Dec 21, 2018

Tip Menikmati hidup paling optima?

(Petua terhebat mendaki gunung juga Petua terhabat ‘mendaki’ kehidupan bahagia ada dalam artikel ini.)

Baiklah, ekoran kejayaan mendaki gunung Kinabalu bulan lepas, ramai jugak yang tanya tip mendaki.

So tipnya adalah: Mental kena kuat.

Orang yang mental kuat, walau gemok pun boleh sampai puncak gunung.

Orang yang mental koyak, walaupun badannya sasa dan ada six-pack dekat perut, tapi nak naik tangga masjid pun tak mampu. Kan?

So macam mana nak kuatkan mental?

Tipnya, adalah: Guna mesin masa!

Bagaimana?

Selalu bila aku penat, bila aku sedih, bila aku sakit, aku akan guna kaedah mesin masa, iaitu pejam mata dan bawa diri aku ke masa depan.

Contoh dalam perjalanan daki gunung Kinabalu, waktu rasa diri penat sangat, aku duduk berehat, urut betis, dan terbaring sambal pejam mata dan tutup telinga lalu terbang ke masa depan.
Aku terus sampai ke hospital kuala Terengganu di tahun 2030 mungkin? Aku ternampak diri aku yang sudah tua, sudah terbaring di katil hospital, makan tak boleh guna mulut, kena guna tiub, badan di cucuk ubat setiap satu jam, mata terkebil kebil menerima takdir, lepas tu anak anak datang cerita masalah hidup, anak mengadu tak cukup wang nak tanggung kos bedah, bini menangis atas kerusi roda, sedih sungguh.

Lepas tu aku rasa nak berak, tapi tak boleh bergerak, datang Jururawat lelaki bukak seluar aku dan basuh punggung aku dengan kasar sebab aku dah terberak, sedih hati sebab tak mampu basuh berak lalu aku pejam mata dan berdoa agar aku dapat kembali ke zaman silam, kembali ke kaki gunung kinabalu, zaman aku sihat dulu dulu.

Dan doaku makbul!

Aku bukak mata, aku ada di pertengahan gunung kinabalu, aku pandang kiri kanan menikmati pandangan yang indah, aku hisap coklat manis dengan nikmat, aku teguk air gunung dengan bahagia, aku melompat lompat tak sabar nak teruskan mendaki, lalu aku teruskan mendaki sambil tersenyum bahagia, menikmati kekuatan kaki melangkah, menikmati deruan angin, menikmati kurma kering, menikmati nikmat sihat, dan menikmati setiap detik! Alhamdulillah, terus aku berzikir kesyukuran tak henti henti, lalu akhirnya aku sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan jiwa yang penuh dengan kedamaian dah kebahagian serta kesyukuran.

Alhamdulillah. Nikmat mana algi aku dustakan?

So, nasihat aku, bila korang semua ada masalah, sedang sedih, sedang berduka cita, cepat cepat gunakan mesin masa, pergi ke masa depan, rasai pengalaman menderita di hospital, ambik masa lima minit duduk sana, rasai penderitaan di sana, dan bila dah tak cukup sabar, kembalilah ke masa silam iaitu hari ini.

Sungguh hari ini sangat indah, langit sedang membiru, pohon sangat menghijau. Burung berkicauan, rama rama terbang, dan nikmat udara ini, rasanya sangat sedap!

Untuk kesan yang lebih tinggi, korang pergi ke masa depan yang lebih jauh, bukan ke zaman 2050 atau 3000, tapi bayangkan diri masuk neraka berpelukkan dengan Firaun berguling-guling atas bara api, lalu korang menangis air mata darah merayu malaikat Malik kembalikan korang ke dunia, tapi Malaikat tak layan, malah dipukul muka korang sampai pecah berkecai dan bercantum kembali, lalu korang menangis air mata nanah merayu kepada Allah untuk dihantar semula ke dunia, takpelah telur harga naik pun, PTPTN kena bayar pun takpe, takpe jugak minyak tak turun hargapun, tol tak mansuh pun tak per, asal dapat ke dunia dan dapat merasai nikmat beribadat.

Oh Tuhan, aku telah merasai azabnya neraka yang dahulu aku minta disegerakan (kerana tidak beriman), maka kembalikanlah aku kedunia walaupun sekadar satu perahan susu agar dapat aku menyebut namaMu didunia yang mana menurut NabiMu, sesiapa sahaja pernah ucap Tiada Tuhan melainkan Allah, pasti akan dikeluarkan dari Neraka walau dosa sebanyak buih di lautan, Oh Allah yang Maha Pengampun! Kembalilah kami ke dunia!

Sekali korang buka mata! Nah! doa korang termakbul, sesungguhnya koranglah manusia paling bertuah! Tiada lagi penat, tiada lagi keluhan. Tiada lagu dukacita, Korang masih ada didunia sedang baca coretan ini, dan masih sempat Bertaubat! Alhadulillah!

Pergi berdoa syukur sekarang, dan jika teringat, sebutlah namaku dalam doamu, chewah…

Ok, enough internet for today- Please enjoy the rest of your life with Alhamdulillah!

Woha!


Pondok Hijau di telunjuk Penulis tu 7km jaraknya dari kaki Gunung

Hirup Udara di atas ketinggian Awan


Tunggu Matahari Terbit dari kepulauan Awan

Syukur Di Puncak Kinabalu

Post a Comment