Dec 18, 2018

Kenapa Tak Bertopeng lagi?


(Kerana ini adalah zaman aku keluar gua)


Okey, Aku pernah maklum dalam Facebook kenapa dah tak bertopeng tahun lepas, tapi di Facebook susah nak jejak post yang lama lama, jadi aku post di Blog, sebagai rujukan kepada mereka yang semalam baru mahu bertanya: Kenapa Hamka Keretamayat sudah tidak bertopeng lagi.

Jawapannya,

Aku dah azam, masuk umur 40 tahun, aku mahu keluar dari ‘gua’.

Ya, aku serius menulis blog sejak umur 28 tahun, tulis sebagai nota kepada diri, tulis di blog sebab zaman dah maju, tulis dalam buku, nanti buku hilang.

Sebenarnya aku dari zaman remaja lagi sudah ada menulis nota secara ringkas bab ugama dalam buku kecil, juga nota bab dunia seperti dialog filem yang bermutu, falsafah falsafah dan apa sahaja yang aku rasa penting seperti  Tamsil ceramah dari ulamak, ucapan ahli politik yang kelakar, lirik lagu berseni, petikan kata kata hikmat buku tertentu, idea idea bab berniaga, idea idea untuk dijadikan skrip komik, atau filem dan sebagainya, tak lupa juga lukisan lukisan yang terlintas di sepanjang usia muda.

Dalam nota itu jugak, aku menulis balik kefahaman dari buku  yang aku baca atau dari filem yang aku tonton dengan menggunakan pendekatan bahasa yang aku rasa lebih sesuai, akhirnya buku itu dah jadi macam ‘kitab’ bagi aku untuk rujuk balik bila rasa down atau lost.

Lebih kelakar, ada kawan aku nama Sudin yang fotostat buku aku tu sebab kata beliau, himpunan nota dalam buku catatan aku itu sangat tinggi nilai kemanusian dari segi akedemik dan falsafah!. Sudin juga akan rujuk ‘kitab’ aku bila rasa down atau lost!,

Woha!, ini satu penghormatan pada buku nota kehidupan aku, walau aku rasa tindakan Sudin itu agak pelik.

Dipendekkan cerita, bila masuk zaman blogger, aku transfer nota aku dari buku ke blog, tulis balik dengan plot yang lebih terancang, aku tokok tambah dengan ilmu baru kerana hidup sudah  lebih berpengalaman(kononnya), dan setiap entry aku cuba masukkan drama dan punch line agar lebih dramatic, dan bila pembaca serta kawan kawan baru merasa pelik serta hairan akan bagaimana aku boleh update setiap minggu  akan blog keretamayat dengan bahan ‘rare’ yang lain dari yang lain, (rujuk entry dari tahun 2006) lalu bertanya; dari mana datang idea?

Mereka sebenarnya tidak tahu, bahawa nota ugama dalam blog adalah di tulis sejak aku remaja lagi dalam buku yang berkedut kedut kerana mengharung suka duka naik masjid dengar ceramah, masuk kolej, keluar university, masuk penggung wayang keluar konsert, ada yang koyak serta bertampal.., ada yang hilang beberapa muka surat entah ke mana..

Namun, Alhamdulillah, sejak zaman internet, masalah buku koyak sudah berakhir, dengan istiqamah update blog setiap minggu sekurangnya satu entry, dan di tulis kembali dengan niat sebagai himpunan nota peribadi kepada diri sendiri, dan tanpa apa apa promosi, namun setiap hari ada orang baca (and counting) dan ada yang berterima kasih secara personal dan ada yang mengaku hidup berubah kepada lebih baik lepas baca ‘nota ugama’ dalam blog aku, maka menjadilah kereta mayat sebagai sebuah ikon pilihan hiburan islamik berilmiah di persona media sosial.

Masuk tahun 2012, aku masuk aliran perdana, karya aku di blog bertukar menjadi buku, dan setiap tahun wujud buku baru dengan bahan yang tiada di blog, rupa rupanya, bila kita sebarkan ilmu, lagi banyak ilmu datang, kita share idea percuma, lagi banyak idea yang best best Allah bagi hingga mampu buat buku yang tebal tebal.

(Alhamdulillah, Semua dari Allah, aku hanyalah pendosa yang hina)

Okey, kemudian, bila dah ada buku, maka terlibatlah aku dalam kerja “memuji diri sendiri di hadapan orang ramai”. Bermula di CitiOne Kuching Sarawak, lepas tu dekat OneBorneo Sabah, lepas tu di KB Mall Kelantan. Kemudian ke Kuala Lumpur, Bangi, Shah Alam, Terengganu dan Kuantan termasuk Segala event berkenaan Buku.

Aku sentiasa turun padang, tapi pakai cermin mata hitam sebab belum besedia nak jadi artis. Namun waktu itu, umur dalam 30-an, aku dah azam, masuk umur Nabi Muhammad SAW terima wahyu iaitu 40 tahun. Aku nak buka cermin mata hitam, aku nak keluar gua. Aku mahu mewujudkan diri sebagai seorang manusia yang benar benar wujud.

Jadi sekarang, aku dah berumur 40 tahun, kerana itu aku dah berani post wajah aku di media sosial, dan aku dah tak bertopeng lagi. Hamka Keretamayat itu wujud, dan aku juga ada buat bengkel menulis dan berceramah, nak jemput InsyaAllah, ada masa aku turun. (sempat promosi tu, he he)

Selain dari mahu keluar gua macam Nabi di umur 40 tahun, ada banyak juga kebaikkan bila aku sanggup munculkan diri.
  1. Aku kena lebih bertanggung jawab dengan semua tulisan aku. Ada orang tulis tanpa wajah, bila menfitnah, senang nak lari. Aku tak nak jadi macam tu. Jika aku buat silap, aku kena minta maaf. Dah tak boleh lari. Maka aku akan lebih berhati hati dalam menulis.
  2. Di Instagram dan Facebook, aku juga pernah jumpa orang curi curi ambik gambar aku dan sebarkan, celaka sungguh, sebab gambar yang di sebarkan itu tak hensem, aku nampak gemok dan gelap, (memang macam tu pun) jadi biar aku sendiri pilih gambar yang aku perasan hensem dan share dekat media Sosial, Woha!
  3.  Lagipun dulu pernah aku dapat beberapa email dari awek cun mengaku di mengorat oleh aku, lalu akupun tunjuk muka aku sikit kat awek tu dalam email, dan terdedahlah bahawa ada orang menyamar jadi aku untuk mengorat awek tudung labuh, nasib baik si awek tu confirmkan dulu betul tak si penyamar tu Hamka Keretamayat, adohai..

So lepas aku dah share wajah tak hensem aku pada semua pembaca setia keretamayat, lepas ni dah tak ada kot orang sanggup nak menyamar jadi aku dan mengorat awek tudung labuh. He he..

Lagipun, kau gila? aku ni bukan jenis takut bini, tapi kadang kadang Puan Bini sungguh menakutkan!

So sebelum berita tak benar Hamka keretamayat mengorat perempuan tudung labuh tersebar, maka disinilah aku berdiri dengan nama dan wajah sebenar.

Jika jumpa nampak aku senyum dan ada lada celah gigi. Tegurlah dengan kasih sayang.

Akhir kata:

Terima kasih sudi baca dan komen di blog, FB, dan IG keretamayat.
Terima kasih sudi bersangka baik dengan aku.
Terima kasih sudi beli buku kereta mayat
Terima kasih atas segala doa yang baik-baik.
Semoga kita semua Woha sampai syurga.

Ps: Sudin tak beli buku aku sebab katanya dia dah phostotat nota aku dulu, adohai.., ternyata tindakan Sudin itu bukan pelik, tapi terlajak bijak. Kah kah kah!

Ps2: Gambar ni aku tunjuk pada bini, lalu berTanya: wajah abang mirip Tun M atau Datok Najib? Bini aku jawab: wajah abang macam Azwan Ali!

Woha!

No comments: