Bila saya menjual di Facebook, ada follower yang kata saya
dah berubah, Hamka Kereta Mayat dulu tak menjual di Facebook katanya, benci
Hamka Keretamayat yang mengumpul harta, tak tahu ke bila harta banyak nanti
masuk syurga dengan merangkak?
Aduh…
Tahun 2012 saya terbit buku, dan terus menjual, sampai
sekarang dah 13 buku, saya jual, saya juga pernah buat homestay, rumah sewa,
menjual tanjak, jual ebook, pernah jual alatan computer, baju bercetak dan jual
diri pergi ceramah kursus penulisan, dan terkini sejak PKP tak boleh ke
mana-mana, saya jual ebook kawan kawan, saya jual Ebook Bijak Mengurus Wang,
EBook menjadi Youtuber, dan Ebook menjual beli Hartanah.
Salah ke saya berniaga?
Salah ke menjadi kaya?
Kaya ni alat. Macam pisau, orang baik bila lapar dapat pisau
pergi memasak, orang jahat dapat pisau, pergi bunuh orang sebab lapar.
Maka tak salah menjadi kaya, dan tak salah menjadi miskin,
orang baik bila kaya akan guna kekayaan untuk buat baik sambil bersyukur, dan
orang jahat bila kaya akan guna kekayaan untuk buat jahat sambil kufur nikmat.
Sama jugak, orang baik bila miskin akan bersabar dan terus
buat baik, orang jahat pulak bila miskin mengeluh dan pergi mencuri.
Jadi tak salah menjadi kaya dan beriman. Dan tak salah juga
menjadi miskin dan beriman.
Yang salah menjadi kaya dan sombong, atau menjadi miskin
yang sombong!
Dan andai benar, ikut hadis, menjadi kaya buatkan saya masuk
syurga sambil merangkak, maka saya lebih rela merangkak sebab dalam Al quran
ada cerita kisah orang masuk neraka berjalan dengan muka, Nauzubillah! maka
saya rela masuk syurga merangkak dari menjadi bahan bakar api neraka kerana
meminta minta akibat miskin.
Tapi tak sedap hati pulak, macam teringain sangat nak
merangkak ke syurga, Nauzubillah, lebih baik masuk syurga tanpa hisap dan laju
sepantas kilat, terus saya call kawan ustaz Tanya, betul ke jika di beri
pilihan masuk syurga merangkak, kita sanggup, elok ke niat macam tu?
Kata ustaz.
Masuk syurga ni, usahkan merangkak, jika mengesot pun saya
sanggup!
Woha!
Ps: Jom belajar 55 rahsia rezeki mengalir tanpa henti, serius
ada bab meremang bulu roma baca terutama kisah ajaib pertolongan Allah pada
hambanya dan kisah rezeki tak di sangka sangka. Klik sini:
https://attract.onpay.my/order/form/rm01tp/mhamka
Cintailah Pemberi Rezeki lebih dari Rezeki maka Rezeki tak
di sangka sangka akan mengalir sampai syurga dan Di syurga, Bertemu Pencipta
Rezeki adalah Rezeki terbesar dari segala Rezeki.
4 comments:
Biarlah diorang, memang takkan berhenti berkata2..huhu
memang ada orang suka ckap hal org lain , ignore je
Dah lama x follow, still n continue👍
Syaz Rahim, sophea, Unknown: terima kasih atas komen :)
Post a Comment