Nov 10, 2017

Komen Anti Hadis? Satu penilaian...

(Bedah Komen dari Anti Hadis vs Penyokong Hadis)

Dah lama aku tulis blog, macam macam isu, dan dari ruang komen, ada yang setuju dan ada yang tak setuju. Lalu ramai yang datang berhujah, dan ada yang aku jawab, dan ada yang aku senyap sebab perasan sibuk. Maafkan aku.

Aku pernah berdebat dengan ramai golongan manusia, seperti:

  • Geng taksub politik, Siapa tak sokong parti saya dia jadi kafir, parti saya sahaja boleh bawa masuk syurga dan macam macam fatwa merepek, tapi sejak parti mereka berpecah, dah kurang Nampak komen ganas dari mereka,
  • Geng Anti al quran ataupun melayu Atheits, sibuk nak nafikan kewujudan Tuhan sebab bila  sensara wujud, maka Tuhan tak wujud katanya, apa dia ingat jika ramai orang berambut panjang maka kedai gunting tak wujud? Adohai..
  • Geng Anti hadis tertentu  dan pilih Hadis tertentu sahaja  ataupun wahabi, suka bidaahkan orang dan tuduh masuk neraka jika tambah tambah amal selepas solat, padahal dah lepas solat ikut koranglah nak buat apa apapun, adohai..
  • Geng anti vaksin, yang ni memang panas! Ha ha.
  • Geng Konspirasi, ni pun boleh tahan panas dia, memang tak habis semua benda nak dikonspirasikan.

Lepas tu banyak lagi lah Geng perasan betul , tak sempat nak tulis semua, cumja yang terkini,  Geng anti semua hadis, sampai hari ni masih banyak komen dari mereka, sebab bulan lepas aku up tajuk solat tiga atau lima? Terus mereka komen panjang panjang suruh aku jawab betapa betulnya mereka..

Bila aku baca komen mereka yang panjang maka aku sedar bahawa dalam dunia ni ada dua golongan manusia iaitu:

  1. Orang yang sedar dia bodoh dan sedia untuk belajar, orang sebegini pandai sebenarnya.
  2. Orang yang tidak sedar dia bodoh dan tidak mahu belajar, orang sebegini memang bodoh sombong.


Contoh bila cerita bab solat, Anti hadis berhujah:

"Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui akan cara solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." AQ 24:41: Soalan utama - bagaimanakah monyet, burung, kera, cacing, bulan, bintang, matahari, air, angin, cahaya dan semua makhluk-makhluk ciptaan Tuhan mendirikan sollat? Bolehkah burung duduk bersimpuh semasa tahiyat akhir sambil menegakkan telapak kaki seperti manusia islam yang bermazhab shafie?”

Ok, Nampak tak hujah mereka, sebab nak solat guna akal sendiri, tak nak ikut hadis, maka dalil burung bersolat pulak nak dipertikaikan duduk bersimpuh, padahal ayat tu terang terang tulis MASING MASING tahu cara solat MASING MASING! Jadi monyet, burung, kera, cacing, bulan, bintang, matahari, air, angin, cahaya, tak payahlah nak ikut solat cara mereka, Rujuklah Ayat Alquran yang lain bab cara solat iaitu surah Al Maidah ayat 6: ALLAH SURUH DIRIKAN SOLAT, DAN RUKUK BERSAMA ORANG YANG RUKUK, 

Jadi ikut hadis rukuk bersama orang yang rukuk, adalah solat berjemaah, jika terlewat solat, dan sempat rukuk bersama imam masih di kira rakaat, rukuk pulak Nabi dah ajar, tunduk lurus belakang, jari pegang lutut, tengok tempat sujud dan lain-lain.

Tapi bila aku tanya apa Tafsir Rukuk bersama orang yang rukuk, korang tahu anti hadis jawab apa?

“Bahasa biasa al quran suruh rukuk, Rukuk lah ikut kemampuan, alquran tidak mngajarkan kesulitan, Korang saja suka cari susah nak lebih semua nak tambah”

Tengok jawapan konon macam guna akal, tapi hilang akal, RUKUK IKUT KEMAMPUAN tu bagaimana? Susah ke Rukuk yang Nabi ajar? masuk hospital ke jika Rukuk hari hari? Mana hujjah RUKUK bersama orang yang RUKUK?

Krik krik krik..

Lepas tu aku ada tanya bab urus mayat, dalam Al quran tak cerita detail,korang nak taman macam mana? Jika ikut Al Quran tanam macam burung gagaklah? Kambus begitu sahaja?

Pandai pulak mereka jawab kena guna common sense, ikut masyarakat setempat, jangan aibkan mayat.

Hah! Itu dia! Jika ikut masyarakat setempat, kena ikutlah ajaran Nabi Muhammad sebab masyarakat setempat ikut Nabi Muhammad SAW yang explain detail apa yang ada dalam Al quran.Tak gitu?

(((Note: Jenazah Kasim ahamad yang dikatakan anti hadis, tapi mayat beliau telah di mandikan, dikapan, di solat, dan ditanam guna dalil dari hadis hasil usaha pemuda PAS, tahniah  kepada  ahli sunnah kerana tidak membaikot mayat kasim ahmad, malahan telah layan mayat dengan penuh hormat dan sopan dengan cara merujuk kepada Al Quran dan hadis Nabi.)))

Cerita bab tanam mayat, ada pulak  hujah mereka: Azab kubur tak ada sebab kiamat sahaja tempat hukuman, dalam Al quran tak cerita azab kubur.

Aik? Kiamat sahaja tempat hukuman? tak baca Al quran kisah kaum yang kena azab atas dunia lagi? ke korang baca kitab lain? Tak baca hukuman didunia untuk penzina dan lain lain?

Krik krik krik....

Datang pulak anti hadis lain: “Nabi ajar ummat sembah nabi dengan selawat, cukup sembah allah, jangan sembah Nabi”

Pulak dah? Sembah Allah dan sembah Nabi pun tak boleh nak beza?, Nabi Muhammad SAW ajar solat, yang mana dalam solat dari takbir sampai salam, penuh pujian dan sembah Allah, doa doa nabi ajar, sebut nama Allah, masa lapang, berzikir, sebut nama Allah, baca Al quran dalam solat, puji Allah, dalam rukuk dan sujud, bertasbih nama Allah, maka apa salahnya, tanda terima kasih kepada Nabi yang ajar kami, maka kami selawat ke atas Nabi itupun bila dengar nama nabi di sebut. Tak kan berterima kasih pun salah, kan ada ayat Al quran suruh berterima kasih?

Krik krik krik..

Datang pulak anti hadis lain: “al quran sempurna, tak perlu tafsir dari Nabi Muhammad untuk jelaskan, cuba korang baca buku Kasih Ahmad, satu penilaian semula, maka korang akan faham maksud Al quran”

Eh Eh?, Kenapa ikut tafsir Kasih Ahmad pula?, Al quran kan sempurna, guna akal kami, ikut Nabi Muhammad punya tafsir jauh lebih baik dari ikut tafsir kasim ahmad, Nabi Muhammad di iktiraf dunia manusia paling hebat dalam sejarah dunia, kasim ahmad siapa?

krik krik krik...

Lepas tu baca komen lagi, ada pengkomen kongsi kisah Pengalaman ustaz berdebat dengan Kasim ahmad.

Ustaz Fakhrurazzi: Boleh terangkan cara solat?

Kassim ahmad: Rujul Al quran ayat 14:40. Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah seruanku (doaku).

Ustaz Fakhrurazzi:Itu ayat saya tahu, tapi dari ayat ini sahaja, bagaimana kita nak solat?bagimana cara nabi Ibrahim solat? tanpa merujuk hadis?

Kassim ahmad: Balik! Balik!

Ustaz Fakhrurazzi: Adohai, ingat hebat sangat, bab solat pun tak boleh nak jawab, macam mana nak jawab bab lain. Ok kami balik.

Kesimpulan: Kassim ahmad ni takde hebat sangat pun, pengikut dia sahaja yang buat hujahnya nampak hebat.

Jadi begitulah serba sedikit hujah anti hadis yang konon Nampak bijak tapi sebenarnya mereka tak sedar mereka bodoh dan tidak mahu belajar.

Kita semua faham, Kerja Nabi bagi penjelesan, ada yang faham dan ada yang tak nak faham.
Sebab tu debat dalam bab agama akhirnya tak selesai hingga Allah turun ayat.
"lakum di nukum wali yadin"

Jadi yang solat 5 waktu teruskan, yang tak nak solat 5 waktu kita boleh cerita itu ini, tapi jika mereka tak nak, kita doa kan mereka dan kita terus buat baik. semoga Allah bagi hidayah kepada mereka dan kita semua.

Oh ye, ada komen best aku copy balik:

Kalau kita belajar engineering, kita mesti refer buku teks engineering. Macam mana nak belajar cara refer yang betul masa baca buku teks engineering? Mesti lah belajar dengan pensyarah engineering, yang dilantik oleh pihak universiti.

Kalau kita belajar medic, kita mesti refer buku teks medic. Macam mana nak belajar cara refer yang betul masa baca buku teks medic? Mesti lah belajar dengan pensyarah medic, yang dilantik oleh pihak universiti.

Kalau kita belajar Islam, kita mesti refer buku teks Islam, yakni Al-Qur'an, sumber wahyu dari Allah SWT. Macam mana nak belajar cara refer yang betul masa baca Al-Qur'an? Mesti lah belajar dengan tok guru Al-Quran, yang dilantik oleh Allah sendiri, yakni Nabi Muhammad SAW. Cara refer atau memahami Al-Quran, cara tafsir dan beramal itulah namanya Hadis.

(terbaik!)

Kesimpulannya:

Jika anti Hadis seorang Hospital Director, wajarkah Anti Hadis melantik seorang “doctor” yang datang interview jika dia mengaku belajar medic, hanya melalui bacaan buku teks dan terjemahan sahaja? Setelah ditanya universiti mana dia attend, dengan pensyarah mana dia belajar, dia jawab tak perlu attend universiti tak perlu belajar dengan pensyarah, cukup belajar dengan buku teks dan terjemahan dari KAJIAN SAYA SENDIRI sahaja. Wajarkah Anti Hadis  ambil dia bekerja?

Gunakan akal di tempat yang betul,  kerana guna akal di tempat yang betulah maka aku ambik hadis mutawatir, hadis hasssan dan hadis daif sebagai hujah, hadis palsu akupun anti.

Jadi kerja kerja tafsir hadis ada ilmu yang korang tak nak guna otak langsung, korang nak reject terus.

Ayat yang korang selalu ulang: Al quran sempurna, jika rujuk hadis konon menafikan Al quran sempurna. Adohai..

Jika nak guna otak, mari kita guna simple contoh:

Setuju tak jika aku cakap manusia adalah ciptaan Allah yang sempurna? semua akan setuju, sebab dalam Al quran pun bagitahu manusia ciptaan sempurna.

Tapi dalam penciptaan sempurna, Allah masih buat manusia perlukan air, angin, api dan tanah untuk hidup, dan jika nak membiak manusia perlu berkahwin.

Maka sempurna manusia tu masih perlukan pada ciptaan Allah yang lain untuk menyempurnakannya, manusia tak boleh lahirkan anak sendiri.

Jadi dalam bab Al quran yang sempurna, untuk fahamkan perintah Allah masih perlu kepada penerangan daripada NAbi yang namanya tercatat dalam Al quran.

Gunalah otak, kenapa Allah redha pada sahabat yang tercatat dalam Al quran, dan kenapa sahabat sampaikan hadis bila nak terangkan Al quran?

Jadi ni memang hujah untuk budak budak jer, sedangkan di luar sana dah ramai ulamak termasuk Zakir Naik bahas bab ni,

Aku guna otak, kenapa Zakir naik datang malaysia korang tak pergi berhujah direct? kenapa korang tak berhujah direct dengan orang yang suka berdebat seperti Ustaz Rora, Mufti perlis dan lain lain.

Jawapannya sebab korang bacul intelek, korang tahu akan kalah depan khalayak dan tak sanggup malu, dalam tempat tertutup macam ni korang menyalak hebat berhujah, di pentas nyata korang tak berani, sekarang di masjid masjid ada ceramah UAI dan sebagainya, korang kena berani, pergi berhujah dengan ustaz ulamak, atau berhujah dengan pakar hadis di Masjid seri ptaling malaysia, jangan takut kerana jika korang benar, Allah akan bersama kalian, berani kerana benar, takut kerana ragu ragu dengan kefahaman diri sendiri.

Lalu bila korang bising di sini sahaja, aku memang tak sempat nak jawab semua soalan korang, tapi rajinkalh diri baca explain dari ustaz dalam dan luar negara, mereka guna otak, sebab itulah mereka boleh tapis hadis, macam duit palsu bila masuk pasaran, guna otak untuk tapis duit, guna alat dna sebagainya, bukan reject semua duit.

hadis ni sama macam bidang lain, ada kepakaran yang perlu dilatih, bukan google terus percaya.
Maaf sebab guna hujah biasa sahaja, hujah hebat hebat dan banyak ustaz ustaz guna tapi korang tetap berkeras, so aku doakan korang dan kita semua di beri hidayat sentiasa dari Allah yang MAha Pengasih dan penyanyang.

Jangan lupa Rujuk Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud “Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui” bukan pandai pandai suruh fikir sendiri, itu yang bila tanya rukuk bersama mereka yang rukuk, jawapan ke laut, adohai..

Moralnya, sedarlah diri bahawa kita manusia ni jahil, kena belajar untuk jadi pandai. Jika pandai buat buat bodoh, boleh orang ajar lagi, tapi jika bodoh dan buat buat bodoh memang kesianlah.

Contohnya masa korang naik lif, tiba tiba ada orang yang masuk last dan lift berbunyi alarm tapi dia buat buat bodoh sedangkan dia memang bodoh, orang lain yang pandai malas nak tegur lalu buat buat bodoh jugak sehingga dia yang buat buat bodoh tadi perasan dia betul betul bodoh lalu keluar tak tengok kiri kanan.

Woha!

Eh? Apa melalut cerita orang bodoh dalam lif, Maaf sebab guna hujah biasa-biasa sahaja, hujah hebat hebat dan banyak ustaz ustaz guna tapi korang tetap berkeras, so aku doakan korang dan kita semua di beri hidayat sentiasa dari Allah yang MAha Pengasih dan penyanyang.

Amin.

I love u kerana Allah,

Oh Allah, berikan hidayat kepada anti hadis, kepada saya, dan kepada semua ummat islam dan seluruh mansuia, agar kami semua SELAMAT Dari azab api neraka.

sekian.

(ditulis tanpa membacanya semulal- maaf sebab perasan sibuk)

33 comments:

AMYSSB said...

Salam Tuan Hamka
Guru saya ( ya tuan hamka saya juga berguru, saya juga tanya pada orang berilmu macam tuan, saya juga bersetuju dengan tuan kalau nak berlajar enggenerring kena belajar dari guru enggenring kana rujuk pada buku enggineering tak leh lah rujuk buku sastra, contoh imam shaffie pun berguru hingga gurunya(iman malik) mengaku yang iman shaffie lebih tinggi ilmu nya dari iman malik tp boleh kah ni berlaku kalau imam shaffie hanya menurut tanpa mengunakan akalnya untuk mengembangkan fikirannya)mengajar kalau nak buat rumusan pada ayat quran kaedah pembentukan Teori Al Quran hendaklah memberi perhatian kepada enam (6) perkara
(i): Lihat makna ayat di wajah hala tuju dan matlamat
ayat yang hendak dijadikan asas teori.
(ii): Lihat bayangan isyarat cara untuk menzahirkan hala tuju dan matlamat yang diisyaratkan oleh kalimah-kalimah
ayatnya
(iii): Lihat gambaran amthal yang dinyatakan di dalam ayat berkenaan yang boleh menatijahkan terzahirnya teori.
(iv): Buatlah rumusan dari abstrak cantuman tiga perkara berkenaan yang diperhatikan di atas.
(v): Buat rangka kata-kata teori di rupa tamsiliah ruhul ma‟ani makna ayat. Di maksud bentangan hujung jatuh akan kesan atau impak dari pengertian ayatnya.
(vi): Buat penilaian teori di sudut keberkesanan fitrahnya di wajah sebuah teori yang bersifat natural kejituannya.

Sebagai contoh.Bagaimanakah ayat (SurahAQ : 24:41:) boleh menzahirkan sebuah teori Al Quran bagi maksud menyatakan kenyataan fitrahnya, mengikut ayat itu semua makhluk tidak kira di langit dan di bumi kesemuanya mendirikan solla(h).
Soalan utama - bagaimanakah monyet, burung, kera, cacing, bulan, bintang, matahari, air, angin, cahaya dan semua makhluk-makhluk ciptaan Tuhan mendirikan solla(h) ? 

Bolehkah burung duduk bersimpuh semasa tahiyat akhir sambil menegakkan telapak kaki seperti manusia islam yang bermazhab shafie?.

Jawapannya juga berada di dalam ayat AQ 24:41 di frasa "dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya". 

Di sini, kita tahu bahawa burung sememangnya mengembangkan sayap apabila mahu terbang. Burung di dalam ayat ini menjadi dirinya sendiri iaitu burung. 

Ia terbang. Maka itulah solla(h) burung. Ia mendirikan solla(h) dengan menjadi dirinya sendiri, seekor burung.

Burung tidak boleh menjadi seekor katak. Dia tidak boleh melompat dan menjelirkan lidah untuk menangkap makanan.

Begitulah halnya dengan semua makhluk ciptaan Tuhan yang lain. Bulan mendirikan solla(h) dengan menjadi bulan. Matahari dengan menjadi matahari. 

Ikan dengan menjadi ikan, air menjadi air, cahaya menjadi cahaya, angin menjadi angin manakala MANUSIA MENDIRIKAN SOLLA(H) DENGAN MENJADI MANUSIA. 

Masing-masing menumpukan sepenuh tenaga untuk menjadi diri masing-masing di dalam sistem kehidupan yang dicipta oleh Tuhan.

Perhatian penuh inilah yang dinamakan solla(h) atau tanggungjawab atau keazaman atau iltizam atau bahasa modennya komitmen.

Manusia tidak boleh hidup di dalam air. Kita tiada insang. Kita hanya boleh bernafas di atas darat dengan menggunakan paru-paru (ingat paru-paru juga makhluk Tuhan yang tersendiri, ia juga mendirikan solla[h]). 

Maka apabila kita menjadi manusia maka kita sedang mendirikan solla(h). 

Kalau manusia cuba menukar Sistem Allah (bayt-tullah) ini maka akibatnya ialah kita akan mati. 

Kalau tidak percaya pergi cuba bernafas di dalam air. Tolong sediakan ambulan dan doktor sebelum mencubanya.

Bagaimana untuk menjadi manusia yang berjaya itulah yang Tuhan turunkan Al Quran. Manual kejayaan untuk keseluruhan manusia tidak kira bangsa dan fahaman. 

Sesiapa sahaja yang mengikut "cara hidup/aturan hidup atau ad deen" di dalam Sistem Tuhan seperti yang terangkan di dalam Al Quran maka dia akan berjaya. 

Al Quran adalah sempurna untuk kegunaan manusia, tiada cacat celanya. Tiada satupun yang Tuhan tertinggal di dalam Al Quran. Yakni manual menjadi manusia berjaya.

Ini adalah rumusan saya

AMYSSB said...



Salam
"Tapi bila aku tanya apa Tafsir Rukuk bersama orang yang rukuk, korang tahu anti hadis jawab apa?"

Salah satu cara para agamawan menyorok mesej Tuhan ialah dengan membiarkan sesuatu perkataan itu dalam bentuk asalnya. 
Iaitu dengan tidak membuat apa-apa penterjemahan ke atas perkataan di dalam teks asal. 
Sedangkan tugas penterjemah ialah menterjemah keseluruhan perkataan kepada bahasa yang diterjemah.

"Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan" AQ 77:47

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Rukuklah, niscaya mereka tidak mau rukuk" AQ 77:48

"Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan" AQ 77:49

"Maka kepada perkataan apakah selain Al Quran ini mereka akan beriman ? " AQ 77:50

Dari keterangan di atas, kita boleh mengagak bahawa makna Rukuk adalah satu perkataan yang mempunyai maksud berlawanan dengan perkataan "mendustakan". 

Pastinya ialah, ianya bukanlah gerakan separa menonggeng sambil berdiri dengan meletak tangan di atas kepala lutut seperti yang agamawan mahu kita buat.

Yang peliknya, penterjemah ini gagal menterjemah perkataan bahasa arab "rukuk". Tetapi, untuk melindungi ilmu yang dipelajari dari Ketua Mazhabnya, dia tetap menterjemah perkataan bahasa arab "hadis" kepada Bahasa Melayu di ayat no. 50. 

Jika ia tidak diterjemah maka ayat no. 50 akan berbunyi seperti ini. "Maka kepada hadis apakah selain Al Quran ini mereka akan beriman ? ".

Begitulah konspirasi yang dibuat oleh para agamawan dalam usaha mereka untuk melindungi ilmu mereka.

Bagi saya AQ 77:47-50 ini ditujukan khusus kepada para agamawan. Mereka mendustakan kebenaran Al Quran. Apabila disuruh rukuk (rendahkan diri/humble) mereka tidak mau rukuk (rendahkan diri/humble). 
Mereka berterusan menyombongkan diri dengan mendustakan ayat-ayat Tuhan.
















 



AMYSSB said...

Tabaarakallazii nazzalal furqaana ’alaa ’abdihi liyakuuna lil ’aalamiina naziiraa.
Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al Furqan kepada hambaNya,agar ianya menjadi tumpuan (peringatan) kepada seluruh alam.Surah:25:Al Furqan:1

Ayat ini menerangkan konsep tujuan dan matlamat Al Quran diturun kepada manusia melalui Junjungan Besar Muhammad s.a.w agar ianya menjadi tumpuan sekalian alam (manusia) pada tiga (3) perkara:

Pertama: Menjadikan Al Quran
sebuah kitab bacaan yang bersifat zikrullah (mengingati Allah) yang berupaya mengubat (Surah:17: Al Israak: 82) dan menenangkan hati manusia. (Surah:10:Yunus:57).

Kedua: Menjadikan Al Quran sebagai Ummul Kitab yang berupaya menghasil dan
menzahirkan punca furqan kepada penjanaan tamaddun kehidupan manusia.(Surah:43: Az Zukhruf: 4).

Ketiga: Menjadikan Al Quran sebagai punca pedoman dan petunjuk kepada manusia. (Surah:27: An Naml:77). Di mana di dalamnya tertulisnya asas-asas peraturan (hukum) hidup yang perlu dipatuhi oleh manusia di sepanjang hayatnya di muka bumi di atas sifatnya sebagai aabidin dan khalifah Allah di muka bumi.(Surah:3: Ali ‟Imran:138).

Sesungguhnya ketahuilah bahawa Al Quran itu bagai mentari. Ianya adalah milik sejagat. Cahayanya boleh menerangi sesiapa yang dikehendakinya. Lantaran sinarnya tetap memancar dan menyuluh seluruh pelosok alam kecuali pada mana-mana gua dan lautan dalam yang tertutup pintunya.

Maka begitulah hal dengan Al Quran. Cahayanya tetap akan menyuluh hati manusia kecuali manusia itu sendiri mengunci hatinya. (Surah:47:Muhammad:24). Oleh itu bukakanlah Al Quran itu kepada
manusia. Galakkanlah Al Quran di baca oleh manusia. Lantaran Islam tidak akan kuat kerana pokok kayu. Tetapi Islam akan kukuh kerana manusia menganutnya. Kaji-kajilah

Muslim said...

Dua sifat menghalang hati menerima hidayah, walaupun hidayah dah di depan mata,
1. Angkuh, termasuk dgnnya ego yg berlebihan.
2. Degil, termasuk pdnya sikap ta'asub.
Yg mn dua sifat itu termasuk dr sifatnya ahli Neraka ; 1. Kasar, 2. Degil, 3. Angkuh.

Moga kita semuadijauhkan dr sifat sifat mazmumah berkenaan.

Ingatkan pulak,

Sifat org org beriman (yg sempurna imannya) ;
1.Ikhlas, 2.Benar / jujur, 3. Amanah, 4. Syukur, 5. Sabar, 6. Tawakkal.

Sifat org org bertaqwa ;
1. Tenang, 2. Tawaddu', 3. Penyantun.

Sifat org org yg terjauh dr Neraka ;
1. Hayyinan (mudah berurusan dgnnya, suka mempermudahkan org)
2. Layyinan (bersopan santun, berlemah lembut)
3. Qariban (mudah didekati).

Moga ada manfaat !

Ashari said...

Sikap kita terhdp golongan golongan yg menyalahi jumhur (terkeluar dr fahaman jumhur ulama');
1. Tidak kita kafirkan selagi mengakui dan mengikrarkan 1. La ilaha illaAllah, 2. Muhammadur Rasullullah, 3. Meyakini adanya Hari Akhir.
2. Penolakkan mrk terhdp asas asas agama lainnya, zahirnya kita serah kpd pihak berkuasa agama, Majlis Fatwa dan Jabatan Agama / Mahkamah Syariah. Sedang hakikatnya serah pd Allah swt.

Kerana itu, sesetgh mrk yg dikatakan atau dituduh sesat oleh msykt, tetap juga duruskan sbg org Islam bila meninggal dunia. Urusan selepasnya, serah kpd Allah swt sepenuhnya.

rora said...

Golongan anti hadis akan menggunakan dalil hadis ini untuk membela fikrah mereka yang terpesong dengan menyatakan bahawa zaman sahabat pun semasa Saidina Umar jadi pemerintah mahukan saksi untuk menyatakan sesuatu perkara adalah berasal daripada Nabi S.A.W.

Banyak golongan anti hadis dalam kalangan melayu yang banyak menggunakan kisah Saidina Umar ini tanpa penjelasan yang lebih terperinci berkenaan dengan keraguan dalam sistem periwayatan hadis oleh Saidina Umar Al-Khattab.

Fahaman puak anti hadis yang tidak boleh diterima pakai iaitu selagimana orang itu belajar agama ataupun tidak, dan selagi itulah orang tesebut berakal maka pendapat itu diterima. Ini sangat bahaya. Mereka juga tidak mempercayai hadis ahad & mutawattir.

Dengar penjelasan Dr. Rozaimi Ramle berkenaan dengan kisah Saidina Umar Al-Khattab yang menjadi polemik golongan anti hadis untuk dijadikan hujah mereka.

Nak tengok video sebelum dan selepas secara tersusun dengan perincian tajuk? Boleh rujuk sini: https://www.youtube.com/playlist?list...

Sumber penuh PROMediaTAJDID: https://youtu.be/rvTk1UOUVMA

Helmi Efendi said...

Antara hujah anti hadis yang aku jumpa bila ditanyakan mengenai solat, dari manakah sumber kalian bersolat, bukankah dari hadis? Jawapan mereka solat itu dah wujud sejak zaman Nabi Ibrahim.
Jadi aku bertanya, dari manakah sumber tersebut diambil kalian. Jawab mereka ialah SEJARAH. Kata aku, aik sejarah boleh pulak kalian percaya? Bukankah hadis itu sifatnya seperti pencatat sejarah? Mencatat segala aktiviti dan peristiwa yang berkait dengan rasul kita?
Bagaimana kalian boleh menerima sesuatu yang bernama SEJARAH, tetapi menolak sesuatu yang sifatnya sama seperti SEJARAH, iaitu HADIS?

Krik krik krik..

Helmi Efendi said...

Golongan-golongan ANTI-HADIS yang menolak terus semua Hadis dalam kehidupan harus tahu satu perkara.
Anda tidak boleh SOLAT, PUASA, ZAKAT, TIDAK BOLEH PERCAYA AKAN SIRAH NABI YANG ANDA DENGAR, HARUS MENOLAK ADAB-ADAB YANG DIGARISKAN DALAM ISLAM, kerana semua sumber itu datang daripada HADIS yang bertindak sebagai SUMBER SEJARAH YANG MENCATAT MENGENAI SEGALA SUNNAH NABI.
Bagaimana kalian mengatakan KALIAN mahu mengikuti SUNNAH NABI kalau KALIAN SENDIRI MENOLAK SATU-SATUNYA SUMBER YANG MENCATAT MENGENAI SEGALA PERLAKUAN NABI?
Di mana SUMBER KALIAN dalam menceritakan mengenai SUNNAH NABI itu sendiri? Saya mahu bertanya...

rora said...

Dalam Al-Quran disebutkan dalam surah Ali-Imran ayat 31; Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu.'
Bagaimana nak laksanakan apa yang disebutkan dalam ayat ini sekiranya kita tidak mengenal hadis dan tidak ada hadis daripada Nabi Muhammad SAW?

Anonymous said...

nak cerita tentang rukuk bukan main panjang, belum cerita tentang iktidal, sujud, masbuk, dan lain-lain.

huhuhu

Dunia ni dalam 7 billion.. lebih kurang 2 billion je percaya Allah.. dalam 2 billion tu, berapa pulak yang percaya kata-kata Muhammad SAW.
'
Lak'kum dii Nu'kkum Wali yaddin.

(Tolong tulis isu RUU hamka)

rora said...

AlQuran ialah wahyu yang disampaikan kepada Nabi salallahualaihiwassalam dan hadith berfungsi sebagai pentafsirnya.
Kenapa perlu hadith? Kerana Allah sendiri yang menyuruh mengikut Nabi salallahualaihiwassalam dalam alQuran.

AlQuran juga pada zahir nampak ada ayat yang bercanggah sedangkan ianya tidak. Begitu juga hadith ianya tidak bercanggah apabila diambil kira ada unsur mansuh, sahih dan dhaif serta riwayat yang tidak diterima.

Ulama tidak mereka hadith tetapi meriwayatkan hadith daripada orang sebelum mereka sampai kepada sahabat yang pernah bertemu nabi. Hadith yang direka memang ada dan disebut hadith palsu dan disiplin memelihara kesahihan hadith ini telah berada dan berjalan selama 1000 tahun secara sistematik.
Tak mungkin ada orang mereka hadith kecuali perbuatannya akan segera terbongkar.

AlQuran mengandungi ilmu yang besar dan luas, bahasanya tinggi. Tanpa ilmu maka kita tidak akan mampu memahami apa yang hendak disampaikan oleh Allah. Justeru kita wajar mempelajarinya daripada orang yang berilmu iaitu para ulama.
Ini juga perintah AlQuran sendiri.

Bukan semua ulama jahat dan mencari dunia, ramai ulama Islam zuhud dan tidak mencari dunia serta ikhlas mendidik manusia agar memahami alQuran dengan cara yang betul walaupun difitnah dan dipenjara.

AlQuran sudah mencukupi sebagai petunjuk Allah dan pembawa hidayah untuk menjadikan manusia beriman. Tetapi untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dalam alQuran sendiri maka perlulah kepada hadith yang mendetailkan atau memperincikan setiap arahan dan larangan Allah.
Allah ta'ala berfirman;
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا
"Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata." (Al-Ahzab:36)

Anonymous said...

Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt.”
H.R. Abu Daud
Keterangan
Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran.
Ia hanya percaya kepada alQuran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw..
AI-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil.

Anonymous said...

Tidak ada orang yang bersungguh-sungguh membaca hadith melainkan mereka membaca al-Quran lebih dari itu. tidak ada orang yang andai mulut dan jariny mudah mengeluarkan dalil hadith melainkan mulut dan jarinya lebih lancar dari itu mengeluarkan dalil al-Quran.
jika kamu quraniyyun punyai 50 analisis berkaitan al-Quran dan pencinta hadith mempunya 50 analisis berkaitan hadith. Kamu kena faham bahawa tidak mungkin bagi pencinta hadith mempunyai 50 analisis berkaitan hadith kalau tidak ada pada dirinya 60 analisis berkaitan al-Quran...

Ustaz salman

Anonymous said...

golongan Quraniun ni kononya mendakwa mereka ikut Al Quran sahaja, tp sepatah al Quran pun tak hafal, Anehnya org yg tak Quraniun pula lebih hafal Al Quran. lepas tu berlagak nak cabar yg belajar hadis, kalau diri tu hafiz 30 juz takpelah juga. ni sepatah pun tak hafal, tanya assabul nuzul ntah lgi tahu ke tidak.

ps: tengok mazhab qaydiani ahmadiah yg kononya mendakwa mengikut Al quran tak mahu ikut hadis, akhirnya ghulam ahmad pengasas ahmadiah mendakwa dirinya sebagai nabi.

Anonymous said...

Jika terpalit dgn sifat angkuh dan ta'asub, tak guna lagi berhujah, yg dicarinya bukan kebenaran, tp kemenangan.
La kum dinukum waliyadin !

AMYSSB said...

Anon 5:13 PM, November 12, 2017

"Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan (al rijs) kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya (yaaqiloona)" AQ10:100

Apa kah nak mendahuluhi Tuhan dgn meyesatkan orang lain?

rora said 1:44 PM, November 13, 2017

"Allah menurunkan kepadaku Kitab Al Quran, agar aku menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan" AQ 16:44

Yang Tuhan turunkan pada nabi adalah kitab alquran bukan kitab hadis, jadi kalau nak ikut nabi kenalah ikut alquran, yang ikut kitab hadis tu ikut bukhari bukan nabi sama seperti logik tuan hamkah, kalau nak jadi engineer kena lah baca buku engineer kalau baca buku sastra jadi lah sastrawan. Tuan rora faham kan logic senang ini.

Anon 1:53 PM, November 13, 2017

dan jika kamu menuruti kebanyakkan orang-orang (majoriti) yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) AQ 6:116

Tuhan suruh ikut kebenaran bukan kebanyakan orang

rora said..2:02 PM, November 13, 2017

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran bukan dari sisi Allah,tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya " AQ 4:82 

"(ialah) Al Quran dalam Bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan (di dalamnya) supaya mereka bertaqwa AQ 39:28 

"Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya Buku (Al Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya" AQ 18:1 

Mesej Al Quran tidak ada pertentangan, konsisten dari awal hingga akhir oleh itu berhati hati semasa menulis

Kitaabun fussilat ayaatuhuu Quraanan ‘arabiyal liqaumin ya’lamun
Inilah kitab yang menghuraikan ayat-ayatnya menerusi bacaan bahasa Arab untuk kaum yang ingin berilmu (mengetahuinya)

Menerangkan makna istilah kalimah ayat: Kitaabun fusshilat aayaatuhuu (Inilah kitab yang menerangkan ayat-ayatnya). Di makna Al Quran itu adalah susunan ayat-ayat wahyu yang diterima oleh Junjungan Muhammad s.a.w yang dikitabkan (Surah:52: Al Thur:2-3). Di mana ayat-ayat di dalam kitab ini berupaya menghuraikan ayat-ayatnya sendiri tanpa memerlukan sumber lain untuk menghuraikan ayat-ayatnya (Surah:21: Al Anbiyaak: 106) yang sengaja diturunkan di rupa bacaan dalam bahasa Arab pada makna kalimah istilah ayat: Quraanan ‘arabiyyan (menerusi bacaan bahasa Arab).harap tuan rora faham

Anonymous said...

nasib kau la hamka, dapat peminat anti hadis. penat nak melayan. apa yang dia nak kita pun tak tahu. nak kata nak menyampaikan dakwah, tak juga. nak kata nak jelaskan akidah dan cara ibadat, tak juga. apa yang dok nampak dia seronok dok berbalas komen nak menang. cuba bagi satu sesi kat dia untuk jelaskan apa yang dia nak sebenarnya.

rora said...

Those who reject Ahadeeth and claim to be followers of Qur'aan, in reality they even reject Qur'aan too.

see this video:

Hadith Rejection Is The Worst Deviation By Sheikh Yusuf Estes

https://www.youtube.com/watch?v=uzobNUc70QU

Anonymous said...

These hadith rejectors will criticize the sunnis for relying on hadiths while it was these same sunnis who preserved the Qur’an generation after generation! For some reason, they have trouble understanding the fact that if they do not trust our preservation methods when it comes to hadiths, then why do they trust our preservation method when it comes to the Qur’an?! An ignorant among them once responded to me with: “because the Qur’an was compiled during the time of the Prophet (pbuh).” This is completely false! It was compiled after the time of the Prophet by the same people who today call themselves Ahlu Sunnah wal Jama’ah (a.k.a SUNNI)! The ironic thing is if one were to ask them about the history of the Qur’an, they would have to go to hadiths else there is no other way. The Qur’an itself does not give its history. Hence, they will go to hadiths when it suits their agenda and ideology.

There are numerous verses which cannot be understood without hadiths, for example:

Why [is it that] when a disaster struck you, although you had struck with one twice as great, you said, “From where is this?” Say, “It is from yourselves.” Indeed, Allah is over all things competent. [Qur’an 3:165]

When did this verse come down? What disaster is this verse talking about? What was struck twice as great?

Another verse:

And what struck you on the day the two armies met was by permission of Allah that He might make evident the [true] believers. [Qur’an 3:166]

What two armies? And on what day? Where is this information in the Qur’an?

Tell me?

sirrr said...

"Anyone who disobey Allah and His Messenger has wandered off into manifest error." Suratul Ahzaab 33:36

"He who obeys Allah and His Messenger has already achieved a splendid triumph." Suratul Ahzaab 33:71

For the past fourteen centuries Quran and Sunnah have been the twin undisputed sources of Guidance for Muslims. In every
generation, Muslims devoted the best of their minds and talents to their study. They learnt both the words and meanings of the Quran through the Prophet s.a.s and made an unprecedented effort in preserving them for the next generation. The
result: the development of the marvelous – and unparalleled – science of Hadith, one of the brightest aspects of Muslim
history.

What does it mean to believe in a Prophet except to pledge to follow him?
And so the teachings of the Prophet s.a.s have always guided this Ummah. Nobody, in his right mind, could or did question this practice.

Then something happened. During the colonial period, when most of the Muslim world came under the subjugation of the
West, some "scholars" arose in places like Egypt (Taha Hussein), India (Abdullah Chakralwi and Ghulam Ahmed Pervaiz)
and Turkey (Zia Gokalp), who began questioning the authenticity and relevance of Hadith. It was not that some genius had
found flaws in the Hadith study that had eluded the entire Ummah for thirteen centuries. It was simply that the pressures
from the dominant Western civilization to conform were to strong for them to withstand. They buckled. Prophetic teachings
and life examples – Hadith – was the obstacle in this process and so it became the target.

read more here:

https://www.islamicity.org/forum/printer_friendly_posts.asp?TID=16302

Anonymous said...

Soalan yang kasim ahmad tak boleh jawab dan suruh balik: Mengapa dalam Quran tidak diterangkan perihal solat melainkan rukuk dan sujud?

Jawapan :

Di dalam Islam, Quran dan Hadith adalah wahyu.
Terjemahan AQ53:3-4. “Dan dia (Nabi) tidak berbicara menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).”
Celahan : "Tapi itu bermaksud ayat Quran."
Benar. Itu pendapat kamu. Bukan pendapat kami. Tidak ada perbuatan, percakapan dan pemikiran Nabi berdasarkan hawa nafsu. Jika ada pasti telah ditegur Allah. Jika tidak ditegur Allah, itu soal keduniaan yang umum.
Tetapi segala hal mengenai akidah dan ibadah telah ditunjukkan oleh Nabi. Pertanyaan perihal solat bukan soal keduniaan. Tetapi ini soal akidah dan ibadah.
Adapun mengenai rukuk dan sujud itu disebutkan di dalam Quran kerana mengingatkan manusia bahawa rukuk dan sujud itu tidak boleh dilakukan kepada sesiapa atau sesuatu apa pun KECUALI rukuk dan sujud kepada Allah.
Kita boleh tegak berdiri di depan pemerintah. Kita boleh duduk bersimpuh ketika makan dan seumpamanya.
Tetapi tidak boleh sama sekali rukuk dan sujud kecuali dalam solat menghadap Allah.

ustaz Saif Al-Nur Saif

AMYSSB said...

Mathalullaziina hummiluttauraata thumma lam yahmiluuhaa kamathalilhimaari yahmilu asfaaraa.Bi’samathalul qaumillaziina kazzabuu bi aayaatillahi. Wallahu laayahdil qaumazzaalimiin.

Seumpama orang yang dipikulkan Taurat kepadanya (Dierti supaya mengamal, mengkaji isinya). Kemudian mereka tidak memikulnya (tidak cuba memunafaatkannya). Mereka adalah seumpama keldai yang memikul kitab. Inilah sejahat-jahat contoh bagi kaum yang mendusta ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak
sekali-kali menunjuki kaum yang zalim.
Surah:62:Al Juma’ah:5

AMYSSB said...

di hakikat yang
malas itu tetap malas dan yang keras itu
keraslah jua. Di suasana Al Quran tetap jua
tidak dikaji dan diteliti. (Surah:47:
Muhammad:24). Meskipun ianya diturunkan
Allah dalam bahasa bangsanya. (Surah: 26:
Asy Syu‟araak:198-201).

Anonymous said...

Adakah mereka ini hanya beriman dengan sebahagian daripada ayat-ayat Al-Qur'an dan mengingkari sebahagian yang lain?

Allah memerintahkan untuk mendirikan solat, melakukan rukuk bersama dengan orang-orang yang rukuk dan juga bersujud. dan Allah juga memerintahkan untuk mengikuti dan mentaati Nabi Muhammad SAW.

tapi mereka ingkar. mereka sombong. mereka hanya ikut tafsiran akal dan nafsu semata-mata. mereka pejam mata dan tutup telinga bila diserukan kepada sunnah Nabi SAW. walhasilnya, terciptalah syariat rekaan sendiri di kalangan mereka dengan memesongkan makna dan praktik solat, rukuk dan sujud.

inilah golongan penipu besar. pendusta Al-Qur'an. pendusta rasul.

Kamilin said...

Saya cadangkan jika si fulan dan yang seangkatan dengannya mempunyai masalah dalam memahami hadis dan statusnya, atau ingin berkenalan dengan sebilangan perawi hadis, boleh bertanya dahulu mereka yang ahli dalam bidang hadis atau fiqh sebagaimana orang awam yang hendak memahami urusan perundangan mengambil khidmat nasihat peguam…Jika tiada kefahaman dan pengetahuan, banyak sahaja undang-undang dan peraturan yang kita akan rasakan tidak masuk akal jua!

Kami bukanlah pakar atau ulama hadis…Kami hanyalah khadam yang cuba berkhidmat mempertahankan sunnah baginda yang kami sangat cintai ini dari sebarang penyelewengan, pendustaan dan serangan luaran mahupun dalaman semampu kami…
Setiap hadis yang dirasakan wujud percanggahan dan masalah akal dalam memahaminya, ada sahaja jawapan dan solusinya…Hendak atau tidak sahaja kita mencarinya…
Kami hanyalah mereka yang ingin menyelusuri laluan Ibn Khuzaymah yang pernah mencabar: “Wahai sekelian manusia! Datangilah aku sesiapa sahaja dari mana-mana ceruk muka bumi ini yang mengatakan wujudnya hadis-hadis yang bertentangan, nescaya aku akan menyatukannya (menyelesaikannya)!”

Jika si fulan dan sesiapa yang sefikrah dengannya ingin mendapat "khidmat nasihat guaman" hadis dari kami, insyaAllah AHLAN WASAHLAN, dan ia PERCUMA!!

AMYSSB said...

NOW ASK YOURSELF: WILL GOD ALONE BE ENOUGH FOR YOU?

"And when God Alone is mentioned, the hearts of those who do not believe in the Hereafter are filled with aversion; and when others are mentioned beside Him, they rejoice!" (Qur'an 39:45)

WHY IS ISLAM FOR ME?

This is what it all boils down to, a "what's in it for me" outlook that is very human and very natural...Well, the answers that may sway you to 'God Alone' and let you abandon your current faith, whatever the costs may be, are as follows...

"And if the town’s people had only believed and been aware, then We would have opened for them blessings from the sky and the land; but they denied, so We took them for what they used to earn." (Qur'an 7:96)

Islam guarantees victory (30:47, 22:38-39, 47-7).

Islam guarantees prosperity and abundance (7:96, 41:30-31). 

Islam guarantees maximum freedom for the people - freedom of religion, freedom of expression, freedom to travel, and freedom of economy (2:256, 10:99, 88:21-22). 

Islam guarantees human rights for all the people, regardless of their race, color, creed, social status, financial situation, or political affiliation (5:8, 49:13). 

Islam guarantees a political system that is based on consultation and the freedom for open expression (42:38). 

Islam guarantees a society that upholds and maintains the highest standards of moral behavior.

Islam guarantees a maximum regard for people's lives and properties. 

Islam guarantees prevalence of love, courtesy, peace, and mutual respect among the people, and with other world communities (3:110, 60:8-9). 

Islam guarantees environmental protection as a result of deterring pollution through conservation and prohibition of wasteful practices (30:41).

If you are convinced that a dignified, prosperous, righteous, logical, and practical way of life is your desire, then Islam is for you. You can begin to change your life immediately by putting-aside all that you have been raised to believe in and objectively taking a fresh-start by reading-up on the topics we discussed and many more in the words of God in His Book, and discover for yourself with no prejudice or interference.

"That is because God was not to change anything He bestowed to a people, unless they change what is in themselves. God is Hearer, Knowledgeable." (Qur'an 8:53)

langitdanbumi6236 said...

Ok tuan anonymous...jawab soalan di akhirat pkai hadith ye..!!!

Anonymous said...

gang anti hadis ni ialah 1 contoh diantara gang2 yg cerdas sebenarnya.. dorang gang yg cerdas ni,sgt hebat guna akal sendiri2 rumus sesuatu.. mcm seorang cucu yg cerdas dalam nak rumus arwah atok dia yg dah meninggal la.. dia direct rumus melalui diari arwah atok dia tanpa melalui mak atau ayah dia sebagai seorang anak@murid kepada atok dia tadi.. kan cerdas ni.. sama mcm gang2 cerdas yg lain,cintohnya dia nak mengikuti @mencontohi golongan salaf tapi dia x lalu ikut golongan khalaf.. walhal murid2 golongan salaf itu ialah golongan khalaf, kalo nak tau salaf itu mcm mana kena la lalu khalaf.. kalo nak kenal arwah atok kita camne kena la lalu anak dia..kalo direct terus,tu maknanya cerdas la tu hehehe.. korang bayangkan kalo gang2 cerdas ni sembang bab akidah pakai akal mereka yg cerdas..sembang plak sampai ke tafsili(terperinci).. camne?.. ye la kalo ko ajak rujuk pengajian sifat 20..dia x pakai, sebab dia cerdas,mana dia pakai pengajian sifat 20..hehe..pengajian sifat 20 dalam quran dan zaman nabi xda katanya..ha camne tu? hehe.. semoga kita baik2 saja..insyaAllah..

hamka said...

anologi hebat bab cerdas, setuju!

Ujang Ikobana said...

"Jadi aku bertanya, dari manakah sumber tersebut diambil kalian"

Yunus : 87


Dan Kami wahyukan kepada MUSA dan saudaranya: "Ambillah olehmu berdua beberapa buah rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah-rumahmu itu tempat solat dan dirikanlah olehmu SOLAT serta gembirakanlah orang-orang yang beriman".


Al-Anbiya : 72, 73


Dan Kami telah memberikan kepada-nya (IBRAHIM) ISHAK dan YA'QUB, sebagai suatu anugerah (daripada Kami). Dan masing-masingnya Kami jadikan orang-orang yang soleh.

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai PEMIMPIN-PEMIMPIN yang memberi bimbingan dengan AMR Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan SOLAT, menunaikan ZAKAT, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah,


Maryam : 54

Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah ISMAIL (yang tersebut) di dalam Al Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi.

Maryam : 55

Dan ia menyuruh ahlinya untuk BERSOLAT dan menunaikan ZAKAT, dan ia adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya.

Hud : 87

Mereka berkata: "Hai SYU'AIB, apakah SOLATMU menyuruh kamu agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapak-bapak kami atau melarang kami memperbuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami. Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal".

Ujang Ikobana said...

Salam.

Allah berfirman mengenai Quran:

ayat-ayatnya DISUSUN dengan rapi serta DIJELASKAN secara TERPERINCI, yang diturunkan dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu,

Q.S Hud [11] : 1


Alif laam miim raa. Ini adalah ayat-ayat Al Kitab (Al Quran). Dan Kitab yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu adalah BENAR, akan tetapi kebanyakan manusia tidak PERCAYA (kepadanya).

Q.S Ar-Ra'd [13] : 1


Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu (MUHAMMAD) supaya kamu mengeluarkan MANUSIA dari GELAP GULITA kepada CAHAYA terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

Q.S Ibrahim [14] : 1

Allah perintahkan Nabi SAW menggunakan QURAN untuk memgeluarkan manusia dari kegelapan

Alif, laam, raa. (Surat) ini adalah (sebagian dari) ayat-ayat Al-Kitab (YANG SEMPURNA), yaitu (ayat-ayat) Al Quran yang memberi PENJELASAN.

Q.S Al-Hijr [15] : 1

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Quran) dan Dia tidak mengadakan KEBENGKOKKAN di dalamnya,

Q.S Al-Kahf [18] : 1

Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi SUSAH,

Q.S Tha Ha [20] : 2

(Ini adalah) satu surat yang Kami turunkan dan Kami WAJIBKAN (menjalankan HUKUM-HUKUM yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.

Q.S An-Nur [24] : 1

Sesungguhnya orang-orang yang BERIMAN adalah mereka yang apabila disebut nama Allah GEMETAR hatinya, dan apabila DIBACAKAN ayat-ayat-Nya kepada mereka, BERTAMBAH imannya dan hanya kepada Tuhan mereka BERTAWAKAL,
Q.S Al-Anfal [8] : 2

Nabi SAW kata:
Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya KAUMKU mengambil Al Quran sebagai sesuatu yang TIDAK DIPEDULIKAN (25:30)

Allah berpesan:

Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan.
Q.S Al-An'am [6] : 116

Ujang Ikobana said...

Nabi SAW kata:
Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya KAUMKU mengambil Al Quran sebagai sesuatu yang TIDAK DIPEDULIKAN (25:30)

Ujang Ikobana said...

Allah kata Quran itu LENGKAP & SEMPURNA:

ayat-ayatnya DISUSUN dengan rapi serta DIJELASKAN secara TERPERINCI, yang diturunkan dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu,

Q.S Hud [11] : 1


Alif laam miim raa. Ini adalah ayat-ayat Al Kitab (Al Quran). Dan Kitab yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu adalah BENAR, akan tetapi kebanyakan manusia tidak PERCAYA (kepadanya).

Q.S Ar-Ra'd [13] : 1


Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu (MUHAMMAD) supaya kamu mengeluarkan MANUSIA dari GELAP GULITA kepada CAHAYA terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

Q.S Ibrahim [14] : 1

Allah perintahkan Nabi SAW menggunakan QURAN untuk memgeluarkan manusia dari kegelapan

Alif, laam, raa. (Surat) ini adalah (sebagian dari) ayat-ayat Al-Kitab (YANG SEMPURNA), yaitu (ayat-ayat) Al Quran yang memberi PENJELASAN.

Q.S Al-Hijr [15] : 1

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Quran) dan Dia tidak mengadakan KEBENGKOKKAN di dalamnya,

Q.S Al-Kahf [18] : 1

Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi SUSAH,

Q.S Tha Ha [20] : 2

(Ini adalah) satu surat yang Kami turunkan dan Kami WAJIBKAN (menjalankan HUKUM-HUKUM yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.

Q.S An-Nur [24] : 1

Sesungguhnya orang-orang yang BERIMAN adalah mereka yang apabila disebut nama Allah GEMETAR hatinya, dan apabila DIBACAKAN ayat-ayat-Nya kepada mereka, BERTAMBAH imannya dan hanya kepada Tuhan mereka BERTAWAKAL,
Q.S Al-Anfal [8] : 2