(untuk lelaki sahaja)
Apa sudah jadi pada Negara Islam
Masjid kosong…
“RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG,
RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…”
(Lagu :peristiwa akhir zaman)
Sekarang ni, tren org muda pakat-pakat ajak pergi ‘fullhouse’
Hati bagi kampung/bandar/negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,
Baru2 ni aku ada terima emal foward dari mat dan minah forward bertulis ‘petua rumah tangga bahagía’ dan salah satu isinya bertulis begini:
“Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.”
Aku kata: maaf kerana menegur, dalam keluarga islam tak de hadith atau ajaran/perintah yg suruh solat kat rumah berjemaah bersama isteri, nanti masjid kena roboh pun kita tak tau...sembahyang sunat tu, adalah…nampaknya penulis berjaya membuat perhubungan yg baik dengan isteri tapi tidak dengan masyarakat, dia tak tahu ke wanita tu boleh jadi senjata syaitan? memang keluarga dia ni ‘bahagia’, pasal tak yah gi masjid…
Sebab tu Nabi bagitau nak bakar je rumah org yg solat fardu kat rumah! Korang ingat Nabi datang nak bergurau ke! ( kalau aku ahli bomba, aku akan buat kajian kat rumah yg terbakar tu ,diorang punya ahli kelurga ada tak gi solat jemaah, kalau takde., memang wajar lah kata2 nabi tu…)
Seorang sahabat kata wajar dituang timah yg mendidih ke telinga org yg dengar azan tapi tak nak datang solat jemaah.
Seorang sahabat yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga ada sorang mamat tu tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya sahabat ni (lebih-kurang)
“terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?”
Jawab mamat tu :
“aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalu kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu”
Ada satu lagi cerita seorang hamba Allah ni dapat melihat syaitan dan bertanya “macamanakah caranya nak jadi syaitan”
Syaitan kata: sunguh pelik, inilah pertama kali jumpa manusia nak jadi cam aku, apa-apapun senang je nak jadi shaitan, kau kena lengah2kan solat(tak yah pergi solat jemaaah), maka org tu kata mulai hari ini aku takkan melengah2kan solat lagi…(aku ada kitab ni kat rumah) shaitan cakap ni lah first time aku kena tipu, mulai hari ni aku takkan menasihati manusia lagi….
Malahan ada juga riwayat bagi tahu Neraka Lam-Lam dicipta utuk org yang melengah2kan solat…
Itu cerita Ancaman, Fadhilat solat jemaah pula:
Lebih kurang hadith: kalau kau nampak ada satu org yang selalu ke masjid, maka kau kena bersaksi dia tu ahli shurga,
40 hari tak ketinggallan takbir pertama bersama imam kau bebas dari sifak munafik dan bebas dari azab neraka! Maknanya selagi 40 hari tak dapat takbir pertama kau memang ada sifak munafik, bukan aku kata tapi Nabi kata! (org munafik duduk neraka paling bawah!)
Ayat al quran tulis Hanya org yg memakmurkan masjid Allah org yg benar2 beriman!
Banyak lagilah!!!
Satu fakta yang dapat dari Palestin, kata org yahudi, selagi bilangan org yang datang sembahyang subuh berjemaah, tak sama dengan sembahyang jumaat berjemaah, selagi itulah palestin di bawak tapak kaki kami selamanya…
Satu hadith yag aku tak ingat sumber kat mana (kalau korang tahu tolong bagitahu) lebih kurang bermaksud begini: kalau org Islam seratus peratus solat jemaah maka Allah akan mencampakkan kegerunan pada org kapir,
La ni, org kapir tak takut lagi kat org islam sebab Allah dah cabut kehebatan islam bila org islam abaikan solat jemaah, tengok cam Amerika dengan Iraq, Serbia dgn Bosnia, Israel ngan Palestin, org bukan islam kat Malaysia dengan org islam Malaysia(kes Mohamad @ Moorthy baru2ni) Sekarang ni bilangan peratusan org islam solat jemaah kat masjid tak sama dengan peratusan org islam solat jemaah zaman nabi dulu,
zaman madinah almuwarah(bercahaya-cahaya) semua org islam solat jemaah kat masjid, org munafik pun datang (Abdullah bin Ubai), org tua dan buta pun datang(Abudullah bin Mattom) dan yg uzur dan tua pun dipapah ke masjid,
Nabi , saidina Umar, saidina Ali pernah dipapah ke masjid, Sekarang ni ada gak org papah org tua, tapi bukan gi ke masjid, pergi mengundi, 5 tahun sekali bolehlah, 5 kali seharí, Ha!!! ni baru mujahadah!
Zaman ini bilangan org pergi hají dan bilangan org islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan org islam zaman Nabi, dan satu dunia doa, “Ya Allah selamatkanlah,
Sepatutnya perintah Allah ni boleh menyatukan umat apbila dibuat ikut cara Nabi, tapi Sekarang ni org taat perintah Allah, tapi ikut cara ‘saya’
Contoh: balik kerja dan dah masuk waktu solat: nak rehat dulu, karang baru solat, bermakna korang dah taat perintah Allah tapi bukan cara Nabi, sebab tu Umat akhir zaman berpecah belah! sampai 73 dan satu saje masuk shurga
Dewasa ini, bila tiba time solat umat islam sendiri berpecah-pecah,
Macam2 ada, sampai 73 barangkali!
Korang buat keputusan yang korang ni org islam (siap ada IC tu)
Tapi korang tak buat keputusan untuk taat semua perintah Allah!
Korang tak buat keputusan untuk ikut segala Sunnah Nabi!
Korang buat keputusan untuk solat jumaat berjemaah kat masjid,
Tapi korang tak buat keputusan untuk solat 5 waktu di masjid.
Kalau aku ajak korang tengok wayang hari jumaat jam 1 petang, korang akan terkejut,
Woi! ni waktu solat jumaat,
sebab korang dah buat keputusan untuk solat jumaat,
dan korang akan cakap kalau jam 4 petang boleh gak
sebab korang tak buat keputusan untuk solat asar berjemaah!
Jadi, jika aku ajak korang solat asar berjemaah pada hari jumat apa korang jawab,
eh ! tengoklanlah dulu kalau saya free, tak tau lagi…
inilah masalahnya!
KORANG BELUM BUAT KEPUTUSAN UNTUK TAAT SEMUA PERINTAH ALLAH!,
macamamn Allah nak buat keputusan kat korang untuk masuk syurga?
Kat kedai makan pun kalau korang pergi tanpa ada keputusan nak makan apa, bila waitress tanya nak makan apa? Errrrrrrr. Makan apa ye? Apa yang best? Errr…Tapi kalau kau dah buat kepusan nak makan nasi lemak, pasti kau cakap nasi lemak daun pisang satu!!!!
Satu lagi, Kalau nenek korang panggil korang, Ali, oi Ali…, Ali mari jap tolong nenek masukkan benang dalam lubang jarum ni, dan korang buar derk aje, nenek korang panggil lagi sampai sebelas kali, aku rasa kali yg ke dua belas tentu nenek korang akan terajang dan baling masin jahit kat korang, pekak ke!!!
Begitulah jugak dengan Allah, pangil kita 5 kali sehari :
Marilah solat………….
Marilah berjaya…………..
Korang buat derk ajer dan sampai umur 40 tahun pun buat derk aje, munasabahlah Allah rendam korang dalam neraka selama satu huqub untuk jumlah setiap satu bilangan solat yg korang tinggal dan satu huqub bersammaan 80 tahun….
Kalau perhatikan dalam satu taman/kampong berapa ramai yag datang solat subuh berjemaah?, 4 hingga 5 org, kalau buat nisbah, berapa? 1/1000 atau 1/5000?
Last, kalau korang perhatikan bila hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, Tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni
Korang dan aku, buatlah KEPUTUSAN UNTUK TAAT SEMUA PERINTAH ALLAH, barulah Allah akan membuka segala jalan kebaikkan….
Sekian.
Ps:sembahyang mayat adalah secara berjemaah....
43 comments:
Master Hamka,
come by my space, i have posted a new entry, leave your thoughts - it would of much value to me. If its no trouble, ask some of your blogger friends to come by too.
hamka..i luv your effort in sharing the message with fellow bloggers in an informal way and bit humoric. However, sometimes I feel your wordings is a bit harsh. Bukan ke Islam itu Indah and Allah suka kepada yang indah-indah?
i know that Saidina Umar guna cara yang keras ke atas musuh Islam and Rasulullah tidak pernah membantah. Tetapi dalam berdakwah perlu ada berhemah serta tawadduk. Of course there are 1001 ways in berdakwah but to be harsh and kasar is not one of the good way. Be humble. Dont critised as if we are The Judge. But share it in a wonderful way.
My non-muslim friends read your blog thru the links I put in mine and they dont understand why you must use degrading words and being so sarcastic.
Hope you will be a da'i forever...
Sori kalau terkasar..cuba mengingatkan yang mana saya rasa saya paham.
Allahu a'lam...
thanks for dropping by my blog...
http://testblogler.blogspot.com/
www.livinglikeadeadman.blogspot.com/
minuseven.blogspot.com
Mr hucs,
benarlah firman Allah, sabda Nabi dan teguran anda...next time saya nak belajar guna bahasa yg lembut-lembut gitu...inshaAllah....terima kasih, kalau salah lagi, tolong jolokkan lagi..
TAMBAHAN
ORANG PAS JANGAN MARAH….
Sekarang kat opis aku banyak aku jumpa sticker hijau yg tertulis ‘Ya Allah, Engkau Laknatlah tangan2 yg meroboh rumahmu’
Ini terjadi lantaran peristiwa kat Kampung Bujal Kemaman tahun lepas, dah lama dah. Kalu korang berkesempatan isi minyak kat petronas bukit kuang Kemaman, korang akan nampak (kalau ada lagi) satu jentolak yang berwarna biru sekolah rendah.
Cerita ni dah lama Cuma aku baru tulis(tak up to date aku ni). Maka parti2 pembankang bila isu ni berlaku telah Tanya pendapat aku dan bagi aku VCD suruh tengok. Jadi ni kira macam priveu VCD lah…
VCD ini di ambil oleh orang PAS aku rasa dan di edit oleh org PAS juga aku rasa (kalau salah tolong jolokkan), mengisahkan bagaimana Sebuah jentolak yang berwarna biru sekolah rendah menyerang sebuah kampong yang bernama kampong Bujal. Jentolak ini menjadi angkuh kerana diiringi oleh mahkluk polis. Orang kampong tidak dpt berbuat apa2 kerana rumah yang dirobohkan itu berada dalam tanah milik kerajaan Malaysia. Tiba2 penduduk kampong mendapat kekuatan yang luar biasa(didominir oleh kuasa luar biasa) apabila jentolak itu mahu merobohkan masjid, maka orang kampung telah membuat “pelindung diri” atau perisai manusia. Maka berlakulah perdebatan, pujukkan,jeritan, maki hamun, nasihat dan akhirnya (mengikut VCD ini) pemandu jentolak biru sekolah rendah telah insaf sambil manangis-nangis. Jadi org kampong menang dan Jentolak kalah.
Tiba2 VCD ini menunujukkan Masjid yang telah diroboh(babak Masjid runtuh tiada mungkin terlalu ganas atau tak sempat nak rakam …
Apa aku nak komen adalah bila pemberita bertanya pada salah sorang saksi yang melihat kejadian Masjid runtuh itu, “berapa ramai yg sedang solat”(sebab Jentolak datang lagi waktu solat zohor)maka penduduk kampong tu jawab: “dalam 4 hingga 5 org sedang solat” dalam masjid lalu makluk polis datang dan suruh mereka keluar.
Jadi Apa yang aku sedih kat sini adalah,pagi tadi punyalah ramai org kampong datang halang jentolak macam solat jumaat ramainya tapi bila waktu zohor mana org kampong semua pergi?
takkan 4 hingga 5 org je kot?Ambil anak kat sekolah,?makan tengahari?solat kat rumah?
Wahai org islam, org kapir tak rasa apa2 pun tengok masjid kosong, tapi yang sedihnya bila orang islam sendiri tak rasa apa2 pun bila tengok masjid kosong. Baguslah kita rasa sedih bila ada org nak roboh masjid, tapi kita patut rasa sedih lagi bila tengok masjid kat kampong kita kosong. Dan yg lebih dahshat kita adalah penyumbang pada statistik org yang mengosongkan masjid. Nak jadi macam palestin ke?, masjid jadi reban kambing. Sebab takde org dtg.
Sekarang marilah kita memakmurkan Masjid Allah. Ni tugas semua org islam. Zaman Nabi semua org lelaki solat jemaah kat masjid kecuali yang terang2 munafik. Yang sakit pun dipapah kemasjid. Kita biasa tengok org papah org tua pergi mengundi, itu senang 5 tahun sekali, yang lima kali seharí ni bila nak buat?, nak tunggu kerajaan Islam?
Ingat! waktu Nabi Sulaiman memerintah dunia, jin, binatang, air, api, angin tanah berada di bawah kekuasaanya, tapi Allah tak iktiraf ugama pd waktu tu sempurna, tapi Allah iktiraf ugama sempurna bila berdirinya masjid Nabawi dan wujudnya golongan muhajirin dan ansar yg menghidupkan masjid dan mereka yakni sahabat2 telah bergerak diseluruh alam atas maksud ugama, maka banyaklah masjid2 berdiri di seluruh dunia termasuklah kampung2 korang. Tapi sayang sejuta kali sayang, rumah2 shaitan penuh riang, rumah2 Tuhan kosong dan lengang.
Salah siapa?
Kerajaan?
Cikgu Sekolah?
Polis?
Ibu Bapa?
AJK surau?
Salah saya sebab banyak tulis blog sampai terlupa menyeru orang kemasjid…
setoojoo...sbb tu lah sesebuah negara yang tertindas (tak nak ckp negara mana) oleh kuasa jahat agama lain sampai skang ni tak menang2. Sebab kalau kita ikuti remaja dia, and diorang understanding pasal islam..amat menyedihkan. pemimpin golongan yang susah ni pulak, hidup senang lenang, padahal golongan rakyat ni, merana setiap hari, bersabung nyawa cuba mempertahankan negara, jadi front lines.
Kesimpulan, dalaman kena kuat, baru bleh berjihad. jgn jadikan jihad sebagai kosmetik, tanpa benar2 menghayati islam.
ehhe.. kelakar plak bila baca post nape masjid kosong.. bukan sbb isinya, tapi cara hamka bertabligh(menyampaikan).. :D maaf yee
tapi, setuju.. sedey sgt sbb duit berjuta2 utk masjid, tapi kita masih lagi x merasa nikmat iman dan islam... jiwa kosong.. pandang masjid, macam x de perasaan.. rasanya kalo zaman nabi.. zaman yg terbaik... rasanya jiwa mereka ditarik2 utk ke masjid..
hmm... baca komen kat sini, teringat kata-kata Allah:
" Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. "[Ali-Imran 3:159]
selamat berdakwah yaa.. itu tugas setiap mukmin.. wassalam
kepada Mr hucs dan anonymous:
teringat zaman nabi dulu yang mana org kapir atau tawanan perang akan diikat pada tiang masjid Nabawi selama beberapa hari, bila diorang ni tengok cara hidup masyarakat madani masa tu terus diorang tukar ugama dan belajar jadi org alim, itulah kesannya duduk rumah Allah pada satu jangka masa yang lama, tapi zaman alaf baru ni, bukan kata nak duduk lama kat masjid, nak datang sekali seharipun payah! patutlah satu hadith bagitahu, org munafik ni duduk masjid macam burung dalam sangkar, mengelumpur...pernah pengalaman lepas solat jumaat sebaik sahaja imam bagi salam, ada org langgar cermin transparent masjid, gedegang! sadis sungguh...isk..iskk...org beriman pulak kalau duduk dalam masjid macam ikan dalam air...tenang je, macam flowerhorn, tawadhuk habis..he he
huh???? masjid kosong ek? bila? err.. masjid mana ni? yg kat umah aku ke? (nampak sgt tak penah gi masjid kan?)
Assalamualaikum...bang hamka..maulana Hassan dah balik ke belum dr tanah suci..lama tak jumpe dia..rindu la..hehehe
najwa aiman...
aku harap kau adalah perempuan, tak perlu pergi masjid...suruh suami kau aje he he...
allyssa...
aik?! kau kenal maulana Hassan, bila kau nak kahwin?
Tambahan
Aku terima email dan copy/paste kat sini satu teguran yang baik dari seorang sahabat...
(((assalamualaikum,
seorang sahabat nabi, abu ayub al-ansari ada solat jemaah kat rumah, tapi kat masjid pon dia buat gak. tu pasal tiap2 kali solat jemaah kat masjid, die terus cabut balik rumah. bila dah selalu camtu, nabi tanya (lebih kurang cerita, wallahu a'lam) berkenaan perbuatan dia. maka sahabat nabi pon terangkan dia nak keluarga dia pon dapat pahala solat jemaah. maksudnya kat masjid die datang 5 waktu, kat rumah plak die buat lagi ngan famili.
so, ko takleh cakap solat jemaah kat rumah adalah salah sama sekali. mungkin orang yg bagi pendapat solat jemaah bersama keluarga merujuk kepada cerita sahabat tadi, tapi lupa nak cerita kan bersama2 nasihatnya (solat 5 waktu kat masjid + solat jemaah kat rumah)
dan,
aku syor kat ko, jgn banyak sangat quote hadith/ quran. amaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat bahaya. kecuali kalau ko seorang ustaz belajar kat madrasah 10-15 tahun. aku pon kalau tanya masalah agama, aku rujuk kat ustaz pondok (belajar 10-15 tahun - belajar kitab2 dari kulit ke kulit). jarang rujuk ustaz2 akademik (belajar universiti 3-4 tahun ikut syllibus - bukan aku kata takleh tanya, nak tanya kat sape2 pon buleh sebenarnya).)))
aku kata: terima kasih, inilah first time aku dengar hadith ni, aku tak tau pun! memang aku terlalu jahil dalm bab2 ugama...Ya Allah ampunkanlah dosaku...
Hanya dua usaha perlu buat di dunia ini.
1. usaha selamatkan diri dari api neraka
2. usaha masukkan diri ke dalam shurga.
hari ini telah berlalu masa dan semakin sempit masa untuk selamatkan diri dari api neraka dan masukkan diri ke dalam shurga.
Kalaulah ku dapat
Menyeru waktu dulu
Kuhias semula ia untukmu
Kupimpin tanganmu
Ke zaman indah syahdu
Tidaklah kau seperti hati ini
aku tak beberpa berkenan kalau lagu ada 'kalau'...
jangan mare...tapi lagu ni memang best.
Di petik dari tranung kita:
lebih detail:
http://www.tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3758
apa nak diherankan dah akhir zaman, ramai yang tak nak buat keputusan. Antara sebab yang tak nak buat keputusan untuk ke masjid kerana mereka-mereka gulongan yang tidak ada akal walau pun mungkin mempunyai banyak ilmu. Ini sebagaimana firman Allah " Dan apabila kamu menyeru mereka untuk mengerjakat solat (sembahyang) mereka menjadikanya buah ejekan dan main-main. Yang demikian itu adalah kerana mereka benar-benar kaum yang tidak ada akal". (Al Maidah : 5
Pernah ana dengar kuliah dari seorang Kiyai dari Indonesia, yang dimaksudkan dengan "menjadikanya buah ejekan dan main-main" bermaksud apabila mendengar seruan azan berkumandang masing lagi dengan urusan kedunianya. Yang peleknya ada gulongan yang apabila habis je azan, siap jawab azan dengan mengangkat tangan berdoa, tapi tak kemasjid. Yang paling pelik dah siap berwudhuk pakai kopiah dan baju melayu tapi sembahyang kat rumah. Yang tu le yang dikatakan menjadikanya buah ejekan dan main-main. Rumah depa masjid, ustaz pula tu (bukan semua). Bila ada puak Tabligh datang dia le yang paling pandai hujjah siap quran hadis siap cakap puak Tabligh tu takda ilmu jahil, amal hadis fadail dan dhoif. Tapi rupanya takda akal, kesian puak-puak ni. So kita mau kena doa bebanyak untuk mereka.
Mau kena ziarah lagi dan lagi gulongan yang macam ni. Sebenarnya dia tak sedar sikap begitu sebenarnya mengundang Tsunami.
------------
Solat jemaah di masjid adalah urusan akhirat, jaminan Allah kepada yang menjaga urusan itu. Tak ada bukti para jemaah di masjid tiba2 jadi orang kaya kerana solat jemaah di sana. Nak kaya tunggu di akhirat, ertinya yakin jaminan Allah pada hari akhirat. Itu semua bukan kerja mudah, ertinya nikmat Allah di akhirat bukan bisa diperoleh secara cabutan bertuah atau secara tidak sengaja atau usaha sikit2 saja! Kena bekerja keras. Contoh orang yg terjamin di syurga Allah seperti 10 sahabat Nabi, umpama Sy Abu Bakr dan Umar. Lihatlah kesungguhan dan pengorbanan mereka, barulah Allah beri jaminan nikmat di hari akhirat.
Kita memang tak sebanding dengan para sahabat Nabi. Namun dalam kes solat berjemaah, sebagai manusia lemah iman jadi banyak sangat cubaannya. Lantas itulah jadinya, daripada 1000 lelaki sekitar masjid, yang mangler/konsisten berjemaah di masjid kira2 100 orang! Yang 100 orang itu pun payah hendak mendapat orang yang mantap lima waktu mendapat takbir pertama bersama imam selama sebulan penuh. Yalah, adat orang bekerja, akan bertembung juga masa solat takbir pertama dengan urusan kerja. Bos kata siapkan kerja dahulu, baru pergi solat!
Solat jemaah di masjid merupakan hidayah Allah. Jangan anggap kafir masuk Islam saja kata dapat hidayah, solat pun begitu juga. Sebab itu berapa banyak orang bergelar ustaz hanya ke masjid pada hari Jumaat saja, seperti orang biasa tanpa ilmu agama!
Berdoalah, moga hidayah Allah sampai kepada kita dan keluarga kita.
-----------------
Secara jujur mari kita ukur gred solat kita.
A: Solat berjemaah sempurna di masjid.
B: Solat berjemaah di masjid tetapi lewat hadir atau masbuk.
C: Terpaksa solat sendirian di masjid kerana terlalu lewat hadir dan tidak
menemui sesiapa untuk berjemaah.
D: Solat sendirian di rumah atau berjemaah dengan anak isteri di rumah.
E: Tidak solat langsung.
Ada lima kali solat sehari, apakah gred kita? Jangan salahkan AJK masjid atau kerajaan jika gred kita 5D atau 1A 4D. Berjemaah di masjid tetap terbuka dan demokrasi, belum ada larangan kerana dianggap bahaya atau apa-apa kesan negatif.
Untuk dapat 5A, kita kena rancang dengan rapi dan berjihad. Kehidupan kita kena sibuk dan mengorbankan beberapa perkara yg selama ini mungkin menjadi sebab tidak ke masjid. Apa halangan itu? Kedai kopi, memancing, shopping, main golf dan berkumpul di Kelab Skuter! Boleh pergi memancing, tapi kita kena sentiasa siap untuk ke masjid, kemudian sambung memancing semula!
Mari kita malu dengan adik2 atau anak2 kita yang berusaha gigih untuk dapat 5A dalam peperiksaan UPSR, tapi kita asyik berlengkar di depan TV sedangkan telinga mendengar azan. Tak tersentuh hatikah atau tidak rasa bersalahkah diri kerana tidak melayan panggilan azan?
Dapatkan 5A untuk solat setiap hari adalah kerja akhirat. Adik2 kita dapat 5A dlm UPSR belum tentu dia dapat menikmati hasil kejayaan itu 15 tahun akan datang, tetapi dapat 5A solat, kita tetap akan rasai di akhirat kelak.
---------------------
Ana ingin berkongsi pengalaman ana.....
sewaktu ana menetap di utara semenanjung,seorang sahabat ana yang xtem dalam satu kumpulan yang amat terkenal di pelusuk dunia(Pembaca boleh tahu),kami berdua berbual di suatu tempat berdekatan dengan masjid(di rumah ana).....biasanya apabila kami bertemu biasanya bab agama yang diperkatakan.....
walaupun ana kurang selesa dengannya disebabkan hujah-hujahnya amat lemah dan dia amat xtem dengan kumpulannya yang ana tidak sependapat dengannya,tetapi sebagai sahabat ana tetap meraikannya tanda ukhwah sebagai seorang Islam......
apabila leka berbicara dengan sahabat ana,kedengaran suara bilal melaungkan azan menandakan masuk waktu solat!jadi ana pun mengajaknya untuk menunaikan solat secara berjamaah di masjid.
sedih amat menyedihkan sekali sahabat ana berkata kepada ana:"aku nak solat kat rumah aku,(maknanya secara bersendirian)aku nak tumpu kepada zikir aku"ana pun tidak mampu berkata apa apa disebabkan jika ana menegurnya pasti dia memberikan dalilnya kepada ana(senang cerita orang yang jenis nak menang)
ana bukanlah hendak mengkondem sahabat ana dan mengangkat diri ana sebagai orang yang selalu ke masjid.....kekadang ana pun solat di rumah......tetapi ketika itu kebetulan sahabat ana datang kerumah dan kebetulan pula waktu solat sudah masuk maka sebagai seorang manusia Islam tak kan nak buat dunno jer duduk di rumah sedangkan azan tengah berkumandang???
dari situ kita boleh tahu apa pemahaman seseorang terhadap pegangannya.....bagi ana sahabat ana ini amat ta`sub dengan kumpulannya......
Fikir-Fikirkanlah......
---------------
Izinkan saya menyumbang lagi. Baru dapat ilham topik ini.
Oleh kerana solat jemaah di masjid adalah urusan mendekatkan diri kepada Allah, urusan akhirat, urusan mencintai pahala dan mati, maka mereka yang sentiasa terpaku hatinya di masjid ialah orang yang benar2 mengharap keredaan dalam keikhlasan.
Fikirlah, mana ada ahli maksiat, ahli nombor ekor, ahli rasuah, ahli zina, ahli percintaan ala barat, pendusta, kaki putar belit dll sanggup bersusah payah menjaga 5 waktu solatnya di masjid! Bukan mereka tidak tahu wajib atau sunat muakkad amalan itu. Mereka merasakan jika masih bergelumang dengan amalan dosa, tak mungkin sama sekali hendak khusuk menghadap Allah di masjid. Puak ini menjadikan masjid sebagai acara rasmi-rasmian saja, seperti Solat Jumaat, solat Eid atau Tarawikh awal Ramadan. Jadi jika adat kehidupan mereka masih belum bebas daripada dosa yang disengajakan, amat payah mahu menjejak kaki ke masjid.
Maka beruntunglah mereka yang sudah menjadi kaki masjid. Keikhlasan, itu urusan Allah. Namun, secara fizikalnya..., Allah sudah iktiraf sebagai golongan beriman. Memang peratusannya sedikit, kerana dalam al Quran pun Allah menyatakan mereka yang berfikir mengenai kebenaran dan akhirat golongan yang sedikit. Orang berkualiti memang sedikit. tengok orang yang cemerlang dalam peperiksaan, jumlahnya sedikit berbanding yang sekadar lulus. Maka, kaki masjid pun sedikit berbanding kaki bola!
Kepada sesiapa yang mengikuti diskusi ini, harap terpautlah hatinya ke masjid, jadilah kaki masjid yang berpanjangan. Tak apalah orang lain kata, kita dengar apa Allah kata mengenai orang kaki masjid. Kita cari gred terbaik, 5A setiap hari. Semasa solat jemaah, ada lagi perjuangannya, carilah Kelas Pertama iaitu saf pertama atau betul2 di belakang imam. Semua ini gambaran orang yang terbayang balasan berlipat ganda di akhirat kelak. Insya Allah, setiap kali selesai solat, jiwa kita puas. Dan jika ditakdir terlewat atau terlepas berjemaah di masjid, jiwa kita akan merintih pedih!!!
--------------
salamun 'alaik... mmg x dinafikan yg mmg solat kat masjid amat bagus... cuma ade musykil sket laaa... semayang jemaah bukan dapat ganjaran 27 kali ganda gak ke? pastu plak, adakah kalau kita berjemaah kat umah ni dianggap berdosa jugak?
aku?
sunnah nabi solat di tempat azan di azankan, kau buat azan ke kat rumah?
cuba kau baca komen, aku ada cerita kisah sahabat yang solat kat rumah berjemaah, nabi tak larang, tapi sahabat ni solat selepas dah solat kat masjid!
umat islam pecah belah kerana ini, ramai pulak ustaz yang terlibat!!
syukran... camne plak kalau aku kata aku selalu azan kat umah? lepas tu aku solat berjemaah pulak ngan famili aku ( mak, ayah, isteri n adik aku )... adakah itu tidak melayakkan aku untuk mendapat ganjaran 27 kali ganda? 1 lagi kemusykilan... sahabat solat kat masjid lepas tu solat jemaah kat umah plak? adakah tu maksudnye yg sahabat tu solat sampai 2 kali? adakah perlu kita lakukan solat yg sama sehingga 2 atau 3 kali?
* maaf, sebab aku mmg jenis manusia yg suka bertanya...
jika kau azan kat rumah, kau dah buat pembahruan dalam ugama, apatah lagi kau niat untuk buat jemaah bersama famili sahaja,
dari hadith, Allah puji petani yang azan di ladangnya dan mengajak pekerjanya bersolat, itu boleh sebab time kerja dan tidak khusus pada keluarga tapi pada masyarakat..
Sahabat yang solat kat masjid jemaah, lepas tu solat kat rumah jemaah, yes, memang buat 2 kali, solat lebih takpe, jangan kurang..
ada orang alim yang tertinggal solat jemaah dan bersolat 27 kali
sebenranya kau boleh rujuk ktab fadahail amal, pergi pada bab fahdhilat solat, jelas dan detail kat situ, buku karangan maulana zakaria...
walaupun buku itu tajuknya Fadhilat, "kelebihan"..
tapi bile tiba bab solat, ada banyak ancaman dan celaan seperti:
celaan org yang melengahkan dan meninggalkan jemaah..
ps: nabi tak solat jemaah fardu dengan isterinya..tak pernah!
salamun alaik... trima kasih atas penerangan... cuma aku x tau camne nak carik buku2 yg ko cadangkan tu... buleh dapat kat kedai buku biasa ke? buleh x bagi aku tajuk n penulis buku2 yg berkaitan ngan solat nih?
ada banyak jual kat kedai buku ugama,
Tajuk kitab: FADHAIL AMAL
Karangan: Maulana Zakaria.
versi lama warna hijau.
versi baru warna biru.
Kalau beli kat sri petaling, RM 25, kat tempat lain RM30 -35.
salamun 'alaik... nak mintak pendapat nih... surau kat tmn aku duduk tu selalunye lambat bukak... kekadang tu dah lepas 15 minit masuk waktu baru nak azan... pastu nak tunggu imam lambat sampai pulak... itu yg sebabkan aku kurang berminat nak berjemaah kat surau... so, ape yg seharusnye aku buat?
ivdj
OK, lambat 15 minit, tak boleh sangat nak cari alasan utk tak solat berjemaah..
KENA BUAT USAHA UNTUK SOLAT JEMAAH!
jumpa AJK, mintak kunci, kita azan, INI tanggungjawab semua umat Muhammad SAW!
salamun 'alaik... mmg aku ade beberapa kali azan kat surau tu... pastu tunggu diorang sampai kat surau lambat gila... camne plak tu? nak jalan terus? atau tunggu diorang gak? bukanke kita kena solat di awal waktu?
jalan terus sajer, bagilah masa sikit, dalam 10 - 15 minit, lepas tu solat sajer sorang2 dengan niat imam..
insyAllah, kau masih dpt pahala solat jemaah..
salamun alaik... errr... buleh ke kita solat sorang2 tapi niat imam? macam musykil skett laaa... ade penerangan ke kat situ? pastu plak, ade 1 kes... perlu x kita buat sujud sahwi kalu imam ade tertinggal sunat mu akkad...?
nampaknya soalan kau dah masuk bab masail, bila aku jawab, kau akan kata mushkil, lepas tu kau tanya boleh tak sujud sahwi,
aku rasa baik kau rujuk ustaz terus, betul ni, bab sujud sahwi itukan sunnat, bila imam tak buat kita tak payahlah buat walaupun imam tertinggal sunnat mua'akad.
kalau kau dah azan, solat sunnat, qamat dan solat sorang-sorang dan stand by jadi imam jika orang ada,
insyAllah
aku tak tau kalau kau akan bukak comment ni ke tidak..tapi aku nak tanya laa soalan....
boleh ke kalau seorang perempuan tu bminat nak solat jemaah kat masjid? kat masjid kan macam best perasaaan dia..ketenagannya ketika jemaah aku rasa diantara nikmat yang aku sgt suka...
(aku pergi masjid bukan nak tgk laki2 hensesm ke ape).member2 tak minat nak solat 2gether2 laa..masjid tak jauh,dekat je..tapi aku jadik mcm berbelah bagi,boleh ke tidak..salah ke tidak?
aku harap kau jawab wpun aku lambat baca entry kau kali nie..huhuhu
aku baru bukak..
tak salah perepuan ke masjid, Nabi tak larang perempuan ke masjid dan Nabi menggalakkan perempuan solat di rumah...
yang penting bila nak ke masjid kena pergi dengan muhrim, ini adab dia, kerana perempuan walaupun nak pergi haji ke, kenduri ke, masjid ke, tetap kena pergi dengan muhrim..
so, ajaklah suami engkau!
he he he
wahh,..aku pon pnah smbhyg mayat utk arwah ayah aku,..
huhu,..solat jemaah kat tmpt aku blaja, subuh je tertinggal yang lain,.kire ok gak,..tp kdg2 lmbt n masbuk gak,..
rasse nyesal time tuh,..
n aku akn improvekan,..
tp ble tme cuti mcm ni,..aku rase slt awl waktu je aku mampu buat dan grk2kan adk2 aku utk slt awl waktu,..
suraw 5minit jln br smpai,..
cane eh...
Baca fadhilat solat, dan baca jugak amcaman melengahkan solat..
baca banyak banyak
insyAllah
solat berjamaah
termasuk jalan
yang menghantarkan
ke jalan petunjuk..
hinggakan meletakkan
dahi utk bersujud
hampir2 tak
mendapatkan ruang..
tp..
err..ini dulu la
lama dah.
kenapa saya tak dilahirkan
waktu itu..
oh sangat horor waktu
itu iman tidak lagi
keluar masuk..
iman tidak jumpa
jalan keluar..
-azet-
telah smpi sy di kedai makan..
sejanak mmesan mnuman atau
makanan,maka sesudah
saya mminum dan makan nyawa
direnggut..
oh sy belum mmbayar!
nanti..sy tiada niat
mmbyrnya,niat saya utk makan
sesampai sblumnya
macam maner ni..
rileks!tapi sy hidup lagi
melalui imbas kmbali..
anda tahu situasi saya
apakah saya dilaknat atau
dalam keredhaan diantara
masa sy makan minum sebelm
bayaran dilakukan
seperti mana kebiasaan
kedai makan skrng?
mengapa sy bertanya ini..
tidakah org berakal akn
mengtakan saya ini bodoh
mmbncangkan hal sesampah
dan sekecil ini..
oh! mereka lupa gunung
yang besar itu berasal
dr batu kerikil..
saya terlebih sudah..
ke32..
(masih xcukup solat jumaat
blh ikut mazhab maliki
mcm kampung.. ok! cukup!)
33
Salam bro hamka,
Lau solat kat surau bkn kat masjid camne. solat lima waktu. solat jumaat kat masjid la..
pas baca pe cro tulis nie jadik xbest lak.
masjid agak jauh dr umah sy.
lau camnie sy kene usaha gak la g masjid.
Thankz bro..
surau dengan masjid, samalah dik, semua tu rumah Allah, yang penting solat di tempat azan di azankan, berjemaah dan awal waktu.
Assalamualaikum saudara Hamka,
Mengapa saudara mengatakan yang tidak boleh berjemaah dgn isteri? Sedangkan ada hadis nabi saw mengatakan sesiapa yang berjemaah dengan anak2 dan isteri akan mendapat pahala haji dan umrah.
Apa pendapat saudara tentang hadis ini?
nak bagi pendapat tentang hadith, bagi sini hadith penuh..
jika betul apa yang anda katakan, maka tak perlu lagi pergi masjid, biar masjid kosong, jadi soalan saya, ketika nabi solat di rumah bersama isteri, siapa jadi imam waktu tu?
atau boleh saudarakan namakan sahabat yang ganti Nabi jadi imam waktu nabi solat kat rumah?
waktu hujung hayat nabi, nabi sakit tak dapat datang solat jemaah, abu bakar pengsang, pernah ke Nabi tinggal solat jemaah?
hati hati dengan ilmu hadith, kalau sesuai dengan nafsu kita, itu mungkin hadith palsu, kena rujuk hadith lain.
fikir dengan akal, bukan dengan nafsu, bagus kamu bertanya, sekarang dah dapat sedikit pencerahan, pergi balajar lagi, orang macam kamu akan buat masjid kosong..
Assalamualaikum tuan hamka
maafkan saya, saya nk tnya sesuatu yg out of the topic skt... memandagkan tuan ada cerita ttang kitab fadhail amal, saya ingin bertanya,saya ada seorg sahabat yang memberi kitab fadhail amal dan muntakhab alhadith... tp menurut beliau, kitab tersebut harus dibaca dengan istiqamah.. waktu dan tempat harus sama... saya jadi risau kerana saya takut tak dapat nak istiqamah waktu pembacaan dan tempat pembacaan.. sudah dua minggu kitab itu ada pada saya tapi saya masih belum baca kerana saya takut tak dapat istiqamah.. apa pendapat tuan???
Sall Atli
Assalamualaikum...
Saja nak menconteng sikit sebab nak menanti jawapan anon di atas ni.
saya setia menanti jawapan dari tuan..
sall Atli
apa apa amalan memang bagus istiqamah, tapi jika takut tak istiqamah lalu tinggalkan amal, lagi tak bagus.
anggap mati sejam dari sekarang, atau mati esok.
lalu baca kitab tu, atau amal ugama tanpa perlu takut tak istiqamah, tapi takutlah jika aku mati esok, sebab belum start,
Tak istiqamah itu lebih baik dari tak start.
Bila dah start, walau macam mana istiqamahpun akn berakhir.
jadi mayat.
so, malam ni terus baca dan kongsi kat aku hadith yang di baca jika ada masa,
tak payah takut nak buat amal, tapi takutlah sebab tak buat amal.
: )
alhamdulillah....
insyaAllah, terima kasih...
:)
Sall Atli
As'salamualaikum tuan, Alhamdulillah dalam suasana MCO sejak 18-03-2020 entah macammana rezeki bertemu dengan blog tuan, benar sekali ungkapan tiada daya upaya hamba melainkan Allah Yang Mana Esa…
Sejak 18-03-2020 memang masjid sudah kosong, solat jumaat ditiadakan, umrah tiada dibenarkan, covid19 adalah makhluk Allah, ramai ketakutan dan terpesona dengan covid19 daripada Penciptanya…
Mari kita berpakat memohon kepada Allah agar makhluk covid19 bersujud kepada kita bani Adam sebagaimana Allah perintahkan para malaikat bersujud kepada Nabi Adam... Hanya Allah Maha menghidup dan mematikannya… itulah zikir yang sentiasa basah dibibir selepas solat fardhu…
Teruskan berkarya tuan, rahmat Allah sentiasa Bersama tuan dan kita semua yang hidup dan yang sudah di alam barzakh
Post a Comment