Dec 18, 2014

Cara jemput Ustaz Ceramah?

(Aku nak cerita kisah lama yang aku lupa nak pos 8 tahun dulu, baru jumpa dalam celahan folder hari ni, adohai, tajuk asal entry: Bagaimana nak jemput ustaz berceramah)

 “Hello, Asalamualaikum, boleh bercakap dengan Ustaz XX?”

“wa’laikumusalam, saya pembantu ustaz XX, nak jemput ceramah ke?”

“Tak, nak tanya soalan sahaja”

“Ustaz sibuk sekarang ini, tapi jika cik nak jemput ceramah, boleh bagi tarikh, dan dari situ semua ahli jemaah masjid boleh tanya apa sahaja soalan pada ustaz”

“Berapa ‘hadiah’ ustaz ni ambil untuk slot maghrib dan isyak?”

“Paling minimum, RMXXX, tapi jika diberi lebih dengan niat hadiah, kami terima sahaja”

“Wah, kira murah jugalah bayaran yang ustaz kenakan, ada sesetengah ustaz tu sampai beribu ringgit”

“Ha ha, Ustaz xx ni belum popular di TV lagi, baru berjinak jinak masuk radio, bila tarikh jemputan yang cik mahu dan di mana?”

“Tapi saya nak tanya satu soalan dulu, jika ustaz tu jawab dengan betul, baru saya panggil ceramah di masjid kampong saya”

“Hmm, oleh sebab ustaz tak ada, saudara tanya soalan dulu, jika mampu saya cuba jawab, sebab saya ni tak pernah miss ceramah ustaz xx”

“Apa pendapat ustaz tentang air holy water yang dikatakan diberi percuma kepada ummat islam?”

" Air Holy Water adalah air suci orang kristian, cara membuat holywater adalah sangat rahsia, Paderi akan melakukan Hubungan seks dengan sister, bila sister mengandung, janin itu akan digugurkan dan kemudian janin itu akan direndam dalam periuk tembaga yang mempunyai air. Air yang bercampur dengan balang janin Paderi dan sister itulah dinamakan Holy water, sangat bahaya jika ummat islam terminum air ini, lidah se peminum akan jadi hitam dan tidak boleh mengucap sampai bila-bila, air holy water ini adalah jarum sulit orang kristian untuk murtadkan orang islam dengan cara merenjis renjis minuman dan makanan yang terdedah di tempat umum, sebab itulah nabi kita ajar tutup makanan yang terhidang..."

“Ok bye”

Keterangan:

Apa gila kejadah aku nak jemput ustaz yang percaya dengan cerita ala ala teori konspirasi yang langsung tak masuk akal untuk rosakkan otak penduduk kampong. Tak berdosa ke aku jemput ustaz yang mudah percaya pada fitnah? apa kejadah paderi yang berzina dengan sister akan hasilkan air beracun pada orang islam sehingga lidah jadi hitam? Tak logik langsung. Holy water ni air biasa yang ada dalam gereja, lepas tu orang kristian datang celup ambik ‘wudhu’ dengan cara buat salib guna hujung jari yang direndam air tu. Itu sajer, nak hitamkan lidah apa kejadah?. Sesungguhnya, orang yang mendakwa air holy ada kuasa murtadkan orang islam adalah penipu, dan orang yang percaya adalah bodoh.

Tapi akhirnya Manager ustaz tu telefon balik dan bagitahu dia just sampaikan sebijik seperti apa yang di dengar dalam kuliah ustaz XX dan menurut ustaz XX, rahsia holy water ini didedahkan oleh Ustaz XX, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah.

Aku pun ceramah kepada Ejen Ustaz itu bahawa air holy water tak ada kuasa, yang berkuasa hanya Allah, jangan takut pada air, dan jangan fintah orang lain guna air walaupun orang kafir. Nabi tak ajar ummatnya fitnah orang kafir guna air atau teori konspirasi, rujuk surah Al hujarat bab fitnah.

Akhirnya, ejen itu insaf ditempat kejadian. Semoga beliau dan ustaz yang mudah ditipu dengan fitnah internet dapat bertaubat dan terus mengekalkan keinsafan dalam diri sampai mati.

Pesanan ini juga di tuju kepada diri sendiri dan kepada seluruh ummat islam, kerana sehingga ke hari ini, dalam wall FB, whatsapp group, telegram dan lain lain so call internet  masih ada mesej yang menfitnah tanpa kaji seperti: jangan makan burger ramly, sebab ada daging babi, jangan makan mee segera sebab ada racun lilin, jangan guna ubat hospital sebab ada virus yahudi, jangan ambil vaksin anak sebab ada benda kotor, jangan tulis salam, akum, sebab dalam bahawa yahudi bermaksud saya anjing sial, jangan percaya orang ke bulan sebab Al quran dah larang, jangan itu jangan ini. (Jangan jadi bodoh boleh tak?)

Bro, dah nak masuk 2015, internet makin laju, patut makin pandai, tapi mesej berantai dari surat fotostat ke wasap group, duk sebar tanpa kaji, dalam ceramah ustaz pun boleh sebar jugak? Apa Ke jadah?  Adohai.


Ps: Cuba korang tanya ustaz akan soalan berkenaan isu yang kontreversi, jika ustaz tu jenis mudah percaya pada teori konspirasi yang karut marut, maka berhati hatilah bila mereka keluarkan fatwa. Take note.

28 comments:

Anonymous said...

ada ajen yang cas mahal, bila student Uni minta kurang, langsung tak boleh.

Anonymous said...

Saya dan sahabat-sahabat yang bertugas di masjid memang sering mencari-cari tenaga penceramah untuk mengisi aktiviti pengimarahan masjid. Memang sukar untuk mendapat penceramah (baca yang mula bertaraf dan dianggap selebriti) , nak pula untuk masjid yang jauh terperosok dari bandar besar. Mereka tentu lebih mengutamakan di tempat-tempat yang lagi class, bayarannya pun mahal dan lumayan. Saya pernah juga beberapa kali berurusan dengan 'selebriti'..memang nampak macam berusan bisnes pula...



Saya juga lihat, bukan ada apa sangat pun isi ceramah mereka, sekadar cakap-cakap sejam dua dapat bayaran beribu-ribu...Sebelum ceramah kena bayar deposit dulu. Program cansel..hilang deposit..

Saya cukup terkesan dengan seorang ustaz yang merupakan seorang al-hafiz dan pakar hadis, menghafaz hadis dengan sanadnya, setelah memberi pengisian di masjid kami, pengisian yang cukup ilmiah sarat dengan KATA-KATA ALLAH dan RASULULLAH Sallahu'alaihiwasallam, ketika ingin wida' saya menghulurkan sampul duit buatnya..lalu beliau menolak..kami kata kalau ustaz tak nak.. ambillah untuk pusat pengajian tahfiz yang dikelolakan olehnya..juga beliau menolak..
Lalu katanya kepada kami, Ana tak ambil duit dengan cara ini..duit ana dah cukup, sekolah ana pun alhamdulillah..nta doakan ana boleh terus istiqamah menyampaikan ilmu sudahlah.
Mudahan kita semua cuba untuk berjiwa seperti itu...InsyaAllah..

ajim (kerusiburok) said...

fuh fuh mintak2 ramai yang baca entri ni. memang ustaz pon mintak byar mahal2. penah ada pengalaman jemput ustaz untuk ceramah dulu masa kat u.

Anonymous said...

Bro, dah nak masuk 2015, internet makin laju, patut makin pandai,

Bro entry lapan tahun punya ko korek balik...hollywater wakakaka dah basi la bro...

apa kata ko demo minum hollywater macam orang demo makan cadburry?

kesian ko makin lama makin jauhhh...ego punya pasal..

kesian...

Anonymous said...

saya sampai sekarang percaya air itu ada kuasa murtadkan umat islam, terima kasih Hamka.

Zyra Roxx said...

hahahaha terbaik. dulu tak berapa sgt mesej berantai ni. tapi sejak ada whatsapp fuhh berlambak sampai ada yg nk tergelak.

semuanya whatapps punya fasal adakah ini salah satu agenda yahudi jugak? kakakaka

Khairil Mazri said...

Biasalah. Orang melayu & fitnah tu perkara biasa. Anggaplah dia tu tak sedar diri. Lama-lama sedarlah tu. Berdoalah supaya diberi petunjuk.

Pasal zaman berubah, kalau diri tak berubah buat apa?

Anonymous said...

8 tahun kemudian, masih ada yang share holy water ni dekat telegram, mohon share, he he

Anonymous said...

"jangan percaya orang ke bulan sebab Al quran dah larang"

Ha??????????????

eh sekarang orang dah mendarat kat komet dah, masih lagi ada orang cakap macam tu? padahal ahli astronomi Islam banyak menyumbang kepada bidang ni. Nama bintang, buruj pun ada yg nama Arab. Pabende ntah orang percaya karut marut ni

hisham nor hisham said...
This comment has been removed by the author.
Tornado Assassin said...

Holy shit..hihihi

Anonymous said...



"jangan percaya orang ke bulan sebab Al quran dah larang"

Ha??????????????

(( haaaaaa??? Al Quran larang? ustaz mana hajar ko, ustaz hamka tu ker?... kalau setakat ustaz hamka tu bagi ceramah datang free pon aku takmau jemput deh KELAUT jo lebih pung pang pung pang last last cakap orang kafir dan bodoh adoyai..


Al Quran cakap cuba la kalo ko boleh...cuma Al quran cakap " Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan "



pertama Allah cakap tak boleh,

kedua Allah cakap melainkan dengan satu kekuasaan

Aku nak tanya ko
kekuasaan apa yang melebihi kekusaan Allah?

apa ko ingat Allah nak benarkan apa yang dia kata tak boleh dari apa awalnya..FIKIR sikit deh..

ni ayat trick jer untuk hamba dia...iskh isk kesian kalau ada yang tak faham...

Haa kemudian baru Allah cakap

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

yang ni lah poin dia... ko nak kebulan buat apa nak larikan diri dari tempat tetap manusia di bumi?.. nak hidup dekat kawasan yang tak ada sungai,laut udara?..untuk apa?..))

adoyaiiii...

Anonymous said...

eh sekarang orang dah mendarat kat komet dah,

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/11/13/komet/

(( siap boleh buat selfie lagi...cayalah! yang komet tu...hermmm aku rasa tak payah susah susah nak pergi lah, tak lama jer lagi dia sendiri yang akan sampai kat bumi...lepas tu kita selfie ramai ramai ngan komet tu...kalau tak jadi sebahagian dari mayat yang bergelimpangan lah eh..))

Anonymous said...

anon 11:52 & 11.58

betul ler apa yg mike hurai tu..
xsalah pun, btul ler manusia xleh hidup kt bulan & betul juga komet akan dtg sendiri utk hentam bumi.

tapi... apsal ayat mike mcm ade nada xpuas hati plak yee. ?? ape yg mike hurai tu bukan persoalannye...

persoalan sbnr bila ade org2 yg tak percaya manusia kini boleh smpai ke bulan, sdgkan realiti mmg boleh..
org tu pg bulan guna kuasa apa tu xyah ler tanye.. semua tu dgn izin allah jugak...

pokoknye skrg mmg org boleh g bulan.. islam tidak menidakkan ilmu...

Anonymous said...

air itu makhluk Allah..makhluk Allah xda kuasa utk memberi kesan kepada makhluk yg lain kecuali dgn izin Allah..semua yg terjadi dgn izin Allah, bukan lah kerana air atau bende lain...

Anonymous said...

Aku berpandangan manusia tak kebulan atas beberapa faktor...

malas aku nak huraikan kan sini dah penat dah...

kalau ikut pendapat korang ni sepatutnya manusia dah buat rumah kat bulan sekarang ni..jangan cakap pasal Kos tinggilah.. geli jantung aku dengar...

Aku tak paksa orang nak percaya, masalahnya ada satu mamat tu memperbodohkan orang, paksa orang percaya macam dia percaya, ko tak percaya ko bodoh, apa hei teman?... Aku cuma percaya kalau dalam tempoh sebelum kiamat ni memang betu ada manusia secara jasad dan fizikal betul betul jejak kaki kat bulan. Dulu punya tu sorry la eh kartun ko tau...

lagi satu tang metafora bagai ni aduh...

bukan cakap air tu makhluk Allah semuanya ciptaan Allah, Syaitan pon Allah yang cipta..

Aduh peningnya... apa kata korang try minum klorok jap lagi...tak pon try terjun kat sangkar rimau...mana tau boleh main ba ba cak ngan rimau tu kan... Makhluk Allah juga tu...


ADOYAI so called intelligent la sgt


muhammad hatim said...

Salam kepada anon 2:29 PM, December 19, 2014

aku rasa kau ingat hanya neil amstrong adalah satu-satunya manusia yg kebulan , dah boleh google dah , dah ramai dah smpai ke bulan . lembab!

lagi satu part yang ni nampak lagi 2x lembab

"Aduh peningnya... apa kata korang try minum klorok jap lagi...tak pon try terjun kat sangkar rimau...mana tau boleh main ba ba cak ngan rimau tu kan... Makhluk Allah juga tu... "


ada satu kisah dalam kitab ihya ulumudim (lebih kurang kisah) dimana satu hari nabi isa berada yg puncak gunung dan datang iblis yg cakap lebih kurang macam kau cakap . iaitu iblis cakap , "wahai isa cuba kau terjun dari puncak gunung ni , kalau belum ajal kau mesti kau tak mati , sebab yang menghidupkan dan mematikan hanyalah Allah!. kau tahu apa nabi isa a.s jawab ??? nabi isa a.s jawab . hanya Allah yang menguji hambanya , bukan hambanya yang menguji dia .


p/s : kalau tak faham , baca dua tiga kali , jangan risau aku pun dalam kalangan orang yang bodoh =)

Anonymous said...

Korang marah Hamka bukan sebab entry2 yang dia tulis tak direct sokong parti kesukaan korang. Tu je sebenarnya. .

Anonymous said...

Assalam

Antara lain sifat iblis adalah suka bergaduh, dan memutuskan sillatulrahim.

Manakala sifat para nabi dan ambia sebaliknya.

Fikir-fikir deh...

Anonymous said...

Assalam

(( kalau setakat ustaz hamka tu bagi ceramah datang free pon aku takmau jemput deh KELAUT jo lebih pung pang pung pang last last cakap orang kafir dan bodoh adoyai.))

Cakap tak serupa bikin.
Kalau dah tak hingin nak jemput Hamka datang ceramah walaupun free...yang kau sibuk kat blog dia buat aper?

Nak cari publisiti murahan...

Buatlah blog sendiri lawan blog Hamka kalau kau pandai sangat...he..he..geli tali pusat weiii!!

afeb pilah said...

terima kasih!

Anonymous said...

muhammad hatim

(( kalau ko ingat aku fikir hanya neil amstrong jer yang pergi ke bulan, maksudnya ko lah yang lembab aku tak persoalkan berapa ramai yang pergi, pasal aku kata TAK ADA SIAPA PON YANG PERGI!))

(( ko lain kali baca sambil berfikir lah skit sedara,... pertama sekali kenapa nabi Isa jawap macam tu?... pasal kalau dia ikut kata iblis tu tentu lah dia mati.. memang la yang mematikan dan menghidupka tu Allah, pertama sekali aku tanya ko yang suruh terjun tu siapa?...berbeza dengan perintah Allah suruh nabi Ibrahim sembelih nabi Ismail sebab ujian dan perintah tu datang dari Allah, kan berbeza tu..))


Slow lah ko ni sedara...fikir fikir jangan main petik jer ek...


Anonymous said...

kalau aku cari publisiti murahan dah tentulah aku letak nama aku beserta link aku kat sini...

aku datang sini bukan pasal nak dengar coletehan yang konon konon sinikal la sgt dari hamka, pastu komen "ha ha terbaik hamka" muntah aku...

aku nak komen apa yang 'aku rasa' tak betul.. tu jer... suka menjual berani lah membeli ek..

Anonymous said...

anon 2.21 u're pathetic n disgusting

Anonymous said...

haha losser..

muhammad hatim said...

ok saya salah =) . saya lembab =)

Anonymous said...

Bila agama tu dijual. Bila ayat quran dijadikan tangkal, dijadikan hiasan....bila kita sendiri malas mengkaji alquran itu..cuma spoonfeed semuanya..kena kelentong pun telan bulat bulat

Anonymous said...

Apa terjadi jika seseorang itu minum arak??? Adakah perkara yang sama atau lebih buruk terjadi jika seseorang itu minum holy water??? Apapun semuanya terjadi dgn izin Allah...