Jan 2, 2008

Berbeza Pendapat Itu Rahmat?

(Please stop me if this sounds like a Wahabi)

Sudah 2008...

Dah masuk tahun ketiga kereta mayat meronda di sini, dan sudah ada pembaca blog ini yang jadi mayat..

Tahun ini giliran siapa pula?

Mungkin aku, korang dan mereka...

Apa-apapun, aku cecah juga ke tahun 2008 ini dengan Izin Allah dan kini aku sudah sebaya dengan Encik Superman, dan sudah sebaya dengan ahli shurga..

Woha!

Mengenang kembali zaman yang di lewati dulu, rasa macam baru semalam akan kenangan itu berlalu.. (aku tak jumpa ayat yang lebih baik untuk prosa ini-maaf)

Zaman rock kapak, di mana orang muda pakat-pakat pakai seluar ketat, pergi sekolah pun pakai seluar ketat, nak sarung bukan main susah.., nak senteng dah tak boleh dah, lagi bagus budak budak hari biru zaman sekarang, remaja pakat-pakat pakai seluar longgar, senang nak senteng untuk ambik wudhu.., Alhamdulillah..

Zaman tu siapa yang ada rambut mengerbang di kira hensem, di tambah dahi berjambul dan belakang mesti mau panjang.., kalau boleh cecah bontot.., ntah apa-apantah?

Masa tu jugak aku jadi apa ke jadah ntah?, ikat salah satu peha aku dengan sapu tangan yang biasa koboi pakai kat tengkuk, apa motif sebenar aku tak tahu, ramai pulak yang pakai macam ni.. kira rock kapakler, konon brutal ler tu ikat paha macam orang yang cedera kena tembak.., , tapi lagu..huh! jiwang habis, slow rock.., cedera di tumpaskan rinduler pulak...

Tajuk lagu usah cakap ler, C.I.N.T.A, Cinta Bandar Tasik Selatan, Cinta di Taman Rashidah, Sebotol bedak Sakura di padang Sahara, Cinta Suci dalam Debu, Bermadu di langit biru, berenang lautan api, Cinta Kenangan Silam, Cinta kopi dangdut (ops, ini bukan) dan apa apa lagilah..

Itu belum lagi nama perempuan untuk tajuk lagu, seperti Ana, Rozana, Isabella, Rashidah, Syakilla, Nabila, Julie, Sufi, Seri, Sakura, Meh Wa, ayu, Seri, Camelia, Maizo dan Fiona. (ops, ini lagu rap),

Apa apapun, entry ini bukan nak cerita pasal aku, rock dan kapak.., tapi bila aku tulis tajuk enty ini, aku terus teringat dengan satu nama penyayi kumpulan rock Ekamatra, iaitu abang Rahmat.

Untuk Ekamatra, Aku tahu setakat tiga lagu saje, dan akan mengaplikasikan lagu itu mengikut keadaan..

Pada zaman itu, jika aku suka kat sorang awek, tapi awek tu tak suka aku (biasa begini), aku akan tujukan lagu "Antara Gadis”..

Dan jika ada awek pulak yang suka kat aku, tapi aku tak suka (jarang-jarang berlaku), aku akan tujukan lagu "Hanya Persinggahan”..

Dan kalau aku berada di lebuh raya , aku akan nyanyi lagu "Pusara Lebuh raya”, lebih kurang begitu..

Pendek cerita,
Pada Satu hari , Akak aku yang hanya baca ruangan artis bila belek akhbar menyampaikan berita bahawa Rahmat telah keluar dari kumpulan Ekamtra.., lalu aku bertanya:

"Habis siapa yang ganti Rahmat?"

"Bala!"

Jawab kakak aku sambil tersengih tak lawak.., hampeh!, kita habis cerita kennagan kapak tu kat situ, Kita dah jauh melencong, kita kembali kepada tajuk utama cerita kita hari ini.., sebab aku nak ulas tentang Rahmat dan Bala, di sebalik Perbezaan Pendapat..

Aku rasa, sebelum korang dan aku rosakkan tahun baru korang dengan bawak sikap buruk seperti tahun-tahun yang lepas, elok benar kita kaji serba sedikit tentang perkara ini, iaitu:- adakah benar, perbezaan pendapat itu Rahmat?

Kerana, melalui jalan yang berbeza pendapat di kalangan ummat islam, telah berlaku perkelahian serius yang sentiasa berulang sejak zaman berzaman lalu mencecah hari hadapan.

Dan antara aku dan korang yang 'istiqamah’ baca blog ini, juga mempunyai sedikit kalau tak banyak akan pendapat yang berbeza dengan aku, lalu korang tak puas hati, dicaci dan dikejinya aku..

Kemudian, ada pembaca yang bijak yang mengkaji perbezaan pendapat antara kita lalu terbukalah hijab kefahaman ugama ke satu tahap yang lebih baik untuk diri masing-masing.., Alhamdulillah..

Kepada mereka yang gagal untuk ambik kebaikkan daripada perbezaan pendapat antara korang dan aku, semua ini mungkin di sebabkan korang tak paham apakah maksud 'Rahmat’ di sebalik setiap perbezaan pendapat..

Aku pun hampeh tak paham.., tapi korang yang hampeh macam paham telah lebih mengcemar duli dengan menghampehkan suasana...

Bila aku baca komen korang, aku bukan nak marah, tapi aku kasihan...

Aku betul-betul kasihan...

Semoga kita semua berjaya masuk shurga.. amin!

Baiklah, aku bukan nak cerita pasal korang yang aku kasihan, tak nak kutuk ke apa, tapi hari ni aku nak cerita tentang ummat islam yang telah terbahagi kepada dua pahaman, iaitu..

Fahaman satu:- Bersetuju dengan perbezaan pendapat
Fahaman Dua:- Tidak Bersetuju dengan perbezaan pendapat

Akrian, terdapatlah satu puak di kalangan Ummat islam dewasa ini yang menyangkal tentang Rahmat(kebaikkan) yang terdapat di sebalik setiap perbezaan pendapat di kalangan Ummat islam yang ikhlas. Lalu mereka menganggap bahawa ini adalah palsu dan sesat lalu bertanya, sekiranya Berbeza Pendapat Itu Rahmat, adakah tidak Berbeza pendapat itu Bala?

Niat mereka baik, agar Ummat islam kembali kepada satu Ijtihad sahaja seterusnya perpaduan dan penyatuan akan menyelamatkan ummat islam.

Dan di tambah lagi dengan terdapatnya perpecahan di kalangan ummat islam akibat Pendapat yang berbeza, seterusnya mereka hidup berpuak-puak dan saling caci mencaci antara satu sama lain, saling sakit menyakiti dan sering menumpahkan darah.. semua itu berlaku hanya kerana berbeza pendapat..

Jadi kat situ nampak macam ’Bala’ lah pulak..

Namun hakikat yang kita kena sedar dah faham, sesungguhnya perbezaan pendapat itu memang sudah berlaku sejak zaman berzaman, dan juga berlaku walaupun di zaman Nabi Muhammad SAW. sendiri.

Sebagai contoh, ketika Nabi dan para sahabat bermusyuarat untuk memutuskan hukuman terhadap tawanan perang, Saidina Umar r.a mencadangkan agar di bunuh sahaja mereka semua, manakala saidina Abu Bakar r.a mencadangkan agar di ambil manafaat iaitu membebaskan tawanan dengan syarat sekian-sekian, dan Nabi telah bersetuju dengan cadangan Abu bakar r.a, dan di laksanakan seperti yang di cadangkan oleh beliau,
Keesokkan harinya, Abu bakar dan Nabi Muhammad SAW telah menangis kerana telah turunnya ayat Allah yang lebih setuju dengan cadangan Umar r.a..., namun keputusan semalam tetap berjalan kerana sudah di musyuaratkan..

Jadi kat situ dah ada dua Pendapat yang berbeza terhadap tawanan perang, dan jika kita ikuti kisah kisah sahabat dalam perperangan yang seterusnya, maka kita akan dapati betapa mereka telah dapat membuat pilihan terhadap tawanan perang sama ada nak bunuh atau bebas bersyarat, bukankah dengan wujudnya ’pilihan’ itu satu Rahmat (kebaikkan?)

Menurut riwayat, Abu Ja’afar Mansur pernah mengarahkan Iman Malik menulis sebuah kitab yang bebas daripada Kekerasan Abdullah bin Umar r.a dan kelonggaran Abdullah bin Abbas r.a, menunjukkan terdapat perbezaan pendapat di kalangan sahabat.

Bagi aku, dengan adanya ’Pilihan’ dalan sesuatu Perintah Allah, adalah satu keringanan dan kemudahan, Dan ini adalah Rahmat.., tapi ianya masih tertakluk kepada terma dan syarat.., sebelum aku pergi kepada adab Berbeza pendapat, aku nak tulis lagi tentang beberapa fakta tantang perkara ini..

Sempena hari aku rajin bukak kitab (hari ni tiba tiba rajin), boleh jumpa macam –macam perbezaan pendapat di kalangan sahabat nabi Muhammad SAW...

Antaranya:-
  • Menurut saidina Umar r.a, sentuh kemaluan membatalkan wudhu, sedang saidina Ali r.a dan Abdullah bin Mas’ud kata tidak batal.
  • Menurut Abdullah bin Umar r.a dalam tayamun, tangan perlu di debukan hingga ke siku, tapi Saidina Ali r.a berkata cukup sekadar di pergelangan tangan.
  • Biasa di kalangan sahabat, solat witir 3 rakaat tapi Muawiyah r,a buat satu raka’at sahaja, kemudian, apabila hal ini di laporkan oleh Kuraib seorang hamba kepada Ibnu Abbas, , berkatalah Ibnu Abbas r.a, janganlah kamu mengingkarinya, kerana beliau juga seorang yang faqih.
  • Saidina Umar r.a di tanya orang, adakah tuan akan melantik Khalifah pengganti tuan? Jawab beliau, Jika aku tidak lantik penggantiku, aku berpeluang untuk tidak melakukannya kerana Rasulullah SAW tidak melakukannya, dan aku juga boleh melantik penggantiku kerana Abu Bakar r.a melantikku.
  • Hukum liwat menurut Abu Bakar r.a adalah di bakar api, tapi menurut Abbas r.a perlu di buang dari tebing tinggi dengan kepala menjunam.
  • Hukum mencuri adalah potong tangan kiri pada zaman Saidina Abu bakar, tapi di zaman saidina Umar tidak berhukum demikian.
  • Menjual hamba bersama anak di benarkan di zaman Abu bakar r.a, tapi di larang di zaman Umar r.a.
  • Saidina Umar tidak setuju menghantar tentara usamah ketika Rasulullah wafat, Tapi Abu bakar tetap menghantarnya,
  • Saidina Umar tidak setuju Khalid r.a menjadi panglima perang, tapi Abu Bakar r.a tetap melantik Khalid, namun apabila saidina Umar memerintah, beliau memecat khalid.
  • Dan lain lain..(rujuk Ustaz)

Begitulah akan selalu kita dengar kisah tentang perbezaan pendapat di kalangan para sahabat Nabi Muhammad SAW..

Di sini timbul pula banyak soalan,:-, mana satu kita nak amal? Yang mana lebih baik?

Tak payah pening kepala bergaduh bab ini...

Hakikatnya, kerana perbezaan pendapat inilah, maka ianya menjadi Rahmat ke seluruh alam dengan terwujudnya 4 Mazhab yang sedang di amalkan di seluruh dunia pada tika dan saat ini, yang mana dalam setiap Mazhab ada keringanan, kemudahan, dan keberkatan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Bersyukurlah dengan adanya Iman 4 Mazhab itu menjadikan satu standard yang mudah dan betul untuk kita taat perintah Allah mengikut ehwal Ummat islam..

Bukankah itu Rahmat??

Mereka Ulamak-ulamak yang ikhlas, telah habiskan masa mengkaji Sunnah Nabi dan Ijtihad sahabat lalu memutuskan satu amalan sahaja agar Ummat dapat bersatu dalam beribadat kepada Allah..

Siapakah antara korang yang berani mengatakan Imam Malik, Imam Syafee, imam Hambali, atau Imam Maliki telah tersalah dalam berijtihad lalu sesat dalam Mazhabnya?

Naduzubillah!!!

Sedang mereka mempunyai Dalil dan Nas, kefahaman tentang Sunnah, dan telah mengorbankan kehidupan untuk ugama..

Sebelum korang nak argue, Perlu di ingatkan bahawa, mereka tidak Berbeza pendapat dalam perkara yang Teras, tapi lebih kepada cabang, itu yang kita kena faham betul betul...

Maka kerana itu jika korang teliti dalam bab cabang melalui 4 Mazhab ini sahaja, sudah terdapat 150 perbezaan pendapat hanya dalam 4 rakaat solat, belum lagi bab-bab yang lain... (demikian mengikut Buznama, aku qoute sahaja)

Tak pernah ke dengar perbezaan pendapat di kalangan ulamak akan waktu mustajab doa makbul pada hari Jummaat? Atau malam lailatul qadho? Adakah semua itu sesat?

Nauzubillah,

Walhal, semua itu adalah Sunnah nabi, amalan kekasih Allah, hanya Allah yang dapat mengekalkan amalan kekasihnya yang menjadi 'tugu cinta’ yang di zahirkan dalam bentuk Mazhab(perbezaan pendapat) lalu merentasi benua dan dunia sehingga ke hari kiamat.

Bermakana sekarang, dalam setiap 24 jam, melalui 4 mazhab yang sedang berjalan serentak di seluruh benua, maka terzahirlah semua amalan kekasih Allah yang menjadi Rahmat ke seluruh alam.. ,

Hanya Allah yang mampu kekalkan amalan kekasihnya melalui Perbezan Pendapat sampai hari kiamat..

Faham tak?

Nak mudah nampak akan kebaikkannya pula, aku bagi contoh masa korang pergi Haji dan terpaksa pulak bersesak di tempat yang ramai manusia dan dah tentu ada percampuran lelaki dan perempuan, maka pada ketika itu ada Mazhab yang berpendapat bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu, begitulah contoh kecil kebaikkan yang terdapat dalam perbezaan pendapat yang mana mengikut Mazhab kita (syafee) hukumnya adalah haram bersentuhan bukan muhrim, lalu berapa ramai pula penganut islam yang dapat menjaga iman mereka dengan membataskan pergaulan.

Baik, aku masih rajin menulis, aku tambah lagi, (yang baik dari Allah..)

Pada suatu hari khaifah Abbasiah, Harun al Rahid telah menyatakan hasratnya untuk meletakkan satu kitab Muaatta yang di karang Imam malik di dalam kaabah dan mengistiharkan wajib setiap ummat islam beramal dengannya, tapi tidak di persetujui oleh Imam malik sendiri, dengan berkata bahawa semua sahabat betul dalam ijtihad mereka,
Janganlah melarang dan membingungkan orang ramai,

Hazrat Umar bin Abdul Aziz yang juga di panggil Ummar kedua berkata;
”Aku tidak akan merasa senang(gembira) jikalau para sahabat nabi tidak berbeza pendapat di antara mereka, kerana jikalau mereka tidak berbeza pendapat, maka tidak adalah ruang bagi pelbagai pendapat”

Kemudian beliau menulis surat kepada rakyatnya...

”Setiap kaum hendaklah beramal sejajar dengan fatwa ulamak ulamak mereka.”

Maksudnya di sini adalah, jikalau para Sahabat bersepakat dalam membuat keputusan dan siapa yang yang beramal bertentangan dengannya menjadi orang yang meninggalkan sunnah, maka Ugama yang akan berkembang ke seluruh dunia menjadi terhad untuk di amalkan oleh semua bangsa dan budaya di seluruh dunia. Andai kata sahabat mewajibkan pakai jubah dan naik unta, atau jual unta islam yang boleh simpan Al-quran dan pakaian sembahyang, bukankah ianya akan menjadi masalah di kemudian hari? Namun, bersyukurlah bahawa dengan berbeza pendapat di kalangan sahabat, adalah satu rahmat dan apabila kita menuruti mana-mana pendapat di kalangan mereka, dengan kefahaman yang betul, maka kita tidaklah tergolong dalam meninggalkan sunnah..

Namun hari ini, kerana gagal mencari kebaikkan dalam perbezaan pendapat membuatkan Ummat islam berpecah belah, berpuak-puak, saling khianat mengkhianati, caci mencaci, dan akhirnya saling bunuh membunuh... dan masing masing seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meletup sahaja.

Walhal, Iman Syafee apabila menzirahi kubur imam Abu Hanifah, dan kemudian masuklah waktu subuh, Imam syafee telah solat tanpa baca dengan jahar (kuat) bismilllah untuk al fatihah dan tidak memabaca qunut selepas rukuk.

Lalu di tanya orang, kenapa tak baca qunut sedang tuan berpendapat qunut itu sunnat dalam subuh?.

Lalu jawab Imam Syafee, kerana aku beradab dengan penghuni kubur ini lalu aku meninggalkanya,

Takde masalah bukan?

Namun yang jadi bala adalah apabila berlaku salah faham tentang Rahmat(kebaikkan) yang terdapat di sebalik setiap perbezaan pendapat di kalangan Ulamak lalu terdapat Ummat islam yang dengan sebebas-bebasnya memperbaharui pendapat, memperbaharui tafsir, merelevenkan system kapir atau mengislamkan system bukan islam, menambah burukkan tamadun yang mana akhirnya semua itu telah mewujudkan suasana Bida’ah yang melampau..

Semua itu berlaku dengan menghalalkan setiap ’perbezaan pendapat’... dan berijtihad dengan fatwa yang sesuai dengan nafsu..

"mereka semua tu ulamak, semua betul, kita ikut sahaja yang mana berkenan, kalau salah dapat satu pahala, kalau betul dapat dua pahala”

Begitulah respon mereka pada aku..

Kata aku:, 'agak-agak’ dalam membuat pilihan ke atas Ulamak kerana kita sekarang berada di akhir zaman, ada ulamak dunia dan ada ulamak akhirat.. Dan ketahuilah bahawa apabila terdapat perbezaan pendapat pada yang Hak (usul) maka itu adalah jalan kesesatan yang akan membawa kepada segala kerosakkan,

Mana mungkin perbezaan pendapat ke atas yang Hak boleh di terima, seperti tak apa meninggalkan solat jemaah dengan sengaja, tak salah meningkalkan dakwah, tak salah tak bayar zakat, tak salah tak tutup aurat, tak apa ambik riba, itu ini begitu begini.., semuanya adalah perkara yang Hak dalam ugama.., pendapat baru itu begitu bertentangan dengan ijtihad sahabat dan sunnah nabi sendiri..., bukan semudah itu! kerana Nabi ada bersabada:- Ummat ku tidak akan bersetuju dan berpakat di atas kesesatan...

Lain tempat nabi bersabda;
"Aku berdoa kepada Allah agar Ummatku tidak akan bersepakat diatas kesesatan dan Allah memakbulkan permohonanku ini.”

Maka siapa siapa antara kita yang bersetuju atau bersepakat diatas kesesatan, maka fahamlah sudah, bahawa pada waktu itu takut-takut, telah gugur pengiktirafan 'ummat Nabi’ ke atas kita, Naduzubillah!!

Kemudian bila ada Pakcik Ulamak yang cuba pertahankan Hak ini, maka meraka akan di anggap sebagai islam tua, kono, ortodok, tak urban dan tidak cool..

Kepada Pakcik Ulamak, biarlah mereka nak tuduh pakcik tidak cool ke apa, nanti bila pakcik masuk shurga dan mereka masuk neraka, pakcik cakaplah kat mereka..

”Pakcik sebenarnya jauh lebih cool dari korang”..

Secara kesimpulannya:-

Berbeza pendapat itu rahmat, dengan syarat apa yang di bezakan tetap dari Sunnah nabi sendiri.., jika tiada dalam Sunnah nabi, boleh di rujuk kepada Pendapat Sahabat atau Ijtihad mereka..

Tiada perbezaan pendapat untuk Syariat, Ulamak Ikhlas tidak akan berbeza pendapat dalam bab solat, riba, puasa.. yang berbeza adalah cabang...

Apabila kita di beri 'pilihan’ dalam beribadat, bukankah itu Rahmat?
Dan inlah yang di katakan perbezaan pendapat yang salah dapat satu pahala dan betul dapat dua pahala.., faham?!

Akhir kata, di petik dari Buznama...

Sesungguhnya..

Di langit sana, terdapat dua malaikat, satu menghukum dengan keras dan satu lagi menghukum dengan ringan, kedua-duanya adalah betul, mereka ialah Malaikat Jibrail dan Malaikat Mikail.

Kemudian, di dunia ini pula, Terdapat dua orang Nabi, seorang menghukum keras dan seorang menghukum lembut, namun, kedua-duanya adalah betul, Seorang ialah Nabi Ibrahim dan seorang lagi adalah Nabi Nuh a.s.

Akhir sekali, di kalangan Ummat terbaik, terdapat dua orang sahabat Nabi terakhir, seorang menghukum keras dan seorang menghukum lembut, Seorang ialah Abu bakar r.a dan seorang lagi adalah Umar r.a.., namun.. kedua-duanya adalah betul,

Apa lagi nak di kata?

Ps: Aku masih banyak yang tak betul, terima kasih kerana mengajar aku jadi manusia..

43 comments:

azharjaafar said...

Pengawas sekolah aku dulu
masukkan botol oren kat kaki
seluar bebudak. Sape yang
kantoi botol tu tak muat
kena denda kutip sampah dan
kena oter balik la seluar dia.

Habis waktu sekolah gi jemming kat Pertama. Maklumla, sekolah dalam bandar. Alhamdulillah tak mati masa tu! Allah masih bagi aku peluang buat kerja keNabian.

Anonymous said...

Alhamdulillah, lunch break ni nak naik kereta mayat le kejap. Syukur kepada Allah kerana akak sempat juga naik kereta mayat di tahun Masehi yang baru ni.
Hamka, ko ni ada letak ganja ke kat blog ni. Apsal rasa ketagih kalau sehari tak dapat naik kereta mayat ni?? Akak mati tak nak naik kereta mayat tau... tu kereta bawa mayat orang bukan Islam. Akak nak jadi mayat orang Islam, umat Nabi Muhammad SAW, akak doa kita semua mati dalam Islam sebagai umat Nabi Muhammad SAW....Ya Allah perkenankan permintaan hamba Mu ini ...

Perbezaan pendapat??? ...tanya sama itu hud hud...
Ok le bye dulu, nak lelap le kejap, ada masa lagi ni, letehhhh.

Masih Mencari cari...

Blogder said...

Assalamualaikum

Nak tanya sebenarnya,
"Woha" itu apa ertinya? Or just an expression saja?

It never fails to make me laugh.

enam-kaki-dalamnya said...

hamka

kalau makan kuaci atau twisties sambil baca blog ko ni boleh tak?

boleh tak baca blog ko ni smbil dengar radio?

mana lebih ok, baca blog ko ni sebelum subuh ker atau sewaktu minum petang ?

apa khasiat makan daun pudina sambil baca blog ?

Hamka said...

azharjaafar

Aku punya sekolah pulak, kena denda pakai kain batik, nak malu apa?, aku kat rumah selalu pakai kain batik, anak nelayan katakan..

Tak nak di tuduh bodoh kerana bercakap tentang diri sendiri, aku ulas:

Ilmu: kain batik murah di terengganu.

Berita: Kain batik dah terkenal di dunia.

-----------
Akak..

Akak cari apa? Burung hud hud ke?

-----------
Blogder

Walakumusallam..

Aku dah lama tulis jawapan kau itu kat tepi blog ini, cuba check

-------------------
enam-kaki-dalamnya

kalau kau nak baca sambil korek hidungpun boleh..

Cuma jangan baca waktu nak nazak..

org belum giler nak mati takut plak said...

sekolah... dulu aku pernah lari dari sekolah.. sebab semua budak malas dan lembab, kadang-kadang kena laser dengan aku.
bukan pun teror, tapi suasana sekolah boleh menyebabkan aku jadi bodoh.. hasil keras kepala aku dulu, kini banyak aku rasa kehidupan hilang keberkatan iaitu dalam diri aku berkurangnya amalan kebaikan dan ibadat rasa susah dan jemu.
rahmatnya bila aku dah rasa bongkak, riak dan takabbur, aku baru sedar apa rasa bongkak, riak dan takabbur dan sedar sifat ini sgt bahaya dan perlu intensif course - rawatan cuci sifat buruk dalam hati. wohaa nak dapat rawatan nie kat mane ek?
-aku nak angkat pot lah!

nur_zhizn said...

salam..baru je baca blog ni..n baru baca pasal perbezaan pendapat ni...kat rusia ni pon sama je..sampai gaduh2 kalau ckp pasal ni..entahla...dh bosan...yg penting kerja dakwah tu jalan jer..malas nk gaduh ngn org terer2 ni...bkn ape...kadang2 kesian kat bdk2 yg tgh semangat nak blaja agama..diorg pun sama ikut pening...padahal yg bab "teras" pun ade yg tak tahu...

Blogder said...

Ahh ok. I get it. Sorry it escaped mata ambe :)woha!

UmmuSarah said...

Salam Hamka,
Lama tak mengomen...cuma sempat jadi silent reader.Ehm...nampaknya ruangan blog nie dah jadi semakin hangat.
Allah maha pengasih. Dia jadikan agama itu mudah untuk semua. Manusia berbeza2; bangsa, budaya, keturunan, etc. Yakinlah, atas setiap perbezaan pendapat itu ada hikmahnya.Mungkin ada hukum2 yg sesuai utk sesuatu kaum adalah sesuatu yg sukar utk kaum yg lain. Yang penting ingatlah pesan rasulullah saw...mafhumnya, Janganlah kita pecahkan hati saudara seislam kita kerana hati2 mereka itu lebih mulia dari Kaabah. Berlembutlah dalam mengajak manusia dekat pd Allah. Ini peringatan utk diri saya sendiri.

Hamka said...

org belum giler nak mati takut plak

Ok, kepada siapa yang tak tahu apa itu pot, mengikut polis wanita yang baca blog ini mendakwa bahawa pot itu adalah sejenis ganja atau benda-benda yang memabukkan.

Dalam kamus rock kapak, perkataan, “gua tak angkat pot” yang sering di guna pakai oleh penulis blog ini, ianya Mendifikasikan satu perbuatan yang mana apabila seorang itu sedih atau bimbang, mereka tidak akan pergi mimum arak untuk mabuk, atau hisap dadah, atau angkat pot unutk lupakan masalah hidup..

Tapi sebaliknya mereka cool dan berlagak sempoi..

Lalu berkata:-

“gua tak angkat pot”

Ps: “gua” itu adalah bermaksud “saya” bagi lu-lu yang tak tahu..,

----------
nur_zhizn

Itulah pasal, Orang yang perasan terer ugama, bila dah bergaduh, ramai budak jadi pening dan mungkin mereka akan anggakt pot..

-----------
Blogder

Woha!

--------------
UmmuSarah
Asih ada pembaca yang bijak dan pandai..
: )

Aku dah lama tak pukul orang said...

Aku rase nak doa masuk neraka jer orang yang mulut dia lancang (komen2 yang bodoh dan bangang) dan tak berbudi dalam berkata2..

Seseungguhnya engkaulah wahai pembacul dan penakut nak mampus (baik mampus jer..) yang tak faham tentang perbezaan pendapat ini, lalu kutuk dan maki orang dalam blog ini.. Harap hidup ko menderita! Sebab aku benci orang yang macam kau!

Kalaulah kau adik aku, dah lama aku bagi pelempang dua tiga das atas muka engkau..

Peace kepada sahabat semua

Wan Mohd Faiz said...

Assalamualaikum..

InsyaALLAH sahabat dan tuan2 yang mulia..

Mengikut cerita satu Imam, nama dia Imam Farouq Hussein, berpengetahuan luas dalam bidang agama, beliau menukilkan pelbagai caranya kita boleh melihat apakah itu agama. Orang yang paling insyaALLAH berjaya di sisi ALLAH ialah mereka yang melihat agama dari segi MELIHATNYA UNTUK MENGAMALKANNYA DAN BERDISIPLIN DENGAN SETIAP HUKUM AGAMA PADA DIRI SENDIRI DAN BERLEMBUT DENGAN MANUSIA LAIN..

ATAU dengan perkataan mudahnya..

BERAMAL DENGAN HARAPAN DAN TAKUT SUPAYA ALLAH SELAMATKANNNYA DARI AZAB...INGAT SELAMATKAN DIRINYA DARI AZAB..

Jadi, untuk mengenal pasti samada kita telah berjaya memurnikan agama dalam diri kita, kita hendaklah melihat agama itu untuk KITA AMALKAN bukan UNTUK ORANG LAIN AMALKAN (AMARAN: Sila fikir dengan penuh intelektual).

Sebagai contoh:
Satu hari, seorang lelaki telah bangun berqiamullail dan berdoa. Selesai sahaja menunaikan solat subuh berjemaah beliau berzikir dan membaca ALQURAN sehingga sampai waktu untuk solat Isyraq..

Selepas selesai solat Isyraq beliau bersiap untuk pulang ke rumah. Sesampainya beliau di tengah jalan, beliau terserempak dengan seorang lelaki yang terbaring di tengah jalan sambil di tangannya memegang botol arak.

Beliau mempunyai dua kemungkinan dalam hatinya iaitu,
1) Dia lebih baik daripada lelaki yang terbaring itu
2) Lelaki yang terbaring itu lebih mulia daripadanya

Jika dia merasakan dia lebih baik daripada lelaki itu, maka DIA PATUT MALU DENGAN ALLAH DAN RASA DIRI DIA ADALAH AHLI NERAKA DAN BELUM LAYAK MASUK SYURGA
(bagi aku memang tak layak pun.. ade ker rase diri sendiri mulia dan hina orang lain??).........

Moral: cuba tuan2 fikir kenapa Imam itu memberi contoh sebegitu?

Bukankah semua dari kita ini hina?
Bukankah semua dari kita ini patut merendah diri?
Bukankah semua dari kita ini MUSTAHIL akan masuk syurga jika ada perasaan sombong walaupun sebesar zarah?
Bukankah kita ini hanya dapat beramal dengan izin ALLAH?

Jadi, marilah bertaubat dengan pelbagai dosa sombong dan merasa diri banyak amalnya..

Secara logik: Rasa2 ALLAH suka ke orang yang sombong?
Jawapan: Aku pun tak suka.

We are from the dust, and we will become the dust someday..

P/S: Apa ada pada dust?????

azharjaafar said...

Wan Mohd Faiz, aku pinjam
cerita kau ni, masukkan dalam
blog aku ye. Makasey..

Hamka said...

Aku dah lama tak pukul orang

Sabar sayang, jangan lempang orang dan jangan doa orang masuk neraka,

Namun, kerana merekalah yang komplen itu ini begitu begini, tiba tiba, entry aku 'beranak'..

Tak pernah-pernah aku ada entry yang beranak pinak..

cuba kau check balik entry: bagaimana buat blog best, siap ada anak lagi lepas dah habis 'ps"..

lawak btul..

--------------
Wan Mohd Faiz

Dan apa pulan yang ada pada stardust?

----------
Azhar

ambik, jangan tak ambik
:)

ahmadbusu said...

Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat.

Hadith di atas adalah tidak benar bahkan tidak berasas langsung. As-Subki berkata, saya tidak mendapati bagi hadith ini sanad (saluran rawi), samada sahih, lemah (daif) ataupun palsu (maudu')

atau

perbezaan pendapat sahabatku menjadi rahmat bagi kamu.

Hadith ini lemah sekali.

atau

para sahabatku adalah seumpama bintang-bintang,oleh itu apabila kamu berteladan dengan sesiapa sahaja dari mereka maka kamu akan mendapat petunjuk.

Hadith ini adalah palsu.

Hadith-hadith di atas bercanggah dengan Al-Quran. Ayat-ayat yang melarang perbezaan pendapat dalam perkara agama dan menyuruh bersatu di dalamnya sangat mashur.

Firman Allah s.w.t., mereka masih sahaja berbeza pendapat, kecuali orang-orang yang mendapat rahmat daripada rabbmu. (Hud,11/118-119)

Firman Allah s.w.t, janganlah kamu termasuk di dalam golongan orang-orang musyrikin yang memecah-belah agama mereka menjadi beberapa golongan. Setiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. (Ar-Rum,30/31-32)

buleh bagi pendapat x? :)

nur zur said...

Ahmadbusu...

Jika tuan nak ambil pendapat, saya syorkan tuan tanye lah orang yang pandai hadith.

Kami ni rata-rata tak de lah belajar tinggi-tinggi. Nak dengar satu hadith sehari pon susah. Amal tu belum tahu lagi.

Apatah lagi nak komen ttg Quran dan hadith.

Wan Mohd Faiz said...

Ala cik Azhar nih, segan2 pulak..
Macamlah kita ni orang lain, dulu kan kita pernah main bola sekali kat padang kan.. ingat tak? ingat tak? (Cerita ini hanya rekaan)
Ambillah...

~I have the stardust in my eyes now~
Meaning:To be uncritically or unrealistically optimistic. Ahaks~~

TukangKarut said...

nice blog...
blog ini best smp aku lupe nak wat keje.. wakaka..

sape pon kaw tuan blog.
ape pon kaw buat.
aku doakan kaw panjang umo :)

ps: manusia yg pendek akal fikiran cam kita ni leh pertikaikan hadis ka?
dosa ke x dosa kalu pertikaikan?
lagi2 ayat al-Quran.

zarzh said...

Masyaallah, hebat analisa sdr.

Kadang-kadang, seriau juga nak naik kereta mayat sdr ni, teringat kat Ipoh tahun 80an dulu, biasanya, mana-mana malaun yang ditangkap tak berpuasa dibulan Ramadan, akan dibawa dengan kereta mayat kebalai...

Hamka said...

ahmadbusu

Kat Malaysia ni ada tak “Muhadthisin”(gelaran untuk orang yang pakar hadith dan hafal semua hadiht, termasuk hadith palsu dan lemah”

Kalau ada, cuba kau pergi Tanya dia..

Ps; aku tak tahu siapa itu As Subki, aku memang jahil, boleh cerita sikit siapa itu As-subki.., serius, aku tak tahu?. Dan aku kenal ahmad busu yang dalam sitcom “pi mai pi mai tang tu.

---------
nur zur

Anda benar..

--------
Wan mohd faiz

Mata sebelah kiri aku bergerak-gerak

Bermakna: mata sebelah kanan aku tidak bergerak..

--------
TukangKarut

Jangan best sampai lupa baca quran, zikir dah ler..
He he he

--------
zarzh

Bukan anlisa aku, aku ambik dari kitab orang yang bergelar Muhadithin.., pakar hadith..
Aku ‘point’kan sahaja..

azharjaafar said...

Aku pon kenal Ahmad Busu
pi mai pi mai tang tu.
Dan aku tahu jugak ape kerja dia.

Anonymous said...

Hari Jumaat ni rehat panjang le pulak, naik kereta mayat sat...errr Hamka pinjam kereta mayat gi Alamanda sat leh tak???.

Tempat akak keje ni, pemandu kereta mayat = pemandu kereta jenazah = pemandu ambulan = pemandu van = pemandu bas/lori dan proton. Cite satu ...Satu hari tu kete proton kena hantar service, so staff despatch tu tak de transport nak hantar surat, so pemandu tu bawa le kete mayat. Kesian, staff wanita tu balik pejabat nangis sebab tak pernah naik kete mayat hantar surat.

Cite dua, satu hari jugak, tak de transport nak gi bank, staff lain lak pegi bank naik kete mayat, sampai bank, orang kat luar bank tu tercengang-cengang tengok kete mayat berhenti depan bank.... staff tu ketawa.

Hamka, errr burung Hud hud tu boleh buat rendang tak?? akak dah lama tak makan rendang ayam, sejak isu "BABI-BABI" tu (bukan maki ye).
Jawapan soalan mu akak cari apa... yang ku cari issyy... banyak betul... tak tersenarai...jadi 'biarlah rahsia' ewah macam lagu Siti lak.

Berehat sebentar...

Masih Mencari .. biarlah rahsia...

alan zed said...

masa zaman nabi, dah ada perselisihan pendapat. apa tah lagi sekarang. hurm...

abu_harraz said...

Aku nak mencelah.

Pasal perbezaan pendapat.

Segala yang telah disepakati oleh ulama Ahli sunnah wal jamaah, yang dalam lingkungan 4 mazhab, maka wajib kita turuti kerana ia kesepakatan ulama'. Bukan Ulama' solo2 tapi satu kelompok Ulama.
Tak perlu di ulas lagi, dan kalau nak ulas pun, itu pendapat peribadi. Dan pendapat peribadi tak boleh suruh orang lain ikut.

Segala perkara baru yang belum ada kesepakatan, bolehlah diulas dan diberi pendapat peribadi. Dan pendapat peribadi tak boleh suruh orang awam yang lain ikut. Perlu kepada kesepakatan ulama'.

Sebab itu , tak mudah nak keluarkan hukum, dan tak mudah nak pandai ubah hukum dan tukar2 mazhab.

kata-kata "ambillah dari fatwa hati - bukan utk orang perseorangan, tetapi untuk orang yang layak."
Ya kita diberi akal utk berfikir tetapi adakah hati kita bersih yan gmemungkinkan pandagan kita tepat?

Maka, kita yang hidup tak mengabdikan diri 100% pada agama, jangan lah rasa layak untuk ambil fatwa dari hati.

The only 'fatwa dari hati" yang boleh kita ambil dan akan dipertanggungjawabkan kita untuk guna pakai ialah bila mana kita nak pilih mazhab.

Caranya kena betul dan faham, dan followlah mazhab itu.

Sebab apa Imam Bukhari, dan segala muhaddisin yang power2 tak buat mazhab sendiri?

Sebab mazhab yang 4 punye method sudah lengkap, dan terperinci serta menyeluruh.

Fahamilah 4 mazhab dan fahamilah kenapa ada 4 mazhab..setelah sekian lama...hingga sekarang..

Kena perlu ada mazhab baru??
Kenapa kena keluarkan pendapat baru kepada perkara yang sudah nyata?
Kalau dibenarkan dan berleluasa, semua orang akan kata mazhabnya yang terkini , sesuai dengan zaman..

panjang nak citer..tapi kena blah skang ni....

kesimpulan...
siapalah kita...
dizaman yang telah amat jauh dari zaman sahabat. Zaman kegemilangan ISLAM...
nak berfatwa dan bermazhab baru..
dapat phd, terus nak kata tak payah solat atas kapal terbang dan sebagainya...
dapat gelaran professor, terus rasa layak gubal undang2 islam, fekah dalam ibadah dsb....

Memang kita akan ditanya atas apa yang kita yakini, maka pelajarilah dan fahamilah method untuk memilih dengan betul, lantas mengamalkannya..

Aku nak sambung belajar..babai..salam.

p/s - Aku bukan anti kemajuan atau anti kemodenan.

abu_harraz said...

Sambung..
aku mals nak translate..sapa nak ilmu bolehlah translate..aku ada hal yang kononnya penting..

*************************
Sebenarnya this statement of Imam Shafi'i RA is well abused by the Ghair-Muqallids (i.e. Salafis / Wahabis / Ahlul Hadith / Kaum Muda etc.)

"Kalau ada Hadith Sahih, itulah Madhab ku." - this is the famous quote attributed to Imam Shafi'i RA.

In this response, I hope to explain sufficiently within the little time I have, InshaAllah.


The Priorities of Work Among The Classical Ulama

Not many people are aware that the scholars who came with the specialisation of authenticating Hadith only came after the four Imams i.e. Imam Abu Hanifah RA, Imam Malik RA, Imam Shafi'i RA and Imam Hanbali RA. Then only after them did the famous Imams of Hadith came in e.g. Imam Bukhari RA, Imam Muslim RA, Imam Tirmidhi RA, Imam Abu Daud RA etc.

Imam Bukhari RA had the chance to meet Imam Hanbali RA, who was then the scholarly elder of reference of that time. When Al-Jami'as Sahih (Sahih Bukhari) was checked - the other three Imams RA had already passed away, and Imam Hanbali RA (the last of the four) was already elderly.


The Madhabs of Imam Bukhari RA and Other Muhadditheen RA

Not many people know also that Imam Bukhari RA and most Muhadditheen RA were of the Shafi'i School of Jurisprudence. We must understand that the skill of authenticating Ahadith (which is the expertise of the Muhadditheen) and the skill of deriving Islamic Law i.e. Usul-ul-Fiqh (which is the expertise of the Fuqaha) are two TOTALLY DIFFERENT skills. Its like comparing John Terry (football player) with Jose Mourinho (football manager). Both are extremely skillful - but their abilities are different.

This is why we do not see Imam Bukhari RA innovating his own Madhab. Nor Imam Muslim RA, Imam Abu Dawud RA, Imam Tirmidhi RA etc. and all Muhadditheen RA. Infact - these Muhadditheen RA were Muqallids i.e. they adhered 100% to the system of derivation of Islamic Law concocted by Imam Shafi'i RA.


The Application of Hadith - A SYSTEMATIC SCHOLARLY RESPONSIBILITY

This is why - even when we have Ahadith classified in Bukhari as Sahih, we do not negate that Hadith. But we follow what Imam Shafi'i RA has expanded to PRACTICE Hadith. Imam Bukhari RA gave us the CONTENT of Hadith. But he did give us:

(i) the CONTEXT of Hadith and its IMPLICATIONS and APPLICATIONS
(ii) the SYNERGY and INTEGRATION of that Hadith with hundred and thousands of others.

This is why again we say - many people are unaware of the rank of the Four Imams of Fiqh RA. Why are there only four? The fact is - there were thousands of Fuqaha RA. But their systems became obsolete when the systems of these four Imams RA came around. A symple analogy is the Trishaw (Becha) - massively used in Kelantan before the 1990s. After people became more well-off, the Trishaw became extinct / less-used because:

(i) people could now afford cars / motorbikes
(ii) taxis became more abundant and was more affordable

So - at the same time, because the CONVENTIONS used by the Four Imams made so much sense, was COMPREHENSIVE, and had the MINUTEST ATTENTION TO DETAIL, that's why we see that only these four Madhabs survive.

There is this notion that the Imams RA gave opinions to be so-and-so because they did not have access to Hadith and documentation / authentication as those who came after them. THIS IS WRONG. Fact is - they had access to ALL Hadith, they memorised MOST of them (in hundreds of thousands inclusive of SANAD), they kept a biography of the narrators, the interlinked the narrators, and therefore they understood FULLY the synergy between all CONTENT, CONTEXT, NARRATORS and THE LINK UP TO NABI MUHAMMAD SAW.

The negative impact of having so many Sahih Bukharis, Sahih Muslims, or Sahih Abu Dawuds in bookstores is that people think that these are the core sources of Islamic law. What they don't know is that these kitabs only provide the CONTENT. They do not elaborate on the CONTEXT as well as how things are derived (USUL-UL-FIQH) which are also derived from the Sahih Ahadith of Rasulullah SAW. These kitabs only preserve the words of Rasulullah SAW and the Sahabah RA. They do not preserve in full the EMOTION, the ENVIRONMENT, the PURPOSE, the RELEVANCE and the SUPERSEDENCE NATURE OF AHADITH ( i.e. which Hadith have been abrogated by which ones).

To end, we wish to focus our attention to the fact that Imam Shafi'i RA is known for compiling his Al-Umm - his grand masterpiece of FIQH. This becomes the reference for all adherents of the Shafi'i School of Fiqh. But not many people know about his other grand masterpiece of USUL-UL-FIQH - which is the Al-Risalah - systemising and putting in order the law of derivation of Shari'ah FROM QUR'AN & HADITH rules. Al-Risalah is used by all Islamic Scholars of the highest caliber. Infact - even the Ghair-Muqallids use it, surprisingly.

********************
harap ada kena mengena dgn topic...
point kat sini ialah kenapa ada 4 mazhab...

ledzepp said...

allo bro,,,,wa baru jer nengok blog nie,,sesuai ngn jiwa wa,,byk bondor yg wa tak abih baco laie nie,,moger lu sukses adanya,,

Anonymous said...

Tujuh puluh tiga pintu, tujuh puluh tiga jalan yang sampai hanya satu jalan....
lai lai la la la la lai...
tanya sama itu hud hud la la la la

siapalah saya said...

salam,

Niat kita perlu seperti niat Nabi SAW. Jika niat kita tidak sama dengan niat Nabi mak kita tidak akan diterima oleh Allah, sepertimana imam dan makmum perlu niat yang betul, jika imam niat sembahyang Zohor sedangkan makmum niat sembahyang Subuh, maka sembahyang 'nya' tidak diterima. Jika niat, cara hidup dan maksud hidup Nabi tidak sama dengan kita maka kita tidak ada hubungan dengan Nabi SAW.

-kita bukan pengikut setia Nabi SAW-.

Oleh itu yang paling penting kita perlu betulkan niat kita. Apa yang Nabi niat itulah niat kita. Apa maksud hidup Nabi itulah maksud hidup kita.

ok. ..maka sembahyang 'nya' tidak diterima..
siapa 'nya' ?
ada tak kita bila sembahyang berlainan niat dengan imam?

ada..
ada antara kita tak pun solat subuh, tapi masa zohor solat..
ada antara kita mana ada masa nak berniat dengan imam.. solat pun sendiri-sendiri..
ada antara kita solat sendiri pun susah apatah berjemaah..

semua di atas adalah amalan saya.
bukan orang lain. maka saya memang tidak ada hubungan dengan Nabi SAW... woha.. nangis.. woha..uhuk!

Perkara solat pun saya dah payah nak istiqamahkan bagaimanakah saya mampu meraih rahmat disebalik berbeza pendapat ulamak?

Anonymous said...

Kalau anda ingin tujukan ini utk golongan Kaum Muda rasanya tidak tepat. Adakah semua perbezaan pendapat itu boleh di tolenrasikan?.

Contoh yg saudara bagi pada saya tiada kena mengena dengan masalah sekarang kerana semua contoh saudara merupakan masalah fiqih dan perbezaan tersebut adalah dari kalangan sahabat yg dijamin oleh Allah dengan Radiallahuanhu.

Jika semua perbezaan pendapat dibolehkan kenapakah para ulama memerangi habis habisan golongan sufi, Murjiah, jahmiyyah. Muktazilah, syiah dll.

masalahnya, golongan sekarang sudah salah faham terhadap perbezaan contohnya perkara baru dianggap sunnah dan khilaf sedangkan kalau dikira pd zaman salaf pun mereka halang perbuatan yg ada sekarang

sekadar pendapat......

nur zur said...

sahabat-sahabat mmg ade perselisihan,
tapi mereka banyak persamaan.

Persoalannya, sifat yang common amongst them, ade ke pada diri kita ?

Hamka said...

azharjaafar

moral: jangan jadi pi mai pi mai tang tu.

----------
Masih Mencari ..

Apa-apapun, boleh baca entry khas aku pasal burung hud-hud pada tahun lepas..
Check it out!

----------
alan zed

”itulah”
(sambil melepaskan nafas yang panjang)

-----------
abu_harraz

kau memang patut mencelah…

---------
ledzepp

terima kasih sama lu , lu jangan lupa doa sama gua, doa biar jiwang, tangkap leleh..

--------------
siapalah saya

engkau adalah orang yang mengaku payah nak istiqamahkan solat lalu mengakhiri komen dengan soalan, bagaimanakah saya mampu meraih rahmat disebalik berbeza pendapat ulamak?

(masing masing jawab dalam hati)

-----------
Anonymous

Aku dah tulis;-

((((bukan semudah itu! kerana Nabi ada bersabda:- Ummat ku tidak akan bersetuju dan berpakat di atas kesesatan...))))

pergi baca balik!

-----------
nur zur

Sedang belajar bebarapa sifat sahabat…
Iman, ibadat, ilmu, akhlak, niat dan dakwah..

Semoga berjaya!

ahmadbusu said...

nur zur...
aku mmg x tau bagaimana orangnya yang ada kat sini... dan aku cuma nak tanya kot2 ada yang tau tentang perkara ini... kan ke elok berkongsi ilmu...

hamka...
As Subki adalah salah seorang ulama hadith, nama sebenarnya Ali b. Abd Kafi, Lahir di Subk,Mesir 683/1284, ulama mazhab Shafie dan mujtahid... Telah menulis 150 kitab termasuk At Takmila, Fatwa As Subki dan al Ibhaj fi Sharkh al Minhaj... Pada 739 dia berangkat ke Damaskus di mana dia dilantik menjadi kadi... Kemudian kembali ke Kaherah dan meninggal pada 756/1355...

ahmadbusu pimai2 tangtu mmg feberet aku...

sekiannn... :)

Hamka said...

apa yang aku qoute itupun di ambil dari ulamak hadith, muhadthin (dan bukan ulamak tabligh), nampak ada perbezaan pulak kat situ bukan?

aku membesar dengan lawak ahmad busu dan imuda..

suka tengok gado-gado..(dululer)

ahmadbusu said...

so, apa pendapat ko tentang perkara ni? sedangkan aku sendiri pon setuju ngan apa yang ko tulis... cuma bagi aku, berbeza pendapat yang x melibatkan akidah sahaja yang buleh diterima... :)

Anonymous said...

salam ahmadbusu,

Pernyataan yang kamu bawa tntg hadis palsu dan tkwujud itu belum dipastikan sahih atau tidak, jadi macam mana bro hamka dan orang lain mau kasi pandangan tentang pernyataan kamu itu.

Adakah betul As-Subki, orang yang katakan itu ? adakah betul-betul kamu sudah rujuk kitab dan ustaz tentang kenyataan As-Subki itu ? ataupun kamu cuma copy kt mana-mana dan paste-kannya di sini ?

.....off topic...

lama tkjenguk blog bro hamka, nmpknya gayanya makin berilmiah blog ni..semoga kita sama-sama dapat ambik manfaat, insyaAllah

Hamka said...

ahmadbusu

pendapat aku dah tertulis kat atas.., dan sama macam kau, berbeza pendapat yang x melibatkan akidah sahaja yang buleh diterima... :)

Anonymous

Aku kehilangan pengkomen lama dan pembaca lama, yang pernah memeriahkan keretamayat dulu, tapi telah diganti dengan pengkomen baru dan pembaca baru..

:)

nur zur said...

ahmadbusu,

Saya terlupa, ada kemungkinan ustaz-ustaz yg pakar hadith lewat di ruang komentari blog ini.

Namun, i personally never meet any. [mungkin ada tapi tak tahu status mereka].

Thats y aku mencadangkan tuan untuk cari dan rujuk kepada personaliti tersebut.

Macammana nak cari, aku tak tahu. Yg ni mbe boleh tanya kepada saudara hamka.

-jzk-

Anonymous said...

Assalamualaikum..maaf klu pndpt sy ni salah..bg saya perbezaan pendapat ni akn jadi rahmat mgikut situasi bkn as a whole..sbb bl sy check blik...

- Jika perbezaan pendapat itu dalam masalah fiqh dan kefahaman dalam feqah hasil ijtihad para ulama dengan masing-masing berusaha memahami dalil dan hujah setekun mungkin namun tetap berselisih pendapat maka hukumnya ialah harus dan setiap kumpulan itu berusaha bersatu dengan mentarjihkan (mencari ketepatan) dalam pandangan masing-masing sehingga mampu sampai ke titik pertemuan yang membawa kebenaran kerana kebenaran itu hanyalah satu.


Berkata Abu Muhammad ibnu Hazm : “Adapun hadits yang telah disebutkan “Perselisihan umatku adalah rahmat” adalah kebatilan dan kedustaan yang bermuara dari orang yang fasik.” (Al Ahkam fi Ushulil Ahkam 5/61).

Al Qoshimy mengomentari (sanad dan matan) hadits ini, dalam kitab Mahasinut Ta’wil 4/928 : “Sebagian ahli tafsir menyebutkan bahwa hadits ini tidak dikenal kesahihan sanadnya. At Tibrani dan Al Baihaqy meriwayatkannya di dalam kitab Al Madkhol dengan sanad yang lemah dari Ibnu ‘Abbas secara marfu’.

Janganlah KAMU berselisih dan berbantah-bantah nanti akan hilang kekuatan kamu” (Surah Al-Anfaal : 46).


disebabkan kekeliruan sy tlh mncri sdikit sbnyk pasal ni..harap oleh ulaskan skli lagi..

Allahua3lam
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (Ali – Imran :102)

Hamka said...

aku ingat satu hadith,

Nabi sedang bersedih sebab takut perbezaan pendapat di kalangan sahabat, lalu Allah hantar malaikat bagitahu berita gembira, perbezaaan pendapat di kalangan sahabat termasuk Sunnah.

Aku cai balik hadith ni, jika aku jumpa, kita ulang-kaji

;)

van qif said...

assalamualaikum,

hamka, nak share ni baru jumpa satu webpage yg boleh dipercayai, menurutnya, kebanyakan ulama mengatakan hadis yg berbunyi "perbezann pendapat itu adalah rahmat" adalah hadis maudu (palsu)disebabkan ia tiada bersanad...wahualam

adioss amigoss

Hamka said...

baca lagi entry aku ulang ulang, semoga kamu faham apa yang aku faham, dan takpe tak setuju, janji kamu faham..

ok?

Ibn HAJARS said...

Bismillah. Assalamualaikum kepada mereka yang mendapat hidayah.

ahmadbusu

para sahabatku adalah seumpama bintang-bintang,oleh itu apabila kamu berteladan dengan sesiapa sahaja dari mereka maka kamu akan mendapat petunjuk.

Hadith ini adalah palsu.


Aku pernah jumpa lebih kurang maksud hadis di atas dalam MUTAKHAB HADITH karangan Maulana Yusof dan bertaraf lemah/dhaif.

Hamka said...

ada orang anti hadith, tertutuplah pintu hidayat untuknya..

dan ada orang, anti hadith daif, maka tertutplah juga pintu ilmu untuknya..

wallahu'lam.