Dec 21, 2018

Tip Menikmati hidup paling optima?

(Petua terhebat mendaki gunung juga Petua terhabat ‘mendaki’ kehidupan bahagia ada dalam artikel ini.)

Baiklah, ekoran kejayaan mendaki gunung Kinabalu bulan lepas, ramai jugak yang tanya tip mendaki.

So tipnya adalah: Mental kena kuat.

Orang yang mental kuat, walau gemok pun boleh sampai puncak gunung.

Orang yang mental koyak, walaupun badannya sasa dan ada six-pack dekat perut, tapi nak naik tangga masjid pun tak mampu. Kan?

So macam mana nak kuatkan mental?

Tipnya, adalah: Guna mesin masa!

Bagaimana?

Selalu bila aku penat, bila aku sedih, bila aku sakit, aku akan guna kaedah mesin masa, iaitu pejam mata dan bawa diri aku ke masa depan.

Contoh dalam perjalanan daki gunung Kinabalu, waktu rasa diri penat sangat, aku duduk berehat, urut betis, dan terbaring sambal pejam mata dan tutup telinga lalu terbang ke masa depan.
Aku terus sampai ke hospital kuala Terengganu di tahun 2030 mungkin? Aku ternampak diri aku yang sudah tua, sudah terbaring di katil hospital, makan tak boleh guna mulut, kena guna tiub, badan di cucuk ubat setiap satu jam, mata terkebil kebil menerima takdir, lepas tu anak anak datang cerita masalah hidup, anak mengadu tak cukup wang nak tanggung kos bedah, bini menangis atas kerusi roda, sedih sungguh.

Lepas tu aku rasa nak berak, tapi tak boleh bergerak, datang Jururawat lelaki bukak seluar aku dan basuh punggung aku dengan kasar sebab aku dah terberak, sedih hati sebab tak mampu basuh berak lalu aku pejam mata dan berdoa agar aku dapat kembali ke zaman silam, kembali ke kaki gunung kinabalu, zaman aku sihat dulu dulu.

Dan doaku makbul!

Aku bukak mata, aku ada di pertengahan gunung kinabalu, aku pandang kiri kanan menikmati pandangan yang indah, aku hisap coklat manis dengan nikmat, aku teguk air gunung dengan bahagia, aku melompat lompat tak sabar nak teruskan mendaki, lalu aku teruskan mendaki sambil tersenyum bahagia, menikmati kekuatan kaki melangkah, menikmati deruan angin, menikmati kurma kering, menikmati nikmat sihat, dan menikmati setiap detik! Alhamdulillah, terus aku berzikir kesyukuran tak henti henti, lalu akhirnya aku sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan jiwa yang penuh dengan kedamaian dah kebahagian serta kesyukuran.

Alhamdulillah. Nikmat mana algi aku dustakan?

So, nasihat aku, bila korang semua ada masalah, sedang sedih, sedang berduka cita, cepat cepat gunakan mesin masa, pergi ke masa depan, rasai pengalaman menderita di hospital, ambik masa lima minit duduk sana, rasai penderitaan di sana, dan bila dah tak cukup sabar, kembalilah ke masa silam iaitu hari ini.

Sungguh hari ini sangat indah, langit sedang membiru, pohon sangat menghijau. Burung berkicauan, rama rama terbang, dan nikmat udara ini, rasanya sangat sedap!

Untuk kesan yang lebih tinggi, korang pergi ke masa depan yang lebih jauh, bukan ke zaman 2050 atau 3000, tapi bayangkan diri masuk neraka berpelukkan dengan Firaun berguling-guling atas bara api, lalu korang menangis air mata darah merayu malaikat Malik kembalikan korang ke dunia, tapi Malaikat tak layan, malah dipukul muka korang sampai pecah berkecai dan bercantum kembali, lalu korang menangis air mata nanah merayu kepada Allah untuk dihantar semula ke dunia, takpelah telur harga naik pun, PTPTN kena bayar pun takpe, takpe jugak minyak tak turun hargapun, tol tak mansuh pun tak per, asal dapat ke dunia dan dapat merasai nikmat beribadat.

Oh Tuhan, aku telah merasai azabnya neraka yang dahulu aku minta disegerakan (kerana tidak beriman), maka kembalikanlah aku kedunia walaupun sekadar satu perahan susu agar dapat aku menyebut namaMu didunia yang mana menurut NabiMu, sesiapa sahaja pernah ucap Tiada Tuhan melainkan Allah, pasti akan dikeluarkan dari Neraka walau dosa sebanyak buih di lautan, Oh Allah yang Maha Pengampun! Kembalilah kami ke dunia!

Sekali korang buka mata! Nah! doa korang termakbul, sesungguhnya koranglah manusia paling bertuah! Tiada lagi penat, tiada lagi keluhan. Tiada lagu dukacita, Korang masih ada didunia sedang baca coretan ini, dan masih sempat Bertaubat! Alhadulillah!

Pergi berdoa syukur sekarang, dan jika teringat, sebutlah namaku dalam doamu, chewah…

Ok, enough internet for today- Please enjoy the rest of your life with Alhamdulillah!

Woha!


Pondok Hijau di telunjuk Penulis tu 7km jaraknya dari kaki Gunung

Hirup Udara di atas ketinggian Awan


Tunggu Matahari Terbit dari kepulauan Awan

Syukur Di Puncak Kinabalu

Dec 18, 2018

Kenapa Tak Bertopeng lagi?


(Kerana ini adalah zaman aku keluar gua)


Okey, Aku pernah maklum dalam Facebook kenapa dah tak bertopeng tahun lepas, tapi di Facebook susah nak jejak post yang lama lama, jadi aku post di Blog, sebagai rujukan kepada mereka yang semalam baru mahu bertanya: Kenapa Hamka Keretamayat sudah tidak bertopeng lagi.

Jawapannya,

Aku dah azam, masuk umur 40 tahun, aku mahu keluar dari ‘gua’.

Ya, aku serius menulis blog sejak umur 28 tahun, tulis sebagai nota kepada diri, tulis di blog sebab zaman dah maju, tulis dalam buku, nanti buku hilang.

Sebenarnya aku dari zaman remaja lagi sudah ada menulis nota secara ringkas bab ugama dalam buku kecil, juga nota bab dunia seperti dialog filem yang bermutu, falsafah falsafah dan apa sahaja yang aku rasa penting seperti  Tamsil ceramah dari ulamak, ucapan ahli politik yang kelakar, lirik lagu berseni, petikan kata kata hikmat buku tertentu, idea idea bab berniaga, idea idea untuk dijadikan skrip komik, atau filem dan sebagainya, tak lupa juga lukisan lukisan yang terlintas di sepanjang usia muda.

Dalam nota itu jugak, aku menulis balik kefahaman dari buku  yang aku baca atau dari filem yang aku tonton dengan menggunakan pendekatan bahasa yang aku rasa lebih sesuai, akhirnya buku itu dah jadi macam ‘kitab’ bagi aku untuk rujuk balik bila rasa down atau lost.

Lebih kelakar, ada kawan aku nama Sudin yang fotostat buku aku tu sebab kata beliau, himpunan nota dalam buku catatan aku itu sangat tinggi nilai kemanusian dari segi akedemik dan falsafah!. Sudin juga akan rujuk ‘kitab’ aku bila rasa down atau lost!,

Woha!, ini satu penghormatan pada buku nota kehidupan aku, walau aku rasa tindakan Sudin itu agak pelik.

Dipendekkan cerita, bila masuk zaman blogger, aku transfer nota aku dari buku ke blog, tulis balik dengan plot yang lebih terancang, aku tokok tambah dengan ilmu baru kerana hidup sudah  lebih berpengalaman(kononnya), dan setiap entry aku cuba masukkan drama dan punch line agar lebih dramatic, dan bila pembaca serta kawan kawan baru merasa pelik serta hairan akan bagaimana aku boleh update setiap minggu  akan blog keretamayat dengan bahan ‘rare’ yang lain dari yang lain, (rujuk entry dari tahun 2006) lalu bertanya; dari mana datang idea?

Mereka sebenarnya tidak tahu, bahawa nota ugama dalam blog adalah di tulis sejak aku remaja lagi dalam buku yang berkedut kedut kerana mengharung suka duka naik masjid dengar ceramah, masuk kolej, keluar university, masuk penggung wayang keluar konsert, ada yang koyak serta bertampal.., ada yang hilang beberapa muka surat entah ke mana..

Namun, Alhamdulillah, sejak zaman internet, masalah buku koyak sudah berakhir, dengan istiqamah update blog setiap minggu sekurangnya satu entry, dan di tulis kembali dengan niat sebagai himpunan nota peribadi kepada diri sendiri, dan tanpa apa apa promosi, namun setiap hari ada orang baca (and counting) dan ada yang berterima kasih secara personal dan ada yang mengaku hidup berubah kepada lebih baik lepas baca ‘nota ugama’ dalam blog aku, maka menjadilah kereta mayat sebagai sebuah ikon pilihan hiburan islamik berilmiah di persona media sosial.

Masuk tahun 2012, aku masuk aliran perdana, karya aku di blog bertukar menjadi buku, dan setiap tahun wujud buku baru dengan bahan yang tiada di blog, rupa rupanya, bila kita sebarkan ilmu, lagi banyak ilmu datang, kita share idea percuma, lagi banyak idea yang best best Allah bagi hingga mampu buat buku yang tebal tebal.

(Alhamdulillah, Semua dari Allah, aku hanyalah pendosa yang hina)

Okey, kemudian, bila dah ada buku, maka terlibatlah aku dalam kerja “memuji diri sendiri di hadapan orang ramai”. Bermula di CitiOne Kuching Sarawak, lepas tu dekat OneBorneo Sabah, lepas tu di KB Mall Kelantan. Kemudian ke Kuala Lumpur, Bangi, Shah Alam, Terengganu dan Kuantan termasuk Segala event berkenaan Buku.

Aku sentiasa turun padang, tapi pakai cermin mata hitam sebab belum besedia nak jadi artis. Namun waktu itu, umur dalam 30-an, aku dah azam, masuk umur Nabi Muhammad SAW terima wahyu iaitu 40 tahun. Aku nak buka cermin mata hitam, aku nak keluar gua. Aku mahu mewujudkan diri sebagai seorang manusia yang benar benar wujud.

Jadi sekarang, aku dah berumur 40 tahun, kerana itu aku dah berani post wajah aku di media sosial, dan aku dah tak bertopeng lagi. Hamka Keretamayat itu wujud, dan aku juga ada buat bengkel menulis dan berceramah, nak jemput InsyaAllah, ada masa aku turun. (sempat promosi tu, he he)

Selain dari mahu keluar gua macam Nabi di umur 40 tahun, ada banyak juga kebaikkan bila aku sanggup munculkan diri.
  1. Aku kena lebih bertanggung jawab dengan semua tulisan aku. Ada orang tulis tanpa wajah, bila menfitnah, senang nak lari. Aku tak nak jadi macam tu. Jika aku buat silap, aku kena minta maaf. Dah tak boleh lari. Maka aku akan lebih berhati hati dalam menulis.
  2. Di Instagram dan Facebook, aku juga pernah jumpa orang curi curi ambik gambar aku dan sebarkan, celaka sungguh, sebab gambar yang di sebarkan itu tak hensem, aku nampak gemok dan gelap, (memang macam tu pun) jadi biar aku sendiri pilih gambar yang aku perasan hensem dan share dekat media Sosial, Woha!
  3.  Lagipun dulu pernah aku dapat beberapa email dari awek cun mengaku di mengorat oleh aku, lalu akupun tunjuk muka aku sikit kat awek tu dalam email, dan terdedahlah bahawa ada orang menyamar jadi aku untuk mengorat awek tudung labuh, nasib baik si awek tu confirmkan dulu betul tak si penyamar tu Hamka Keretamayat, adohai..

So lepas aku dah share wajah tak hensem aku pada semua pembaca setia keretamayat, lepas ni dah tak ada kot orang sanggup nak menyamar jadi aku dan mengorat awek tudung labuh. He he..

Lagipun, kau gila? aku ni bukan jenis takut bini, tapi kadang kadang Puan Bini sungguh menakutkan!

So sebelum berita tak benar Hamka keretamayat mengorat perempuan tudung labuh tersebar, maka disinilah aku berdiri dengan nama dan wajah sebenar.

Jika jumpa nampak aku senyum dan ada lada celah gigi. Tegurlah dengan kasih sayang.

Akhir kata:

Terima kasih sudi baca dan komen di blog, FB, dan IG keretamayat.
Terima kasih sudi bersangka baik dengan aku.
Terima kasih sudi beli buku kereta mayat
Terima kasih atas segala doa yang baik-baik.
Semoga kita semua Woha sampai syurga.

Ps: Sudin tak beli buku aku sebab katanya dia dah phostotat nota aku dulu, adohai.., ternyata tindakan Sudin itu bukan pelik, tapi terlajak bijak. Kah kah kah!

Ps2: Gambar ni aku tunjuk pada bini, lalu berTanya: wajah abang mirip Tun M atau Datok Najib? Bini aku jawab: wajah abang macam Azwan Ali!

Woha!

Dec 10, 2018

Himpunan Kuning Vs Perhimpunan Putih?

(Kajian berilmiah paling serius dari pemikiran golongan atas pagar yang dah nak terjun)


Ok, kita terus bentang hasil kajian berkenaan Fakta-fakta tentang Perhimpunan Kuning Vs Perhimpunan Putih

  1. Bilangan yang hadir ke Himpunan 812 adalah lebih ramai daripada yang menyertai BERSIH
  2. Selepas perhimpunan Bersih jalan kotor, selepas perhipunan 812, jalan kekal bersih
  3. Himpunan 812 solat berjemaah pada skala besar, himpunan bersih solat berterabur.
  4. Tak ada kereta pecah atau terbalik berbanding himpunan Bersih.
  5. Tak ada gambar pemimpin atau sultan dipijak di himpunan 812
  6. Tak ada pertempuran dengan polis dan FRU.
  7. Tak ada bendera Malaysia yang terbalik.
  8. Tak ada ahli bomba yang dipukul.
  9. Tak ada wartawan pecah kamera.
  10. Tak ada placard manifesto yang menipu.
  11. Tak ada LGBT bukak aurat sambil berdemo.
  12. Kawasan lain hujan kawasan berhimpun tak hujan

"Kejap cik Hamka, saya suka semua pos encik Hamka, tapi saya tak suka bila cik Hamka tulis cerita politik, tolong tulis cerita tentang fakta tanpa libatkan politik, lagipun himpunan semalam aman sebab kerajaan sekarang yang bagus."

Ohhh, ok, kalau begitu aku tulis fakta tentang warna kuning vs warna putih. Boleh?

Fakta Warna Kuning, Tahukah anda?

  1. Terdapat tujuh warna kuning di Malaysia iaitu, kuning air, kuning gading, kuning langsat, kuning muda, kuning pinang masak, kuning sami, dan kuning tua tapi di Terengganu warna kuning tua dikenali dengan ‘kuning bata’.
  2. Kuning ialah warna cahaya yang merangsang kedua-dua warna merah dan hijau sel-sel kon retina, tetapi bukan sel-sel kon biru. Cahaya dengan jarak gelombang 565-590 nanometer adalah kuning, walaupun cahaya komposit berfrekuensi kedua-dua merah dan hijau, seperti mencampurkan jingga dengan cahaya hijau pucuk pisang, atau merah dengan cahaya hijau, juga menghasilkan cahaya kuning.Jangan ponteng kelas sains.
  3. Maharaja legenda China yang pertama Huang Di, digelar "Maharaja Kuning"
  4. A golden service dengan symbol warna Kuning oleh Jabatan Bomba Malaysia melambangkan "penawaraan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan”.
  5. Di Negara orang putih, warna kuning melambangkan ‘penakut’. Oleh sebab itu, dalam slanga bahasa Amerika Syarikat, seorang penakut digelarkan "yellowbellied"
  6. Di Malaysia, filem lucah di kenali sebagai ‘filem biru’, tapi di China, filem lucah dikenali sebagai ‘filem kuning’.
  7. Di New York, istilah "Yellow journalism" (akhbar kuning) merujuk kepada wartawan murahan yang suka memutarbalikkan fakta, membesar-besarkan perkara remeh temeh dan suka bergossip murahan.
  8. Orang Asia kekadang dirujuk oleh orang Barat sebagai bangsa-bangsa berkulit kuning sebagai metafora warna ras. Pada abad ke-20 di Amerika Syarikat, pendatang-pendatang dari negara China dan Asia Timur dirujuk dengan penghinaan sebagai "bahaya kuning"
  9. Menurut kajian dari Universiti Chicago, kuning ialah warna yang paling nyata dari jauh, oleh sebab itu, teksi, bas sekolah dan jentera berat bewarna kuning.
  10. Jika ternampak kereta yang bewarna kuning, untuk menunjukkan korang upadete dengan isu isu semasa, maka jeritlah, "BUMBLEBEE!!" –woha!
  11. Dalam bola sepak, pengadil menggunakan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah melakukan kesalahan dan sedang di beri amaran
  12. Dalam permainan ragbi, seorang pengadil akan menunjukkan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah digantung daripada permainan buat sepuluh minit sebagai penalti.
  13. Kuning ialah warna untuk bola snuker yang mempunyai nilai dua mata.
  14. ‘Yellow pages’ adalah buku kuning sebagai pelapik telefon rumah zaman PM ke 4.
  15. Dalam budaya Arab, terdapat frasa "senyuman kuning" yang bermaksud "senyuman dibuat-buat".
  16. Dalam frasa bahasa Perancis, "rire jaune" ("ketawa kuning") yang dapat diterjemahkan sebagai "ketawa kosong", iaitu ketawa sebab tak lawak.
  17. Acar kuning ialah sejenis makanan orang Melayu yang terdiri daripada timun, lobak merah, dan kacang buncis dan sila rujuk buku memasak.
  18. Pulut kuning ialah sejenis makanan orang Melayu di Malaysia, juga dikenali sebagai santapan semangat. Di Terengganu di kenali sebagai nasi kunyit.
  19. Demam kuning adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran dan jika tak di jemur pada cahaya matahari budak bila besar akan menjadi slow.
  20. Jika ada gambar yang tidak lucah tapi di pandang lucah, maka masyarakat melaysia akan melebelkan orang itu sebagai “otak kuning”.
  21. Tahi yang sihat adalah bewarna kuning, warna hitam itu tanda tahi tidak sihat. Tahi merah itu buasir!
  22. Di Malaysia pentaksub politik di lebel, Mahacai, Di Amerika Syarikat, pentaksub politik di gelar "anjing kuning".
  23. Budaya yang tidak elok dari etnik lain, di kenali sebagai budaya KUNING.
  24. Di negara bukan islam Filipina, warna kuning telah digunakan sebagai warna rasmi dalam perhimpunan-perhimpunan politik untuk menentangi kerajaan Filipina(eh, sama macam perhimpunan bersih jer..)
  25. Ada hadis riwayat Abdullah bin Amr bin Al Ash menceritakan Rasulullah SAW melarang memakai pakaian berwarna kuning.    


Ops, dah sampai ke hadis Nabi cerita tak suka warna kuning, cukuplah sampai situ, kita cerita warna putih pulak, baru adil.

Fakta Warna Putih, Tahukah anda?

  1. Nama sebenar P Ramlee adalah Zakaria Puteh.
  2. Pasir Putih ada Di Kelantan.
  3. Warna putih adalah warna yang digemari Nabi. Petikan Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin
  4. Pakaian ehram untuk mereka yang pergi haji, adalah bewarna putih dan ini adalah sunnah Nabi.
  5. Daripada Samurah r.a ,Rasulullah S.A.W bersabda ,: " Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik.." (Hadis riwayat Nasa'i)
  6. Dari Ibnu Majah, Nabi S.A.W bersabda,: " Sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi masjid atau menziarahi kubur ialah berwarna putih.
  7. Bendera Islam bewarna putih dan tertulis kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH (HR Ibnu Majah)
  8. Kain kafan yang di gunakan untuk membungkus mayat orang islam adalah bewarna putih, tidak kira korang dari parti warna apa apapun.
  9. Orang kapir, kereta mayat mereka bewarna hitam, tapi di Malaysia, keratamayat warna putih.
  10. Dalam perang, jika bendera putih kosong yang dikibarkan itu tandanya mereka ingin berdamai atau menyerah kalah.
  11. Dalam sukan UFC, apabila jurulatih membaling kain putih ke tengah gelanggang, pengadil haruslah memberhentikan perlawanan.
  12. Dalam budaya perkahwinan masyarakat barat, pakaian putih dan tutup muka pengantin perempuan dianggap sebagai lambang kesucian, iaitu pengantin masih dara. Tapi di malaysia, malam pertama letak kain putih dipunggung perempuan yang mana jika ada darah bermakna dara pecah.
  13. Pulau Batu Puteh menjadi subjek utama mengenai pertindihan antara Singapura dan Malaysia yang dibicarakan menerusi Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
  14. Mambang Putih merujuk kepada sejenis makhluk halus yang mewakili semangat putih matahari dan langsung tak boleh bagi manfaat atau mudarat.
  15. Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Ada pepatah mengatakan, penjenayah miskin tempatnya dalam penjara, penjenayah kaya tempatya dalam politik.Woha!
  16. Krim yang sedap korang makan pada kueh kek, adalah Putih telur campur air gula-Now you know
  17. Jika bermain catur, buah putih jalan dulu.
  18. Orang yang malu nak mengorat tiba tiba aweknya kahwin dengan orang lain di kenali sebagai “berputih mata”.
  19. Bawang putih baik, bawang merah jahat, tapi aku lebih suka Nia Ramadhani.
  20. Sel darah putih berfungsi untuk membantu tubuh melawan berbagai penyakit berjangkit dan bendasing, kekurangan sel darah putih akan – jangan ponteng kelas sains.
  21. Biar Putih Tulang bermaksud bermaksud berusaha habis habisan.
  22. Rumah Putih ialah rumah untuk Presiden Amerika Syarikat. Sudah beberapa kali rumah ini dimusnahkan dalam filem seperti 'die hard 4.0', 'independence days' dan lain lain.
  23. Tahukah kamu kenapa warna tahi cicak putih dan hitam? Menurut kajian sains, ianya adalah atas dasar safety, yang mana jika tahi cicak jatuh dalam susu, orang nampak, jatuh dalam kopi pun orang Nampak.
  24. Tahukah kamu kenapa mahsuri berdarah putih? Ya betul, sebab mereka tikam tepat pada buah dadanya.

Arghh, dah start mengarut, aku nak cerita kisah sunnah Nabi yang suka warna putih, tapi melalut kepada warna tahi cicak dan darah mahsuri, hampeh betul!

Habis sampai sini, anggaplah ini kekurangan diri aku yang mewakili warna hitam dalam hati putih aku, adohai...

So kesimpulannya, perhimpunan putih lebih bagus dari perhimpunan kuning berdasarkan fakta, sila setuju dari jauh.

Woha!

Ps: Di tulis oleh keretamayat warna putih.

Tambahan:

Apa pendapat keretamayat jika PAS nak bergabung dengan UMNO?

Eloklah orang islam bergabung! Apa salahnya kan?, orang kafir bergabung korang elok jer sokong jugak kan?

Contohnya?

Superman dan Batman bergabung dalam Justice League

Iron Man dan Captain Amarica bergabung dalam Avangers!

Power Rangers bergabung jadi robot besar

Kamen riderpun bergabung

Ultraman pun bergabung

Dulu Goku lawan Pikor, tapi bila Bezita datang, Goko bergabung dengan Pikor.

Bila Fliza datang, Bezita pulak bergabung dengan Goku.

Sekarang ni, Flizapun bergabung dengan Goku..

Jadi apa salahnya PAS dan UMNO nak bergabung? Apa salahnya?

Ps: Contoh tu jika korang malas nak rujuk al quran dan hadis, tapi jika rujuk al quran dan hadis, memang orang islam diperintah untuk saling bersatu dan janganlah berpecah belah.


Sila take note!


Dec 3, 2018

Siapa Cipta Tuhan?

(Hujah Sains tentang kewujudan Tuhan)


“Pakcik Mayat, jika semua benda dalam alam ini di cipta Tuhan, maka siapa cipta Tuhan?”

“Ok, mari kita guna logic sains, semua akibat pasti ada sebab-itu logic sains, betul?”

“Betul”

“Maka dari segi sains, kejadian seluruh alam ini adalah akibat dari satu sebab iaitu?”

“Letupan big bang”

“betul, tapi siapa cipta big bang?”

“Tuhan…, tapi siapa cipta Tuhan?”

“Mari kembali kepada logic sains, semua kejadian dalam alam ini berpunca dari satu sebab, betul?”

“Ya, iaitu Letupan Big Bang”

“Tidak, ke belakang lagi, Letupan big bang juga ada puncanya, jadi , Bigbang dan seluruh alam ini di cipta oleh satu sebab yang tidak mempunyai sebab, setuju?”

“satu sebab yang tidak mempunyai sebab?”

“Ya, kita ambik puncanya dari SATU SEBAB YANG TIDAK MEMPUNYAI SEBAB”

"errr, susah nak terima yang ini, bagaimana wujud satu Sebab yang tidak mempunyai sebab?"

“Okey, mari kita bincang ciri ciri Sebab yang tidak punyai Sebab”

"Okey"

"Pertama, Punca alam ini mestilah dari SATU SEBAB YANG TIDAK MEMPUNYAI SEBAB! saya nak tekankan perkataan SATU! setuju!"

"okey.., satu, sebab jika dua sebab ianya tidak logik, mestilah satu, okey, logik!"

“Dan punca SEBAB itu juga tidak terikat dengan ruang dan masa, kerana Ruang dan Masa juga di cipta oleh Sebab yang tidak Bersebat”

“okey, tinggi ni, Sebab tidak Bersebab itu tidak terikat dengan ruang dan masa, Okey, logik”

“Oleh kerana Sebab yang tidak Bersebat tidak terikat dengan ruang dan masa, maka Dia juga tidak wujud dalam bentuk mana mana fizikal seperti pepejal, cecair atau gas kerana semua itu di Cipta!"

 "okey, lagi tinggi"

"Tinggi tapi logik sebab jika ianya berbentuk fizikal, maka ianya juga dicipta, so punca alam ini adalah dari sebab yang tidak bersebab, yang tidak terikat dengan ruang dan masa dan bukan dalam bentuk mana mana fizikal

“Tinggi sangat perbincangan ini, susah nak faham”

“Tak susah, sebab dalam Al Quran dah cerita pada seribu empat ratus tahun yang lampau, dan manusia zaman tu boleh faham, kenapa tidak zaman ini?”

“Ayat mana tu?”

“Bila orang kafir bertanya tentang  Asal usul Tuhan, maka Allah suruh Nabi jawab lebih kurang sama macam apa kita bincang tadi dari sudut sains, iaitu dalam surah Al Ikhlas, Allah bagi tahu, Allah itu Tuhan yang Satu, (Satu sebab) Tidak bermula dan Tidak berakhir, (Tidak mempunyai sebab) Dan Tiada satu pun yang sama dengannya (Tidak serupa dengan mana-mana fizikal)

“Wow, ayat al ikhlas penuh dengan logic sains”

“(1)Satu, (2) Tidak berawal dan berakhir, (3) Tidak serupa dengan mana mana ciptaan-Nya-itulah tempat bagi Tuhan yang mencipta segala galanya”

“Wow”

“Kemudian jika masih ada yang nak nafikan Tuhan kerana tidak Nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad?”

“Sebab?”

“Ikut logic sains, orang yang lahir tempat jahat, akan jadi jahat, orang yang tidak pandai membaca akan jadi bodoh, tapi Nabi Muhammad lahir di tempat ramai orang jahat namun dengan Bantuan Allah, Nabi Muhammad yang tidak pandai membaca, tapi dalam sejarah telah menjadi pemimpin dunia yang bijaksana, ketua perang terbaik, pakar motovasi, pakar bisnes, pakar perunding, pakar kehidupan, mampu menyatukan kaum yang bergaduh seratus tahun, mampu menawan negara demi negara, pengikut bertambah setiap hari sampai sekarang, kata katanya berhikmah, rupanya indah, akhlaknya mulia, sehingga seorang penulis barat nak menulis buku tentang manusia paling berpengaruh dengan guna hujah sains, Nabi Muhammad lah orang paling layak duduk tempat pertama sebagai manudia paling berpengaruh dalam dunia ini”

“Wow”

“Maka, manusia mungkin boleh nafikan Tuhan kerana tidak nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad yang satu sahaja seumpanya dalam dunia ini, kitab Al quran yang di bawanya pula penuh dengan common sense, logic sains. siap cerita tentang Big bang walaupun pada zaman tak ada internet”

“Oh, hidup terlalu singkat untuk bergaduh sama ada Tuhan wujud atau tidak”

“Setuju, hidup terlalu singkat untuk bergaduh dengan Tuhan”

Woha!

Ps: Manusia sibuk bergaduh tentang siapa yang mulakan Big Bang? (letupan awal alam semesta) hingga terlupa dosa dan pahala, tapi manusia lupa Second Big Bang is coming, letupan akhir alam semesta yang akan memulakan Alam Akhirat lalu manusia di kehidupan itu semuanya ingat tentang lebihan dosa dan baki pahala masing masing. Sungguh hidup terlalu singkat untuk bergaduh dengan Tuhan.