Apr 15, 2019

Ada tak soalan untuk ayah?

(Kisah Nabi Musa dan Pengikut Firaun yang terselamat dari lorong maut laut)


Ambik anak perempuan balik asrama, dalam kereta anak diam sahaja, penat agaknya, lalu saya bertanya:

“Kenapa diam ni? Takde apa-apa soalan kepada ayah?”

Anak senyum sahaja, tiada jawapan. Saya bertanya sebab jika di asrama selalu dia call cakap rindu dan tanya khabar, tapi bila dah depan mata, dia hanya diam sahaja, baik!, mungkin si anak betul betul penat, namun dalam pemanduan ni, saya teruskan bercerita kepada anak-anak.

*******

“Korang tahu tak, bila kita suka orang tu, kita selalu ada soalan nak tanya dia, sihat ke? Makan apa tadi? Mimpi apa malam tadi dan sebagainya, walaupun kadang kita dah tahu jawapan, tapi tetap bertanya sebab dalam hati ada kemesraan, ayah bagi contoh..

Waktu Nabi Musa jumpa Allah, maka Allah Tanya pada Nabi Musa:

“Apa kat tangan kamu?”

Walaupun Allah Maha Mengetahui, tapi sajer nak ajak borak.

Jawab Nabi Musa: :Kat tangan saya ada tongkat dan tongkat ni saya guna untuk gagahkan diri, saya guna untuk jaga kambing, untuk kait daun, sebagai senjata dan sebagainya…

Wah.., Sempat pulak Nabi Musa cerita kelebihan Tongkat depan Allah, siap dengan fungsinya sekali, maka Allah macam tak suka, sebab Nabi Musa puji kelebihan makhluk yang tak boleh bagi manfaat dan mudaratpun, lalu Allah suruh campak Tongkat tu!

Terus tongkat tu jadi ular besar! Dan Allah suruh Nabi Musa tangkap ular itu, tapi Nabi Musa takut tapi sebab Allah suruh, maka Nabi Musa buat juga dengan mencuba tangkap dari hujung ekor, Allah tegur, suruh tangkap dari kepala dan Allah kata jangan takut, dan bila Nabi musa tangkap kepala, ular itu kembali menjadi Tongkat, dan Allah Tanya soalan yang sama:

“Apa kat tangan kamu?”

Nabi Musa dah tak jawab kerana Nabi Musa faham tentang Tauhid iaitu tongkat adalah makhluk, tidak boleh bagi manfaat dan mudarat, yang bagi manfaat dan mudarat adalah Allah semata mata.

Maka kerena itulah apabila Firaun suruh ahli sihir serang Nabi Musa dengan beribu ribu Ular, yang mana jika sebelum ini logik orang ada tongkat di tangan dan ada beribu ribu ular depan mata maka terus digunakan tongkat sebagai senjata, tapi tak, Nabi Musa tunggu perintah Allah, dan Allah suruh campak tongkat itu!

Jika kita: eh? Ular nak serang saya dan saya hanya ada tongkat di tangan nak kena buang pulak?

Tapi bila kita ikut perintah Allah pasti ada kejayaan, lalu Nabi Musa campak dan tongkat itu menjadi ular besar dan menelan semua ular ahli sihir dan terus semua ahli sihir menyerah diri dan masuk islam melihat mukjizat dan kebesaran Allah depan mata.

Waktu lain, kerana marah dengan Nabi Musa maka Firaun suruh semua bala tentera pergi bunuh kaum Nabi Musa, Nabi Musapun ajak kaumnya lari tapi jalan mati, depannya laut, kiri kanan gunung, dan belakang tentera Firaun.

Waktu itu, Perintah Allah suruh pukul air laut.

Jika kita: Eh? Kenapa nak pukul air laut? Kenapa tak pukul kepala Firaun?

Tapi bila kita ikut perintah Allah pasti ada kejayaan, lalu Nabi Musa ketuk laut dan laut yang sama menyelamatkan kaum Nabi Musa, dan Laut yang sama membunuh Firaun dan seluruh tenteranya.
Tapi bukan semua pengikut Firaun mati, ada yang terselamat..”

********

Saya berhenti bercerita kepada anak serentak dengan kereta yang berhenti sebab kami dah sampai Trafiic light, saya Tarik hand Brek dan dapati anak sudah tidur, okey, anak penat kot, saya on kan radio dan anak bersuara:

“Eh? Kenapa berhenti ayah, saya nak tahu siapa pengikut Firaun yang terselamat itu?”

Wow, si anak sedang khusyuk mendengar rupanya, Saya terus senyum, sambung bercerita pada anak kisah Nabi Musa, tak lama kemudian, lampu isyarat bertukar hijau, dan saya turunkan hand brek lalu kamipun mengilang dari pandangan anda semua.

Sebelum itu, di sebelah lampu Isyarat itu ada papan tanda untuk ke Masjid kena belok kiri, jadi jika nak dengar lagi dan lagi kisah Agama, moh kita ke masjid.

Woha!


Apr 11, 2019

Kenapa kita tak Bahagia?


(Perenggan ke tujuh belas amat mengejutkan)

Dalam dunia ini, ramai orang tak percaya dia sedang bahagia.

Contohnya: Zaman BN memerintah, ramai orang rasa tak bahagia lalu berfikir, jika BN jatuh, PH naik, saya akan bahagia. Tapi Bila BN betul-betul jatuh, dan PH naik tapi tak menepati Manifesto, ramai yang berkata, sebenarnya zaman BN dulu saya bahagia, tapi saya tak percaya.

Ops, contoh di atas terlalu politik, tak sesuai.., contoh lain.

Ada orang naik kapal terbang tambang murah, sempit, penumpang di sebelah tidur berdengkur, lalu dia rasa tak bahagia, dalam hati mengeluh kepada dirinya sendiri sebab hanya mampu beli tiket tambang murah dan terpaksa duduk sebelah orang gemok yang berdengkur.

Pada waktu itu, dia percaya dia sangat tak bahagia, tiba tiba enjin kapal terbang mati, dan terus menjunam, waktu itu dia menjerit tak bahagia dan sedar, tadi, waktu kapal terbang tak rosak, dia sedang bahagia walaupun terpaksa mendengar dengkuran orang berdengkur.

Nampak tak?

Jadi.., apa punca kita tak percaya kita sedang bahagia?

Sebab kita tak bersyukur. Simple, Nabi dah ajar lama tapi kita sendiri tak percaya dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.

Kita sangat tak bersyukur sehingga nikmat depan mata dirasai semacam azab, itulah neraka dunia yang boleh hadir pada sesiapun walau duduk dikerusi empuk, bilik air cond, tubuh semua sihat tapi masih mengeluh kerana kita tak percaya kita sedang bahagia.

Mungkin Kita sedih tak boleh beli kereta baru boleh terbang, sedangkan jiran kita baru sahaja naik kereta mayat.

Ada pulak orang bagitahu, jika dia kahwin dengan pasangan yang betul, baru dia akan bahagia, sekarang hidupnya merana kerana mendapat pasangan yang salah, padahal rahsia pasangan yang bahagia kita nampak sekarang ini adalah, sebelum kahwin lagi mereka dah lama bahagia,

Mereka lelaki bujang yang bahagia dan bersyukur, bila bertemu wanita bujang yang bahagia dan bersyukur, maka insyaAllah rumah tangga mereka juga akan bahagia sebab mereka sentiasa bersyukur.

Oleh sebab itu, jangan tunggu pasangan yang betul baru saya bahagia, tapi bersyukurlah dengan nikmat yang ada, dan jadilah orang yang bahagia maka insyaAllah orang bahagia akan menarik orang bahagia juga untuk bersamanya. Akan merubah orang disekeliling untuk turut bahagia bersamanya.

Nampak tak?

Nak faham lagi? Cuba korang tengok iklan TV, apa motif mereka?

Iklan akan bagitahu anda sedang tak bahagia kecuali anda beli produk mereka.

Dalam iklan ada cerita orang sedang sedih dan bia beli produk mereka tiba tiba bahagia, jadi korangpun percaya, sebab tu ramai tertipu skim cepat kaya sebab percaya mereka sekarang tak bahagia lalu melabur dan perasan bahagia sekejap lepas tu tersontot.

Okey, itu produk scam, produk tak scampun yakinkan anda tak bahagia, suruh beli kereta misalnya, anda beli, tapi lepas tu tengok iklan kereta model baru, orang memandu sedang senyum bahagia, ada pulak tambahan air bag, sensor dan sebagainya, terus korang rasa.., alamak, silap beli kereta ni, patut beli kereta tu.

Begitulah hidup ini buat kita membuang masa dengan memberi anggapan kita sedang tidak bahagia.

Ada orang makan gaji dan rasa dirinya tak bahagia selagi tak bisnes sendiri. Lalu berhenti kerja dan bisnes tapi tak menjadi dan mulai sedar waktu makan gaji dahulu sebenarnya bahagia.

Berapa ramai yang tak bahagia bekerja dan berhenti lepas tu kerja tempat lain dan rasa tak bahagia jugak? Ramai kan?

Berapa ramai yang bercerai sebab tak bahagia dan kahwin dan bercerai lagi dan kahwin dan bercerai lagi hingga buat kesimpulan, bini pertama yang terbaik sebenarnya…, dulu saya sedang bahagia sebenarnya.

Berapa ramai yang rasa mak bapaknya tak membahagiakan lalu lari dari rumah utamakan kawan, utamakan kekasih tapi bila shit happen, patah balik cari mak bapak sebab sedar dulu mak bapak kita sedang membahagiakan kita Cuma kita tak percaya.

Berapa ramai yang tak bahagia sebab percaya Najib mencuri lalu undi PH tapi bila bantuan yang Najib beri dulu lebih banyak dan rupanya Najib mencuri hantinya lalu mulai rindu zaman Najib.

Eh? Contoh politik lagi.. Woha!

So apa aku nak cerita, bersyukurlah, maka Allah akan tambah nikmat. Jika ada orang bagitahu anda sedang tak bahagia, janganlah percaya sebab mereka sedang menipu.

Waktu pilihan raya, ramai ahli politik bagitahu anda sedang tak bahagia kecuali undi mereka, waktu itu tengoklah fakta atau akta, bab kata P Ramlee: Salah pangkah dapat taik!

So sebagai penutup, marilah kita menikmati nikmat yang sedia ada, bersyukur dan berbahagialah!

Cuba tengok tangan dan cakap:

“Ya Allah terima kasih berikan saya tangan dan mintak maaf kerana tak pernah cakap terima kasih ada tangan”

Baca buku tulisan Hamka keretamayat, cakap”

“Bukan Hamka yang kena berterima kasih kepada saya kerana membeli buku beliau, tapi sayalah yang akan berterima kasih kepada Hamka kerana menulis buku best!”

Woha!

Ps: 25hb April pula saya buat bengkel menulis di UMP pekan. Jom jumpa  dan jom berbahagia, 

Apr 2, 2019

Apa ciri Autisme?

(2hb April-Hari Kesedaran Autisme)


Jika kamu jumpa budak, tanya soalan tak di jawab, bersikap kurang ajar, dan langsung tak ada muka bersalah di wajahnya, jangan cepat marah dia, atau hukum dia.

Itu adalah salah satu ciri Autisme.

Sejenis OKU yang fizikal luarnya nampak normal, tapi cara dia faham dunia, sangat berbeza dengan manusia normal. Jika tidak dibantu, apabila dewasa akan menjadi orang kurang keupayaan yang mungkin akan memudaratkan masyarakat.

Jika anda seorang guru, mengajar darjah satu, tiba tiba ada budak tak focus pada pelajaran, kacau kawan, keluar kelas dengan selamba, berjalan ke sana sini, kamu beri arahan dia tak layan, kamu tanya soalan dia tak jawab, jangan tengking dia, jangan lempang dia, jangan rotan dia.

Mungkin dia adalah kanak kanak OKU autism yang ibu bapanya menafikan anaknya OKU dan tetap masuk sekolah biasa. Pujuklah ibu bapanya untuk hantar anak ke sekolah khas dan terimalah hakikat bahawa anak anda OKU walaupun memang sukar untuk ibu bapa menerima hakikat anak anaknya adalah OKU.

Jika anda sedang makan di kedai makan, ada kanak kanak mengamok dalam kedai, berlari ke sana sini, Ibu bapanya sudah marah tapi anak tetap berkelakuan seperti kurang ajar, jangan cepat menuduh ibu bapa itu terlalu manjakan anak, anak itu mungkin OKU Autisme yang mudah mengamok bila makanan yang di makan tak menepati seleranya.

Jika anda sedang naik pengangkutan awam, dan ada kanak kanak terlalu aktif berlari ke sana sini, menjerit dan mengamok, sedang ibu babanya tertunduk malu sebab tak mampu nak kawal ragam anak autisme, jangan tambahkan duka si ibu bapa dengan membuat muka marah sebab terpaksa berkongsi pengangkutan awam dengan anak-anak autism, senyumlah sebab anak anak itu, akan ikut ibu bapanya ke rumah mereka, bukan ke rumah anda.

Bulan april, adalah bulan kesedaran Autisme. Sebarkan mesej ini agar tiada lagi kisah duka kanak kanak autisme di hukum sedangkan dia tidak mengerti apa kesalahannya.

Ps: (Gambar anak autisme saya nampak okey, tapi nak pujuk pakai topi, pakai cermin mata, bergaya semua amat susah, Tapi bila dipujuk elok elok, InsyaAllah dapat juga ambik gambar -Woha!)


Mar 27, 2019

Tabung Haji Tanpa Subsidi?


(The day of human salvation is today)

Abang mayat, nak tanya, pendapat Menteri agama bagitahu subsidi Tabung Haji akan dikurangkan dengan guna konsep Waqasid istito'ah, iaitu jika tak mampu, jangan pergi haji, boleh tolong ulas?

*****
Salam satu Malaysia.

Pada pendapat abang mayat, Tabung Haji sebelum ini guna konsep “Wayurbi-Al sadaqah” iaitu tidak akan berkurang harta orang yang sedekah, tidak akan kurang harta orang yang membantu,

Maka kita rujuk sejarah, zaman kerajaan lama, Tabung Haji tanggung berjuta juta subsidi, dan Tabung Haji semakin untung, dan negara semakin berkembang ekonomi sehingga rakyat tak pergi haji dapat Brim, voucer buku, eleun nelayan, petani serta pelbagai lagi nikmat.

Janji Allah benar, akan bertambah harta bagi orang yang membantu, maka tak salah jika Tabung Haji kekalkan Subsidi dengan konsep “Wayurbi-Al sadaqah” kerana janji Allah itu benar.

Janji Allah bukan manifesto okey, So antara istito'ah dan Wayurbi-Al sadaqah, jangan tersalah pilih nanti mendapat al tonfok tonfok al tahik unta.

Woha!

Mar 18, 2019

Mati di bunuh ketika Solat?

(Ingatlah pesanan Amir Khan kepada Manisha Koirala)


Lepas serangan 9 September, agama Islam dilabel oleh media barat sebagai agama pengganas. Seluruh dunia kenal Islam sebagai pengganas, tapi bila ramai non muslim kaj tentang islam, di dapati statistik non-muslim yang convert to Islam meningkat mendadak.

Ini adalah salah satu bukti bahawa, islam tidak berkembang dengan paksaan, dan tidak berkembang dengan mata pedang, buktinya ramai yang memeluk islam lepas kaji islam, walaupun mereka tahu islam agama yang melarang zina, tak boleh minum arak, solat 5 waktu setiap hari, puasa sebulan dan lain lain mujahadah termasuk bersunat atau hukum bunuh mereka yang murtad, tapi hari hari ada orang masuk islam, malahan agama yang benarkan pengikut murtad, benarkan seks bebas, minum arak dan tak perlu puasa serta solat, di dapati kurang popular berbanding dengan islam yang tidak benarkan murtad, menurut Guinness Book of World Records, islam adalah ugama paling pantas berkembang di seluruh dunia.

Copy/paste: According to the Guinness Book of World Records, Islam is the world’s fastest-growing religion by number of conversions each year: Although the religion began in Arabia, by 2002 80% of all believers in Islam lived outside the Arab world. In the period 1990-2000, approximately 12.5 million more people converted to Islam than to Christianity.

Jadi, pointnya di sini, kepada orang bukan islam khasnya, aku nak bagitahu: sama macam urusan dunia, iaitu dalam menilai fakta, kita akan kaji dan siasat, kita rujuk semua dokumentasi, kita baca journal dan research paper, tengok jumlah data, perbandingan analisis, dan kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita faham beza antara teori dan hukum. Beza antara testimony dan expert opinion, juga beza psedoscince dan sains. Yang mana at the end. Fakta tetap fakta.

Maka dalam bab agama, bagi orang bukan islam di luar sana, perkara sama juga anda kena buat, kena kaji dan siasat, kita rujuk semua dokumentasi,  kita rujuk data, kena buat perbadingan analisis, dan rujuk kajian keisanambungan, yang mana jika kita bias dalam kajian bab agama, maka jadilah kita sehingga kita menolak fakta dan menerima auta, kekal sembah berhala atau hidup dengan kepercayaan nenek moyang, atau tolak kewujudan Tuhan dan sanggup jadi pengganas pergi bunuh orang sedang beribadat, Nauzubillah!

So, dalam pengalaman mencari Tuhan, boleh rujuk pengalaman Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben Abu Bakr, dan lain-lain, yang mana mereka dalam perjalanan mencari Tuhan, mengkaji semua agama dan buat perbandingan yang mana akhirnya memilih agama Islam kerana Islam adalah agama yang paling common sense. Paling tepat untuk ummat manusia.
Kemudian jika masih ada yang nak nafikan Tuhan kerana tidak Nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad?

Ikut logic sains, orang yang lahir tempat jahat, akan jadi jahat, orang yang tidak pandai membaca akan jadi bodoh, tapi Nabi Muhammad lahir di tempat ramai orang jahat namun dengan Bantuan Allah, Nabi Muhammad yang tidak pandai membaca, tapi dalam sejarah telah menjadi pemimpin dunia yang bijaksana, ketua perang terbaik, pakar motovasi, pakar bisnes, pakar perunding, pakar kehidupan, mampu menyatukan kaum yang bergaduh seratus tahun, mampu menawan negara demi negara, pengikut bertambah setiap hari sampai sekarang, kata katanya berhikmah, rupanya indah, akhlaknya mulia, sehingga seorang penulis barat nak menulis buku tentang manusia paling berpengaruh dengan guna hujah sains, Nabi Muhammad lah orang paling layak duduk tempat pertama sebagai manudia paling berpengaruh dalam dunia ini

Maka, pesan saya: manusia mungkin boleh nafikan Tuhan kerana tidak nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad yang satu sahaja seumpanya dalam dunia ini, kitab Al quran yang di bawanya pula penuh dengan common sense, logic sains. siap cerita tentang Big bang, cap jari, rahsia cekeralawa, kegelapan laut dan pelbagai lagi common sense walaupun pada zaman tak ada internet

Ops, satu lagi, jika nak kaji tentang Islam pula, jangan tengok orang islam, sebab ada orang islam yang nama sahaja islam tapi perangai tidak islam, perkara ini ada di tulis dalam kitab Al quran 1400 tahun dahulu, (orang munafik) Jadi, jika nak tengok Islam, tengoklah Kitabnya, itulah yang dilakukan oleh Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben Abu Bakr, dan lain-lain.

Akhir cerita, Ingatlah pesanan Amir Khan kepada Manisha Koirala

“Awak tak jumpa cari saya atau awak tak nak cari saya? Eh awak tahu tak? Jika kita ikhlas mencari, Tuhan pun boleh kita jumpa”

Perggh, deep betul ayat dia. Woha!

Ps: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan. Hari ini, di antara dua waktu solat, mungkin kita akan mati. Atau mungkin kita akan mati dibunuh sewaktu solat, Maka biarkan aku mati dalam keadaan taat kepada Allah dan Rasul. Lakum Di Nukum wa liyadin.

Mar 13, 2019

Pelakon kena hensem dulu, bakat kemudian?

(Ada tanda soal tu, baca sampai habis)

Betul ke Pelakon kena hensem dulu, bakat kemudian?

Alkisahnya teringat dekat Syuib Sepahtu waktu temuramah, kenapa pilih bidang lawak?

Katanya dulu, dia, Jep dan Mawi pergi uji bakat program menyanyi, Mawi dapat sebab muka Mawi boleh jual.

Muka dia dan Jep, walaupun suara dah macam Ramli Sarip, tapi sebab muka tak boleh jual maka kena reject.

So dah banyak program TV menyanyi dia pergi asyik kena reject, maka mereka mencuba program lawak, barulah mendapat, sebab dalam lawak, bakat dulu, muka kemudian.

Dan sekarang, mereka dah berlakon…, rupa rupanya, bakat dulu, rupa kemudian, tak begitu?

Jika perhatikan sekarang, lepas dah banyak berlakon, jep dan Syuib hensem sebenarnya, kan?

Kata bini saya lah, ha ha!

So ni nak cerita mungkin takde kena mengena, Cuma nak tanya, jika nak jadi penulis, kena hensem dan cantik dulu ke? Atau bakat dulu?

Al maklumlah, Bakat boleh di asah, rupa tak boleh diubah, tapi rambut boleh di sikat bagi lelaki, perempuan pulak boleh bergaya dengan tudung pelbagai version..

So untuk itu, sebelum ada orang up penulis kena ada rupa, ni Hamka keretamayat yang tak hensem nak ajak pergi bengkel menulis di UMP Pekan.

Harga tak sampat seratus pun, kita cerita tentang ilmu menulis, maklumlah Hamka keretamayat dah tulis dua belas (12) buku pelbagai tajuk, sekarang masih ada dijual di Popupar, MPH, MBS, kedai buku kinokuniya dan pernah terjual di Singapore, brunei serta Indonesia!

Malah bukunya pernah masuk carta best seller bagi katogori penulisan Alternatif.

Jadi, jom jumpa Hamka keretamayat yang hensem tiada tapi manis ada dan jika pandang lama-lama tanpa kelipkan mata, hensem jugak sebenarnya.

Woha!



Mar 11, 2019

Kenapa hati rasa gelisah sangat ni?


(Ulangkaji versi 4.0: JIka hati anda gelisah, baca ini sampai habis, akan tenang dihujungnya, insyaAllah...)

Alkisahnya, Lepas Isyak ada seorang sahabat lama datang jumpa aku dan mengadu akan permasalahan yang sedang melanda hidup beliau..

"Hamka, aku ada masalah…, Aku rasa macam tak cukup kaki tangan.."

"Kenapa tak cukup kaki tangan? Kau nak jadi labah-labah kah?"

"BUKAN! aku serius ni!"

"Okey, jom serius, cer citer"

"Begini.., Aku tak tahulah kenapa lately ni aku rasa macam tak sedap hati jer, kemudian aku rasa seperti banyak benda aku nak buat, tapi rasa macam tak sempat, hati aku rasa tak sedap, aku rasa sungguh gelisah, kat tempat kerja, focus aku hilang, aku rasa masa sangat cepat dan sempit.."

"okey...."

"Sejak dua menjak ni, aku selalu bermimpi…"

"mimpi apa tu?"

"Aku mimpi langit telah turun sampai ke kepala aku, dan air telah keluar dari bumi sampai ke paras leher aku, dada aku sesak, aku rasa sukar bernafas, aku rasa macam nak mati.. Sekarang inipun, aku masih rasa sesak, rasa serba tak kena.., kau tahu tafsir mimpi?"

"Hmmmm…"

"Kau pernah alami mimpi-mimpi yang pelik tak Hamka?"

"Hmmm, Aku selalu gak alami mimpi pelik-pelik, biasa aku mimpi jumpa mayat ler, kadang-kadang mayat orang yang aku tak kenal, ada jugak mayat member baik, mayat awek lama, kadang kadang aku mimpi aku dah jadi mayat, terbaru aku mimpi jumpa mayat Nabi.., tapi tak nampak wajah, sebab terlindung dalam kain kapan, masa tu makam Nabi runtuh, aku dan beberapa orang lain yang aku tak kenal di tugaskan keluarkan mayat Nabi…"

"Kau rasa.., apa maksud mimpi aku? Aku rasa jiwa aku sangat sesak, aku rasa macam nak mati.."

"aku sebenarnya tak pandai tafsir mimpi, betul! Aku tak pandai tafsir langsung, tak belajar ilmu kemimpian…, dalam bab masalah hidup, apa yang aku belajar, kita kena selesaikan sebarang masalah dengan ugama, insyALLAH.."

"Aku setuju Hamka…, aku memang rasa nak buat amal sangat, tapi macam dah tak sempat.., sebenarnya aku ada gak jumpa bomoh, habis banyak duit aku, tapi kegelisahan hati aku tak hilang, bomoh kata aku kena buatan orang.."

"Aku rasa kau bukan kena buatan orang.., orang yang kena ‘buatan orang’ adalah wanita yang mengandung hehehhe,"

"ha ha, tak lawak.., Aku sekarang ni rasa gelisah tak tentu, takut pada banyak benda, dan rasa serba tak kena, orang tua kata ada benda buruk nak berlaku.. atau mungkin aku ni dah dekat nak mati, betul ke hamka?"

"Tak payahlah nak fikir sangat benda buruk nak berlaku’"

"habis tu macam mana?"

"Bagi aku, apa yang aku faham, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri engkau, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka masa tu hidayat ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat kau jadi gelisah.., aku selalu gak baca cerita kisah orang kapir yang bila nak dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam diri, Nabi kitapun bila nak dapat wahyu, badan berpeluh, hati jadi takut, lalu isterinya meyelimutnya…, kau nak aku selimut engkau sekarang?"

****

Dia tersenyum panjang dengar aku nak selimut dia.., lalu aku teruskan berkutbah:

****

Sebenarnya, memang kau akan mati tak lama lagi, bakal jadi mayat, Dan.. hari ini telah berlalu setengah hari yang bermakna sudah semakin sempit masa untuk kita buat usaha selamatkan diri dari azab api neraka!

Dan.. hari ini telah berlalu setengah hari yang bermakna semakin sempit masa untuk kita buat usaha masukkan diri ke dalam shurga.Peristiwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup kita sentiasa ke depan… Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan maut’...Menuju tempat menjadi mayat..

Apa kata kau lapangkan masa ikut aku belajar ugama di masjid esok dan lusa atau beberapa hari yang sempat.., belajar cinta Allah dan belajar buang cinta dunia? Sebelum malaikat maut datang., sebelum terlambat..

"Aku kerja esok.."

Kau cakap, kau hilang focus bila kerja, Kau ambiklah cuti rehat..

(Dia Diam.., okey aku sambung ceramah)

"Biasa orang ambik cuti rehat untuk pergi makan angin, atau untuk balik kampong, atau untuk tumpukan perhatian pada kelurga dan hobi. Jarang ada yang sanggup ambik cuti semata mata untuk belajar ugama, …, inilah cinta dunia namanya.. (aku pulak beremosi-perasan bagus..oh)

Kadang kadang bila atap rumah kita bocor atau dinding rumah kita retak, atau kereta kita rosak, maka kita akan sanggup ambik cuti untuk betulkan harta kita tu, sape lagi nak tolong hantar kereta kita ke bengkel? Kalau bukan tuan punya kereta?

Tapi bila iman kita lemah, ilmu ugama kita kurang, maka kita tak sanggup ambik cuti untuk betulkan kedudukan Allah dalam hati kita, sape lagi nak tolong rawat iman kita? Ustaz-ulamak? Mereka pun kena bagi masa buat usaha atas iman, apatah lagi kita? Iman tak boleh di warisi., kita kena tolong diri sendiri.., aku belum lagi cerita pasal korban harta dan nyawa.., Tak sanggupkah kita korbankan cuti untuk belajar agama? (aku yang tak hikmah dan cakap sedap mulut ajer..oh)

"Cuti rehat aku dah habis..(sedikit bingung)

"Kalau ambik MC?..(chech! Aku ni dah jadi macam ajen MLM pulak.., hehe he)

"Aku tak sakit.. mana boleh tipu majikan? Berdosa!(betul apa dia cakap.)

"Iyelah tu.. kau tak sakit.., kat opis hilang focus, tak boleh buat kerja, sakitlah namanya tu.., Kalau kau cerita betul-betul masalah kau kat doctor, insyAllah doctor bagi cuti rehat, doctor sendiri cakap sakit zahir datang dari sakit batin, kau sekarang sakit batin, jiwa kau sakit, iman kau sakit, kau perlukan rehat.., kau perlukan rehat untuh pulihkan iman engkau.. insyallah (aku pulak yang bersemangat)

"Aku boleh ambik cuti untuk belajar ugama, tapi aku kena ambik MC betul-betul,syarikat aku tak terima MC air liur..

"Ok, pagi esok lepas solat israq aku teman kau pergi jumpa doctor ambik MC..

*****

Esok pagi, lepas solat israq, seawal jam 8 pagi, dia dan aku pergi klinik.., ada ramai jugak orang walaupun masih pagi.., akibatnya, dia pulak tertidur di bangku menunggu..

Sementara dia tertidur., biarlah aku teruskan bercerita tentang hati yang gelisah..

Bila hati gelisah.. kita rasa macam tak best sangat, gundah gulana bertalu-talu, susah hati tanpa sebab, jiwa jadi rawan kebingungan dan sering bimbang sesuatu yang buruk bakal berlaku..

Baiklah!

Di sini ada satu berita baik untuk orang yang sedang resah gelisah tanpa sebab...

Sebenarnya, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri korang, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka, pada waktu itu “hidayat” terpaksa ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat korang jadi gelisah.., menang kalah, pilihan korang yang menentukan dengan izin Allah..

Masa tu korang akan keliru, hati terus resah gelisah, dan mula rasa serba tak kena dan macam susah hati sangat, susah hati tanpa sebab, dan kebimbangan demi kebimbangan pada benda yang tak pasti dan sering menggambarkannya dengan imej yang buruk..

Padahal masa tu jika korang tumpukan perhatian kepada Allah, ingat pada nikmatNYa, panjangkan doa dan zikir sambil menangis.., maka penyakit hati kita akan terlebur dan dengan begitulah hidayatpun mulai masuk dan bertakhta di hati.. best bukan?

Allah berfirman: Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

Dan macam yang aku cerita kat mamat tadi, akan cerita atau kisah orang kapir yang bila nak dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam diri, bila mereka tumpukan perhatian kepada Islam dan mendalaminya, akhirnya hati mereka menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..

Dan korang orang islam pulak bila susah hati, itu tandanya Allah nak tambah hidayat dalam diri.., dosa yang ada dalam hati menghalang tetamu Allah yang baik ini, lekas tawajjuh sebelum tetamu ini pulang.., tumpukan perhatian kepada Allah dan belajarlah mendalami kehidupan Rasulullah SAW. insyAllah akhirnya hati korang yang terpilih itu akan menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..

Ketenangan hanya ada dalam ugama.., tempat lain boleh korang cari ketenangan tapi hanya bersifat sementara, ada orang yang mencari ketenangan dengan muzik misalnya, baik, cuba korang buat lagu untuk hiburkan orang yang 5 minit lagi nak kena sebat atas kesalah rogol.., cubalah buat lagu untuk orang yang 5 minit lagi nak kena hokum gantung.., nak kena lempang? Cubalah.. huh!

Dalam agama ada kebahagian, kesejahteraan, kemakmuran, keharmonian, kemuliaan, ketenangan, kedamaian, dan segalanya adalah tentang kesudahan yang baik (husnul kahatimah)

Siapa yang cari semua ini selain dalam ugama, mereka bukan sahaja tak jumpa, tapi mereka akhirnya bertemu dengan kedukaan, kehinaan, kesengsaraan, kegelisahan, keperitan, kesempitan buat selama-lamanya..

Ada jugak orang yang bila hati gelisah, tak tahu nak buat camne, teruskan berpoya poya, minum arak, pasang muzik kuat-kuat, teruskan buat maksiat, makan pil kuda, berzina dan lain lain, yang mana akhirnya hidayat yang nak masuk itu berlalu, yang membuatkan hati mereka kembali ‘tidak gelisah* seperti dulu.., mereka sangka telah berjaya buat hati tenang dengan hiburan dunia, tapi kenapa akhirnya bunuh diri?

*(hati mereka masih gelisah, tapi tidak gelisah seperti dulu)

Maka terpulanglah kepada korang akan bagaimana caranya nak hilangkan kegelisahan yang melanda hatimu duhai sahabat…

Nabi Muhammad SAW pada mulanya bertawajuh mencari kedamaian dalam gua selepas susah hati melihat keadaan Ummat Jahilian di zamannya, pendek cerita, apabila malaikat jibril a.s datang nak bagi wahyu pertama, apa jadi? badan berpeluh, hati jadi takut, resah dan gelisah, lari terus balik rumah dan ‘bersembunyi’, lalu isterinya datang dan mententeramkannya…, kemudian bila pakcik Khatijah r.a menasihatinya., maka barulah hati Nabi SAW faham dan mulai bertawajjuh, hati kembali tenang dan faham kehendak Allah, sampai tahap Nabi pergi ke tengah-tengah padang pasir semata-mata untuk menunggu wahyu seterusnya.., dan Nabi menjadi rindu nak jumpa malaikat jibril a.s

: )

Sebenarnya kita akan masuk shurga bila kita mendapat taufik dah Hidayat dari Allah.Taufik dan Hidayat bolehlah di ibaratkan sebagai sebuah erti "kesedaran" yang Allah akan datangkan pada setiap manusia..

Apabila Hidayat ni nak datang,., maka hati akan rasa gelisah kerana berlawanannya sifat buruk dalam hati, lagi kuat perbezaan dalam hati, lagi kuat kegelisahan..

Dan hanya orang yang buat usaha atas kesedaran sahaja, (dengan cara itu) hidayat akan bertaktakta dalam hati..

Jadi untuk dapat hidayat. korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usaha atas kesedaran korang, Faham?

Sejauh mana kesedaran korang tentang pentingnya hidayat, maka sebanyak itu jugaklah pengorbanan atas usaha kesedaran dilakukan.., Orang yang tak buat usaha atas kesedaran, Lama-lama Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam kesalahan. Maka jadilah mereka ‘tenang’ dalam dosa dan maksiat..

Seperkara lagi, orang yang beriman juga akan resah gelisah bila hidayat nak keluar dari hati, bila ujian dunia datang, orang beriman yang terperangkap dalam kesibukkan dunia.. akan rasa gundah gulana.., kerana waktu itu, kebesaran dunia dan bebannya telah datang meliputi hati dan memaksa hidayah keluar.., maka jalan yang terbaik adalah, kena patah balik kepada kehidupan berugama..

Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.. (Ar- Ra'd, 13:28)

Dan ketenangan yang di perolehi melalui mengingati Allah ini, tak mampu untuk di ceritakan dengan kecantikkan bahasa, tidak mampu di suarakan dengan melodi ahlan, atau di gambarkan dalam screen jalur lebar.., ianya terlalu indah sehingga gagal di copy/paste dalam mana mana bentuk medium lain..

Ketenangan yang di perolehi dengan mengingati Allah, buat korang boleh berfalsafah tentang kematian.., boleh bergurindam dan bersyair tentang mayat, tidak takut untuk tidur berselimutkan kain kapan atau berbantalkan batu nisan, malahan tidur di dalam keranda juga menjadi mimpi indah.., kain batik mayat juga boleh buat sebagai kain basahan! Woha!

Korang juga akan suka dengan kereta mayat : )

Akhirnya kereta mayat yang sedang parking dalam halaman masjid bermadah:

Ahli dunia habiskan tenaga dan harta serta masa , demi mencari sebuah kebahagiaan.., telah banyak keringat, wang ringgit dan masa berlalu, tapi kesedihan dan kesempitan jiwa melanda, kalaulah mereka tahu, bahawa kebahagiaan itu ada di sini.., kalaulah mereka tahu, kalaulah..!

Selamat mencari ketenangan!!!

Ok, kita tamatkan cerita ini begitu sahaja.., member aku dah keluar dari bilik doctor dan dah dapat MC 3 hari!! Biar betul?

"Apa kau ‘kelentong’ doctor tu sampai dapat MC 3 hari?"

":Aku tak cakap apa-apapun.. Apa yang pastinya, aku tertidur ketika menunggu giliran, mungkin nurse dah panggil aku dua tiga kali tapi aku tak jawab, sekali di sergahnya aku terus bangkit dan tergesa gesa masuk bilik jumpa doctor, kau bayangkanlah muka orang baru bangun tidur, mata merah dan sedikit kebengingunan.., belum Synchronize lagi., bila doctor tu tengok rupa dan mata aku, terus cakap aku ada sakit mata dan bagi MC 3 hari.

Woha!

Bila mata merah, orang akan ingat kita hisap dadah atau bela jin..., eloklah tu dapat MC!

Woha sekali lagi!

Sekian…

Ps: Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang...

(dipetik dari buku Semusim di Syurga karangan Hamka keretamayat-stok masih ada)

Mar 7, 2019

Vaksin bukan Sunnah dan penyebab Autism?


(Saya ada anak OKU dan saya okey)

Lama sebelum saya ada anak autism, saya sudah menulis pentingnya vaksin. Malahan saya ada tulis dalam buku, dan saya selalu diserang dalam komen dan email oleh anti vaksin dengan kata kata kejian dan nista.

Dan terkini, oleh kerana saya sudah ada anak autism, maka ada anti vaksin bagitahu pada saya:

“Padan muka dapat anak autism, itulah akibat cucuk vaksin! Lain kali amalkan makanan Sunnah pada anak”

Alhamdulillah atas ujian anak autism, terima kasih atas kutukan Puan, semoga saya dapat pahala atas kesabaran dikutuk, dan semoga Allah ampunkan dosa Puan.

Tapi Allah nak tunjuk jugak kepada saya perihal fakta, kisahnya begini, jika lima orang pergi makan di kedai, hanya sorang sakit perut, adakah kita nak salahkan makanan kedai, dan kutuk kedai tu suruh tutup?

Atau 16 orang pergi makan di kedai, hanya sorang sakit perut, adakah kedai tu puncanya?

Atau 79 orang pergi makan di sebuah kedai, dan hanya seorang sakit perut, adakah nak kita kata: Padan muka! Itulah akibat makan di kedai ada racun!

Orang bodoh sahaja yang salahkan kedai, selepas 5 tambah 16 tambah 79 bersamaan satu ratus orang yang mana atas alasan seorang sakit perut, dikutuk kedai tu, apa ke jadah?

Bawaklah kes ni ke mahkamah, berikan bukti, seratus orang makan dikedai, hanya sorang sakit perut lalu tuduh kedai tu jual semua makanan ada racun?

Jadi itulah yang berlaku dalam keluarga saya, lima anak saya, semua cucuk vaksin, hanya anak bongsu yang disahkan autism, 16 orang tu pula adik beradik saya, semua cucuk vaksin, sorang pun tak ada autism, 79 tu pulak, jumlah anak saudara saya, dari 16 adik beradik, saya ada 79 anak saudara, semua cucuk vaksin, dan hanya anak saya seorang yang disahkan autism.

Bukti depan mata, autism bukan berpunca dari vaksin tapi ini adalah ujian dari Allah.

Kajian oleh Andrew Wakefield konon vaksin penyebab autism dah dibuktikan palsu. Lesen doktor dia telah di tarik balik.

Jadi ada tak kajian lain?

Ada..

Kajian dari jepun tahun 2005 ,oleh Prof Hideo Honda, seramai 170 kanak kanak tak cucuk vaksin pun tapi di sahkan autism.

Kajian dari Universiti Toronto oleh Dr Ghassan Abu Kuwaik pada tahun 2012, ada ibu bapa anak sulungnya autism lalu stop vaksin untuk adik beradiknya, tapi masih ada anak lain di sahkan autism walaupun tidak vaksin.

Kajian tahun 2018 study reported oleh JAMA Pediatrics, menjumpai autism berlaku pada kanak kanak tidak vaksin.

Malahan autism berlaku sebelum vaksin diperkenalkan. Orang zaman dulu anggap kanak kanak autism ini sebagai gila dan dipasung bawah rumah!

Kawan saya di facebook, ada empat keluarga yang mengaku anaknya autism
dan mengaku tidak vaksin kesemua anaknya.






Jadi bukti dah depan mata, tapi mengapa masih tergamak berkata padan muka pada ibu bapa yang ada anak autism? Dan fitnah kami menolak Sunnah?

Tahu tak hidup ini adalah ujian?, dan semua orang akan mendapat ujian masing masing?

Nabi Ayub di uji dengan kudis seluruh badan, adakah anda nak kata Nabi Ayub anti bodi lemah sebab tak ikut Sunnah?

Nabi Muhammad SAW di uji kesemua anak lelakinya mati sewaktu kecil, adakah anda tergamak nak kata Nabi tak pandai jaga anak dengan makanan Sunnah?

Tidak! Kan? Nauzubillah.

Ketahuilah bahawa Nabi diuji dan kita semua di uji, saya bersukur ujian dapat anak autism sebab anak saya ni masih kenal saya dan masih mampu bermain bersama saya, ada orang ujian anaknya terkena Difteria akibat tak vaksin dan telahpun mati.

Tapi saya tak akan kata padan muka pada ibu bapa yang anaknya mati terkena Difteria, saya simpati dari jauh, mungkin mereka mendapat info yang salah dari orang seperti Puan, saya doakan yang baik baik, dan berharap agar ibu bapa lain tak sedegil Puan yang masih berbangga anak sihat sedangkan esok takdir kita semua di Tangan Allah.

Saya maafkan Puan, semoga Allah ampunkan dosa Puan dan kita semua.

Saya berhenti tulis sampai sini, sebab anak autism ajak saya main berlari lari di tepian pantai.

Main- Kame Hame Ha!

Woha!



Ps: Sekali lagi, Saya ada nak OKU dan saya okey, Alhamdulilah.

Feb 18, 2019

Bila anak OKU mengamuk?

(Bila anak OKU mengamok di kedai makan atau dalam pasar raya, apa ibu bapa patut buat?)


Ada baca satu keluhan, kisah ibu bapa kepada anak OKU mengadu sedih, bila anak autism mengamok dalam pasar raya dan semua orang pandang sinis macam kami si ibu bapa tak reti jaga anak, dalam sedih dan malu, si ayah dukung anaknya yang sedang  meronta terus bawak masuk kereta, saya sebagai ibu, terus tinggalkan troly yang penuh barangan belum di bayar kerana kami terlalu malu.

Dalam kereta, suami menjerit jerit marah kepada takdir, kenapa dia dapat anak memalukan sebegini, apa dosa dia? Saya bukan buat jahat kenapa dapat anak OKU? Sampai rumah, saya bawa anak masuk dalam rumah, suami keluar mencari ketenangan, memang selalu macam ini, saya pening kerana terpaksa layan anak OKU dan layan suami yang tak boleh terima takdir, apa nak buat Hamka?
Hari tu di restoran, anak meragam, satu kedai pandang hina pada kami, terus bayar makan walaupun tak sempat habis, dan dalam kereta suami mengamok marahkan takdir, apa nak buat?
Oh.., berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Suami puan kena pergi jumpa doctor pakar, takut stress murung susah jugak, Puan pun sama, dan anak OKU ikutklah schedule rawatanya, insyaAllah.

Saya sebagai bapa kepada anak OKU pernah alami peristiwa di atas, anak meragam, mengamuk, menangis ditempat awam, terus saya bagi tahu kepada orang ramai, “anak saya OKU, autism, ada masalah emosi, maafkan kami atas sikap anak kami” bila kita cerita, ramai faham dan datang hulur bantuan. Contoh bini pujuk anak, dan saya bisik kepada orang situ supaya pura pura nak ambik si anak, maka anak rasa sedikit takut dan sedikit mudah dipujuk.

Tapi ada hari tak jalan jugak, mengamok nak beli semua permainan, terpaksa dipujuk dalam keadaan dia menggelumpur dan gigit badan kita, terima sahaja, senyum, dugaaan ini untuk dekatkan diri dengan syurga. InsyaAllah.

Tapi memang bagitahu terus kepada orang di situ:

“Anak saya OKU, autism, ada masalah emosi, maafkan kami atas sikap anak kami”

Waktu hantar anak masuk MRSM minggu lepas, anak OKU meragam dalam Dorm, isteri sedang sibuk kemaskan almari anak, terus saya bagitahu kepada ibu bapa di situ, “Anak saya OKU, autism, ada masalah emosi, maafkan kami atas sikap anak kami”

Lalu datang dua tiga orang makcik yang ada pengalaman jaga anak OKU datang pujuk si anak, dan terdedahkan makcik di situ juga ada anak saudara autism lalu keadaan terkawal.

Kadang Puan bini tegur, abang ni, semua orang nak bagitahu anak kita OKU, kan dia tak meragam tu?

Memanglah dia tak meragam sekarang, tapi abang nak sedarkan masyarakat tentang Autism, bila abang bagitahu ramai yang masih tak tahu, terus abang cerita sikit sebab masalah ibu bapa OKU rasa down bila masyarakat tak faham, jadi kita sebagai ibu bapa OKU ambik peluang untuk bagitahu semua orang bahawa anak kita OKU dan kita Okey.

Mendapat anak OKU bukan masalah besar, sebab semua orang ada ujian hidup masing masing. Abang bersyukur dengan ujian ini yang abang rasa hidup abang lebih adventure bila ada anak OKU. Inilah hidup, pentas ujian, ingat pesan keretamayat: Ujian jangan di cari, jika datang terus disyukuri, InsyaAllah akan bertambah rezeki. Woha!

(Eh? Saya memetik kata kata sendiri? Kebenaran apakah ini?)

Bila fikir balik teguran Puan Bini yang rasa tak selesa bila saya bagitahu semua orang saya ni ada anak OKU, saya senyum sebab teringat filem Jackie Chan ada adik Autsim lakonan Sammo Hung, jadi oleh kerana Summo Hung susah dikawal perangainya walaupun berbadan besar dan dewasa, maka Jackie chan terpaksa berjalan berpimpin tangan dengan adiknya, di jalanan ramai orang gelak sebab sangka mereka gay.

Terus Jackie Chan bagitahu pada semua orang: “Ni adik saya, dia sakit”. Orang yang tak Tanya pun dia bagitahu. Ha ha.

Nampak kelakar, tapi itulah cara nak selesaikan masalah masyarakat membawang, so kepada semua ibu bapa OKU, dapat peluang berborak dengan orang awam, terus bagitahu masalah anak OKU kita dan kita Okey.

Balik pada suami kepada Puan yang mengadu diatas akan kisah suamiya yang salahkan takdir, suka saya pesan:

Jangan pernah tanya soalan KENAPA Allah Uji kita, sebab nanti akan dapat jawapan yang salah.
Contoh bila kita tanya: Kenapa saya yang di uji? Kenapa anak saya OKU, apa dosa saya? Tuhan tak sayang saya ke?

Tengok?!, dah bermula jawapan yang salah bermain di kepala.

Jadi jangan pernah tanya KENAPA kepada Allah dalam masalah kita, sebab dulu sewaktu Allah cipta manusia, malaikat pun bertanya KENAPA Allah cipta makhluk yang akan menumpahkan darah? Lalu Allah tegur: Aku lebih Mengetahui!

Maka samalah ujian yang menimpa hidup kita, jangan tanya KENAPA saya diuji sebegini rupa sebab Allah Maha Mengetahui, jadi nak tanya soalan apa?

Jawapan yang betul, tanyalah BAGAIMANA.

Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada, saya nak Syukuri ujian ini.
Perghhhhh!

Saya ulang.

Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada, saya nak Syukuri ujian ini.
Lalu kamipun mulai mendapat jawapan yang betul, pertama tama, Allah uji sebab kami mampu hadapi ujian ini, dan pada masa yang sama Allah masih banyak bagi nikmat lain sebagai bahan untuk kami hadapi Special Request from God,

'Special Request' bermaksud:-

Janganlah kita mengaku beriman sebelum kita di uji, Dan kerana itu Allah menguji kita, kerana Allah sayang pada kita, kerana kita ‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan yang semakna dengannya kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan kita dari azab api neraka yang panas membara dan apabila beginilah caranya untuk Allah masukkan kita ke dalam syurga yang kekal abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?

Mungkin kerana itu para Sahabat dan ulamak rasa 'Special’ apabila di uji atau menderita kerana faham hakikat ini.

Perghhh!

JAdi Puan, bersabaralah dan pesan pada suami:

“Hidup ini bukan hanya di dunia, ada kehidupan di alam barzah, di padang Mahsyar, di Telaga Kausar, di Neraca Timbangan, di titian sirat dan Pintu Akhiat. Kita Nampak anak OKU macam beban dalam kehidupan di dunia, tapi di akhirat, anak OKU akan banyak membantu kita dengan syarat kita tempuhi ujian ini dengan hati penuh kesyukuran”

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Ps: Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kami, alangkah ringan-nya penderitaan ini...

Ps2: Sekiranya apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kami dari azab api nereka dan masukkan kami ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini.

(gambar: anak OKU saya sedang Kame Hame Ha saya yang baru nak belajar sabar, adohai)


Feb 13, 2019

AES itu Maqasid Syariah?


(Korang pernah dengar kisah ustaz Hidung belang vs Ikan Belang?)

Kisah ni popular masa aku kecik dulu dalam ceramah-ceramah agama dalam memberi contoh bahaya ulamak akhir zaman.

Kata ustaz masa ceramah yang aku dengar masa aku masih kecik (sila kagum dari jauh sebab kecik kecik dah dengar ceramah-Woha!), akhir zaman nanti ada ulamak dunia yang bagi fatwa ikut nafsu, bahaya kita ikut mereka. Contoh jika kita berjaya tangkap ikan yang pelik, yang ada belang macam Harimau, lalu Tanya ustaz:

“Apa hukum makan ikan yang ada belang belang macam Hariamau, mukapun macam harimau, taring pun macam Hariamau, wahai ustaz?.”

Lantas jawab ustaz akhir zaman yang cinta dunia tu:

“Haram makan, sebab Nabi tak pernah makan ikan belang macam tu”

Kitapun jawab:

“Tapi ustaz, tadi saya dah jual 10 kilo, dan saya ingat nak hadiah keuntungan jual ikan belang ni separuh kat ustaz?!”

Terus ustaz tu ubah fatwa, “saya semak jap, sebenarnya tak haram, saya dah kaji detail, harus hukumnya, dan jika detail lagi, ikan ni bertaraf Tahalul siyasi  serta Maqasid Syariah”

Woha!

Nampak? Faham tak? Akhir zaman nanti ramai ustaz yang macam ni! Faham tak? Tanya ustaz tu pada aku yang masih kecik. Aku diam waktu tu sebab tak faham tapi bila dah dewasa aku angguk laju laju sebab boleh jumpa ustaz sebegini dalam parti politik.

Imbas kembali, korang tentu pernah dengar ceramah ustaz lain yang cakap, Haram bergabung dengan parti kafir, haram lantik calon perempuan sebagai wakil rakyat, haram kerja kerajaan sebab cukai bercampur dengan judi, haram solat di masjid kerajaan, haram makan sembelihan orang sokong kerajaan, kahwin tak sah jika tak sokong kami, macam macam lagilah, zaman PM k 4 banyak ceramah sebegini.

Masuk PM ke 6,  ustaz yang sama cakap haram bergabung dengan parti kafir pulak cakap, harus bergabung guna konspet Tahalul siyasi, boleh lantik wakil rakyat perempuan, dan macam macam lagi, nampak?

Sekarang masuk PM ke 7, AES haram zaman PM ke 6 tapi sekarang dah jadi Maqasid Syariah.
Nampak? Faham tak? Kita sekarang di akhir zaman maka boleh tengok depan mata perkara begini? jika tak faham jugak, sila angguk setuju sebab semua dah bulu dah panjang bersepah, patut lagi faham.

Jadi AES ni betul ke ikut Maqasid Syariah?

Maqasid bermaksud tujuan, manakala Syariah adalah undang-undang Islam.

Maqasid Syariah merujuk kepada undang-undang Islam, dilaksanakan untuk menjaga 5 perkara asas iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta melalui kaedah Hudud, Qisas, dan Takzir
Dalam islam, hukuman mati kepada golongan murtad adalah bertujuan menjaga agama. Memang maqasid syariah.

Hukuman qisas yakni bunuh balas nuh dikuatkuasakan untuk menjaga nyawa manusia supaya orang tidak sesuka hati membunuh.

Hukuman jenayah arak pula untuk menjaga akal. Hukuman jenayah zina untuk menjaga keturunan dan hukuman terhadap perompak dan pencuri pula adalah bertujuan untuk menjaga harta.
Semua Hukuman tersebut lebih kepada mencegah kemungkaran yang lebih besar berlaku. Hudud dan qisas bertujuan untuk memberi amaran keras kepada penjenayah supaya berfikir seratus empat belas kali sebelum melakukan sesuatu jenayah. Automatic dapat mencegah penjenayah daripada berleluasa.
Adapun AES adalah di bawah hukuman takzir yang bertujuan untuk menjaga nyawa, TAPI….

Jika nak buat, kena letak papan tanda besar-besar di kawasan berisiko berlaku kemalangan. “AWAS! KAWASAN OPERASI AES!” yang mana akan mencegah orang bawak laju, dan akan saman hanya orang yang benar benar degil, Bukan curi curi ambik gambar sebab hari tu curi curi mengintai orang buat maksiat korang tak benarkan sebab tak islamik, habis tu mencuri curi orang bawak laju tanpa diberi amaran, islamik ke?

Difahamkan papan tanda AES sudah ada sejak zaman PM ke 6,  tapi ramai yang tak tahu dan tak perasan sebab kecik sangat. Justeru, di zaman Pm ke 7 perlu ada penambahbaikan supaya ia benar-benar menepati maqasid syariah.

Lagi satu, operasi mengendap secara sembunyi-sembunyi juga boleh dimansuhkan kerana ia tidak menepati maqasid syariah.

Akhir kata apa apa nak buat bila sebut maqasid syariah dah tentu kena Tengok niat.
Apa tujuan buat AES?

Sungguh AES akan menepati maqasid syariah sekiranya ia bertujuan bagi mengurangkan kemalangan dengan cara yang betul, bukan bertujuan untuk menambah saman atau takut membazir simpan dalam store.

Apa ke jadah! Habis tu Tol tak mansuh sebab takde store ke?

Woha!

Feb 11, 2019

Ijazah Palsu jadi Menteri?

(dua golongan di Malaysia, anda yang mana?)

Dulu penyakit fake degree ni selalu diguna oleh kaki scam skim cepat kaya jual produk palsu, waktu tu kita jadi dua golongan di Malaysia, sama ada kita kena tipu dengan skim cepat kaya, atau kita tak kena tipu, tapi kenal dengan orang yang kena tipu dengan skim cepat kaya.

Semua rakyat marah, lagi lagi orang tak ada PHd mengaku ada Phd, takde ijazah mengaku ada ijazah, apa kejadah?

Sekarang terkantoi Menteri pulak ada fake degree.

Tapi penyokong Menteri boleh pulak berhujah, takpe ijazah palsu asalkan amanah? Apa ke jadah? Tanda orang tak amanah adalah menipu nak koner ke mana pulak? Adohai..

Ada pulak hujah, Nabi takde degree, korang dulu waktu exam pun meniru, 1mdb lagi teruk, bla bla bla..

Wait, wait wait…,

Hari tu budak tahfiz tak ambik degree bukan main korang kritik, sekarang menteri fake degree korang boleh bela pulak, dulu Ahmad Maslan pointer 3.5 korang kutuk, sekarang fake degree berhujah ke laut korang nak back up pulak.

Islam itu adil, mana mana parti politik yang menipu fake degree kita kena ambik tindakan, mereka kena letak jawatan dan dihukum.

Adil ke? bila pemimpin kumpulan lain buat silap, politik korang ajar, boleh mengumpat, pemimpin mesti ditegur,

Tapi bila pemimpin korang buat silap yang sama, politik korang ajar, tak elok sangka buruk, tak elok buka aib orang, adohai..

Cara islam ke tu? Double standard?, bias?, sentimen?

Kalau ikut hadith, Inilah yang di katakan pagi beriman (sebab menentang kemungkaran parti lawan) tapi petang kafir (sebab menyokong kemungkaran parti sendiri)

Selemah lemah iman mencegah dengan hati, tapi korang siap sokong lagi maksiat penipuan, ke mana iman korang? Adohai...

Orang yang benar adalah mereka yang apabila terbukti bersalah, maka mereka mengaku bersalah dan membaiki kesalahan. Jadi tolong letak jawatan dan tunjukan contoh pada rakyat Malaysia, bahawa menipu itu adalah tanda tidak amanah dan menipu itu adalah salah.

Kepada Menteri yang tiada degree nak belajar boleh apply My Brain.., eh? Dah takde bantuan My Brain?

Okey, boleh sambung belajar dan dapat boucer buku, boleh beli buku secara percuma untuk ulang kaji, eh? Takde dah ke Baucer buku?

Okey, takpe, boleh sambung belajar percuma sebab PTPTN dah mansuh.., eh? Belum mansuh?
Errr, kena masuk gua jap, cari idea.

Woha!

Ps: Zaman penulis, masih ada baucer buku, My Brain, dan hutang belajar tak perlu sebab dapat biasiswa kerana keputusan cemerlang. Penulis adalah pemegang Ijazah. 


Feb 7, 2019

Mahu Jadi Penulis?


(Hamka kereta mayat telah menulis 13 judul Buku)

Kisah satu:

Bayangkan diri anda berada di tebing sebuah sungai, dan nampak dataran di seberang sungai lebih cantik dan indah daripada daratan yang anda sedang berdiri. Anda termenung melihat keindahan di seberang sana tapi tak sanggup nak ke sana sebab tak pandai berenang, atau pandai berenang tapi takut basah, atau tak tahu air dalam setakat mana, takut ada buaya dan macam macam lagi alasan.

Jadi sedarlah bahawa Sungai itu adalah PUNCA MASALAH anda gagal berjaya, dan Tebing sana adalah masa depan anda, hanya mampu perhatikan dari jauh. Di seberang sanalah ada buku anda yang sudah siap di tulis, tersusun indah di almari kedai buku.

Analogi Sungai ini bukan saya tangkap muat, tapi ada dalam Hadis Nabi, kisah pemuda mandi lima anak sungai dan tiada kotoran lagi, badannya bersih sebersih bersihnya lalu Nabi bagitahu itulah perumpamaan orang berjaya solat lima kali setiap hari.

Bila saya kaji tebing anda, sungai dan tebing sana, saya dapati memang ada lima Sungai yang buatkan korang gagal nak capai kejayaan masa depan.

Dalam kes sekarang, gagal nak jadi penulis Buku.

Jadi Lima Sungai itu ada depan mata tapi anda tak tahu cara nak ke seberang, lalu saya kaji lagi ada hadis lain pula akan bagaimana cara nak seberangi ke lima-lima sungai ini. Rupanya ada Lima Kisah menarik dari Hadis dan Al Quran untuk kita bedah kitab sebagai motivasi dalam penulisan.

Menarik bukan?

Banyak nak cerita, tapi panjang sangat, siapa yang berminat boleh sertai bengkel penulisan yang akan saya adakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 9hb Feb 2019.

Woha!
Bersama peserta Bengkel di UMP Pekan

Kisah 2

Sewaktu melawat orang sakit di Hospital, ada sorang sahabat tu mengaku:

“Saya sudah faham hakikat hidup sekarang ini, Tuhan dah bukakan untuk saya”

“Apa yang awak faham?”

“Faham bahawa hidup ini penuh dengan nikmat, saya disinipun sedang dipenuhi nikmat walaupun lumpuh”

“Alhamdulillah”

“Tapi…”

“Tapi kenapa?”

“Saya takut dengan kefahaman yang sebenar ini, bermakna umur saya dah tak lama, saya akan mati segera”

Okey, panjang lagi perbualan, Cuma nak bagitahu, siapa yang tak takut mati? Ramai yang takut mati, takut sakit, takut miskin dan sebagainya, namun kita kena terima hakikat, mati itu pasti dan tanpa ragu ragu, hari ini boleh jadi hari terakhir kita.

Jadi sahabat itu tanya saya apa persiapan saya untuk mati secara tiba tiba?

Okey, yang penting dalam sehari jangan pernah tinggal solat, jangan lengahkan solat, berjemaah semampu mungkin, lepas tu cuba luangkan masa untuk baca sedikit ayat Al quran dan sentiasa berzikir di waktu lapang dengan cara mensyukuri segala nikmat bertalu talu.

Lepas tu teruskan hidup seperti biasa, dijalanan jika ada peluang buat baik, bersedekah atau berdakwah, jangan bertangguh, dan setiap hari maafkan orang, dan jangan bergaduh dengan siapa-siapa dan sila buat baik kepada sesiapa sahaja, so dah boleh mati hari ini.

“Itu sahaja?”

Sebagai tambahan, boleh tinggalkan ilmu yang bermanfaat untuk dibaca oleh orang lain dan menjadi sumber pahala walaupun dalam kubur.

“Contoh yang kau buat?”

Saya menulis buku isu isu agama, dan terkini saya tulis buku terakhir jika saya mati iaitu kisah ayah kepada anak yang perlu di baca mengikut umur kerana ayah sudah masuk kubur dan hanya mampu bercerita melalui surat.

“apa tajuk buku tu?”

Ngeteh di kubur ayah. Nah saya hadiah sebijik.

“terima kasih”

Lalu kamipun berpisah, moga dia bersedia untuk mati hari ini, saya juga bersedia untuk mati hari ini, dan kepada anda semua, sebelum mati, elok tulis kisah hidup sendiri dan kongsi kepada anak anak atau orang tersayang.

Sungguh tiada sesiapa yang boleh tulis buku kisah hidup sendiri sebaik diri sendiri. Hidup ini adalah tempat mencipta kenangan dan membina pahala.

Kenangan kita adalah sangat mahal sebab iainya tidak boleh diundur, tapi boleh dikekalkan momen idah tersebut dalam buku, terutama hal keluarga. Hal perkahwinan, cerita adik beradik, kisah hadapi masalah dan cara penyelesaian yang tak terduga, semua itu mestilah diingat sampai bila-bila.

Tanpa dokumen dalam bentuk buku bercetak, semua itu terhapus dek masa, memori hilang, hangus terbakar hancur kerana banjir, dan lenyap bersama mayat yang reput maka wajarlah semua itu dibukukan.

Saya sendiri telah menulis 12 buku kisah hidup. (dah boleh mati?, huhuhu)

Ada terbitan Karangkfaf, Tarbiah sentap, Dubook, Write and Barve, Terfaktab, dan lain lain,

Ada best seller dan masih diulang cetak, menghias almari buku di kedai buku juga menghias almari dirumah rumah mereka yang mahu menimba ilmu dari kisah hidup orang lain.

Jadi masa sangat singkat, menulislah kisah hidup sendiri, jadikan ianya sebuah kenangan bermakna atau berbuah buah pahala.

Maka untuk itu, saya yang pernah menulis buku tebal, tapi pemalu, telah sanggup menebalkan muka untuk membuat bengkel menulis kisah hidup sendiri secara kreatif pada Sabtu 9hb Feb ini bertempat di perpustakaan awam Kuantan, harga Rm60 sahaja

Whatsapp: 0199117163.

Ps: Siapa ada buku saya dan belum bertanda tangan, boleh walk in pada hari kejadian, yang belum ada boleh datang beli, saya ada jual pada hari kejadian, bawa duit lebih sikit, boleh walk in terus masuk bengkel dan dapatlah kita bertentang mata-Woha!

Ps2: Di hujung bengkel ada penerangan tentang penerbitan buku, cara nak pikat penerbit, kos cetak sendiri, hal ehwal royalty dan lain lain, dan disampaikan oleh penerbit buku sendiri. InsyaAllah

Jan 28, 2019

Bagaimana menjadi Bisnesman?


(Nabi seorang bisnesman, maka marilah kita belajar minda bisnes dari pemandu kereta mayat.)

Hidup kita ni, ada 24 jam, guna pun habis, tak gunapun habis, untuk jadi bisnesman, kita kena belajar menggunakan masa dengan cemerlang, sayapun sedang belajar juga, sama sama pesan benda baik.

Untuk itu, selain dari beribadat dan bercinta, cuba luangkan masa setiap hari untuk buat tiga perkara penting.

Saya ulang, selain dari BERIBADAT dan BERCINTA, cuba luangkan masa setiap hari untuk buat TIGA PERKARA penting!

Apa tiga(3) perkara tu?

1.Investment
2.Money Future
3.Money Now.

Bahasa Englishlah pulak, baik, Saya ulang, tiga perkara penting kita kena buat setiap hari untuk belajar jadi orang bisnes.

1.Investment (pelaburan-duit keluar)

2.Money Future (pendapatan tertangguh-duit akan masuk)

3.Money Now. (pendapatan sekarang-duit masuk)

Jangan Pilih satu atau dua, Hanya dengan buat ketiga tiga ini, maka korang akan jadi bisnesman, insyaAllah.

Keterangan:

1.Investment: adalah pelaburan yang kita buat sehingga terpaksa keluarkan duit. Contoh: Beli Buku. Pergi Kursus Menulis, dan lain lain pelaburan.

2.Money Future: pula adalah wang yang akan masuk di masa hadapan, tapi kita kena buat hari ini, seperti Baca Buku, Amalkan Imu dari Ceramah, Tulis Buku dan lain lain.

3.Money Now: pula adalah wang masuk, seperti Jual Buku, Di jemput berceramah, dapat hadiah dan lain lain.

Nampak tak?

Jika kawan ajak mengeteh, maka itu boleh jadi “Money Future” sebab kawan mungkin ada network yang bagus.

Atau jika kita ajak kawan yang hebat mengeteh, maka itu menjadi “Investment”. Takpe kita belanja orang hebat mengeteh sebab nanti ilmunya lagi tak ternilai kita dapat dan akan menjadi “Money Future”,

Dan andai kata waktu mengeteh tiba tiba kawan terus offer projek bagus, dah jadi “Money Now”

Nampak tak?

So sekarang cuba korang fikir, apa korang buat sekarang?

Investment? Money Future? Money Now? Atau buang masa duduk dalam gua ada aircond sambil bercerita hal politik sokong sebelah pihak sahaja walaupun salah?

Nak mudah fahan, saya beri contoh mudah:

Jika korang baca FB saya ni, banyak tip tip saya share, maka korang sedang buat “money Future”, duit tak habis, tapi ilmu bertambah, Alhamdulullah.

Jika korang ada beli buku saya, atau pergi kursus yang saya jadi penceramah, atau belanja saya mengeteh, maka korang sedang buat “Investment”.

Nampak tak? Takpe duit habis sikit sebab ilmu semakin bertambah dan peluang untuk “money future” semakin cerah.

Atau waktu kita berjumpa bertentangan mata, tiba tiba ada “Money now”, mana tahu ada produk korang yang saya rasa nak beli, kan? Atau kita bekerja sama buat projek win win situation.

So apa saya nak bagitahu ni? Apahal contoh semua dalam bidang penulisan?

Saya nak cakap, 9hb Feb ni, saya ada buat kelas penulisan, RM60 sahaja, inilah “Investment”, yang bakal mendatangkan "Money Future and Money Now".

Jangan cakap abang keretamayat tak payung

Woha!

Whasapp: 0199117163


Jan 25, 2019

Kenapa perempuan suka suami orang?


 (Kenapa orang perempuan jatuh cinta pada suami orang? Walaupun tak hensem?)
.
Ini aku cerita pengalaman sendiri, bilamana ramai (tak ramai pun, tapi tulis ramai supaya nampak macam popular-woha!) jadi bila ada peminat perempuan ajak poligami, dan aku tolak sebab aku belum ada dalam agenda hidup nak kahwin ramai.
.
Maksud aku jika betul nak kahwin lagi, biar untungkan ramai pihak, bukan bini baru sahaja untung, sedang anak dan bini pertama rugi. Itu bukan pelaburan yang bijak. Lagipun bila peminat perempuan suka kat kita, bila masa pulak kita suka kat dia?
.
Jadi Bila tolak, perempuan tu cakap aku takut binilah, aku tak amalkan islam sempurnalah, macam-macamlah!
.
Padahal, bukan mudah juga suami orang nak suka pada perempuan lain jika bini pertama sangat membantu kehidupan dunia akhirat.
.
So aku cakap, jika anda nak sangat poligami, nak sangat kahwin dengan laki orang, pergilah ambik hati bakal madu anda dan pujuk elok elok sebab korang nak kongsi hidup dan kongsi suami, eh tahu pulak tak nak! Suruh kahwin senyap senyaplah, malah lagi teruk, ada pulak suruh cerai bini pertama sebab dia tak nak berkongsi kasih! Dan ini banyak berlaku pada kisah rumah tangga di Malaysia. Nauzubillah!
.
Ok, balik pada tajuk, Kenapa orang perempuan jatuh cinta pada suami orang? Walaupun tak hensem? Apa orang bujang tak menarik ke?
.
Ini adalah kerana, suami orang ni pada pandangan mata perempuan lain, macam Roller Coaster, lagi besar Roller Coaster, lagi menarik! So dalam Roller Coaster tu ada anak bini yang semua kelihatan seronok naik Roller Coaster! Menjerit jerit bahagia dalam hidup. Jadi perempuan lain pun nak tumpang sama naik Roller Coaster!
.
Memang ada pasangan yang izinkan perempuan lain naik Roller Coaster!, tapi berebut kerusi pulak sebab semua nak duduk tepi suami, yang bergilir baguslah! Yang bergaduh alamak runtuhlah Roller Coaster tu!
.
So jangan gaduh gaduh, nak naik Roller Coaster tu ambiklah hati semua penumpang sebab anda berkongsi perjalanan pada Roller Coaster yang sama.
.
Pengajaran di sini, kepada lelaki bujang, kesilapan korang bila jatuh cinta, korang janganlah hidup mati pada perempuan tu, terus hidup korang focus pada perempuan tu lalu kehidupan korang jadi tak menarik. Setakat jatuh cinta macam tu semua orang boleh buat, yang sebetulnya korangpun kena ada Roller Coaster yang menarik! Itu yang perempuan nak.
.
Bila hidup kita macam Roller Coaster yang menarik, berebut perempuan nak!
.
Apa itu Roller Coaster yang menarik? Hidup yang ada tujuan yang jelas, kerjaya yang semakin berkembang, suka terlibat aktiviti kemanusiaan, suka membantu masyarakat, kemampuan hadapi cabaran dengan riang ria macam orang menjerit seronok naik Roller Coaster waktu tiba di laluan paling mencabar!
.
Perempuan jandapun sama, bila si janda tiba tiba hidupnya bertukar menjadi Roller Coaster yang menarik! Bisnes Berjaya, kerjaya berkembang, bakat dicurahkan pada masyarakat, maka berebut pulak si lelaki datang meminang sebab nak naik Roller Coaster duduk kerusi paling depan! Perghhh..
.
Jadi, Roller Coaster hidupku ini, kerusi depan semua dah penuh, namun masih ada gerabak kosong di belakang tapi jika nak naik, pergi ‘mengorat’ bini aku dulu. Dan andai kata bini aku suka pada korang, belum tentu aku suka sebab cinta tak boleh di paksa.
.
I rest my case.


.
Ps: Korang mungkin kenal aku waktu aku sedang gembira, sebab nampak macam selalu ceria, lalu korang jatuh cinta, tapi korang tak pernah tengok waktu aku paling marah, waktu aku paling down, jika korang tahu, dan nampak sikap aku waktu itu, tentu korang akan jatuh cinta buat kali ke dua-Woha!