Dec 9, 2019

Tuhan tidur tak?

(Di tulis dalam keadaan Pintu kereta Mayat tak berkunci)


Manusia selalu sangka Tuhan ni macam manusia, rasa sunyi, rasa bosan, mudah stress, dan macam macam!. Maklumlah, manusia insan yang lemah, mudah sakit, cepat mati dan bila berfikirpun selalu salah, sebab tu Nabi datang ajar manusia kenal Tuhan sebab manusia tak mampu nak fikir luar dari kotak jika tak suap ke mulut.

Zaman Nabi Yunus dahulu, Nabipun pernah tanya, Tuhan ni tidur tak? Mengantuk tak? Penat tak? Lalu Tuhan suruh Nabi Yunus buat satu tembikar, terus Nabi yunus buat Tembikar tu cantik cantik sebab Tuhan yang suruh, lepas tu Tuhan suruh Nabi pegang tembikar tu sambil berdiri dan jangan lepas,

Mula mula Ok, lepas tu penat, tapi tahan, lepas tu mengantuk, tapi peluk lagi tembikar tu, lepas tu tertidur dan bekas itu pun jatuh lalu pecah berkecai dan berderai dan berteraburan seperti pasir di pantai.

Tuhan pun bagitahu, jika Allah tidur, alam ni akan musnah.

Begitulah lebih kurang ceritanya yang mana Allah nak bagitahu, Allah tak sama langsung macam kita, Allah tak tidur, Allah tak penat. Allah tak sunyi, dan Allah pernah bagitahu Nabi lepas kiamat, Allah akan lepak sorang sorang selama empat puluh ribu tahun dan lepas tu baru nak cipta akhirat.

Eh? tak sunyi ke Tuhan lepak lama lama sorang sorang? Apa nak masalah? masa pun Allah cipta, ruang pun Allah cipta, fizik, kemia bio ni takde effect langung pada Allah. sedangkan sunyi, bosan tu semua datang dari tindakan kemia yang Allah cipta, maka jangan pernah anggap Allah sama macam kau yang berhajat pada serbuk hitam (kopi) baru ada idea nak menulis, baru tak mengantuk, apa ke hal?

Jika Allah penat dan menagantuk, dah lama Allah stress dan musnahkan kita semua. Jadi jangan anggap bila kita bancuh kopi, cipta pistol, maka kita berhajat pada kopi dan pistol tu sebab kita manusia lemah perlu pada kopi nak bagi segar tapi boleh kena kencing manis, dan pistol tu boleh bunuh kita pulak tu, lemahnya kita,

Namun bila Allah cipta manusia, cipta alam ini, syaitan, malaikat dan segalanya, bukan kerana Allah berhajat kepada ciptaaNya, tapi ciptaanYAlah yang berhajat kepada Allah. Allah cipta sebab Allah ada sifat Kun Fayakun.

Lepas tu boleh masuk bab sifat Allah yang Dua puluh, nama Allah yang Sembilan puluh Sembilan, antara sifat Allah: MAHA BERKENDAK.

Faham sifat ni, automatik boleh jawab soalan: dari mana kita datang dan ke mana kita pergi?”

Jawapannya: “Kita datang dari Kehendak Allah, dan kepada Kehendak Allah kita pergi.”

Sungguh Allah Maha Berkehendak, dia yang Berkehendak kita menjadi manusia, lalu disempurnakan nikmat iaitu kuasa berkehendak yang juga ada pada kita, apa kuasa kehendak itu? Yakni Kita di beri dua jalan, yang baik untuk didekati, dan yang buruk untuk dijauhi. Baik dan Jahat, Allah yang tentukan, bukan kehendak kita, kita ikut kehendak Allah maka ada kejayaan, lalu akhirnya kehendak Allah yang menentukan Syurga nereka berdasarkan Kehendak kita di dunia.

Al faham ke idop?

Jika tak buat pilihan di antara DUA JALAN, iaitu JALAN KEBAIKAN dan JALAN KEJAHATAN, maka di akhirat dah tak boleh buat pilihan lagi!

Berikut adalah PILIHAN-PILIHan yang di minta oleh mereka yang berada di Neraka tapi tidak di layan:

· Minta makanan dan minuman kepada penghuni Syurga. (Al A’raf 7:50)

· Meminta kepada penjaga Neraka supaya diringankan seksaan walau hanya satu hari saja. (Gofir 40:49-50)

· Meminta kepada malaikat Malik, agar dimatikan saja sebab dah tak tahan kena seksa. (Az-Zukhruf 43:77)

· Meminta kepada Allah agar dikeluarkan dari Neraka dan dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh. (Al-Mukminun 23:107-108, As Sajadah 32:12, Ibrahim 14:44)

· Meminta supaya Allah melipat gandakan azab untuk para pemimpin dan ketua yang telah bawa mereka Neraka. (Yasin 33:66-68)

· Meminta Keluar Dari Neraka. (Al Mukmin 23:11)

Oleh sebab itu duhai pembaca yang budiman sekalian, disana sungguh sudah TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN, Maka menangislah wahai mata di sini tempat boleh buat pilihan kerana, menangis di sana walaupun keluar air mata darahpun tiada guna sedikitpun.

Tapi di sini walau setitik…bisa memadamkan api neraka yang berkejolah.oh..!

“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah.”

(Riwayat Tirmidzi-bukti pilihan di sini mengubah nasib di akhirat)

“Tapi Hamka, jika Tuhan tu Maha berkehendak, kenapa Tuhan tak mampu halang orang buat dosa ? adakah itu kehendak Tuhan juga?”

Baik,. Ini semua balik kepada Takdir kerana Allahlah yang menulis semua takdir.

Contoh bila manusia ada niat, dan pilih untuk buat dosa, lalu Allah takdirkan dosa itu berlaku, tapi bukan semua dosa yang manusia niat untuk buat dibenarkan Alllah, hanya dosa yang ditakdirkan sahaja berlaku

Contonya: Berapa ramai orang kafir nak bunuh Nabi, bukan semua Nabi mati dibunuh, ada beberapa orang sahaja, itu semua takdir dan UJIAN dalam hidup masing-masing.
“kenapa Allah tak halang dosa?”

Adohai, jika korang jadi beku tiap kali nak buat dosa, dah tak gunalah pentas dunia ini sebagai UJIAN, macam exam kat sekolah, jika bila korang jawab salah terus cikgu betulkan dan bagi jawapan bocor, tak adil kepada orang yang study, begitulah hidup ini, hidup ini adalah UJIAN! Faham tak?

Firman Allah: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk (67) : 2

SAbda Nabi: Orang yang paling banyak mendapatkan ujian adalah Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin besar. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)

Jadi Dosa yang berlaku bukan untuk salahkan Tuhan, tapi untuk bertaubat, untuk disesali dan nasihat kepada diri agar tak ulang dan berusaha mencegah orang lain dari kemungkaran yang sama. Masuk Neraka bukan kerana buat dosa, tapi kerana tidak bertaubat dan tidak berniat nak bertaubat pun!

Ok senang macam ginilah, andai kata korang tak puas hati sebab rasa diri banyak dosa dan akan masuk neraka-korang pulak malas nak taubat dan lebih senang salahkan Allah. Tapi ketahuilah Akhirat belum berlaku, dan pintu Taubat masih belum tertutup. Kenapa korang bercakap bagi pihak pendosa macam pintu taubat ni dah tutup lama.

Allah Maha Pengampun, dan Ampunan Allah lebih besar dari mana mana dosa, dan tiada sesiapun yang boleh tutup pintu taubat selagi kita masih hidup, Maka Bertaubatlah, sungguh Allah bukan sunyi dan bosan macam kau dan Allah tak pernah bosan mendengar rintihan Taubat Hamba-HambaNya.

Jadi ingat pesanan ni baik baik, pintu taubat belum tertutup, dan tiada siapapun boleh tutup pintu taubat kamu, tapi saya boleh tutup pintu kereta mayat kau!

Woha!


3 comments:

Penapis Air Pilihan said...

Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
3 - Filter2 yg berkualiti dan mendapat Sijil HALAL JAKIM
4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)
6 - Tiada bayaran bulanan
7 - Lebih 15 Model penapis air / water filter / master filter / water cooler dan lain2

HARGA bermula dr RM699

KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE

http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

Hubungi:
0178895990 atau click http://bio.wasap.my

ahmad adzim johari said...

Terima kasih atas pencerahan

D'Puaka said...

Well said...