Dec 22, 2014

10 sebab kenapa saya 'tolak' vaksin?

(Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui , Surah An-Nahl ayat 43)

 Sunnah Nabi memang terbaik, dan aku tak kesah korang nak tolak asbab dengan ilmu, nak tolak vaksin dengan fakta, tapi yang jadi masalah bila korang tolak asbab dengan kejahilan. Tolak Fakta dengan Auta.

Cuba tengok video hafiz yang lumpuh di atas kerana polio sebab ayah dia menolak vaksin dengan jahil.

Adakah masa depan beliau musnah sepenuhnya? tidak, malahan beliau istiqamah solat berjemaah dan hafal al quran, cuma selain beliau mengajar sunnah, beliau juga berkempen kepada ibu bapa di Pakistan agar tidak menolak vaksin dengan kejahilan kerana dia sampai hari ni sedih sebab tak boleh solat dengan sempurna.

Vaksin ini sains, benda yang boleh dibuktikan,

Agama ini adalah ketuhanan, benda yang tidak boleh dibuktikan dengan sains.

pesan aku jika mahu faham:

Untuk hidup bahagia di dunia, jangan menolak sains, dan untuk hidup bahagia di akhirat, jangan menolak sunnah.

Jika anda tidak kesah anak cacat yang penting ikut sunnah (walaupun anda menolak asbab) aku bukan mahu berdebat, tiada paksaan dalam islam, tapi ada paksaan dalam sains sebab keputusan yang salah kita tentang fakta akan menyusahkan orang lain, tak payahlah nak bangga bagitahu anak saya semua tak ambik vaksin, tapi setahun dah pandai bercakap. Deman sekejap lepas tu baik, itu sahaja hujah anda? Adohai..

Inilah masalahnya bila korang berhujah guna kesan placebo, setakat nak berhujah macam tu aku pun boleh, anak ayah aku, semua cucuk vaksin, ada yang jadi ustaz, guru, usahawan, ustazah, dan ada yang jadi penulis buku, waktu belajar, semua pelajar cermelang, ada yang dapat anugerah dekan, anugerah kejuruteraan dan lain lain, bila berkahwin pulak semua anak cucu sihat dan subur-subur, bab kesihatan, semua bila demam tak sampai sehari dah baik, bla bla bla.. (sampai besok pun tak habis berhujah dengan kesan placebo)

So, aku tak akan berhujah dengan guna data bodoh seperti itu sebab dalam sains, orang bercakap dengan data sebelum dan selepas, fakta di ambil siap buat double blind test bagai, ujian buat pada tikus dulu ke, apa ke, sebelum di uji atas manusia, dan macam macam prosedur yang didokumentasikan dan boleh diulang result base on experiment and observation.

Tapi itulah, manusia ni takut benda yang dia tak faham, sebab tu anti vaksin, bila nak tolak, bukan nak guna logik akal atau fakta, tapi guna serounding authority yang salah siap dengan placebo effect yang dicampur dengan tafsir al quran dan hadis yang tak jelas. Adohai..

Oleh kerana aku ikhlas nak tolong korang, dan oleh kerana korang malas nak guna otak sepenuhnya dan lebih suka tunggu info dan telan bula-bulat apa sajer yang member share kat FB atau whatassp group.

Juga sebab korang malas nak guna otak sepenuhnya dengan cara search sendiri dan kaji (malas nak beramal dengan surah al hujarat ayat 6) dan tanya pada yang pakar, (malas nak beramal dengan surah Ah Nahl ayat 43) maka terpaksalah aku tukar anlogolgi vaksin kepada helmet, sebab bab vaksin ni kena ada ilmu sains dan pandai English untuk kaji, bab Helmet pulak semua boleh pikir sebab benda dah depan mata. He he.

So, cuba bayangkan jika ada ibu bapa menolak anaknya memakai helmet waktu naik motor.

Alasannya:

1. Helmet sebagai teori konspirasi.- Halmet adalah satu Konspirasi jahat Zionisme yang mana bahan dalam helmet boleh membuatkan kepala jadi berat, dan telinga menjadi tuli, maka senanglah yahudi nak menakluk orang islam.

2. Helmet itu bahaya ‘doktor alternative’ cakap Halmet tak organik, kena guna daun-daun kayu sebagai penutup kepala.

3. Halmet ni konspirasi penjual Halmet, mula mula mereka cipta jalan raya agar motor bergerak laju, lepas tu mereka jual Halmet untuk cegah kematian, padahal nak kaut keuntungan, ini semua jarum sulit yang melemahkan ummat islam..

4. Islam agama yang sempurna, Helmet haram sebab menyerupai orang kapir, siapa menyerupai orang kapir maka akan masuk neraka. Lagipun, jika betul Halmet boleh kurangkan kadar kematian jalan raya, kenapa zaman Nabi dulu Tuhan tak turunkan wahyu suruh guna Halmet, cukup kain serban sebagai pegangan.

5. Helmet haram sebab ustaz naik motor pakai serban, kita kena ikut ustaz, Nabi dulu naik unta mana pakai helmet? Bidaah!

6. Tolak Helmet kerana ada benda kotor. Besi kancing Helmet di buat dari besi yang tertimbus dengan tahi. Helmet juga haram kerana ada babi. Dalam selaput helmet ada tulang babi! Walaupun bukan semua halmet ada selaput babi dan benda kotor, tapi saya tolak semua jenis halmet dan berserah pada Tuhan sahaja waktu memandu.

7. Tolak Helmet sebab ramai yang jugak yang mati waktu eksiden. Anak saya pergi Sekolah tak pakai Helmet, ok jer, dah setahun berulang ke sekolah, anak jiran yang pakai helmet baru ni jatuh, lutut dan siku cedera. so sia sia sahaja pakai helmet.

8.Tolak Helmet sebab kepala saya keras macam batu, tak akan mati walau macam mana terantukpun, lagipun mati ni sebab Tuhan yang matikan, bukan sebab tak pakai helmet.

9. Tolak Helmet sebab orang yang jual helmet pun ada yang tak pakai helmet waktu naik motor.

10. Tolak helmet sebab ada kesan sampingan seperti rambut senget, kepala gatal, dan tudung berkedut-
Woha!

Sekian.

Aku bukan nak menghina sesiapa, tapi sebagai orang islam aku malu bila kita tolak fakta dengan hujah yang tak masuk akal. Ummat islam sepatutnya cermelang dan terbilang, bukan sembang dan temberang!


Ps: Akhir kata, berhentilah menipu, atau dalam kes vaksinasi ini, berhentilah kena tipu, Adohai.

Rujukan: Klik sini

Rujukan: Klik juga sini
Post a Comment