Dec 3, 2018
Siapa Cipta Tuhan?
(Hujah Sains tentang kewujudan Tuhan)
“Pakcik Mayat, jika semua benda dalam alam ini di cipta
Tuhan, maka siapa cipta Tuhan?”
“Ok, mari kita guna logic sains, semua akibat pasti ada
sebab-itu logic sains, betul?”
“Betul”
“Maka dari segi sains, kejadian seluruh alam ini adalah
akibat dari satu sebab iaitu?”
“Letupan big bang”
“betul, tapi siapa cipta big bang?”
“Tuhan…, tapi siapa cipta Tuhan?”
“Mari kembali kepada logic sains, semua kejadian dalam alam ini
berpunca dari satu sebab, betul?”
“Ya, iaitu Letupan Big Bang”
“Tidak, ke belakang lagi, Letupan big bang juga ada puncanya, jadi , Bigbang dan seluruh alam ini
di cipta oleh satu sebab yang tidak mempunyai sebab, setuju?”
“satu sebab yang tidak mempunyai sebab?”
“Ya, kita ambik puncanya dari SATU SEBAB YANG TIDAK
MEMPUNYAI SEBAB”
"errr, susah nak terima yang ini, bagaimana wujud satu Sebab yang tidak mempunyai sebab?"
“Okey, mari kita bincang ciri ciri Sebab yang tidak punyai Sebab”
"Okey"
"Pertama, Punca alam ini mestilah dari SATU SEBAB YANG TIDAK MEMPUNYAI SEBAB! saya nak tekankan perkataan SATU! setuju!"
"okey.., satu, sebab jika dua sebab ianya tidak logik, mestilah satu, okey, logik!"
“Dan punca SEBAB itu juga tidak terikat dengan ruang dan
masa, kerana Ruang dan Masa juga di cipta oleh Sebab yang tidak Bersebat”
“okey, tinggi ni, Sebab tidak Bersebab itu tidak terikat dengan ruang dan masa, Okey, logik”
“Oleh kerana Sebab yang tidak Bersebat tidak terikat dengan
ruang dan masa, maka Dia juga tidak wujud dalam bentuk mana mana fizikal seperti pepejal, cecair atau gas kerana semua itu di Cipta!"
"okey, lagi tinggi"
"Tinggi tapi logik sebab jika ianya
berbentuk fizikal, maka ianya juga dicipta, so punca alam ini adalah dari sebab
yang tidak bersebab, yang tidak terikat dengan ruang dan masa dan bukan dalam
bentuk mana mana fizikal”
“Tinggi sangat perbincangan ini, susah nak faham”
“Tak susah, sebab dalam Al Quran dah cerita pada seribu
empat ratus tahun yang lampau, dan manusia zaman tu boleh faham, kenapa tidak
zaman ini?”
“Ayat mana tu?”
“Bila orang kafir bertanya tentang Asal usul Tuhan, maka Allah suruh Nabi jawab lebih
kurang sama macam apa kita bincang tadi dari sudut sains, iaitu dalam surah Al Ikhlas,
Allah bagi tahu, Allah itu Tuhan yang Satu, (Satu sebab) Tidak bermula dan
Tidak berakhir, (Tidak mempunyai sebab) Dan Tiada satu pun yang sama dengannya (Tidak
serupa dengan mana-mana fizikal)”
“Wow, ayat al ikhlas penuh dengan logic sains”
“(1)Satu, (2) Tidak berawal dan berakhir, (3) Tidak serupa
dengan mana mana ciptaan-Nya-itulah tempat bagi Tuhan yang mencipta segala
galanya”
“Wow”
“Kemudian jika masih ada yang nak nafikan Tuhan kerana tidak
Nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad?”
“Sebab?”
“Ikut logic sains, orang yang lahir tempat jahat, akan jadi
jahat, orang yang tidak pandai membaca akan jadi bodoh, tapi Nabi Muhammad lahir di tempat ramai orang jahat namun dengan
Bantuan Allah, Nabi Muhammad yang tidak pandai membaca, tapi dalam sejarah
telah menjadi pemimpin dunia yang bijaksana, ketua perang terbaik, pakar
motovasi, pakar bisnes, pakar perunding, pakar kehidupan, mampu menyatukan kaum yang bergaduh seratus tahun, mampu menawan negara demi negara, pengikut bertambah setiap hari sampai sekarang, kata katanya berhikmah, rupanya indah,
akhlaknya mulia, sehingga seorang penulis barat nak menulis buku tentang
manusia paling berpengaruh dengan guna hujah sains, Nabi Muhammad lah orang
paling layak duduk tempat pertama sebagai manudia paling berpengaruh dalam dunia ini”
“Wow”
“Maka, manusia mungkin boleh nafikan Tuhan kerana tidak nampak,
tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad yang satu sahaja seumpanya
dalam dunia ini, kitab Al quran yang di bawanya pula penuh dengan common sense,
logic sains. siap cerita tentang Big bang walaupun pada zaman tak ada internet”
“Oh, hidup terlalu singkat untuk bergaduh sama ada Tuhan
wujud atau tidak”
“Setuju, hidup terlalu singkat untuk bergaduh dengan Tuhan”
Woha!
Ps: Manusia sibuk bergaduh tentang siapa yang mulakan Big Bang? (letupan awal alam semesta) hingga terlupa dosa dan pahala, tapi manusia lupa Second Big Bang is coming, letupan akhir alam semesta yang akan memulakan Alam Akhirat lalu manusia di kehidupan itu semuanya ingat tentang lebihan dosa dan baki pahala masing masing. Sungguh hidup terlalu singkat untuk bergaduh dengan Tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment