Aug 14, 2020

Cara minta Hutang yang mudah?

 (Kepada semua yang nak meminjam dengan saya, baca ini dan bersetujulah di akhir karangan)

Ada kawan lama tiba tiba call, borak sekejap dah tahu apa dia nak, nak pinjam duit, bukan sikit, nak RM lapan ribu. Aduh..

RM80 boleh bincang lagi.. RM8k tu...

Maka saya ambik jalan mudah, saya tak buat perkhidmatan pinjam duit, saya bukan bank, mungkin dia tengok saya pergi daki gunung kinabalu, menyelam di pulau, naik kapal terbang, tulis buku, berceramah, jual ebook maka dia sangka saya banyak duit.

Saya baca kitab Fadhilat Sedekah, adab nak pinjamkan wang, adalah kita mampu halalkan jika orang tak bayar, maka saya tak mampu nak halalkan jumlah banyak macam tu, saya ambik jalan fekah, saya tak boleh bagi pinjam wang.

Lagipun sains bab tak boleh tidur malam adalah bila kita buat benda yang berisiko, otak kita akan serabut takutkan risiko, dan jadi tak mengantuk fikir yang bukan bukan, dah ramai saya jumpa orang tak boleh tidur malam dan ajak saya mengeteh kerana hutang kawan tak bayar.

Ada orang bagi pinjam kereta, lepas tu dia punya gelisah selalu tengok jalan tunggu kawan yang pinjam tu pulang, gelisah dia memang tak boleh bawak bertenang, dan bila kawan tu balik, diperiksa macam polis cari dadah, saya pesan kat kawan yang lain, jangan lagi kau pinjam kereta dengan orang macam tu, kesian dia tak boleh buat sebarang benda lain sebab risau kereta calar.

Dan pesan jugak kat tuan kereta, kalau kau dah gelabah macam gini bila orang pinjam kereta, baik jangan bagi terus, aku tengok pun terseksa!

Maka formula yang sama, jangan pinjam wang dengan orang yang tak mampu korang halalkan jika peminjam tak bayar.

Maka saya cakap elok elok kepada kawan yang datang nak pinjam wang, maaf saya bukan Bank, saya tidak buat perkhidmatan pinjaman wang.

Apa yang terjadi?

Kawan tu drive datang rumah cerita masalah dia, gigih sungguh dia, manis janji dia, tapi saya tetap ikut fekah bab pinjam, bagi jika kita mampu, jangan paksa diri.

Dia datang rumah saya ajak dia naik kereta saya, mengeteh, kereta saya tu baru beli tapi basic, takde radio. Saya cakap dah lama saya nak pasang radio tapi sebab takde duit lebih, maka saya bertahan bawak kereta sambal berzikir dan mengaji.

Dia terus insaf, sebab keretanya ada radio 

Pesan saya lagi, Ada masalah carilah adik beradik, jika mereka buang kau, tentu ada masalah yang kau tak cerita, orang tak buang adik beradik tanpa sebab.

Sebelum balik, saya tunjuk depan rumah saya takde bumbung tempat letak kereta, ya, saya duduk rumah banglo kecil, tanah rumah saya luas, tapi belum ada duit lebih nak buang bumbung parking kereta. Jika ada duit, dah lama kereta kedua saya tu ada radio dan parking bawah garaj berbumbung.

Dia insaf, dan pulang cari penyelesaian dengan adik beradiknya, persahabatan tak putus. Saya bagi duit minyak RM50, dia nak pinjam, saya hadiahkan.

Maka nasihat saya kepada semua anak muda, jangan mudah bagi pinjam wang nanti tak boleh tidur malam, saya tak pernah alami, tapi kenal ramai kawan yang menderita hutang tak dibayar, dan putus kawan.

Jika kita mampu halalkan bila kawan tak bayar, nak pinjam RM 10 ribu pun berilah, tapi jika tak mampu, berilah sekadar yang mampu kita halalkan.

Dan bila dah beri pulak, jangan lupa tulis perjanjian sebab Allah dah pesan dalam ayat terpanjang dalam Al quran, pinjam wang kena bawa saksi dan bertulis.

Biasa saya akan buat whatsapp group, dan akan invite dua saksi dia, dua saksi saya, tulis tarikh pinjam, jumlah pinjam dan tarikh bayar, lepas tu sekali sekala pos dalam wasap tu cerita bab akhirat, insyaAllah belum sampai tarikh bayar si peminjam akan bayar dan left group- woha!

Lagi satu bab kawan kawan minta jadi penjamin, juga nak kena tolak baik baik, salah jamin orang, tak boleh tidur malam di buatnya.

Panjang nak cerita tapi itulah pesan saya, jangan bebankan orang dengan pinjam duit banyak banyak lepas tu lambat bayar, atau tak bayar, berdosa buat orang susah hati.

Dalam islam orang mati syahid yang patut boleh masuk syurga tanpa hisab pun akan tergantung rohnya jika mati tak bayar hutang.

Insaflah, dan maaf kepada yang PM nak pinjam wang atau jadi penjamin, saya tak buat perkhimatan pinjaman wang atau perkhimdatan mejadi penjamin, saya buat perkhidmatan jual buku dan mengarang Tanjak.

Woha!

Jemput follow saya dan set #seefirst. Untuk belajar lebih banyak tentang nota agama kepada diri:

https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube)

https://www.instagram.com/hamka_keretamayat/ (Instagram)

https://t.me/keretamayat (Telegram)


3 comments:

Syaz Rahim said...

Huhu..semoga berkesan

Litah L said...

menunggu jugak ni org membayar hutang.. since 2017 asyik janji melayu ja di kasinya..hukhuk
sikit tu takpa jgk boleh ja halalkan ni mau 8k huhu nangis. bila la dia dapat settlekan hmm

johnny said...
This comment has been removed by a blog administrator.