Jan 25, 2008

kenapa 'mereka' Marah ?

(Mengharap ketidak marahan kamu sekali lagi kerana penulis sedang menulis dalam keadaan tidak berbaju, di ulangi: tidak berbaju.)

Marah yang aku nak cerita kali ni adalah marah yang berkaitan dengan hal-hal ugama, iaitu marah yang melibatkan pendakwah dan medannya..

Marah selain ‘hal hal ugama’ seperti isu denda penyanyi menyanyi dalam keadaan tidak berbaju, sila search tempat lain, sekarang zon keretamayat nak bermadah dan menadah apa yang telah turun dari langit, insyAllah.

Menurut kajian kilat dari aku, ada beberapa faktor yang membuatkan manusia cukup marah bila kita cakap-cakap bab ugama..

Faktor yang pertama adalah masalah “Tak Faham Ugama..”

Aku ulangi,

“Tak Faham Ugama.”

Akupun banyak yang masih tak faham, tapi hakikatnya kefahaman manusia itu memang berbeza-beza dan Allah akan bagi faham ugama kepada manusia juga berbeza-beza, ikut pengorbanan dan usaha mereka..

Sebagai contoh, di waktu Nabi Muhammad SAW wafat, saidina Umar RA faham nabi tak wafat, dan anggap Nabi SAW naik ke langit macam Nabi Isa AS, tapi Abu bakar RA faham lain, lalu nasihat Umar dengan betul dan Saidina Umar terus faham kerana Iman dan yakin beliau memang dah betul..

Tapi hari ini, bila kita cakap-cakap ugama atau dengan makna lain,: nasihat- kepada yang salah di mata kita, maka ada yang melenting, marah, caci, menghina, menyumpah dan sebagainya!, malah mengkafirkan dan menempah neraka untuk orang yang menegurnya…

Sebab?

Tak lain tak bukan, sebab “Tak faham ugama!”

(nota: jika korang baca sampai sini dan terus marah kat aku bermakna korang memang tak faham ugama, sila tinggalkan blog ini dan pergi rujuk kepada yang lebih pakar)

Aku bagi contoh yang pernah aku lihat.

Ada sorang Ahli surau, mungkin Imam atau Bilal, atau AJK, atau siapa-siapalah!, yang penting mukanya selalu nampak kat masjid waktu solat magrib dan isyak, biasanya sudah berumur.., pendek cerita, pada suatu petang, sedang dia duduk lepak-lepak kat rumah sambil menghirup udara petang..

Lalu datanglah para pendakwah pergi ziarah ke rumahnya atas maksud silatrurahhim..

Tapi Ahli suaru tu naik marah, tak bagi masuk halaman rumah dia dan terus halau orang yang nak ziarah dia, sambil halau dia menjerit..

“Aku hari-hari pergi surau, tak payah ajak aku, pergi ajak orang lain yang tak pergi surau!!”

Nampaknya ahli surau tu tak paham maksud ziarah, apa salahnya orang islam berziarah antara satu sama lain?, bukankah ziarah itu mengugurkan dosa dan mendatangkan rahmat? Bukankah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah akan mendapat layanan istimewa di bawah arasy kelak?

Tapi kenapa marah?

Jika korang kaki bola, sangat minat pada sukan bola, pendek kata korang seorang yang gila bola, makan bola, minum bola dan tido bola, dan jika ada game bola akan sanggup bersusah payah tempah tiket sewa bas pergi menonton bola, sewa pulak parabola untuk menoton siaran langsung akan dunia sukan bola..

Tiba-tiba, aku datang rumah korang dan ajak pergi tengok bola, korang marah tak?

Tentu korang suka sebab ada yang sehati sejiwa, sama sama gila bola, sama sama minum air hujan, sama-sama baham tanah, tapi yang hampehnya bila korang baru setakat pergi masjid dua waktu sehari semalam, dah perasan masuk shurga sehingga tak payah lagi di dakwah?…, orang datang cakap ugama dah nak melenting, apa ke hal? Bagus sangat ke kita ni?

Patutnya jika korang ahli masjid, tentulah korang suka pada orang yang sama-sama ajak mengimarahkan masjid. Tapi itulah masalahanya, tak faham ugama sebenarnya, dan jika korang ikhlas, korang tak akan melenting jika orang ajak pergi masjid sekalipun..

Malah korang dengan gembira akan turut serta berkecimpung dalam dunia “pengembangan ugama”..

Kerana kefahaman tentang ugama akan datang jika kita terlibat dalam pengembanganya..

Itupun jika korang ikhlas.., (akupun!!!)

Baiklah, kita pergi pada kajian kilat yang seterusnya, akan sebab musabab kenapa mereka marah..

Dalam Al quran ada tulis bahawa antara sifat manusia yang jahil adalah mereka akan marah bila kita ‘hina’ tuhan mereka…

Ini berlaku pada semua para Nabi Alahisalam, kerana apabila Nabi berdakwah ajak manusia menyembah Allah yang satu, maka ianya bertentangan dengan ugama yang telah mereka sedia ada, lalu perkara ini: iaitu dakwah para Nabi akan menjadi satu bentuk ‘penghinaan’ terhadap ‘tuhan-tuhan’ mereka, tak kira sama ada tuhan mereka dalam bentuk nenek moyang, berhala, dewa, lembu, emas, jedi, kepercayaaan ghaib atau sebagainya, mereka akan tetap marah, marah yang amat, dan sebagai reaksinya, mereka akan bertindak dengan mencaci, menghina, menyumpah habis habisan akan para Nabi yang benar itu....

Sampai satu tahap, mereka akan boikot, ludah, santau, atau pukul jika ada peluang, baling batu dan najis, dan apa apa sahaja, asal puas nafsu di dada…

Paling akhir cara, mereka berperang dan bunuh Nabi itu..

Boleh rujuk kitab-kitab kisah dan riwayat para Nabi alahisalam, termasuk kisah Nabi Muhammad SAW, bermacam-macam cara orang kapir telah mengzahirkan sejuta kemarahan mereka terhadap para pendakwah hanya kerana penyampaian yang benar itu adalah satu ‘penghinaan’ terhadap ‘tuhan-tuhan’ mereka.., sebagai ganti, darah para Nabi di halalkan dalam setiap tindakan mereka…

Problemnya di sini, Nabi di marah kerana Dakwah para Nabi adalah di anggap penghinaan secara tidak langsung terhadap tuhan mereka yang sedia ada..,

Jadi yang penting kita kena faham kat sini adalah perkataan TUHAN mereka di ‘hina’..

Para Rasul dan para Nabi tidaklah menghina tuhan mereka secara langsung, kalau ada pun mungkin Nabi Ibrahim a,s sahaja yang terang-terang menghina tuhan mereka, menggantung kapak pada leher berhala besar dan memecahkan berhala kecik yang lain, boleh rujuk kitab untuk cerita detail..

Masalahnya adalah, apabila Nabi buat dakwah, secara automatic mereka akan rasa Nabi telah ‘menghina’ tuhan mereka, itu yang buat mereka marah..

Kata kunci: menghina ‘tuhan’..

Untuk faham erti ‘tuhan’, mari kita belajar sedikit ilmu tauhid di sini..

Apa maksud ‘Tuhan”?…

Dalam bahasa arab di panggi : “ILAH”

NAbi berdakwah dengan lafaz: LA ILAH-HAILLAH!!!

LA bermaksud “TIADA”, ILAH bermaksud “TUHAN”, dan “ILLALLAH”, bermaksud MELAINKAN ALLAH!!

LA ILAH ‘ILLALLAH”, bermaksud TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH!!

Kita semua tahu bahawa ALLAH adalah tuhan kita, tapi ILAH itu tuhan siapa?

Dalam maksud bahasa arab, ILAH terbahagi kepada 4 makna..

Iaitu:

  • Ya Mu Lul Kubbul Ilah(hi)
  • Way A Rol Hal (sabdu) la fih(hi)
  • Wa Fa an Na Sa Min (hu)
  • Wa Taut Ma in Nabih (hi)

Siapa yang pandai arab boleh betulkan sebutan, nak senang cerita aku tulis maksudnya dalam bahasa melayu iaitu:-

ILAH terbahagi kepada 4 makna, iaitu..

  • Sesuatu yang hati condong ke arahnya.
  • Sesuatu yang hati nampak penyelesaian masalah padanya.
  • Sesuatu yang hati rasa mesra dengan kehadirannya.
  • Sesuatu yang hati rasa tenang dengan kehadirannya.

Jadi, selepas kita faham maksud ILAH, maka kita faham sudah bahawa ILAH boleh juga berbentuk dalam bentuk berhala, atau harta, atau duit, atau isteri atau apa sahaja yang berupa makhluk..

Yang mana hati kita akan berasa condong, atau nampak penyelesaian, atau rasa mesra dan mungkin akan rasa tenang dengan kehadiran ILAH itu sendiri…

Di sini wujudnya perbezaan antara orang kafir dan orang islam…

Tuhan orang islam adalah ALLAH, dan tuhan orang Kafir adalah ILAH iaitu selain Allah.

Itu semua paham, bila kita buat dakwah, orang kapir akan marah kita, standard manusia jahil ciptaan Allah yang tak mahu berfikir. Marah kerana ‘menghina’ ILAH mereka.

Tutup kes.

Yang jadi masalah adalah apabila wujud orang islam sendiri yang marah bila di dakwahkan, bila di nasihati, bila di tegur..

Lalu mereka melenting dan mencarut, mencaci dan menghina kepada orang islam yang ‘mengajar’ mereka…

Kenapa jadi begitu?

Ini adalah kerana dalam diri orang islam sendiri ada juga ILAH yang bertakhta di hati, yang syirik dengan Allah, syirik kecil, syirik yang tersembunyi…

Ini bermakna, Ujian Iman bukan hanya datang bila waktu perang jihad, tapi datang dalam setiap keadaan dan setiap waktu, untuk uji iman kita, adakah syirik atau tidak?..

Sebagai contoh, Apabila kita sakit, maka kita boleh lihat hati kita masing-masing, sama ada ternampak ILAH atau ALLAH?

Ke mana hati kita condong?
Kepada Ubat yang menyembuhkan?,

Ke mana hati kita nampak penyelesaian?
Kepada Doktor pakar?

Ke mana hati kita rasa mesra dengan kehadirannya?
Janji Makhluk dan janji Insurans?

Ke mana hati rasa tenang dengan kehadiranya?
Allah atau Ilah?(selain Allah)

Maka pada waktu itu hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar condong pada Allah?, atau condong pada selain Allah (makhluk)?

Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar nampak penyelesaian pada Allah, atau pada makhluk?
Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar rasa mesra dengan kehadiran Allah, atau selain Allah?
Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar hati rasa tenang dengan kehadiran Allah, atau selain Allah?

Inilah maksud di sebalik ayat : “jangan mengaku beriman sebelum kamu di uji…”

Bila diri kita ada masalah, hati kita condong ke mana? Kerajaan?Harta?Wang Simpanan?
Bila diri kita ada kesulitan, di manakah kita nampak jalan penyelesaian, Duit?, Kawan kita yang kaya?
Bila jumpa kekasih hati, atau isteri dan anak, apa perasan,? Rasa mesra sehingga menghalang zikir? Rasa takut nak Mati?
Bila dengar lagu hati tenang, bila dengar cakap dakwah hati gelisah, kenapa?

Semua ini hanya kita dan Allah sahaja yang tahu di manakah tahap iman kita..

Sahabat nabi bila ada masalah hati jumpa Nabi, dan Nabi suruh mereka banyak mengingati Allah, dan banyak bercakap tentang LA ILAH HAILLAH!!!

Untuk apa? Untuk betulkan yakin kita, bahawa ALLAH kita hanya satu, tidak berhajat pada Mahluk, Yang Berkuasa Mutlak, tiada yang setara denganNYA..

Allah pencipta, selain Allah semua di cipta…
Allah pentadbir, selain Allah semua di tadbir.!

Faham tak?

Kalau tak faham, baca dan ulang dan renung sambil fikir diri sendiri akan contoh dari pengelaman yang lepas-lepas, insyAllah akan faham…

Atau senang aku bagi contoh camni..

Jika aku cakap kat korang,
“Woi Mamat!, duit tak boleh bagi senang, yang bagi senang hanya Allah..”

Lalu Mamat marah, dan cakap:
“kalau kau cakap duit tak boleh bagi senang, tak payah kerja lerr, bagi semua duit kau kat aku!!”

Persoalannya, Kenapa Mamat marah?

Sebab dalam hati Mamat nampak duit ada jalan penyelesaian, rasa tenang dengan kehadiran duit, rasa mesra dengan duit, lalu duit telah jadi ‘tuhan’ Mamat secara tidak sedar..

Mamat telah syirik dengan Allah secara tidak sedar.., syirik yang tersembunyi.

Ini bahaya untuk Mamat dan bahaya untuk bot-bot kecil macam kita semua sebab syirik boleh membawa ke neraka untuk selama-lamanya, dan itu cerita lain,

Apa aku nak cerita adalah, Kenapa Mamat sangat marah?

Sebab bila aku menyatakan yang betul tentang duit, tak boleh bagi manfaat, mamat akan marah balik, sebab duit adalah ‘tuhan’ mamat. Mamat telah anggap aku menghina “tuhannya’…

Dan inilah yang berlaku dalam hidup kita zaman ini, apabila aku cakap Negara islam tak boleh selesaikan masalah, kuasa tak boleh selesaikan masalah, hanya Allah yang boleh selesaikan masalah, Allah tidak perlu kepada sebarang sekutu, dan Allah benci kepada sekutu..

Allah tak perlu kepada senjata, negara dan kuasa kerajaan untuk tegakkan ugama Allah.., itu point aku.

Lalu korang marah, melenting, mencaci, menyumpah dan menghina…
Kenapa?

Sebab korang nampak perjuangan korang untuk mendapatkan senjata, Negara atau kuasa kerajaan adalah satu ‘kuasa’ yang dapat menyelesaikan masalah umat islam, korang mulai condong kearah itu, nampak jalan penyelesaian dengan cara itu, rasa tenang dengan kehadiran Negara atau kuasa kerajaan, rasa mesra dengan kehadiranNegara atau kuasa kerajaan, semuanya bila di tukar balik akan berbetuk dalam bentuk harta dan takhta..

Maka apa bezanya korang yang yakin dengan kuasa berbanding dengan Mamat yang yakin dengan duit?..

Korang marah, caci dan maki aku?

Sumpah aku mati cepat?

Kenapa korang marah?

Sebab bila aku menyatakan yang betul tentang harta atau takhta, yang memang tak boleh bagi manfaat, korang terus marah, sebab harta dan takhta adalah ‘tuhan’ bagi kamu, kamu telah yakin ‘harta dan takhta’ boleh selesaikan masalah, lalu nasihat aku terhadap kamu telah di anggap menghina “tuhanmu’ secara tidak langung…

Kamu beranggapan harta dan takhta boleh selesaikan masalah? Naduzubillah!!!

Dan begitulah cerita orang yang yakin dengan partinya boleh bawa ke shurga, tak ikut partinya boleh masuk neraka, nampaknya parti kamu telah menjadi ‘tuhan’ baru yang ada kuasa membawa ke shurga dan neraka cipatan kamu sendiri, lalu bila ada yang tegur..

Terus marah dan melenting!!!

Kerana tuhan kamu ‘di hina’ kononnya….

Apa lagi nak di kata?

Tak perlu aku ulang lagi.., akupun sedang belajar tauhid, semoga semua antara kita yang ada hari ini dan esok-esok akan mati dalam iman, dalam iman yakin betul pada Allah..…

Nasihat aku kepada yang melenting dan yang mencaci..

Bertaubatlah, aku juga kena taubat sama, bertaubatlah sebelum jadi mayat…

Kepada yang di caci…

Tak payah melenting dan balas cacian, bukan begitu Sunnah Nabi, tak kala Nabi Muhammad SAW dalam satu peristiwa di caci dan di hina, Nabi tersenyum lalu Abu Bakar RA yang tak tahan telinga balas balik cacian,

Nabi terus tinggalkan Abu bakar dengan muka masam sebab ternampak syaitan antara orang yang caci-mencaci….

Lagipun orang yang caci mencaci tidak di pandang Allah kerana mereka adalah sampah, bangkai dan najis!! (aku pulak yang tercaci..oh!)

Apa yang aku tulis, jika salah, betulkan aku secara berilmiah, aku akan baca komen kamu dan menghargai teguran kamu, tapi jika kamu salah, aku akan tulis di sini akan kesalahan kamu.., biar aku ingat, dan biar anak bini aku tahu…

Sebenarnya, Bila kita tulis jawapan pada papan putih atau papan hitam waktu bersekolah dulu, selepas cikgu bagi soalan, semua dalam kelas tahu bahawa kita tulis kat papan hitam bukan sebab nak pandaikan papan hitam, tapi nak pandaikan si penulis…

Jika korang pasang mp3 Al quran dalam computer, bukan nak pandaikan computer, tapi nak pandaikan korang sendiri, dan jika aku tulis cerita-cerita ugama dalam blog, bukan nak bagi blog aku pandai dan hebat, tapi nak pandaikan aku sendiri, maka begitulah jugak para pendakwah di luar sana, mereka berdakwah berjumpa manusia kerana medan dakwah memang adalah manusia, dalam al quran dah tulis dah..

Tapi mereka dakwah bukan nak betulkan orang, tapi nak betulkan diri sendiri jua, hidayat mana boleh di warisi? Tapi Allah janji nak bagi hidayat pada orang yang buat kerja dakwah, so tak payah marah orang nak cakap-cakap ugama dengan kita., Kalau korang ikut, itu baik untuk korang…

Kecuali jika kita tak faham..

Atau tak cuba memahami.

Dan untuk faham bukan setakat baca tulisan aku kat sini, pergi buat dulu, baru tahu dan baru faham apa maksud dakwah..

Orang yang berdakwah untuk betulkan orang lain semata-mata adalah orang yang tak faham ugama, kelak akan dapat dua perkara iaitu:-

-Marah
-Putus asa.

Jadi ada jugak orang yang marah sebab orang tak ikut cakap dia, apa nak buat, niat dia ‘berjuang’ adalah untuk betulkan orang lain semata-mata, betulkan system, betulkan kerajaan.. tapi lupa betulkan diri sendiri, jadilah macam syaitan.., kasihan.

Apa-apapun, seperti aku nyatakan dari dulu lagi, tulisan aku adalah nota ugama untuk aku sendiri, aku tulis nota dalam blog bukan nak bagi blog aku pandai, tapi nak bagi aku sendiri yang pandai, aku tak link dengan sape-sape dan aku tak peduli korang link ke tidak, aku menulis bukan nak suruh korang jadi seperti aku atau korang kena bersetuju dengan aku, tapi Aku menulis KERANA AKU TAK NAK JADI MACAM KORANG!

Makin banyak perbezaan pendapat antara aku dengan korang MAKIN TIDAK SAMALAH KITA…Dan tidak samanya aku dengan korang adalah kejayaan besar untuk aku!

Aku berjaya tidak menjadi seperti orang yang aku tidak ingin jadi iaitu orang kapir dan ‘kamu-kamu’ yang aku tak ingin jadi…

Woha!

Satu lagi, dah nak habis ni, ada jugak yang marah sebab penyakit hati seperti cemburu, iri hati, sakit hati, dendam, bosan dan sebagainya…

Aku malas nak ulas, pergi rujuk Ustaz.

Cuma yang agak kelakar bila dah marah tu ada yang bagi alasan:
“Hamka, kau sudah tidak sehebat dulu” lalu delete link aku dan tak nak baca blog aku lagi.. (peduli apa aku?-aik? Marah nampak.. he he he)

“Sudah tidak sehebat dulu”?

Apa tu?

Aku tak faham, kenapa aku di takrifkan sebagai “sudah tidak sehebat dulu?”

Patutnya aku marah, tapi… baik tak payah… Cuma aku nak cakap, dan berat untuk aku nyatakan di sini, tapi aku terpaksa, sebab 'isteri-isteri' kamu dah cakap kat aku yang kamu semua “sudah tidak sehebat dulu” …

Woha!

Ps: aku masih seperti dahulu, dan masih seperti tadi, menulis dalam keadaan tidak berbaju. : )

44 comments:

zufi said...

bro, u betul..bila anggap duit penyelesai masalah tak semena2 dah anggap ada 'makhluk' lain lebih hebat dr Allah aka 'syirik'. Ni org slalu tak prasan. Thx 4 reminding.

FarisFiqri said...

woha..!

Sebelum baca nie cuba-cuba faham, bile dah baca macam dah faham...bila dah faham cuba cuba amal...bila dah amal ...cube cuba istaqamah....

insyaalah

farisfiqri said...

Rase ade hadis berbunyi

...yang kutakutkan unth umatku adlah syirik kecil.....

ade ker ?

brother said...

Assalamualaikum..

Bro Hamka, perkataan yang merujuk kepada "Tuahan" atau "Pencipta" adalah "ILAH", bukan "ILLAH". Tiada sabdu dekat perkataan lam.

ILAH dan ILLAH membawa maksud berbeza so harap dapat diperbetulkan.

Wallahu a'lam

Hamka said...

Aku edit malam ni insyAllah...

azharjaafar said...

Kat taman aku tinggal ni orang dah
tak berapa nak marah kalau diziarah.

Sebab;
1.marah dah padam sebab tak larat nak marah. 'Aku marah pun, lain kali korang datang lagi.'
2.orang yang marah tu sendiri dah padam. Malaikat maut padamkan diorang.

Daie said...

Udah le tu. Jangan le marah2 sesame kome. Kan ke baguih ada org yg nak buat usaha ziarah sambil mengembangkan agama. Kita yg tak dpt bagi masa utk sama2 berkecimpung dlm arena nie patutnye rasa sedih. Mmg ramai yg fikir usaha dakwah sunnah nie lekeh,takde class dan dianggotai oleh org2 bodoh & miskin. Tapi, ini adalah TIDAK benar. Rata2 usaha sunnah ini bergerak di segenap penjuru alam. Dikerjakan oleh berbagai2 lapisan masyarakat. Di perjuangkan secara ikhlas dan bersungguh2 semata2 kerana yakin bahawa inilah cara yg dapat meningkatkan iman dan amal. Inilah sunnah Nabi Muhammad saw.

Friends, there is no nabi amongst us anymore. It has been more than 1400 years since his death. Allah swt has decreed that there will be no more messengers to come and remind humans and guide them to ALlah swt. So, does this mean that Allah swt is being cruel and unfair? Why? Why has ALlah swt not sent down to us anymore guidance? Look around us, humans have gone astrayed. We need guidance. Now, more than ever, we need guidance to bring us back to ALlah swt.

Thus, it is actually a rahmat from Allah swt. This is the challenge from ALlah swt. This is our jihad.Allah swt has given us the privilige and Allah swt has given the work of the messengers to us...Umat of Nabi Muhammad saw. It is therefore our utmost duty to remind and guide others to Allah swt.We must continue the work of Nubuwwah.

So, we should come together and take this task. Those who are willing to put effort into the deen of Allah swt will be greatly rewarded. Those of us who leave this work to others will be greatly deprived. Take this chance, the umat is in great suffering. Umat of Nabi Muhammad saw is not just us (Malays/Malaysian). Even the Chinese, Indians, Americans, Europeans, Afrikans. There are all umats of Nabi. Do not be tricked by Syaitan and get into turmoil with each other. Work of dakwah transgressed nations. There are no borders in Islam. Our work does not focus only in our homeland. Who will bring deen to brothers & sisters in other parts of the world ? Allah swt has granted the people of Malaysia with so much rizk. It is unfair for us to keep it for ourselves. Use all that Allah swt has given to us to propogate deen. Bring those far from ALlah swt closer to Him and He will bestow onto you great rewards. Not only in this dunia but definitely in the akhirah. Rejoice, Allah swt has promised in Surah At-Taubah verse 111;

Verily, Allah has purchased of the believers their lives and their properties; for the price that theirs shall be the Paradise.

alshadid said...

okehh..isi yang menarik...makaseh ya om...

Hamka said...

PENGAKUAN

Rata rata yang bagi komen positif adalah orang tabligh, dan rata rata yang bagi komen negative adalah orang XYZ...

Biarlah aku membuat pengakuan.

Sebelum aku tulis blog keretamayat, aku mamang teruja untuk buat blog dakwah dalam internet, masa tu apa yang aku nak tulis akan menjurus kepada Tabligh, sebab aku banyak setuju dengan cara Nabi yang di pratikkan mereka...

Tapi dalam hati aku ada konflik nak buat blog tabligh sebab bertentangan dengan Sunnah Nabi, aku takut aku shok sendiri..

tiba-tiba pada akhir tahun 2005, Ulamak tabligh telah keluarkan perintah tidak benarkan berdakwah melalui internet, lalu aku melihat satu demi satu halaman tabligh di tutup...

Aku terus gembira!

sebab aku sudah dapat peluang untuk menulis tanpa perlu bersandarkan pada jemmeah yang aku suka itu.

Lalu munculah blog keretamayat, di tulis untuk aku sendiri, tanpa perlu ada komitment pada mana-mana parti, kumpulan atau gerakan..

Aku menjumpai blog ini sebagai salah satu cara menghafal nota ugama yang paling berkesan untuk aku!

Lalu menculah nota ugama, nota cerita peribadi, nota lagu dan syair dan macam-macam.

juga tempat aku lepaskan marah, sedih, duka dan nestapa...

Akupun tak sangka, dengan izin Allah, blog aku menjadi cepat tersebar, di link beratus ratus blogger, dan aku mendapat ramai kawan..,

Dan mungkin jika semua dalam takdir Allah, blog ini akan muncul dalam bentuk buku tak lama lagi insyAllah..

Jadi kesimpulanya...

Jika nak komplen, komplen aku seorang..., jangan libatkan orang lain...

Dan pengkomen tabligh, kalau boleh iklan sahaja dan jangan taskil di sini... itu yang terbaik.

Terima kasih kepada semua.

doakan aku mati dalam iman...

kerja_kosong_pakai_baju said...

salam..

Iklan sahaja?..
Begini, pembantu agama diperlukan segera, from now till the end of time...

kelayakan;
1. keinginan untuk menjadi 'hamba' Allah.
2. hati hancur melihat kemaksiatan.
3. hati hancur bila dipuji-puji.
4. hati hancur bila sunnah Nabi di gelak geli tawa kan..
5. hati hancur bila amal agama diri sendiri berkurangan
6. hati hancur bila semua perkara di atas tiada langsung pada diri sendiri walau satu pun.

gaji, elaun, pangkat dan darjat emm hamka boleh buat entry baru..

marah la aku yang berbaju said...

salam...

bila kena marah,
jangan lari, kalu datang berdua, suruh kawan kite tu, sepak dan lempang kita..

mamat: apa hal datang rumah org nie? korang ingat aku tak pegi surau?

A: tuan yang mulia, saya dan sahabat saya datang kerana kasih sayang untuk ziarah tuan. Contohnya tiba-tiba saya suruh B sepak saya..

B: kenapa plak aku nak sepak ko.. tadi kate nak ziarah jer..

A: aku suruh sepak sepak la.. sambil menunjukkan muka supaya kena sepak dengan selasa..

B: jangan la macam nie, kite tadi nak ziarah sahabat(mamat) kerana Allah.. tiba-tiba kau suruh aku sepak muka ko.. nape nie konfius..

A: jangan risau sepak la aku kerana Allah jua.. kuat-kuat pun tak apa..

B: ehh jangan la cenggini.. demi Allah aku dan kau kan sahabat, selalu ziarah kawan-kawan kerana Allah.. bukan setakat sepak, nak jentik ko pun aku tak pernah..

A: baik ko buat sebelum aku suruh mamat nie sepak aku plak..

B: ehhh jangan.. (dalam hati) Ya Allah apakah yang telah terjadi pada A ini..

A: sepak la cepat...

B: sebelum aku sepak kau, aku nak peluk kau.. wawawa tak sanggup nak sepak sahabat sendiri.. wawawa...

(kedua-dua sahabat berpelukan)

mamat bingung.. marah yang tadi menjadi reda..

A: mamat, begini lah juga jika kau yang sepak aku, maka aku akan peluk kau sebab kau tetap sahabat aku seperi B. Sesungguhnya aku jumpa kau memang kerana Allah. Jom pergi surau, banyak perkara boleh dibualkan nanti.

(kisah benar ziarah seorang sahabat kepada seorang yang baru dijumpai pertama kali)

zufi said...

woha!

bro hamka bagi wasiat daa..

tolong doakan org yg rajin bg komen 'mati dlm iman' gak :)

amin

Abe Mat said...

Assalamualaikum
Wow, bila baca ni, baru saya faham..
Rupa2nya, iman yakin kita dh salah..
Saya sendiri rupanya.. owhh...
ya Allah, wujudkn zaman ini seperti zaman Nabi s.a.w...
Ada iman yang sempurna dan cara hidup yang paling disukai oleh Allah S.W.T

ainohikari said...

Ingin juga saya tahu kenapa ulama jemaah tabligh melarang pengikut-pengikutnya berdakwah melalui internet, sedangkan setahu saya ulama tersohor dunia dan juga dikenali mujtahid masa kini, Dr Yusuf Al-Qardhawi sendiri menyarankan ummat Islam sedunia menggunakan teknologi-teknologi yang ada untuk menyampaikan dakwah.

wallahhu'alam bissowab

....

entri yang membantu untuk mengislahkan diri. jazakAllahhukhaer

Anonymous said...

assalamualaikum,
amin....

doakan aku sama, keluarga aku sama serta saudara seIslam aku semua,amin...

-jzkk

p/s:terpenjara dlm hutan dunia

wassalam

NauFif said...

Salam, tuan.

Back to basic k. Aku pn bkn ustaz. Aku cetek ilmu agama. Aku pn dk blaja2. Aku nak meng-komen je, dh nama pun komen. Dengarlah komen dr sorg hina seperti aku ni. Yang paling penting, ini utk diri aku.

Jgn perasan bagus nak kutuk2 n mara wakil2 yang membawa peringatan Allah SWT utk diri mereka sndiri sbnrnya dan lontarkan fitnah yg melampau kepada sebarang golongan pendakwah. Ini bukan benda main2. Anda ustaz ka apa ka, kalau fitnah, memang anda akan punah. Mereka (dai'e) ialah penyambung lisan Nabi SAW.

Rupa paras, kebolehan berkata2, tahap ilmu, pangkat, darjat, Allah SWT xpandang semua tu. Yg penting, sampaikan kalimah iman dan menyuruh manusia berbuat kebaikan dan melarang kemungkaran kepada setiap umat manusia.

Allah SWT tanya,cabar manusia yang perasan bagus. Bagitaulah cepat siapa yang perasan hebat. "Siapakah yang lebih baik perkataannya dari org yang mengajak manusia kepada Allah, dan mereka beramal soleh dan mereka berkata, "kami dari orang yang berserah diri." Al Fussilat:33

Sudah menjadi lumrah, syaitan dan nafsu akan mendorong manusia untuk membenci segala amalan sunnah Nabi SAW. Xkira la, ziarah dr rumah ke rumah atau apa sekali pun. Manusia mudah tertipu dgn dakyah syaitan yg membenci amalan kekasih Allah SWT.

Ada mafhum hadith Nabi SAW, "Islam bermula dalam keadaan asing, maka kelak di akhir zaman nanti Islam akan kembali asing. Maka beruntunglah mereka yang asing itu."

Apa lagi nak dikata? Yakinlah. Bergembiralah pada pengamal sunnah Nabi SAW yang sering dicaci, dihina dan sebagainya.

Dakwah mengikut acuan Nabi SAW itu penting. Jumpa manusia lagi dan lagi. Malah ziarah itu sendiri ialah tulang belakang bagi dakwah dan dakwah itu tulang belakang pada agama Islam.

Pandai2lah kita fikirkan bersama. Maafkan aku yang hina ini. Semoga Allah SWT mengampuni aku dan korg sumer. Semoga kita dapat ambil ikhtibar pada yang baik, kita amal dan kita sampaikan pada yang lain. Insya Allah.

nurzaiti said...

bestnya entry kali ni..the truth is that the more we know, the more come to know how much we do not know. Actually that should be the attitude and the perception, otherwise if ever one feels that s/he knows a lot, there is the point of decline - exactly what happened to Iblis. May Allah save us from arrogance and bestow upon us modesty.

"O Allah, make me look humble in my own eye and great in the eyes of others".

This is what I can say now, complete knowledge is with Allah alone..fee amanillah to you bro hamka + family..ameen..

abu indah said...

hamka,
kau lebih hebat dari dulu.
aku dah tambah balik link blog kau..
hehehe..

p/s - sbab bini aku kata aku lebih hebat dari dulu, sebab tu aku pun puji kau hamka...heheh

abu_ammar said...

Salam Bro,
Jazakallah....post yang menarik!!
Sebenarnya, inilah kerja kita sebagai umat Nabi SAW. Usaha untuk betulkan iman,tingkatkan iman, mantapkan iman dan tetapkan iman ni sebenarnya Fardhu Ain ke atas farhu2 yang lain...sebab kalau amalan soleh meggunung tapi iman rosak, maka nauzubillah semua amal pasti ditolak....Hampeh..Ohh..
Semoga Allah Taala dengan kerahimannya, memelihara iman aku dan kita semua...amin
Teruskan perjuangan ini sampai mati...

Midkazen said...

Mane bdk2 yg caci mencaci ko tu hamka?? Klao bleyh aku nak balas dgn senyuman aku yg kacak ni kat diorang... Tp aku tak berupaya, Oh...

Maryam Abu Ahmad said...

marahnya! ada ke marah bertempat? adakan? cara marah aje berbeza.

aduhai, marahnya pada pakcik hamka. tapi baca juga blognya. marahnya pada commenters blog pakcik, baca juga.

tapi nabi kata 'la taghdhab'!

ada juga pendapat orang paling kuat ialah orang yang mampu menahan marah.

bosan la orang marah-marah. mereka juga yang akan dapat darah tinggi dan serangan jantung. hmmm..

Wan Mohd Faiz said...

Assalamualaikum sahabat dan tetangga sekalian..

Memang ada benarnya, kita dah banyak sangat usaha untuk bangunkan dunia sehingga dah ada yakin yang salah dalam hati..

Ade satu cerita hangat berlaku di gerai air batu campur, Sg. Besi.


Si A: Alah.. rileks arr wei, aku pun solat, ingat ALLAH, dan aku tahu ALLAH tu Tuhan yang satu, tapi aku mesti pergi kerja dan buat duit jugak! Aku nak hidup gak weiii! Duit2 arr, ALLAH2 arr..

si B: Ko pernah gi kedai tak?

si A: Asal ko tanyer? Memangla aku pernah pergi.. Apa punyer soklan daaa..

si B: Dahtu ko bayar pakai duit per?

si A: Bengong! Aku pakai duit kitela,..RM la wei.. Tak kan aku nak pakai daun atau pasir. apekejadahnyer..!

si B: Pernah tak ko bawak duit yang koyak kat tengah pastu ko sambung gune selotape pakai duit thailand ganti bahagian sebelah yang koyak tu?

si A: Apekejadahnya aku kene buat macam tu!

si B: ko rase laku tak kalau pakai kat kedai?

si A: Mestilah tak wei!

si B: Begitulah juga iman ini! Kalau ko kate ko ada yakin pada ALLAH tapi at the same time ko plak yakin kat makhluk (duit, harta).. Ko dah campur. Ko rase bende2 campur ni diterima ke? Ko rase iman yang campur ni diterima takk?

si A: Oh... mestilah tak (Insaf..), Baiklah aku akan buat usaha atas iman hingga iman aku tidak bercampur lagi.

si B: Alhamdulillah, insyaALLAH kita akan jalankan sama2 misi ini..

si A & si B pun sama2 insaf dan bertaubat. Mereka pun lantas meninggalkan gerai air batu campur sungai Besi itu!

Sekian..
Doakan hamba di sini,ok?

NauFif said...

Ainohikari.. Bagaimana anda tahu ulama tabligh melarang melarang umat berdakwah melalui internet?

Setahu saya, mereka hanya menyarankan agar lebih baik tidak berdakwah melalui internet. Kerana cara itu tidak mengikut sunnah Baginda nabi SAW dan cara Nabi2 terdahulu. Tiada fatwa yang dikeluarkan oleh mereka.

Agama tidak akan maju tanpa pengorbanan. Ulama juga manusia biasa yang mempunyai berlainan pendapat dan pemahaman masing2. Bergantung kepada sejauh mana pengorbanan mereka terhadap agama. Lebih banyak korban untuk agama, maka lebih banyak ilmu dan pemahaman yang Allah SWT kurniakan.

Tidak saya katakan Sheikh Yusuf Al-Qardhawi itu tidak mursyid. Beliau juga ulama yang agung lagi mursyid berbanding kita yang tidak ada langsung pengorbanan terhadap agama. Tetapi terpulanglah kepada mereka (ulama) yang sememangnya layak untuk membuat keputusan dan membela umat. Segala yang mereka lakukan mereka, semuanya di dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui dan Layak membuat perhitungan.

Umat tidak dapat di-islahkan selain daripada cara yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Tiada cara lain lagi. Lihat bagaimana Nabi SAW meng-islahkan kaum arab quraisy jahiliah sehingga mereka menjadi penguasa2 dunia yang agung. Hanya itulah satu2nya cara yang ada yang paling berkesan untuk membaiki diri sendiri khususnya dan umat amnya.

Wallahu'alam. Jazakallahu khairan jaza.

bajubiru said...

Hmm, kene banyak muhasabah diri & istighfar pas ni, pasal banyak silap. TQ Bro.

Hmm, ni LaIlahaIllallah dah ada entry,cadang Muhammadur Rasulullah pun boleh dibincangkan juga.Takut ada salah,boleh dibaiki...Sebelum mati.Takutnye..bila dah mati baru tahu kesalahan diri.

Ansar @ Bungamelur said...

tiada apa yang perlu aku katakan lagi melainkan melemparkan sebuah senyuman tanda kefahaman..

cewah!!

entry kali ni adalah yang laing "tinggi"!

tiada masalah paling besar melainkan masalah imaan!!

eSfeRo(sejenis choc) said...

salam bro hamka

ni 1st time kasik komen setelah berkoyan2 artikel abis ku bedal. uhuks. sekarang ni ngah berusehe mengkhatamkan sme artikel2 tersebut. memule igt tamau komen (api dalam sekam la nih) tapi lelame tebakar gak . kne pulak topic 'kenapa mereka marah'. jadi,,,,,

uhuk takde paper sbebanyer. hanya mengenalkan diri,,,,,hehe

p/s ; bape no nak undi tadi?

nisa nine said...

"Sebab korang nampak perjuangan korang untuk mendapatkan senjata, Negara atau kuasa kerajaan adalah satu ‘kuasa’ yang dapat menyelesaikan masalah umat islam, korang mulai condong kearah itu, nampak jalan penyelesaian dengan cara itu, rasa tenang dengan kehadiran Negara atau kuasa kerajaan, rasa mesra dengan kehadiran Negara atau kuasa kerajaan, semuanya bila di tukar balik akan berbetuk dalam bentuk harta dan takhta.."

kenapa saudara tgk isu ini drp angle ini? tidakkah kita juga perlu kpd teknologi and negara/kerajaan yg stabil dan kuat dlm mmperjuangkan agama??

bukankah kita juga menggunakan ilmu yg ALLAH pinjamkan kpd kita supaya kita menjadi lebih bertamadun dan lebih berupaya dalam meningkat keimanan dalam melihat di samping menggunakan rezeki yg ALLAH kurniakan??

bukankah ini juga dinamakan cara bersyukur? bersyukur dikurniakan akal fikiran utk mengolah alam ke arah yg lebih baik?

namun, betul jugak ape yg di uar-uarkan saudara bhw hati ini terlalu mudah utk lupa.. lupa bhwsanya duit, harta, wanita adalah ujian semata.. manusia mudah utk menghambakan diri kpd semua itu.. mudah lupa SIAPA PENCIPTA dan bersifat terlalu humanistic spt kerana dia bekerjalah, maka dia mendapat semua itu.. lupa utk bersyukur kpd ALLAH.. Lupa ALLAh lah mengurniakan kudrat kpd kita, hamba-hamba-Nya.. Lupa utk bersyukur, tidak amanah kpd diri sendiri dan masyarakat.. terjebak dalam kancah maksiat, scandal, bribery etc. lupa utk menjaga kesihatan diri pun satu tanda kurang bersyukur kpd ALLAH, tubuh badan adalah pinjaman dan amanah ALLAH kpd kita..ingatlah.. sehela nafas pun nikmat ALLAH kpd kita.. bersyukurlah.. dan majulah umat islam and berkembanglah agama islam..

tips yang saya pegang ialah "jangan terlalu extreme".. bencilah perkara extreme.. dari segi duniawi termasuk dari segi ibadah.. seharusnya balance.. sbb kita hidup ni mempunyai 2 matlamat; hidup bahagia dan selamat (islam) di DUNIA WA AKHIRAT..

Jangan terlalu suka kpd sesuatu benda tapi salurkan kesukaan/cinta kita itu kpd ALLAH dan Nabi Muhammad.. Jadikan mereka cinta kita.. ingatkan diri.. Tanpa ALLAH dan Rasul.. siapalah kita.. sesungguhnya, manusia mudah lupa.. maka marilah sama-sama kita saling mengingati.

wassalam.

p/s: "semoga kita semua tergolong dlm golongan yg benar"

alan zed said...

x pakai baju sebab panas atau hati 'panas'? hehe. :)

Hamka said...

---------
kerja_kosong_pakai_baju

pandai.

----------
marah la aku yang berbaju

pantun benar.

Baju merah, baju biru.
Kau marah, I love u.

--------------
zufi

woha untuk kau sama.

--------
Abe Mat

Allah bagi faham.

----------
ainohikari

teringan Dr Yusuf Al-Qardhawi datang kampong aku berdakwah dan beriktikaf, aku nak tidur celah ketiak beliau, nak dapat berkat.

: )

----------
terpenjara dlm hutan dunia

Amin..

---------
NauFif

Aku sokong dengan kau, dan aku sokong diri sendiri.
Heh!

--------
nurzaiti

Allah yang bagi best.

---------
abu indah

bini kau tak termasuk dalam bini-bini yang komplen itu, he he he.

Tidak berbaju itu kool bukan?

-------------
abu_ammar

Alah yang bagi menarik!

----------
Midkazen

Aku selalu jawab komen korang dalam keadaan tersenyum..

---------
Maryam Abu Ahmad

Aku ada madah untuk kau, nanti aku post.

----------
Wan Mohd Faiz

Duit Malaysia tak laku kat luar Negara, kat akhirat lagilah tak laku.. oh!

----------------
bajubiru

kenapa tak baju hijau?

-----------
Ansar @ Bungamelur

"tinggi"!

----------------
eSfeRo(sejenis choc)

selamat datang dan selamat mengundi.

-----------
nisa nine

"semoga kita semua tergolong dlm golongan yg benar"

-----------
alan zed

Tak pakai baju sebab kool.. (untuk menggoda isteri)
hehe. :) senyum jahat.

AKMAL AND ANIP said...

Assalamualaikum..moga bro Hamka dipanjang umur supaya mampu berdakwah melalui blog. Sebagai manusia, tidak lari dari kesilapan maka yang benar diambil dan yang silap dijadikan tauladan.wallahualam

kelip-kelip disangka api.. said...

Salam, buat Hamka dan Ustazah rock

Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Rela ku mengejar mu seribu batu jauh lagi
Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenang lah gelombang lautan
Ku masih setia

Korus
Ada kah engkau yakin ini cinta
Ada kah engkau pasti ini tuk selama lama nya
Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

lagu di atas ditujukan untuk abahku, suamiku, abang-abangku, adik-adik lelakiku.. dengan ucapan, ketika khujuz..
pada titis airmata sembunyi kerana susah dan payah kalian..
pada keluh berat fikir pada ummat kerana pujuk rayu disalahertikan..
pada doa berulang-ulang menyebut namaku sebagai isterimu..

-sungguh, hanya Allah swt jualah bisa membalasi kalian dengan sebaik-baik balasan. ;)

zackyah fimiyun said...

uish...wpun aku dah tak tinggalkan komen disini,tapi aku tak tinggalkn rutin mbaca blog kau yang hangat..

kau tetap best..truskn mnulis smp kau btul2 mayat..

Hamka said...

blog ini pun ada tarikh mati jua..

mungkin sebelum aku jadi mayat, blog ini sudahpun mati..

wallahu'lam.

naufif said...

wah.. aku notice ada org kater jgn terlalu extreme dlm mencari dunia dan beribadah. patutkah pertikaian yang sebegitu rupa keluar?

aku setuju kalau xterlalu extreme dlm mencari dunia tapi bab2 ibadah ni kalau nak cakap tu, minta pikir2lah dulu. maafkan aku kalo ada yg terasa.

tapi aku pun terasa gak bila ada yg ckp macam tue. walaupun aku ni hina n xberkorban demi agama, tapi aku tetap terasa.

berbaliklah pada sirah Rasulullah SAW. Baginda SAW merupakan penghulu segala Nabi2 dan juga Kekasih Allah SWT yang ma'sum lagi sempurna.

Tetapi mengapakah Baginda SAW beribadah setiap malam sekurang2nya 70 rakaat dan berdoa menangis2 walhal Baginda SAW tiada dosa. Adakah itu extreme? Wushh.. Jgn ckp mcmtue lain kali. Baginda SAW, Rasulullah maa.. Kalau dah Kekasih Allah SWT macamtue, kita pun patut macam tue. Malu la.. Adus.. itu baru bab semayang, xpyh la nak buka citer lain lagi. phm2 jela.

N aku pantang ada org guna perkataan 'extreme' dlm agama ni. Islam hanya satu. Tiada extreme, liberal, sekular, hadhari, fundamental atau sewaktu dengannya. Jgn guna istilah Yahudi lagi! (aku xmara, geram sikiiiiittt je..) Masalah2 di atas hanya berkaitan dgn yg faham agama n xfaham agama. dan yg sakit mahupun lemah iman, dan yg sihat n kuat iman. itu je.. jgn dok pandai guna istilah sendiri..!!

Sahabat2 R.Anhum yang berjaya di dunia dan di akhirat, xpernah minta dunia ni. Xpernah minta apa2 yg berkaitan ng dunia ni. Xtaula kalau aku xtau. Tapi setahu aku itu lah. Malah diorg korbankan lagi dunia ini semata2 untuk agama, itu terbukti.

Maka Allah SWT ini Maha Mengetahui dan Maha Pemurah. Allah SWT bagi dunia sekali pada diorg (kekuasaan empayar). Itupun jenuh diorg menolak semata2 takut lalai daripada Allah SWT. Tapi demi umat, amanah tetap dipikul dgn hati yg berat. Xda pun yg cari dunia. Check balik dlm Al-Qur'an tentang janji Allah SWT. Kalau kita cari dunia, maka Allah SWT akan bagi gak tapi azab yg pedih akan menanti, tapi kalau siapa yg mencari akhirat semata2, maka Allah SWT akan bagi juga dunia pada mereka.

Dunia dan akhirat sama2 perlu. Tetapi lebih afdhal jika dilebihkan akhirat kerana ianya kekal selamanya. dan perlu diingat bukan semua perkara perlu seimbang. lebih2 lagi bab ibadat. rujuk pada ustaz yang mursyid. InsyaAllah. walaubagaimanapun, dunia tetap perlu sebagai asbab dan keperluan, bukan sebagai maksud dan tuntutan.

Moga Allah SWT berikan kita pemahaman yg lebih lagi dalam segala perkara. "Ya Allah, terimalah kami semua sebagai hambaMU yg mengikut sunnah kekasihMU. Amin.."

Wallahu'alam.. Maafkan aku yg hina ini.

**Hamka, sori terpanjang la plak. Aku xmara, cuma geram je. heheh. tp dah cool dah.. Hahah..

Hamka said...

"Gua tak angkat Pot"

hafizulidham said...

Ilah adalah

1. Sesuatu yang hati condong ke arahnya.
2. Sesuatu yang hati nampak penyelesaian masalah padanya.
3. Sesuatu yang hati rasa mesra dengan kehadirannya.
4. Sesuatu yang hati rasa tenang dengan kehadirannya.

Soalan. Adakah salah sekiranya hati aku condong kepada isteriku, nampak selesai masalah jika kupandang wajahnya, hatiku mesra dengan kehadirannya dan jua tenang tika dia hadir di sisi.

Zul

Hamka said...

Dan apa yang akan berlaku jika isterimu itu tiba-tiba mati..

apa yang berlaku pada hatimu?

Kita boleh cinta isteri, tapi kita patut cinta Allah lebih dari segala-gala...

Sebagai manusia yang lihat isteri zahir depan mata dan Allah pula ghaib, agak sukar untuk mencintai yang ghaib lebih dari mencintai yang zahir..

kerana itu para Nabi seperti nabi ibrahim sanggup berpisah dengan anak dan isteri kerana Allah,..

Nabi Ibrahim sanggup sembelih anak kerana Allah..

Nabi Muhammad SAW sanggup lihat anaknya lapar kerana Allah..

Aku pun tak faham, sedang belajar mencintai Allah lebih dari segala-galanya..

Bila isteri aku mati nanti, baru aku tahu setakat mana iman aku.

Aku sedang belajar.

Doakan aku.

AziRa said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Kasi terbakar itu ekor syaitan..

Hmm.. bagus2.. dah kurang gado2.. camni la.. =)

Lailahaillallah.. Tiada Tuhan selain Allah..

Anonymous said...

salam

satu lagi penyakit org yg x fhm agama ni..kita slalu lupa kot..iaitu "ujub" namanya...selalunya bila ada org2 yang baru belajar agama skit2 then terasa diri lebih baik dr org lain..mulala rasa,semua yg dia buat betul then org lain sume salah...ujub ni kan rase ajaib pada diri sndiri..sedangkan rasa ajaib tu hanya layak utk Allah..dan aku amatlah bersetuju..jgn dakwah kerana niat nak betulkan org..nnt frust x hengat nnt..naudzubillah

Hamka said...

angguk-angguk

:)

nasir said...

bro,kalo ko nak sedutan kitab muntakhab,fadail amal dan hayatus sahabah bolehlah gi kat www.virtue-of-amal.blogspot.com. Kalau sape2 nak copy paste dipersilakan..semuanya original takde edit punya.Thanks

Hamka said...

bagus!

limaumaniss said...

aku doakan kau wahai en hamkan..doakan aku juga yg belum lagi bersuam....tgh pening macam mana nk bg tau mak bapak ku...ada dua yg datang sekali gus....camne ek?ada idea cara macam mana paling bagus untuk beritakan kepada org tua ku??

aduh peritnya!!!

Hamka said...

bagi tahu sahaja semasa makan malam kat luar kau belanja, atau kat rumah kau masak.