Nov 11, 2019

Dari mana kita datang? jawapan termudah?

(Ulang Kaji Sifat 20)


Pagi ini dalam kereta, anak tanya soalan:

“ayah, dari mana kita datang dan ke mana kita pergi?”

“Kita datang dari belakang dan pergi ke depan”

“Jawab betul betul lah ayah, nak catat ni”

“ok.. dengar…”

“Kita datang dari Kehendak Allah, dan kepada Kehendak Allah kita pergi.”

“Jelas lagi”

“Allah Maha Berkehendak, dia yang Berkehendak kita menjadi manusia, lalu disempurnakan nikmat iaitu kuasa berkehendak juga ada pada kita.”

“ok, lagi!”

“Kita di beri dua jalan, yang baik untuk didekati, dan yang buruk untuk dijauhi. Baik dan Jahat, Allah yang tentukan, bukan kehendak kita, kita ikut kehendak Allah maka ada kejayaan, lalu akhirnya kehendak Allah yang menentukan Syurga nereka berdasarkan Kehendak kita di dunia”

“boleh cerita Panjang sikir tak ayah?”

**
Seperti yang korang semua tahu, Hidup ini di bahagikan kepada tiga kehidupan…Iaitu:
-sebelum
-semasa
-selepas

atau untuk lagi mudah faham:

1.Kehidupan sebelum hidup
(alam roh, alam rahim)

2.Kehidupan semasa hidup
(bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua kutuk)

3.Kehidupan selepas hidup
(alam barzakh, mahsyar, sirat, neraka, shurga)

Tahukah korang Bahawa kehidupan pertama ada persamaan dengan kehidupan ketiga?.

Tahukah korang Bahawa kehidupan sebelum hidup ada persamaan dengan kehidupan selepas hidup?

Tahukah korang Apakah persamaan itu?


Persamaan antara kehidupan pertama dan ketiga adalah:-

Contoh:

Peristiwa ketika di alam roh atau alam rahim yang langsung korang tak boleh buat pilihan seperti:
-Nak jadi orang Islam,
-Nak jadi orang Melayu macam saya,
-Nak jadi cantik macam artis Korea
-Nak jadi anak orang kaya macam dalam drama Melayu
-Nak lahir di hospital first class anak Datok siti
-Nak lahir Tarikh sesunan cantik.
-Nak jadi anak Dato’ supaya boleh mengabiskan duit mak bapak,
-Nak jadi lelaki supaya tak payah pakai tudung
-Nak jadi perempuan supaya waktu haid tak payah sembahyang.
-Nak lahir zaman PM4 sebab konon zaman PM7 hidup susah.
-dan macam macam lagi!

TAPI TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!
KENAPA?

KERANA ALLAH Yang Maha Berkehendak TELAH BUAT KEPUTUSAN,
SIAPA KORANG AKAN JADI..

TAHUKAH KORANG? BAHAWA, INILAH TAKDIR!

Manakala di kehidupan selepas hidup pun begitu jugak,
Peristiwa ketika di alam barzakh, dan akhirat,

Korang langsung tak boleh buat pilihan seperti:

-Nak kembali dunia walau sesaat,
-Nak bangkit dari kubur untuk peluk mak ayah sebab menyesal derhaka,
-Nak jalan-jalan kubur orang lain,
-Nak bangun dari kubur ajak kawan kubur sebelah pergi shopping di Ikea
-Nak jadi hantu kacau jiran sebelah,
-Nak balik kampung untuk sambut raya,
-Nak kiamat cepat sebab tak tahan kena pukul dan sebat dalam kubur,
-Nak beribadat sebab menyesal asyik lewat solat masa hidup,
-Nak jadi orang baik sebab menyesal kat dunia kutuk orang yang baik,
-Nak jadi tanah sebab menyesal banyak sangat dosa,
-Nak jadi mayat dalam mayat,
-Tak nak jawab soalan malaikat sebab susah,
-Nak tengok Astro
-Nak update FB
-Nak tengok baju artis geger Vaganza

dan banyak lagi TAPI TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!
KENAPA?

KERANA ALLAH TELAH BUAT KEPUTUSAN,
APAKAH NASIB KORANG NANTI…

TAHUKAH KORANG? BAHAWA, INILAH TAKDIR!
Dan tahukah korang?

Bahawa takdir di KEHIDUPAN KETIGA adalah berdasarkan PILIHAN dan KEHENDAK yang korang dan saya buat di KEHIDUPAN KEDUA..?

Dan di dunia ini sahajalah tempat Allah benarkan kita membuat PILIHAN!

Dan segala pilhan kita di sini akan menentukan masa depan kita di sana( akhirat)…
Oleh yang demikian:,

KETIKA BOLEH BUAT PILIHAN YANG BETUL, TAPI KITA MASIH TAK NAK BUAT PILIHAN YANG BETUL…
TAK KAN LAH KITA NAK BUAT PILIHAN,

DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN WALAUN PILIHAN ITU BETUL!
Allah tak letakkan KEJAYAAN korang di ‘next world’..pada ‘siapa’ korang, kaya ke, OKU ke, miskin ke, kaya ke, tapi KEJAYAAN adalah pada ‘PILIHAN’ korang…

Kejayaan hidup adalah bila kita berjaya membuat ‘kehendak’ dan ‘pilihan’ yang betul…
Saya ulangi..

KEJAYAAN HIDUP ADALAH BILA KITA BERJAYA MEMBUAT KEHENDAK DAN PILIHAN YANG BETUL!

Inilah ‘kuasa’ yang Allah bagi pada manusia yang menentukan Syurga atau Nereka.
Korang di beri DUA PERKARA untuk memilih di antara dua perkara…

Korang di beri AKAL DAN HATI untuk memilih jalan kebaikkan atau jalan kebinasaan.
Binasalah korang jika mengikut DUA PERKARA dalam memilih di antara dua perkara…

Binasalah korang jika mengikut NASFU DAN SETAN dalam memilih jalan kebaikkan atau jalan kebinasaan!

Jika tak buat pilihan di antara DUA JALAN, iaitu JALAN KEBAIKAN dan JALAN KEJAHATAN, maka di akhirat dah tak boleh buat pilihan lagi!

Berikut adalah PILIHAN-PILIHan yang di minta oleh mereka yang berada di Neraka tapi tidak di layan:

· Minta makanan dan minuman kepada penghuni Syurga. (Al A’raf 7:50)

· Meminta kepada penjaga Neraka supaya diringankan seksaan walau hanya satu hari saja. (Gofir 40:49-50)

· Meminta kepada malaikat Malik, agar dimatikan saja sebab dah tak tahan kena seksa. (Az-Zukhruf 43:77)

· Meminta kepada Allah agar dikeluarkan dari Neraka dan dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh. (Al-Mukminun 23:107-108, As Sajadah 32:12, Ibrahim 14:44)

· Meminta supaya Allah melipat gandakan azab untuk para pemimpin dan ketua yang telah bawa mereka Neraka. (Yasin 33:66-68)
· Meminta Keluar Dari Neraka. (Al Mukmin 23:11)

Oleh sebab itu duhai pembaca yang budiman sekalian, disana sungguh sudah TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN, Maka menangislah wahai mata di sini tempat boleh buat pilihan kerana, menangis di sana walaupun keluar air mata darahpun tiada guna sedikitpun.

Tapi di sini walau setitik…bisa memadamkan api neraka yang berkejolah.oh..!

“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah.”

(Riwayat Tirmidzi-bukti pilihan di sini mengubah nasib di akhirat)

So, berbalik kepada takdir, oleh kerana dunia ini adalah tempat yang boleh korang membuat pilihan, maka silalah pilih jalan yang betul.

Saya ulang:
KETIKA BOLEH BUAT PILIHAN YANG BETUL, TAPI KITA MASIH TAK NAK BUAT PILIHAN YANG BETUL…

TAK KAN LAH KITA NAK BUAT PILIHAN,

DI TEMPAT YANG TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN WALAUN PILIHAN ITU BETUL!

MAKA PILIH PILIHAN YANG BETUL SUPAYA TAK PAYAH NAK DIPERBETUL!

(dah lama saya berceramah sambil memandu, suasana sunyi sepi, saya toleh, semua anak dah tidur)
Inilah akibat MEMILIH dengar ceramah sambil tutup mata.

Woha!


8 comments:

Anonymous said...

Qadha' itu dgn Iradah Allah swt.
Qadr itu dgn Qudrah Allah swt.

Qadha' itu, apa yg berlaku.
Qadr itu, bgmn ianya berlaku dr ketentuan hukum sbb akibat dan Kekuasaan dr Allah swt.
(Ash'ariyah, Maturidiyah kebalikannya).

Qadha' dan Qadr itu hak Allah swt semata mata, bincang mengenainya, bnyk yg tersesat lalu jadi Qadariah, Jabariah, Mu'tazilah dsb.

Bg kita, adalah kuasa memilih (khiyar) dan berusaha (ikhtiar / kasab) dan dgnnyalah kita dipertanggungjawabkan. Keduanya itu juga adalah dgn Qadha' dan Qadr dr Allah swt.

Anonymous said...

Orang tesaup kata,"bersatu tidak,Berpisah pun tidak."
gitu la....

Biasa kadang kita dapat tengok keadaan dimana mungkin ada yg masih dalam keadaan x jelas,dan berani pula ajar bab penting dalam keadaan yg x jelas.. mcm bab nafi isbat yg x tepat seperti yg ahlusunnah ajar.. dia letak nafi je kat makhluk dalam pemahaman nafi dan isbat dia..dah mcm terpisah pulak makhluk ngan Allah.. Makhluk pun boleh saingi Allah ke sebab tu diganding2kan makhluk dengan Allah pada pemahaman nafi dan isbat dia x pasti la tu..ada juga yg mcm letak isbat je..ape saja dosa yg dia lakukan dia nisbahkan kat Allah.. Dah mcm bersatu pulak dia dengan Allah..

"Bersatu tidak.. Berpisah pun tidak.."

Mudah2an baik2 aja semua kita insyaAllah..

Game Agen Judi Pulsa Online said...

Game Judi Slot Pulsa

Agen Judi Pulsa Poker

Agen Game Judi Pulsa Telkomsel

Game Judi Poker Pulsa Online

Anonymous said...

Iman kpd Qadha' dan Qadr itu,

"Agar kamu tidak bersedih hati terhdp apa yg luput drpd kamu, dan tidak sombong bangga terhdp apa yg diberikan kpd kamu, dan Allah (swt) tidak menyukai akan org org yg sombong takbur lagi membangga diri." QS57:23.

Anonymous said...

Subhanallah

Anonymous said...

"Dan Kami hidayahkan kpdnya dua jalan (jalan kebaikan dan jalan keburukan)". 90:10.

"Mk Kami ilhamkan kpdnya kederhakaan dan ketaqwaan". 91:8.

"Mk brgsiapa menghendaki mk dia beriman, dan brgsiapa menghendaki mk dia kufur". 18:29.

Terpulang pd kita jalan mana yg dipilih, dan pilihan itu akan dipertanggungjawabkan.

adminpulsa said...

PERMAINAN ONLINE TERBESAR DI INDONESIA
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
Memiliki 7 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

- Poker
- Domino
- Ceme
- Capsa Sususn
- Ceme Keliling
- Super TEN (New)
- Omaha (New)


Permainan Judi online yang menggunakan uang asli dan mendapatkan uang asli ^^
* Minimal Deposit : 10.000
* Minimal Withdraw : 50.000
* Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop ( Kecuali Bank offline / gangguan )
* Bonus REFFERAL 10 % Seumur hidup tanpa syarat
* Bonus ROLLINGAN 0.3 % Dibagikan Setiap Hari Kamis
* Proses Deposit & Withdraw PALING CEPAT
* Sistem Keamanan Terbaru & Terjamin
* Poker Online Terpercaya
* Live chat yang Responsive
* Support 4 bank LOKAL


Contact Us
Website Poker Semi
WA : +6287830298557
Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop
Daftar Poker Semi
Keyword : Agen Domino Terpercaya

Mutia said...

Nonton film full movie
Cinema 21 Online
Gratis download movie
Situs nonton film online gratis
Streaming film bioskop
Nonton drama korea terbaru
Nonton bioskop LKC21 gratis
Nonton drama korea gratis