Aug 10, 2020

Kenapa tidak cerita Politik?

Sempena penubuhan parti baru melayu oleh Tun M, saya nak kongsi kenapa sejak dua tiga menjak ni, saya sangat jarang tulis isu poliltik, sangat jarang hingga boleh di bilang dengan chopsticks!

Sebabnya KPI saya mengulas bab politik dah tercapai.

Kalau korang perasan zaman kegemilangan blog keretamayat dulu, saya memang antara pengkritik parti PAS, sebab saya tak setuju PAS bergabung dengan DAP, PAS kutuk orang islam tak sokong parti dia, PAS kutuk Tabligh. Pas kafirkan UMNO, PAS tak bersyukur dengan Malaysia yang aman, dan banyak lagilah yang saya tak setuju!

Satu lagi, saya memang ada sejarah pahit dengan penyokong PAS, dikafirkan sebab solat di masjid UMNO sejak waktu remaja lagi, hingga saya bawak diri dan pendekkan cerita, belajar agama dengan geng tabligh.

Kemuncak marahnya saya pada penyokong PAS, adalah hari pertama saya dilantik oleh syura menjadi Amir Jemaah tabligh, hari itu juga arwah ayah saya, setelah dipujuk banyak kali, akhirnya ikut saya keluar tiga hari, termasuk adik saya first time keluar, dan bila saya sampai di sebuah surau PAS, saya di halau, depan ayah saya penyokong PAS hina Jemaah tabligh,

Tapi masa tu saya sangatlah sabar, dengan rungutan ayah saya kata saya buat kerja bodoh berdakwah kena hina, dan adik saya itulah first time keluar dan last time keluar tabligh, sebab tak best kena marah.

Malam tu, saya bangun malam dan doakan orang yang halau saya tu dapat hidayat, itu cara saya lepaskan geram, tapi saya manusia biasa, sangat geram tengok penyokong PAS yang perasan masuk syurga dan sibuk kafirkan orang.

Maka dalam blog keretamayat, saya sering kritik PAS bagitahu betapa salahnya mereka bergabung dengan DAP, kafirkan UMNO, tidak bersyukur dengan amannya Malysia, dan selalu saya seru agar PAS dan UMNO bersatu.

Waktu tu ada orang PAS hina dan sindir saya, PAS tak akan bersatu dengan UMNO Munafik! DAP lebih baik dari UMNO!

Mati hidup balik pun PAS tak akan bergabung!! Kalau PAS bergabung dengan UMNO, saya keluar PAS masuk DAP tubuh parti PAN! macam macamlah asaln dan sumpah penyokong PAS waktu itu.

Ada jugak komen tuduh saya macai UMNO sebab asyik kutuk PAS sajer, UMNO bila nak kutuk?

Saya cakap, tak semua UMNO itu betul, apa yang korang kritik UMNo itu ada betulnya, tapi oleh sebab kau mengaku PARTI ISLAM, maka bila kau buat benda yang bertentangan dengan islam, maka saya kritik, UMNO mengaku PARTI MELAYU dan kau dah banyak kutuk dia, fardu kifayah saya dah lepas bab kutuk UMNO,

Tapi saya sayang ISLAM dan sayang PARTI ISLAM sepatutnya jangan bergabung dengan DAP yang menguasai pembakang! Jangan tak bersyukur sangat hidup di Malaysia yang aman ini, jangan perasan ahli syurga jika solat Jemaah pun tak jaga, jangan hina Jemaah Tabligh tu ahli neraka! macam macam lah!

Panjang cerita, akhirnya PAS keluar dari Pakatan yang di kuasai DAP, dan sayalah antara orang yang sangat gembira dengan kematangan PAS dan akhirnya sejarah tercipta, di PWTC.

HAari Jummat yang indah, PAS dan UMNO bersatu, saya ada tempat kejadian, saya ada waktu orang PAS berdiri menyanyi lagu UMNO sambil menangis, saya ada waktu khutbah Jumaat oleh parti PAS di bangunan UMNO, saya ada waktu makcik tudung merah peluk makcuk tudung hijau sambil menangis.

Saya ada waktu pakcik bersongkok dan berkopiah simpan songkok dan kopiah masing masing lalu sama sama bertanjak dan menjerit Takbir!

Saya ada waktu air mata mereka bercucuran bersyukur kerana dah lama sangat mereka bergaduh, dan akhirnya mereka berdamai.

Saya sebagai saksi di tempat kejadian, walaupun saya hanyalah peniaga Tanjak, dan semua Tanjak saya warna merah, biru, hijau, habis di jual, tapi Tanjak warna biru muda tak laku, aduhhhh..

Maka sejak PAS keluar dari DAP lagi, saya tidak mengkritik PAS, saya sokong PAS, dan PAS juga mulai berbaik dengan geng Tabligh, dulu ada poster saya sedang makan nasik di Sri Petaling, saya letak bendera PAS dan UMNO sebagai simbolik kepada KPI saya. Dan Alhamdulilah PAS dan UMNO bersatu. Dan makan setalam, Maka KPI saya dah tercapai,

Tiada lagi krtitikan saya macam awal blog keretamayat dulu.

Saya juga dah tak pakai topeng macam dulu, saya dah buktikan saya wujud, tapi masih pakai topeng patuh SOP PKP. He he

Namun besar harapan saya, jika PAS dan UMNO dapat menang besar dalam MN majority next PRU, tolong gunakan peluang itu untuk haramkan arak, jadikan Malaysia bebas arak seperti Singapore bebas gula gula getah!

Dah terbukti dari segi Sains – arak ni merosakkan organ dan otak!

Dah terbukti dari segi Sosial - arak ni membazir duit, banyak kes gaduh bila mabuk, kes rogol, sumbang mahram, accident waktu driving, bunuh orang, kencing merata dan sebagainya.

Dan bukankah Agama Islam sudah haramkan arak?, sebab Tuhan tahu, arak memudaratkan, mana ada orang minum arak untuk kesihatan otak? Ada bukti sains ke minum arak menjadikan otak kau cerdik? Makin selamat ke orang memandu dalam keadaan mabuk?

Harap kerajaan Melayu Islam MN gabungan PAS dan UMNO akan haramkan terus Arak!

Kita dah ada Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, Bapa Perpaduan, Bapa Pemodenan, Bapa Modal Insan, Bapa Transformasi, itu semua kita dah ada, dan terbaru kita ada Abah!,

Lepas ni harapnya kita ada ada Bapa Penutupan kilang arak!

Woha!

Aug 6, 2020

Ustaz lelaki Curang?

(Pada satu hari di bumi Malaysia)

Ada orang share gambar ini dalam sosme dengan caption: “Baik kahwin dengan artis dari ustaz, artis tak cerai bini, tapi ustaz selalu poligami dan cerai isteri pertama”

Aduh, orang bila dah tak suka, macam macam alasan keluar.

Nabi dulu sebaik baik manusia, tapi bila orang tak suka, di tuduhnya nabi ahli sihir, gila seks, gila kuasa, dan macam macam, itu kita dah rujuk sebaik baik manusia tu, maka apatah lagi jika rujuk pada orang yang korang tak suka so call ustaz semua ni, terus up kisah bercerai ustaz tu sebagai alasan padahal dalam islam sebelum nak letak hokum, dengarlah kisah dua pihak.

Selalu sangat jugak ada pasangan yang lepas kena cerai, di ceritakan keburukan bekas pasangan, apa tujuan entah? Aduhhh. Cerita pulak tu dah tentu berat sebelah.

Sedangkan bercerai itu halal, tapi bercerita keburukkan pasangan adalah haram, jika betul cerita keburukkan itu, ianya adalah mengumpat, da jika salah cerita keburukkan itu, ianya adalah menfitnah, dua dua haram. Dua dua dosa.

Tapi itulah, zaman sekarang, lepas bercerai terus memburuk-burukkan bekas pasangan secara terbuka di FB dan IG? Aduhh

Dah jadi gila macam orang saiko. Macam mana anak nak respek nanti?. 

Nikah, cerai dan rujuk adalah hukum Allah. Semuanya ada hikmah masing masing. Tanpa nikah manusia akan berzina dan zuriat berkembang dengan cara yang salah, tanpa Cerai rumah tangga tak bahagia akan kekal celaka dengan adegan laki pukul bini siang malam, atau isteri curang hujung minggu, atau jenis seksa pasangan, atau lemah batin, dan macam macam masalah hidup, yang mana solusinya adalah bercerai.

Lepas dah berpisah tak boleh move on, jangan cerita buruk, mensyuarat, boleh rujuk balik.

Jika lepas berpisah lebih bahagia, move on,terus kan hidup, dunia ini bukan sesempit perkahwinan korang sahaja. Dunia ini luas, sangat luas, hidup ini bukan setakat nak berlaga lubang kencing sahaja. Besarkan anak anak tanpa perlu melihat ibu bapa bergaduh juga nikmat hidup.

Jadi, ketahuilah, bahawa Nikah, Cerai ini semua hukum Allah.

Cerai adalah jalan keluar, bukan jalan buntu, buat dengan betul akan dapat pahala berganda ganda, yang penting lepas bercerai, wartawan tanya ke, kawan tanya ke, siapa siapa tanya ke, jawab jer tiada jodoh.

Sungguh saya sangat respek dengan artis zaman saya muda muda dulu, yang bila bercerai, dijawabnya tiada jodoh, ingat kes Awie dan Erra dulu? Ingat kisah Vanida Imran dan Rasyidi? Ingat kisah Aziz M Osman dan isterinya? Zaman tu saya tak dengar sangat kisah pasangan burukkan pasangan, cukup jawab “dah takde jodoh”, jawapan yang sangat tepat dengan rukun Iman ke enam,, Alhamdulillah.

Jadi kepada isteri ustaz ke, isteri siapa siapa, atau sang suamipun, jika dah ditakdirkan korang bercerai, jawab sahaja tiada jodoh, tak perlu selak kain tunjuk kemaluan.

Dulu waktu pasangan kita tidur terselak kain, dekat paha tak ada kudispun, tapi tidur kain terselak adalah aib, kita lekas lekas tutup dengan selimut atau tutup pintu bilik takut anak anak nampak, aib pasangan kita jaga, sekarang dah bercerai, kita nak selak semua bagi orang tahu pasangan kita ada kurap? 

Dan bila orang tahu bekas pasangan korang ada kurap, dah tentu korang pun ada kurap juga sebab tidur sebantal, kan? Aduhhh…

Kahwin elok elok, cerai elok elok, rujuk elok elok, hidup elok elok. InsyaAllah bahagia.

Hidup ni tak lama, esok lusa semua mati jadi mayat, elok elok tersusun kubur korang, dan saya nak ambik gambar kubur korang dan letak caption: 

“Dulu saya selalu update FB dan IG cerita keburukkan pasangan saya, sekarang tidak lagi sebab mulut dah penuh pasir”

Woha!

Aug 1, 2020

Benarkah Nabi seorang Pelarian?

“Abang Mayat, tolong ulas isu pelarian? Betul ke Nabi tu pelarian ke Madinah?”

Baik, Nak cerita kisah ni, kita start jauh sikit, iaitu kisah Madinah sebelum Hijrah, dulu nama Madinah adalah Yatrib, dan telah datang moyang Abu Ayub Al ansari dari Bani An Najjar ke Yatrib, dan melihat kaum Aus dan Khazraj sedang berperang.

Tapi lepas berperang, moyang Abu Ayub tengok kaum ni makan bersama, dan saling bantu membantu, macam tak pernah berperang? Lalu di tanya kenapa layan musuh dengan baik?, katanya nenek moyang Aus dan Khazraj, mereka utamakan beri makan kepada orang susah, jadi lepas perang sama sama susah, dan sama sama bantu. Dah jadi budaya mereka bantu orang susah.

Terus Moyang Abu Ayub jumpa pendeta Yahudi dan tanya tentang Yatrib dalam agama mereka, kata pendeta Yahudi, ikut kitab mereka, satu hari nanti ada Nabi terakhir akan berhijrah ke sana.

Baca: Hijrah, bukan Pelarian.

Lalu Moyang Abu Ayub beli satu tanah di Yatrib dan bina rumah dua tingkat untuk tunggu Nabi terakhir datang dan berniat untuk ajak Nabi terakhir jadi tetamu di tingkat atas rumahnya.

Tapi silih masa berganti masa, kaum Aus dan Khazraj masih berperang dan lepas tu baik balik, lepas tu perang lagi dan berbaik semula tapi Nabi terakhir tak datang datang?

Hinggalah Moyang Abu Ayub mati dan mendapat anak cucu bernama ayub bin Khalid bin Zaid bin Kulaib.

Panjang sangat namanya jadi kita panggil Abu Ayub, dan bila zamam Abu Ayub pun masih melihat Kaum Aus dan Khazraj tak henti henti bergaduh maka beberapa pemuka penduduk Madinah pergi mencari seorang yang paling layak untuk di jadikan pemimpin mereka.

Sehinggalah waktu mereka pergi Mekkah berjumpalah dengan Nabi Muhammad, yang mengaku Nabi terakhir dan sedang mencari tempat untuk berhijrah.

lalu buat perjanjian Aqabah, iaitu penduduk Madinah akan masuk Islam, kena terima Nabi sebagai ketua, undang undang kena ikut Al quran, siapa tak setuju boleh keluar Madinah.

Maka begitu kisahnya, Nabi di cari dan dijemput, bukan lari dari Mekkah sebagai pelarian, bila 73 orang Madinah setuju terima Islam melalui perjanian Aqabah ke dua termasuk Abu Ayub, Nabi pun suruh sahabat pergi hijrah ke Madinah, dan Nabi masih stay di Mekak tunggu wahyu untuk dapat tarikh Hijrah.

Ramai orang islam yang pergi secara sembunyi sembunyi sebab orang kafir tak nak Islam tersebar, tapi Saidiina Umar Hijrah secara terang terang.

Nabi pula Hijrah bersama Abu Bakar dan tiba lewat dari semua sahabat.

Tapi di Madinah, dakwah telah berlaku, dan majoriti penduduk Madinah dah masuk islam, lagu nayid untuk sambut Nabi pun dan siap karang.

Jadi Nabi pun datang dan di sambut dengan meriah, (orang sambut pelarian dengan meriah ke?)

Semua penduduk Madinah berebut nak suruh Nabi tidur rumah mereka, (orang berebut ke sambut pelarian nak bagi tempat tidur?)

Oleh sebab Nabi tak nak semua penduduk Madinah kecik hati bab pilih rumah untuk tidur, maka Nabi lepaskan unta tunggangan baginda agar unta itu yang pilih rumah mana Nabi patut singgah.

Terus penduduk Madinah pujuk Unta tapi unta selamba berjalan dan berhenti depan rumah Abu Ayub.

Ya tuan tuan, niat Moyang Abu Ayub Bani An Najar tercapai, akhirnya Nabi masuk rumah Abu Ayub dan jadi tetamu Abu Ayyub.

Abu Ayub minta Nabi duduk tingkat atas, tapi Nabi nak stay bawah senang jumpa sahabat, hinggalah abu Ayub cerita tak lena tidur malam sebab takut nak bergerak duduk atas, takut debu jatuh atas wajah, dan satu malam air tumpah, Abu ayub guna selimut untuk tekap air hingga Abu Ayub dan isteri tak tidur malam takut ada air menitis.

Bila tengok kerisauan Abu Ayub, barulah Nabi naik tingkat atas, dan ya tuan tuan, niat Moyang Abu Ayub Bani An Najar bina rumah dua tingkat untuk sambut Nabi, akhirnya tercapai. Alhamdulilah

Malahan Nabi duduk sana selama 7 bulan (orang bagi pelarian duduk rumah tujuh bulan ke?)

Keeseoknya, merujuk kepada perjanjian Aqabah, maka Semua penduduk bersetuju Nabi jadi Raja mereka (orang lantik pelarian jadi Raja ke?)

Maka dari kisah ni, jelas terang lagi bersuluh bahawa Nabi Muhammad s.a.w bukan pelarian, sebab dua tiga keturunan sebelum Nabi datang, orang dah buat rumah dua tingkat tunggu Nabi datang, lepas tu bila Nabi tak datang datang, orang pergi jemput datang, dan bila Nabi datang orang sambut dengan meriah, lepas tu orang bagi tempat tinggal dan lantik jadi ketua. Malahan bila Nabi wafat, orang lantik Abu Bakar, Umar, Usman, Ali yang semuanya datang berhijrah (bukan penduduk asal) ke Yatrib yang kemudiannya di tukar nama menjadi Madinah.

So Nabi adalah berhijrah ke Madinah, bukan pelarian.

Pelarian ni macam Puak Rohingya yang masuk Malaysia tanpa di jemput,

Malah, kita ada undang-undang yang menghalang orang luar masuk ke negara kita tanpa dokumen yang sah.

Jangan lupa juga, Malaysia tidak pernah mengiktiraf 1951 Refugee Convention. Sedangkan Nabi Muhammad SAW di jemput, disambut, dan di iktiraf.

Dalil lebih islamik:

Diriwayatkan oleh sahabat Wathilah bin Asqa r.a telah bertanya pada Nabi Muhammad SAW tentang Hijrah:

“Saya ingin berhijrah, tapi hijrah mana yang lebih afdal, hijrah battah atau hijrah badiyah?”

Jawab Nabi lebih kurang maksud: Hijrah Battah lebih afdal, iaitu tinggalkan kampung halaman sepenuhnya dan tinggal bersama Nabi memajukan agama di Madinah,

Namun Hijrah Battah sudah berakhir semenjak Fatal Mekah, (Islam kembali ke Mekah) namun, jangan lupa, hijrah Badiyah masih ada dari zaman Nabi hingga sekarang iaitu tinggalkan kampung halaman sementara waktu dan pergi berdakwah dalam beberapa waktu sebelum kembali ke kampung semula.

(Hadis riwayat Tabrani)

Jadi tuan tuan, Jemaah dakwah rumah ke rumah tu adalah Jemaah hijrah Badiyah, bukan pelarian yer.

Jom kita berdakwah gaya hijrah Badiyah dan waktu berdakwah mungkin kita sempat tengok orang lari takut Jemaah hijrah badiyah macam pelarian tanpa izin!

Woha!