(Kajian berilmiah paling serius dari pemikiran golongan atas pagar yang dah nak terjun)
Ok, kita terus bentang hasil kajian berkenaan Fakta-fakta tentang Perhimpunan Kuning Vs Perhimpunan Putih
- Bilangan
yang hadir ke Himpunan 812 adalah lebih ramai daripada yang menyertai BERSIH
- Selepas
perhimpunan Bersih jalan kotor, selepas perhipunan 812, jalan kekal bersih
- Himpunan
812 solat berjemaah pada skala besar, himpunan bersih solat berterabur.
- Tak ada
kereta pecah atau terbalik berbanding himpunan Bersih.
- Tak ada
gambar pemimpin atau sultan dipijak di himpunan 812
- Tak ada
pertempuran dengan polis dan FRU.
- Tak ada
bendera Malaysia yang terbalik.
- Tak ada
ahli bomba yang dipukul.
- Tak ada
wartawan pecah kamera.
- Tak ada
placard manifesto yang menipu.
- Tak ada
LGBT bukak aurat sambil berdemo.
- Kawasan
lain hujan kawasan berhimpun tak hujan
"Kejap cik Hamka, saya suka semua pos encik Hamka, tapi saya
tak suka bila cik Hamka tulis cerita politik, tolong tulis cerita tentang fakta
tanpa libatkan politik, lagipun himpunan semalam aman sebab kerajaan sekarang
yang bagus."
Ohhh, ok, kalau begitu aku tulis fakta tentang warna kuning
vs warna putih. Boleh?
Fakta Warna Kuning, Tahukah anda?
- Terdapat tujuh warna kuning di Malaysia iaitu, kuning air,
kuning gading, kuning langsat, kuning muda, kuning pinang masak, kuning sami,
dan kuning tua tapi di Terengganu warna kuning tua dikenali dengan ‘kuning
bata’.
- Kuning ialah warna cahaya yang merangsang kedua-dua warna
merah dan hijau sel-sel kon retina, tetapi bukan sel-sel kon biru. Cahaya
dengan jarak gelombang 565-590 nanometer adalah kuning, walaupun cahaya
komposit berfrekuensi kedua-dua merah dan hijau, seperti mencampurkan jingga
dengan cahaya hijau pucuk pisang, atau merah dengan cahaya hijau, juga
menghasilkan cahaya kuning.Jangan ponteng kelas sains.
- Maharaja legenda China yang pertama Huang Di, digelar
"Maharaja Kuning"
- A golden service dengan symbol warna Kuning oleh Jabatan
Bomba Malaysia melambangkan "penawaraan perkhidmatan yang berkualiti
kepada pelanggan”.
- Di Negara orang putih, warna kuning melambangkan ‘penakut’.
Oleh sebab itu, dalam slanga bahasa Amerika Syarikat, seorang penakut
digelarkan "yellowbellied"
- Di Malaysia, filem lucah di kenali sebagai ‘filem biru’,
tapi di China, filem lucah dikenali sebagai ‘filem kuning’.
- Di New York, istilah "Yellow journalism" (akhbar
kuning) merujuk kepada wartawan murahan yang suka memutarbalikkan fakta,
membesar-besarkan perkara remeh temeh dan suka bergossip murahan.
- Orang Asia kekadang dirujuk oleh orang Barat sebagai
bangsa-bangsa berkulit kuning sebagai metafora warna ras. Pada abad ke-20 di
Amerika Syarikat, pendatang-pendatang dari negara China dan Asia Timur dirujuk
dengan penghinaan sebagai "bahaya kuning"
- Menurut kajian dari Universiti Chicago, kuning ialah warna
yang paling nyata dari jauh, oleh sebab itu, teksi, bas sekolah dan jentera
berat bewarna kuning.
- Jika ternampak kereta yang bewarna kuning, untuk menunjukkan
korang upadete dengan isu isu semasa, maka jeritlah, "BUMBLEBEE!!"
–woha!
- Dalam bola sepak, pengadil menggunakan kad kuning untuk
menunjukkan bahawa seorang pemain telah melakukan kesalahan dan sedang di beri
amaran
- Dalam permainan ragbi, seorang pengadil akan menunjukkan kad
kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah digantung daripada
permainan buat sepuluh minit sebagai penalti.
- Kuning ialah warna untuk bola snuker yang mempunyai nilai
dua mata.
- ‘Yellow pages’ adalah buku kuning sebagai pelapik telefon rumah zaman PM ke 4.
- Dalam budaya Arab, terdapat frasa "senyuman
kuning" yang bermaksud "senyuman dibuat-buat".
- Dalam frasa bahasa Perancis, "rire jaune"
("ketawa kuning") yang dapat diterjemahkan sebagai "ketawa
kosong", iaitu ketawa sebab tak lawak.
- Acar kuning ialah sejenis makanan orang Melayu yang terdiri
daripada timun, lobak merah, dan kacang buncis dan sila rujuk buku memasak.
- Pulut kuning ialah sejenis makanan orang Melayu di Malaysia,
juga dikenali sebagai santapan semangat. Di Terengganu di kenali sebagai nasi
kunyit.
- Demam kuning adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan
bayi pada minggu pertama kelahiran dan jika tak di jemur pada cahaya matahari
budak bila besar akan menjadi slow.
- Jika ada gambar yang tidak lucah tapi di pandang lucah, maka
masyarakat melaysia akan melebelkan orang itu sebagai “otak kuning”.
- Tahi yang sihat adalah bewarna kuning, warna hitam itu tanda
tahi tidak sihat. Tahi merah itu buasir!
- Di Malaysia pentaksub politik di lebel, Mahacai, Di Amerika
Syarikat, pentaksub politik di gelar "anjing kuning".
- Budaya yang tidak elok dari etnik lain, di kenali sebagai
budaya KUNING.
- Di negara bukan islam Filipina, warna kuning telah digunakan
sebagai warna rasmi dalam perhimpunan-perhimpunan politik untuk menentangi
kerajaan Filipina(eh, sama macam perhimpunan bersih jer..)
- Ada hadis riwayat Abdullah bin Amr bin Al Ash menceritakan
Rasulullah SAW melarang memakai pakaian berwarna kuning.
Ops, dah sampai ke hadis Nabi cerita tak suka warna kuning, cukuplah sampai situ, kita
cerita warna putih pulak, baru adil.
Fakta Warna Putih, Tahukah anda?
- Nama sebenar P Ramlee adalah Zakaria Puteh.
- Pasir Putih ada Di Kelantan.
- Warna putih adalah warna yang digemari Nabi. Petikan Imam
Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin
- Pakaian ehram untuk mereka yang pergi haji, adalah bewarna
putih dan ini adalah sunnah Nabi.
- Daripada Samurah r.a ,Rasulullah S.A.W bersabda ,: "
Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik.."
(Hadis riwayat Nasa'i)
- Dari Ibnu Majah, Nabi S.A.W bersabda,: " Sebaik-baik
pakaian untuk mengunjungi masjid atau menziarahi kubur ialah berwarna putih.
- Bendera Islam bewarna putih dan tertulis kalimah LA ILAHA
ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH (HR Ibnu Majah)
- Kain kafan yang di gunakan untuk membungkus mayat orang
islam adalah bewarna putih, tidak kira korang dari parti warna apa apapun.
- Orang kapir, kereta mayat mereka bewarna hitam, tapi di
Malaysia, keratamayat warna putih.
- Dalam perang, jika bendera putih kosong yang dikibarkan itu
tandanya mereka ingin berdamai atau menyerah kalah.
- Dalam sukan UFC, apabila jurulatih membaling kain putih ke
tengah gelanggang, pengadil haruslah memberhentikan perlawanan.
- Dalam budaya perkahwinan masyarakat barat, pakaian putih dan
tutup muka pengantin perempuan dianggap sebagai lambang kesucian, iaitu
pengantin masih dara. Tapi di malaysia, malam pertama letak kain putih
dipunggung perempuan yang mana jika ada darah bermakna dara pecah.
- Pulau Batu Puteh menjadi subjek utama mengenai pertindihan
antara Singapura dan Malaysia yang dibicarakan menerusi Mahkamah Keadilan
Antarabangsa.
- Mambang Putih merujuk kepada sejenis makhluk halus yang
mewakili semangat putih matahari dan langsung tak boleh bagi manfaat atau
mudarat.
- Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh
seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Ada pepatah
mengatakan, penjenayah miskin tempatnya dalam penjara, penjenayah kaya tempatya
dalam politik.Woha!
- Krim yang sedap korang makan pada kueh kek, adalah Putih
telur campur air gula-Now you know
- Jika bermain catur, buah putih jalan dulu.
- Orang yang malu nak mengorat tiba tiba aweknya kahwin dengan
orang lain di kenali sebagai “berputih mata”.
- Bawang putih baik, bawang merah jahat, tapi aku lebih suka
Nia Ramadhani.
- Sel darah putih berfungsi untuk membantu tubuh melawan
berbagai penyakit berjangkit dan bendasing, kekurangan sel darah putih akan –
jangan ponteng kelas sains.
- Biar Putih Tulang bermaksud bermaksud berusaha habis habisan.
- Rumah Putih ialah rumah untuk Presiden Amerika Syarikat.
Sudah beberapa kali rumah ini dimusnahkan dalam filem seperti 'die hard 4.0',
'independence days' dan lain lain.
- Tahukah kamu kenapa warna tahi cicak putih dan hitam?
Menurut kajian sains, ianya adalah atas dasar safety, yang mana jika tahi cicak
jatuh dalam susu, orang nampak, jatuh dalam kopi pun orang Nampak.
- Tahukah kamu kenapa mahsuri berdarah putih? Ya betul, sebab
mereka tikam tepat pada buah dadanya.
Arghh, dah start mengarut, aku nak cerita kisah sunnah Nabi
yang suka warna putih, tapi melalut kepada warna tahi cicak dan darah mahsuri,
hampeh betul!
Habis sampai sini, anggaplah ini kekurangan diri aku yang
mewakili warna hitam dalam hati putih aku, adohai...
So kesimpulannya, perhimpunan putih lebih bagus dari
perhimpunan kuning berdasarkan fakta, sila setuju dari jauh.
Woha!
Ps: Di tulis oleh keretamayat warna putih.
Tambahan:
Apa pendapat keretamayat jika PAS nak bergabung dengan UMNO?
Eloklah orang islam bergabung! Apa salahnya kan?, orang
kafir bergabung korang elok jer sokong jugak kan?
Contohnya?
Superman dan Batman bergabung dalam Justice League
Iron Man dan Captain Amarica bergabung dalam Avangers!
Power Rangers bergabung jadi robot besar
Kamen riderpun bergabung
Ultraman pun bergabung
Dulu Goku lawan Pikor, tapi bila Bezita datang, Goko
bergabung dengan Pikor.
Bila Fliza datang, Bezita pulak bergabung dengan Goku.
Sekarang ni, Flizapun bergabung dengan Goku..
Jadi apa salahnya PAS dan UMNO nak bergabung? Apa salahnya?
Ps: Contoh tu jika korang malas nak rujuk al quran dan
hadis, tapi jika rujuk al quran dan hadis, memang orang islam diperintah untuk
saling bersatu dan janganlah berpecah belah.
Sila take note!
No comments:
Post a Comment