Aug 6, 2020

Ustaz lelaki Curang?

(Pada satu hari di bumi Malaysia)

Ada orang share gambar ini dalam sosme dengan caption: “Baik kahwin dengan artis dari ustaz, artis tak cerai bini, tapi ustaz selalu poligami dan cerai isteri pertama”

Aduh, orang bila dah tak suka, macam macam alasan keluar.

Nabi dulu sebaik baik manusia, tapi bila orang tak suka, di tuduhnya nabi ahli sihir, gila seks, gila kuasa, dan macam macam, itu kita dah rujuk sebaik baik manusia tu, maka apatah lagi jika rujuk pada orang yang korang tak suka so call ustaz semua ni, terus up kisah bercerai ustaz tu sebagai alasan padahal dalam islam sebelum nak letak hokum, dengarlah kisah dua pihak.

Selalu sangat jugak ada pasangan yang lepas kena cerai, di ceritakan keburukan bekas pasangan, apa tujuan entah? Aduhhh. Cerita pulak tu dah tentu berat sebelah.

Sedangkan bercerai itu halal, tapi bercerita keburukkan pasangan adalah haram, jika betul cerita keburukkan itu, ianya adalah mengumpat, da jika salah cerita keburukkan itu, ianya adalah menfitnah, dua dua haram. Dua dua dosa.

Tapi itulah, zaman sekarang, lepas bercerai terus memburuk-burukkan bekas pasangan secara terbuka di FB dan IG? Aduhh

Dah jadi gila macam orang saiko. Macam mana anak nak respek nanti?. 

Nikah, cerai dan rujuk adalah hukum Allah. Semuanya ada hikmah masing masing. Tanpa nikah manusia akan berzina dan zuriat berkembang dengan cara yang salah, tanpa Cerai rumah tangga tak bahagia akan kekal celaka dengan adegan laki pukul bini siang malam, atau isteri curang hujung minggu, atau jenis seksa pasangan, atau lemah batin, dan macam macam masalah hidup, yang mana solusinya adalah bercerai.

Lepas dah berpisah tak boleh move on, jangan cerita buruk, mensyuarat, boleh rujuk balik.

Jika lepas berpisah lebih bahagia, move on,terus kan hidup, dunia ini bukan sesempit perkahwinan korang sahaja. Dunia ini luas, sangat luas, hidup ini bukan setakat nak berlaga lubang kencing sahaja. Besarkan anak anak tanpa perlu melihat ibu bapa bergaduh juga nikmat hidup.

Jadi, ketahuilah, bahawa Nikah, Cerai ini semua hukum Allah.

Cerai adalah jalan keluar, bukan jalan buntu, buat dengan betul akan dapat pahala berganda ganda, yang penting lepas bercerai, wartawan tanya ke, kawan tanya ke, siapa siapa tanya ke, jawab jer tiada jodoh.

Sungguh saya sangat respek dengan artis zaman saya muda muda dulu, yang bila bercerai, dijawabnya tiada jodoh, ingat kes Awie dan Erra dulu? Ingat kisah Vanida Imran dan Rasyidi? Ingat kisah Aziz M Osman dan isterinya? Zaman tu saya tak dengar sangat kisah pasangan burukkan pasangan, cukup jawab “dah takde jodoh”, jawapan yang sangat tepat dengan rukun Iman ke enam,, Alhamdulillah.

Jadi kepada isteri ustaz ke, isteri siapa siapa, atau sang suamipun, jika dah ditakdirkan korang bercerai, jawab sahaja tiada jodoh, tak perlu selak kain tunjuk kemaluan.

Dulu waktu pasangan kita tidur terselak kain, dekat paha tak ada kudispun, tapi tidur kain terselak adalah aib, kita lekas lekas tutup dengan selimut atau tutup pintu bilik takut anak anak nampak, aib pasangan kita jaga, sekarang dah bercerai, kita nak selak semua bagi orang tahu pasangan kita ada kurap? 

Dan bila orang tahu bekas pasangan korang ada kurap, dah tentu korang pun ada kurap juga sebab tidur sebantal, kan? Aduhhh…

Kahwin elok elok, cerai elok elok, rujuk elok elok, hidup elok elok. InsyaAllah bahagia.

Hidup ni tak lama, esok lusa semua mati jadi mayat, elok elok tersusun kubur korang, dan saya nak ambik gambar kubur korang dan letak caption: 

“Dulu saya selalu update FB dan IG cerita keburukkan pasangan saya, sekarang tidak lagi sebab mulut dah penuh pasir”

Woha!


1 comment:

johnny said...

Are you desperately in need of a hacker in any area of your life??? then you can contact; ( HACKINTECHNOLOGYatGMAILdotCOM ) services like; -hack into your cheating partner's phone(whatsapp,bbm.gmail,icloud,facebook, twitter,snap chat and others) -Sales of Blank ATM cards. -hack into email accounts and trace email location -all social media accounts, -school database to clear or change grades, -Retrieval of lost file/documents -DUIs -company records and systems, -Bank accounts,Paypal accounts -Credit cards hacker -Credit score hack -Monitor any phone and email address -Websites hacking, pentesting. -IP addresses and people tracking. -Hacking courses and classes CONTACT THEM= .HACKINTECHNOLOGYatGMAILdotCOM WHATSAPP +12132951376(WHATSAPP) my services are the best on the market and 100% security and discreet work is guarante