Aug 15, 2020

Di sebalik Tabir Gerak Khas?

 

Orang macam abang Burger wujud dalam drama Gerak Khas.

Dulu dulu selalu teman arwah mak layan Gerak Khas.

Kisah biasanya polis pakai uniform dan bercakap satu sama lain, biasanya sembang isu peribadi sebagai penyeri drama dan isu jenayah sebagai pengeri drama lebih dramatic.

Sementara itu dilokasi yang lain ada penjahat sedang buat jenayah.

Polis dapat aduan, dan menyiasat.

Tiba tiba satu watak akan berkata:

“Tuan Inspector, mengikut maklumat orang awam, suspek ada di lokasi sekian sekian”

Polis pun bergegas dan aksi kejar mengejar, dialog wajib:

“Polis! jangan bergerak!”

“Jangan lari”

tapi penjahat lari dan terlepas.

Polis kembali ke balai polis sambung drama, dialog tentang jenayah dan isu peribadi silih berganti.

Tiba tiba satu watak akan berkata semula:

“Tuan Inspector, mengikut maklumat orang awam, suspek ada di lokasi sekian sekian”

Polis pun bergegas ke lokasi kejadian, masukkan lagu Gerak Khas sebagai pembekar samangat penonton, masukkan juga dilalog ini : “jangan bergerak, anda telah dikepong”

Lalu berlaku aksi tembak menembak, polis menyorok belakang kereta, penjahat tembak tapi cermin kereta tak pecah.

Lalu akhirnya penjahat kena tembak dekat kaki, ada yang kena tangkap. Ada yang mati, Ikut mood penulis skrip.

Lalu cerita di tutup dengan dialog keramat.

“Dengan penangkapan ini, kita telah berjaya menumpaskan sindiket itu”

With full of style and confidence.

Woha!

Terima kasih Polis Di Raja Malaysia, terima kasih orang awam.

1 comment:

johnny said...
This comment has been removed by a blog administrator.