Nov 27, 2008

Entry Terakhir?

(Maafkan aku wahai kawan, Maafkan aku wahai makhluk Tuhan, Maafkan aku wahai bakal mayat sekalian- dan sedikit cerita tentang azam akhir tahun seorang aku... errr, Apa pulak azam akhir tahun korang?)

Satu hari tu, ketika aku tumpang kereta kawan pergi makan dan sekembalinya dari kedai makan ke opis, iaitu bila perut masing-masing dah kenyang, terdengarlah cerita-cerita merepek dari dalam isi kereta tentang dunia dan seisi-isinya...

Setelah kerap cerita bertukar dari berita semasa ke ekonomi, dari parlimen ke luar negara, dari hiburan ke sukan, dari sensasi ke terkini, dan itu ini begitu begini…tiba tiba aku baca doa naik kenderaan dengan kuat sebab lupa nak baca tadi, almaklumlah, perut kenyang...

Kemudian, secara tiba tiba jugak topik perbualan mereka berubah kepada topic yang lebih islamik, iaitu berkisar tentang kereta islam dan doa naik kenderaan..

“Kenapa Malaysia tak buat kereta proton yang bila start enjin terus keluar bunyi bacaan doa naik kenderaan?”

Tanya seorang dari dalam kereta yang tak sempat orang lain nak jawab tapi dia sendiri pulak ulas tentang teknologi ‘kereta baca doa’, guna relay, guna litar, itu ini begitu begini..

Last sekali aku menyampuk, “eloklah tu, boleh kembangkan lagi teknologi dan idea tu yang mana bila kereta Malaysia tu kemalangan, dan sebaik tuan kereta jadi mayat, maka terus kereta tu baca doa tahlil dan TALKIN mayat..

Woha!

*****

Ok-lah, aku rasa sampai sini sahaja keretamayat beroperasi, dah tiba masanya aku berehat.., aku nak berhenti tulis nota ugama untuk diri sendiri kat blog, tapi aku akan masih menulis nota ugama untuk diri sendiri di buku buku nota yang berbetuk hardware..,

Jadi.., sempena bulan dua belas, atau sempena akhir tahun, atau sempena cuti sekolah, atau yang lebih mulia, sempena ummat islam berniat haji pada hari Wukuf, maka aku nak berhenti tulis blog buat sementara waktu.. kerana apabila sudah sampai masanya aku kena pergi, maka pasti aku akan pergi, lalu janganlah di tanya kemana aku pergi, dan kenapa aku mesti pergi…, walaupun hakikatnya aku boleh menjawab kemana aku pergi dan kenapa aku pergi, namun pasti akan tiba satu hari nanti dimana setelah engkau dan aku pergi, maka diwaktu itu permergian kita sudah tidak boleh di jawab lagi akan kemana kita pergi dan kenapa kita pergi, kerana kemana kita pergi dan kenapa kita pergi sudah ditentukan Ilahi yang menentukan segala jawapan berkenaan kemana kita pergi dan kenapa kita pergi, yang pastinya, yang benar-benar pergi, tak akan kembali lagi…
Maka maafkan aku kerana selalu terkasar bahasa, terumpat sini sana, terkutuk atau mengata.., maafkan aku...

Sebelum aku tutup blog, izinkan aku bermadah dan bersajak, dan kredit untuk ’Malim Pelita’ kerana 10 peratus ‘sajak maaf’di bawah di olah tanpa izin dari sajak beliau...

*******

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. maafkan aku wahai bakal mayat sekalian

Baik yang kaya raya atau yang hina dina.
Yang bekerja panjat tiang letrik atau yang kerja gali lubang kubur.
Yang mampu beli teket kapal terbang atau yang hanya mampu tumpang lori muatan panjang.
Yang menjaga tutur bahasa atau yang mencarut sepanjang masa.
Yang menasihat macam bendahara melaka atau yang membebel macam mak nenek gila
Yang tau hokum hakam dan yang hidup lintang pukang
Yang sibuk memanjang atau yang perasan sibuk
Yang alim dan yang zalim
Yang pandai dan yang keldai
Yang berbudi bahasa dan yang tak reti bahasa
Yang mengundi dan yang merosakkan undi
Yang masbuk dan yang khuyuk
Yang Afdal dan yang bedal
Yang bodoh dan yang bangang
Yang tak bayar hutang dan yang bayar riba..
Dan tak lupa juga yang belum bayar zakat...

Atau sesiapa sahaja, samada yang masih sihat atau yang dah menghampiri mayat.
Sama ada pembaca senyap atau pengkomen setia,
Sama ada yang glamer atau yang tumpang glamer

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. maafkan aku wahai bakal mayat sekalian

Maafkan aku yang selalu bercakap bahasa tua, korang bercakap bahasa muda, bahasa tua nasihat di dada, bahasa muda nafsu gelora!(perasan muda kononnya aku..ish)

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. maafkan aku wahai bakal mayat sekalian

Aku bercakap satu bahasa, dan aku tak pandai berdolak dalih, maafkanlah aku dengan segera akan segala apa yang tak kena dengan penulisanku ini, aku tak paksa korang baca blog ini, dan aku hargai umur yang korang habiskan dengan membaca blog ini, maafkan aku kerana telah banyak mencuri umur korang yang berharga dalam menghabiskan setiap entry aku ..oh!

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. maafkan aku wahai bakal mayat sekalian

Maafkan aku sahabat, jika buat korang rasa pedas dan nak marah,
buat korang rasa terhina dan ternoda…
Buat korang rasa terkucil dan terkuncil,
buat korang berak tak puas dan kencing tak lawas!

Maafkan aku wahai kawan.. Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. maafkan aku wahai bakal mayat sekalian

Maafkan aku yang jahil sejahil-jahilnya bab-bab ugama, sekiranya korang rasa ada manafaat dengan membaca blog ini, berdoalah kepada Allah akan hal-hal kebaikkan, dan isk..isk.. sekiranya korang teringat, sertakanlah aku seorang hamba Allah yang berdosa ini dalam doamu, aku adalah seorang peminta, dan selalunya seorang peminta yang hina seperti aku mempunyai hak yang harus di tunaikan.., doakanlah aku supaya selamat dari azab api neraka!! Isk,,isk..

Satu lagi korang yang perasan dirinya aku umpati atau mengutuki, terkutuk dan di kutuk, Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan.. maafkan aku wahai bakal mayat sekalian

Sebenarnya..aku tak tujukan kutukkan ku kepada seorang individu sahaja. tapi,
Aku tujukan kepada umum, kepada semua orang yang ada jugak buat kesalahan yang sama dan termasukklan diri aku sendiri, berserta ahli keluargaku, so, bila baca relax, jangan emosional.., tenang, peace..yang pahit itu ubat, yang manis itu madu, di telan pahit hendak di buang tak terasa sayang ke?

Sesunggunya, bila berlaku sesuatu peristiwa: yakinlah bahawa semuanya adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Orang kapir bunuh orang islam pun dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!
Negara kita di landa bala dan tragedipun dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Gugurnya daun di hutan, bergesernya pasir di lautan, adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Naiknya harga minyak, turunnya harga Handphone, adalah dalam kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Korang yang selalu baca blog inipun adalah dengan kehendak, kudrat, izin, perintah Allah Subhanahuwataala!

Jadi secara umumnya, jangan cepat menghukum sedang ilmu tak sampai selubang jarum,
jangan cepat berfatwa sedang masih terkial kial mencari makna takwa,
Yang hina jangan lah terus di benci,
Yang mulia janganlah gila bersanjung,
Yang berdosa janganlah di pulaukan,
Yang bersalah janganlah terus dikeji,
Yang murtad baliklah dan belajarlah jurus”gaya pulang ke pangkal jalan”..

Sebab, ...
dosa mana yang tidak terampun,
Pahala mana yang boleh riak,
Jatuh mana yang tidak ke bawah,
Rebah mana yang tidak tumbang,
Kentut mana yang tidak busuk,
Bodoh mana yang tidak bangang,
Neraka mana yang tidak panas,
Setan mana yang tidak jahat,
Nafsu mana yang tidak bergelora,
Mayat mana yang tidak berulat..
Keretamayat mana yang tidak ke kubur...

Sebenarnya kerana ada orang kapirlah maka ada Nabi-nabi yang di hantar berdakwah kepada mereka dan jadi mulia, dan kat Malaysia ni, kerana ada orang kapirlah maka korang dapat berdakwah dan seterusnya jadi manusia mulia,

Kerana ada orang jahillah maka ustaz dapat pahala mengajar, kerana ada pendosalah maka korang si penasihat sukarela dapat pahala dalam usaha menyedarkan mereka,

Setan memang mahluk yang jahat, tapi jangan gunakan alasan di perdaya setan yang membuatkan korang untuk selamba membenci, mencaci, melaknat, mengumpat, mengfirnah, berdendam, bermusuh, berdengki, bertamak, berhaloba!…

sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Allah suka kepada mereka yang memaafkan, maka sekali lagi..wahai kawan kawan!

Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..maafkan aku wahai bakal mayat sekalian..

Sesiapa yang melindungi aib orang lain, maka Allah akan melindungi aib mereka....
Sesiapa yang memaafkan kesalahan orang lain, maka Allah akan mengampunkan dosa mereka....

Akhir kata, Maafkanlah aku akan makhluk Allah yang hina dan berdosa ini, aku memang jahil dan hina,,korang adalah jauh lebih bijak dan mulia dari aku!!
Sekali lagi maafkan aku sebelum aku melunjurkan kaki menjadi mayat!!!
Maka Maafkan aku wahai kawan..Maafkan aku wahai makhluk tuhan..

Sepeninggalan aku, buatlah blog ni macam blog sendiri, dan maafkan jugak sebab masih banyak email yang tak terbalas, masih banyak soalan yang tak terjawab dan masih banyak lagi request yang tak sempat di tulis...

InsyAllah, ketika jemaah-jemmah Haji Malaysia kembali dari Mekkah kelak, dan sebaik sahaja kaki mereka memijak Malaysia bumi bertuah ini, dan di antara jejak jekak kaki jemmah haji yang pernah memijak madinah itu tiba di Malaysia, maka, pada masa itu jugak, insyallah, aku akan kembali menulis nota ugama untuk diri sendiri di sini... insyAllah!

Itupun jika aku masih belum naik kereta mayat kerusi belakang...

Sebagai penutup, kita dengar lagu penutup blog ini...

KERETA MAYAT WARNA PUTIH.

Tak Kira Kampung Atau Kota
Semua Akan Naik Kereta
Kereta Mayat Warna Putih
Boleh Membawa Kita Ke Kubur

Pong Pong Pong Pong Pong Pong Pong
Kereta Mayatku Berbunyi
Marilah Imam Mari Jiran
Mari Menghantar Kita Ke Kubur


SEKIAN

Ps: Tutup Entry dengan Tasbih Kafarah... (Jumpa lagi tahun depan andai aku dan korang masih belum jadi mayat..)

Wasallam.

Kredit: Malim demang

99 comments:

Anonymous said...

cik hamka...jgn pergi..woha...selamat maju jaya

Anonymous said...

huhuhu en hamka...sedihnye huhu semoga en hamka trs menulis n berkongsi nota agama di masa depan kelak..be waiting..huhuhu sedih tul nie..


yanz yg sedih

Anonymous said...

sape lagi yg nak kasik nota agama kat aku ...sedih2x..

will be waitimg!=)

limaumaniss said...

nk pergi haji ke???
aku yakin entry ni akan jadi entry paling banyak komen!!!
woha!!!

kalo pergi haji doakan kami di sini yg x dapat pergi haji...doakan kami apa yg terbaik untuk kami...


all da best!!!

piece..wassalam...

p/s: kalo nk berhenti menulis pon..sy sarankan x yah tutup blog ni, nota yg ada masih berguna untuk sume...

Anonymous said...

oh! pegi tunaikan ibadat haji ke?

famia said...

assalamualaikum.
selamat menunaikan rukun islam yang ke 5. terima kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar tu bro.

lelucon said...

salam semua (dan Hamka),

gi haji ke, gi ngantor jemaah haji? ke gi ngambik mayat jemaah haji?

apapun mudah-mudahan amalan kita semua dalam redha Allah S.W.T.

ps: apa punya panjang la sajak dia...

hamka said...

ho ho, sebelum salah sangka, atau buat jemaah haji tiba tiba nak cari aku, atau takut kena kirim air zam-zam ke apa..

AKU BUKAN PERGI HAJI..! (nak sangat tapiduit masih tak cukup dan tabung haji cakap aku layak pada 2021..)

aku menghilang ke tempat lain,

dan ini entry terakhir tahun ini..
so, tak yah sedih-sedih, jumpa lagi tahun depan.. insyAllah

PON PON PON keretamayat ku berbunyi!

Anonymous said...

good luck! chow!

Leyla Shuri said...

salam sdr hamka,

terima kasih hamka.
Rehatlah buat seberapa ketika.
kami tunggu hamka kembali menulis dengan sabar.

semoga segala usaha hamka dibalas dengan barkat-Nya, insyaAllah.

Anonymous said...

kuar 40 hari yer?
nak ikut...

Anonymous said...

Sedih gak..sebab selalu tertunggu tulisan saudara..nampaknya kena tunggu lama sikit pas ni..

Terima kasih atas penulisan2 anda - buatkan saya banyak terfikir..

selamat berehat :)

azharjaafar said...

OK Bro. Jangan lupa doa hidayat untuk aku dan umat. Tolong doa afiat jugak untuk anak aku (Ammar) yang sakit buah pinggang.

Anonymous said...

salam..nice blog..harap blh bt chatbox utk lbh mudah tukr link n pndpt.

Anonymous said...

salam..nice blog.harap blh bt chatbox utk mudah tukar link n pndpt.

Maryam said...

kerana encik mohon maaf, saya cuma mahu kata: saya maafkan dan saya juga mohon maaf. :)

selamat pergi! tapi jangan tutup?

Tujuh Kaki Dalam said...

lagi sebulan lebih nak habis tahun masehi.

aha.

cuti-cuti sekolah ni ramai yg bentuk jemaah.

doa hidayat untuk saya ya?

INTAN RH said...

Streamyx tak bayo ke? hehehe..gurau weh...

Selamat pegi dan kembali, kembali menulis di blog :)

Anonymous said...

subhanallah...

ko tau tak hamka..aku siap mimpi lagi yg ko akan tak mahu tulis dah dlm blog ni mlm tadi...

tp dlm mimpi tu ko tak nak tulis terus...tak sangka plak menjadi kenyataan...

apa2 pun..selamat berjaya mencapai cinta ALLAH dan cinta Rasulullah Sallallahua'laihiwasallam serta cinta khuruj fisabilillah dari cinta kepada 8 perkara...amin 3 kali...

p/s : entah2 ko ni ade kene keluarga ngan aku tak...hihi

RON @ NajMusoBbah

Yusry Rosly said...

buat abg hamka,
aku doakan slmt pergi & slmt kembali utk sempurnakan tugas yg blm selesai.

buat pembaca blog ketamayat ni juga aku ucapkan slmt semuanya. aku pun akan pergi...tp xlama

aku pergi kedai jap, bli makanan...lapar plak di kedinginan ptg ni.

woha!

heal man said...

menimba ilmu sehingga ke liang lahad woO.. bukan sampai naik kete mayat je..

Anonymous said...

salam..

sesiapa pun yang merindu mu..
sesiapa pun yang terasa kehilangan mu..

hati-hati yang semua nya pernah merasa bagai air sejuk mengalir dalam relung hati..
air yang menambah keinginan hati utuk mengamalkan agama yang sempurna dalam kehidupan yang sementara ini..

Hamka, dalam deraian airmata isteri..
dalam sendu senda anak-anak yang bakal bermimpi-mimpi ayahnya yang akan mengejutkan bangun tatkala subuh..

Moga tabah hati mu setabah Nabi Ibrahim as meninggalkan Siti Hajar..
meninggalkan Nabi Ismail as..
kerana pengorbanan mereka itulah yang telah menjadi asas amalan Haji.. dari dahulu hingga hari terakhir dunia..

azan maghrib telah berkumandang..
moga Allah swt terima pengorbanan Hamka dan keluarga..
agar asbab hidayah seluruh alam
Amin Ya Rabbal A'lamin

Doa untuk kami semua ya..

-ibn sabil

fazemy said...

Slmt menunaikan haji..saya baru jumpa blog ni..xpe selama sebulan akan ku baca entry2 mu pd tahun2 lepas., mekasih yer ats smua ilmu diberi.

f-emy

Anonymous said...

salam

almost 2 yrs saye baca blog ni
dan saye mmg suka baca blog ni..
tp ni 1st time tinggal jejak kat komen page ni semata nk ckp mekasih
arigato gozaimas:)
skali skala kalo x bape bz
update2 le ye?

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Selamat pergi moga kembali!

Encik Ariff said...

terima kaseh..
sy hargai tulisan saudara..
x)

Anonymous said...

Salam...

cik hamka doa gak untuk saya sekeluarga...moga sentiasa mendapat taufik dan hidayah dr Allah swt...

Semoga Allah terima segala kebaikan tuan dan mengampuni segala kesilapan tuan...dan kite semuer...

p/s: teringin nak bwk cik hamka jumpa ngan kwn2 saya yg hati dah terpaut ngan dunia...

Anonymous said...

Salam..en hamka..dah pergi..jgn lupa utk kembali yep :P

have a nice rest in peace
ngeee~~~

Doakn utk kami sekali!

-muslimah_rock-
(^_~)

limaumaniss said...

oh,,,nak rest rupanya...
alfatihah buat atokku yg jadi mayat semalam...muga jadi iktibar buat semua.... ;(

Anonymous said...

LAGU BARU BUNKFACE "SITUASI"

SITUASI...

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku, ku layu
di situ

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh...

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku, ku tunggu .. oh oh oh
di situ

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

p/s - tak sabar tunggu 2009 for ur new entries. maaz zahir batin too. God Bless :)

Anonymous said...

moga en hamka dapat haji mabrur..ameen

Noli said...

salam~~
moger selamat pegi dan selamat kembali..amin..

p/s:jgn lupe bace doa naik knderaan..

Anonymous said...

oh sedihnye.sumber yang menyeronokkan dan sangat berguna telah hilang..awwwwww

time kasih atas segala kongsian ilmu.

cik mie

rossees said...

salaam pak cik hamka... lama dah tak jenguk sini... benar sekali apa yang pak cik hamka tulis... semuanya sudah diatur Allaah..ok lah selamat berehat...

Mak Su said...

alamak... saya baru hari 'ter'terjah blog ni selepas sekian lama tak mai sini.... nak ke mana?

Anonymous said...

salam..bile ko last ade kt blog nie, b4 mengilangkan diri..ke ko dh chow dh?

Anonymous said...

assalamualaikum..

slmat maju jaya bro hamka n kuarga..smga bro,kuarga bro,
pmbaca blog bro,pncinta ilmu,ko aku dan dia korang diorang dan mereka,or suma yg bernama ummat NABI MUHAMMAD SAW dlindungi dan djauhkan dari azab api neraka.
AMIN
AMIN
AMIN
AMIN YA RABBAL ALAMIN

YA ALLAH SWT berkatilah hidup kami..ampunkan dosa2 kami..
AMIN
AMIN
AMIN
AMIN YA RABBAL ALAMIN.


sehingga ketemu lg bro.hamka!
*budak baru belajar*

Anonymous said...

kenapa kali nie aku menangis??? aku maafkan ko Hamka. maafkan aku juga hamka. Hamka pleasee.... tolong teruskan tolong tolong tolong....

van qif said...

Salam,

Selamat berehat...sebaik2 rehat ialah dapat rehat dengan tenang di dalam kubur sambil mencium haruman raihan syurga...sebelum menunggu hari kiamat...semoga kita semua termasuk dalam golongan tu...aminnn

Unknown said...

Slamat......

Aku harap sangat kau belum jadi mayat.

Mardhotillah

Atif said...

bro..smoga selamat dlm segala pekerjaan mu..huhu..c u again..
-elcoyote

Anonymous said...

incik hamka..jgn la bhenti..u helped me a lot~

btw..take care~

Anonymous said...

salam,

Alhamdulillah dan tahniah untuk Van qiff kerana berkesempatan untuk menyediakan masa, diri dan harta untuk belajar dakwah untuk diri dan umat ikut cara nabi..

Alhamdulillah, Hamka terpilih lagi untuk belajar sambil beramal dan beramal sambil belajar...itulah usaha dipihaknya untuk dapatkan hidayat...untuknya dan untuk semua..(bukan cakappp saje)

ooh..mulianya pengorbananmu
meninggalkan kesayanganmu (keluarga),
meninggalkan kesukaanmu(tulis blog)
meninggalkan keselesaanmu (tinggal tilam empuk kpd sleeping bag dilantai masjid)
meninggalkan ...

demi

mencari keredhoan Ilahi,
mengislah/memperbetulkan diri,
menarik hidayah untuk umat disini,
menghidupkan amalan agama seluruh bumi..

pergilahhh

teruskan usaha nabi-nabi
belajarlah dakwah cara nabi
amallah adab dan sunnah nabi
semoga prjuanganmu diberkati
dan beroleh ganjaran yang besar di akhirat nanti

jangan lupa doa hidayat untuk kami...


Nurul Huda

NaniRostam said...

Salam. Anda buat saya tersenyum simpul. Saya kagum cara anda menulis. Penuh gaya.penuh idea. Bagus.Memang buat saya insaf.

Leenoh said...

Mati itu bukan kerana sakit, mati itu bukan kerana penyakit,Sakit tidak boleh mati, dah lama sakit tidak juga mati, tidak sakit tetapi mati.

Mati itu sakit, sakit mati tidak boleh berkongsi, sakit mati urus seorang diri, mati itu kerana sampai ajal, ajal itu Allah tetapkan.
Husnul khatimah mari kita pohonkan. Wassalam.

neem said...

en hamka..mmg rock!

kyrulle said...

en.hamka bawak kereta mayat tu jgn laju2 sgt, nnti susah nk kawal kt selekoh tajam. woha!

ni comment prtama aku kt blog en.hamka oh~

Anonymous said...

salam.....
ikut r nok g mana2 pung....
jgn lupa doakn orang mesir ning....
mati dlm kalimah iman....

k,kullu am waantum bilkhair....

Anonymous said...

salam.....
ikut r nok g mana2 pung....
jgn lupa doakn orang mesir ning....
mati dlm kalimah iman....

k,kullu am waantum bilkhair....

Anonymous said...

banyak juga idea ko untuk buat blog yer :D

Anonymous said...

satu lagu untuk ko
___________________________________
Indigo

Andai Kau Pergi

( korus )
Andai kau pergi (3 x)
Hilanglah arahku
Jangan kau pergi
Usah kau pergi
Andai kau pergi hampir pasti
Berteman pilu sepanjang hayatku
___________________________________

saja ambil yang penting aje
lirik yang lain macam takde kaitan
hehehe :D

Tokeh Baju Terpakai said...

jom
http://bajuterpakai.blogspot.com

Anonymous said...

hamka...

aku baru dpt online balik ni lepas 2 minggu...
dan blog ni yg pertama aku baca...
arghhh apsal la aku lambat tau.....

aku doakan ko selamat dunia akhirat
sesama le kita mendoakan

aku akan merindui penulisan ko dan blog ni...

[jangan tinggal daku..]

Anonymous said...

en hamka takde pon ttp ada pengunjugn yg setia ke sini..

slamat hari raya haji sume....

kurbankan yg buruk..untuk yg baik...wassalam...

iBNu iSMAil said...

tahniah

pemuda Mersey said...

sempena aidiladha dan juga sempena kehadiran awal muharram yg akan dtg.. sy ingin ucapkan ribuan ampun dan maaf.. insyaAllah berjumpa lagi thn hadapan.. terima kasih kerana byk memberi input yg berguna. :)

Anonymous said...

salam..

tatkala ini wukuf telah selesai..
menanti selesai pula lontaran jamrah..
debar pula..
serasa lontaran ke arah syaitan ternyata lebih mudah daripada melontar sifat ujub, riak dan pentingkan diri sendiri.. moga seluruh ummat Islam dapat bersatu dalam mengamalkan agama perlu ada kasih sayang dan ikram yang tinggi..

Hamka, damailah kamu bersama jemaah, agar usaha untuk keluarkan jemaah tunai, mendapat bantuan dari Allah... agar agama dan hidayah menyebarluas hingga kata-kata Hindun yang memamah hati Hamzah ra iaitu 'bukan aku mahu masuk Islam tetapi Islam telah masuk ke dalam hatiku'..

..pada hujung doa malam, agar sebutkan jua namaku agar Allah swt pilih daku sebagai pekerja agamaNya.

-ibn sabil

Anonymous said...

salam..

tatkala ini wukuf telah selesai..
menanti selesai pula lontaran jamrah..
debar pula..
serasa lontaran ke arah syaitan ternyata lebih mudah daripada melontar sifat ujub, riak dan pentingkan diri sendiri.. moga seluruh ummat Islam dapat bersatu dalam mengamalkan agama perlu ada kasih sayang dan ikram yang tinggi..

Hamka, damailah kamu bersama jemaah, agar usaha untuk keluarkan jemaah tunai, mendapat bantuan dari Allah... agar agama dan hidayah menyebarluas hingga kata-kata Hindun yang memamah hati Hamzah ra iaitu 'bukan aku mahu masuk Islam tetapi Islam telah masuk ke dalam hatiku'..

..pada hujung doa malam, agar sebutkan jua namaku agar Allah swt pilih daku sebagai pekerja agamaNya.

-ibn sabil

khoirul said...

bro, lu punya entry byk mengajak kita berfikir... membezakan realiti dan fantasi..... thanks ya.. anyway, baru add lu punya link kt blog sy.... thanks again

Hidayah said...

salam.. best blog ni. syabas hamka..terima kasih bkongsi..byk lg post yg sy blum bc dalam blog ni. izinkan sy link kn blog ni ye.

MHidzir aka Embun said...

tidakkkkk.. encek hamka sudah pergii...

cLoVer4miza said...

Baru je jumpe blog ni, and tuan blog nk pegi dah~ ish ironic..

Edi Azali Hadzri said...

Bagus entry ini... rajin2lah add entry ana

liyana said...

walaupon en hamka lame xupdate, sy telah selitkan blog ni dlm senarai blog yg patot dibaca..Slamat Bercuti!

Anonymous said...

nk mintak nasihat skit.knp skg ni bila aku wat dosa aku x rasa bersalah.aku betul2 konfius skg ni

Anonymous said...

"Ok-lah, aku rasa sampai sini sahaja keretamayat beroperasi, dah tiba masanya aku berehat.., aku nak berhenti tulis nota ugama untuk diri sendiri kat blog, tapi aku akan masih menulis nota ugama untuk diri sendiri di buku buku nota yang berbetuk hardware..,"

buku nota bertuk hardware???
buku 555 ker?
ker buku taskil?
atau buku mesyuarat

Anonymous said...

salam...

~salam maal hijrah to u..
~best blog i ever seen
~slmt tinggal

Yusry Rosly said...

dah 1420 tahun Muhammad bin Abdullah tinggalkan kita..isk2

(dikala ini umat islam di palestin terus dibedil oleh rejim zionis. dan mcm biasa pak2 arab hnya memerhatikan sambil memeluk tubuh disebalik jubah mereka)

ekramhakim~ said...

barakallhufiik..terima kasih bebanyak saudara..=D

Perokok Soleh said...

hahhaa..lama xjenguk,
aku ingat da nak resign..
pas bc comment cik hamka br paham,bgus2x..

xbernama:

bila xrasa dosa bila wat silap that means hati mati..
hati mati that means xrasa gerun bila sebut mati,azab zubur,neraka dll...
dan xrasa nikmat bila sebut syurga,syafaat dll...

so,nak hidupkan hati kembali..
ko g masjid dll..
jawapan ada kat blog hamka nie..
lg senang ko tnyer ustad,lalala

semoga berjaya cari..lalala

Anonymous said...

dah thn baru ni...lama lg ke nak bertapa..huhuhu ;p

~ Mar ~ said...

encik hamka.

i'm waiting for the time you'll come back. i will.

Anonymous said...

adeh.. en. hamka.. lamenye... dah msuk tahun bru ni.. =)
(first time komen wpun selame ni menjadi pmbace tegar... hehe)

Anonymous said...

salam..

..merindu i pada hilang yang tak kembali
..mencari-car i pada cahaya yang tak menyala
alangkah rindunya jika selama tak bersua.. bakal bertemu
alangkah shahdunya jika selama tak berjumpa.. bakal meratapi peluk bahu membahu..

rasa perasaan ini tidak akan kalian rasa dan damba bila perjalanan hamka dan isteri membawa agama tidak dilalui..

apatah lagi menelusuri sirah kekasih Allah swt, Nabi Muhammad saw, isteri dan sahabat ra.hum...

-ibn sabil

Anem Arnamee said...

Salam..

menanti entri lagi..=)

insyaallah..=)

Anonymous said...

dah tahun baruuuuuuuu


encik hamkaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

heheheeh

Atikah said...
This comment has been removed by the author.
Atikah said...

Sorry... terdeleted la pulak... nak tanya... mana entry baru... dah tahun baru dah nie en hamka...

Anonymous said...

entry baru !!! entry baru !! entry baru !! (sambil memegang sepanduk)

Anonymous said...

bla en. hamka nak balik niey?

Anonymous said...

entry...entry..entry

azharjaafar said...

Aku rasa bila dah cecah 100 komen baru Hamka post entry baru. Kalau tak pun selepas komen ke 1000 atau ke 10,000.

hamka said...

Assalamulaikum..

alhamdulillah, Allah masih hidupkan aku.

terima kasih doa aku selamat di sana sini..

sepanjang aku takde, dua kali aku berhadapan dengan perkara yang boleh buat kita jadi mayat,

1) Aku ter'dakwah' orang separuh gila, bila aku cakap pasal mati, dia marah aku, naik syekh, matanya bulat dan macam nak bunuh aku, akupun beredar dengan selamba tapi dia masih cekak pinggang tenung aku macam nak makan, masa aku solat magrib, aku rasa aku akan mati kena tetak, macam saidina umar r.a kot, khusuk gila aku solat, tapi alhamdulilah, takde orang tetak aku..

2)aku sakit perut dan muntah berdarah satu cawan, masuk wad satu hari, doktor masuk kamera dalam mulut, baru tahu betapa lemahnya manusia..

Tapi dah makan ubat, dan Allah bagi sembuh.

Alhadulillah,

insyAllah, aku akan menulis lagi nota di sini. :)

rainyday said...

Bro Hamka..selamat pergi dan jangan pergi dan tak kembali pulak yer..kami pembaca setia disini setia menanti.

~ penunggu kereta mayat ~

karpenko late said...

entry yang sgt memberi inspirasi seperti proton inspira ! tahniah..

hamka said...

: )

Anonymous said...

diazepam generic buy diazepam 10mg online - buy diazepam online usa no prescription

Anonymous said...

buy ativan online effects of ativan and alcohol - ativan addiction time

Anonymous said...

buy xanax online xanax no prescription paypal - xanax dosage max

Anonymous said...

buy xanax online overnight delivery alprazolam 0.5mg para que sirve - xanax benadryl drug interactions

Anonymous said...

buy valium online side effects too much valium - can you buy valium in australia

Anonymous said...

buy diazepam diazepam valium dosage - diazepam withdrawal muscle pain

Anonymous said...

xanax online drug interactions between valium xanax - xanax side effects how long

Anonymous said...

buy alprazolam what is xanax used for and its side effects - does walmart drug test xanax

Anonymous said...

generic soma buy soma online + india - soma 350 mg side effects

Anonymous said...

buy ambien online ambien cr side effects - vision - can you overdose ambien

Anonymous said...

buy valium online what are valium pills for - can buy valium online uk

Anonymous said...

buy valium online valium dosage muscle - valium buy online

Anonymous said...

Cgmp For Investigational Drug Product prednisone pills - prednisone price http://www.prednisone4sale.com/#prednisone-price