, maka tidak sunyilah diri ini daripada sebarang kesilapan dan dosa, terutama mereka yang ada awek..

Bila ada awek, korang nak bercakap, lepas bercakap korang nak pegang, lepas pegang korang mulalah air naik kepala...

Maka sebelum korang pergi kepada lepas bercakap rasa nak pegang maka adalah lebih baik lepas korang bercakap korang baca tasbih kaffarah, bila baca hati korang akan jadi takut pada Allah dan korang akan buat tindakan segera untuk kahwin cepat dan insyAllah, Allah akan bantu korang...

Lagipun tak de bestnya ada awek jika korang lambat lagi nak kahwin, buat sakit telor jer bila stim, lainlah kalau korang orang kapir yang boleh berzina (lalu mati masuk neraka dan tidak boleh bersetubuh lagi buat selama-lamanya), maka masa belajar tak payahler ada awek, kungfu panda elok jer takder awek tapi boleh menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya.., apa-apalah!

Aku dah tengok kawan kawan aku yang bercinta masa belajar, 5 peratus jer yang berjaya kahwin dengan awek masing-masing (peratus di ambil dari kepala lutut) tu pun memang yang jenis taat setia gila babi, yang lain takdelah, habis botol bedak letak dalam surat, dalam almari penuh surat cinta, (masa tu belum ada SMS) setiap minggu ada album gambar 3R bersama si dia, tapi akhinya, kahwin dengan orang lain jugak, tak ke penat? Dah ler banyak buat dosa, lepas tu penat pulak buat dosa, tak ke hampeh?, sebab manusia memang Allah buat cepat bosan, yang dah berkahwin boleh bercerai apatah lagi yang belum kahwin tapi terlanjur dan keluarga pulak menghalang, lagilah cepat masuk neraka sebab bunuh diri!

Maka, sebelum jadi parah, marilah kita belajar baca tasbih kaffarah dalam apa urusan kita, dan hindarlah diri dari urusan maksiat, kemudian dengan membaca tasbih ini, mingkin korang rasa ianya adalah satu ibadat yang simple, tapi ketahuilah, daripada ibadat simplelah datang ibadat yang besar, contoh bila korang ambil wudhu, satu ibadat yang simple, tapi melaluinya Allah akan membuka jalan korang yang mana daripada wudhu yang simple tadi, korang akan dapat baca Al Quran berjuzuk-juzuk, korang akan dapat solat beribu rakaat dan korang dapat mencegah diri dari menyentuh wanita dan lain lain perkara, nampak tak?

Begitu jugak dengan membaca Tasbih kaffarah ini, nampak simlple, tapi melalui pintu Taubat, maka nama mereka yang terukir di pintu neraka akan terpadam, nikmat mana lagi yang aku dustakan?

So, mari kita belajar beramal dengan ‘taubat yang simple’ ini tapi akan mengubah hidup korang, insyAllah!

*****

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.

****

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”

****
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

****

PENUTUP

Tapi aku pelik, kenapa Ustaz Ulamak, atau Ketua Usrah, atau para penceramah penceramah dan lain lain tokoh so call Islamic, bila habis majlis-majlis mereka, mereka tutup majlis dengan bacaan surah Al-Asr? Aku tak nafikan bagus baca Al Quran di hujing majlis, Cuma aku yang jahil nak bertanya,, ada Hadith lain ke yang perintahkan kita tutup majlis dengan surah Wal Asri? almaklumlah aku jahil lagi hina, tapi Tasbih Kaffarah ni sudah jelas Sunnah Nabi, kenapa tidak di amalkan? kenapa tak baca di akhir majlis? Atau baca kedua-duanya sekali.. kan bagus!

Apa-apapun, kita tutup entry ini dengan Tasbih Kaffarah…

Ps: Namun, jika ada Ustaz Ulamak yang baca blog ini, bolehlah jelaskan kepada aku yang jahil ini akan kenapa korang baca surah Al-Asr di akhir majlis, kenapa tak baca Tasbih Kaffarah seperti yang Nabi Muhammad SAW sabdakan…

Sekian.

Ps2: Sekali lagi, kita tutup entry ini dengan Tasbih Kaffarah…