Nov 7, 2017

Cara nak Merisik dan Bertunang?

(Contoh Dialog Juru cakap majlis Merisik dan Bertunang secara Islamik)

Contoh Dulang Hantaran, gambar kiriman pembaca-ehem-ehem!
Minggu lepas kakak aku call bagitahu anak dia nak bertunang dan perlukan bantuan aku menjadi juru cakap dalam majlis merisik dan bertunang

Aku belum pernah buat kerja kerja merisik ni, dan aku anak nombor sebelas dari enam belas adik beradik, maka ramai lagi abang-abang lain yang lebih tua dan berpengalaman untuk diharap tapi kakak aku cakap, penulis lebih boleh di harap. Woha!

Jika kerja merisik dan bertunang ni guna karangan surat, kerjaya penulis mungkin boleh membantu, tapi ni kena mengadap keluarga belah sana sambil bermain kata kata puitis. Adohai.., bakat menulis sungguh tak sama dengan bakat DJ majlis.

Tapi aku setuju jugak akhirnya sebab dah kakak sendiri mintak tolong, lagipun seronok juga jadi watak utama dalam majlis nikah kahwin ni, ha ha.

Jadi kepada korang semua yang tiba tiba menjadi bidan terjun macam aku dan tak tahu nak cakap apa dalam majlis merisik dan bertunang, eloklah korang follow page ini, ada jugak benda yang sebelum ini korang tak tahu tiba tiba jadi terlebih tahu, mudah mudahan.

Cara merisik dan bertunang:

  1. Minta izin dari tuan rumah untuk mulakan majlis, dah dapat izin, Mulakan majlis dengan bismillah, solawat, dan doa ilham dan lain-lain. Jangan baca lama sangat, sekitar seminit dua sahaja. Nak ambik berkat dari firman Allah agar majlis mendapat Rahmat.
  2. Dah kumat kamit membaca perkara di atas yang baca perlahan tapi orang dengar maka mulakanlah salam kepada semua orang penting, terutama Ibu bapa perempuan, ucapkan juga terima kasih kerana sudi terima kedatangan kami dan sedikit taaruf tentang siapa anda, dalam kes aku, bapak saudaralah.
  3. Kenalkan ibu bapa pihak lelaki kepada semua hadirin
  4. Lepas tu bagi tahu tujuan datang, iaiatu nak memetik bunga di taman, nak perpantun ke nak bersyair ke lantaklah, penting sebut nama anak perempuan tu, karang tersilap pinang, orang lain pulak yang kena kahwin.
  5. Contoh ayat: “Sebenarnya semua dah tahu akan maksud kedatangan kami., almaklumlah kedua pihak telah berhubung sebelum ni, zaman sekarang ini, ada telefon ada whatsapp,.banyak perkara telah disepakati, tapi sebagai syarat dalam memuliakan adat dan majlis, kami teruskan juga dengan adat mulia kita bersama. Adapun hajat kami yang utama ialah untuk bertanyakan sama ada puteri tuan rumah ini yang bernama Clever Girl sudahkah berpunya atau belum? jika belum perpunya, alhamdulillah, maka kami ingin sekali memetik bunga di taman bak kata orang dulu dulu, atau dalam Bahasa agama,  kami datang adalah untuk  meminang Clever Girl bagi pihak anak saudara saya, iaitu BoboBoy”
  6. Bila pihak sana bagitahu bunga di taman belum berpunya dan sudi terima peminangan, korang bukak cerita tentang wang hantaran pulaklah. berapakah wang hantarannya? Bincang lah korang ikut perjanjian asal dengan mak bapak Boboboy.
  7. Lepas dah setuju jumlah hantaran, bukak cerita tentang tanda pinangan, biasanya dalam bentuk cincin, lagi bagus adakan dua bentuk cincin, satu cincin merisik (belah rotan), dan satu lagi cincin bertunang. Minta ibu bakal pengantin lelaki bukakan dan tunjukkan cincin ni. Tanya nak sarung terus ke? Jika setuju, terus mak BoboBoy sarungkan cincin ke jari CleverGirl.
  8. (jika kakak Clever Girl belum berkahwin, elok juga bagi hadiah serti cincin atau sepersalinan kain atau apa apa yang munasabah sebab terlangkah bendul)
  9. Dah selamat serah cincin, bincang pulak tempoh bertunang, bincang tarikh kenduri akan datang bila? Di mana? Kenapa? Dan sebagainya. Bincang juga isu Mas kahwin sebab setiap negeri berbeza nilai dan kaedahnya.
  10. Boleh jugak bincang Jumlah dulang balas dan terima atau hal hal berkaitan, jika tak de idea boleh minta ibu bapa BoBoBoy tambah pendapat dan suara masing masing, bagi peluang ibu bapa BoBOboy bercakap sama.
  11. Dah habis semua, boleh baca doa atau lantik abang sulung yang janggut panjang untuk bacakan doa selamat. Doa elok Bahasa melayu, mohon pengantin selamat disatukan, bahagia dunia akhirat, mempunyai anak yang ramai serta soleh solehah dan lain lain.
  12. Lepas habis majlis tunggu pihak CleverGirl jemput makan, korang jangan pandai pandai pulak jemput makan, korang tu tetamu, biar tuan rumah jemput, lepas tu ambik gambar dan beramah mesralah waktu makan.
  13. Jadi begitulah lebih kurang adat dan adab dalam majlis merisik dan bertunang, bagi pihak Clever Girl, hantaran tu jangan tinggi sangat, sebab ada hadis bagitahu, wanita mulia apabila cepat kahwin, cepat beranak dan murah mas kahwinnya.
  14. Pertunangan itu Sunnah, dan Sunnahnya jangan lama sangat bertunang, tunang tanda ikat sementara kerana pihak Boboboy ada urusan yang perlu diselesaikan maka dalam tempoh bertunang tak bolehlah orang lain nak rampas.
  15. Dah bertunang juga bukan tiket untuk bebas bercouple, hukum haram tetap sama macam belum bertunang, jadi  jangan hampiri zina.
  16. Masa bertunang banyakkan belajar urusan rumah tangga terutama bab bab agama, sebab perkahwinan ni kita nak bawa sampai ke syurga.
  17. Bagi yang belum bertunang, jangan bimbang, teruskan doa dan usaha, yakinlah bahawa Jodoh akan datang pada kita seperti mana maut akan datang pada kita, yang mana jika tunggu punya tunggu tapi jodoh tak datang-datang maka berkahwin lah kita dengan maut.Tapi jangan bimbang, walau belum bertunang, dan andai kata kita mati dalam keadaan beriman, jodoh kita tetap setia menanti di syurga, tapi jika kita mati tak beriman, maka membujang lah kita dalam neraka, walau di dunia punyai banyak kekasih!

Okey, tak boleh lama menulis, ramai orang nak ambik gambar, ha ha, menyibuk jer kerja aku  ni.
Woha!

****

Anak saudara aku yang nak kahwin ni. Dengar cerita aweknya suka kat dia sebab rupa ada iras artis Hindustan.

Terus aku tanya bini: "Awak tengok saya sebelum kahwin macam artis mana?"

Jawab puan bini: "Saya tengok berita pelarian Rohingya kesian sangat lepas tu nampak abang ada iras orang tu. Terus rasa kesian dan sayang"

"Menyesal tanya"

Woha!




3 comments:

Hamdan Ahmad said...

Leceh ah merisik bertunang nak kena beradat-adat berhabis duit dan masa semua ni. Baik nikah terus. Buat mana yang patut. Nabi pun tak suka melengah-lengah kawin ni. Duit dok ada tu simpan guna lepas kawin. Tak baik membazir kerana membazir itu saudara syaitan.

Anonymous said...

macam pelarian? win, ha ha

khai said...

Terima kasih atas sharenyerr